BERSAMA PEMIMPIN
PERINGKAT DAERAH MENGUNDI
Perlaksanaan Program berbentuk santai antara Pemimpin dan Penduduk perlu diperkasakan. Agar segala masalah dan Isu-isu semasa dapat diperjelaskan oleh Pemimpin dan dapat didengar dan diambil perhatian oleh pemimpin akar umbi serta penduduk kampong dikawasan Peringkat Daerah Mengundi. Tindakan segara, menerusi pelaksanaan program seperti itu, masyarakat dapat bertemu dengan pemimpin bagi menyuarakan masalah yang dihadapi.
Pelaksanaan Program Santai Bersama Pemimpin yang dijalankan ini bertujuan agar masalah orang kampung dapat terus didengar oleh Pemimpin selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Pada program kali ini, beberapa Peringkat Daerah Mengundi diParlimen P.190 telah terpilih terutama sekali dikawasan DUN Balung dan juga DUN Apas. Beberapa acara telah disediakan bagi menyemarakkan program tersebut sambil beramah mesra Pemimpin dengan Rakyat.
Pada 7 Ogos 2016 @ 7.00 pagi , Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pemuda Bahagian UMNO Tawau berada di Balairaya Kampung Kuala Apas bagi Program Santai bersama Pemimpin.
Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan , Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah tiba di PDM Apas disambut oleh Ketua PDM Encik Tony Taha dan Ketua Ketua Cawangan Zon Apas serta Penduduk Kampung Kuala Apas.
Menyanyikan lagu Kebangsaan Negara Ku , Sabah Tanahair Ku dan Bersatu Bersetia Berkhidmat
Program Santai bersama rakyat yang telah diadakan di PDM Zon Apas yang diketuai oleh Tony Taha pada 7 Ogos 2016 di Balairaya Kampung Kuala Apas. Program ini dihadiri yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah. Turut hadir Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau.
Dalam ucapan Yang Berhormat Datuk Tawfiq , menyeru agar Ahli ahli UMNO tidak terpengaruh dengan Dakyah Dakyah palsu yang digembar gemburkan disana sini oleh pihak pihak tertentu yang suka melihat perpecahan orang orang Melayu Khas nya Parti UMNO.
Anggota dan Pemimpin UMNO mestilah berpegang kepada prinsip persahabatan dan taat setia dalam memperjuangkan kepentingan parti. Kita perlu konsisten dalam menjaga parti untuk generasi akan datang memandangkan pemimpin 'boleh datang dan pergi' namun perjuangan dan istiqamah terhadap parti kekal. Tindakan menegur atau memberi pandangan terhadap pemimpin bukanlah satu masalah tetapi ia tidak boleh dibuat di luar batas perlembagaan dan tatasusila parti.
Kita tidak boleh buat sesuatu yang di luar perlembagaan dan tatasusila parti sebab apa yang kita buat di luar parti akan merosakkan parti. Perlu diingatkan kalau parti masih kekal, perjuangan boleh diteruskan kerana pemimpin boleh datang dan pergi, tak jadi masalah tetapi parti kita mesti dipertahankan, kalau parti hancur lebur ianya hanya tinggal kenangan dan perjuangan membela bangsa dan tanahair akan berkecai . Pemimpin yang masih memegang jawatan dalam parti atau telah melepaskan jawatan haruslah menjaga parti dengan mengamalkan istiqamah. Kita perlu jaga kepentingan parti ini untuk generasi akan datang. Sejarah akan hukum kita sekiranya kita tidak jaga kepentingan orang Melayu. Ini adalah wajib sumpah setia kita , sumpah setia pada parti adalah selama-lamanya dan bukan setakat waktu memegang jawatan atau waktu-waktu tertentu sahaja disebabkan perjuangan tidak mengenal masa atau umur. Perjuangan mesti diteruskan kerana matlamat yang ingin dihajati belum menjadi kenyataan walaupun UMNO telah mencapai banyak kemajuan dan kejayaan. Wajib untuk kita menjaga perjuangan parti dan sumpah setia yang diikrarkan, tanpa mengira apa jua jawatan yang dipegang, sama ada presiden parti atau tidak memegang jawatan atau bersara. Sumpah setia ini perlu dipegang sampai akhir hayat kepada parti UMNO.
Kehadiran ramai penduduk kampung menyemarakkan lagi Program ini
Yang Berhormat Datuk Tawfiq beramah mesra dengan kanak kanak di PDM Apas sambil memberikan buah tangan untuk mereka.
Program Santai Bersama Pemimpin wajar diteruskan dan diperluaskan kepada pemimpin yang lain. Ini kerana aktiviti seumpama ini mampu menjadi medium suara rakyat dan jambatan mengeratkan hubungan antara pemimpin akar umbi dengan pemimpin atasan. Program ini mempertemukan sebahagian besar ahli Jawatankuasa Bahagian, Pergerakan Pemuda dan Wanita Bahagian .
