Monday, August 1, 2016

SALAM AIDIL FITRI TAHUN 2016

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1437H / 2016M

Assalamualaikum , sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1437H/2016 ini saya suka mengabadikan beberapa acara sambutan yang telah berlangsung disana sini. Sebaik saja pengumuman oleh Pemegang Mohor Raja Raja pada malam itu dan menyatakan bahawa tarikh Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 6 Julai 2016. Aidilfitri disambut sebagai satu kemenangan setelah kita umat Islam berjaya mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum pada siang hari dalam bulan Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara-perkara dilarang ketika berpuasa. Di mana Allah menganugerahkan sambutan Aidifitri bagi meraikan hari kemenangan ini dengan penuh rasa takwa dan rendah diri pada kebesaran dan keagungan-Nya. Aidilfitri adalah Hari Raya Fitrah yang perlu difahami oleh semua umat Islam sebagai satu bentuk ganjaran daripada Allah bagi mereka yang sabar dan taat beribadah dengan penuh kesempurnaan sepanjang Ramadan yang bertujuan hanya untuk mengharapkan keredaan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Aidilfitri yang sebenar-benarnya adalah kesinambungan kepada ketakwaan yang dituntut atas kita sepanjang mengerjakan ibadah puasa. Ia adalah perayaan bagi meraikan kemenangan setiap mukmin melawan godaan dan hawa nafsu.




 Berkesempatan bergambar bersama keluarga pada Hari Raya Pertama


Berhari raya dari rumah ke rumah adalah menjadi amalan  tradisi penduduk kampung terutama nya Kampung Batu Payung yang masih tegar mengamalkan sifat kunjung mengunjung pada hari Raya terutama sekali Hari Raya Pertama. Pada tahun ini Adik saya Abdul Wahap telah bersama sama rombongan  ziarah rumah ke rumah dan sehingga lah jam 3 petang barulah sampai ke giliran rumah nya dikunjungi diTaman Megah Jaya , Tawau. Sifat kunjung mengunjung berombongan pada hari pertama ini juga diamalkan di Kampung Ranggu. Senerio seumpama ini membuktikan rakyat kita bersukur dan meraikan segal nikmat kehidupan bersosial Masyarakat Majmuk yang terdiri daripada penduduk berlainan budaya dan gaya hidup. Ia juga telah menjadi Nadi dan teras Pembangunan dan Kejayaan kita sekian lama. Justeru sebagai rakyat yang bertanggungjawab  setiap seorang daripada kita wajib untuk memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan apa yang kita miliki sekarang. Ini kerana kita perlu sentiasa sedarbahawa nikmatKemerdekaan , Perpaduan , Kegembiraan dan Keamanan yang ada pada hari ini boleh diragut sekelip mata andainya kita leka dan lalai.

bergambar bersama peserta rombongan

Beraya dirumah Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor Ketua Wanita UMNO Bahagian Tawau bersama Datuk Hj.Nizam DSP AB.Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah dan rakan rakan AJK UMNO Bahagian Tawau. 

Hidangan Hari Raya Ketupat dan Rendang serta Lemang ada juga soto memang kegemaran ramai.Dengan yang demikian kemeriahan Aidilfitri akan lebih dirasakan dengan amalan ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain serta mengadakan rumah terbuka di sana sini. Amalan ziarah-menziarahi dan mengadakan rumah terbuka mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubungkan dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar sentiasa berusaha memperbaiki dan memperingkatkan hubungan silaturahim dan ukhuwah. Hubungan persaudaraan yang baik adalah satu usaha untuk membentuk individu yang berkualiti. Ini boleh membawa kepada kesejahteraan dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Dalam hubungan ini, sambutan Aidilfitri telah memberi ruang dan peluang yang luas ke arah pengukuhan persaudaraan dan silaturahim melalui ucapan salam Aidilfitri, kunjung-mengunjungi dan saling bermaaf-maafan.



Tuan Rumah Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Tawau   bersama tetamunya Datuk Hj.Nizam DSP AB.Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau dan rombongan di rumahnya di Taman Tulip Tawau 


Sempena Hari Raya Aidil Fitri ini diambil kesempatan untuk mengadakan Kenduri Kahwin , sambil berhari Raya sambil ziarah Pengantin Baru. Rombongan Datuk Datu Ismail bin Jook berada dirumah pengantin bersama anak-anak beliau.Tuan Rumah Saudara Hamid amat berbesarhati diatas kehadiran kami.Sempena dengan Aidilfitri yang mulia ini sama-samalah kita mengambil kesempatan dengan mengamalkan budaya ziarah-menziarahi sesama kita, mudah-mudahan akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan dan mendatangkan keberkatan dalam kehidupan kita. Selain itu kita juga perlu insaf dan sedar bahawa terdapat saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai dan saudara seagama kita yang menyambut Aidilfitri dalam keadaan sedih, bersendirian, daif dan sebagainya.

