Sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun 2016 yang ke 59 bertemakan SEHATI SEJIWA saya ingin mengabadikan beberapa Insiden yang menggugat keharmonian dan keamanan Negara dalam kita memacu hayat Kemerdekaan Negara ini. "Kemerdekaan yang dikecapi negara ketika ini boleh tergugat jika seluruh lapisan rakyat terus lalai dan alpa serta tidak bersatu hati untuk bersama dan berusaha mempertahankannya," kata Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Tawfiq bin DSP Abu Bakar Titingan ketika melepaskan konvoi Kembara Merdeka Super Bikers di Tawau .
Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di rantau Asia. Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum mencapai kemerdekaan lagi. Segala-galanya bermula daripada pengorbanan para pejuang negara yang sanggup bermati-matian demi mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta. Pengorbanan mereka mestilah dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Menuntut Kemerdekaan merupakan satu perkara yang sukar, namun, untuk mempertahankan kemerdekaan itu adalah lebih sukar dan memerlukan kerjasama daripada semua rakyat untuk terus SEHATI SEJIWA memelihara keharmonian negara.
Seluruh rakyat Malaysia perlu menjadikan insiden pencerobohan kumpulan Militan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 2013 sebagai iktibar untuk terus mempertahan keamanan dan kedaulatan negara ini. Peristiwa hitam itu perlu terus diingati dan disemat dalam sanubari rakyat Malaysia terutama generasi muda tentang betapa pentingnya menyemai semangat nasionalisme dan jati diri tinggi agar kemerdekaan negara terus dipelihara dan tidak mudah diganggu-gugat oleh orang lain. Di samping itu rakyat Malaysia yang berbilang bangsa terus memperkukuh perpaduan kaum selain mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menyebarkan dakyah negatif yang boleh menimbulkan perasaan kebencian antara satu sama lain.
Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang rakyat Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013. Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.
Didalam Blog ini akan saya paparkan lebih banyak kepada peristiwa pencerobohan tersebut yang melibatkan beberapa insiden dan perkara perkara yang akan menjadi kenangan dimasa akan datang sebagai ingatan bahawa Keamanan dan Kestabilan Negara perlu ditangani dengan tekun walaupun melibatkan darah dan nyawa terutama sekali dari ancaman luar.
Beberapa kejadian dan peristiwa yang dimuatkan dalam blog ini berdasarkan kejadian dan peristiwa yang telah berlaku keatas Pencerobohan Pengganas dari bahagian Selatan Kepulauan Filipina yang menggelar Pasukan mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara bertempat di Lahad Datu dan Semporna , Sabah. Tujuan mereka menceroboh adalah atas arahan daripada Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.
Sebenarnya perkara ini telah dijelaskan kepada Dunia oleh Mahkamah Antarabangsa semasa tuntutan bertindih keatas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Indonesia.
Pada tarikh 23 Oktober 2001, Mahkamah Antarabangsa telah memutuskan bahawa Sabah dan semua kawasan kepulauannya adalah dibawah Persekutuan Malaysia. Mahkamah Antarabangsa juga tidak menerima permohonan Kerajaan Filipina untuk masuk campur dalam urusan persengketaan status Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang berlaku di antara Malaysia dan Indonesia. Penghakiman ini diambil oleh Mahkamah Antarabangsa setelah meneliti kesemua perkara yang berkaitan dengan pendudukan di negeri Sabah. Ini termasuk faktor geografi dan sejarah kawasan tersebut. Ia juga mengambil kira aspek hak penduduk untuk bersama kerajaan yang mereka pilih. Dan ini telah diakui oleh semua rakyat Sabah bahawa mereka adalah sebahagian daripada Malaysia. Permasalah wilayah ini tidak lagi wujud kerana Sabah dengan secara mutlaknya menjadi sebahagian dari negara Malaysia dan segala pentadbiran negeri sudah termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Filipina pernah membuat tuntutan tetapi tidak berbuat secara rasmi setelah beberapa tahun.
Kerajaan Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan beberapa siri perbincangan dengan ketua Pengganas ini telah dilakukan agar mereka segera berundur dan pulang ke Negara asal mereka , ke engganan mereka berundur serta mencetuskan permulaan pertumpahan darah dimana pada pagi 1 Mac, satu pertempuran telah berlaku diantara PDRM dan pengikut Agbimuddin Kiram. Dua anggota PDRM dari kumpulan Komando 69 iaitu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terkorban. Manakala, 12 pengikut Agbimuddin Kiram telah terbunuh dalam situasi berbalas tembakan tersebut. Situasi bermula apabila pihak penceroboh melakukan sikap keji apabila berpura-pura surrender dengan mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri. Zulkifli yang merupakan Ketua Pasukan tersebut menyangkakan musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham Zulkifli. Koperal Sabarudin bin Daud yang bangun membantu turut terkena peluru penembak tepat maka gugurlah kedua Perwira Negara Bangsa. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas ditembak mati.
Anggota tentera telah dikerahkan kekawasan tersebut dimana joint Operation antara Pihak Polis dan Tentera telah bermula dibawah Ops Daulat.
Kereta kebal Adnan telah digunakan dalam Operasi menentang Pemberontak dari Selatan Filipina ini bagi melindungi tentera dan Vat 69 yang sedang membuat kepungan serta bersedia menerima arahan untuk serangan seterusnya mengusir pemberontak dari bumi Malaysia.
Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filipina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA MALAYSIA.
Tentera dihantar ke lokasi sasaran dengan menggunakan Helicopter dimana kelengkapan ketenteraan sedia ada amat berguna dalam menjalankan operasi ketenteraan seperti ini.
Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.
Pada 3 Mac pada waktu 6.30 petang, seramai 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna. Enam penceroboh turut terbunuh dalam situasi tersebut. Pihak polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini mempunyai kaitan dengan pengikut Kesultanan Sulu. Pada jam 7 pagi di hari yang sama seorang penceroboh telah dibelasah sehingga mati oleh penduduk kampung tersebut. Polis menjalakan Operasi terhadap serangan hendap tersebut dan dapat menewaskan 5 orang penceroboh tersebut.
Pasukan Unit Tindakan Khas memasuki kampung Sri Jaya Simunul Semporna dan berjaya menewaskan penceroboh disana.
Unit Tindakan Khas dan Rejimen Gerak Khas memeriksa dari rumah kerumah diperkampungan air diKampung Sri Jaya Simunul , Semporna bagi menjejak saki baki pengganas yang telah menyerang pasukan keselamatan dan mengorbankan seramai 6 anggota Polis.
Sejarah telah tercatat disini dimana serama 6 orang pegawai polis yang menjalankan tugas keamanan telah diserang hendap dan terbunuh dengan kejam sehingga dikatakan Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Kampung Seri Jaya Simunul Semporna.
Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu. Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut. Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan. Ketika itu musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya. Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini amat lah dasyat dan tiada peri kemanusiaan.
Tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.
Kerajaan Malaysia telah mula menggandakan bilangan polis dan tentera dengan menggerakkan Rejimen Askar Melayu Diraja. Selain itu, 7 batalion ATM dari Semenanjung dan 1 batalion PGA dari Sarawak juga telah dihantar bagi meningkatkan kawalan keselamatan.
