Friday, September 7, 2012

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN - BAHAGIAN 2



TRANSFORMASI TANAMAN KELAPA KEPADA TANAMAN 
KELAPA SAWIT DIKAMPONG BATU PAYONG TAWAU 
SELUAS 12 EKAR

BERKEBUN DAN BERCUCUK TANAM AMAT SESUAI DILAKUKAN BILA ADA MASA TERLUANG KERANA IA AKAN MEMBANTU KITA MERASA GEMBIRA DAN MENGHILANGKAN RASA STRESS SERTA DAPAT MEMBANTU MENJANA EKONOMI KELUARGA 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Perpaduan
Salam 1 Malaysia
Salam Merdeka


Kelapa adalah tanaman asli yang diusahakan oleh penduduk kampong Batu Payong semenjak kampong tersebut dibuka disekitar akhir kurun ke-18 . Kebanyakan nya diusahakan untuk dijual setelah dijadikan Copra . Jadi bayangkan lah sekiranya kelapa tersebut telah ditanam pada awal kurun ke - 19 , berapa tinggikah sudah kelapa itu. Sejak Zaman British lagi kelapa sudah memang ditanam , kemudian Zaman Jepun lepas tu British lagi .

Untuk menghasilkan Copra memang kerjanya sangat berat ; 
- Mula- mula kelapa tua akan diturunkan , sama ada cara kait atau pun panjat
- Kelapa dikumpulkan disatu tempat yang biasanya disediakan rumah tempat menjemur atau memanggang
- Kerja-kerja mengupas kulit kelapa
- Kerja-kerja membelah kelapa , kemudian megumpulnya diatas rumah yang telah sedia ada
- Kerja - kerja menyusun kelapa sama ada untuk dijemur atau dipanggang
- Apabila kelapa sudah kering ianya perlu diasingkan isi kelapa dari tempurung nya
- selepas itu perlu dikeringkan lagi sama ada dijemur atau dipanggang
- Apabila sudah kering , perlu dicincang kecil-kecil untuk dimasukkan kedalam Guni yang setiap satu
   beratnya lebih kurang 100 kilo atau pada masa dahulu 100 kati.
- Kemudian barulah boleh dijual

Pada masa ini tiada lagi orang yang mahu membuat kerja-kerja tersebut , yang ada dijual bulat buah yang tua atau pun muda. Untuk mendapatkan pemanjat kelapa memang sangat susah , kalau ada pun upah nya sangat mahal kerana pohon kelapa yang sudah tinggi mengawan.

Jadi untuk tidak mensia-siakan Tanah Kebun yang sedia ada Tranformasi Tanaman perlu dilakukan agar kebun dapat kembali diaktifkan.Tanah Kebun ini adalah peninggalan Arwah Nenek dan Arwah Bapa.

Pada bulan September 2011 , usaha membersihkan kebun  dengan kerja-kerja menumbangkan pokok kelapa yang sudah tua untuk digantikan dengan Kelapa Sawit dimulakan dengan penggunaan Jentera Berat.

Inilah kebun kelapa yang perlukan transformasi ,



Kaedaan kebun sebegini tidak terurus dan tidak produktif

Banyak pokok-pokok renik yang tumbuh melata perlu dibersihkan 


Rumput-rumpai juga terlalu tebal tidak mudah untuk dibersihkan secara manual



Dengan menggunakan Jentera berat pokok kelapa dan pokok renik serta rumput rumpai dapat dibersihkan



Batang  Kelapa perlu dipotong dan disusun bagi memudahkan kerja-kerja pemunggahan 


Penggunaan Jentera Berat seperti Hitachi ini akan memudahkan kerja-kerja pembersihan

Selesai sahaja pembersihan bibit kelapa sawit yang baka baik terus ditanam

Kelapa Sawit diTanam perlu disusun ikut Barisan dan ukuran Jarak yang diperlukan



                                  Saya dan Isteri sentiasa memantau kerja-kerja yang sedang dibuat






Disamping itu Batang Kelapa juga boleh dijual untuk dibuat papan dan beruti

 Batang kelapa yang telah dipotong akan dimuatkan keatas lori untuk dihantar ke Kilang Papan berdekatan




Isteri saya juga minat berkebun 

Anak saya juga mempunyai minat sama tetapi dia masih belajar


Kini selepas setahun Tanaman Kelapa Sawit sudah kelihatan membesar dan rumput - rumpai sengaja dibiarkan tetapi sentiasa dibuat penjagaan agar rumput tidak terlalu tinggi


















No comments:

Post a Comment