Saturday, July 9, 2016

KEMBARA TANAH SUCI : IBADAH UMRAH UMNO BAHAGIAN TAWAU VOL.1


PERJALANAN MENUJU  IBADAH UMRAH I
( MAKKAHTUL MUKARRAMAH )

8 March 2016 ( Selasa )

Menerima arahan dari SUK UMNO Bahagian Tawau Puan Hjh.Normah binti Ambo agar suntikan Vaksinasi segera dilaksanakan kerana Perjalanan Menuju Ibadah Umrah akan dilaksanakan pada awal bulan April 2016 seperti yang telah dipersetujui oleh Yang Berhormat Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq bin Datuk Seri Panglima Hj.Abu Bakar Titingan. Menurut SUK Vaksinasi tersebut boleh dibuat di klinik swasta atau pun di Jabatan Kesihatan Awam Tawau.

11 March 2016 ( Jumaat )

Hari ini Urusan Vaksinasi di Jabatan Kesihatan  Wisma Persekutuan Tawau yang telah membuat temu janji dengan pegawai disitu. Selesai Vaksinasi , Buku Suntikan tersebut terus dihantar ke Pejabat SUK untuk tindakan seterusnya. Hari ini adalah hari yang menyedihkan kerana telah menerima berita dari anakanda Faridah Rahim bahawa Ayahanda nya yang tersayang ia itu  Abang Ipar Rahim bin Mading yang tinggal di Rancangan Silabukan Peringkat 2 , Lahad Datu telah pergi untuk selamanya semalam jam 8.00 malam akibat dari serangan sakit jantung. Sebaik saja buku Vaksinasi dihantar ke Pejabat SUK kami terus ke Lahad Datu untuk menziarahi jenazah Allahyarham yang akan dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Rancangan Silabukan. Innalillahi wa innaillaihi rajioun , dari nya kita datang dan kepada nya kita kembali.

17 March 2016 ( Khamis )

Menerima pemberitahuan dari Ajen Perjalanan Pakej Umrah Tanna’im bahawa Bag Pakaian dan Perkakas Umrah seperti kain Ihram sepasang, Bag Sandang, Buku Pedoman dan Panduan Umrah dan Ziarah telah disediakan dan boleh diambil pada hari ini diPejabat SUK UMNO Bahagian Tawau.


20 March 2016 ( Ahad )

Pada hari ini jam 12.00 tengahari  telah diadakan Taklimat dan Kursus Umrah di Tingkat 7 , Bilik Belian Hotel Promenade. Semua Peserta hadir dan turut dihadiri YB.Datuk Tawfiq bin DSP Hj.Abu Bakar Titingan dan sempat menyampaikan ucapan dan nasihat agar peluang untuk mengerjakan Umrah ini diambil perhatian dan peluang untuk mengerjakan Ibadah yang dituntut kepada yang mampu.


Taklimat dan Kursus Umrah Pakej Tanna'in di Bilik Billian Tingkat 7 , Hotel Promenade , Tawau


Peserta Kursus memberikan tumpuan kepada Ceramah yang disampaikan oleh Penceramah



Peserta Kursus bergambar bersama YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap ADUN N.56 Apas dan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah


1 April 2016 ( Jumaat )

Pada hari ini semua peserta telah dijemput hadir ke Restauran Yassin Curry House oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan yang mana beliau akan menyampaikan bantuan kewangan kepada peserta bagi membantu meringankan tanggungan kewangan yang dihadapi oleh peserta Perjalanan Ibadah Umrah. Jasa dan Budi YB.Datuk Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan akan dikenangan untuk selamanya.


2 April 2016 ( Sabtu )

8.00pagi kumpulan pertama Pakej ini akan bertolak pada Jam 11.40 pagi


12.00 tengahari Kumpulan kedua berkumpul di Lapangan Terbang Tawau untuk penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 2 petang MH2665 ( ETD 2pm – ETA 4.45pm )



Bergambar dihadapan pintu masuk untuk penerbangan ke Kuala Lumpur bersama rombongan Pakej Tanna’im di Lapangan Terbang Tawau.


