BAHAGIAN PERTAMA : 27 MEI 2014 - PERJALANAN TAWAU-KOTA KINABALU-JAKARTA
Pada 27 Mei 2014 Rombongan UMNO Bahagian P.190 Tawau berkumpul diruang check in Air Asia Lapangan Terbang Tawau untuk penerbangan ke Kota Kinabalu. Seramai 41 orang AJK UMNO Bahagian Tawau berangkat menuju ke Kotaraya Jakarta bagi memulakan Lawatan.
Menunggu rakan-rakan yang lain untuk check-in penerbangan ke-Kota Kinabalu
Diruang menunggu penerbangan ke Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Tawau bersama-sama rombongan
Pada Jam 09.35 pagi kami pun boarding dan terbang menuju ke Kota Kinabalu.Pada jam 10.00 pagi kami telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Terminal 2 Air Asia
Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu di Terminal 2 Air Asia
Penerbangan kami ke Jakarta dari Kota Kinabalu pada Jam 16.30 petang ( 4.30 petang ). Sementara menunggu flight untuk keJakarta kami pergilah berjalan-jalan ke Bandar Raya Kota Kinabalu setelah menyimpan Baggasi kami ditempat menyimpan baggasi yang berbayar diterminal tersebut.
Sempat menjamu selera di Restoran Sempelang Asia City , Kota Kinabalu
Jalan – jalan diKota Kinabalu sebelum balik semula ke Lapangan Terbang dan lepak di Centre Point
Pada jam 2.00 petang kami pun balik ke Airport Terminal 2 dengan mengambil semula baggasi yang ditinggalkan dan terus check in untuk pemeriksaan dan masuk ke balai berlepas.
Dalam Kapal Terbang Air Asia Penerbangan AK241 ke Jakarta
Pada pukul 5.00 petang kami pun boarding menaiki Flight Air Asia AK241 ke Chengkering Jakarta. Penerbangan amat baik dan kami mendarat dilapangan Terbang Antarabangsa Indonesia Soekarno-Hatta lebih kurang 2 jam 45 minit penerbangan.Kami tiba di Jakarta pada jam 8.00 malam . Dari Kapal Terbang kami disediakan Bas perantara penumpang ke terminal yang mana kawasan Kapal terbang berhenti agak jauh dari kawasan terminal . Tiba diterminal kami melalui pemeriksaan keselamatan dan semakan passport kemudian kami pun berkumpul diluar balai ketibaan dimana pemandu pelancung kami telah bersedia dan mengatur segala keperluan.
Bas yang akan kami gunakan sepanjang lawatan kami ke Jakarta-Bogor-Bandung telah bersedia untuk memberikan perkhidmatan. Bas inilah yang membawa kami mulai 27/5/2014 hingga 3/6/2014. Kami membawa bag masing-masing untuk disusun didalam tempat simpanan bag yang disediakan dibahagian bawah Bas. Kakitangan Operator Pelancungan sibuk menyusun atur bag-bag yang mana setiap orang hanya membawa satu bag pakaian sahaja. Sebaik saja siap diatur Bas pun bergerak dan bermulalah perjalanan kami di Tanah Jawa Indonesia. Oleh kerana pada masa itu jam telah menunjukkan pukul 9.00 malam , sesuai untuk makan malam sebelum terus ke Hotel penginapan. Kami singgah makan di Lembur Kuring sebuah Restauran Makanan Masakan Sunda
Semua baggasi kami telah disimpan didalam Bas untuk perjalanan ke Hotel
Oleh kerana pada masa itu jam telah menunjukkan pukul 9.00 malam , sesuai untuk makan malam sebelum terus ke Hotel penginapan.Kami singgah makan di Lembur Kuring sebuah Restauran Makanan Masakan Sunda.
Oleh kerana perjalanan dari Kota Kinabalu memakan masa 2 - 3 jam dapat juga melepaskan rasa kepenatan
Menikmati hidangan masakan Sunda
Selepas makan malam kami rehat lagi kerana menunggu rakan-rakan kami seramai 8 orang dari Tawau. Flight mereka dari Tawau – KL – Jakarta yang akan tiba di Jakarta pada pukul 9.00 malam , termasuklah Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan Setiausaha Kerja kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Sementara lepak-lepak sempat juga ambil gambar di Pintu Masuk Restauran Lembur Kuring.
Setelah rakan-rakan dari Tawau tiba dan selesai makan malam kami pun mulalah berangkat ke Hotel Penginapan kami iaitu Hotel Ibis Jakarta Mangga Dua. Kedudukan Hotel ini berhampiran dengan Gedung-gedung perniagaan tempat membeli belah ( One of Jakarta’s largest shopping area ). Lebih kurang 20 minit ke kawasan bersejarah Batavia dan Ancol tetapi kalau musim sesak boleh memakan masa hingga 1 jam kalau menggunakan Kenderaan Bas. Manakala jarak Jakarta Pusat dengan Hotel ini lebih kurang 6 kilometer.Jarak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sejauh 30 kilometer. Tempat ini kedudukan nya berhampiran dengan laut.
Hotel Ibis Jakarta Mangga Dua , Jalan Pangeran Jayakarta 73 , 10730 Jakarta
Bilik Hotel Ibis Jakarta Mangga Dua
Saya berkongsi bilik dengan saudara Karim Tumak dibilik No.1207 di tingkat 12 Hotel tersebut. Bilik nya bersih dan selesa untuk 2 orang. Sewaktu menginap disini selama 27 Mei 2014 hingga 31 Mei 2014 sempat juga kami hantar pakaian untuk dicuci. Petunjuk arah Kiblat untuk orang Muslimin juga disediakan bagi memudahkan menunaikan sembahyang Fardu dijalankan. Setiap hari bilik kami dibersihkan disusunatur seperti sedikala. Sebelah pagi kami bersarapan di Hotel ,dimana disediakan berbagai jenis hidangan untuk sarapan pagi direstaurant Hotel tersebut mulai dari jam 6.00 pagi.
Disinilah kami sarapan pagi yang menyediakan berbagai jenis sarapan
Seronok juga setiap pagi minum berkumpul bersama rakan-rakan serombongan sambil berborak tentang pengalaman yang dilalui di Kotaraya Jakarta ini.
BAHAGIAN KETIGA : 28 MEI 2014 JAM 9.30 PAGI - LAWATAN KE-SEAWORLD ANCOL JAKARTA
Pada 28 Mei 2014 kami memulakan lawatan kami diJakarta dengan membuat lawatan ke SeaWorld Ancol.Kami bertolak dari Hotel pada jam 9.30 pagi.Serba sedikit mengenai tempat ini yang di rujuk dari Wikipedia; Indonesia merupakan negara kepulauan yang terdiri dari lebih 17,504 pulau sepanjang garis katulistiwa. Rentang garis pantai terbujur sepanjang 81,290 km dan luas lautan 5,800,000 km menjadikan Indonesia sebagai negara maritim dan laut adalah urat nadi kehidupan masyarakat Indonesia.
Inilah Bas Visata yang kami gunakan sepanjang lawatan kami ke Jakarta-Bogor-Bandung
Duta Tour telah menyediakan Bas untuk perjalanan kami disini bersedia untuk membuat lawatan kedestinasi yang telah dijadualkan dalam program lawatan
Bersedia untuk membuat lawatan ke SeaWorld Ancol Jakarta
Dalam usaha memperkenalkan kehidupan biota yang hidup di alam maka SeaWorld Indonesia memiliki berbagai koleksi mulai dari biota perairan tawar, terdiri dari 22,000 ekor ikan (126 Jenis), 28 reptil (5 jenis) sampai biota perairan laut yang terdiri dari 5180 ekor ikan (26 jenis), 79 avertebrata (13 jenis), 30 reptil (5 jenis) dan 1 mamalia.
Sebahagian dari rombongan yang telah sampai dipintu masuk ke SeaWorld
Wahana SeaWorld Indonesia hadir dalam satu kawasan yang lengkap untuk memberikan hiburan, pendidikan dan nilai sejarah yang akan selalu diingat. SeaWorld Indonesia dalam operasionalnya mengemban 3 misi besar yaitu: Pendidikan, Konservasi dan Hiburan. Melalui misi ini SeaWorld Indonesia menempatkan dirinya sebagai tempat hiburan yang berkualiti
Spesis Ikan air tawar seperti Ikan Patin , Ikan Naga ( Arapaimagigas ) dan banyak lagi
Didalam SeaWorld banyak ikan-ikan Air Tawar dan Ikan Air Masin dipamerkan
Aneka jenis Ikan Air Tawar dipamerkan di SeaWorld
Berada didalam Terowong kaca seakan-akan kita berada didalam air dimana kita dapat melihat lebih dekat Ikan – ikan yang berada didalan SeaWorld ini
Aquaria SeaWorld menyediakan pelbagai hidupan Air (Air Masin Dan Air Tawar)
Jenis-jenis Ikan Air Masin
Ikan Air masin
BAHAGIAN KETIGA(1): 28 MEI 2014 JAM 12.00 TENGAHARI MENGUNJUNG GELANGGANG SAMUDERA ANCOL
Menyaksikan aksi Ikan Lumba-lumba (Dolphin) @12.00 pm. Berkesempatan berkunjung ke Arena Samudera Ancol dimana 4 ekor Dolphin mempertunjukkan aksi yang menarik.
Rombongan kami menuju ke Samudera Ancol untuk menyaksikan pertunjukan Dolphin
Sebahagian daripada Ahli rombongan
Persembahan dimulai dengan Introduction sembah hormat kepada pengunjung
Persembahan dimulai dengan Introduction sembah hormat kepada pengunjung dikiri dan kanan gelanggang oleh empat ekor ikan lumba-lumba
Aksi Ikan lumba-lumba bersama-sama dengan pelatih menyerikan lagi pertunjukan tersebut
Selesai pertunjukan rombongan kami pun beredar dan berkumpul disatu tempat bagi memudahkan pemandu pelancong mengatur program seterusnya. Bas yang kami naiki telah bersedia , sementara menunggu kawan kawan lain tiba kesempatan bagi perokok sebelum masuk kedalam bas. Destinasi seterusnya ialah tempat makan tengahari atau disini kata makan siang.Makan siang direstoran diAncol yang menyediakan menu masakan tempatan.
Waduh macam ada masalah kawan kita dibelakang tu , sampai naik baju sudah tu.Kemungkinan beliau risau tentang perut nya membesar kerana banyak makan disini.
BAHAGIAN KETIGA(2): 28 MEI 2014 JAM 6.30 MALAM - MAKAN MALAM DI BANDAR DJAKARTA RESTORAN SEAFOOD
Pada sebelah malamnya kami makan malam diBandar Djakarta Makanan Laut di Ancol. Berbagai jenis masakan dan lauk pauk yang dihidangkan tidak ketinggalan ikan Gurami Goreng.