Datuk Hjh.Rosdianah bersama tetamu kehormatnya YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan selaku Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan Isteri , Datuk Viktor Raja Pengerusi MIC Tawau bersama rombongan dan MCA serta PBS juga sama. Ternyata semangat Kebangsaan mereka mengatasi semangat Individualistik dan sekali gus bersepakat dan bermuafakat membentuk sebuah Negara Majmuk yang berdiri gah di persada antarabangsa seperti pada yang ada pada hari ini. 
Dalam hal ini lita tidak boleh menafikan peranan pelbagai perayaan dan sambutan upacara rasmi negara seperti Hari Raya Aidilfitri ini yang telah dan juga sedang menjadi platform terbaik dalam kita terus menyuburkan semangat perpaduan dan Kebangsaan dalam kalangan generasi dahulu sehingga ke hari ini. Saban tahun perayaan seumpama ini terus menonjol dan mengeratkan tali silaturahim sesama rakyat kita. Ia boleh dilihat melalui budaya kunjung menunjung yang biasanya dilakukan semasa rumah terbuka Hari Raya. 

Datuk Ahmad Bahrom DSP AB Titingan turut serta hadir berkunjung kerumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor bersama Isteri. Datuk Ahmad Bahrom suatu ketika dahulu pernah menjawat Jawatan yang tinggi didalam Pentadbiran Negeri Sabah. Beliau pernah menjawat Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dizaman kegemilangan Parti Bersatu Sabah ( PBS ).Sesungguhnya kejayaan pemimpin terdahulu yang memperjuangkan keamanan negara ini diteruskan agar ia sentiasa mantap dan semua kaum dapat bergabung untuk membentuk satu ikatan dalam mengekalkan perpaduan kaum. Seperti kita di sini yang masih kukuh dan sentiasa mengekalkan semangat kerjasama dalam apa jua perayaan yang disambut. Dalam mengekalkan perpaduan di kalangan umat Islam sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kita juga tidak melupakan masyarakat lain malah amalan kunjung mengunjung masih diteruskan dalam merayakan sambutan lain lian perayaan kaum.


Yang Berhormat Soeaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Hj.Abas bin Syed Ali yang juga ADUN N.55 Balung bersama Yang Berhormat Datuk Jainab binti DSP Ahmad Ayid Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah yang juga ADUN N.12 Karambunai. Turut sama ziarah Hari Raya Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Kalabakan Cahaya binti Sulaiman dan juga Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tawau Norsiah binti Bayai serta rombongan . 


Perjumpaan dalam suatu Majlis yang besar yang mungkin dapat dilakukan setahun sekali iaitu pada musim Perayaan Kaum harus dimanafaatkan bersama untuk berkongsi cerita dan pendapat masing-masing.. Ia juga digunakan untuk mengukuhkan Perpaduan kaum sedia terjalin . Perpaduan itu turut menterjemahkan semangat 1Malaysia sudah lama berputik sekali gus menunjukkan rakyat Negara ini berpegang pada prinsip saling menghormati antara satu sam lain. Uniknya kunjungan tetamu terdiri dari berbilang bangsa bukan berseorangan bahkan mereka datang secara beramai-ramaisambil bersalaman dan bertanyakan khabar. Ia menunjukkan semangat silaturahimsentiasa berputik kerana kestabilan dan keharmonian Negara adalah Tanggungjawab bersama. Malah , Konsep rumah terbuka yang diamalkan diMalaysia sebenarnya memberikan mesej yang jelas semangat 1Malaysia terus Subur. Semangat itu akan dijadikan ikutan Negara Negara Majuyang lain. Rumah terbuka melambangkan Perpaduan kukuh dan kesetabilan Negara memberi petanda bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara yang mementingkan Perpaduan kaum dan Keamanan Negara.


Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga mengambil peluang untuk bertandang ziarah Hari Raya kerumah sahabat dan rakan taulan. Hakikatnya , selama ini setiap Perayaan Utama setiap kaum dikongsi bersama dan disambut seperti Perayaan Kebangsaan oleh Seluruh Negara. Ini ditambah pula dengan pelbagai keistimewaan yang disediakan seperti pemberian cuti Umum , pemberian Bonus kepada kakitangan kerajaan serta budaya rumah terbuka diseleruh Negara. Senerio ini mewarnai kalender kehidupan setiap rakyat Negara ini sejak kita Merdeka lagi.Ia telah dibentuk , dipupuk , dan dipateri kemas oleh Generasi terdahulu yang mengetepikan segala kepentingan peribadi kaum masing-masing demi mencapai Kemerdekaan serta dapat hidup aman sebagai satu keluarga yang besar.