Penghantaran pesawat pejuang dan pengeboman , Pada 5 Mac, pada jam 7pagi Malaysia telah menghantar 3 buah pesawat pejuang F/A-18 Hornet dan 5 Hawk bagi melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan yang dikatakan merupakan tempat persembunyian pengikut Agbimuddin Kiram. Akhbar Berita Harian mengatakan, kira-kira 30 mayat penceroboh telah ditemui.Manakala, seorang telah ditembak mati.Sehingga kini, 67 penceroboh telah disahkan terkorban , 49 lagi telah ditahan.
MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION
22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan 5 Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700
Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu
Tembakan dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.
Kereta Perisai ini amat berkesan digunakan untuk mengesan penceroboh yang berada dikawasan yang dikepung oleh Tentera Malaysia.
Kereta Kebal ini amat berguna untuk melindungi Tentera daripada tembakan curi oleh Penembak Tepat yang berada dipersekitaran kawasan rondaan.
Vat 69 dan Rejimen Gerak Khas telah menjejaki kawasan perlindungan penceroboh , dimana terdapat kesan-kesan yang yang ditinggalkan.
Pasukan Unit Khas Laut ( PASKAL ) terus membuat rondaan menjejaki penceroboh yang cuba memasuki Perairan Negara.
Tentera Laut dapat mengesan dan menahan beberap buah bot yang cuba keluar masuk dikawasan yang sedang bergolak.
5 Mac 2013 Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih ada musuh di kawasan itu,
dan disahkan kumpulan penceroboh mula menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.
6 Mac 2013 Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota kumpulan penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan ladang dekat Kampung Tanduo.
Berlaku tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu semasa operasi susulan dan penggeledahan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk mengekang bekalan makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh.
7 Mac 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat kaum Suluk di Tawau; turut menyatakan kerajaaan tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan tersebut. Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media di Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.- Najib umum tambahan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk ditempatkan di kawasan keselamatan khas di timur Sabah. Najib berkata Op Daulat akan diteruskan sehingga penceroboh di Sabah meletakkan senjata tanpa syarat. Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak jangan pandang ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia selama-lamanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang musuh terbunuh dalam Op Daulat di Tanjung Batu semalam , manakala 31 lagi termasuk seorang berpangkat jeneral terbunuh hari ini.
Selepas daripada peristiwa itu penceroboh telah lari dan ada yang kemungkinan terlepas pulang ke kampung halaman di Filipina dan mungkin ada juga yang hilang tidak dapat dikesan , mereka hanyalah insan biasa yang tiada berpelajaran dan tiada pegangan kuat terhadap hukum Islam yang dianuti.Mereka rela diperkuda oleh yang lebih berkuasa ditempat mereka sana sama ada mereka dipaksa atau diperhamba kerana telah dibayar wang keatas mereka atau keluarga mereka.Ada juga diantara mereka yang mempercayai kuasa ghaib yang mereka amalkan dapat membantu mereka.
Sengaja saya tidak masukkan gambar gambar yang trajik yang tidak semestinya membuahkan hasil daya pemikiran Intelektual diantara kita.Apa yang diutarakan disini keutamaan nya ialah Keamanan Negara Malaysia yang tercinta ini tidak sekali kali cuba dirobek robekkan oleh Petualang bangsa atau pun dari mana juga. Sebagai sebuah Negara yang Merdeka , Malaysia akan terus maju menjadi sebuah Negara yang terkenal diseluruh Dunia. Mengenai tuntutan tuntutan asing terhadap kedaulatan Negeri Sabah , hentikan lah kerana Sabah telah Maju dan berdaya saing yang telah dihuni oleh Masyarakat berbilang bangsa dan keturunan serta mempunyai keupayaan bersama Negeri Negeri didalam Negara Malaysia sebagai satu Rumpun Bangsa Malaysia sampai bila bila.
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
TAWAU SABAH 6 OGOS 2016 - Diperkarangan Bangunan Majlis Perbandara Tawau telah berlangsung acara Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.Lebih 10,000 orang penduduk Tawau telah hadir dan menyertai larian Bendera Jalur Gemilang yang dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Pada Malam 6 Ogos 2016 satu lagi detik sejarah bagi Perbandaran Tawau Khasnya dan Negeri Sabah Amnya , yang telah terpilih sebagai lokasi Pelaksanaan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan yang di sempurnakan Perasmian nya oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Zahid Hamidi , Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, menyifatkan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini, malam ini, sebagai pengiktirafan dan penghormatan tinggi kepada rakyat dan negeri Sabah. Beliau berkata, kepercayaan kepemimpinan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jelas membuktikan kepentingan Sabah dalam Persekutuan Malaysia bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan 2016. "Pada malam ini dan program bersama rakyat yang kita adakan sebelumnya di seluruh Sabah yang dihadiri pucuk pimpinan negara, kita orang Sabah 'tatap' setia memberi sokongan padu, sambutan yang luar biasa dan semangat patriotik membara. "Sebagaimana kita saksikan malam ini, puluhan ribu rakyat Malaysia dari seluruh negeri datang dan berkumpul membanjiri kawasan ini, atas rasa kecintaan kepada negara dan semangat Sehati Sejiwa untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan menjayakan acara yang dirancang sepanjang Bulan Kebangsaan 2016.
"Inilah bukti kita di Sabah berasa amat bersyukur dan bertuah, sentiasa menghargai nikmat kemerdekaan, keamanan dan kemajuan yang dikecapi selama ini di bawah panji Jalur Gemilang dan naungan negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat," katanya pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.
Majlis berkenaan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mewakili Perdana Menteri. Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Kebangsaan sambutan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Peringkat Negeri, Datuk Hajiji Noor. Musa berkata, rakyat Malaysia di Sabah mendapat banyak manfaat dan nikmat hasil daripada kemerdekaan, manakala kerajaan terus komited melaksanakan banyak agenda pembangunan untuk membantu rakyat. "Kemajuan, kestabilan dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini bukannya janji kosong, bukannya slogan semata-mata. Fakta dan realitinya telah ada di hadapan mata, yang dapat kita nikmati dan manfaatkan. Buktinya, Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah termasuk Pakej Tawau-Sandakan rancak dilaksanakan yang bakal mewujudkan satu sistem perhubungan jalan raya sistematik, efisien dan selesa untuk rakyat seterusnya menjana pembangunan sosio ekonomi dengan lebih pantas. Begitu juga Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau yang telah pun siap dan akan memulakan operasinya pertengahan bulan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dengan cekap dan mudah untuk rakyat.