Sedia untuk makan malam di Restoran Bandar Djakarta di Ancol
Makan malam dengan makanan berbagai jenis lauk disediakan
Beginilah keadaan apabila makan beramai-ramai sambil bergembira
Bandar Djakarta - Ancol, adalah Restoran Makanan Laut terletak di tepi laut Teluk Jakarta yang memberikan semua kenyamanan yang anda harapkan. Pemandangan yang indah, suasana yang nyaman, bersantai dan berekreasi sambil menikmati hidangan laut yang lazat dan berkualiti. Anda boleh memilih duduk di tepi pantai, lesehan atau di dalam ruangan-ruangan yang terbuka dan tertutup dengan kapasiti sehingga 1600 orang, sambil menikmati lagu-lagu manis yang dinyanyikan oleh artis Bandar.Restauran ini terletak berhampiran dengan laut dimana terdapat perahu dan bot – bot yang boleh disewa untuk riadah , Rehat selepas makan malam ada yang berkesempatan untuk melayari Internet
Selepas makan malam sebahagian mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai tanda kenangan pernah datang kesini
BAHAGIAN KE-EMPAT : 29 MEI 2014 JAM 9.30 PAGI - LAWATAN KE MONAS (MONUMEN NASIONAL) INDONESIA
Rombongan membuat lawatan ke MONAS
MONAS ( Monumen Nasional ) Indonesia
Monumen Nasional atau yang lebih dikenali dengan singkatan perkataan MONAS atau Tugu MONAS adalah monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk mendapat kemerdekaan dari pemerintahan kolonial Hindia Belanda. Pembangunan monumen ini dimulai pada tanggal 17 Ogos 1961 di bawah perintah presiden Sukarno, dan dibuka untuk umum pada tanggal 12 Julai 1975. Tugu ini dimahkotai lidah api yang dilapisi lembaran emas yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala. Monumen Nasional terletak tepat di tengah Lapangan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. Monumen dan museum ini dibuka setiap hari mulai pukul 08.00 - 15.00 WIB( waktu Indonesia Bahagian Barat ). Pada hari Senin pekan terakhir setiap bulannya ditutup untuk umum.Setelah pusat pemerintahan Republik Indonesia kembali ke Jakarta setelah sebelumnya berkedudukan di Yogyakarta pada tahun 1950 menyusul pengakuan kedaulatan Republik Indonesia oleh pemerintah Belanda pada tahun 1949, Presiden Sukarno mulai memikirkan pembangunan sebuah monumen nasional yang setara dengan Menara Eiffel di lapangan tepat di depan Istana Merdeka. Pembangunan tugu Monas bertujuan mengenang dan melestarikan perjuangan bangsa Indonesia pada masa revolusi kemerdekaan 1945, agar terus membangkitkan inspirasi dan semangat patriotisme generasi saat ini dan mendatang.
Sejarah
Pada 17 Ogos 1954 satu Jawatankuasa Peringkat Nasional dibentuk dan Pertandingan perancangan monumen nasional dibuat pada tahun 1955. Terdapat 51 peserta yang masuk, akan tetapi hanya seorang peserta yang dipilih iaitu Frederich Silaban yang memenuhi kriteria yang ditentukan komite, antara lain menggambarkan karakter bangsa Indonesia dan dapat bertahan selama berabad-abad. Pertandingan kedua dibuat pada tahun 1960 tapi sekali lagi tak satupun dari 136 peserta yang memenuhi kriteria. Ketua juri kemudian meminta Silaban untuk menunjukkan rancangannya kepada Sukarno. Akan tetapi Sukarno kurang menyukai rancangan itu dan ia menginginkan monumen itu berbentuk lingga dan yoni. Silaban kemudian diminta merancang monumen dengan tema seperti itu, akan tetapi rancangan yang diajukan Silaban terlalu luar biasa sehingga biayanya sangat besar dan tidak mampu ditanggung oleh anggaran negara, terlebih kondisi ekonomi saat itu cukup buruk. Silaban menolak merancang bangunan yang lebih kecil, dan menyarankan pembangunan ditunda hingga ekonomi Indonesia membaik. Sukarno kemudian meminta arkitek R.M. Soedarsono untuk melanjutkan rancangan itu. Soedarsono memasukkan angka 17, 8 dan 45, melambangkan 17 Ogos 1945 memulai Proklamasi Kemerdekaan Indonesia, ke dalam rancangan monumen itu. Tugu Peringatan Nasional ini kemudian dibangun di kawasan seluas 80 hektare. Tugu ini selia pembangunan nya oleh Friedrich Silaban dan R. M. Soedarsono, Tugu mulai dibangun pada 17 Ogos 1961.
Pembangunan terdiri atas tiga tahap. Tahap pertama, Tahun 1961/1962 - 1964/1965 dimulai dengan dimulainya secara resmi pembangunan pada tanggal 17 Ogos 1961 dengan Sukarno secara seremonial menancapkan pasak beton pertama. Total 284 pasak beton digunakan sebagai fondasi bangunan. Sebanyak 360 pasak bumi ditanamkan untuk fondasi museum sejarah nasional. Keseluruhan pemancangan fondasi rampung pada bulan Mac 1962. Dinding museum di dasar bangunan selesai pada bulan Oktober. Pembangunan obelisk kemudian dimulai dan akhirnya rampung pada bulan Ogos 1963. Pembangunan tahap kedua berlangsung pada tahun 1966 hingga 1968 akibat terjadinya Gerakan 30 September 1965 (G-30-S/PKI) dan upaya kudeta, tahap ini sempat tertunda. Tahap akhir berlangsung pada tahun 1969-1976 dengan menambahkan diorama pada museum sejarah. Meskipun pembangunan telah rampung, masalah masih saja terjadi, antara lain kebocoran air yang menggenangi museum. Monumen secara resmi dibuka untuk umum dan dirasmikan pada 12 Julai 1975 oleh Presiden Republik Indonesia Soeharto. Lokasi pembangunan monumen ini dikenal dengan nama Medan Merdeka. Lapangan Monas mengalami lima kali penggantian nama iaitu Lapangan Gambir, Lapangan Ikada, Lapangan Merdeka, Lapangan Monas, dan Taman Monas. Di sekeliling tugu terdapat taman, dua buah kolam dan beberapa lapangan terbuka tempat beriadah. Pada hari-hari kelepasan Medan Merdeka dipenuhi pengunjung yang berekreasi menikmati pemandangan Tugu Monas dan melakukan berbagai aktiviti dalam taman.
Rancang bangun Tugu Monas berdasarkan pada konsep pasangan universal yang abadi; Lingga dan Yoni. Tugu obelisk yang menjulang tinggi adalah lingga yang melambangkan laki-laki, elemen maskulin yang bersifat aktif dan positif, serta melambangkan siang hari. Sementara pelataran cawan landasan obelisk adalah Yoni yang melambangkan perempuan, elemen feminin yang pasif dan negatif, serta melambangkan malam hari Lingga dan yoni merupakan lambang kesuburan dan kesatuan harmonis yang saling melengkapi sedari masa prasejarah Indonesia. Selain itu bentuk Tugu Monas juga dapat ditafsirkan sebagai sepasang "alu" dan "Lesung", alat penumbuk padi yang didapati dalam setiap rumah tangga petani tradisional Indonesia. Dengan demikian rancang bangun Monas penuh dimensi khas budaya bangsa Indonesia. Monumen terdiri atas 117,7 meter obelisk di atas landasan persegi setinggi The 17 meter, pelataran cawan. Monumen ini dilapisi dengan marmer Italia. Kolam di Taman Medan Merdeka Utara berukuran 25 x 25 meter dirancang sebagai bagian dari sistem pendingin udara sekaligus mempercantik penampilan Taman Monas. Di dekatnya terdapat kolam air mancur dan patung Pangeran Diponegoro yang sedang menunggang kudanya, terbuat dari perunggu seberat 8 ton. Patung itu dibuat oleh pemahat Italia, Prof. Coberlato sebagai sumbangan oleh Konsulat Jendral Honores, Dr Mario Bross di Indonesia. Pintu masuk Monas terdapat di taman Medan Merdeka Utara dekat patung Pangeran Diponegoro. Pintu masuk melalui terowongan yang berada 3 m di bawah taman dan jalan silang Monas inilah, pintu masuk pengunjung menuju tugu Monas. Loket tiket berada di ujung terowongan. Ketika pengunjung naik kembali ke permukaan tanah di sisi utara Monas, pengunjung dapat melanjutkan berkeliling melihat relief sejarah perjuangan Indonesia; masuk ke dalam museum sejarah nasional melalui pintu di sudut timur laut, atau langsung naik ke tengah menuju ruang kemerdekaan atau lift menuju pelataran puncak monumen.
Relief Sejarah Indonesia bahagian sekeliling Monumen
Pada halaman luar mengelilingi monumen, pada tiap sudutnya terdapat relief timbul yang menggambarkan sejarah Indonesia. Relief ini bermula di sudut timur laut dengan mengabadikan kejayaan Nusantara pada masa lampau; menampilkan sejarah Singhasari dan Majapahit. Relief ini berlanjut secara kronologis searah jarum jam menuju sudut tenggara, barat daya, dan barat laut. Secara kronologis menggambarkan masa penjajahan Belanda, perlawanan rakyat Indonesia dan pahlawan-pahlawan nasional Indonesia, terbentuknya organisasi modern yang memperjuangkan Indonesia Merdeka pada awal abad ke-20, Sumpah Pemuda, Pendudukan Jepang dan Perang Dunia II, proklamasi kemerdekaan Indonesia disusul Revolusi dan Perang kemerdekaan Republik Indonesia, hingga mencapai masa pembangunan Indonesia modern. Relief dan patung-patung ini dibuat dari semen dengan kerangka pipa atau logam, sayang sekali beberapa patung dan arca mulai rontok dan rusak akibat hujan dan cuaca tropis.
Lorong ke Muzium Sejarah Indonesia ( Lorong bawah tanah ) dipenuhi oleh para pelanggan yang datang
Muzium Sejarah Indonesia
Di bahagian dasar monumen pada kedalaman 3 meter di bawah permukaan tanah, terdapat Museum Sejarah Nasional Indonesia. Ruang besar museum sejarah perjuangan nasional dengan ukuran luas 80 x 80 meter, dapat menampung pengunjung sekitar 500 orang. Ruangan besar berlapis marmer ini terdapat 48 diorama pada keempat sisinya dan 3 diorama di tengah, sehingga menjadi total 51 diorama. Diorama ini menampilkan sejarah Indonesia sejak masa pra sejarah hingga masa Orde Baru. Diorama ini dimula dari sudut timur laut bergerak searah jarum jam menelusuri perjalanan sejarah Indonesia; mulai masa pra sejarah, masa kemaharajaan kuno seperti Sriwijaya dan Majapahit, disusul masa penjajahan bangsa Eropa yang disusul perlawanan para pahlawan nasional pra kemerdekaan melawan VOC dan pemerintah Hindia Belanda. Diorama berlangsung terus hingga masa pergerakan nasional Indonesia awal abad ke-20, pendudukan Jepang, perang kemerdekaan dan masa revolusi, hingga masa Orde Baru pada masa pemerintahan Suharto. Pelantar Puncak tidak dilawati kerana kesuntukan masa dan terlalu ramai pengunjung yang berbaris untuk ke Puncak. Kami beredar diluar bangunan MONAS ini terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang berlangsung seperti perniagaan , pameran , dan berbagai lagi.
Boleh bergambar dengan badut pontianak ini dengan sedikit bayaran
Terdapat juga perkhidmatan urutan Tradisional disini untuk orang kepenatan berjalan-jalan dengan bayaran yang tidak mahal untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung yang datang.
Ramai orang berniaga disini terutamanya berniaga baju tshirt untuk ole-ole dari MONAS Jakarta. Tawar menawar adalah perkara biasa dalam perniagaan disini.
Kawasan sekitar MONAS begitu luas dan kalau berjalan kaki keliling tempat ini memang agak payah dan memenatkan. Tetapi ianya boleh berlaku kepada pengunjung yang terlupa pintu untuk keluar dari kawasan ini. Terdapat banyak pintu untuk keluar dari kawasan ini , terutama sekali bagi pengunjung yang datang dengan Bas. Kenderaan Bas tidak boleh masuk kekawasan ini , ianya diletakkan dikawasan luar ditepi jalanraya.Apabila mahu keluar untuk kembali ke Bas , masa itu perlukan kepastian dipintu mana bas yang kita ikuti berada. Kalau tidak akan berlaku kekeliruan dan tidak bertemu dengan Bas yang dinaiki.sekiranya berlaku gunakan alternatif dengan keluar saja dari kawasan tersebut melalui pintu mana sekali pun dan terus menelepon kawan atau pemandu atau pemandu pelancung yang berada didalam Bas untuk memberitahu kedudukan kita agar memudahkan pemandu bas mengambil kita semula.
Kereta kuda boleh didapati dimana-mana dikawasan ini, boleh disewa untuk keliling-keliling kawasan ini dengan harga yang berpatutan
Taman disekitar MONAS tempat pengunjung beriadah , santai bersama keluarga dan juga disini banyak peniaga kecil-kecilan seperti jual baju t-shirt , permainan kanak-kanak juga ada perkhidmatan Urutan tradisional.
