Program ini memberikan peluang kepada rakyat tempatan untuk mendapat informasi lebih tepat dengan mendengar cermah atau taklimat dari Penceramah yang diundang khas dari Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad ( SPNB ) memberikan taklimat tentang urusan perumahan , Polis Diraja Malaysia tentang keselamatan penduduk dan Majlis Perbandaran Tawau ( Pihak berkuasa Tempatan ) mengenai hal-hal semasa perumahan.
Pada 19 Jun 2014 , sebelum acara ini berlangsung satu Jawatankuasa kecil peringkat Kampung Ranggu telah ditubuhkan dan bermesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat ( PPM ) Balung , Tuan Syed Hassan bin Syed Idrus bagi membincangkan perjalanan Program tersebut. Jawatankuasa Kecil itu diketuai oleh Pengerusi JKKK Kampung Ranggu Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof dengan dibantu oleh AJK UMNO Bahagian P.190 Tawau En.Yusof bin Ahmad ( AJK Biro Perumahan dan Infrastruktur UMNO Bahagian Tawau ) , AJK Wanita UMNO Bahagian P.190 Tawau Pn.Kasma binti Jalil , WNC Hj.Amirbak bin Abd.Rahim , WNC Imam Ibrahim bin Pasu , KK Bahauddin bin Ahmad , KC UMNO Kg.Ranggu Mohd.Zain bin Ahmad, SU JKKK Kg.Ranggu Zaini bin Abidin , Zuraidah binti Abidin dan Anida binti Abidin. Adalah diharapkan dengan penyertaan penduduk kampung Program ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur
Kain rentang disediakan untuk pemberitahuan kepada peserta sebanyak 2 buah kain Rentang disediakan dan dipamerkan diBalairaya dan di Simpang batu 8
Penceramah dari SPNB sedang memberikan ceramahnya mengenai rumah mampu milik
Ceramah Pertama yang disampaikan oleh SPNB mengenai dengan rumah mampu milik. Ramai peserta yang berminat dengan ceramah ini , ramai yang mengajukan pertanyaan tentang perkara-perkara yang diperlukan untuk kelayakan dan kelulusan permohonan.
Menurut maklumat yang disampaikan melalui ceramah tersebut , beberapa perkara diperlukan untuk kelulusan permohonan antaranya;
1. Ada Geran Tanah
2. Nama Pemohon mesti tercatat didalam Geran Tanah tersebut.
3. Satu Permohonan sahaja untuk satu Geran Tanah
4. Jika terdapat lebih dari satu nama dalam geran perlu mendapatkan sokongan dari Pemilik yang lain.
5. Sekiranya pemohon yang telah diluluskan permohonan nya kemudiannya meninggal Dunia , waris pemohon perlu melunaskan pembayaran nya.
6. Pemohon yang berumur lebih daripada 60 tahun perlu disertakan seorang waris yang berumur tidak melebihi 35 tahun lelaki atau pun perempuan.
Sebahagian dari peserta yang hadir diprogram ini yang begitu berminat serta menumpukan perhatian kepada ceramah tersebut.
Terdapat beberapa persoalan yang ditanya oleh peserta yang berminat antaranya;
1. Boleh kah lebih dari satu permohonan untuk satu geran tanah ?
2. Sekiranya pemohon yang telah diluluskan permohonan nya kemudiannya meninggal Dunia , perlukah waris pemohon melunaskan pembayaran nya atau pihak Insuran yang melunaskan nya seperti mana badan-badan pinjaman yang lain?
3. Ramai yang telah memohon untuk projek ini tetapi sehingga kini belum mendapat jawapan sama ada lulus atau pun tidak
Ceramah Kedua mengenai keselamatan Penduduk yang disampaikan oleh Insp. PDRM Tawau.
1. Boleh kah lebih dari satu permohonan untuk satu geran tanah ?
2. Sekiranya pemohon yang telah diluluskan permohonan nya kemudiannya meninggal Dunia , perlukah waris pemohon melunaskan pembayaran nya atau pihak Insuran yang melunaskan nya seperti mana badan-badan pinjaman yang lain?
3. Ramai yang telah memohon untuk projek ini tetapi sehingga kini belum mendapat jawapan sama ada lulus atau pun tidak
Ceramah Kedua mengenai keselamatan Penduduk yang disampaikan oleh Insp. PDRM Tawau.
Ceramah ketiga mengenai perkara-perkara dan kuasa-kuasa kerajaan tempatan yang dikendalikan oleh MPT. Ceramah ini disampaikan oleh wakil MPT dari bahagian Pembangunan dan Infrastruktur.
Ceramah mengenai keselamatan kampung yang disampaikan oleh Pegawai PDRM
Ucapan Perasmian dan Penutupan Yang Berhormat yang disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat
Upacara Penutupan telah dilaksanakan dengan ucapan Yang Berhormat Datuk Syed Abas yang disampaikan oleh Tuan Syed Hassan bin Syed Idrus , Pegawai Pembangunan Masyarakat , N.55 Balung
Cenderakenangan kepada Tuan Imam yang membacakan
Doa
Cenderakenangan kepada penyampai Ceramah SPNB
mengenai rumah mampu milik
Cenderakenangan kepada penyampai Ceramah Keselamatan
Kampung dan perumahan dari PDRM
Cenderakenangan kepada penyampai Ceramah hal-hal pembangunan
dan infrastruktur dari MPT
No comments:
Post a Comment