Rakyat perlu mengenepikan perbezaan politik dalam soal kecintaan terhadap negara dengan menumpukan semangat patriotik serta bersatu padu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Meskipun berbeza pendapat dan politik, setiap rakyat harus memiliki semangat patriotisme tinggi demi nama Malaysia dan Kedaulatan Negara. "Ini negara kita, tanah tumpah darah kita kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kita boleh berbeza pendapat tetapi untuk negara, kita utamakan semangat patriotisme... kita ketepikan politik demi rasa cinta kepada Malaysia, sama-samalah kita kibarkan Jalur Gemilang, demikian ungkapan beliau ketika melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dataran Majlis Perbandaran Tawau. Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang berlangsung meriah dengan pelbagai persembahan membabitkan lebih 400 penari, selain nyanyian kumpulan PENTARAMA daripada Jabatan Penerangan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS). Persembahan yang turut menarik perhatian ialah acara kawad senyap oleh Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSTLDM) Tawau yang dijayakan 32 orang anggota. Ahmad Zahid berkata, perbezaan pendapat diizinkan tetapi ada cara dan etika yang harus diikuti bagi memastikan ia tidak menjejaskan semangat patriotik dan usaha mempertahan serta mengukuhkan kedaulatan negara.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, antara langkah kerajaan Pusat dan negeri mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) adalah untuk memastikan tiada pihak berniat membawa Sabah keluar dari Persekutuan. "Jangan ada individu atau bekas tokoh mahu bawa Sabah keluar yang menyebabkan kerajaan berada dalam keadaan tidak menentu. Sekali kita taat maka ketaatan itu harus diterjemahkan kepada sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan.
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016.
Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.
Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk :
- Program MERDEKA@komuniti,
- Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang,
- Doa Untuk Malaysia,
- Kayuhan Sehati Sejiwa,
- Karnival Merdeka,
- Amanat Hari Kebangsaan,
- Perbarisan dan Perarakan
Perdana Menteri yang lengkap berjubah putih serta kopiah tiba 8.30 malam dan disambut timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Hadir sama pada majlis yang memasuki tahun ketiga itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Program tahunan kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu merupakan program pembukaan kepada semua acara sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016.
Program yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen RTM dan Radio Nasional FM itu dimulakan dengan solat Isyak berjemaah disusuli solat hajat yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri. Ia diikuti bacaan doa memohon pengukuhan perpaduan antara kaum serta dijauhkan dari sebarang anasir negatif oleh Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Tuan Asmawi Tuan Umar.
Pengisian doa itu termasuk memohon agar negara dijauhi fitnah dan pelampau Daesh yang boleh memecahbelahkan perpaduan serta politik negara. Turut menjadi tumpuan jemaah ialah selawat qasidah dan tawsiah yang dipimpin dua pendakwah terkenal dari Indonesia iaitu Habib Syech Abdul Qadir Assegaf dan Habib Ali Zaenal Abidin diiringi kumpulan nasyid tempatan Al-Mawlid.
Keadaan cuaca yang amat baik sejak awal pagi tadi menjadi faktor kelancaran majlis dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam bagi mengimarahkan majlis tersebut. Rata-rata hadirin khusyuk berselawat qasidah dan tawsiah sambil mengibarkan Jalur Gemilang tanda cintakan tanah air. - BERNAMA
Malam ambang Merdeka 2016
AMANAT MERDEKA 2016 OLEH DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK YAB PERDANA MENTERI
Tuesday, August 30, 2016 -08-30
Dimulakan amanat Merdeka ini, dengan melontarkan beberapa persoalan.
Pertama: Apakah ertinya kemerdekaan kepada kita semua, terutama sekali setelah negara dengan izin Tuhan, sampai di ambang 6 dekad?
Keduanya: Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa pun, harus bahkan sewajibnya sentiasa beringat-beringat akan sejarah tentang siapakah yang telah mengetuai perjuangan menuntut kemerdekaan.
Kerana itulah, kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan, yang telah diperjuangkan oleh bapa-bapa tanahair yang dipelopori oleh UMNO, bersama Parti-Parti Komponen lain, sejak puluhan tahun yang lalu.
Ketiganya: Yang paling mustahak, bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa warna kulit, bangsa, keturunan, mahupun agama, dapat menzahir dan membuktikan kesyukuran terhadap nikmat ini?
Persoalannya juga, cukupkah sekadar menggantung bendera atau berhimpun di sana sini, tanpa roh dan rasa penghayatan akan peri penting pengisian sewajarnya, kepada kebebasan sebuah negara bangsa yang telah diperolehi? Apatah lagi, dalam pada Bahtera Malaysia sedang belayar dengan lancarnya di samudera biru, kita tidak mungkin sesekali biarkan tanahair ini cuba ditebuk, dirobek dan dibocorkan oleh mana-mana pihak yang durjana.
Sebabnya, sebabnya, Bahtera Malaysia yang sudah terkembang layarnya ini, kita akan pastikan terus mara membelah gelombang dan tak-kan sesekali berbalik haluan.
Jika dihitung dari segi usia kemerdekaan sejak 31 Ogos tahun 1957, kita sudah menghampiri gerbang 60 tahun, berdiri di atas kaki sendiri. Apa yang pasti, kurniaan kemerdekaan, bukan sahaja merupakan satu rahmat, bahkan, menurut pandangan para alim dan bijaksana, ia satu karomah kepada bumi Malaya yang kini, menjadi sebuah Malaysia. Dalam mengejar kemajuan, pembangunan luar bandar akan terus menjadi agenda utama Kerajaan, dan akan diberikan perhatian serius.
Merujuk kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh 6 dekad, yang dulu, bermula hanya daripada kampung-kampung kecil, pedalaman dan perdesaan, sekarang Alhamdulillah, mampu berdiri sama tinggi di kalangan negara-negara yang pesat membangun di dunia. Malah, secara simbolik Menara Warisan Merdeka setinggi 118 tingkat, yang mula dibina sejak tahun 2014, bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan ke-5 di dunia. Adalah hakikat, berjaya dan majunya Malaysia sehingga sekarang, merupakan hasil mahsul usaha gigih pentadbiran cekap dan sistematik oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dulunya dikenali sebagai Parti Perikatan. Kerajaan ini, yang mentadbir sejak sekian lama, telah mampu mempertahankan prestasi pencapaian dan rekod cemerlang serta terus meletakkan Malaysia di atas landasan kemakmuran. Selain itu, kita sewajarnya berbangga jua, bahawa kemerdekaan Malaysia ini diberkati oleh Yang Maha Berkuasa, kerana jelas terisi dengan kejayaan dan kemajuan, yang sebetulnya tidak terbayang dek fikiran, tidak ternampak dek mata, tidak terjangkau dek akal, oleh sesiapa jua, 59 tahun yang lampau. Bahkan, seperti yang ramai maklum, apa yang kita hadapi ketika itu, hanyalah herdikan-herdikan dan perlian-perlian bahawa, bagaimana mungkin sebuah negara kecil seperti Malaya, dengan masyarakatnya yang berbilang keturunan, boleh berpadu untuk menempa kegemilangan.
Kemajuan 6 Dasawarsa Terajuan Kerajaan Barisan Nasional (Dulunya Parti Perikatan)
Lantaran itu, sejurus selepas mengambil alih tampuk kepimpinan, saya telah melanjutkan gagasan negara dengan Dasar Transformasi Nasional. Kini DTN, telah masuk tahun ke-7 pelaksanaannya, dan terus membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan. Ini semua bukan sekadar omongan kosong, akan tetapi, fakta dan angka-angka pencapaian, disahkan serta dipersahihkan oleh Badan-Badan Penarafan Berwibawa pada peringkat antarabangsa. Sebagai contohnya, semasa laporan Program Transformasi Negara yang saya bentangkan pada bulan April lalu, kita bersyukur, Program Transformasi Kerajaan atau GTP dalam aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara, telah mencapai 99 peratus KPI penyampaiannya. Manakala bagi Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara, kita telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI. Melalui inisiatif Pembaharuan Strategik pula, KPI-nya telah menjangkau sasaran 108 peratus. Mutakhir ini, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, KDNK pada suku kedua tahun ini, Alhamdulillah, Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan sebanyak 4 peratus.
