PATRIOTISMA
Semangat Patriotisme yang tinggi dan jitu
berhasrat untuk membebaskan diri secara
kekerasan daripada belenggu kuasa luar telah berlaku dan melakari kegemilangan
sejarah Negeri Sabah sejak akhir tahun 1700 lagi. Beberapa insiden yang telah
terjadi yang tercatat dalam sejarah Negeri Sabah yang boleh diambil perhatian
seperti ;
1. Datu Tating menyerang penempatan Inggeris di
Pulau Balambangan pada tahun 1775
2. Syerif Usman bertempur dan mempertahankan Teluk
Marudu daripada serangan Inggeris pada tahun 1845
3. Haji Saman menentang Inggeris di Sungai
Membakut pada tahun 1846.
4. Datu Baginda Putih menentang Inggeris di
Berhala, Sandakan pada tahun 1879.
5. Pengiran Syahbandar Hassan menentang Inggeris
di Padas Damit, Beaufort pada tahun 1888
6. Sigunting menentang di Pantai Barat 1894 hingga
1905.
8. Mat Sator dan Mat Daud menyerang
Inggeris di Kudat pada April 1900 dan
9. Kamuntang menyerang Tempasuk dan Menggatal pada Mei 1900 manakala Tinus, Sarah, Santara dan Langkap bergerak di sebelah pantai Barat.
10. Pak Musa bergerak di Paitan dari tahun 1908 hingga 1913.
11.Inggeris juga telah menerima tentangan hebat daripada pahlawan Antanom di Rundum, Pedalaman.
7. Mat Salleh (Datu Paduka Mohamad Salleh Datu
Balu) melancarkan perang ke atas Inggeris dan berjaya menganggu gugat
pentabdiran kolonialis selama enam tahun mulai 1894. Gerakannya termasuklah di
Sandakan, Pulau Gaya, Kota Belud, Ranau dan Tambunan. Pada masa menduduki Tambunan,
Mat Salleh memberikan kata dua kepada Inggeris memaksa untuk mengambil alih
Tambunan, beliau akan mengambil alih Sandakan dan Labuan. Setelah kota
pertahanan terakhir Mat Salleh di Tambunan musnah oleh serangan bedilan
Inggeris pada Januari tahun 1900, tapi patriotism terus membara di kalangan
saki-baki pengikutnya. Mereka terus bergerak menentang Inggeris dari masa ke
masa.
9. Kamuntang menyerang Tempasuk dan Menggatal pada Mei 1900 manakala Tinus, Sarah, Santara dan Langkap bergerak di sebelah pantai Barat.
10. Pak Musa bergerak di Paitan dari tahun 1908 hingga 1913.
11.Inggeris juga telah menerima tentangan hebat daripada pahlawan Antanom di Rundum, Pedalaman.
Di samping gerakan patriotisma bercambah juga
gerakan nasionalisma tanpa kekerasan yang mula bertapak di Sabah
selewat-lewatnya pada tahun 1890-an. Antaranya ialah gerakan dipelopori oleh “
The Mohammaden Association” yang bertindak menyatukan masyarakat Islam melalui
gerakan dakwa Islamiah di Sandakan. Ini diikuti oleh Pergerakan Persatuan
Melayu Tawau (PKMT) bagi menyatukan Melayu sekitar 1910-an.
PERTUBUHAN KEMASYARAKATAN MELAYU TAWAU ( PKMT ) 1953 |
walaupun gerakan nasionalisme melalui persatuan
juga mendapat tekanan dan halangan, namun penduduk Sabah semakin berani
menonjolkan semangat nasionalismenya melalui gerakan sosio politik sekitar
pertengahan tahun 1930-an dengan masyarakat Melayu di Tanah Melayu Persaudaraan
Sahabat Pena Malaya (PASPAM). Para penyokongnya bergerak melalui rangkaian
cawangannya di Jesselton, Tawau dan Labuan, tetapi ahlinya ada dari Sabah. Di
Labuan juga wujud gerakan nasionalisma melalui Kesatuan Melayu Muda. Penduduk
Sabah lebih tertindas dan menderita di bawah pemerintahan Jepun di negeri ini.