Kawasan lapangan disekitar MONAS begitu luas , tiada pokok , perlu sediakan payung sebagai pelindung oleh cahaya matahari atau pun hujan
BAHAGIAN KE-EMPAT(1): 29 MEI 2014 MAKAN SIANG DIWARUNG TEKKO
Setelah penat membuat kunjungan ke MONAS , kami rehat dan makan siang disebuah restoran makanan tempatan yang dinamakan Warung Tekko.
Boleh cuba makan Sop Ekor sapi , Special Iga Sapi Penyet , Daging Rendang , Daging Sapi Goreng , Sop Rusuk Sapi dan banyak lagi
Warung Tekko adalah tempat makan seperti juga restauran atau pun café. Warung Tekko ini telah begitu banyak diIndonesia terutama sekali diJakarta , Surabaya , Bandung , Semarang dan lain-lain tempat diIndonesia. Dengan reka bentu yang santai , dengan menu menu yang disediakan yang hebat hebat terutamanya menu masakan Indonesia
Jamu Selera diwarung Tekko yang menyediakan pelbagai masakan tempatan
Berbagai jenis hidangan yang disediakan
BAHAGIAN KE-EMPAT(2) : 29 MEI 2014 JAM 2.00 PETANG LAWATAN KE THAMRIN CITY MALL PUSAT MEMBELI BELAH
Thamrin City Jakarta Pusat ,Jl. Thamrin Boulevard, Waduk Melati, Jakarta Pusat, Jakarta 10230, Indonesia
Thamrin City terletak diJakarta Pusat , ia adalah Komplek pelbagai guna mengandungi Mall tempat membeli-belah, terdapat 3 blok apartment dan perumahan bandar ditingkat 10 . Hotel Amaris juga terletak disalah satu blok Bangunan ini . Disini memang terkenal dengan perniagaan pakaian Batik Indonesia. Semasa lawatan kami , memang terdapat pelbagai kain dan baju Batik Indonesia dijual disini.
Thamrin City Mall
Thamrin City Mall
BAHAGIAN KE-LIMA : 30 MEI 2014 JAM 9.30 PAGI LAWATAN KE TAMAN MINI INDONESIA INDAH
Taman Mini Indonesia Indah (TMII) merupakan suatu kawasan taman wisata bertema budaya Indonesia di Jakarta Timur. Area seluas kurang lebih 150 hektare atau 1,5 kilometer persegi ini terletak pada koordinat 6°18′6.8″LS,106°53′47.2″BT. Taman ini merupakan rangkuman kebudayaan bangsa Indonesia, yang mencakup berbagai aspek kehidupan sehari-hari masyarakat 26 provinsi Indonesia (pada tahun 1975) yang ditampilkan dalam anjungan daerah berarsitektur tradisional, seta menampilkan aneka busana, tarian, dan tradisi daerah. Di samping itu, di tengah-tengah TMII terdapat sebuah danau yang menggambarkan miniatur kepulauan Indonesia di tengahnya, kereta gantung, berbagai museum, dan Teater IMAX Keong Mas dan Teater Tanah Airku), berbagai sarana rekreasi ini menjadikan TMIII sebagai salah satu kawasan wisata terkemuka di ibu kota.
Sejarah
Gagasan pembangunan suatu miniatur yang memuat kelengkapan Indonesia dengan segala isinya ini dicetuskan oleh Ibu Negara, Siti Hartinah, yang lebih dikenal dengan sebutan Ibu Tien Soeharto. Gagasan ini tercetus pada suatu pertemuan di Jalan Cendana no. 8 Jakarta pada tanggal 13 Maret 1970. Melalui miniatur ini diharapkan dapat membangkitkan rasa bangga dan rasa cinta tanah air pada seluruh bangsa Indonesia. Maka dimulailah suatu proyek yang disebut Proyek Miniatur Indonesia "Indonesia Indah", yang dilaksanakan oleh Yayasan Harapan Kita. TMII mulai dibangun tahun 1972 dan diresmikan pada tanggal 20 April 1975. Berbagai aspek kekayaan alam dan budaya Indonesia sampai pemanfaatan teknologi modern diperagakan di areal seluas 150 hektare. Aslinya topografi TMII agak berbukit, tetapi ini sesuai dengan keinginan perancangnya. Tim perancang memanfaatkan ketinggian tanah yang tidak rata ini untuk menciptakan bentang alam dan lansekap yang kaya, menggambarkan berbagai jenis lingkungan hidup di Indonesia.
Di Indonesia, hampir setiap suku bangsa memiliki bentuk dan corak bangunan yang berbeda, bahkan tidak jarang satu suku bangsa memiliki lebih dari satu jenis bangunan tradisional. Bangunan atau arsitektur tradisional yang mereka buat selalu dilatarbetakangi oleh kondisi lingkungan dan kebudayaan yang dimiliki. Di TMII, gambaran tersebut diwujudkan melalui Anjungan Daerah, yang mewakili suku-suku bangsa yang berada di 33 Provinsi Indonesia. Anjungan provinsi ini dibangun di sekitar danau dengan miniatur Kepulauan Indonesia, secara tematik dibagi atas enam zona; Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Bali dan Nusa Tenggara, Maluku dan Papua. Tiap anjungan menampilkan bangunan khas setempat. Anjungan ini juga menampilkan baju dan pakaian adat, busana pernikahan, baju tari, serta artefak etnografi seperti senjata khas dan perabot sehari-hari, model bangunan, dan kerajinan tangan. Semuanya ini dimaksudkan untuk memberi informasi lengkap mengenai cara hidup tradisional berbagai suku bangsa di Indonesia. Setiap anjungan provinsi juga dilengkapi panggung, amfiteater atau auditorium untuk menampilkan berbagai tarian tradisional, pertunjukan musik daerah, dan berbagai upacara adat yang biasanya digelar pada hari Minggu. beberapa anjungan juga dilengkapi kafetaria atau warung kecil yang menyajikan berbagai Masakan Indonesia khas provinsi tersebut, serta dilengkapi toko cenderamata yang menjual berbagai kerajinan tangan, kaus, dan berbagai cenderamata.
Rumah Adat Suku Kaum Batak
Rumah Adat Suku Kaum Batak Karo
Sejak tahun 1975 hingga tahun 2000 rancangan asli TMII terdiri atas anjungan rumah adat dari 27 provinsi di Indonesia, termasuk Timor Timur. Akan tetapi setelah Timor Leste merdeka dan memisahkan diri dari Indonesia pada tahun 2002, status anjungan Timor Timur berubah menjadi Museum Timor Timur. Selain itu karena kini Indonesia terdiri atas 33 provinsi, anjungan-anjungan provinsi baru seperti Bangka Belitung, Banten, Sulawesi Barat, Maluku Utara, Gorontalo, Kepulauan Riau, dan Papua Barat telah dibangun di sudut Timur Laut TMII, walaupun ukuran dan luas anjungan provinsi baru ini jauh lebih kecil dari anjungan provinsi yang telah dibangun sebelumnya.
Rumah adat Aceh
Rumah Adat Suku Bugis Makasar
Rumah Balai Jambi
Rumah Balai Limas Sumatera Selatan
Rumah Balai Melayu Riau
Rumah Adat Suku Toraja
Rumah Balai Suku Nias Sumatera Utara
Balai Adat Melayu Riau
Bangunan Tempat Ibadat ( mengikut Agama di Indonesia )
Bangunan keagamaan diwakili oleh beberapa rumah ibadah agama resmi yang diakui di Indonesia, hal ini untuk menggambarkan toleransi dan keselarasan hubungan antar agama di Indonesia
Bangunan-bangunan keagamaan antara lain:
Masjid Pangeran Diponegoro ,Gereja Katolik Santa Catharina , Gereja Protestan Haleluya
Pura Penataran Agung Kertabhumi ,Wihara Arya Dwipa Arama ,
Sasana Adirasa Pangeran Samber Nyawa , Kuil Konghucu Kong Miao
Ronda keliling Taman Mini Indonesia Indah.
Bukan mudah untuk melawati dikesemua tempat diTaman Mini Indonesia Indah (TMII) ini kerana ia merupakan suatu kawasan taman bertema budaya Indonesia yang seluas lebih kurang 150 hektare atau 1.5 kilometer persegi. Taman ini merupakan rangkuman kebudayaan bangsa Indonesia, yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan sehari-hari masyarakat di 33 provinsi Indonesia terutama sekali bentuk rumah untuk setiap suku kaum. Disini ada disediakan Mobil Wisata untuk keliling Taman ini dengan bayaran Rp.5,000. Walaubagaimana pun mobil ini tidak berhenti-henti untuk membolehkan kita mengambil gambar kerana kenderaan ini hanya untuk keliling sahaja.Namun pelawat masih ada opsyen / pilihan dimana disini juga ada menyediakan motosikal untuk disewa. Bermotosikal boleh ronda-ronda didalam Taman ini kemana saja dan boleh singgah ambil gambar dimana-mana tempat terutama nya rumah-rumah suku kaum yang terdapat di Indonesia.
Untuk keliling Taman Mini Indonesia Indah kenderaan begini disediakan dengan bayaran Rp.5,000
Para operator motorsikal sewa sedang menanti pengunjung yang memerlukan motosikal untuk disewakan.
* Peristewa lucu semasa lawatan kami ke Taman Mini Indonesia Indah semasa kami menyewa motorsikal disini bersama teman sebilik. Entah macam mana perjalanan kami didalam kawasan Taman ini tersasar jauh keluar dari kawasan Taman. Pada mulanya kami perasaan bila mana tiada lagi bentuk bangunan tradisional dan kawasan yang dilalui begitu sibuk sekali banyak kenderaan dan kawasan perumahan penduduk kampung.Rupa-rupanya kami telah terkeluar dari kawasan Taman tersebut.Kami lekas-lekas patah balik dan bernasib baik kami jumpa juga jalan masuk balik kedalam Taman Mini Indonesia Indah.Setelah sampai digerbang pintu masuk kami pun tunjukkan resit sewaan dan kami dibenarkan masuk semula.
Setelah mengelilingi TMII dengan menggunakan kenderaan sewa dan juga motorsikal sewa , saya amat tertarik dengan Tugu yang menungkat langit dan mula bertanya untuk apakah ianya dibina? mesti ada sesuatu yang menarik tentang Tugu ini. Ditanya kepada pengunjung tempatan tentang nama tugu tersebut mereka kata "Tugu Api Pancasila". Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih saya cari diInternet dan daripada lapuran wikimapia.org
Tugu Api Pancasila
Tugu Api Pancasila merupakan monumen utama TMII, berbentuk lima buah keris yang berdiri menjulang di dalam kolam air yang sentiasa memancutkan air ke atas, dan berada di atas lahan sekitar 2 hektar. Selain berfungsi sebagai wadah tugu, kolam air juga merupakan transformasi antara bentuk vertikal tugu yang tumbuh menjulang dan dataran luas berupa plaza yang menjadi satu kesatuan dengan kolam bundar, sedangkan pancaran tugu sebagai pusat plaza menjalar ke seluruh dataran. Tugu Api Pancasila merupakan land mark TMII, sebagaimana halnya Monas sebagai landmark Jakarta.
Tugu berbentuk 5 buah keris setinggi 45 meter, sedangkan kolam air bergaris tengah 17 meter. Di antara keris yang berjejer melingkar terdapat rongga kosong dengan jarak 8 meter. Angka 5 melambangkan lima sila dalam Pancasila, angka 17, 8, dan 45 mengacu pada tanggal proklamasi Republik Indonesia 17 Ogos 1945.
Lantai plaza dihiasi motif bintang bersudut delapan dengan empat warna: merah, putih, hitam, dan kuning. Merah melambangkan keberanian, ketabahan, keyakinan pada kebenaran; putih melambangkan kedamaian dan kebahagiaan; hitam melambangkan kesadaran tentang hakikat hidup; dan kuning melambangkan semangat hidup.
