Wednesday, June 11, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KG. DINGIN HUJUNG BATU 2 JALAN APAS , TAWAU PADA 4.4.2014 OLEH YB.DATUK TAWFIQ BIN DSP AB TITINGAN ADUN N.56 APAS DAN YB.DATUK SYED ABAS BIN SYED ALI ADUN N.55 BALUNG

Penyampaian Bantuan kepada Mangsa kebakaran kg.Dingin Hujung telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas juga Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah merangkap Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau bersama Yang Berhormat Datuk Syed Hj.Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau pada 4.4.2014 di perkarangan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Tawau dibelakang Hotel Promanade.

Seramai 31 keluarga yang terlibat dalam kebakaran ini telah mendapat sumbangan bantuan yang terdiri daripada Jabatan Kebajikan , Pusat Zakat dan KOSAN . Bantuan yang disampaikan berbentuk barang-barang keperluan harian , makanan dan wang ringgit. 


Kebakaran diKampung Dingin Hujung ini dikatakan berpunca dari litar pintas dimana kebetulan pada waktu itu cuaca kering yang mengakibatkan kebakaran begitu pantas merebak dan ramai yang tidak dapat menyelamatkan barang-barang mereka.

Dalam kebakaran ini juga terdapat seorang kanak-kanak tercedera dengan melecur sedikit akibat terkena api yang tidak terkawal.Walaubagaimana pun tiada kemalangan jiwa yang dilapurkan.

Sebanyak 26 buah rumah yang terbakar yang melibatkan seramai 31 keluarga yang menduduki tempat ini telah kehilangan tempat tinggal


Terdapat sebuah rumah sahaja yang terselamat daripada kebakaran tersebut . walaupun di sekelilingnya semua hangus terbakar.



Kelihatan keadaan rumah tetap seperti sedikala walaupun dikiri , kanan dan hadapan nya semuanya telah hangus terbakar. Kejadian seperti ini amat jarang berlaku dimana sebuah rumah yang diperbuat daripada kayu masih dapat bertahan tidak terbakar walaupun api yang membakar rumah disekitarnya.

Kawasan sekitar rumah tersebut juga tidak terbakar hanya pokok mangga dihadapan rumah tersebut yang terbakar.

Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut dimana beliau amat berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Tawau , Jabatan Kebajikan , Pusat Zakat Sabah , KOSAN dan lain lain yang telah berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat yang mendapat musibah dan memerlukan bantuan .

Salah seorang penerima bantuan tersebut adalah En.Sugino Ketua Cawangan UMNO Kg.Dingin Hujung P.190 Tawau , En.Sugiano yang turut kehilangan tempat tinggal akibat dari kebakaran tersebut. Bantuan disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan dan Yang Berhormat Datuk Syed Abas bin Syed Ali disaksikan oleh Pegawai - pegawai KOSAN , Pusat Zakat , Presiden Majlis Perbandaran Tawau , Pegawai Kebajikan dan lain-lain yang hadir di Majlis tersebut. 


Turut hadir diMajlis tersebut ialah Presiden MPT Datuk Ismail Mayakup , Tuan Hj.Abd.Razak serta rombongan dari KOSAN , Pegawai Kebajikan Tawau , Pegawai Pusat Zakat Tawau , OKK Hj.Kee Ayub bin Kee Abu Bakar , AJK UMNO Bahagian P.190 Tawau dan Pegawai – pegawai kerajaan.


Penerima bantuan amat berterima kasih diatas keperihatinan Kerajaan diatas kesusahan yang mereka alami.
Semasa lawatan Yang Berhormat Datuk Tawfiq DSP AB Titingan dan Yang Berhormat Datuk Syed Hj.Abas bin Syed Ali ke kawasan kebakaran Persatuan penduduk sempat membincangkan masa depan mereka dengan kedua Ahli Yang Berhormat dan juga Presiden Majlis Perbandaran yang hadir masa itu. 
Oleh kerana kawasan tersebut adalah kawasan resab sungai dimana nenurut perancangan jangka panjang Majlis Perbandaran Tawau bahawa kawasan tersebut terlibat dalam baikpulih sungai Tawau.
Selaku Ketua Penduduk dan juga Ketua Cawangan UMNO Cawangan Kg.Dingin Hujung En.Sugino memohon jasa baik kedua Yang Berhormat untuk membenarkan mereka membina semula rumah yang terbakar dan dapat menetap semula disitu.




En.Sugino menerangkan kepada Yang Berhormat bahawa pada masa ini mereka tiada tempat tinggal , mereka tinggal sementara dirumah saudara mara dan mereka perlu membuat rumah mereka kembali seperti sediakala.

En.Sugino amat berterima kasih sekiranya permohonan mereka diluluskan memandangkan pada masa ini mereka hanya menumpang dirumah saudara mara yang juga mempunyai keluarga dan hanya mempunyai ruangan yang terhad untuk digunakan. 

Acara berakhir pada jam 12.00 tengah hari.



No comments:

Post a Comment