Sunday, July 10, 2016

KEMBARA TANAH SUCI :IBADAH UMRAH UMNO BAHAGIAN TAWAU VOL.2

PERJALANAN MENUJU  IBADAH UMRAH II
( MADINAHTUL AL-MUNAWWARAH )

10 April 2016 ( Ahad )

Rombongan Jamaah UMNO Bahagian Tawau tiba di Madinahtul Munawwarah pada jam 11.00 malam dan terus check in di Hotel Al-Saha. Kami diberikan bilik yang akan menempatkan 4 orang sebilik.


11 April 2016 ( Isnin )


Hari ini Jamaah Rombongan Perjalanan Umrah UMNO Tawau akan melakukan Ziarah ke Makam Rasulullah saw , Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Omar Al Khattab RA serta perkuburan Baqe’.




Masjid Nabawi tersegam Indah , yang menjadi tumpuan kaum Muslimin dan Muslimat seluruh Dunia dimana terletaknya Makan Nabi Muhammad saw dan sahabatnya  Saidina Abu Bakar Siddek RA dan Saidina Omar Al Hattab RA. Disini lah juga terletak nya Al Raudah Taman Taman Syurga , dimana sentiasa diingatkan kepada pada Jamaah bahawa tempat  ini adalah kawasan Mustajab Doa. Dibawah Kubah berwarna hijau itu lah terletaknya Makam Rasullullah saw dan sahabatnya dan juga Al’Raudah Taman Taman Syurga

Jamaah Lelaki dan Wanita pergi berasingan semasa ziarah tersebut. Pihak wanita akan dibimbing oleh seorang Ustazah yang disediakan khas oleh Agensi.


Ruang menunggu untuk masuk ke kawasan Raudah atau Taman taman Syurga


Kawasan Raudah Taman-taman Syurga
Giliran Rombongan Jamaah Umrah UMNO Bahagian Tawau masuk ke kawasan Raudah , masing masing mengambil tempat yang telah diniatkan. Syukur Alhamdullillah kami telah dapat solat dan berdoa disini , semoga dilain kali akan dapat ke sini lagi dengan dapat bersolat dan berdoa.

Syaikh Abdullah bin Jibrin rahimahullah ketika ditanya mengenai hadits: “antara rumahku dan mimbarku adalah taman (raudhah) dari taman-taman surga” Beliau menjelaskan: “hadits ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari Ali bin Abi Thalib dan Abu Hurairah dan beliau menilai hadits ini hasan gharib dari Ali. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim dan selainnya dari jalan lain yang di dalamnya terdapat tambahan: ‘dan mimbarku (kelak) akan berada di atas telagaku‘   Makna hadits ini menyatakan bahwa area tersebut (raudhah) memiliki kemuliaan dan keutamaan. Barangsiapa yang solat di sana seakan-akan ia telah duduk di taman dari taman-taman surga. Sehingga menjadikan solat  yang dilakukan di sana berpahala banyak. Sebagaimana juga shalat di bagian masjid Nabawi yang lain dilipat-gandakan pahalanya 1000 kali dari shalat di masjid lain kecuali masjidil haram”. Disunnahkan beribadah di raudhah : Syaikh Abdullah bin Jibrin rahimahullah juga mengatakan: “raudhah adalah kawasan di sekitar mimbar yang biasa digunakan oleh Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam untuk berkhutbah. Berdasarkan hadits yang telah disebutkan di atas, raudhah ini termasuk dalam taman-taman surga. Oleh karena itu disunnahkan solat di raudhah baik solat fardhu ataupun solat sunat. Demikian juga disunnahkan i’tikaf atau duduk untuk berdzikir atau membaca Al Qur’an di sana. Karena beribadah di sana terdapat pelipat-gandaan pahala” .


12 April 2016 ( Selasa )

Pada hari ini Program Ziarah diteruskan dengan ziarah ke Masjid Quba , Masjid Qiblattain ,Pasar Tamar dan Jabal Uhud.




Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. Sabda Nabi  lagi: “ Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah”. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)


Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda:” Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah”  Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah).


Solat di Masjid Quba' yang penuh dengan Barakah


Rombongan Jamaah Umrah UMNO Bahagian Tawau singgah di Masjid Quba’ dan para Jamaah dapat mengerjakan Solat Sunat disini semoga mendapat keredhaan Nya dengan melipat gandakan Pahalanya.

9.00pagi Ziarah dibumi Para Anbia diteruskan dengan singgah di Pasar Tamar. Di sini terdapat beranika jenis Tamar , sebelum membeli dibenarkan untuk merasa Tamar bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan.




11.30 pagi Ziarah dibumi Para Anbia diteruskan ke Makam Sayidina Hamzah bin Abdul Muthalib (paman Nabi Muhammad saw) dan Abdullah bin Jahsyi (sepupu Nabi Muhammad saw) ditandai dengan batu-batu hitam. Sedangkan 68 makam syuhada berada di sampingnya tanpa ada tanda.
Rasulullah saw bersabda,”Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali rohnya berada didalam burung hijau yang melintasi sungai Surgawi. Burung itu memakan makanan dari Taman Syurga, dan tidak pernah kehabisan makanan. Para Syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan keadaan kami kepada saudara kami bahwa kami sudah berada di surga.”