Selanjutnya, tidak putus-putus buah-buah kejayaan masak dan meranum atas kerja kuat Kerajaan dan pelbagai agensi. Misalnya, Global Competitiveness Report oleh World Economic Forum, telah meletakkan Malaysia berada di tangga ke-18 pada tahun 2015.
Menurut Financial Market Developmentoleh World Economic Forum Global Competitiveness Ranking 2015-2016 pula, kita berada di tangga ke-9, sebagai satu-satunya emerging market, yang tersenarai dalam sepuluh negara teratas.
Malaysia juga diiktiraf oleh laporan Bank Dunia, dari sudut Ease of Doing Business, pada kedudukan ke-21 pada 2010, dan telah naik ke tangga ke-18 pada tahun 2015.
Pada segi lain, sebagai sebuah negara Islam contoh yang progresif dan dinamik serta diteladani sebagai role model yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah, di persada dunia, daripada perspektif iktisadnya, Malaysia telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam 2014-2015, daripada senarai 70 buah negara.
Suka saya menyebut juga bahawa, Malaysia adalah negara penerbit sukuk terbesar dunia, yang merangkumi hampir 55 peratus daripada jumlah sukuk terkumpul global yang bernilai melebihi 320 bilion dolar Amerika setakat penghujung 2015.
Fakta-fakta ini, ternyata antara bukti kukuh yang menyangkal tohmahan-tohmahan meleset oleh segelintir golongan bahawa, kononnya Malaysia adalah negara yang gagal, atau a failed state.
Di atas segalanya, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan negara. Hakikatnya, Mesyuarat Keselamatan Negara bersidang beberapa kali setiap bulan, dalam langkah berwaspada, akan ancaman musuh dari luar dan dalam.
Berbanding dengan senario dunia pula, kita berasa simpati, khususnya dengan nasib saudara-saudari seakidah di Timur Tengah, yang masih tidak menentu. Tanahair mereka sedang bergolak, dalam kancah peperangan, yang belum tertampaknya cahaya kedamaian. Secara umumnya, kita bersyukur tidak terhingga, lantaran negara kita masih diperkekalkan oleh Tuhan dalam keadaan aman dan sentosa.
Berhubung ini, saya mengajak para hadirin dan hadirat, kita berikan penghargaan yang bersemangat kepada para perajurit serta anggota keselamatan yang telah berkorban siang dan malam demi keamanan Malaysia. Syabas dan satu tepukan gemuruh buat semua pasukan keselamatan negara.
Rancangan Malaysia Ke-11
Ketika mana melangkah bulan Mei tahun 2015, saya telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11. Rancangan ini, merupakan pelonjak akhir negara memasuki gelanggang High Income Advanced Economy. Sekalipun kemelut ekonomi global masih bergelora, Kerajaan Barisan Nasional terus mengambil keputusan yang berhemah dan menjadi Kerajaan yang bertanggungjawab agar rakyat tidak terbeban dengan keadaan semasa. Justeru, sebarang ehwal kebajikan dan kepentingan masyarakat terbanyak, pasti didahulukan. Antaranya, perkara pokok tentang kehidupan adalah lantai tempat berpijak, bumbung tempat berteduh daripada hujan dan panas untuk diri serta keluarga. Dalam hal ini, usaha membina rumah mampu milik kepada rakyat akan tetap kita laksanakan.
Contohnya, bagi menghargai penjawat awam, Kerajaan telah meluluskan lebih 82 ribu unit kediaman, di bawah inisiatif Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.
Selanjutnya, kita juga telah melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Perumahan Felda serta Felcra, selain memperkenalkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama dan peruntukan Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai.
Bila bercakap tentang negara maju, pengangkutan awam merupakan nadi kepada mobiliti rakyat seharian. Public transportation menjadi satu keperluan, yang harus dibangunkan oleh Kerajaan yang berdaya saing menuju kemajuan. Indeed, the fact is, providing an efficient, fast, safe and affordable public transportation is a must for a nation that aspires to be a developed nation like Malaysia. Lantas, di era pentadbiran ini, saya mahu terlakarnya dalam sejarah akan usaha serius Kerajaan yang saya pimpin, dalam pelaksanaan projek pengangkutan awamyang terbaik jaringannya, bagi memenuhi tuntutan kepesatan kini apatah lagi masa hadapan.
Antaranya, Kerajaan kini begitu komited dengan beberapa projek pengangkutan awam, berskala sederhana dan mega, seperti sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya, yang akan mendatangkan manfaat kepada sekurang-kurangnya 300 ribu pengguna setiap hari.
Pada minggu lepas pula, saya barumerasmikan projek LRT3 bagi jajaran Bandar Utama-Klang meliputi 36km, mempunyai 25 buah stesen yang dijangka siap pada tahun 2020.
Laginya, saya secara peribadi, dan bagi pihak Kerajaan, juga rakyat teramai, tentunya tidak sabar ternanti-nanti, operasi jajaran fasa pertama MRTSungai Buloh-Kajang, yang akan dilancarkan pada 15 Disember tahun ini. InsyaAllah!
Bercakap tentang hal pengangkutan juga, marilah kita sama-sama memberi tepukan perangsang dan syabas kepada kejayaan‘the Pocket-Rocket-Man’, jaguh lumba basikal negara, yang meraih pingat gangsa dalam acara keirin di Temasya Olimpik Rio 2016, saudara Azizulhasni Awang (yang turut bersama kita pada malam ini).
Sebetulnya, sejak 59 tahun kita meraih kemerdekaan, gagasan demi gagasan, rancangan demi rancangan dan tidak terhitung dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan dalam membina kejayaan negara.
Dalam era kepimpinan Kerajaan ini, Dasar Transformasi Nasional, turut melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS. Syukur kepada Allah, melalui pelbagai inisiatif di bawah NBOS, sejak tahun 2009, Kerajaan telah berjaya menjimatkan sejumlah 3.5 bilion ringgit perbelanjaan negara, melalui kerjasama strategik antara PDRM dengan ATM, yang telah memecahkan tembok silo antara agensi.
Pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar atau UTC pula, telah memanfaatkan lebih 35 juta pengguna, bagi menyelesaikan segala urusan berkaitan perkhidmatan Kerajaan. Realitinya, mana ada negara dalam dunia yang Kerajaannya menyediakan Pusat Khidmat Sehenti yang beroperasi 7 hari seminggu, dari pukul 8 pagi hingga 10 malam. Inilah dia bukti bahawa, Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin dengan keperluan rakyat, demi memudahkan urusan semua.
Begitu juga dalam ehwal pendidikan. Dari peringkat rendah sampai ke menengah semuanya percuma. Pada peringkat tertiari yakni di universiti-universiti awam, kini hampir 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh pihak Kerajaan.