Lambaian tangan dari keluarga kami semasa perjalanan menuju Ibadah Umrah dengan doa semoga perjalan kami diberkati dan kembali ke Tanah Air dengan selamat dan tercapai niat dan tujuan dengan menjunjung keutuhan bagi mendapat Umrah yang Mabrur dan segala amalan kami disana diterima oleh Nya.

5.30 petang check in di Concorde Inn KLIA.

8.00 malam Makan Malam seterusnya Taklimat Umrah oleh Interleisure & Event Management Sdn.Bhd. iaitu rakan kongsi Tanna’im Travel di Kuala Lumpur.

sembang-sembang sementara menunggu taklimat yang diaturkan oleh Agensi. 

Semua memberikan perhatian semasa taklimat dilaksanakan dengan keupayaan dan pengharapan untuk mendapat Ibadah Umrah yang Mabrur.


3 April 2016 ( Ahad )

6.00 pagi sarapan pagi

7.00 pagi berkumpul diruang Lobi Concorde Inn dengan Baggasi masing masing untuk bertolak ke KLIA dengan bas. Beberapa perkara harus dipenuhi oleh Peserta Perjalanan Umrah diantaranya;
1.         Semua Jemaah diminta berkumpul diKLIA 3 jam sebelum berlepas ke Tanah Suci.
2.         Sedia memakai Ihram di Concorde Inn bagi memudahkan perjalanan dan boleh juga memakai nya nanti di masa Penerbangan , terpulang kepada keselesaan peserta.
3.         Niat Ihram akan dilaksanakan diUdara diPersempadanan Tanah Haram yang mana nanti akan diumumkan oleh Kapten Kapal Terbang kemudian nya nanti akan dibimbing oleh Petugas petugas Umrah yang turut serta.

Para peserta Perjalanan Umrah telah bersedia menunggu kenderaan Bas untuk ke KLIA


10.00 pagi Peserta rombongan Perjalanan Ibadah Umrah UMNO Bahagian Tawau telah bersedia di Lapangan Terbang Antara Bangsa KLIA untuk berangkat ke Jeddah dalam penerbangan MH8012 . Kami beberapa orang telah diberikan peluang dalam penerbangan ini untuk mendapat tempat duduk dibahagian atas kapal terbang Airbus 360 penerbangan ke Jeddah yang memakan masa 8 jam. Nombor tempat duduk 34G akan dikenang bersama rakan rakan seperjuangan. Pesawat ini akan bertolak dari KLIA pada jam 10.30 pagi dan dijangkakan akan tiba di Lapangan Terbang Jeddah pada Jam 7.00 petang.


Kami mengambil tempat duduk yang telah disediakan , saya memilih untuk memakai pakaian Ihram semasa diudara nanti bila berhampiran dengan kawasan Miqat untuk Niat Ihram dan Umrah. Maklum saja lah perjalanan ini memakan masa 7 ke 8 jam dikhuatiri kain Ihran yang berwarna putih ini terkena benda benda yang boleh merosakkan Ihram atau tertumpah minuman kerana saya hanya membawa 1 pasang kain Ihram sahaja.

2.00 petang kami telah bersalin pakaian dengan memakai pakaian Ihram sebagai persediaan untuk melakukan niat Ihram dimiqat yang akan diumumkan oleh Kapten Pesawat Penerbangan MH 8012 Airbus 360 ini. Pesawat ini amat lah selesa dan bilik tempat bersalin atau pun tandas nya bersih .

Semua sudah bersedia memakai pakaian Ihram masing masing. Dalam Perjalanan sebegini perlu juga perbanyakkan zikir dan Tahmid serta bacaan ayat ayat suci Al Quran termasuk yang biasa Surah Yasin , boleh baca berulang ulang sehingga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah.


Penerbangan kami sudah sampai Riyadh sedang menju ke Lapangan Terbang King Abdulaziz Jeddah.


5.00 petang Kami selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz  Jeddah , sedang menunggu Bas untuk ke Kota Makkah jarak nya lebih kurang 95 kilometer.dengan perjalanan menggunakan Bas memakan masa 2 ½ jam untuk sampai ke Hotel Penginapan di Kota Makkah.