Plaza Tugu Api Pancasila juga berfungsi sebagai alun-alun yang cocok dijadikan pusat kegiatan dan keramaian, seperti upacara, parade seni-budaya, sampling product, pesta rakyat, pertunjukan musik, serta ajang pesta dan hiburan rakyat. Upacara adat Suran, misalnya—selain untuk mengundang masyakat banyak, juga untuk mewadahi upacara adat yang hidup dalam masyarakat—menjadi peristiwa budaya tahunan di Plaza Tugu Api Pancasila.
Peringatan hari nasional dan puncak perayaan “Malam Tahun Baru” menggunakan tempat ini merupakan contoh lain kegiatan di tempat ini. Kegiatan-kegiatan semacam itu dimungkinkan karena daya tampung pengunjung dapat mencapai 20.000 orang.
Plaza juga dapat menjadi sarana berolahraga. Setiap Sabtu dan Minggu pagi pengunjung dapat menyaksikan dan ikut melakukan senam kebugaran dalam program Sabtu dan Minggu Ria.
Area parkir yang luas di kiri-kanan plaza merupakan sarana pendukung yang dapat menampung kendaraan dalam jumlah besar. Bahkan di deretan pohon beringin yang berdiri
BAHAGIAN KE-LIMA (1) : 30 MEI 2014 @ 12.00PM MAKAN SIANG DIRESTORAN SEDERHANA MASAKAN PADANG
Pada jam 12.00 tengahari selepas lawatan ke Taman Mini Indah Indonesia rombongan dibawa makan siang diRestoran Sedarhana Masakan Padang yang menyediakan pelbagai aneka masakan Rombongan bersedia mencuba apa saja jenis masakan yang disediakan. Sebagai contoh sop otak lembu , urat lembu , Tauhu berbagai jenis dan lain-lain lagi.
Dalam Lawatan kami di Jakarta kami amat gemar kepada minuman jus Durian Belanda memang enak
Makan tengahari di Sedarhana Resyoran Makanan Nasi Padang
BAHAGIAN KE-ENAM : 30 MEI 2014 JAM 2.00 PETANG LAWATAN KE TAMAN BUAH MEKARSARI BOGOR
Rombongan UMNO Bahagian P.190 Tawau melawat ke Taman Mekarsari Bogor.
Taman Buah Mekarsari menjadi salah satu ikon wisata favorit di wilayah Bogor. Taman rekreasi Mekarsari bisa menjadi solusi bagi anda yang hobi jalan-jalan namun kehabisan idea mahu ke mana. Apalagi bagi anda yang sibuk bekerja di tengah kota besar, fikiran anda perlu direset supaya lebih segar. Tak perlu jauh dan mahal, Taman Buah Mekarsari yang ada di Bogor boleh menjadi pilihan wisata unggulan bagi mereka yang memerlukan.
Nama Mekarsari di Bogor memang tidak setenar kebun raya Bogor dikarenakan dua hal. Kebun raya Bogor telah ada sejak zaman penjajahan Belanda dan lokasinya di pusat kota sehingga mudah diakses oleh pelancung. Adapun Mekarsari, lokasinya tergolong masih relative di pedalaman tepatnya di kabupaten Bogor, jalan Cilengsi-Jonggol km.3
Taman Buah Mekarsari dirasmikan sebagai tempat wisata kepada umum pada tahun 1995. Awalnya, Mekarsari dirancang sebagai taman buah dan wahana pendidikan. Di taman Mekarsari yang hanya sebagai taman buah, anda bisa menikmati berbagai macam buah dengan bebas selama masih di dalam area taman buah.
Sekarang, Mekarsari telah berbenah menjadi wahana wisata modern dengan aneka ragam pilihan wahana. Mekarsari memiliki luas 264 hektar, oleh karenanya meski ada tambahan wahana wisata lain tetap taman buah masih menjadi ikon wisata utama Mekarsari
Taman Buah Mekarsari berfungsi juga sebagai pusat konservasi aneka macam buah dan sayuran dari berbagai penjuru nusantara. Terdapat pula laboratorium untuk mengembangkan media tanam tumbuhan. Sebagian tanaman yang ada di taman buah mekarsari adalah hasil kreasi laboratorium seperti nangkadak, nanas arnis, cempeka, dan masih banyak buah lainnya.
Taman Buah Mekarsari sebagai tempat pelestarian (konservasi), pembibitan, tabulampot, dan agronomi memiliki koleksi tanaman dengan banyak spesies serta varietas. Ada juga tumbuhan langka di taman buah mekarsari seperi sawo kecik, kesemek, bunga bangkai, dan lain sebagainya.
Tiket Masuk Mekarsari
Tiket Masuk Mekarsari
Taman buah mekarsari sebagai tempat pelancungan dan pembelajaran dan tidak mengenakan bayaran yang mahal hanya membayar Rp 10.000,- seorang untuk masuk ke area Mekarsari. Gerbang dan lokasi jaraknya lumayan jauh sekitar 400 meter. Namun dengan naungan pohon markisa di kanan kiri membuat jalan kaki terasa nyaman dan terlindung dari pancaran sinar matahari.
Selepas gerbang, anda akan menemui kereta wisata yang siap mengantar mengelilingi menikmati pemandangan aneka ragam tanaman buah di mekarsari. Aneka tumbuhan tropis yang bisa ditemui antara lain belimbing, rambutan, salak, jeruk, nangka, melon yang ditanam di rumah plastic dan lain sebagainya.
Rombongan dibawa keliling Mekarsari
Pemandangan lain dari kereta wisata ini adalah pengalaman seru melintasi danau seluas 20 hektar. Danau di mekarsari menyediakan aneka wahana wisata air seperti sepeda air, banana boat, pemancingan, dan lain sebagainya. Namun untuk menikmati berbagai macam wahana ini anda masih harus membayar lagi J. Jika tak cukup uang untuk menikmati semua wahana yang ada, duduk santai sambil menyantap makan siang di sekitar taman buah tentu menjadi pengalaman tersendiri bagi anda sekeluarga. Dan jika lupa mebawa tikar, di mekarsari sudah ada yang menyewakan.
Panen Buah di Mekarsari
Pada saat panen buah, anda bisa ikut memanen dan menimbangnya untuk dibawa pulang, setelah membayarnya tentu J. Pengalaman ini pastilah seru bagi anda masyarakat perkotaan karena bisa memperoleh langsung buah segar dari pohonnya. Apalagi dengan berbagai macam jenis buah. Ada pula tempat pembelajaran bagi anak-anak, yaitu Kids Farmer. Minimal empat orang anak, pada hari Selasa-Jum’at, anak-anak bisa belajar menanam pohon. Biayanya sekitar Rp 37.000,- per anak. Untuk dewasa yang tidak malu, bisa saja ikut belajar menanam pohon
Pondok pengumpulan hasil tanaman buah-buahan
Kebun buah-buahan Mekarsari
Warung-warung tempat berjual direkacipta berbentuk buah
Taman Buah Mekarsari dibuka untuk wisata pada hari Selasa-Ahad jam 09.00-16.00. Khusus di hari Ahad, tidak jarang yang ke Mekarsari hanya untuk jogging atau jalan-jalan. Tidak saying jika anda sengaja meluangkan waktu untuk bisa jalan-jalan ke Taman Buah Mekarsari.
Taman Wisata Mekarsari merupakan salah satu pusat pelestarian keanekaragaman hayati buah-buahan tropika terbesar di dunia, khususnya jenis buah-buahan unggul yang dikumpulkan dari seluruh daerah di Indonesia, sekaligus merupakan tempat penelitian budidaya (agronomi), pemuliaan (breeding) dan perbanyakan bibit unggul untuk kemudian disebarluaskan kepada petani dan masyarakat umum.
Taman wisata ini berlokasi di Kecamatan Cileungsi, Kabupaten Bogor, Jawa Barat. Untuk menuju ke lokasi ini bisa dicapai dengan angkutan umum dari Jakarta, Bogor maupun Bekasi, jurusan yang menuju ke Jonggol.
Taman seluas 264 hektare ini dilengkapi dengan sarana wisata untuk wisatawan nusantara maupun mancanegara. Wisata di tengah taman buah didukung oleh berbagai wahana yang mendekatkan pengunjung kepada alam, di antaranya:Taman Buah Mekarsari yang terletak di Jonggol, Bogor, Jawa Barat ini menyuguhkan berbagai aktivitas wisata.
BAHAGIAN KE-TUJUH: 31 MEI 2014 MESYUARAT AJK UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU , CHECK-OUT DARI HOTEL IBIS MANGGA DUA JAKARTA DAN LAWATAN KE TAMAN SAFARI CISARUA BOGOR DALAM PERJALANAN KE-KOTA BANDUNG
Pada hari ini tanggal 31 Mei 2014 kami akan bertolak ke Bandung untuk meneruskan lawatan kami diNegara ini ( Jakarta-Bogor-Bandung ).Sebelum bertolak keBandung , pada jam @9.30 pagi kami akan menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian P.190 Tawau yang akan diadakan di Bilik Seminar Hotel Ibis Mangga Dua Jakarta ini. Mesyuarat akan bermula pada pukul 10.00 pagi , kami diberitahu untuk Check-out sekali dengan membawa baggasi untuk dikumpul dilobi Hotel bagi memudahkan apabila selesai mesyuarat baggasi tersebut mudah dibawa masuk ke Bas yang digunakan kelak.
Mesyuarat ini diPengerusikan oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan selaku Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau. Semua AJK yang berada di Jakarta hadir diMesyuarat tersebut. Beberapa perkara yang dibangkitkan dan dibincangkan yang mana akan diambil tindakan serta penambahbaikan jika perlu.
Perbincangan isu-isu semasa yang dibangkitkan
Mesyuarat dilaksanakan di Hotel Ibis Mangga Dua Jakarta pada 31 Mei 2014
Perjalan ke Puncak memakan masa yang panjang dimana keadaan lalu lintas sangat perlahan dimana kebetulan pada hari itu adalah hari libur , banyak pengunjung menuju destinasi yang sama iaitu Taman Safari Cisarua Bogor di Puncak. Perkara sebegini sering berlaku apabila waktu libur seperti juga yang pernah berlaku yang dilapurkan Akbar Tempo
Ekor Kemacetan hingga Cianjur, Polisi Tutup Jalur
TEMPO.CO, Bogor - Serbuan ribuan kendaraan yang didominasi oleh mobil pribadi berpelat nomor B atau asal Jakarta di kawasan Puncak mengakibatkan kemacetan parah. Bahkan, kepadatan ekor kemacetan tersebut hingga ke perbatasan dengan Cianjur. Untuk mengurai kemacetan tersebut, jajaran Satuan Lalu Lintas Polisi Resor Bogor akhirnya memberlakukan sistem satu jalur dan menutup arus lalu lintas kendaraan dari arah Jakarta menuju kawasan Puncak. Menurut Asep, saat ini laju kendaraan di jalur Puncak hanya digunakan oleh pengemudi dari arah Puncak menuju Jakarta. "Mulai pukul 15.00, arus lalu lintas di jalur Puncak diberlakukan one way (satu jalur) dari arah Puncak menuju Jakarta. Untuk sementara, untuk kendaraan dari arah Jakarta menuju Puncak kami tutup," kata dia.
Oleh kerana keadaan penutupan berkenaan , kami singgah berehat disatu tempat T.I.C ( Tourism Information Centre ) , Kabupaten Bogor. Iaitu pada jam 11.45 pagi.
Singgah dikawasan rehat dan sempat juga membeli Jagong Rebus dan Kacang Tanah rebus untuk dimakan didalam bas nanti persediaan kalau kaedaan kesesakan lalulintas yang teruk yang menyebabkan lewat sampai ke destinasi yang dituju.
Kepada penghisap rokok yang tegar ini lah kesempatan untuk melepaskan kerinduan terhadap rokok , lihat saja kawan saya tu ditangan kanan sudah bersedia ditangan kiri sedang dihisap. Itu lah akibat gara-gara kesesakkan lalu lintas ‘traffic jam’ macet bilang bahasa disini
Kami meneruskan perjalanan kami setelah laluan kePuncak dibuka semula. Pada pukul 1.30 petang kami tiba dikawasan Cipayung kami singgah makan siang di Rumah Makan M’Pinah , Rajanya Ikan Bakar dialamat Jalan Raya Puncak No.239 Cipayung , Bogor.
