Thursday, July 28, 2016

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437H 2016M

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437H 2016M PERINGKAT PERBANDARAN TAWAU PADA 9 JANUARI 2016

Pada hari ini penduduk Tawau berkumpul dihadapan Majlis Perbandaran Tawau untuk menyertai Perarakan Perbarisan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw 1437H. Bermula sejak jam 6.00 pagi lagi orang ramai sudah berkumpul dengan berpakaian warna warni serta datang berkumpulan dengan membawa sepanduk masing masing.


Turut sama sama menyertai perarakan Maulidur Rasul ialah YB.Datu Ariffin Arif , Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. semantara itu kumpulan UMNO Bahagian Tawau juga turut sama diperarakan tersebut.


setiap tahun sambutan Maulidur Rasul SAW diadakan pastinya ramai yang menyertai perarakan dan juga menyertai pertandingan sepanduk.


YB.Datuk Ariffin Arif Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkesempatan bersama AJK Wanita UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor.



YB.Datuk Ariffin Arif juga berkesempatan bertemu dan bermesra dengan rombongan dari Biro Agama UMNO Sabah.


Turut hadir YB.Datuk Hjh.Hamisah binti Samad ADUN N.59 Tg.Batu merangkap Pembantu Menteri kepada Menteri Pembangunan Sunber dan Kemajuan Teknologi Maklumat , Ketua Polis Daerah Tawau ACP Tuan Fadil Marsus , Ketua Daerah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Tawau ) OKK Mohd.Ayub bin Kee Abu Bakar , Wakil Ketua Anak Negeri , Ketua - Ketua Kampung dan Pemimpin - pemimpin  Masyarakat di Tawau.



Ketua Polis Daerah Tawau ACP  Tuan Fadil Marsus beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin UMNO termasuk lah AJK Bahagian UMNO Tawau , Ketua - Ketua Cawangan UMNO Tawau dan pemimpin pemimpin kampung yang hadir di Sambutan Maulidur Rasul ketika itu.



 Ahli Jawatankuasa Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau bersama ketuanya Ybhg. Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor.



YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah , Datuk Ariffin bin Arif Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah , Datuk Ismail bin Mayakub Presiden Majlis Perbandaran Tawau , Tuan ACP Fadil Marsus Ketua Polis Daerah Tawau , Pemimpin-pemimpin Masyarakat , Pegawai pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan para peserta sambutan Maulidur Rasul 1437H



Begitu ramai penduduk Tawau yang datang bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul kali ini yang memenuhi kawasan lapang dihadapan Mahkamah Tawau , Majlis Perbandaran Tawau , Hongkong and Shanghai Bank dan Kawasan Public Bank. Masing - masing dengan kumpulan dengan membawa sepanduk , ada yang bertanding ada juga hanya penyertaan.



Mendahului perarakan adalah kumpulan Ahli - ahli yang berhormat ,  Pemimpin - pemimpin Masyarakat , Ketua - ketua Jabatan dan para peserta .



Mengingati Kelahiran dan Perjuangan Rasullullah 
DEMI sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)
Di seluruh dunia, umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan perarakan, ceramah, berselawat, bersyair dan sebagainya bagi mengingati detik kelahiran keputeraan Nabi Muhammad SAW iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah iaitu pada hari Isnin bersamaan dengan 23 April 571 Masihi



Pengorbanan Nabi Muhammad dan para sahabatnya mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan malah mereka turut berjihad demi menegakkan syiar Islam. Baginda berjaya membina kejayaan yang cemerlang dalam semua aspek. Pencapaian baginda dianggap luar biasa yang tidak mampu dicapai oleh manusia biasa.Seluruh ilmuwan dunia bersepakat menobatkan Nabi sebagai pemimpin terulung yang berjaya membentuk masyarakat dengan kesempurnaan Islam yang syumul,


Para Hadirin telah memenuhi ruang Dewan Masyarakat Tawau dengan pakai yang berwarna wanri sungguh cantik sekali diselitkan dengan Tema tahun ini "Perpaduan Nadi Tranformasi Negara".


