Wednesday, June 11, 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI LORONG JATI KG.KINABUTAN OLEH YB.DATUK HJ.SYED ABAS BIN SYED ALI ADUN N.55 BALUNG , TAWAU PADA 4.4.2014

Penempatan Penduduk diLorong Jati Kampung Kinabutan ini telah Ujud sejak 25 tahun yang lalu. Tanah yang diduduki oleh penduduk Lorong Jati ini dipunyai oleh Penduduk tempatan. Mereka membayar sewa tanah kepada tuan tanah dan telah membina rumah diatas tapak yang disewa. Lorong Jati ini diduduki oleh orang-orang Bugis dan juga Sulok yang tidak mempunyai tanah untuk membuat rumah. Mereka berasal dari Indonesia dan Filipina yang telah lama bermastautin diSabah.

Terdapat lebih kurang 100 orang keluarga yang menduduki Lorong Jati dimana rumah iaitu 22 buah keluarga yang telah terlibat dalam kebakaran tersebut. Menurut penduduk yang dihubungi api berpunca dari sebuah rumah dan merebah ke rumah yang lain begitu pantas sekali.Persatuan Penduduk berusaha untuk mengawal kebakaran dari terus merebak dimana hanya 22 buah rumah yang tidak dapat diselamatkan. Pihak Bomba telah juga datang membantu , walaubagaimana pun akibat kekurangan tekanan air dari paip Jabatan Air pihak Bomba dan penduduk Lorong Jati akhir berjaya memadamkan api berkenaan.

Beberapa buah rumah yang terbakar telah mula dibina semula diatas tapak yang sama. Menurut penduduk disini mereka membina rumah diatas tapak yang disewa dari penduduk tempatan yang mahu menyewakan untuk tapak rumah.

Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Syed Ali disambut oleh En.Sule bin Bali selaku Pegawai Penyelaras UPPM Balung bagi penyampaian bantuan tersebut.

Yang Berhormat telah disambut mesra oleh Penduduk Lorong Jati yang mana telah terlibat dalam kebakaran tersebut.Mereka amat gembira kerana Yang Berhormat sanggup datang ke tempat mereka dan menyampaikan bantuan yang mereka perlukan.

Mereka begitu gembira dan dapat menyuarakan keperluan mereka secara bersemuka dengan Yang Berhormat agar perkara-perkara yang dibangkitkan mendapat sokongan dari Beliau.


Turut hadir Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian P.190 Tawau Puan Norsiah binti Bayai dan AJK Pergerakan Wanita Bahagian Puan Kasma binti Jalil.

Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Syed Ali menyampaikan ucapan seterusnya mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Zakat Tawau yang berusaha untuk membantu mereka- mereka yang terlibat dalam kebakaran. 
Dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebenan mereka untuk membeli makanan dan juga perkakas rumah yang diperlukan.
Beliau juga berharap mereka yang terlibat agar bersabar dan semuanya itu adalah ketentuan Nya.
Turut Hadir bersama Yang Berhormat diMajlis itu AJK UMNO Bahagian P.190 Tawau dan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.


Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan rombongan juga turut serta.

Sebahagian daripada AJK UMNO Bahagian P.190 Tawau yang hadir


Penduduk yang terlibat dalam kebakaran tersebut hadir untuk menerima bantuan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Syed Ali

  Penduduk bersyukur diatas bantuan yang berikan


Penerima sumbangan amat berterima kasih diatas bantuan yang disampaikan.

Yang Berhormat berangkat balik setelah selesai penyampaian bantuan dan sempat diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Penduduk En.Bolong tentang mereka di Lorong Jati Kg.Kinabutan.


Acara selesai pada jam 5.00 petang 






No comments:

Post a Comment