Singga makan dirumah makan Ma'Pinah diCipayung jalan menuju kepuncak
Selepas makan siang , kami meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan ‘traffic jam’. Perjalanan ke-Puncak amat perlahan banyak kenderaan yang sama menuju ke-Puncak. Kami Tiba diPuncak , Taman Safari Cisarua Bogor pada jam 3.00 petang.
BAHAGIAN KE-LAPAN : 31 MEI 2014 JAM 3.00 PETANG LAWATAN KE TAMAN SAFARI INDONESIA CISARUA BOGOR
Taman Safari ini terletak berhampiran lebuhraya antara Jakarta dan Bandung Jawa Barat. Kedudukan kawasan Safari ini lebih kurang 80 kilometer ( 50 batu ) dari Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta dan 78 kilometer (48 batu) dari Bandung.
Membeli tiket masuk keTaman Safari
Taman Safari Cisarua Bogor
Sekawanan gajah sedang melalui kawasan berair dimana kelihatan pekerja Taman sedang menjalankan kerja-kerja rutin mereka.
Banteng atau Tembadau
Banteng atau tembadau (dari bahasa Jawa, baná¹Ã¨ng), Bos javanicus, adalahhewan yang sekerabat dengan sapi dan ditemukan. di Myanmar, Thailand, Kamboja, Laos, Vietnam, Kalimantan, Jawa, and Bali. Banteng dibawa keAustralia Utara pada masa kolonisasi Britania Raya pada 1849 dan sampai sekarang masih lestari.Terdapat tiga anak jenis banteng liar: B. javanicus javanicus (di Jawa, Madura, dan Bali), B. javanicus lowi (di Kalimantan, jantannya berwarna coklat bukan hitam), dan B. javanicus birmanicus (di Indocina). Anak jenis yang terakhir digolongkan sebagai Terancam oleh IUCN.
Banteng dapat mencapai tinggi sekitar 1,6m di bagian pundaknya dan panjang badan 2,3 m. Berat banteng jantan biasanya sekitar 680 - 810 kg — jantan yang sangat besar bisa mencapai berat satu ton — sedangkan betinanya lebih ringan. Banteng memiliki bagian putih pada kaki bagian bawah dan pantat,punuk putih, serta warna putih disekitar mata dan moncongnya, walaupun terdapat sedikit dimorfisme seksual pada ciri-ciri tersebut. Banteng jantan memiliki kulit berwarna biru-hitam atau atau coklat gelap, tanduk panjang melengkung ke atas, dan punuk di bagian pundak. Sementara, betinanya memiliki kulit coklat kemerahan, tanduk pendek yang mengarah ke dalam dan tidak berpunuk.
Taman Safari meliputi suatu kawasan yang seluas 170 hectares (420 acres) lebih kurang 2,500 binatang yang terkumpul disin termasuk lah Bengal tigers, Malayan sun bears, giraffes, orangutans, hippos, zebras, cheetahs, elephants, and komodo dragons. Terdapat juga , Bali Myna yang terlibat dalam projek pengumpulan ini. Keseluruhan nya species yang terdapat disini adalah yang terdapat di Indonesia.
Para Pelawat dibenarkan masuk dengan menggunakan kereta atau bas ke dalam Taman ini yang mana akan dapat melihat binatang-binatang disitu secara dekat. Disini juga terdapat pertunjukan yang dilakukan oleh binatang binatang liar disini seperti Pertunjukan Wild West Show, Dolphin Show dan Elephant Show. Dibahagian Taman Hiburan Taman Safari juga menganjurkan beberapa laluan untuk beberapa pameran khas terutama terhadap Humboldt Penguins, nocturnal animals from Indonesia and India, wallabies and kangaroos, and crocodiles. Bungalows and camping sites are available for guests who wish to stay in the park overnight.
Para penjual wortel disepanjang jalan dalam perjalan ke Taman Safari Cisarua
Sesampai di tugu Taman Safari Indonesia kita akan menjumpai sederetan penjual wortel dan pisang, buah iyang biasa dibeli oleh pengunjung Taman Safari Indonesia untuk binatang binatang nantinya
Rombongan kami tiba di Taman Safari ini pada jam 3.00 petang setelah melalui Jalan yang sempit dan tersekat-sekat akibat daripada kesesakan Jalan raya dimana pada waktu yang sama ramai yang hendak pergi libur di puncak.
wortel amat laris diwaktu musim libur dimana ramai pengunjung ke Taman Safari ini
Sekawanan rusa sedang memakan rumput yang disediakan oleh penjaga taman ini
Taman Safari Indonesia adalah tempat wisata keluarga berwawasan lingkungan yang berorientasi pada habitat satwa di alam bebas. Taman Safari Indonesia terletak di Desa Cibeureum Kecamatan Cisarua, Kabupaten Bogor, Jawa Barat atau yang lebih dikenal dengan kawasan Puncak. Taman ini berfungsi menjadi penyangga Taman Nasional Gunung Gede Pangrango di ketinggian 900-1800 m di atas permukaan laut, serta mempunyai suhu rata-rata 16 - 24 derajat Celsius. Keunikan tempat wisata ini dari kebun binatang lainnya di Indonesia adalah pengunjungnya bisa berkeliling ke berbagai tempat untuk bisa melihat dari dekat semua jenis binatang dengan memakai mobil pribadi ataupun naik bus yang sudah disediakan pihak pengelola Taman Safari. Pengunjung juga boleh berinteraksi langsung dengan memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut seperti memberikan lobak merah (wortel)
Harimau Putih kelihatan sedang minum ditempat yang disediakan
Taman Safari Indonesia dibangunkan pada tahun 1980 daripada sebuah perkebunan teh yang sudah tidak produktif lagi seluas 50 hektare. Taman ini ditetapkan sebagai Objek Wisata Nasional oleh Soesilo Soedarman, Menteri Pariwisata Pos dan Telekomunikasi pada masa itu dan dirasmikan menjadi Pusat Penangkaran Satwa Langka di Indonesia oleh Hasyrul Harahap, Menteri Kehutanan pada masa itu, pada tanggal 16 March 1990.
Kini, luas Taman Safari telah berkembang menjadi 168 hektare dan dilengkapi dengan berbagai sarana edukasi dan rekreasi serta mengadakan safari malam pada saat akhir pekan dan libur panjang.
Taman Safari Indonesia juga membuka tempat wisata di daerah lain yaitu Taman Safari Indonesia 2 terletak di lereng Gunung Arjuna, Kecamatan Prigen, Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur , Bali Safari & Marine Park di desa Serongga, Kecamatan Gianyar, Bali dan Batang Dolphins Center di Pantai Sigandu, Kabupaten Batang, Jawa Tengah.
Sekawanan Singa Betina
Taman Safari memiliki sekitar 2500 koleksi satwa dari hampir seluruh penjuru dunia termasuk satwa langka, seperti harimau benggala, jerapah, singa, orang utan, gajah, anoa, komodo dan lain sebagainya. Taman Safari Indonesia dilengkapi dengan berbagai fasilitas rekreasi dan atraksi seperti bus safari, danau buatan, sepeda air, kano, kolam renang dengan seluncur ombak, kereta api mini yang melintasi perkampungan ala Afrika, taman burung, baby zoo, kincir raksasa, gajah tunggang, komedi putar, pentas sirkus, area gocart, bom bom car, rumah setan, atraksi hewan, kesenian tradisional dan sulap di panggung terbuka
Unta juga terdapat disini
Anak Unta
Anugerah yang pernah diterima Taman Safari Cisarua Bogor
1. Lembaga Konservasi Terbaik
2. Indonesia Green Award
3. Sapta Pesona Award
4. Best Indonesia Travel And Tourism Award
5. Satyalancana Pembangunan Award
Taman rekreasi terdekat dari Jakarta adalah Taman Safari Cisarua Bogor , Indonesia. Berlokasi di Desa Cibeureum, Kec. Cisarua, Kab. Bogor, Jawa Barat, dibangunkan dalam tahun 1980. Suatu ketika dulunya kawasan ini merupakan bekas perkebunan teh yang sudah tidak produktif lagi. Keluasan tempat ini lebih kurang 138.5 hektar, terletak di daerah penyangga Taman Nasional Gunung Gede Pangrango dan pada ketinggian 900-1.800 di atas permukaan laut, dengan suhu rata-rata 16-27 derajat Celsius.Taman Safari Indonesia ditetapkan sebagai Obyek Wisata Nasional oleh Menteri Pariwisata, Pos dan Telekomunikasi, (almarhum) Bapak Soesilo Soedarman dan diresmikan menjadi Lembaga Konservasi Ex-situ dan Pusat Penangkaran Satwa Langka di Indonesia oleh Menteri Kehutanan Bapak Hasyrul Harahap pada tanggal 16 March 1990. Perasmian pembukaan untuk umum pada tahun 1986. Taman Safari Indonesia menyuguhkan ribuan koleksi satwa dari dekat dengan konsep, kebun binatang modern dimana satwa dilepas bebas seperti di habitat aslinya dan berharap pengunjung dapat merasakan rekreasi seperti di hutan belantara yang sesungguhnya.
Malayan Sun Bears atau Beruang Madu
Beruang madu (Ursus malayanus), merupakan beruang yang kebanyakannya terdapat di hutan hujan tropika Asia Tenggara; Bangladesh, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Selatan China, Semenanjung Malaysia, dan pulau Sumatra dan Borneo. Nama saintifiknya adalah Ursus (formerly Helarctos) malayanus.
Beruang madu adalah sepanjang 120-150 cm (47-60 in), menjadikannya ahli terkecil dalam keluarga (Ursidae) beruang.Beruang jantan cenderung 10-45% lebih besar berbanding beruang betina;[5] jantan biasanya seberat antara 30 dan 70 kg (66-154 lb), dan betina antara 20 dan 40 kg (44-88 lb).Ketinggian bahu adalah sekitar 60-72 cm (24-28 in). Beruang mamu memiliki cakar berbentuk sabit yang agak ringan dari segi beratnya. Ia memiliki telapak tangan yang besar dengan tumit kaki licin, kemungkinannya untuk membantu memanjat. Kakinya mengarah ke dalam menjadikan beruang madu berjalan seperti merpati, tetapi merupakan pemanjat yang baik. Ia memiliki telinga bulat, kecil dan hidung yang sasa. Ekornya adalah sepanjang 1.2-2.8 inci (3-7 cm). Sungguhpun bersaiz kecil, beruang madu memiliki lidah yang halus dan amat panjang, antara 8 hingga 10 inci (20-25 cm) panjang. Berung ini menggunakan lidahnya bagi mengeluarkan madu dari sarang lebah.
Tidak seperti beruang lain, bulu beruang madu adalah pendek dan licin. Adaptasi ini kemungkinannya disebabkan cuaca tanah rendah yang didiaminya. Bulu hitam gelap atau perang-hitam menyelitupi keseluruhan badannya, kecuali di dada, di mana terdapat tanda kuning bata pucat dalam bentuk bulan sabit. Bulu dengan warna yang sama juga terdapat di sekeliling muncung dan matanya. Tanda menonjol ini lah yang memberikan nama Inggerisnya.