Dengan itu, gerakan penentangan secara kekerasan tercetus semula. Antaranya
pelopornya ialah Tun Datu Mustapah Datu Harun dan Albert Kwok. Mereka bangkit
menentang Jepun melalui gerakan perang gerila. Datu Mustapha mewarisi semangat
juang Mat Salleh. Bagaimanapun
kejayaan itu hanya sementara, apabila Albert Kwok bersama-sama Charles Chan
Chau Kong, Jules Stephen, O.T Panglima Ali dan lain-lain ditangkap dan dihukum
mati di Petagas, Putatan.
SEJARAH
RINGKAS PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai
Kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj telah
mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak
digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan
British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee
Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh
Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura
mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.
1. Pada 27 Mei 1961,
Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri
di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah,
Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan
Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi.
2. Pada 23 Julai 1961,
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi
peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan
memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak
menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada
Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu
meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru.
3. Pada Ogos 1962,
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan
Malaysia.
Tunku sedang berucap di Persidangan Wartawan - wartawan Luar Negara Asia Tenggara di Hotel Adelphi , Singapura mencadangkan supaya Brunei , Sabah , Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.
4. Pada 27 Februari 1963
JAK telah mengeluarkan laporannya. Laporan ini diterima dan diluluskan.
5. Pada 9 Julai 1963 berdasarkan
laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London
6. Pada 16 September
1963, Malaysia diisytiharkan.
SEBAB PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Senario politik di Singapura
1. Senario politik di Singapura
Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk
menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an.
Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja.
Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat
bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk
pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan
Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan
satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew
berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku.
Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun
1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR
menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir
golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang
sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu
Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong
ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu.
Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal
yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.
2. Senario politik di Sarawak
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut
yang berhaluan komunis
ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau
bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak
telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka
menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak
(SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan
operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap
melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman
komunis.
3. Mengimbangi penduduk
Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah
penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau
digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan
Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal
ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah,
Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada
penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.
4. Kemajuan ekonomi bersama
Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan
menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah
mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah
negeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan
Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah
ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.
5. Mempercepatkan proses kemerdekaan
Penubuhan gagasan
Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal
sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu
bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan
British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah
itu daripada ancaman kuasa luar.
REAKSI – REAKSI NEGERI TERLIBAT
1. Singapura
Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong
gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman
komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan
Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan
Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah
mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura
mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1%
daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan
Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa
autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan
mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
2. Sabah dan Sarawak
Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan
penubuhan Malaysia. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan
Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin
itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang
Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato' Mustapha bin Dato' Harun dan
Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan
kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut
kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri
masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi
akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat
Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia.
Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka
disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan
Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kedua-dua negeri menganggap
gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan
menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman
berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham
mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen
Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan
Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan
tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
(JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai
gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS)
menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha turut
menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan
Tunku Abdul Rahman.
3. Brunei
Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti
Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari
menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau
mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang
menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di
bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan
Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini
menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain
itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia
menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan
pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan
oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu.
Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana
Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo
Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda
telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai
hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam
tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan
yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat
Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan
oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku
Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato'
Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran
Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:
1. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
2. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap
Malaysia.
3. Menyediakan memorandum mengenai cara
pembentukan Malaysia
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM ) diPengerusikan oleh Donald Stephen ( Anggota Majlis Undangan Sabah ) menandatangani Laporan JPPM yang telah disiapkan yang disaksikan oleh Tun Datu Mustapha , Ketua Menteri Singapore Lee Kwan Yew,
JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin
Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah
mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember
1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil
daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai
Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu
memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23
Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:
a. Perlembagaan
Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan
Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan
keselamatan.
c. Islam
– agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa
Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh
digunakan.
e. Hak
istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan
Sarawak.
f. Sabah,
Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan
Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah,
Sarawak, Singapura dan Tanah
Melayu.