Bagi sudut kesihatan pula, bermula dengan pelbagai rawatan pesakit, hinggalah kepada melahirkan anak, segalanya pun hampir percuma di hospital Kerajaan, kecualilah yang melibatkan kes-kes rumit. Ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak kira-kira 23 bilion ringgit setahun. Saya dimaklumkan, baru-baru ini oleh seorang rakan, yang bekerja dengan Kerajaan, bapanya telah dimasukkan ke IJN untuk menjalani angiogram jantung. Bayaran yang dikenakan hanyalah 12 ringgit, berbanding ribuan ringgit kosnya kalau di hospital swasta.
Menurut Laporan Institut Penyelidikan Khazanah, dalam akhbar New Straits Times hari ini muka surat 13, jangka hayat rakyat Malaysia dijangka meningkat daripada 65.5 tahun kepada 77.4 tahun bagi wanita, dan 61.6 tahun kepada 72.5 tahun bagi kaum lelaki. Ini adalah perbandingan dari tahun 1970 hingga 2014.
Selain itu, terlalu panjang senarainya, kalau hendak kita sebut satu persatu, akan pelbagai lagi program bantuan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat sebagai berkongsi
Malam Ambang Merdeka 2016
nikmat kemerdekaan dan kemakmuran negara. Berkait BR1M, meskipun Kerajaan berniat ikhlas untuk membantu golongan sasar yang benar-benar memerlukan pertolongan, ada pihak yang sesedap mulut, menuduh dan menghina para penerima BR1M. Sedangkan, bagi kisah hidup sebenar individu rakyat contohnya Puan Dayah Anak Kepada Mamut, dari Rumah Panjang di Sarawak, yang mempunyai 4 orang anak, BR1M adalah bantuan dan rahmat yang telah dapat meringankan kos keluarga dan persekolahan anak-anaknya. Tambahan, berdasarkan dapatan sekumpulan 35 pakar ekonomi di Britain sepakat bahawa, BRIM adalah kaedah terbaik bagi membantu golongan sasar.
Di samping itu, berkat berbagai usaha dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan, seperti gaji minima dan latihan kemahiran, purata pendapatan isi rumah B40 ternyata telah meningkat lebih cepat, berbanding golongan lain seperti M40.
Berbicara tentang GST pula, Alhamdulillah, keyakinan dan keberanian politik pihak Kerajaan dalam pelaksanaannya, di sebalik tentangan dan fitnah oleh pelbagai pihak, kini ternyata telah menjadi faktor penyelamat kepada ekonomi Malaysia. Selanjutnya, melalui pelbagai dasar Kerajaan yang bersifat inklusif, menurut laporan Program Transformasi Negara atau NTP, ternyata tidak kira apa kaum dan golongan, ramai yang telah berjaya meraih kejayaan yang lebih tinggi dalam hidup dan kerjaya, sekaligus merubah untung nasib keluarga kepada kehidupan yang lebih selesa. Menjengah ke hadapan pula, kita tidak tiba di titik kemerdekaan 6 dekad ini untuk gagal. Malah, kita berhasrat untuk melihat Malaysia terus melangkah jauh sebagai sebuah negara bangsa yang unggul dan dapat dipermegahkan di persada global, bukan setakat ini sahaja, malah menjangkaui atau beyond 2030.
Menyentuh soal ini, jika ingin melihat Malaysia kekal merdeka, berdaulat, damai, dan tersanjung oleh seantero dunia sebagai Bintang Timur yang berkerlipan cahayanya, Moments of Unity atau Detik-Detik Kebersatuan, perlu dicambah serta disemarakkan.
Jadinya, pada malam ini, saya ingin berkongsi kisah-kisah harmonis penduduk Malaysia, yang diperlambangkan melalui Detik-Detik Kebersatuan oleh rakyat daripada pelbagai kaum.
Kisah pertama, contohnya pada malam perlawanan akhir badminton Olimpik baru-baru ini. Saya dan isteri telah turut sama turun padang ke dataran Putrajaya, untuk menyaksikan saat-saat yang mendebarkan tersebut. Apa yang menarik dan istimewanya, saya perhatikan pada malam tersebut, majoriti para penyokong Datuk Lee Chong Wei di situ, terdiri daripada orang-orang Melayu yang bersorak sorai penuh semangat tanda sokongan kepada ‘Raja Badminton Malaysia’. Inilah antara satu contoh, Moments of Unity, atau Detik-Detik Kebersatuan berasaskan sukan Bersempena itu, marilah kita beri tepukan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei, yang datang pada malam ini. Beliau, buat kali ketiganya menghadiahkan Malaysia pingat Perak pada kejohanan Olimpik 2016. Syabas, syabas Datuk Lee Chong Wei! Ingin saya kongsikan bersama, di sebalik kisah kejayaan beliau ini, selain daripada penghargaan terhadap jurulatih-jurulatihnya kini, Datuk Lee Chong Wei, seringkali tidak pernah lupa akan budi dan jasa juga bimbingan mentor, merangkap bekas jurulatih-nya, yang telah mengasuh dan mendorong kejayaannya, yakni Dato’ Misbun Haji Sidek. Inilah dia indah dan ajaibnya Malaysia Semangat kebersatuan dan keeratan, merentasi sempadan kaum, saling bantu membantu, saling harga menghargai, Bukan atas nama Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, penduduk keturunan Siam, ataupun yang lain-lain, namun lebih mulia dan penting dari itu, semua berpadu atas nama Bangsa Malaysia . Tentunya saudara dan saudari, tepukan tahniah kita berikan kepada jaguh-jaguh badminton dalam acara beregu lelaki dan campuran, yang turut menyumbang pingat-pingat perak kepada negara, yakni saudara Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying. Jelasnya, pada kita, semua mereka adalah wira dan wirawati bangsa Malaysia. Atas sebab itu, Kerajaan telah menambah insentif kemenangan sebanyak 200 ribu ringgit lagi, sebagai tanda penghargaan atas kejayaan yang dicapai.
Kisah kedua adalah tentang Gerai Nasi Kandar paling terkenal di Ipoh yang popular dengan gelaran ‘Vanggey’. Istilah vanggey, vanggey ini dalam bahasa Tamil bermaksud mari, Mari, Jika berkunjung ke Ipoh, kata orang, tidak sah kalau tak pekena nasi vanggey. Apa yang uniknya, nasi kandar vanggey ini beroperasi di sebuah restoran milik keluarga Cina iaitu Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan dan kebetulan telah mula berniaga sejak tahun kemerdekaan yakni 1957. Istimewanya, para pelanggan terdiri daripada pelbagai keturunan dan bangsa. Nasi kandar vanggey di restoran itu dinikmati bersama dengan minuman Teh Ais Peram, yang juga popular di kedai Cina tersebut. (Saya sendiri pun dah makan nasi vanggey ni, cuma makan nasi bungkus je, satu hari nanti, saya sendiri akan ke gerai vanggey, dan untuk makluman wakil pemiliknya pun hadir pada malam ini, Mohd Nihmathullah bin Syed Mustafa.)
Ini satu lagi ceritera Detik-Detik Kebersatuan yang sungguh menarik sebagai simbol Moments of Unity.
