Saturday, October 6, 2012

TAWAU HISTORICAL VALUE V





BANDAR TAWAU MENINGKAT MAJU MELALUI PERUBAHAN INFRASTRUKTUR DAN FASILITI SEJAJAR DENGAN PERUBAHAN WAKTU SEHINGGA KE HARI INI



Tawau Terbakar Tahun 1953 – 7 March 1953
Bandar Tawau terbakar hampir keseluruhannya musnah dijilat api pada7 March 1953. Api dikata mula dikesan pada jam 3.30 petang di Jalan Dunlop . Bangunan rumah kedai yang diperbuat daripada bahan- bahan kayu manakala dan atapnya diperbuat daripada daun Nipah yang sememangnya mudah terbakar. Daripada laporan sebuah akbar di Singapura menyatakan ianya hanya mengambil masa 37 minit untuk memusnahkan 133 rumah kedai dan 6 pejabat kerajaan termasuklah Balai Polis dan Pejabat Pos.








Kebetulan pada masa tersebut ada musim kemarau yang melanda Tawau yang biasanya berlaku dalam bulan March hingga bulan April. Api yang tidak dapat dikawal dengan keadaan kedudukan Tawau yang berhampiran dengan laut semestinya factor angin juga menambah api tidak dapat dikawal.





Orang ramai bertungkus lumus membantu untuk memadam api ketika itu , tetapi api lebih cepat dan memusnahkan rumah kedai dalam masa yang begitu cepat sekali.




Faktor cuaca yang panas dan kering menjadikan atap yang diperbuat daripada daun Nipah itu sangat mudah terbakar.



Faktor angin dan keadaan air laut yang surut juga menyebabkan ramai yang tidak dapat membantu untuk memadam kebakaran tersebut.






Begini lah keadaan Bandar Tawau selepas kebakaran tersebut , habis segalanya musnah. Pihak Kerajaan British telah berusaha untuk mententeramkan keadaan dengan dibantu oleh Pemimpin – pemimpin yang ada diTawau ketika itu.








Kedai-kedai semantara di Batu Satu setengah Jalan Kuhara , Kerajaan British dengan Pemimpin – pemimpin Masyarakat Tawau ketika itu telah bersetuju untuk membina rumah-rumah kedai sementara agar para peniaga dapat terus mengusahakan perniagaan mereka yang telah musnah dijilat api. Rumah-rumah kedai sementara ini telah dibina diJalan Kuhara.





Pandangan dari Udara Bandar Tawau pada Thun 1950an 





Kesan daripada kebakaran yang berlaku pada 7 March 1953 itu telah mengubah pandangan dan pemikiran Pihak Kerajaan British dan Pemimpin-pemimpin Masyarakat ketika itu dengan menaiktaraf reka bentuk dan material bangunan agar lebih mampu digunakan dalam jangka yang lama. Sebahagian daripada bangunan-bangunan ini masih lagi terdapat di Bandar Tawau.




Beginilah keadaan dibandar Tawau dalam Tahun 1958 apabila bangunan-bangunan kedai berfungsi sepenuhnya.





Bandar Tawau dalam tahun 1958-1960





Bandar Tawau dalam Tahun 1963 pandangan dari Udara


Pandangan dari Udara Bandar Tawau tahun 1963 , kelihatan dihujung sana tersegam Indah Masjid Bandar Tawau yang baru dirasmikan pada 4 Mei 1963.








Pandangan dari Udara Bandar Tawau dalam Tahun 1963 – 1965 dimana kelihatan tersegam Panggung wayang Kong Fah kini sudah diubahsuai menjadi Pasar Raya Survey Tawau




