Sejarah Tawau
Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas permulaannya
terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimana pun Tawau telah pun mempunyai penduduk
dengan sebuah perkampungan kecil dihuni
lebih kurang 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada
Masyarakat Melayu berketurunan Tidung dan Suluk . Mengikut sejarah silamnya
semasa kewujudan Tawau sebagai sebuah perkampungan nelayan seratus
tahun dahulu, terdapat juga sebuah penempatan Melayu Islam tertua di Kalabakan yang
pada ketika itu di bawah naungan Kesultanan Bulungan-Tarakan. Pemimpin mereka
pada masa itu ialah Bujong Seripa
yang kemudian digantikan oleh adiknya Imam Salleh (1923-1958). Tidak jauh dari
Kalabakan, terdapat sebuah lagi penempatan lama di Serudong yang diasaskan oleh
Datu Alun bersama
pengikut-pengikutnya, seorang kerabat diraja Kesultanan Bulungan yang membawa
diri dari tanahairnya. Namun kini yang tinggal hanyalah tapak perkuburan
bersejarah. Selain dari kerajaan Kesultanan Sulu yang
menguasai tanah jajahan di kawasan utara Borneo , terdapat juga beberapa
kawasan jajahan yang dikuasai oleh Kesultanan Bulungan ( yang
berpusat di Tanjung Palas ) dan Kerajaan Tidung Tengara ( yang
berpusat di Tarakan ). Mengikut sejarahnya sebelum kedatangan British lagi,
telah wujud pemimpin-pemimpin Melayu yang berwibawa dan sangat dihormati. Antaranya Imam Sabah (Apas) , Bujong Seripa
(Kalabakan) dan Datu Alun (Serudung). Namun kewujudan pemimpin-pemimpin
masyarakat Melayu ini ketika itu tidak diiktiraf secara rasmi oleh pihak
British dan hanya menjadi sejarah dalam ingatan dan hati orang-orang Melayu
Tawau. Tawau pada masa itu hanyalah sebuah kampung yang belum dimajukan,
didiami seramai 200 penduduk kampung yang mendirikan rumah-rumah kampung di
tepi-tepi sungai dan di kawasan kuala sungai Tawau. Sebahagian besar muka
buminya masih lagi hutan tebal dan belum lagi terdapat sebarang bentuk
pembangunan sama ada pejabat kakitangan Kerajaan Inggeris atau sebarang
penerokaan hutan untuk pertanian. Pada ketika itu Tawau berada dibawah
naungan kuasa Kesultanan Sulu.
Pada
22 Januari 1878 Suatu Perjanjian termeteri diantara Kesultanan Sulu dan Pihak Inggeris dimana Kesultanan Sulu menyerahkan
Kawasan persekitaran Tawau kepada pihak Inggeris. Semenjak daripada itu Tawau
telah menjadi sebahagian daripada Kawasan Jajahan orang-orang Inggeris melalui Syarikat ( Berpiagam ) Bornoe Utara.
Menurut catatan The North Borneo Volume ( 1955 – 1965 ) menyatakan sistem
pentadbiran bermula pada tahun 1898 dimana menyatakan , pihak Syarikat ( berpiagam ) Borneo Utara telah membuka
sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran
kerajaan tempatan disitu.
Pensempadanan
Bagi mengelakkan perselisihan faham dengan pihak Belanda ketika itu yang
memerintah Indonesia , dimana Tawau adalah berkongsi sempadan dengan Indonesia
, pihak pemerintah Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan
sempadan tersebut . Sempadan asal bagi kawasan yang diserahkan oleh Kesultanan
Sulu dan Kesultanan Berunai ialah dibawah Sungai Sibuco berdekatan dengan
Tarakan ( Indonesia ) yang mana kawasan tersebut termasuk dibawah Pemerintahan
Belanda ketika itu yang mana telah sedia ada penduduk disitu. Berikutan itu
satu Suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri
daripada pegawai – pegawai dari United Kingdom dan Belanda. Satu Laporan
Bersama telah disediakan berserta dengan peta dan ditandatangani oleh
Pesuruhjaya masing – masing di Tawau pada 17 Februari 1913 . Kemudian mengikut
Protokol diantara United Kingdom dan
Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915 dimana kedua
– dua Kerajaan mengesahkan laporan bersama dan Peta tersebut.
Infrastruktur
dan Sosio pentadbiran
Dengan wujudnya pemerintahan British diTawau ,
pelbagai kemudahan telah disediakan seperti Hospital , Sekolah – sekolah ,
Balai Polis , rumah – rumah kedai , pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan
jalan – jalan kampong yang dibina oleh PWD , sebuah Jabatan Kerajaan yang mana
para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.
Hak dan keistimewahaan masyarakat Melayu tempatan
telah diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Penghulu atau OKK
sebagai mewakili penduduk tempatan di Tawau ini untuk menyatakan keperluan dan
pemasalahan rakyat kepada pihak British.