Satu lagi kisah dari sudut budaya yang boleh dijadikan teladan Detik-Detik Kebersatuan adalah Kartunis Lat, atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid, melalui bukunya yang sangat popular dan tersohor bertajuk Kampung Boy. Hasil karya kreatif kartun beliau, melatarkan kisah kehidupan sebenar masyarakat Malaysia yang majmuk. Saya pasti hampir kesemua kita kenal watak-watak yang ditonjolkan dalam jalan cerita beliau. Selain daripada watak utama Lat dan rakan-rakannya, yang terdiri daripada anak-anak Melayu dan kaum-kaum lain, ada watak cikgu bahasa Inggeris keturunan Cina bernama Mrs Hiew, yang berbadan besar, garang dan berkaca mata tajam. Ada pula watak lelaki Punjabi yang memakai turban dengan dialog-dialog yang melucukan dan mencuit hati kita. Ternyata, kerja-kerja tulisan dan lukisan oleh Datuk Lat ini digemari oleh banyak kaum, sekaligus menjadi satu lagi simbol Detik-Detik Kebersatuan dan penerimaan rakyat Malaysia akan hakikat kita hidup sebumbung dalam sebuah masyarakat yang majmuk dan berbilang keturunan. Saya difahamkan, Datuk Lat ada bersama kita di sini, tahniah dan tepukan untuk beliau!
Begitu juga dalam filem Ola Bola, yang telah membangkitkan semangat kebersatuanrakyat Malaysia, dalam membentuk sebuah negara bangsa yang hebat lagi bermartabat. Berbalik kepada Datuk Lat, saya diberitahu bahawa beliau adalah abang kepada Encik Mamat Khalid, seorang pengarah filem terkenal dengan genre kehidupan sebenar masyarakat majmuk Malaysia. Saya pasti ramai tahu akan filem komedi seram dengan kutipan pecah panggung oleh Mamat Khalid bertajuk “Hantu Kak Limah Balik Rumah”. Jelasnya, banyak lagi faktor yang boleh menjadi pemangkin kepada Detik-Detik Kebersatuan, dan tidak terhenti pada contoh-contoh di bidang sukan dan sosio-budaya itu tadi.
Misalan lain, saban tahun pabila menjelangnya hari-hari perayaan besar terutamanya Aidil Fitri, jendela silaturrahim 1Malaysia yang menyuburkan Detik-Detik Kebersatuan melalui Budaya Rumah Terbuka begitu menyerlah, sehingga menggamit pelancong-pelancong antarabangsa.
Bertolak dari kemerdekaan, kemajuan yang kita tempa dari masa ke semasa, adalah demi rakyat Malaysia keseluruhannya. Kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana pihak, sekalipun apa-apa kumpulan etnik yang kecil bilangannya. Pucuk Pangkalnya, di mata dan di hati kita, setiap seorang dan setiap etnik rumpun dan keturunan, adalah 1Malaysia.
Pada sudut ini, bertepatan untuk kita memberi tepukan syabas dan penghargaan kepada dua ‘Ratu Terjun Negara’ Cik Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang telah mengharumkan sukan terjun air negara dengan merangkul pingat Perak, di temasya Olimpik Rio. Tampaknya, jelas sebagai yang saya nyatakan merdeka dan semangatnya adalah milik semua. Khususnya Cik Pandelela, anak gadis Bidayuh dari Sarawak ini, membuktikan tidak semestinya wakil etnik kecil tidak mampu menjadi seorang jago-an.
Berkait ini, selamat maju jaya juga saya ucapkan kepada atlet-atlet paralimpik negara yang akan berjuang di Paralimpik Rio September nanti.
Sesungguhnya, kemerdekaan ini adalah nikmat untuk Malaysia seluruhnya. Bermula dari utara Semenanjung Permata Nilam, ke hujung Sabah negeri di Bawah Bayu, membawa ke pedalaman Sarawak Bumi Kenyalang.
Dalam hal demikian, projek Lebuhraya PAN Borneo yang bebas tol, sepanjang 2,325km, yang bermula dari Telok Melano ke Lawasdi Sarawak, membawa pula hingga ke Sabah, dari Sindumin ke Tawau, merupakan satu lagi lambang kemajuan, sebuah Malaysia yang merdeka. Terbaru di Semenanjung pula, kita akan membina Keretapi Berkelajuan Tinggi atau HSR yang bermula dari Kuala Kumpur hingga ke Singapura. Ini akan memberikan manfaat besar kepada connectivity dan kepesatan ekonomi kepada Malaysia di rantau ini.
Bagaimana Kita Mengisi Nikmat Kemerdekaan
Oleh sebab itulah, dalam pada kita bersusah payah memupuk solidariti dan perpaduan, kita tidak mahu terjadinya Moments of Disunity, yakni Babak-Babak atau Episod Perpecahan, yang akan memusnah dan meranapkan segala yang telah terbina.
Pokoknya, sanggupkah kita membiarkan tanahair ini, hancur berkecai, punah dalam sekelip mata dek angkara segelintir pengkhianat. Kata orang dulu-dulu, biar putih tulang, jangan putih mata. Para pendurjana dan petualang bangsa serta negara ini, mesti kita tentang habis-habisan. Di ketika ini, yang kita berdepan bukan setakat musuh luar, sebaliknya penjajahan bentuk baharu, yang meresap dan meracun minda rakyat, sehingga melibatkan ‘tangan-tangan kotor’ orang dalam negara sendiri. Dalam hal ini, teringat saya kata-kata tokoh pejuang tersohor, Mahatma Gandhi yang menyebut bahawa, makna kemerdekaan itu adalah pendisiplinan dan kepatuhan kepada rule of law. Bukanlah seperti apa yang cuba diperbuat oleh segelintir pihak yang hendak menjatuhkan Kerajaan secara tidak demokratik, membuat referendum-referendum, deklarasi atau menghasut dan meracun pemikiran rakyat untuk berdemo di jalanan. Sedangkan dalam ajaran Islam sendiri dan dibahaskan oleh para Ulama Muktabar bahawa, ‘matlamat tidak sesekali menghalalkan cara’.
Pada hemah saya lagi, merdeka itu ertinya, berdiri di atas kaki sendiri, dengan acuan dan kemahuan kita sendiri. Merdeka itu ertinya bebas dari campurtangan asing. Lebih besar dari itu, merdeka bererti sebuah anjakan dan transformasi dari kemunduran kepada kemajuan dan keunggulan.
Akhir kalam, kepada Allah kita mohon pertolongan dan Ingatlah!,
Kita punya satu kesamaan sebagai Anak Malaysia,
Berkongsi satu tujuan,
Satu matlamat,
Yakni impian 1Malaysia.
Justeru,
Marilah, sekalian dalam Dewan Merdeka ini, sama-sama bangun, bangun, dan berdiri, Genggamkan erat tangan masing-masing seperti ini, dengan rakan-rakan di sebelah kanan dan sebelah kiri saudara-saudari
Ayuh ucap dan lafazkan bersama-sama saya, bahawa
Kami, rakyat Malaysia,
Sehati Sejiwa, Berikrar,
Akan terus Berpadu,
dan Berjiwa Besar Demi, masa depan Malaysia.