9.00 malam kami sampai diKota Makkah diHotel Dar Al-Eiman Royal Hotel yang terletak berhampiran dengan Masjidil Haram dimana sebahagian darinya berada didalam kawasan Masjidil Haram. Sebaik semua baggasi kami selesai dipunggah keluar dari Bas , kami pun berkumpul diruang Lobi Hotel dan salam perkenalan kami dengan Pegawai Pembimbing iaitu Muttawwif kami Tuan Ustaz Hj.Abdul Kadir . Beliau memberikan taklimat tentang Ibadah Umrah Wajib kami akan dilaksanakan pada sekitar jam 10.30 malam dan dijangkakan selesai pada jam 2.30 pagi.

Mula memasuki kawasan Kaabah untuk mengerjakan Ibadah Umrah Wajib keatas diri dengan melakukan Tawaf , Sai' dan Tahallul yang diketuai oleh Tuan Ustaz Hj.Abdul Kadir Muttawif yang disediakan oleh Agensi Pakej Umrah ini.


Rombongan kami mula memasuki ruang Kaabah dengan melakukan Tawaf yang dibimbing oleh Tuan Hj.Ustaz Abdul Kadir.

Mengerjakan Sai' dari Safa ke Marwa berjalan dan berlari lari anak yang dibimbing oleh Muttawif Tuan Ustaz Hj.Abdul Kadir

Selesai Sa'i perlulah untuk mengerjakan Tahallul iaitu menggunting rambut , maka selesai sudah Ibadah Umrah Wajib yang kami laksanakan.


Terbayang wajah kegembiraan para peserta Perjalanan Ibadah Umrah kerana telah Berjaya menunaikan Ibadah Umrah Wajib yang dikenakan keatas dirinya. Selepas ini kami akan balik ke Hotel dan sebelum itu kami akan terus ke Kedai Gunting untuk bercukur rambut.



Bacaan Doa yang dibimbing oleh Tuan Ustaz Hj.Mohd.Amin Nasir yang juga peserta rombongan ini


4 April 2016 ( Isnin )

Aktiviti bebas bagi mengerjakan Ibadah di Masjidil Haram

5 April 2016 ( Selasa )

Aktiviti ziarah ditempat tempat bersejarah disekitar Kota Makkah seperti Jabal Thur , Jabal Nur Padang Arafah , Jabal Rahmah, Mina dan Ja’ranah. 

Rombongan Jamaah berkesempatan untuk bergambar berlatarbelakangkan Jabal Thur 

Bergambar kenangan pemandangan Jabal Thur 

SEJARAH JABAL TSUR''
Kisah ini terjadi pada saat Abu Bakar Shiddiq r.a menemani Rasulullah saw berhijrah menuju Madinah dan harus menginap di Gua Tsur selama 3 malam. Karena mahabbah yang begitu tinggi kepada kekasih Allah SWT, Abu Bakar r.a dengan sepenuh jiwa dan raga terus menemani Rasulullah saw dalam hijrah yang penuh rintang.
Wajah Abu Bakar Shiddiq r.a pucat pasi. Langkah kaki para pemuda Quraisy tidak lagi terdengar samar. Tak terasa tubuhnya bergetar hebat, betapa tidak, dari celah gua ia mampu melihat para pemburu itu berada di atas kepalanya.  Berbisik berkatalah Abu Bakar Shiddiq r.a: "Wahai Rasulullah saw, jika mereka melihat ke kaki-kaki mereka, sesungguhnya mereka pasti melihat kita berdua". Rasulullah saw memandang Abu Bakar r.a penuh makna. Ditepuknya punggung sahabat dekatnya ini pelan sambil berujar "Janganlah engkau kira kita hanya berdua. Sesungguhnya kita bertiga, dan yang ketiga adalah Dia, yang menggenggam kekuasaan Maha Allah SWT".

Sejenak ketenangan menyapa Abu Bakar r.a di dalam gua Tsur. Sama sekali ia tidak mengkhawatirkan keselamatannya. Kematian baginya bukan apa-apa, ia hanya lelaki biasa. Sedang, untuk lelaki tampan yang kini dekat disampingnya, keselamatan di atas mati dan hidupnya.

