Tuesday, October 2, 2012

TAWAU HISTORICAL VALUE II



BANDAR TAWAU ( TANJUNG )


Akhirnya Tawau Baru ( yang berpindah lokasi di Kawasan Tanjung dari Tawau Lama ) menjadi pekan yang bertambah maju dengan terbinanya pelbagai kemudahan awam yang disediakan kerajaan British pada masa itu. Kedatangan masyarakat berbangsa Cina pula pada mulanya ialah untuk bekerja sebagai pelombong arang batu di Silimpopon, terletak 80 batu dari Bandar Tawau pada era 1900an dimana Cowie Harbour Coal Company telah ditubuhkan pada tahun 1905 untuk memonopoli kekayaan sumber arang batu di Tawau yang mana menarik minat orang-orang Cina dari Tanah besar China untuk berhijrah ke Tawau. Setelah lombong arang batu ini ditutup, mereka mendiami pula kawasan bandar baru di kawasan yang dipanggil 'Tanjung' setelah Tawau Lama ditinggalkan kerana kawasannya kurang strategik. Kemudiannya, ramai di kalangan orang-orang Cina ini menceburi bidang perniagaan di kalangan masyarakat tempatan. Mereka pada asalnya membuka perniagaan kecil-kecil seperti menjual minyak gas, beras, ikan dan sayur untuk keperluan masyarakat tempatan. Namun dengan kesungguhan mereka dalam perniagaan, mereka telah mampu memiliki rumah-rumah kedai . British juga banyak membina kemudahan infrasruktur di Pekan Tawau melalui PWD ( Public Works Depertment ) iaitu sebuah jabatan kerajaan yang ditanggungjawabkan untuk membina semua jalanraya di Tawau yang menghubungkan kampung kampung dengan Bandar Tawau. Selain itu, Hospital, Sekolah, Balai Polis ,Pasar-pasar dan Rumah-rumah kedai juga dibina termasuklah Pelabuhan Tawau yang merupakan laluan dan pintu masuk utama ke Tawau pada masa itu.

Dalam tahun 1930an , Tawau terus menunjukkan peningkatan terutama dalam bidang Perladangan . Bilangan penduduk Tawau juga semakin meningkat dimana lebih kurang 1800 keluarga telah dicatitkan dalam tahun 1931. “ The Kuhara Rubber and Manila Hemp Estates” dan “ The Kubota Coconut Estates” adalah dua Peladangan yang terbesar diTawau pada ketika itu . Terdapat juga kegiatan melombong Arang Batu di Silimpopon lebih kurang 80 batu dari Bandar Tawau yang beroperasi dalam tahun 1905 hingga 1930 yang diusahakan oleh “ The Cowie Harbour Coal Company “. Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada orang-orang China. Pada Peperangan Dunia Pertama “First World War (1914–1918)” tidak membawa kesan secara langsung kepada Tawau namun terdapat juga Saham – saham dunia yang merosot . Pada ketika itu Sandakan adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan dan Pusat Perdagangan. Tawau pada ketika itu hanyalah sebuah Bandar Kecil yang berpotensi untuk maju.

Diakhir tahun 1930an , terdapat 60 buah kedai kayu telah dibina dan pembinaan 2 buah Jalan Raya iaitu Dunlop Street mengambil nama Resident Tawau A.R.Dunlop dan Man Cheong Street ( sekarang telah digabungkan dengan Dunlop Street ) Man Cheong terkenal dengan kedai Kopi , yang masih lagi beroperasi di Jalan Dunlop. Dunlop Street amat berhampiran dengan tepi laut dimana terdapat kedai sebahagiannya berada diatas air laut. Kebanyakan kedai dipunyai oleh Peniaga-peniaga China dengan menjual barang-barang keperlauan harian. Terdapat juga Kedai Kopi dan Rumah Tumpangan. 



Salah satu jalan yang telah dibina bagi kemudahan asas penduduk Tawau dan kelihatan ditepi tepi Jalan di bina kedai-kedai untuk kemudahan penduduk Tawau berbelanja keperluan harian mereka. Ini adalah Jalan Dunlop dan masih ujud hingga kehari ini .Digambar dalam tahun 1930



Pusat Bandar Tawau ketika itu ialah Padang Bandaran . Lautan luas terbentang disebelah Selatan manakala disebelah daratan pula terdapat 3 buah bangunan kerajaan iaitu Pejabat Daerah , Kuarters Polis dan Rumah Rehat Kerajaan. Menara Loceng yang masih ada di Padang Bandaran Tawau telah didirikan oleh orang-orang Jepun selepas peperangan Dunia Pertama. Setiap jam loceng akan dibunyikan yang dikendalikan oleh Polis yang berkawal. Keadaan ketika itu sangat aman dan damai , dijalan-jalan raya dari Dunlop street hingga ke Jalan Apas , Jalan Kuhara dan Jalan Sin On digunakan oleh kenderaan persendirian , lori dan kenderaan Ladang daripada Ladang-ladang berhampiran seperti Ladang Getah . Walaupun berbilang bangsa , keturunan dan agama penduduk Tawau ketika itu hidup dalam aman . Tiada kes-kes jenayah berlaku pintu dan juga jendela rumah ditinggalkan tidak pernah berkunci.




Pejabat Daerah (District Office)
Pejabat Daerah ( District Office ) diketuai oleh seorang Resident , yang mana ketika itu dalam tahun 1899 Resident British yang pertama Alexander Rankin Dunlop .




Pejabat Daerah ini telah dibina dalam Tahun 1918 dan siap dalam tahun 1919. Manakala menara loceng yang kelihatan dibuat oleh orang-orang Jepun dalam Tahun 1898. Gambar diatas dan dibawah ambil dalam tahun 1924.




Pejabat Daerah terletak berhampiran dengan Padang dan tepian Laut . Kelihatan Jembatan menuju ke Pejabat Kastam ketika itu.




Kelihatan dalam Gambar Pegawai-pegawai kerajaan British sedang berjalan , dibelakang kelihatan Pejabat Daerah . Lihat sajalah pakaian Pegawai waktu dulu , dengan tongkat masing-masing dengan topi dan setokin panjang. 









No comments:

Post a Comment