Permakanan beruang madu kebanyakannya terdiri daripada invertebra dan buah-buahan tetapi sebagai maserba mereka akan makan sejumlah besar makanan termasuk vertebravkecil, seperti mengkarung, burung, dan penyu, telor, pucuk pokok palma, sarang lebah, beri, pucuk, akar, dan buah kelapa. Malah, beruang madu telah dilihat makan lebih dari 100 spesies serangga dan lebih dari 50 spesies tumbuhan
Disediakan tempat berlindung untuk Zirafah binatang yang tertinggi didunia
Tiket masuk yang dikenakan kepada pengunjung dibagi menjadi Domestik untuk wisatawan domestik dan Internasional untuk wisatawan mancanegara. Tiket masuk domestik dikenakan Rp. 140,000,- per orang untuk dewasa dan anak diatas enam tahun, anak dibawah lima tahun dikenakan tiket masuk sebesar Rp. 130,000,- per orang. Tiket masuk internasional dikenakan Rp. 200,000,- per orang untuk dewasa dan Rp. 180,000,- untuk anak. Bagi yang berjiwa adventure, Taman Safari juga menawarkan program Safari malam dengan harga tiket yang sama, Safari malam hanya tersedia di Sabtu malam saja dari jam 18:30 sampai 21:00 Tiket masuk sudah termasuk 9 pertunjukan dan 24 wahana permainan. 9 pertunjukan itu adalah Elephants Show, Various Animals, Tigers & Lions Show, Sea Lions Show, Birds of Prey,Dolphins Show, Safari Theater, Cowboy Show dan Globe of Death. Dan 24 wahana pertunjukan itu adalah Rumah Hantu 3D, Kereta Mini Baby Zoo, Speed Way, Loly swing, Gajah Terbang, Kincir Raksasa, Jet Boat, Spining Boat, Angsa Terbang, Poni Redeo dan lain-lain.
BAHAGIAN KE-SEMBILAN: 31 MEI 2014 JAM 7.00 MALAM TIBA DIKOTA BANDUNG TERUS CHECK-IN DIHOTEL IBIS TRANS STUDIO BANDUNG
Kota Bandung merupakan kota metropolitan terbesar di Jawa Barat sekaligus menjadi ibu kota provinsi tersebut. Kota ini terletak 140 km sebelah tenggara Jakarta, dan merupakan kota terbesar ketiga di Indonesia setelah Jakarta dan Surabaya menurut jumlah penduduk. Sedangkan wilayah Bandung Raya (Wilayah Metropolitan Bandung) merupakan metropolitan terbesar ketiga di Indonesia setelah Jabodetabek dan Gerbangkertosusila (Grebangkertosusilo). Di kota yang bersejarah ini, berdiri sebuah perguruan tinggi teknik pertama di Indonesia (Technische Hoogeschool te Bandoeng - TH Bandung, sekarang Institut Teknologi Bandung - ITB), menjadi ajang pertempuran di masa kemerdekaan, serta pernah menjadi tempat berlangsungnya Konferensi Asia-Afrika 1955, suatu pertemuan yang menyuarakan semangat anti kolonialisme, bahkan Perdana Menteri India Jawaharlal Nehru dalam pidatonya mengatakan bahwa Bandung adalah ibu kotanya Asia-Afrika. Pada tahun 1990 kota Bandung menjadi salah satu kota paling aman di dunia berdasarkan survey majalah Time. Kota Kembang merupakan sebutan lain untuk kota ini, karena pada zaman dulu kota ini dinilai sangat cantik dengan banyaknya pohon-pohon dan bunga-bunga yang tumbuh di sana. Selain itu Bandung dahulunya disebut juga dengan Parijs van Java karena keindahannya. Selain itu kota Bandung juga dikenal sebagai kota belanja, dengan mall dan factory outlet yang banyak tersebar di kota ini, dan saat ini beransur-ansur kota Bandung juga menjadi kota wisata kuliner. Dan pada tahun 2007, British Council menjadikan kota Bandung sebagai pilot project kota terkreatif se-Asia Timur. Saat ini kota Bandung merupakan salah satu kota tujuan utama pariwisata dan pendidikan. Dua aspek inilah yang sekarang menjadi konsentrasi pembangunan yang diinisiasi oleh walikota Bandung. Dalam beberapa tahun terakhir, Kota Bandung banyak membuka taman-taman kota, festival kuliner, dan komunitas anak muda. Perkembangan ini untuk memfasilitasi aktivitas masyarakat Bandung di berbagai lapisan masyarakat.
Kami menginap di Hotel Ibis TransStudio Bandung.Hotel Ibis terbesar di Asia, berlokasi strategis di Kompleks Terpadu Trans Studio, Mall Perbelanjaan, dan Taman Bertema Dalam Ruang. Akses mudah dari gerbang keluar jalan tol Buah Batu, 30 minit dari bandara dan 25 minit dari stesen kereta api. Hotel memiliki 606 kamar generasi baru Ibis, termasuk 222 kamar terhubung, Restoran & Bar Terbuka, Layanan Kamar 24 Jam, Ruang tempat Mesyuarat, Layanan Binatu, Pengering Rambut, koneksi internet dalam-kamar yang aman, dan sarapan prasmanan. Alamat : JALAN GATOT SUBROTO NO.289 BANDUNG JAWA BARAT 40273 BANDUNG ,INDONESIA TELP :(+62)22/87345555 FAX :(+62)22/87347777
Hotel Ibis TransStudio Bandung
Bilik Hotel Ibis Trans studio tempat penginapan kami diBandung
Saya berkongsi bilik dengan saudara Karim Tumak dibilik No.1701 di tingkat 17 Hotel tersebut. Bilik nya bersih dan selesa untuk 2 orang. Sewaktu menginap disini mulai 31Mei 2014 @7.00 malam hingga 3 Jun 2014@9.00pagi. Petunjuk arah Kiblat untuk orang Muslimin juga disediakan bagi memudahkan melaksanakan sembahyang Fardu.
Selepas check-in kami berkumpul semula dibawah bangunan Hotel untuk pergi makan malam. Malam itu kami makan disebuah restoran masakan Sunda.
Rombongan bersedia untuk makan malam diRestoran Bandung tentunya masakan ala Sunda
Bersedia untuk makan malam direstoran diBandung , walaupun dalam kaedaan letih setelah melalui perjalanan dari Hotel Ibis Mangga Dua Jakarta pada jam 10.30 pagi melalui jalan kePuncak yang sentiasa sibuk yang kadang kala Bas berhenti yang juga melawati Taman Safari dan sampai diHotel Ibis Trans studio Bandung pada jam 7.00malam.Masa sekarang sudah jam 8.24 malam.
Cafeteria Hotel Ibis TransStudio buka untuk perkhidmatan pada jam 6.00pagi
Pelbagai jenis makanan disediakan untuk sarapan pagi
Sajian yang disediakan
BAHAGIAN KE-SEPULUH: 01 JUN 2014 JAM 9.30 PAGI LAWATAN KE PASAR BARU ( MEMBELI BELAH ) UNTUK OLE-OLE DIBAWA PULANG KE MALAYSIA
Pasar Baru - Address: Jl. Otto Iskandardinata No. 70, Pasar Baru Trade Centre Lt. 2 Blok D2-05, Jawa Barat 40181, Indonesia
Pasar Baru adalah Gedung membeli belah dimana terdapat berbagai aneka jualan tekstil yang bermutu tinggi.Kepada pengunjung yang datang ke Bandung pastinya akan berkunjung kesini.Ramai yang datang kesini tidak akan melepaskan peluang untuk membeli barangan untuk dibawa balik sebagai ole-ole dari Bandung.
Membeli belah disini perlu ada kemahiran dalam tawar menawar harga
Tawar menawar adalah perkara biasa dalam perniagaan disini.
jualan tekstil untuk telekung yang beraneka jenis
kaedaan lalulintas menuju ke Pasar Baru akan sentiasa sibuk semasa perayaan atau pun hari-hari kelepasan am dimana pengunjung berpusu-pusu datang ke Pasar Baru. Sewaktu kami tiba dikawasan ini memanglah keadaan seperti ini berlaku dimana ramai pengunjung yang datang sama ada dari dalam dan luar Kota Bandung.
SERBA SEDIKIT MENGENAI SEJARAH PASAR BARU BANDUNG dirujuk dari : pasarbarubandung.wordpress.com & mallgue.wordpress.com
Pasar Baru Bandung terletak di Jalan Oto Iskandar Dinata.Pasar Baru - Address: Jl. Otto Iskandardinata No. 70, Pasar Baru Trade Centre Lt. 2 Blok D2-05, Jawa Barat 40181, Indonesia.Pada zaman Belanda pasar baru disebut dengan nama Pasar Baroeweg. Bangunan yang sekarang berdiri ini mulai dibangun pada tahun 2001 dan selesai serta diresmikan oleh Walikota Bandung pada tahun 2003. Perencanaan dilakukan untuk memperbaiki dan menaiktaraf pasar baru bandung dengan reka bentuk yang mordern.
Sebelum berdirinya bangunan bertingkat dengan kompleks pertokoan ini, Pasar Baru masih dikenal sebagai pusat perbelanjaan dengan konsep pasar tradisional. Saat ini konsep Pasar Baru berubah dengan model Trade Centre yang belakangan populer. Pembangunan gedung modern berlantai 11 ini (termasuk basement dan lahan parkir) menelan dana lebih dari 150 milyar. Pada masa perencanaan dan pembangunan awalnya cukup sering terjadi demonstrasi yang menentangnya.
Pasar Baru merupakan pasar tertua di Kota Bandung yang masih berdiri. Sebelumnya, pasar ini sebetulnya merupakan lokasi pengganti pasar lama di daerah Ciguriang (sekitar pertokoan Kings, Jalan Kepatihan sekarang) yang terbakar akibat kerusuhan Munada pada tahun 1842. Di sekitar kawasan Kepatihan memang masih dapat ditemukan ruas jalan kecil bernama Ciguriang.
Munada adalah seorang Cina-Islam dari Kudus yang tinggal di Cianjur. Setelah pindah ke Bandung Munada mendapatkan kepercayaan dari Asisten Residen saat itu, Nagel, untuk pengadaan alat transportasi kereta angkutan. Namun ternyata Munada berperangai buruk dan menyelewengkan uang kepercayaan dari Nagel untuk berfoya-foya, mabuk, dan main perempuan hingga akhirnya dia dipenjarakan Nagel. Akibatnya Munada mendendam dan dengan bantuan beberapa orang lainnya membakar Pasar Ciguriang. Saat kerusuhan terjadi Munada menyerang Asisten Residen Nagel dengan golok hingga terluka parah dan meninggal keesokan harinya.
Untuk menampung para pedagang yang tercerai-berai serta aktivitas pasar yang tidak teratur, maka pada tahun 1884 lokasi penampungan baru mulai dibuka di sisi barat kawasan Pecinan. Kawasan inilah yang kemudian hari dikenal sebagai kawasan Pasar Baru.
Pada masa ini sebetulnya sudah ada beberapa usaha perdagangan yang tersebar di sekitar Pasar Baru. Sebagian dari generasi penerus pertokoan ini masih melanjutkan usaha dagang kakek-buyutnya sampai sekarang. Beberapa nama pengusaha terkenal dari masa lalu itu sekarang terabadikan menjadi nama-nama jalan di sekitaran Pasar Baru (H. Basar, Ence Ajis, H. Durasid, H. Pahruroji, Soeniaradja, dll
Pada tahun 1906 barulah didirikan bangunan baru yang semi permanen. Pada bangunan baru ini, jajaran pertokoan berada di bagian paling depan dan di belakangnya diisi oleh los-los pedagang. Bangunan ini kemudian dikembangkan pada tahun 1926 dengan dibangunnya kompleks pasar permanen yang lebih luas dan teratur.
Pasar Baru Bandung menjadi kebanggaan warga kota karena meraih predikat sebagai pasar terbersih dan paling teratur se-Hindia Belanda pada tahun 1935. Perombakan yang dilakukan pada tahun 1970an membuat bangunan pasar menjadi gedung modern bertingkat yang tidak menyisakan lagi bentuk bangunan lamanya, walaupun konsep pasar tradisional masih dapat dipertahankan. Setelah ini perombakan berikutnya dilakukan pada tahun 2001 hingga menjadi bentuknya yang dapat kita lihat sekarang.
Bila kita berdiri di atas jembatan penyeberangan di atas Jalan Oto Iskandar Dinata, kita dapat melayangkan pandangan lepas ke arah utara, kawasan perbukitan Bandung Utara yang nampak padat oleh pemukiman dan gedung-gedung.
Ke arah timur, tampak deretan gedung dan toko di Jalan ABC yang semrawut oleh plang-plang nama toko atau iklan-iklan yang sangat tidak teratur. Di selatan adalah ruas Jalan Oto Iskandar Dinata yang padat memanjang hingga Tegallega (nama lamanya adalah Pangeran Soemedangweg). Sedang di barat, Jalan Pasar Selatan, tampak beberapa bangunan tua berarsitektur campuran antara kolonial dan Cina. Pemandangan Kota Bandung yang lebih luas dapat terlihat dari atas puncak gedung Pasar Baru.