Bagaimana semesta jadinya tanpa penerang. Bagaimana Madinah jika harus kehilangan purnama. Bagaimana dunia tanpa benderang penyampai wahyu. Sungguh, Abu Bakar r.a tak gentar dengan tajam mata pedang para pemuda Quraisy. Sungguh, Abu Bakar r.a tidak khawatir dengan runcing anak panah yang akan menghunjam setiap jengkal tubuhnya. Ia hanya takut, mereka membunuh Muhammad saw.

Di dalam gua, mereka sepakat untuk bergantian berjaga. Dalam tidurnya, Muhammad saw melabuhkan kepalanya di pangkuan sang sahabat. Di dalam gua yang dingin dan remang-remang, tiba-tiba seekor ular mendesis mendekati kaki Abu Bakar Shiddiq r.a yang terlentang. Abu Bakar r.a menatapnya waspada, ingin sekali ia menarik kedua kakinya untuk menjauh dari hewan berbisa ini. Namun, keinginan itu dienyahkannya dari benak, tak ingin ia mengganggu tidur Rasulullah saw. Bagaimana mungkin, ia tega membangunkan kekasih Allah SWT itu.
Abu Bakar r.a menahan rasa sakit yang luar biasa ketika ular itu menggigit pergelangan kakinya, tapi kakinya tetap saja tak bergerak sedikitpun, hingga ular itu pergi setelah beberapa lama. Dalam hening, sekujur tubuh Abu Bakar r.a terasa panas, ketika bisa ular menjalar cepat di dalam darahnya. Abu Bakar r.a tak kuasa menahan isak tangis ketika rasa sakit itu tak tertahankan lagi. Tanpa sengaja, air matanya menetes mengenai pipi Rasulullah saw yang tengah berbaring.

Rasulullah saw terbangun dan berkata, "Wahai hamba Allah, apakah engkau menangis karena menyesal mengikuti perjalanan ini?""Tentu saja tidak, saya ridha dan ikhlas mengikutimu kemana pun,"jawab Abu Bakar r.a. "Lalu mengapakah, engkau meluruhkan air mata?" bertanya Rasulullah saw dengan bersahaja. "Seekor ular, baru saja menggigit saya, wahai Rasulullah saw, dan bisanya menjalar begitu cepat ke dalam tubuhku."Rasulullah saw menatap Abu Bakar r.a dan berkata, "Mengapa engkau tidak menghindarinya?” “Saya khawatir membangunkan engkau dari lelap" jawab Abu Bakar r.a sendu. Abu Bakar r.a kini menyesal karena tidak dapat menahan air matanya hingga mengenai pipi Rasulullah saw dan membuatnya terjaga dari tidurnya. "Sungguh bahagia, aku memiliki seorang sepertimu wahai putra Abu Quhafah. Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik pemberi balasan."Tanpa menunggu waktu, dengan penuh kasih sayang, Rasulullah saw meraih pergelangan kaki Abu Bakar r.a. Dengan mengagungkan nama Allah SWT pencipta semesta, Nabi Muhammad saw mengusap bekas gigitan itu dengan ludahnya. Maha suci Allah SWT, seketika rasa sakit itu hilang tak berbekas.

Gua Tsur kembali ditelan senyap. Kini giliran Abu Bakar r.a yang beristirahat dan Rasulullah saw berjaga. Dan, Abu Bakar r.a menggeleng kuat-kuat ketika Rasulullah saw menawarkan pangkuannya untuk beristirahat. Tak akan rela, dirinya membebani pangkuan penuh berkah itu.



Memakai Ihram dan niat Ihram diMasjid Ja’ranah yang mana kemudian nya masuk ke Kota Makka dan Masjidil Haram untuk melakukan Sunat Umrah yang ku niatkan untuk hadiah kepada Allahyarhamah Ibunda tersayang.


6 April 2016 ( Rabu )



9.00 pagi pergi ke Tannain untuk niat Ihram dan Niat Sunat Umrah di Masjid Tannain dengan menaiki kereta sewa. Selepas Solat dan Niat Ihram dan Umrah kembali semula ke Kota Makkah terus ke Masjidil Haram untuk melakukan Umrah ku yang ini ku hadiahkan kepada Allahyarhamah Mertua Perempuan  Rahmah binti Yusof.

