Thursday, October 4, 2012

TAWAU HISTORICAL VALUE IV

SEJARAH TAWAU – PEPERANGAN DUNIA KE-2 KEPENDUDUKAN TENTERA JEPUN DIBORNEO UTARA MULAI JANUARI 1942 HINGGA SEPTEMBER 1945


ORANG - ORANG JEPUN TELAH BERADA DITAWAU SEBELUM PEPERANGAN DUNIA KEDUA


Kedatangan awal orang-orang Jepun ke Tawau se-awal tahun 1920an seakan-akan telah dirancang . Terdapat lebih kurang 300 orang Jepun yang bekerja di Ladang-ladang. Mereka mempunyai ladang-ladang yang luas seperti Ladang Getah di Kuhara.Mereka juga mempunyai Padang Golf. Terdapat juga Hospital di Ladang mereka. Mereka juga menubuhkan Pejabat wakil Japanese Bank untuk kegunaan orang-orang Jepun sahaja.
Terdapat lebih kurang 100 orang Jepun di Pulau Si-Amil untuk menangkap ikan. Mereka menangkap ikan tuna. Syarikat mereka Borneo Fishing Company dimana pejabat dan kilang nya terletak di Pulau Si-Amil. Semua pekerjanya terdiri daripada orang-orang Jepun. Kaum lelaki Jepun akan kelaut untuk menangkap ikan manakala Kaum Perempuannya bekerja di Kilang. Pekerja dan juga bekalan akan tiba di Pelabuhan Tawau kemudian akan dihantar ke Pulau Si-Amil.



PENAKLUKAN TENTERA JEPUN KEATAS BORNEO UTARA

Pada bulan Januari 1942 , Angkatan Tentera Jepun telah memulakan penaklukan nya ke atas Borneo Utara. Mereka bergerak menawan kawasan minyak di Kuching kemudian ke Jesselton. Pada ketika itu Tawau masih dalam keadaan aman. Pada 19 Januari 1942 Sandakan telah dikuasaioleh tentera Jepun dimana perhubungan wireless telah terputus. Pada 24 Januari 1942 , tentera Jepun telah dilihat berada di Batu Tinagat kawasan Batu Payung . Beberapa hari kemudian Pegawai Daerah ketika itu Mr.Cole Adam dan Pembantunya telah ditangkap dipelabuhan yang mana kemudiannya dihantar ke pusat tahanan di Pulau Berhala Sandakan dan kemudian dihantar ke Kem Tahanan Batu Lintang dekat Kuching , Sarawak (Mr.Cole Adam meninggal pada bulan September 1945 sewaktu usaha pembebasan nya dibuat oleh Division ke-9 Tentera Australia). Sebaik sahaja tentera Jepun memasuki Tawau , orang-orang Jepun yang bekerja diLadang-ladang dan kebun-kebun kelapa telah berubah wajah dengan pakaian tentera Jepun dan menggunakan pedang Samurai dipinggang digelar pada ketika itu “ Kempetai “. 

Kempetai ialah:

1. Pasukan Polis Jepun yang tubuhkan untuk menggantikan Polis         tempatan

2. Terkenal dengan kekejaman dan cara-cara penyeksaan dimereka     lakukan.


3. Ramai yang mati dibunuh oleh mereka


4. Tugas mereka ; 

a. Menyeksa dan membunuh orang yang disyaki menentang Jepun
b. Memastikan penduduk tempatan mematuhi undang-undang               pemerintahan Jepun



SABAH ( Borneo Utara )
 
Sabah ( Borneo Utara ) dibahagikan kepada dua kawasan pentadbiran iaitu:

(a) Seikai Shiu - Bahagian Pantai Barat

(b) Tokai Shiu - Bahagian Pantai Timur

Ketua pentadbir di Sabah ialah Gabenor Jeneral Jepun.

Beliau bukan sahaja memerintah Sabah ( Borneo Utara ) tetapi juga Sarawak dan Kalimantan. Pusat pentadbirannya terletak di Kuching.Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh 
Jepun. Hampir semua hasil tanaman dan ternakan mereka dirampas oleh pihak Jepun.Penduduk Sabah ( Borneo Utara ) menderita di bawah pemerintahan Jepun. Hampir semua hasil tanaman dan ternakan mereka dirampas oleh pihak Jepun.Ada juga di antara penduduk tempatan yang dikenakan hukuman tanpa dibicarakan.
Golongan yang menerima Layanan paling buruk ialah orang tawanan British dan Australia, penganut agama Kristian dan masyarakat Cina. Masyarakat Cina di Sabah didenda sebanyak $400,000 kerana membantu China menentang Jepun. Keadaan ekonomi dan sosial di Sarawak serupa dengan apa yang dialami di Sabah. Kebuluran, penyakit dan kesengsaraan merupakan perkara-perkara biasa bagi penduduk Sabah & Sarawak.Selama 3 ½ tahun  Tentera Jepun memerintah penduduk Tawau telah mengalami kesengsaraan yang amat dasyat , untuk mendapatkan makanan pun susah kerana pergerakan sentiasa diawasi oleh mata-mata Jepun ( pada masa itu digelar talibarut Jepun ) . Menurut orang-orang tua dulu sekiranya Jepun memerintah setahun lagi tentu sekali ada yang tidak berpakaian. Bagi penduduk yang tinggal di Kampung soal makan tidak lah terlalu sukar kerana masih boleh makan Ubi dan lain-lain tumbuhan. Manakala yang dibandar itu lah yang sangat menderita , kerana ayam , itek dan lain-lain ternakan semuanya dipunyai oleh tentera Jepun.