Maka Allah SWT berfirman ,” Aku yang akan memberi kabar kepada mereka.” Maka dari situ kemudian turun ayat yang berbunyi,” Dan janganlah mengira bahwa orang yang terbunuh di jalan Allah SWT itu meninggal (Qs 3:169) , sehingga kehari ini para Mutawwif akan membawa Jamaah kesini.


Bergambar kenang-kenangan diMakam Syidina Hamzah bin Abdul Muttalib dengan 69 para Syuhadah yang Syahid dalam Peperangan Uhud.

1.30 Petang Setelah berziarah dan membacakan doa untuk 70 syuhada, termasuk paman Nabi Muhammad SAW Syidina Hamzah Abdul Muttalib, di kompleks pemakaman Jabal Uhud, Jamaah Umrah dan Ziarah UMNO Bahagian Tawau berkunjung ke Jabal Magnet (Magnetic Hill) atau Gunung Magnet di Madinah, Arab Saudi. Jabal Magnet yang terletak di sebelah utara Kota Madinah ini dikatakan semakin lama semakin terkenal dan menjadi salah satu tempat lawatan jamaah haji atau umrah, terutama dari Malaysia. 

Jabal Magnet terjarak sekitar 60 kilometer dari Kota Madinah. Bukit dan pegunungan di Jabal Magnet hampir sama dengan gunung-gunung lain di Tanah Suci, iaitu penuh pasir dan bebatuan. Namun, keutamaan bukit di Jabal Magnet adalah bebatuan bukitnya didominasi merah bata, beberapa agak hitam.

Semasa Bas kami bergerak kembali ke Kota Madinah , Pemandu Bas berkenaan mematikan Injin Bas tersebut , Subhanallah, Bas bergerak  sendiri ke arah depan secara perlahan. Kemudian  Laju  , Bas tersebut kemudian bergerak semakin laju , mulai dari lima km per jam, 10 km per jam, perlahan berubah menjadi 50 km per jam, 100 km per jam, dan terakhir 120 km per jam. Setelah berjalan sekitar 10-12 km, Bas kemudian menurun perlahan dan kemudian dihidupkan Injin dan meneruskan perjalanan.

Makan Malam Arabian Food
Sebelum meninggalkan Kota Madinah untuk kembali ke Tanah Air Jamaah Rombongan Umrah dan Ziarah UMNO Bahagian Tawau dibawa makan ke salah sebuah Restaurat disana untuk menikmati makanan Nasi Arab.

Kedai Nasi Arab Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan Umrah atau Haji, pasti pernah merasai keenakan nasi Arab di sana. Rasa kambing dan daging di sana sangat berlainan dengan di Malaysia. Apabila terimbau kenangan di Makkah & Madinah, pasti rindu untuk makan nasi Arab 

Nampak kita makan berselera tetapi kami tidak dapat habiskan makanan tersebut. 
Al Maklumlah bukan biasa sangat makan Nasi Arab ni , walau bagaimana pun memang sedap hanya terlampau banyak. 

Sedulang Nasi Arab ini bukan senang dihabiskan oleh 4 orang Malaysia , kami sudah cuba tapi tidak boleh dihabiskan.


13 April 2016 ( Rabu )

Rombongan Umrah dan Ziarah UMNO Bahagian Tawau telah mengadakan Ziarah Selamat tinggal ke Makam Rasullullah SAW sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Prince Mohammed bin Abdulaziz , Madinah.




Doa Ziarah Wida'


"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."


Kembali ke hotel untuk makan tengahari, kemudian berkumpul di lobi dan bersedia untuk berangkat ke Lapangan Terbang Prince Mohammed bin Abdulaziz , Madinah Al-Munawwarah. Persiapan pemunggahan barang barang kami kedalam Bas . Alhamdulillah, Allah swt permudahkan perjalanan dimana rombongan kami bertolak meninggalkan hotel dan kota Madinah untuk menuju ke Lapangan terbang .  Hati merasa sayu, Semua menyepi melayan perasaan dengan pengalaman yang telah dilalui sebermula di Makkah pada 3 April 2016.

Selamat tinggal Rasullullah SAW,Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, dan keluarga Rasulullah SAW. Selamat tinggal kota Madinah Al Munawwarah. Insyaallah..Kami akan datang lagi.

Rombongan Jamaah Umrah dan Ziarah UMNO Bahagian Tawau menaiki Bas ke Lapangan Terbang Prince Mohammed bin Abdulaziz yang jarak nya dari Kota Madinah lebih kurang 10 kilometer.


 DiLapangan Terbang Antara Bangsa Prince Mohammed bin Abdulaziz

DiLapangan Terbang Prince Mohammed bin Abdulaziz

Menunggu masuk ke Kapal Terbang untuk kembali ke Tanah Air Malaysia 


Dalam Kapal Terbang



Dalam Kapal Terbang

Penerbangan ke Malaysia dari Madinah memakan masa 8 jam. Penerbangan kami dijangkakan tiba di KLIA pada 14 April 2016 jam 7.00 pagi.

Penerbangan kami ke Tawau pula pada jam 2.50 petang dan dijangkakan tiba di Tawau pada jam 5.40 petang.



No comments:

Post a Comment