Jenis barang yang diperjual belikan di Pasar Baru Bandung ini mulai dari aneka pakaian jadi, kain batik, Baju Batik, Bed Cover, Baju Muslim, Jilbab, Kebaya, Perlengkapan Muslim dan lain lain.
Di Pasar Baru Bandung pakaian atau kain yang ditawarkan mulai dari kwalitas rendah sampai kwalitas bagus. Jika beruntung maka bisa berbelanja dengan harga miring namun kwalitas barang yang cukup bagus.
Pasar Baru Bandung terdapat persis di tengah perkotaan, sehingga dengan aktifitas perdagangannya yang padat, arus lalulintas juga padat merayap. Untuk mencapai lokasi pasar ini memang sebaiknya menggunakan kendaraan kecil. Bis pariwisata bisa parkir di ujung jalan namun hanya menampung 2 bus saja. Sehingga kalau siang hari parkiran bis biasanya di halaman stasiun yang jaraknya sekitar 1 km. Para
wisatawan biasanya berjalan kaki atau naik becak untuk sampai ke Pasar Baru Bandung. Suatu saat memang diperlukan solusi terbaik untuk merapikan parkir disekitar Pasar Baru Bandung ini.
Dengan konsep ” one stop shopping “Pasar Baru Bandung merupakan tempat berbelanja yang paling tepat untuk para wisatawan karena semua keperluan oleh oleh semua ada disini. Pasar Baru Bandung tentu saja mendukung sekali pariwisata yang ada di Bandung dan bahkan pengunjung dari Jakarta pun suka berbelanja produk fashion di sini dibandingkan di Jakarta sendiri karena jelas produk fashion bandung lebih murah.
Ada beberapa tips jika ingin berbelanja di Pasar Baru Bandung:
- Pastikan kwalitas barang yang di beli, agar tak kecewa nantinya.
- Jika barang tidak menggunakan lebel harga, berarti barang bisa ditawar
- Simpan Tas atau dompet di bagian depan badan, bukannya menakuti tapi hanya menghindari dari hal-hal yang tidak diinginkan, karena Pasar Baru Bandung sangat ramai.
Demikianlah sejarah Pasar Baru Bandung yang bukan hanya ramai dikunjungi dari warga Bandung dan Jawa Barat, tetapi juga dari seluruh penjuru nusantara dan juga dari negeri Jiran Malaysia dan Singapura.
Bangunan Pasar Baru yang sekarang berdiri ini mulai dibangun pada tahun 2001 dan selesai serta dirasmikan oleh Walikota Bandung pada tahun 2003
Pasar Baru yang lama
Oleh kerana ramai pengunjung yang datang , ramai lah juga para Ngamin yang datang mencari makan. Ada yang membawa gitar sambil menyanyi, ada yang bawa ukulele, ada yang perseorangan dan ada juga yang berkumpulan.Terdapat juga para Ibu yang mendukung anak kecil sambil menghulurkan tangan memohon simpati.Kita bantulah mereka ini , mereka perlukan hidup dan seperti orang lain juga. Kita hulurkan lah seikhlas hati , perlu diingat mereka ini ramai,kalau menghulur jangan hulur habis kerana ada lagi yang lain akan datang menghampiri yang butuhkan simpati.Hulurlah dengan Ikhlas mudah-mudahan mendapat keberkatan dari Nya.
Ngamin dengan ukulele mendendangkan lagu Koes Plus begitu bagus sekali didendangkan lagu Muda-mudi zaman sekarang.
Yang ini mau belajar ngamin, dia bukan orang Bandung , dia orang Tawau Sabah Malaysia . DiMalaysia dia orang senang tapi terkandas diBandung mau Ngamin bilangnya. Nanti lain kali kalau keBandung jangan lupa bawa Gitar atau ukulele sekali.
Yang ini adalah Profesional Ngamin , katanya lebih baik ngamin daripada jadi pencuri. Ya,betul sekali Ngamin tu usaha untuk mendapatkan upah dan untuk wang belanja kehidupan seharian.Berusaha itu adalah Ibadah yang jelas tiada unsur penipuan.
Lepak diatas tangga Holland Bakery semantara menunggu Bas datang untuk pergi ke Restoran Makanan Padang dikawasan Outlet
Makan Tengahari ( makan siang ) diRestoran Masakan Padang Factory Outlet Bandung sebelum lawatan ke Suang Angklung Udjo di Jalan Padasuka 118, Bandung Timur, Jawa Barat Indonesia.
Pada jam 1.30 petang kami bertolak ke kawasan Factory Outlet untuk makan tengahari diRestoran Masakan Padang.
makan tengahari bersama rombongan direstoran masakan padang
Selepas makan tengahari kami bersiap dan bas telah menunggu untuk kedestinasi seterusnya Suang Angklung Udjo
BAHAGIAN KE-SEBELAS: 01 JUN 2014 JAM 2.00 PETANG LAWATAN KE-KESENIAN ANGKLUNG MANG UDJO, BANDUNG
UDJO NGALAGENA @ MANG UDJO
Udjo Ngalagena (lahir 5 March 1929 – meninggal 3 Mei 2001 pada umur 72 tahun) juga dikenal sebagai Mang Udjo adalah seniman angklung asal Jawa Barat, Indonesia dan Beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab mendirikan Saung Angklung Udjo. Ia merupakan anak keenam dari pasangan Wiranta dan Imi. Pada usia antara empat sampai lima tahun, Udjo kecil sudah akrab dengan angklung berlaras pelog dan salendro yang kerap dimainkan di lingkungannya dalam acara mengangkut padi, arak-arak khitanan, peresmian jembatan, dan acara-acara yang melibatkan keramaian massa lainnya
Berlokasi di Jalan Padasuka 118, Bandung Timur Jawa Barat Indonesia.
Berdirinya Saung Angklung Udjo tidak dapat dilepaskan dari peranan Udjo Ngalagena (5 Maret 1929 – 3 Mei 2001) sebagai pendiri Saung Angklung Udjo. Bahkan studi tentang Saung Angklung Udjo dapat dikatakan sangat erat kaitannya dengan studi tentang biografi Udjo Ngalagena dan keluarga.
Selain belajar angklung Ia juga mempelajari pencak silat, gamelan dan lagu-lagu daerah dalam bentuk kawih dan tembang. Ia mempelajari lagu-lagu bernada diatonis dari HIS berupa lagu-lagu berbahasa Indonesia dan Belanda. Bakat serta kemampuannya makin berkembang ketika Ia mulai terjun sebagai guru kesenian di beberapa sekolah di Bandung. Untuk mempertajam kemampuannya Ia langsung mendatangi orang yang ahli dalam bidangnya. Teknik permainan kacapi dan lagu-lagu daerah Ia belajar dari Mang Koko. Gamelan Ia pelajari dari Raden Machjar Angga Koesoemadinata, dan untuk angklung do-re-mi (diatonis) Ia dapat bimbingan dari Pak Daeng Soetigna (pencipta angklung bernada Diatonis).
Pelajar-pelajar Saung Angklung Udjo sedang memberikan persembahan
Saung Angklung Udjo (SAU) adalah suatu tempat yang merupakan tempat pertunjukan, pusat kerajinan tangan dari bambu, dan workshop instrumen musik dari bambu. Selain itu, SAU mempunyai tujuan sebagai laboratorium kependidikan dan pusat belajar untuk memelihara kebudayaan Sunda dan khususnya angklung. Didirikan pada tahun 1966 oleh Udjo Ngalagena dan istrinya Uum Sumiati, dengan maksud untuk melestarikan dan memelihara seni dan kebudayaan tradisional Sunda. Berlokasi di Jalan Padasuka 118, Bandung Timur Jawa Barat Indonesia. Dengan suasana tempat yang segar udaranya dan dikelilingi oleh pohon-pohon bambu, dari kerajinan bambu dan interior bambu sampai alat musik bambu.
Disamping pertunjukan rutin setiap sore, Saung Angklung Udjo telah berkali-kali mengadakan pertunjukan khusus yang dilakukan pada pagi atau siang hari. Pertunjukkan tersebut tidak terbatas diadakan di lokasi Saung Angklung Udjo saja, tetapi berbagai undangan tampil di berbagai tempat baik di dalam maupun di luar negeri, pada bulan Agustus tahun 2000 di Sasana Budaya Ganesha ITB, Bandung, Saung Angklung Udjo mengadakan konser kolaborasi dengan penyanyi cilik yang dijuluki Shirley Temple-nya Indonesia, yaitu Sherina. Saung Angklung Udjo tidak terbatas pada hanya menjual seni pertunjukan saja, berbagai produk alat musik bambu tradisional (angklung, arumba, calung dan lainnya) dibuat dan dijual kepada para pembeli.
Setiap persembahan Angklung akan dibantu oleh kumpulan pemuzik gemilan
Pengetahuan-pengetahuan tersebut kemudian diolahnya dalam bentuk paket pertunjukan untuk pariwisata dengan mengutamakan materi sajian angklung di sanggarnya (Saung Angklung Udjo). Kehadiran sanggar ini merupakan suatu sarana bagi Udjo untuk dapat mencurahkan jiwa kependidikan yang dimilikinya melalui seni angklung, sekaligus sebagai sarana penyaluran jiwa kewirausahaannya dengan menjual pertunjukan maupun alat musik bambu
Untuk mencapai tempat ini, jika naik kendaraan pribadi, pilih arah cipularang. Naik ke jembatan layang, ikuti papan petunjuk ke Cicaheum. Sekitar 100 meter sebelum Terminal Cicaheum, ikuti papan petunjuk menuju Jalan Padasuka. Anda akan menemui petunjuk ke lokasi. Anda juga dapat menggunakan angkutan umum sebagai pilihan. Dari Surapati, pilih angkutan umum 06 jurusan Cicaheum-Ciroyom (arah Cicaheum). Turun di perempatan Padasuka (100 meter sebelum Cicaheum), lanjutkan dengan berjalan kaki atau naik ojek menuju Saung Udjo (500 meter).
Rombongan kami lewat tiba dipertunjukan tersebut namun masih sempat untuk menikmati suasana muzik angklung yang sangat indah. Persembahan amat bermutu tinggi terutama permainan angklung. Terdapat juga persembahan kebudayaan serta tarian-tarian tradisional yang dipersembahkan yang amat bermutu tinggi nilainya.
Persembahan kesenian tarian kupu-kupu yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kesenian Suang Angklung Udjo yang sentiasa mendapat sambutan hangat dari pengunjung yang datang dari dalam dan juga luar Negara.
Tamu-tamu dari luar dan dalam negeri berdatangan setiap petang untuk menikmati sajian pertunjukan kesenian tradisional berkualiti tinggi khas Jawa Barat, tak jarang mereka selalu ikut larut dalam permainan angklung dan tarian anak-anak belia. Dari mulai Wayang, Tarian dan Angklung mampu membuat takjub para pengunjung untuk datang berkali-kali ke Saung Angklung Udjo. Jiwa entertainer Udjo mampu menyatukan antara kesenian, anak-anak dan lingkungan menjadi sebuah sajian pertunjukan yang harmonis di depan para pengunjungnnya
Persembahan muzik Angklung yang dipertontonkan kemahiran pelajar-pelajar mengendalikan semua set angklung setiap seorang pelajar.
Kepiawaian dan keahlian Udjo ternyata menurun kepada para putra-putrinta. Awal tahun 90-an mulailah era putra-putrinya yang meneruskan SAU di bawah bimbingan Udjo sendiri. Karena kondisi kesehatan pun Udjo sudah jarang untuk memimpin sebuah pertunjukan, hanya sesekali apabila sedang sehat Udjo muncul dalam pertunjukan yang dipimpin oleh para putranya sekedar mengucapkan salam ke pada para pengunjung dalam berbagai bahasa (Inggris, Belanda, Prancis, Jerman serta negara lainnya).