Bersama rakan-rakan ziarah Hari Raya Aidil Fitri berterusan ke Kampung Inderasabah dimana Penduduk Kampung nya bersatu hati membuat rumah terbuka dikawasan padang mereka. Berbagai acara yang telah diadakan seperti pertandingan menyanyi dan lain lain lagi.Mereka bersatu hati dengan membawa hidangan Hari Raya dari rumah masing-masing antara nya Udang Goreng , Ketam Rebus , Ikan Bakar dan banyak lagi.  Ini kerana majooriti penduduk disini adalah nelayan sepenuh masa.

Perayaan Aidilfitri membuktikan keunikan dan kelebihan masyarakat Malaysia yang bersatu dalam kepelbagaian, sepanjang mengadakan dan menghadiri rumah terbuka Aidilfitri, kita dapat melihat rakyat negara ini saling memperaga busana tradisional masing-masing, malah turut dihidangkan dengan juadah enak pelbagai kaum.  “Di mana lagi kalau bukan di Malaysia dapat kita lihat begitu banyak kepelbagaian dan perbezaan diraikan bersama dalam perayaan dengan begitu meriah, tanpa mengira bangsa dan agama?  Bahkan lebih daripada itu, ia tidak terhad semata-mata kepada sambutan Aidilfitri, kita bertuah di Malaysia dapat menyambut enam perayaan utama pelbagai agama dan bangsa di dalam takwim persekutuan, yang mana keenam-enam diraikan oleh seluruh masyarakat tidak kira warna kulit. Inilah kelebihan dan keunikan Malaysia, ‘unity in diversity’, bersatu dalam kepelbagaian. Bulan Syawal juga memperlihatkan kemeriahan rumah terbuka yang disulami amalan kunjung-mengunjungi dan saling menziarahi antara anggota keluarga serta sahabat handai, tidak kira jauh ataupun dekat. Justeru, diharapkan usaha mengeratkan jalinan silaturahim seperti ditunjukkan semasa perayaan Aidilfitri dapat diteruskan walaupun setelah Syawal berakhir kelak.

Walaupun dalam keadaan panas terik dengan kanopy berwarna merah ianya tidak menghalang kami makan sepuasnya Ketam Rebus , Udang Goreng dan Udang Rebus serta Ikan Bakar yang menjadi kegemaran ramai. Terima kasih kepada Ketua Kampung disini yang baik hati saudara KK Abit bin Sulaiman yang melayan rombongan kami begitu baik sekali.  

Hadir sama di Majlis Hari Raya di Kampung Inderasabah ini ialah Para Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang termasuk Pengerusi nya Tuan Hj.Hamil Hj.Awang. Kebetulan sekali KK Abit bin Sulaiaman yang menjadi Pengerusi Pelaksana Majlis ini juga adalah Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau. Ini kerana konsep1Malaysia jarang jarang kita lihat di Negara Negara lain melainkan di Malaysia yang Umum mengetahui penduduknya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Hakikatnya , konsep rumah terbuka memberi banyak manafaatbukan sekadar dapat berjabat tangan sambil bertanya khabar bahkan tetamu yang datang turut dihidangkan dengan juadah yang enak seperti lemang , ketupat , kuih muih dan biskut yang sudah pasti mengukuhkan lagi hubungan perpaduan kaum.

Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri disana sini tidak ketinggalan rumah Tuan Hj.Halik bin Hj.Wahid Setiausaha Barisan Nasional Daerah Tawau. Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan akibat kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Yang Berhormat Datuk Tawfiq DSP AB Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah bersama rombongan juga bertandang ke rumah terbuka Tuan Hj.Halik Wahid.Amalan kunjung mengunjung antara ahli keluarga, sahabat-handai, rakan-taulan di kalangan pelbagai kaum sentiasa diamalkan oleh masyarakat di Tawau dan diteruskan dalam apa jua sambutan perayaan.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha mempertingkatkan perpaduan dan mengukuhkan kerjasama di kalangan penduduk kampung bukan sekadar pada musim perayaan malahan sentiasa diteruskan , katanya kerajaan juga berusaha mewujudkan pelbagai dasar dalam mengukuhkan semua kaum yang ada di Malaysia dan mengajak rakyat bersatu padu dalam semangat 1Malaysia.