7 April 2016 ( Khamis )

Pada hari ini Jamaah akan dibawa untuk lawatan ke Hudaibiyah , Ladang Unta dan Muzium Makkah kemudian setelah itu akan mengerjakan Sunat Umrah yang akan berniat Ihram dan niat Umrah di Masjid Hudaibiyah.

Diladang Unta terdapat juga orang orang berniaga beranika jenis kacang , susu Unta , kencing Unta dan Madu Lebah Yamen. Disini juga ada menjual Kismis yang beranika dan sesuai untuk dibawa pulang. Ada juga para Jamaah yang membeli susu Unta untuk dibawa pulang.

Ada yang baru pertama kali minum susu segar ini yang menyebabkan sakit perut

Beranika jenis kacang dijual disini , yang sangat hebat disini “Halal” boleh makan untuk mencuba lepas itu kalau bersetuju baru timbang berapa  banyak yang diperlukan.

Disini juga ada menjual susu Unta dan kencing Unta

Peserta rombongan mengambil peluang untuk membeli madu lebah Yeman yang dikatakan madu terbaik didunia.


Seterusnya Jamaah rombongan perjalanan Umrah UMNO Bahagian Tawau dibawa ke Muzium Makkah

Bergambar dihadapan Bangunan Muzium Makkah dimana disini mempamerkan barang barang dan juga perkakas lama yang pernah digunakan suatu ketika dahulu di Masjidil Haram

Sembahyang Sunat seterusnya berniat Ihram serta niat Sunat Umrah yang mana Umrah kali ini dihadiahkan kepada Allayarham Mertua Lelaki Jalil bin Mohamad.

Sembahyang Sunat Masjid serta berniat Ihram untuk mengerjakan Sunat Umrah

8 April 2016 ( Jumaat )

Lawatan ke Gua Hira , peserta rombongan pergi ke Gua Hira pada jam 2.00 pagi. 

Gua ini mempunyai kedudukan penting dalam sejarah Islam, di sinilah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu Alqur’an yang pertama, Iaitu Surat Al‘alaq 1-5. Nabi Muhammad SAW , tidak pandai membaca dan menulis, dipaksa sampai tiga kali oleh Malaikat Jibril untuk membaca ayat tersebut. sehingga beliau berkata, “ma ana bi qariin”, saya bukanlah seorang yang pandai membaca.

Gua Hira terletak di Jabal Nur (Gunung Cahaya), sekitar 6 km sebelah utara Masjidil Haram, Makkah. Tinggi gunung ini 281meter dengan jarak pendakian sekitar 645 meter . Untuk sampai ke gua tersebut, kita harus mendaki bebatuan yang terjal dengan sudut kemiringan yang cukup tajam. Karena alasan itulah pembimbing kami hanya menawarkan trip ini kepada orang-orang yang punya kesiapan mental dan fisik yang prima. Dari jumlah jamaah 34 orang, hanya sekitar 12 orang yang ikut dalam pendakian tersebut. 




Bergambar kenang-kenangan semasa di Jabal Nur

Jabal Nur yang berarti gunung cahaya ini bukanlah cahaya seperti yang orang fikirkan, karena gunung ini adalah gunung pertama kali tempat diberinya cahaya untuk umat manusia di muka bumi ini. atau tempat yang menjadi titik terang benerang untuk umat manusia. Hal itu karena Jabal Nur adalah tempat Nabi Muhammad menerima wahyu pertama kali dari ALLAH S.W.T.  Dalam sejarah nabi muhammad memang sudah lama sering mendatangi gua hira’ dan gua hiro’ itu sendiri berada di dalam jabal nur Ini yang mana gua hiro’ ini merupakan gua kecil dengan panjang 3,5 meter dan lebar 1,5 meter, serta letaknya berada 4 meter dari atas bagian puncak Jabal Nur. Gua hiro’ tersebut sering digunakan Nabi Muhammad SAW untuk menyendiri menenangkan fikiran, hingga pada suatu hari ketika nabi menenangkan fikiran di dalam gua hiro’ beliau menerima wahyu pertama kali dari ALLAH S.W.T melalu Malaikat Jibril , semenjak datangnya wahyu yang pertama itulah beliau mulai melakukan proses menjadi Nabi dan Rasul menyebarkan agama Islam di penjuru dunia hingga isra’ mi’raj. Itu lah serba sedikit penjelasan tentang Jabal Nur.