Melalui program yang diadakan, ia dapat mengetahui kaedah dan cara pendekatan dakwah yang dijalankan oleh para sahabat Nabi dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya': 107)


Sesungguhnya berselawat itu amat digalakkan kepada umat Islam sebagai mana firman Allah SWT yang beramaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)

Umat Islam harus memahami bahawa pada diri Rasulullah itu terdapat dua dimensi sosial yang berbeza tetapi saling melengkapi. Fakta inilah yang cuba dijelaskan oleh pengkaji sosiologi Islam. Apakah dua dimensi sosial yang berbeza itu? Pertama, Nabi Muhammad SAW dilihat dan difahami dalam perspektif teologi-religious. Perspektif ini melihat baginda sebagai sosok nabi dan rasul yang diutus oleh Pencipta manusia dan alam dalam kerangka konsep ketauhidan yang mengajak manusia menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Tugas ini meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Tuhan di dunia yang bertugas menyampaikan serta melaksanakan segala ajaran yang diwahyukan kepada baginda untuk disampaikan kepada seluruh umat umat manusia. Kedua, dimensi sosial-politik di mana baginda dilihat dan difahami sebagai pembangun masyarakat dan pembina tamadun manusia. Perspektif ini melihat baginda sebagai sosok politikus yang ideal yang memiliki sifat-sifat kepemimpinan yang adil, telus, demokratik, kesamarataan (egaliter), toleran, kesederhanaan (wasatiyyah), manusiawi (humanis), tidak pilih kasih, anti kekerasan (keganasan) dan sentiasa menegak keadilan sosial.



Ucapan YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan diMajlis tersebut., Ciri-ciri kepemimpinan baginda yang penuh keadilan di bawah bimbingan wahyu itu berjaya membawa masyarakat Arab yang sebelum itu berpecah belah menuju kepada satu bentuk masyarakat yang bersatu padu, sejahtera dan tenteram. Malah, bukan sahaja baginda dapat mempersatukan umat Islam tetapi juga dan membina perpaduan dalam masyarakat pluralistik dengan pelbagai kabilah (tribes) dan agama. Inilah yang berlaku di kota Madinah selepas baginda dan pengikutnya berhijrah ke sana.
Umat Islam tidak seharusnya hanya mengingat peristiwa kelahirannya tetapi mestilah memahami kisah perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan dan mendaulatkan Islam. Kisah hidupnya mesti dihayati dan diteladani kerana semua yang berlaku ke atas baginda dan sahabatnya juga dihadapi oleh umat Islam hari ini, terutamanya dalam berhadapan dengan permainan kaum kufar dan munafik yang tidak akan rela Islam tertegak di bumi Allah ini.



Ustaz Muhammad Nur Maulana  , lahir di Makasar Indonesia pada 20 September 1974. Beliau adalah seorang Pendakwah yang menampilkan dakwahnya dengan bahasa dan cara penyampaian yang sangat mudah diterima oleh Masyarakat. Beliau berkelulusan dari Pondok Pesantren An - Nahdah Makasar pada tahun 1994. Selain sebagai Pendakwah beliau juga Guru Agama Islam disebuah Sekolah Dasar Islam Athirah dan Pasentren An-Nahdah. Aktif menyampaikan dakwahnya disalah satu acara di Stesen TV swasta iaitu Trans TV Indonesia.


Kelihatan hadirin begitu memberikan tumpuan kepada ceramah yang disampaikan terutama sekali adakalanya dia berjenaka dan adakalanya bersedih. Itulah ciri ciri pendakwa ini memberikan dakwahnya dengan santai dimana setiap orang memberikan perhatian.

Hadirin yang memenuhi Dewan Masyarakat Tawau semasa Majlis ini amatlah membanggakan kerana mereka begitu sayang dan cintakan Nabi Muhammad SAW yang mana saban tahun diadakan tetap mendapat sambutan yang hangat dari Penduduk Tawau Khasnya.



Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk dan kumpulan



Bacaan Doa Penutup Acara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perbandaran Tawau



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437H 2016M PERINGKAT KAMPUNG RANGGU TAWAU PADA 17 JANUARI 2016

Setiap tahun Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu ini akan diadakan dan ianya seakan sudah menjadi amalan Penduduk Kampung mengadakan Program seperti ini setiap Tahun. Pada Tahun ini telah diputuskan dalam Mesyuarat AJK Pelaksana Sambutan ini , perarakan akan bermula dari Masjid Sri Ranggu atau pun Balairaya Kampung Ranggu ke Surau Ummu Bariah diKampung Rancangan Ranggu. 

Para peserta telah berada di perkarangan Masjid Sri Ranggu seawal jam 7.00 pagi dengan pakai kebangsaan yang beranika warna. Dengan semangat kasih sayang kepada Rasullulah saw mereka datang berkumpul sambil berselawat keatas Nabi Muhammad saw.



Disamping itu penduduk kampung dapat berkumpul dan berjumpa antara satu dengan yang lain kerana rutin hari dan juga tugas harian masing masing yang berbeza beza. Dengan adanya acara seperti ini akan mengeratkan lagi tali silaturrahim antara mereka.


