Wednesday, October 3, 2012

TAWAU HISTORICAL VALUE III

PRASARANA DAN INFRASTRUKTUR BANDAR TAWAU TAHUN 1930AN

Dalam Tahun 1940-an bekalan air diperolehi dari Sungai Tawau yang dibekalkan melalui pengangkutan landasan troli .



Tangki-tangki air diletakkan diatas troli untuk ditarik atau ditolak ke kedai-kedai di Bandar Tawau untuk kegunaan keperluan harian.





Beginilah caranya bekalan air dihantar ke Bandar Tawau ketika itu yang dengan terdapat rel-rel untuk troli ditolak sehingga ke kedai-kedai atau rumah penduduk yang memerlukan dalam tahun 1930 sehingga lah paip air ada selepas peperangan dunia ke II dimana banyak Jabatan Kerajaan telah ditubuhkan bagi mentadbir Bandar Tawau.





Lain-lain prasarana seperti Lampu Letrik dan Pemaritan belum lagi disediakan. Lampu-lampu jalan diurus secara manual dimana setiap petang lampu akan dipasang menggunakan sumbu dan minyak tanah . Kelihatan rel-rel untuk troli pengangkutan air yang disediakan ditepi-tepi Jalan.




Hubungan talian telepon hanya perhubungan diantara Pejabat Daerah dengan rumah Pegawai Daerah sahaja., Rumah Api ( Light House ) dan Kuhara Estate. Station tanpa wayar Kerajaan akan berhubung dengan Sandakan setiap hari. , semua pesanan akan dihantar ke Hong Kong dan Singapura. Pada waktu itu belum ada bank . Urusan kewangan akan diurus di Pejabat Pos dan pihak Perbendaharaan aku terima dan membuat pembayaran deposit bagi pihak Bank Pusat.


Didapati juga Bot Peronda Kerajaan digelar “ Petrel” ditempatkan di Tawau , namun ianya digunakan ditempat-tempat lain yang amat memerlukan perkhidmatanya. Pada masa itu belum lagi ada Lapangan Terbang bukan saja di Tawau tetapi diseluruh Borneo Utara.

Terdapat juga sebuah Hospital Kecil Kerajaan ( Cottage Hospital ) berhampiran dengan laut , tetapi tiada Pegawai Perubatan. Seorang Pegawai Perubatan bernama Ernst Stemfeld telah dihantar dari Sandakan dan ditempatkan diTawau pada tahun 1939 -1940 hanya bertahan beberapa bulan sahaja.






Tawau Cottage Hospital 1949, yang kelihatan ialah wad hospital yang menggunakan atap daun Nipah




Tawau Cottsge Hospital dalam tahun 1950an menggunakan atap sirap ( Kayu Billian ) bangunan dihadapan ialah rawatan pesakit luar. Bahagian Belakang adalah wad wad Hospital dan Pejabat.




Padang Bandaran Tawau dalam Tahun 1947 dan juga beberapa bangunan Pejabat Kerajaan yang mana disebelah belakang bangunan itu letaknya Tawau Cottage Hospital.





Hongkong & Shanghai Bank mula dibuka di Tawau pada 2 Jun 1947 yang diperbuat daripada kayu dan atap daun Nipah . Bangunan tersebut telah terbakar semasa Tawau Inferno pada 7 March 1953. Selepas itu Bangunan Konkrit telah dibina yang kelihatan hingga sekarang.






Komuniti Kaum China kekal dengan membuat Sekolah – Sekolah China . Dalam Tahun 1922 Gereja Roman Katholik telah dibina di Jalan Kuhara dan menyediakan Sekolah Rendah aliran English . Masjid / Surau boleh didapati dimana-mana . Pejabat Daerah diKetuai oleh seorang Pegawai British , dibantu oleh Ketua Kerani dan seorang Penterjemah Mahkamah ( Lim Ong Tun ). OKK Abu Bakar Penghulu Kedua yang sangat dihormati oleh Masyarakat Tawau Ketika itu. Manakala Pemimpin kaum China Stephen Tan digelar “kapitan” ( Terbunuh semasa pemerintahan Jepun ). 


Surat yang dihantar dari Tawau ke Sandakan akan memakan masa lebih Sembilan ( 9 ) hari , manakala lebih Sembilan Belas hari akan sampai ke Singapura . Oleh kerana penduduk lambat menerima surat kabar dan juga surat , mereka berusaha untuk mendapatkan Radio . Tetapi tidak banyak yang mampu untuk memperolehinya.



JALAN RAYA DAN INFRASTRUKTUR DIBERIKAN KEUTAMAAN









Sebuah Jambatan telah dibina di batu 5 Jalan Kuhara yang digelar "Jambatan Putih" , digunakan untuk perhubungan dan juga digunakan untuk laluan rel bagi menghantar Hemp atau Pisang Lanut ke Pelabuhan Tawau.Ianya juga digunakan sebagai laluan orang awam untuk keBandar Tawau.




Jalan Raya Apas juga diperbaiki dan dinaiktaraf dari semasa kesemasa untuk kemudahan orang awam ke Bandar Tawau






Rumah-rumah kedai diperbuat daripada kayu dan atap daun nipah serta berdindingkan kajang. Sistem pengangkutan awam pada masa itu menggunakan kenderaan lori yang diubahsuai untuk digunakan sebagai Pengangkutan Awam – digelar Bas Kayu.




Bandar Tawau dari udara dalam tahun 1960an telah berubah wajah daripada kedai-kedai diperbuat dari daun Nipah kepada Bangunan Konkrit.





Bandar Tawau dari udara dalam tahun 2012 telah berubah wajah dan telah menjadi sebuah Bandar yang ke 3 Besar di Negeri Sabah. daripada kedai-kedai diperbuat dari daun Nipah dan Bangunan Konkrit kini telah berubah menjadi seakan-akan sebuah Taman yang dipenuhi dengan keindahan dan kebersihan. Carilah sendiri dimana Bandar Asal Tawau didalam gambar diatas?. 








Tawau tahun 2013 kini dan selamanya

























































































1 comment:

  1. Adakah jembatan ketapi berkenaan maseh ujod lagi pada zaman ini ..?

    ReplyDelete