Penghulu Pertama yang dilantik dalam Tahun 1900-an ialah OKK Kee Abdullah ,
kemudian dalam Tahun 1950an diganti oleh Penghulu OKK Abu Bakar anak kepada bekas
Penghulu OKK Kee Abdullah. Penghulu atau OKK telah dipertanggungjawabkan oleh
Kerajaan British untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada
masyarakat tempatan yang mendiami penempatan disekitar Daerah Tawau untuk
menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi di Daerah
Tawau.
Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) dalam Tahun 1945 yang diasaskan oleh
Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain iaitu Datuk Kassim
bin Kamidin , Datuk Haji Ahmad Ayid dan Penghulu OKK Zainal bin Kerahu untuk
memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu , telah menyatukan
Masyarakat Melayu tempatan Tawau. Ahli – ahli Perstuan ini lah yang bersama –
sama Tun Datu Nustapa bin Datu Harun melalui USNO menuntut Kemerdekaan bagi
Negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala penubuhan Persatuan
Islam Tawau ( PIT ) yang dipengerusikan
oleh Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Rahman di bantu oleh Datuk Kassim bin
Kamidin pada tahun 1956 telah mendorong penubuhan USIA yang menjamin keutuhan
syiar Islam diTawau khasnya dan diSeluruh Sabah amnya.
Ramai yang
tidak mengetahui sebenarnya penduduk Tawau adalah terdiri daripada Orang –
orang Melayu , dimana kewujudan Orang Melayu diTawau sebagai Penduduk Peribumi
telah diiktiraf sejak dahulu semasa Kerajaan British. Dalam Tahun 1920an
Mahkamah Anak Negeri Telah bermula yang dianggotai oleh 3 orang pemimpin ketika
itu ; Imam Mustapa , Habib Sheikh dan OKK Abdullah . OKK Abdullah telah berjasa
kepada penduduk Tawau sejak Tahun 1900 , Habib Sheikh telah berjasa kepada
penduduk Tawau sejak Tahun 1912 , Imam Mustapa sejak tahun 1925 , Habib Hussein
sejak Tahun 1932 , Penghulu OKK Abu Bakar sejak tahun 1940 , Haji Abdul Karim Haji
Drahman sejak tahun 1959 dan Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan sejak
tahun 1962.
Jawatan
Penghulu ini telah pernah dijawat oleh anak-anak Peribumi Tawau bermula OKK Kee
Abdullah , OKK Kee Abu Bakar bin Kee Abdullah , OKK Zainal bin Kerahu , OKK
Salleh bin Ajak , OKK Hj.Salleh bin Sailabi dan OKK Kee Ayub bin OKK Kee Abu
Bakar.
Orang-orang Melayu di Tawau sebenarnya adalah
gabungan Masyarakat Melayu dari pelbagai suku dan keturunan Melayu yang
terangkum melalui hasil perkahwinan dan asimilasi berteraskan ikatan amalan
Agama Islam dan pertuturan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu Loght Tawau
selama ratusan tahun lalu. Mereka telah lama hidup bersama dengan pertuturan
bahasa Melayu yang senang difahami.
Penempatan Awal orang-orang Suluk dan Tidung terletak di Tawau Lama diMuara Sungai Tawau.
Kebanyak dari mereka adalah Nelayan , Pekebun kecil menanam padi bukit dan menjual hasil-hasil daripada hutan seperti
rotan , damar dan berbagai lagi.
Disamping itu penempatan awal di Daerah Tawau ada juga di Kampung Kalabakan .
Ketua Kampung nya pada masa itu adalah seorang Menteri dari Kesultanan Bulungan
( Indonesia ). Terdapat juga penempatan
awal orang-orang Bugis Wajo di Tawau diketuai oleh Penghulu Puado dengan 25
orang-orang nya se-awal tahun 1885.
Ketika awal
pembukaan Pekan Tawau sebagai Pusat Pentadbiran British , Kee Abdullah adalah
salah seorang Pegawai Kerajaan British di Tawau yang masih muda. Kee Abdullah
turut bekerjasama dengan Penghulu Puado , nama sebenarnya La Toampong bin Andi Buku berketurunan Bugis Wajo, Sengkang
Sulawesi yang telah berkahwin dengan Sahara berbangsa Suluk yang berasal dari
Sulu .Pihak British menganggapnya sebagai pemimpin Masyarakat Melayu Tawau dan
diberikan gelaran Penghulu Puado
, untuk mentadbir Tawau terutama segala urusan yang melibatkan orang-orang
Melayu. Dimasa yang sama Kerajaan British telah menghantar wakil mereka iaitu Alexander R. Dunlop sebagai Resident
Tawau pada 1 March 1899. Turut datang bersama beliau ialah beberapa Pegawai
berbangsa Inggeris dan ramai anggota Polis berbangsa Sikh. Tawau pada ketika
itu juga telah didiami oleh masyarakat cina
yang melibatkan diri dalam perniagaan kedai dan aktiviti perlombongan
arang batu di Silimpopon dan mereka juga mempunyai pemimpin mereka sendiri. Bekas Ketua Kampung Ranggu Panglima KK Abdullah Salim Puado ( Melayu Bugis Wajo ) cucu kepada Penghulu Puado , Ketua Anak Negeri yang pertama yang dilantik oleh pihak British. Penghulu Puado seorang bugis Wajo dari Sengkang adalah seorang Pedagang yang berniaga disekitar Pantai Timur Borneo dari Banjarmasin hingga ke Sandakan. Bugis Wajo adalah suku bugis yang pertama berhijrah ke Tawau.