Kaum wanita juga tidak ketinggalan , sama sama menghadiri Sambutan Maulidur Rasul ini.





Pada jam 7.30 pagi ramai sudah Penduduk Kampung yang hadir , sambil menunggu ketibaan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang mana Yang Berhormat akan sama sama berarak , berjalan ke Surau Ummu Bariah di Kampung Rancangan Ranggu yang jarak nya lebih kurang 2 kilometer dari Tapak permulaan ini.

Penduduk Kampung bersembang sesama mereka sementara menunggu ketibaan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali



Pada jam 7.45 pagi YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali tiba diperkarangan Masjid Sri Ranggu dengan disambut oleh Penduduk Kampung Ranggu yang telah berada disitu sejak jam 7.00 pagi lagi. Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat Balung Tuan Said Hassan bin Said Idrus , WKAN Hj.Amirbak bin Abd.Rahim , Hjh.Kee Salmah Kee Yusof Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Hj.Yusof Abd.Gani Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Kakitangan UPPM Balung dan AJK Pelaksana Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu.

Yang Berhormat Bersalaman dengan Penduduk Kampung 


Bacaan Doa sebelum memulakan perarakan ke Surau Ummu Bariah Kampung Rancangan Ranggu

Dengan sinaran cahaya matahari pagi bacaan Doa memohon keselamatan dan keharmonian Program akan terlaksana

Pada jam 8.00 pagi perarakan mula bergerak menuju ke Surau Ummu Bariah Kampung Rancangan Ranggu. Sambil berselawat para peserta berjalan kaki berarak bersama sama YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , Pemimpin pemimpin Masyarakat Kampung dan penduduk kampung Ranggu.

Dalam Perarakan sambil berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW , Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali bersama Pemimpin - pemimpin Kampung kelihatan begitu bertenaga dan ceria. Penduduk Kampung Ranggu semestinya gembira pada hari tersebut kerana dapat bersama sama pemimpin mereka.

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 45 minit itu telah mencapai objektif iaitu Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Kampung Ranggu dengan mempamerkan kesepakatan dan keharmonian penduduk kampung bersatu menjayakan program yang sedemikian.

Perjalanan yang telah menghampiri garis penamat iaitu Surau Ummu Bariah diKampung Rancangan Ranggu. Ahli Jawatankuasa Surau Ummu Bariah telah menyediakan beberapa Program disamping Program Sambutan Maulidur Rasul.  

Antara program yang disediakan oleh AJK Surau Ummu Bariah ialah Ceramah Agama yang akan disampaikan oleh AlFadhil Ustaz Nazri Dollah dan juga Majlis Marhaban oleh Kumpulan Selawat. 

YB. Datuk Syed Abas bin Syed Ali menyampaikan ucapan diMajlis tersebut dengan menekankan bahawa perpaduan anatara penduduk kampung memang sentiasa terjalin erat oleh yang demikian diharapkan akan berterusan dari semasa ke semasa.   Justeru, cara kita mengingati kelahiran baginda harus dipertingkatkan bukan sekadar laungan retorik tetapi mestilah disertai dengan penghayatan yang sungguh-sungguh sehingga mampu diaplikasikan dalam kehidupan harian kita selaku mukmin, bukan sahaja dalam melaksanakan ibadat-ibadat ritual tetapi hendaklah diaplikasikan dan melaksanakan pesanan-pesanan besar rasulullah SAW seperti memperkuat persaudaraan, melaksanakan jihad, menegakkan keadilan, budaya membaca, budaya ikram dan kasih sayang sesama insan, menghargai kebersihan, penjagaan alam sekitar dan lain-lain pesanan rasulullah.Bagi para pemimpin pula hendaklah menjadikan kepemimpinan baginda sebagai contoh teladan sehingga mampu merekonstruksi suatu citra kepemimpinan yang disegani oleh umat bukan Islam. Pemimpin umat Islam wajar memahami kehebatan kepemimpinan rasulullah dari berbagai perspektif seperti kepemimpinan demokratik, kebijaksanaan merangka strategi, kebijaksanaan berunding, kebijaksanaan menjaga maslahah (kepentingan) ummah, perhubungan antarabangsa dan keberanian dalam berhadapan dengan musuh.

Seperti biasa sempena sambutan Maulidur Rasul diadakan juga penyampaian bantuan kepada penduduk kampung.

Majlis pada hari diakhiri dengan Majlis Makan Tengahari bersama YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali bersama penduduk kampung.


END


No comments:

Post a Comment