9 April 2016 ( Sabtu )

9.00 pagi keluar dari Kota Makkah menuju Tannain untuk berniat Ihram dan Sunat Umrah serta solat di Masjid Tannain untuk niat Sunat Umrah yang mana kali ini dihadiahkan kepada Allahyarham Ayahanda tersayang  Ahmad bin Sulaiman.


Sunat Umrah yang terakhir ini tidak banyak peserta yang ikut serta. Kami pergi keluar dari Tanah Haram ke Tannain dengan menggunakan kereta sewa dan kembali semula untuk mengerjakan Sunat Umrah.

10 April 2016 ( Ahad )

Hari ini adalah hari terakhir kami diKota Makkah ini , kami bercadang untuk melaksanakan Tawaf Wida’ pada pukul 12.30 tengahari selepas waktu zohor , selepas itu terus masuk Kenderaan Bas menuju ke Kota Madinah Al-Munawarah. Sebelum pergi melakukan Tawaf Wida’ kami telah kemaskan barang barang kami dan semua bagasi diletakkan diluar bilik masing masing dimana pihak Hotel akan membawa bagasi tersebut turun dan memasukkan nya ke dalam Bas.


Tawaf Wida’ boleh dilakukan pada bila-bila masa, afdalnya selepas solat zohor sebelum meninggalkan Makkah. Niat Tawaf Wida’ adalah seperti berikut:" Ya Allah, sengaja aku melakukan tawaf Wida, wajib ke atas ku kerana Allah taala’'.

Aturan dan cara-cara melakukan tawaf wida’ adalah seperti tawaf yang lain kecuali niatnya dan boleh berpakaian biasa, tanpa ihram.
Semasa tawaf Wida’, Jemaah bolehlah berdoa meminta tiga perkara berikut:
1. Meminta Allah menerima Umrah yang telah dilakukan sebelum ini.
2. Meminta Allah tidak menjadikan Umrah ini Umrah terakhir.

3. Meminta Allah memberi sejahtera kepada segala urusan selepas ini.

Ini lah bilik kami di Kota Makkah di Royal Hotel Dar Al Eiman 1002 Tingkat 10 

Setelah selesai mengerjakan Tawaf Wida’ dan solat sunat tawaf Wida’, Jemaah tidak boleh lagi tinggal di Makkah untuk membeli-belah, tidur di hotel atau di dalam masjid. Jemaah hendaklah terus bersiap-sedia untuk berangkat meninggalkan Makkah.Semua bersiap sedia untuk melakukan Tawaf Wida’ dimana selepas melakukan Tawaf Wida’ semua peserta tidak lagi dibenarkan membeli apa apa barangan atau makanan dan minuman semua diperlukan keluar dari Kota Makkah seperti yang diberitahu oleh Ustaz Pembimbing kami.



Pada jam 12.30 tengahari kami melakukan Tawaf Wida’ yang mana kepanasan pada waktu itu pada ukuran 42ºF .


Setelah selesai melakukan Tawaf Wida’ Jamaah terus melakukan Doa di Multazam dan kemudian Solat Sunnat Tawaf Wida’ dua rakaat.

Selepas sembahyang Zohor Jamaah Rombongan Perjalanan Umrah UMNO Bahagian Tawau berangkat ke Madinahtul Al-Munawwarah yang dijangkakan perjalanan memakan masa 7 jam.




Berkumpul dihadapan Hotel Dar Al-Eiman Royal untuk bergambar kenang kenangan kerana selepas ini akan bertolak ke Madinah Al-Munawwarah dengan kenderaan Bas.

Kesempatan bergambar beramai-ramai untuk kenang kenangan dihadapan Hotel Dal Al-Eiman Royal dengan harapan semoga akan mendapat peluang seperti ini lagi ke Tanah Suci Makkah ini untuk mengerjakan Haji atau pun Umrah. Semoga Allah memakbulkan doa kita agar , Umrah yang kita lakukan diterima Nya , Umrah ini bukan lah Umrah terakhir buat kita dan semoga Allah memberikan kesejehteraan segala Urusan kita selepas ini.








No comments:

Post a Comment