Rakan-rakan dari Parti Barisan Nasional turut hadir ke Majlis rumah terbuka ini seperti Datuk Victor Raja Pengerusi MIC Tawau dan kompenan yang lain seperti PBS dan MCA. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri sememang nya dinantikan dengan penuh sabar dan teruja oleh seluruh Rakyat Malaysia. Ini kerana kebiasaan nya Aidilfitri disambut dengan penuh meriah oleh seluruh Rakyat Negara ini sebagai antara perayaan Utama tanpa mengira agama dan kaum. Ini lah keistimewaan Negara dan Rakyat yang walaupun berbeza agama dan bangsa tetapi bolehmerayakan perayaan kaum lain secara bersama. 

Rakan rakan dari lain Daerah juga sama mengadakan rumah terbuka , dengan megeratkan silaturrahim antara mereka. Budaya kunjung menujung yang diamalkan oleh Masyarakat berbilang kaum setiap kali musim perayaan diNegara ini memang sudah menjadi amalan nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Malah , amalan yang menjadi satu kewajipan setiap kali sambutan perayaan Utama seperti Hari Raya Aidilfitri , Tahun Baru China , Krismas , Gawai Dayak , Deepavali dan Perayaan lain menterjemahkan segala galanya betapa kukuh jalinan Muhibbah dikalangan Rakyat berbilang Bangsa dan Agama di Negara ini. 

Semoga dengan adanya sikap kunjung mengunjung akan eratlah hubungan silaturrahim antara mereka. Amalan yang menjadi tradisi rakyat berbilang bangsa dan agama bukan sahaja melambangkan semangat setia kawan dan perpaduan kukuh malah ia menggambarkan semangat 1Malaysia berjaya dipraktikkan sekali gus difahami oleh Rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Menerusi kunjung mengunjung atau ziarah menziarahi itu , kita dapat berinteraksi dan bertemu dengan sanak saudara, rakan taulan sama ada yang dekat mahu pun yang jauh bertanya khabar. 

Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan sebagai ADUN N.56 Apas dan juga Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah berkunjung kekediaman KK Hj.Abdul Syeh Hj.Sahibni selaku Ketua Kampung diKampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas. Kehadiran Yang Berhormat amatlah dihargai oleh Penduduk Batu 4.

Dirumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri WKAN Tuan Hj.Karim bin Tumak yang telah dikunjungi oleh YB.Datuk Syed Hj.Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah bersama rombongan nya.

Kemeriahan yang dirasakan diserikan dengan perpaduan dan persefahaman yang diperlihatkan oleh rakyat…inilah keistimewaan yang kita sebagai rakyat Malaysia miliki dan inilah juga yang amat membanggakan , sudah menjadi amalan kepada rakyat negara ini yang sentiasa bersama-sama menyambut dan memeriahkan perayaan keagamaan 

Amalan itu sudah diwarisi sejak sekian lama dan telahpun menjadi salah satu budaya rakyat negara ini. Sama ada perayaan Aidilfitri mahupun perayaan yang lain, rakyat keseluruhannyaakan tampil untuk bersama-sama menyambut dan memeriahkan perayaan tersebut

KEMERIAHAN yang dirasakan sememangnya tidak dapat dinafikan namun apa yang membanggakan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Masyarakat tempatan bersama pemimpin tempatan di kediaman masing masing yang dihadiri ramai pelbagai kaum.Ramai yang  hadir bagi memeriahkan dan menceriakan rumah terbuka tersebut dan kehadiran itu bukan hanya di kalangan mereka yang beragama Islam tetapi juga mereka yang bukan beragama Islam. Ternyata majlis rumah terbuka memperlihatkan betapa hebat dan perkasanya perpaduan serta persefahaman di kalangan rakyat negara ini dan inilah juga yang selalu dinyatakan oleh YB. Datuk Syed Hj.Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Majlis seumpama ini adalah ruang dan peluang untuk pemimpin meraikan Aidilfitri bersama-sama rakyat dan ia turut memperkukuh lagi hubungan antara pemimpin dengan rakyat , kehadiran pelancong luar negara itu bukan sekadar untuk melihat sambutan majlis tersebut tetapi juga untuk melihat perpaduan dan persefahaman rakyat negara ini.

Majlis seumpama ini adalah ruang dan peluang untuk pemimpin meraikan Aidilfitri bersama-sama rakyat dan ia turut memperkukuh lagi hubungan antara pemimpin dengan rakyat , kehadiran pelancong luar negara itu bukan sekadar untuk melihat sambutan majlis tersebut tetapi juga untuk melihat perpaduan dan persefahaman rakyat negara ini.Kerana Pemimpin adalah Rakyat tiada Rakyat tiada Pemimpin.






END





























No comments:

Post a Comment