Penghulu Puado ketika itu dianggap sebagai Ketua
Masyarakat orang-orang Melayu diTawau oleh Pihak British kerana kewibawaan dan
beliau sangat dihormati oleh Masyarakat tempatan. Beliau menjadi pemimpin
sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1902.Kekosongan jawatan pemimpin
Masyarakat ini berterusan sehinggalah Sarip
Ali diberi kepercayaan untuk menjadi
Ketua Masyarakat yang seterusnya dan diberi gelaran “ Suluk Chief “ pada tahun 1905. Beliau menjadi pemimpin selama 7
tahun sebelum tempat beliau digantikan oleh Habib Sheikh pada tahun 1912.
Gelaran jawatan Ketua Anak Negeri yang mendapat gelaran OKK atau Orang
Kaya-Kaya ini hanya diperkenalkan oleh British diseluruh Jajahan Borneo Utara
pada tahun 1920an. Ketua Anak Negeri yang Pertama di Tawau ialah Kee Abdullah
dan dengan itu beliau diberikan Gelaran OKK Kee Abdullah . Beliau secara
rasminya menjadi pemimpin Masyarakat Melayu di Tawau untuk menggantikan Imam
Mustapa – Native Chief pada tahun 1925. Perlantikan ini adalah sangat tepat dan
beliau adalah calon yang paling layak ketika itu , kerana jasa-jasa beliau
semasa muda iaitu semasa beliau menjadi Pegawai Kerajaan British dan menjadi
orang kepercayaan Residen Inggeris , Alexander Rankin Dunlop. Beliau juga sudah
berusia 60 tahun dan telah lama hidup sebagai orang Melayu yang sanggup susah
dan senang bersama-sama orang-orang Melayu yang lain , beliau sangat dihormati
Tawau telah
dibangunkan oleh 3 Pemimpin Utama iaitu Penghulu Puado ,
Penghulu Kee Abdullah dan Resident Tawau Alexander Rankin Dunlop yang membentuk
satu Daerah yang membangun se awal tahun 1890-an.
Panggilan asal Bandar Tawau lebih
dikenali sebagai Tanjung manakala panggilan Tawau pula tidak diketahui punca
sebenarnya. Ada yang mengatakan ianya berasal dari panggilan orang-orang
Pedagang Suluk yang datang dimana mengingati Davao di Selatan Kepulauan
Filipina dengan memanggil Tawao. Tetapi ada juga yang mengatakan ianya berasal
dari bahasa Tidung yang memanggil Tanah Tidung yang mana Tanah dalam bahasa
tidung ialah Tawau ada juga pihak menyatakan nama Tawau sendiri sebenarnya adalah
berasal dari perkataan Tidung yang bermaksud 'Tawai' iaitu cara
orang-orang dahulu memancing ikan di sepanjang sungai Tawau. Kemudiannya
panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan 'Tawao' mengikut
panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan
wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu. Walaubagaimana pun tiada apa apa bukti sahih untuk
menyokong kenyataan tersebut.
Sedikit maklumat
mengenai Penghulu Kee Abdullah yang diambil dari Wikipedia ;
Nama asal beliau ialah Kee Kim Swee . Dalam
Tahun 1894 , beliau telah dilantik oleh British
North Borneo (Chartered) Company sebagai Pegawai
Kastam “custom examiner and revenue
collector” di Tawau. Beliau berbangsa Cina dimana Bapanya berbangsa Cina Hainam
bernama Kee Vun Sai . Kee Kim Swee dilahirkan diLabuan pada tahun 1863 dan
bersekolah ditempat yang sama. Beliau menjadi orang Melayu apabila berkahwin
dengan gadis Melayu bernama Jumatiah binte Ami Dalun
Maiden, seorang gadis Suku bangsa campuran Suluk-Arab berasal dari Tapol /
Parang Sulu, pada 26 November 1895
dirumah Penghulu Puado. Sebelum itu beliau telah memeluk Agama Islam dengan
nama Kee Abdullah. Kemudiannya tinggal bersama-sama penduduk Melayu di Tawau Beliau mempunyai 18 orang anak dengan isterinya Jumatiah, tiga orang
lagi anak dengan isterinya yang lain di daerah Kudat. Selepas bersara dari
Kerajaan beliau dilantik sebagai Penghulu atau Ketua Anak Negeri yang membawa
gelaran Orang Kaya Kaya ( OKK ) . Sehingga kini beliau telah dikenang sebagai
Ketua Orang Melayu yang berkalibar di Tawau . Beliau meninggal dinia dalam tahun
1953. Manakala ketika ini generasi
beliau seperti Datuk Tawfik DSP Abu Bakar
Titingan (DUN Apas) dan OKK Kee Ayub Kee Abu Bakar terus
memainkan peranan memajukan Daerah Tawau mengikut peredaran masa kini.
No comments:
Post a Comment