2. Suruhanjaya
Cobbold
Suruhan Jaya Cobbold yang tiba diLapangan Terbang
Kuching pada 2 April 1962 di sambut oleh Governer Sir William Goode
Suruhan Jaya Cobbold semasa membuat lawatan ke
Jesselton terdiri daripada The
Commission Chaiman The Former Governer Of The Bank Of Englad Honourable Lord
Cameron Cobbold , Sir Anthony Abell
Former Governer of Sarawak , Sir David
Waltherson former Chief Secretary of Malaya
, Tan Sri Wong Paw Nee Chief
Minister of Penang dan Tun Mohammad Ghazalie bin Shafie Permenant Secretary to
the Minister of Foreign Affair
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari
1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cameron Cobbold (bekas Gabenor Bank of
England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel ( bekas Gabenor
Sarawak ) dan Sir David Watherston ( bekas Ketua Setiusaha Tanah Melayu ) iaitu
wakil British ,Muhammad Ghazalie Shafie ( Setiausaha Tetap Kementerian Luar
Negeri ) dan Dato' Wong Pow Nee ( Ketua Menteri Pulau Pinang ) iaitu wakil
Tanah Melayu.
Tugas utama suruhanjaya ini ialah:
a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak
mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini
menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50
perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau
lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan
diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.
Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan
Sarawak:
a. 1/3 menyokong ikut Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan
syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
a. Nama persekutuan baru – Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957
menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi
Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih
Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan
Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama,
imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak
ditentukan oleh Majlis Undangan
Negeri masing-masing.
g. Bahasa Melayu – bahasa
kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan
menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing- masing
membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962,
Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan
ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.
3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:
a. Agama Islam – agama rasmi
persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi
Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di
bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah
dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus
mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan
penduduk.
Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan
memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.
i. 27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
ii. 8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
iii. 13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.
Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan
oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:
a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.
Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari
Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri
sehingga
Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15
kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9
Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.
4. Pengisytiharaan Malaysia
Berkenaan dengan penubuhan
Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah
diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO
ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan
penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya
PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963
Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan
PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16
September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.
PENENTANGAN GAGASAN MALAYSIA
1. Filipina
Apabila JPPM dan
Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina
telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962.
Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan
Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958.
Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan
Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi
ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau
bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan.
Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.
2. Indonesia
Pada mulanya,
Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit
menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah
tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan
hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah
melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan
Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr.
Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian,
Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan
penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat
Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.
16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini,
Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan
Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:
a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan
Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang
cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia
Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana
tidak diajak berunding mengenai Penubuhan
Malaysia.
Pada bulan November
1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian,
Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:
a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman
telah meminta bantuan dari PBB dan membuat
bantahan
mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau
askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada
memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai
Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke
negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk
mengikis
propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.
Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi
menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan
konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan
konfrontasi wujud apabila Suharto menggantikan Sukarno. Hasilnya, perjanjian
damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak
berunding dengan Adam Malik di Bangkok.
COBBOLD COMMISSION REPORT
SABAH MERDEKA DALAM
MALAYSIA
Pada 15 September 1963
tepat jam 12.00 tengah malam Bendera British North Borneo telah
diturunkan yang disaksikan oleh
Governer British yang terakhir di Sabah Sir William Allmond Codrington Goode bersama-sama dengan
kakitangan nya yang mana selepas itu mereka terus balik ke – England. Beliau adalah Governer dan Commender
in-Chief North Borneo
1960 – 1963.
Turut mengucapkan
selamat jalan kepada Sir William Goode ialah Ketua Menteri Sabah yang
pertama
Donald Stephen @Tun Fuad Stephen
Tun Datu Mustapha bin
Datu Harun yang pada masa itu adalah sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sabah turut sama memberikan
ucapan selamat jalan kepada Sir William Goode.