Dulu tempat ini dipanggil Sawmill , dimana persimpangan bulatan ke Jalan Kuhara dan ke Kampung Ice Box Dahulu sebelum ada Jalan Raya yang menghubungkan kawasan Batu Payung , Tinagat , Membalua dan Inderasabah mereka datang ke Tawau menggunakan Perahu Layar dan ditempat ini lah mereka berlabuh dan hasil kebun mereka akan dipunggahkan untuk dijual. Kebanyakan dari mereka sudah mempunyai peraih ( tauke ) sendiri yang akan datang untuk membeli barangan yang dibawa seperti Kopra , Pisang , Jagong ( kering didalam karung Guni ) , Rotan ( yang telah dibersihkan / diraut – untuk menjahit atap ) , atap nipah yang sudah berjahit , Belacan ( udang gergau / bubuk yang telah dikeringkan ) , Udang kering dan lain-lain lagi. Kedai yang Dua Pintu itu lah tempat mereka selalu singgah untuk berbelanja dan Minum Kopi ,kerana disitu terdapat kedai kopi dengan mnyediakan roti paun berkepala dan banyak lagi jenis-jenis kueh bun.





Persimpangan Bulatan Jalan Kuhara dengan Jalan Ice Box / Tawau Lama pada Tahun 1972 . Pembahagi Jalan masih lagi menggunakan Drum , walaubagaimana pun tiada pernah pemandu yang merempuh drum tersebut. Yang Jauh kelihatan hujung sana ialah perkampungan Ice Box kini dikenali dengan nama Kampung Titingan. Bangunan kecil ditepi pantai yang kelihatan itu ialah tempat orang-orang cina memotong Babi ( Slaughter House ) dan sekarang tempat tersebut telah dimajukan dengan pusat perniagaan Ba Zhong.





Jalan Dunlop Waterfront dalam tahun 1972 , jalan ini menghubungkan bandar Tawau dengan Kampung Titingan ( Ice Box ) dan juga kawasan Tawau Lama serta terus menghubungkan ke kawasan Jalan Apas yang melalui round about Sawmill 



SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN AWAM DIBANDAR TAWAU BERMULA SEAWAL TAHUN 1930AN





Keadaan Pengangkutan dan Perhubungan awam bandar Tawau pada tahun 1932 dikawasan perhentian bas semasa hari pelepasan am atau pay day hari terima gaji diJalan Dunlop. 




Station Bas bandar Tawau dalam tahun 1940 diJalan Dunlop 





Bandar Tawau@Tanjung dalam tahun 1950 terus maju dengan menyediakan sistem pengangkutan yang baik dengan bertambahnya bilangan kereta dan Bas. Teksi juga sudah diperkenalkan dengan terdapatnya beberapa orang penduduk Tawau yang mampu mempunyai kereta teksi sendiri.






Dari Tahun 1960an hingga pertengahan 1976 , system pengangkutan Bas pada masa itu dikuasai oleh satu Syarikat pengangkutan sahaja iaitu Syarikat Tawau Transport. Hanya selepas tahun 1977 semua permit bas dan Teksi dibuka kepada semua warganegara Malaysia. Sejak itu bermula lah era perubahan system Pengangkutan awam di Tawau.





Dalam Tahun 1960 pembinaan sebuah lapangan Terbang telah rancangkan dan dalam masa yang singkat sebauh Lapangan Terbang telah bersedia untuk digunakan. Lapangan Terbang ini digunapakai sehingga lapangan terbang baru siap dibina dikawasan Balung.



PERKEMBANGAN MAJU BANDAR TAWAU SEIRING DENGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM PELABUHAN TAWAU





Pelabuhan Tawau dalam Tahun 1966





Pandangan melalui Udara Bandar Tawau Pada tahun 1978




Pandangan melalui Udara Bandar Tawau Tahun 2012





Pandangan Bandar Tawau dari Udara pada Tahun 2013



Tawau maju seiring dengan perkembangan tamaddun Dunia , keaktifan dan peningkatan Infrastruktur yang teratur dan indah adalah hasil pemikiran pemimpin yang silih berganti dengan tujuan mencapai keunggulan bertaraf Antarabangsa.  

TAWAU TERUS MAJU







End















1 comment:

  1. Satu singkapan sejarah Tawau yang rare lagi kurang di-ketahui orang ramai ... Terima kaseh atas insight yang serba menarek ini.

    ReplyDelete