Pada 10 Jun 1945 , Tentera Australia Utara telah mendarat di Labuan , Pada 10 Julai 1945 Tentera Udara Australia yang berpangkalan di Pulau Tarakan Lapangan terbang Croyden telah menggunakan kapal terbang Spitfire dari skuadron 452 RAAF telah menggugurkan bom ditempat-tempat persembunyian dan kawasan strategik Tentera Jepun di Daerah Tawau.Sebuah kapal terbang Spitfire boleh menggugurkan 2 buah bom seberat 250 pound. Terlibat sama juga Kapal Terbang Kittyhawk dari Skuadron 75 RAAF ( Royal Australian Airforce ) juga berpangkalan di Tarakan menggugurkan 2 buah bom setiap kapal seberat 500 pound dengan menyasarkan kedudukan tentera Jepun diTawau.


Kapal Terbang Spitfire yang berlepas dari Lapangan Terbang Croyden , Tarakan


Kattyhawk juga berlepas dari Lapangan Terbang Croyden Tarakan



TENTERA JEPUN MENYERAH DIRI AKIBAT DARI KEKALAHAN MEREKA DIPASIFIK DAN PENGEBOMAN HIROSHIMA DAN NAGASAKI DI JEPUN

Pada 17oktober 1945 4 buah Kapal Perang Royal Navy bersama-sama dengan tentera North East Borneo telah meninggalkan pelabuhan Pulau Labuan menuju ke Tawau yang diketuai oleh Leftenan Colonel J.A.England , selaku Pegawai Pemerintah Pasukan Tentera North East Borneo. Semua Kapal Perang dan Kapal pendarat telah tiba di Tawau pada 20 Oktober 1945. Tugas mereka ialah untuk mengambil semua Tentera Jepun dan Orang awam Jepun untuk dihantar dan dikumpulkan di Jesselton. Mereka juga ditugaskan untuk mengutip semua senjata dan peralatan peperangan tentera Jepun untuk dilupuskan dilautan atau pun dihantar ke Pulau Labuan. Pada ketika itu Major Sugasaki adalah Pegawai Pemerintah Tentera Jepun diTawau.



Major Sugasaki memberikan tabek hormat semasa Leftenan Colonel J.A.England tiba di Jetty Tawau



Wanita dan Tentera Jepun memunggah barang-barang mereka untuk dihantar kePelabuhan Tawau dimana 4 buah Kapal Perang Tentera Bersekutu Australia dan British bersedia untuk membawa mereka ke Jesselton



Barang-barang keperluan dikumpulkan untuk dihantar ke Kapal Tentera Bersekutu yang telah bersedia diPelabuhan Tawau




Kanak-kanak dan orang-orang awam Jepun dikumpulkan diatas Kapal Tentera Bersekutu untuk dihantar ke Jesselton



Peralatan tentera Jepun dikumpulkan diatas Kapal Tentera Bersekutu kerja-kerja dilakukan oleh POW tentera Jepun



Tentera POW Jepun dan orang - orang awam Jepun dikumpulkan di Padang Bandaran Tawau untuk pemeriksaan oleh Tentera Bersekutu



Leftenan Colonel J.A.England Pegawai Pemerintah Tentera North East Borneo sedang membuat pertanyaan kepada Major Sugasaki Pegawai Pemerintah Tentera Jepun di Tawau



SELEPAS PEPERANGAN 

Pentadbir Tentera British di Borneo Utara mendapati tanah Jajahan mengalami kerosakan akibat daripada Bom yang digugurkan melalui kapal terbang perang. Semasa dalam penjajahan Jepun ramai kakitangan kerajaan telah dibunuh. Pentadbiran Tentera British berterusan sehingga 15 Julai 1946 , dimana kerajaan Awam beroperasi semula.Banyak rekod-rekod kerajaan sebelum peperangan telah musnah. Perancangan Pembangunan Tawau untuk tempoh 1945 – 1955 telah dibentuk dalam tahun 1948, untuk penyediaan program bagi menaiktarafkan kaedaan social dan Perkhidmatan Kerajaan kepada Masyarakat Tawau. Majlis Perbandaran Tawau telah ditubuhkan dalam tahun 1955 yang mana akan mengawal sistem kewangan dan juga kuasa-kuasa tempatan.
Ladang-ladang yang ditinggalkan oleh orang-orang Jepun telah beralih tangan kepada North Borneo Charterd Company . Kebun - kebun yang ditinggalkan oleh orang-orang Jepun dijual kepada pembeli yang berupaya. Kebanyakkan nya yang mampu ketika itu adalah terdiri daripada orang-orang cina. disamping itu Pihak British telah membuka peluang kepada kumpulan-kumpulan untuk kerja-kerja Pembalakan. Pasaran Hongkong , Jepun dan Singapore memerlukan kayu untuk kegunaan pembangunan. Pada masa itu kayu balak dipotong dengan kampak dan kayu balak dikeluarkan dari hutan kesungai-sungai dengan menggunakan kuda-kuda. Kuda-kuda istilah digunakan untuk mengeluarkan kayu balak yang sudah ditebang dan dibersihkan dengan menggunakan kayu-kayu sebagai landasan kemudian seberapa ramai orang digunakan untuk menarik atau menolak sehingga lah sampai kesungai atau laut.

Sehingga lah tahun 1963 Sabah Merdeka bersama-sama Malaysia .......................






1 comment:

  1. Sunggoh teruja dapat melihat ujodnya landasan-landasan troli zaman kolonial purbakala dulu=-dulu

    ReplyDelete