Datuk Haris Salleh dan
Orang awam dan juga pelajar turut sama mengucapkan selamat jalan kepada Sir William Goode di Warft Jesselton ( Pelabuhan Jesselton )
Tun
Hj.Abd.Razak bin Hussien selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu tiba di Jesselton pada 15 September 1963 sehari sebelum Upacara Rasmi Pengistiharan Kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia pada 16 September 1963 di Padang Bandaran Jesselton. Beliau disambut
oleh YAB Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephen di Lapangan Terbang Jesselton
Pengumuman dalam
bahasa Cina tentang Deklerasi 10 perkara sebelum pengistiharan Kemerdekaan
ditandatangani yang disampaikan oleh Dato’ Wong Pow Nee Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tun Abdul Razak bin
Hussien Timbalan Perdana Menteri ketika itu hadir sama dalam Majlis tersebut. Sementara itu Tun Fuad Stephens sedang
membacakan 20 perkara yang terkandung dalam
peristiharan Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia
Tun Datu
Mustapha sedang membacakan Aku Janji dihadapan Ketua Hakim North Borneo sebagai menyempurnakan acara pada
hari tersebut
Laungan Merdeka telah
dilaungkan sebanyak 3 kali
Ketua Menteri
Menandatangani Surat Peristiharan Kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia
Tun Datu Mustapha
selaku TYT Negeri Sabah menandatangani Peristiharan tersebut
PROCLAMATION
OF MALAYSIA 1963
In the name of God, Lhe Compassionate, the Merciful.
Praise be to God, the Lord of the Universe, and may the benedicüon
and peace of God be upon Our Leader Muhammad and upon all His Relations and
Friends.
WHEREAS by an Agreement made un lhe Ninth day of July in the year
one thousand nine hundred and sixty-three between the Federation of Malaya, the
United Kingdom, North Bnmeo. Sarawak and Singapore it was agreed that there
shall be federated the States of Sabah. Sarawak and Singapore with the
Federation of Malaya comprising the States of Pahang, Trengganu, Kedah, Johore,
Negri Sembilan, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Penang and Malacca, and that
the Federation shall thereafter be called “Malaysia“;
AND WHEREAS it has been agreed by the parties lo the said
Agreement that as from the establishment of Malaysia the States of Sabah,
Sarawak and Singapore cease to be colonies of Her Majesty the Queen and
Her Majesty the Queen shall relinquish Her sovereignty and jurisdiction in
respect of the three States;
AND WHEREAS there has been promulgated a Constitution for Malaysia
which shall be the supreme law therein;
AND WHEREAS by the Constitution aforesaid provision has been made
for the safeguarding of the rights and prerogatives of Their Highnesses the
Rulers and lhe fundamental rights and liberties of subjects and for the
promotion of peace and harmony in Malaysia as a constitutional monarchy based
upon parliamentary democracy;
AND WHEREAS the Constitution aforesaid having been approved by a law
passed by the Parliaments of the Federation of Malaya and of the United Kingdom
has come imo force on the Sixteenth day of September in the year one thousand
nine hundred and sixty-three;
Now in the name of God thc Compassionate, ihe Merciful, I, TUNKU
ABDUL RAHMAN PUTRA IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, Prime
Minisier of Malaysia, with the concurrence and approval of His Majesty the Yang
di-Pertuan Agong of the Federation of Malaya, His Excellency The Yang
Pertuan Negara of Singapore, His Excellency the Yang Negara of Sabah and
His Excellency the Governor of Sarawak Do HEREBY DECLARE AND PROCLAIM on behalf
of the peoples of Malaysia that as from the Sixteenth day of September in the
year one thousand nine hundred and sixtythree, corresponding to the Twenty
eighth day of Rabi’ul Akhir in the year of the Hijrah one thousand three
hundred and eighty-three, that MALAYSIA comprising the States of Pahang,
Trengganu„ Kedah, Johore, Negri Sembilan, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis,
Penang. Malacca, Singapore. Sabah and Sarawak shall by the Grace of God, the
Lord of the Universe, forever be an independent and sovereign democratic State
founded upon liberty, and justice, ever seeking to defend and uphold peace and
harmony among its peoples and to perpetuate peace among nations.