Persembahan pelajar-pelajar Suang Angklung Udjo yang dikendalikan oleh anak Mang Udjo
Sepeninggal Udjo Ngalagena ( 03 Mei 2001 ) SAU mulai diteruskan oleh para putra - putri. Tak ada yang berubah SAU tetap ramai dikunjungi para touris dalam dan luar negeri, anak-anak masih riang gembira memainkan angklung. Gemuruh tepukan dan senyum kagum penonton masih selalu hadir di setiap akhir pertunjukan.
Pengunjung diajak menari bersama para pelajar sebagai penghormatan diatas kunjungan ke Suang Angklung Udjo.
" What You Are, What Job You Have Choosen, Do It Well, Do It With Love, Without Love, You Are Dead Before You Die " Udjo Ngalagena ( 05 Maret 1929 - 03 Mei 2001 ).
BAHAGIAN KE-DUA BELAS: 02 JUN 2014 MEMBELI BELAH DIKAWASAN CIBADUYUT DAN FACTORY OUTLET
Hari ini adalah hari terakhir rombongan kami berada di Kota Bandung.Tujuan kami kemari adalah untuk membeli belah disamping lawatan-lawatan yang formal ketempat tempat yang punya sejarah tempatan dan tempat percutian atau wisata atau tempat pelancungan.
Kami tiba dibandung pada malam 31Mei 2014 @7.00malam.Oleh kerana tempoh kami berada diBandung amat singkat iaitu 2hari , maka kami telah membuat keputusan untuk tidak membuat lawatan ketempat-tempat yang jauh yang memakan masa berjam-jam. Ini kerana bagi kami masa itu sangat berharga terutama untuk membeli barangan yang dibawa pulang.Kami telah membatalkan Kunjungan ke Pemandian Air Panas Sari Ater Ciater , Gunung Tangkuban Perahu , Kawah Putih dan Trans Studio.
CIBADUYUT
Cibaduyut adalah sebuah daerah di sekitar kota Bandung bahagian Selatan. Cibaduyut merupakan sebuah desa yang terletak dalam (daerah)kecamatan Bojongloa Kidul, Kota Bandung, Provinsi Jawa Barat, Indonesia.Daerah ini terkenal dengan kerajinan sepatunya. Hasil produksi sepatunya biasanya dipasarkan langsung di pinggiran jalan Cibaduyut Raya dengan banyaknya kios dan toko sepatu. Sedangkan produksinya ada dilorong-lorong belakang jalan Cibaduyut.Untuk mencapai kawasan industri sepatu Cibaduyut, boleh dilakukan dengan banyak cara. Kalau dari Stesen boleh langsung naik angkot ke Cibaduyut. Demikian juga jika dari terminal Cicaheum maupun dapat ditempuh dengan angkut jurusan Leuwi Panjang. Sebenarnya, Cibaduyut dekat dengan terminal Leuwi Panjang, jika dari sana tinggal jalan kaki saja sekitar 300 meter sudah sampai kawasan Cibaduyut.
Kualiti sepatu Cibaduyut lumayan bagus, namun ada juga produk yang dijual murah di Cibaduyut, namun produk berasal dari luar kota seperti sandal dan sepatu murah dari Tasik maupun Ciomas Bogor.Kawasan Cibaduyut ini kawasan padat penduduk dan untuk meletak kereta memang sulit serta kaedaan jalan yang tidak begitu lebar. Jadi anda mestilah bersabar untuk mendapatkan letak kereta.
Jika anda ingin beli sepatu, gunakan penawaran terbaik. Sepatu yang dijual di Cibaduyut sistemnya tawar menawar, meskipun kadang sudah ditetapkan harganya.Mengenai puncak kunjungan, biasanya terjadi saat liburan sekolah atau hari Sabtu-Minggu dimana orang banyak berlibur ke Bandung. Jadi pada kaedaan tersebut, jelas Cibaduyut biasanya sesak. Cibaduyut juga terkenal dengan barangan diperbuat dari kulit seperti bag tangan , dompet , baju , dan lain-lain lagi.
Perjalanan dari Hotel ke Cibaduyut memakan masa lebih kurang 40 minit
Rombongan sudah tidak sabar melihat deretan kedai yang dilalui menjual barangan kulit
Perjalanan dari Hotel Ibis TransStudio Bandung ke Cibaduyut memakan masa lebih kurang 1jam ini disebabkan oleh kesesakan lalu lintas ketika itu.Sebaik saja kami memasuki jalan Cibaduyut Raya , barisan kedai-kedai yang menjual barangan kulit terutama sekali Kasut ,Tali pinggang , bag tangan dan lain-lain lagi.
Tali pinggang kulit buatan Luar dan Dalan Negeri , diperbuat daripada kulit binatang seperti lembu,Kerbau,Kambing.Berkualiti tinggi dengan harga yang murah.
Bag Tangan wanita Mont Blank murah saja
Kasut kulit wanita murah murah
Topi daripada kulit
Yang pastinya setiap orang peserta rombongan akan mebawa pulang barangan kulit yang berkualiti dengan harga yang murah.Ada yang sudah membeli Baju Jaket Kulit , Kasut Booth kulit , sarung tangan kulit , bag tangan wanita kulit , Dompet kulit , tali pinggang kulit , Topi kulit , dan ada juga beli bag kulit.
FACTORY OUTLET
Setelah berbelanja diCibaduyut, kami meneruskan lawatan kami ke Factory Outlet diJalan Riau.Jalan Riau No. 47 Jl. RE. Martadinata Citarum Bandung Wetan Bandung Jawa Barat, 40115, Indonesia
Factory Outlet Bandung Jalan RE Martadinata.
Bila anda berkunjung ke Kota Bandung , kawasan ini merupakan kawasan wajib yang harus di singgahi oleh para pelancung yang datang ke Kota Bandung. Sebab semua orang tahu dengan Jalan Riau atau Tepatnya Jalan RE Martadinata ini. Disinilah salah satu pusat Factory Outlet di Kota Bandung.
Banyak orang yang mengira bahwa Factory Outlet di Jalan Riau itu berbeda dengan Factory Outlet Bandung Jalan RE Martadinata, tetapi padahal Jalan Riau sama dengan Jalan RE Martadinata. Pada penghujung minggu banyakpelancung yang datang dari dalam maupun luar negeri yang berbelanja di sini. Maka dari itu tidaklah heran bahwa setiap hujung minggu atau hari libur Jalan Riau ini selalu dipenuhi pelancung dan keadaan lalu lintas akan menjadi sesak. Ada banyak sekali Factory Outlet atau FO di Jalan RE Martadinata Riau Bandung ini, diantaranya :
Factory Outlet Heritage Bandung , Alamat di Jalan RE Martadinata No. 63 Bandung
The Secret Factory Outlet , Jalan Riau No.47, Bandung
Factory Outlet China Emporium , Alamat di Jalan RE Martadinata Bandung
Factory Outlet Emirates Bandung , Alamat di Jalan RE Martadinata No. 18 Bandung
Factory Outlet The Summit Bandung , Alamat di Jalan RE Martadinata Bandung
Factory Outlet Decoral / Rumah Mode , Alamat di Jalan RE Martadinata Bandung
BAHAGIAN KE-TIGA BELAS: 03 JUN 2014 CHECK-OUT DARI HOTEL IBIS TRANS STUDIO BANDUNG DAN PERJALAN BALIK KE-SABAH MELALUI SOEKARNO -HATTA LAPANGAN TERBANG ANTARA BANGSA JAKARTA , INDONESIA
Sudah sampai masanya untuk rombongan berangkat pulang ke Tanah Air.Setelah berada diJakarta,Bogor dan Bandung mulai 27Mei2014 hingga 3 Jun 2014.Pada jam 9.30 pagi peserta rombongan telah semuanya turun keLobby Hotel dengan membawa sekali baggasi untuk check-out.Pada 31Mei 2014 sewaktu sampai diKota Bandung masing-masing hanya ada satu bag sahaja iaitu lebih kurang 15kilogram, tetapi sekarang masing-masing telah mempunyai 2 bag dengan berat 30 kilogram ada yang 40 kilogram. Ada dikalangan peserta rombongan masih belum puas belanja dan bercadang akan kembali ke Kota Bandung ini untuk Libur dan belanja membeli belah. Pada pagi itu masing-masing sibuk mengatur baggasi agar tidak melebihi berat yang dibenarkan semasa penerbangan balik ke-Sabah nanti.
Peserta rombongan sibuk mengatur baggasi masing-masing maklum sajalah , sewaktu datang ke-Bandung dari Jakarta hanya satu bag sahaja kini sudah ada dua bag besar satu bag kecil dan ada tambahan kotak pula lagi tu.
Untuk mengelakkan lebih muatan ( excess baggage) usaha dilakukan dengan menimbang berat bag masing-masing agar tidak mengakibatkan kerumitan semasa check-in semasa penerbangan balik ke Sabah di Lapangan Terbang Jakarta nanti.
Pastikan semua bag telah berkunci
Semua barangan telah siap diaturkan kini peserta rombongan bersiap sedia untuk menaiki Bas menuju ke Chengkaring Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta,Indonesia
Bas akan bertolak pada jam 10.00 pagi , sementara itu barang-barang yang telah disiap sediakan tadi mula disusun atur kedalam ruang kargo Bas , agar barang-barang mudah untuk dikeluarkan apabila sampai diLapangan Terbang Soekaro-Hatta nanti. Penerbangan kami ke-Kota Kinabalu pada jam 6.30 petang (WIB) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 9.30 malam waktu diMalaysia.
Tepat jam 10.00 pagi bas kami mula bergerak menuju ke destinasi kami iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta , Jakarta. Menurut pemandu pelancung yang bersama kami perjalanan kali ini tidaklah begitu teruk seperti waktu datang ke Bandung beberapa hari yang lalu , kerana perjalanan ini akan melalui Jalan Lebuhraya yang kami dijangkakan tidak akan mengalami masalah macet atau kesesakkan lalu lintas.
Bas kami terpaksa bergerak perlahan didalam Kota Bandung sementara mahu sampai keTol Lebuhraya yang mana kekurangan macet seperti disini.
Semasa perjalan diLebuhraya kita akan melihat pemandangan dipersekitaran perkampungan dengan tanaman padi yang luas.Suasana disitu kelihatan sejuk dan damai.
Suasana Kampung
Kami sampai disini pada jam 12 tengahari.
Singgah minum-minum teh
Selepas berihat lebih kurang 1 jam kerana ada peserta rombongan yang ambil kesempatan menunaikan sembahyang Fardu Zohor di Surau yang disediakan ditempat berkenaan. Pada kira-kira jam 2.00 petang kami bertolak meneruskan perjalanan ke Jakarta. Dalam perjalanan peserta rombongan ambil kesempatan menyanyi karaoke sambil melihat pemandangan dereten rumah-rumah penduduk disepanjang perjalanan tersebut. Pada jam 3.30 petang kami sampai diJakarta namun masih terlalu awal untuk ke Lapangan Terbang dimana penerbangan kami ke Kota Kinabalu pada 6.40 petang.
Kami singgah di Restoran Lembur Kuring minum-minum sementara menunggu masa yang sesuai untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Pada jam 4.30 petang kami bertolak ke Lapangan Terbang dan terus check-in Penerbangan balik ke Kota Kinabalu. Kami bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta lebih kurang jam 8.00 malam dan tiba di Kota Kinabalu pada jam 11.00 malam. Malam itu kami bermalam diHotel Klagan , Api-Api Centre Kota Kinabalu. Ke-esokan harinya pada 4 Jun 2014 pada pukul 1.10 petang kami bertolak balik ke Tawau.
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP Hj.Abubakar Titingan - Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian P.190 Tawau , Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali - ADUN N.55 Balung merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau , Tuan Hj.Nizam bin DSP Hj.Abubakar Titingan -Ketua Setiausaha Politik kepada ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Benta Wawasan , Encik Naim Ahmat Setiausaha Bahagian merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan mereka-mereka yang terlibat dalam urusan kelancaran lawatan ke Jakarta-Bogor-Bandung sehingga berjalan dengan baik dan teratur.