Monday, September 10, 2012

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAWAU TAHUN 2012






Persidangan perwakilan UMNO adalah platform penting untuk ahli parti menyuarakan pandangan masing-masing bagi memperkukuhkan parti. Persidangan yang diadakan setiap tahun itu dapat dimanfaatkan untuk mengutarakan pelbagai pandangan atau idea yang boleh memperkasakan lagi UMNO yang juga teras kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam forum ini kita dapat mengutarakan pandangan-pandangan yang kita anggap penting, suara daripada peringkat akar umbi adalah sangat penting untuk didengar oleh pucuk pimpinan kerana perjuangan UMNO bukan sahaja untuk anggota parti, tetapi untuk semua rakyat yang ada di negara ini.


Persidangan perwakilan UMNO bahagian adalah medan terbaik kepada para pemimpin dan ahli parti terutama di peringkat akar umbi berkumpul untuk mengukuh dan memperkasakan perjuangan terutamanya dalam tempoh yang begitu mencabar ketika ini.

Persidangan itu sangat penting bagi membolehkan mereka menilai semula apa yang telah dilakukan sejak persidangan yang lalu sebelum merangka pelan tindakan ke arah memantapkan perjuangan UMNO.

Persidangan perwakilan bahagian adalah simbol yang menyemarakkan perjuangan UMNO dan sepatutnya menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh semua pemimpin parti. 

Kita tidak sepatutnya terikat dengan tanggapan sesetengah orang yang mengambil sikap tidak perlu hadir ke persidangan yang tidak ada pemilihan. Pemimpin di semua peringkat terutamanya akar umbi supaya yakin terhadap dasar dan usaha yang dilakukan oleh pemimpin negara.

Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan pemimpin berdasarkan kepada rekod prestasi yang ditunjukkan. Dalam tempoh 66 tahun sejak UMNO ditubuhkan, kita dapat melihat negara ini dibangunkan dengan pesat dan pantas hasil daripada usaha para pemimpin kita sejak dulu.



Selepas pendaftaran Perwakilan disediakan minuman pagi sebelum masuk kedalam Bilik Persidangan. Persediaan minuman pagi untuk perwakilan sememang nya telah menjadi tradisi UMNO Bahagian Tawau agar para perwakilan lebih energise apa bila masuk bersidang kelak.



semasa minum pagi dapat bertemu rakan rakan dari lain lain cawangan UMNO Bahagian Tawau.




Para Perwakilan mula masuk kedalam bilik persidangan dimana mereka telah disediakan tempat duduk bersama sama dengan perwakilan cawangan masing masing.


9 September 2012 , Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau diadakan di Grandball room Hotel Promenade Tawau. Semua cawangan yang telah menjalankan mesyuarat layak untuk hadir sebagai perwakilan dimana setiap cawangan yang melebihi 50 orang akan menghantar lebih seorang , ini tidak termasuk kira Ketua Cawangan , Ketua Wanita Cawangan , Ketua Pemuda , Ketua Puteri yang dikira secara otomatik

Dewan Persidangan telah dipenuhi oleh para Perwakilan Cawangan cawangan yang sentiasa patuh dan penuh tanggungjawab terhadap memperkukuhkan perpaduan dikalangan ahli ahli.

Kemesraan diantara perwakilan yang hadir melambangkan perpaduan yang utuh bagi meneruskan perjuangan membela Agama , Bangsa dan Negara. 

Bertemu dengan rakan dan taulan dalam persidangan dengan pakaian Melayu yang lengkap sungguh merangsang semangat Melayu dihati dan jiwa nurani sebagai pendorong kepada perjuangan mengharungi arus perubahan.


Bertemu dengan rakan rakan seperjuangan dari lain cawangan yang juga hadir sebagai perwakilan di Persidangan Bahagian tahun ini. 


Ketibaan Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Malaysia. Beliau adalah perasmi Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau  kali ini.



Memulakan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau dengan Nyanyian lagu Negaraku , Sabah Tanahairku dan Lagu UMNO Bersatu, Bersetia , Berkhidmat.



Ucapan alu-aluan daripada Ketua Bahagian UMNO Tawau Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan dengan mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Pertahanan Malaysia kerana sudi menerima undangan UMNO Bahagian Tawau untuk merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau tahun 2012. Yang Berhormat Datuk Tawfiq juga mengumumkan bahawa Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi datang bersama rombongan nya seramai 40 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian dan Pergerakan Wanita UMNO Bagan Datoh.


Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan ucapan yang seterusnya merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau tahun 2012. 

Beliau dalam ucapan sungguh kagum dengan sambutan yang diberikan begitu juga kehadiran Perwakilan amat memberangsangkan. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Bahagian Datuk Tawfiq dan Jawatankuasa nya serta perwakilan yang hadir di Persidangan Perwakilan Bahagian ini.

Beliau menyentuh sedikit perjuangan beliau dalam UMNO dan sentiasa taat dan setia kepada pucuk pimpinan yang kini diterajui oleh Dato Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Memandangkan Pilihanraya akan menjelang tiba UMNO Tawau perlu memperkemaskan Jentera Pilihanraya dengan melibatkan peranan kepimpinan akar umbi.

Yang Berhormat Datuk Tawfiq menyampaikan Cenderakenangan kepada Yang Berhormat Ahmad Zahid Hamidi yang disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Syed Abas bin Syed Ali dan para perwakilan yang hadir.


Para Perwakilan yang hadir sentiasa mengikuti Persidangan ini dengan baik dan teratur. 


Bergambar kenangan YB Dato Seri bersama rombongan bersama AJK Bahagian UMNO Tawau 


Cabutan Nombor bertuah dengan hadiah pelbagai peralatan elektrik termasuk lah TV 30". Terdapat 40 cabutan bertuah dan nombor nombor telah diberikan sewaktu mendaftar kehadiran. Terdapat juga cabutan bertuah untuk Pemerhati ke Kuala Lumpur seramai 30 orang.






end

No comments:

Post a Comment