Kuala Lumpur, Sixteenth day of September, 1963.
ISI KANDUNGAN 20 PERKARA
1.
AGAMA
2.
BAHASA
3.
PERLEMBAGAAN
4.
KETUA PERSEKUTUAN
5.
NAMA PERSEKUTUAN
6.
IMIGRESEN
7.
HAK MENARIK DIRI
8.
BORNEONISASI
9.
PEGAWAI PEGAWAI BRITISH
10.
KEWARGANEGARAAN
11.
CUKAI DAN KEWANGAN
12.
KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI / BUMIPUTERA
BORNEO UTARA
13.
KERAJAAN NEGERI
14.
JANGKAMASA PERALIHAN
15.
PELAJARAN
16.
PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN
17.
PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN
18.
NAMA KETUA NEGERI
19.
NAMA NEGERI
20.
TANAH , HUTAN , KERAJAAN TEMPATAN DAN
LAIN-LAIN
Perkara 1:
Agama
Walaupun tiada bantahan terhadap
agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi
sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai
agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan
di Borneo Utara.
Perkara 2:
Bahasa
·
Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa
Kebangsaan Persekutuan
·
Penggunaan Bahasa Inggeris harus
diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia
·
Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai
bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan
persekutuan, tanpa had masa.
Perkara 3:
Perlembagaan
Walaupun Perlembagaan Persekutuan
Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi
Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri
bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan
yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam
keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara
sewajarnya amat diperlukan.
Perkara 4:
Ketua Persekutuan
Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo
Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
Perkara 5: Nama
Persekutuan
"Malaysia" bukan "Melayu
Raya".
Perkara 6:
Imigresen
Kawalan ke atas penghijrahan dari luar
ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan
Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan
persetujuan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya
berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia
berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja.
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan
seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada
tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.
Perkara 7: Hak
Menarik Diri
Hak untuk memisah atau menarik diri
dari Persekutuan seharusnya tidak ada.
Perkara 8:
Borneonisasi
Proses untuk melantik orang-orang
tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan
secepat mungkin.
Perkara 9:
Pegawai-pegawai British
Segala usaha harus dibuat untuk
menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam
perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang
tempatan yang berkelayakan.
Perkara 10:
Kewarganegaraan
Tertakluk kepada pindaan berikut,
Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak
kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
- Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
- Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
- Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.
Perkara 11:
Cukai dan kewangan
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa
ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.
Perkara 12:
Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara
Pada prinsipnya bangsa asli Borneo
Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada
bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak
semestinya digunapakai oleh Borneo Utara.
Perkara 13:
Kerajaan Negeri
Ketua Menteri harus dipilih oleh
ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai
suatu sistem kementerian yang sesuai.
Perkara 14:
Jangkamasa Peralihan
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa
ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut
perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.
Perkara 15:
Pelajaran
Sistem pelajaran Borneo Utara yang
wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah
kawalan kerajaan negeri.
Perkara 16:
Perlindungan kepada Perlembagaan
Tidak ada sebarang pindaan, perubahan
atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada
perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa
persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri
ini.
Perkara 17:
Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan
Ini sepatutnya bukan hanya bergantung
kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan
keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari
jumlah perwakilan dari Singapura.
Perkara 18:
Nama Ketua Negeri
Yang Di Pertua Negara.
Perkara 19:
Nama Negeri
Sabah.
Perkara 20:
Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain
Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai
kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara. Seperti itu
juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara.
Memberikan tabik hormat kepada Kontinjen Perarakan sempena Hari
Kemerdekaan Sabah pada 16 September
1963.
No comments:
Post a Comment