Sekali Merdeka, selamanya Merdeka,
MERDEKALAH MALAYSIA
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos 2016
KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat Malaysia mengambil peluang menyaksikan perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Mereka mula berhimpun seawal jam 7 pagi bagi menunjukkan semangat kebersatuan dalam menghayati sambutan 'Sehati Sejiwa' pada acara penuh kemeriahan dan warna warni. Pelbagai persembahan bertenaga dan perbarisan ditampilkan oleh hampir 14,500 peserta pelbagai kontinjen, termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan keselamatan. Berangkat pada acara perbarisan dan perarakan sambutan di dataran penuh bersejarah itu ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis, Jemaah Menteri serta perwakilan asing. Sejurus berangkat tiba, Seri Paduka menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi diketuai Mejar Azadlee Rafedzi Kamal Rafedzi. Ia diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serentak dengan 14 das tembakan kehormat disusuli dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku. Antara yang menarik perhatian adalah persembahan khas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pertunjukan menumpaskan musuh, selain kemunculan istimewa atlet negara yang mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik Rio, Brazil.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mencemar duli menyaksikan perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan Ke-59 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Seri Paduka diiringi oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri Kabinet.
Perbarisan dan perarakan kali ini disertai 14,491 peserta mewakili 10 segmen iaitu kenegaraan, perkhidmatan awam, ekonomi, animasi, sukan, jatidiri, ketenteraman awam, keselamatan negara, pertunjukan udara serta komponen rakyat bersepadu.
Secara keseluruhan, perbarisan dan perarakan melibatkan 20 pancaragam, 26 kontinjen, 35 aset udara, 213 aset darat dan 72 ekor haiwan yang digunakan pasukan keselamatan.
Acara tersebut bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi. - UTUSAN ONLINE
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mencemar duli menyaksikan perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan Ke-59 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Seri Paduka diiringi oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri Kabinet.
Perbarisan dan perarakan kali ini disertai 14,491 peserta mewakili 10 segmen iaitu kenegaraan, perkhidmatan awam, ekonomi, animasi, sukan, jatidiri, ketenteraman awam, keselamatan negara, pertunjukan udara serta komponen rakyat bersepadu.
Secara keseluruhan, perbarisan dan perarakan melibatkan 20 pancaragam, 26 kontinjen, 35 aset udara, 213 aset darat dan 72 ekor haiwan yang digunakan pasukan keselamatan.
Acara tersebut bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi. - UTUSAN ONLINE
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memeriksa pebarisan kehormatan terdiri daripada pegawai dan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59 yang bertemakan #SehatiSejiwa di Dataran Merdeka.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah (kiri) begitu bersemangat berkenan membalas lambaian pada sambutan Hari Kebangsaan ke 59 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Acara Perbarisan
Acara Perbarisan
SABAH
Tuan Yang Terutama , Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkenan memeriksa pebarisan kehormatan terdiri daripada pegawai dan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59 yang bertemakan #SehatiSejiwa di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu.
Walaupun diraikan secara sederhana, namun sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2015 tetap berlangsung penuh meriah dengan kehadiran lebih 15,000 warga bandaraya bagi menyaksikan pelbagai acara terutama perbarisan daripada 130 kontijen. Acara tersebut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Selain masyarakat tempatan, sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri hari ini turut dihadiri pelancong asing yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan acara menarik seperti perbarisan oleh 130 kontinjen di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, di sini hari ini. Kontinjen tersebut terdiri daripada jabatan, agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, sekolah, institusi awam dan swasta, kelab permotoran serta persatuan beruniform. Kemuncak acara sambutan ialah persembahan drama yang memaparkan kisah kejadian gempa bumi yang berlaku di Kundasang, Ranau pada 5 Jun lalu yang mengorbankan 18 nyawa termasuk malim Gunung Kinabalu.
Kadazan Society Sabah
Murut Society Sabah
Kelab Permotoran
Kelab Permotoran
PECOS Persatuan Cocos Sabah
Orang ramai turut dihiburkan oleh persembahan koir, nyanyian lagu tema Hari Kebangsaan iaitu `Malaysia Sehati Sejiwa’ dan penerbangan lintas hormat oleh pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Sabah Air. Sementara itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memenangi pertandingan kawad perbarisan Hari Kebangsaan bagi kategori jabatan kerajaan berpakaian seragam rasmi.Kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula masing-masing dimenangi oleh Jabatan Kerj Raya dan Kelab 1Malaysia Jabatan Penerangan. Kategori swasta dan komersial dimenangi oleh Yayasan Sabah manakala Komander Kesatria Sabah meraih tempat pertama kategori institusi pengajian tinggi/kemahiran. Bagi kategori sekolah menengah dan rendah pula masing-masing dimenangi oleh Pusat Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gaya.
Orang ramai membanjiri Dataran Bandaraya Kota Kinabalu
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyeru rakyat Malaysia di negeri ini supaya mengekalkan perpaduan dan menolak usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk menyemai kebencian di kalangan rakyat.
Dalam ucapannya sempena sambutan Hari Merdeka pada Selasa, Musa berkata pihak-pihak terbabit menggunakan agama dan kaum untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat. "Ia amat membimbangkan untuk melihat kebencian seumpama itu disebarkan melalui platform media sosial, dengan berita-berita terkeluar daripada konteks dan dikongsi berkali-kali, menyebabkan wujud keresahan di kalangan mereka yang membaca berita itu yang biasanya tidak disahkan," katanya.
Beliau berkata satu daripada sumbangan terbesar Sabah bagi kejayaan Malaysia ialah perpaduan dan keharmonian yang diamalkan di negeri ini yang menjadi contoh bagi Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, mereka perlu membantu satu sama lain dan saling menghormati rakan senegara mereka tanpa mengira bangsa, agama atau negeri asal-usul mereka, kata beliau. Musa juga mengingatkan semua rakyat Sabah supaya berfikir sebagai rakyat Malaysia dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membawa negara ke mercu kejayaan lebih tinggi kerana cara pemikiran sempit menghalang rakyat Malaysia menempa kejayaan lebih besar untuk negara. "Perpaduan kita di Sabah ialah kekuatan kita, dan kita tidak harus menghakisnya dengan menyokong gesaan yang menjejaskan keharmonian. Demonstrasi jalanan dan perhimpunan bukan sebahagian daripada budaya kita dan ia boleh mengganggu, memecahbelahkan rakyat dan membawa kehancuran kepada negara,"
Sekali Merdeka, selamanya Merdeka,
MERDEKALAH MALAYSIA
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Di Kota Kinabalu , Sabah sambutan Hari Malaysia telah diadakan secara sederhana tetapi tetap meriah yang telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Hj.Juhar bin Hj.Mahiruddin di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas , Kota Kinabalu.
Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Hj.Juhar bin Datuk Hj.Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Datin Seri Panglima Hjh.Norlidah binti Datuk R.M.Jasni tiba diKompleks Sukan Likas , Kota Kinabalu di iringi oleh Yang Berhormat DSP Hj.Yahya bin Hj.Hussin Timbalan Ketua Menteri Sabah mewakili YAB Ketua Menteri Sabah DSP Hj.Musa bin Hj.Aman dan Pengerusi Induk Sambutan, Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan.seterusnya ke Dewan Serbaguna Kompleks ini untuk acara Perasmian Sambutan 16 September 2016 Hari Malaysia di Negeri Sabah.
Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Hj.Juhar bin Datuk Hj.Mahiruddin memeriksa Kawalan Kehormat Utama di Perkarangan Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.
Kita harus berbangga dengan keujudan dan pencapaian Malaysia bagi meningkatkan perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Serawak, kerajaan yang memerintah sejak 1963 lagi telah mengambil pelbagai langkah untuk merapatkan hubungan antara penduduk. Antaranya menambah kekerapan penerbangan dan memperbanyakkan pembinaan prasarana serta memberi perhatian serius terhadap isu kerakyatan, malah sepanjang tempoh lima dekat banyk kemajuan dicapai dalam pelbagai bidang, perpaduan dikalangan rakyat juga terus kekal utuh biar pun pelbagai halangan terpaksa di tempuh pada peringkat awal penubuhannya. Sesungguhnya keamanan dan keharmonian yang dinikmati rakyat berbilang kaum mampu di perkukuhkan menerusi sikap saling menghormati serta keadoalan sosial yang utuh dalam kalangan masyarakat.
Pada majlis itu, tujuh anak Malaysia yang lahir pada 16 September melafazkan ikrar Rukun Negara. Lebih 3,000 orang termasuk peserta perbarisan yang mewakili 17 kontinjen hadir memeriahkan sambutan sejak jam 7 pagi.
Ikrar Rukun Negara yang disampaikan di Majlis tersebut di ketuai oleh 7 anak Malaysia yang lahir pada 16 September
17 kontinjen hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu.
Persembahan Kibaran Jalur Gemilang
Apabila membicarakan hari Malaysia kita semua perlu memahami ia disambut dengan acara-acara bersifat mengeratkan silatulrahim, perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosio budaya dan kesenian. Perpaduan adalah asas kekuatan mana-mana negara, tanpa perpaduan yang erat sukat untuk kita mencapai kejayaan seperti yang dinikmati seperti sekarang, perpaduan juga membolehkan kita bersatu mempertahankan bumi merdeka ini daripada sebarang bentuk ancaman dan pencerobohan.
Selain berusaha mengperkukuhkan perpaduan kita harus bersyukur dan tidak mengambil mudah perkara tersebut bagi mengelakkan elimen kebencian atau perpecahan, pada masa yang sama kita patut bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bebas daripada konflik disebalik perbezaan agama serta budaya.
Persembahan Jalur Gemilang oleh Peserta Kontunjen
Jadi amat penting sikap tolenransi yang diamalkan dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etenik, setiap warga negara mempunyai tanggungjawab untuk terus memelihara keharmonian antara individu dan masyarakat yang berlainan etenik supaya keharmonian dapat dikekalkan. Tambahan pula terdapat pihak luar yang sentiasa mencari peluang untuk memecah-belahkan rakyat negara ini dengan mengunakan isu-isu sensitif berkaitan dengan agama, kaum, kesamarataan dan hak asasi manusia. Selain itu perasaan saling hormat-menghormati sangat penting supaya tidak berlaku salah faham antara penduduk, kebanyakkan masalah yang pernah berlaku sebelum ini berpunca dari sikap kita yang tidak menghormati perkara yang dianggap sensitif bagi sesetengah pihak lain. Seterusnya soal intragasi nasional sangat penting untuk diberi perhatian, hanya toleransi yang tinggi dikalangan masyarakat akan membolehkan Malaysia terus maju serta mencapai wawasannya.
Kehangatan sambutan Hari Malaysia yang di raikan oleh rakyat negara ini pada 16 September masih dirasai apa tah lagi baru semalam ia berlalu, bukanlah bermaksud sambutan itu perli di agung-agungkan tetapi pengertian dari sebaliknya yang perlu kita hayati dan fahami serta dimengertikan bagi meningkatkan semangat patriotik kepada negara. Sebagai anak Malaysia kita perlu berbangga pencapaian yang diperolehi oleh negara dalam pelbagai bidang hasil usaha gigih para pemimpin negara terdahulu dan masa kini, memetik ucapan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam perutusannya sempena menyambut Hari Malaysia, sambutan tahun ini lebih bermakna kerana pelbagai projek pembangunan dibawah program transformasi negara sudah menampakkan hasil.
Pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan dan menjadi asas memperkukuh sektor ekonomi negara, kejayaan dalam transformasi tersebut antaranya dapat kita lihat menerusi pembangunan ekonomi negara, penambah baikkan pengangkutan awam, perumahan untuk rakyat dan perkhidmatan perubatan demi kesejahteraan rakyat. Usaha mempermodankan dan mentransformasikan sistem pengangkutan awam negara kini tertumpu kepada pembangunan Projek Mass Rapid Transit (MRT), Projek Transit Aliran Ringan MRT2 dan 3 serta Bas Rapid Transit, tidak ketinggalan pembinaan keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan bandar-bandar utama dari Kuala Lumpur ke Singapura, selain pembinaan fasa kedua lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Pan Boneo di Sabah dan Sarawak. Projek-projek berkenaan diharapkan dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan memudahkan perhubungan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Rakyat juga perlu merebut peluang untuk memiliki rumah sendiri dengan adanya lebih banyak rumah mampu milik seperti Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan rumah transit, ini secara tidak lansung dapat membantu rakyat mendapat kehidupan yang lebih baik khususnya di ibu kota yang menjadi tumpuan rakyat untuk mencari mata pencarian.
Kepesatan pertumbuhan ekonomi di ibu negara dan pembinaan bangunan pencakar langit iconik seperti KL118 dan Tun Razak Exchange juga membolehkan banyak peluang pekerjaan ditawarkan selain menjadi bukti negara mampu menjadi destinasi terbaik untuk menarik pelabur dari dalam dan luar negara.
Selain itu kemudahan yang disediakan menerusi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dapat memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan kerajaan, ia bukan sahaja menampilkan imej perkhidmatan kerajaan yang cekap dan sistematik malah menunjukkan perubahan positif dalam memberikan khidmat cemerlang untuk rakyat.
Rakyat Malaysia juga boleh berbangga dengan peningkatan akses kepada perkhidmatan perubatan dengan adanya lebih banyak pembinaan Klinik 1 Malaysia dan Klinik Bergerak 1 Malaysia, ia dapat melengkapi keperluan rakyat yang paling asas tanpa mengira tempat.
Keberangkatan balik TYT dan Toh Puan
Yang penting rakyat perlu bertanggungjawab bagi memastikan kejayaan dan kemajuan yang dikecapi kini dapat dikekalkan dan diwarisi oleh generasi yang akan datang, disamping memperteguh perpaduan sedia ada dengan semangat sehati sejiwa dan mengekalkan keamanan untuk kesejahteraan bersama.
Sebagaimana seruan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi sempena sambutan hari Malaysia agar rakyat bersatu padu bagi menjaga kestabilan dalam negara agar Malaysia lebih dihormati diperingkat antarabangsa dan terus memancu pembangunan dalam semua aspek.
-------------------------------------------------------END----------------------------------------------
No comments:
Post a Comment