Pada 13 Ogos 2016 @ 7.00 pagi , Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pemuda Bahagian UMNO Tawau yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Datuk Rosdianah Md.Nor berada di Sekolah Rendah Kuala Apas bagi menyempurnakan perasmian Program Motivasi dan Perkampungan UPSR.

Kehadiran Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan ke Program Motivasi dan Perkampungan UPSR di SK Kuala Apas telah memberikan sintikan semangat kepada Ibubapa dan murid murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Dalam Ucapan beliau , beliau menyarankan agar perlulah Ibubapa memainkan peranan membantu anak anak mereka untuk berjaya dalam pelajaran mereka. Beliau berharap Ibibapa menyediakan tempat yang sesuai untuk anak anak mereka belajar dirumah. Masa depan mereka adalah bergantung kepada keperihatinan Ibubapa disamping para guru yang mengajar mereka disekolah.
Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan menyarankan agar Ibubapa memberikan perhatian keatas pembelajaran anak anak mereka. Kerana mereka ini lah yang bakal menaikkan martabat keluarga mereka kelak. Sekiranya mereka berpelajaran tinggi tentu sekali akan dapat menjawat jawatan yang tinggi dan mendapat gaji yang tinggi sehingga dapat membantu Ibubapa mereka. Sekiranya mereka tidak berpelajaran mereka akan jadi susah dan tidak dapat m,embantu ibubapa mereka kelak , malahan ada yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa mereka pula.
Dengan kerjasama dari Pergerak Wanita UMNO Bahagian Tawau serta guru guru Program Motivasi dan Perkampungan UPSR ini diharapkan dapat membantu murid murid yang akan menduduki Peperiksaan kelak. Yang Berhormat Datuk Tawfiq memasangkan Tag nama peserta dan sambil memberikan pesanan agar mereka belajar bersungguh sungguh untuk menjadi orang yang berguna dimasa akan datang.
Para ibubapa dan murid murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR , nasihat Yang Berhormat Datuk Tawfiq agar semua murid murid ini belajar bersungguh sungguh agar dapat mengharumkan nama Sekolah mereka SK Kuala Apas.
Mendekati rakyat menerusi pelbagai pendekatan menarik dapat menambat hati dan menyelami permasalahan rakyat di kawasan, pendekatan turun padang yang diamalkan selama ini perlu diperluaskan melalui program yang dianjur dengan penglibatan masyarakat setempat. Tidak kira sama ada pemimpin atau ahli biasa, semua perlu turun padang termasuk mengadakan program berkunjung dari rumah ke rumah untuk mendekati rakyat . Diharapkan semua pemimpin masyarakat berperanan penting dalam membantu pembangunan sesuatu kawasan. Pemimpin masyarakat diibaratkan sebagai sebuah jambatan yang menghubungkan antara kerajaan dan penduduk dalam memastikan kemajuan berterusan sesebuah tempat , melalui pemimpin masyarakat kerajaan akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk dan akan berusaha untuk mengatasinya.
Pada 13 Ogos 2016 @ 10.00 pagi , Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau berada di Dewan Serbaguna Kampung Titingan bagi perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Titingan yang diketuai oleh Tuan Haji Mahamud bin Sakti , dalam Program Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peringkat Daerah Mengundi Titingan.
Dewan serbaguna dipenuhi oleh penduduk sekitar kampung Titingan hadir bagi mendengar amanat dan pesanan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan , Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Ucapan alu-aluan Ketua Zon Titingan Tuan Haji Mahamud Sakti mewakili Pemimpin - pemimpin akar umbi di zon tersebut. Beliau amat gembira kerana Yang Berhormat hadir sama dan akan memberi penerangan dan penjelasan keatas isu-isu semasa yang mana ada diantaranya sukar diterangkan oleh pemimpin pemimpin akar umbi kepada rakyat dibawa jagaan masing masing.
Dalam amanat Yang Berhormat , beliau menyarankan agar Masyarakat Kampung Titingan tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang sering mengadu domba dan menyibarkan berita berita palsu. Rakyat harus perihatin dan sentiasa mempunyai fikiran yang positif agar tidak terpengaruh dengan dakyaj dakyah palsu yang mana ketika ini tersibar luas melalui Internet , Portal , Website , Whatapps dan face book. Dalam Isu 1MDB Yang Berhormat menjelaskan , kita perlulah memahami nya bukan hanya retorik dan spekulasi sebagi contoh , yang telah di siarkan oleh 1MDB
Masyarakat telah menilai 1MDB sebagai sebuah tabung pelaburan berpiagam. Walhal, ia merupakan sebuah syarikat pembangunan strategik dimana secara praktikalnya, ia merupakan syarikat yang didirikan dan mempunyai dana secara bebas namun begitu keputusan pelaburannya didorong oleh kepentingan ekonomi negara. Seperti tabung pelaburan berpiagam, 1MDB dimiliki secara mutlaknya oleh kerajaan, tetapi terdapat perbezaan ketara dimana tabung pelaburan berpiagam di dana secara langsung oleh kerajaan dan membuat pelaburan bagi pihak kerajaan. 1MDB didirikan dan melabur menggunakan modal sendiri dan hanya menerima ekuiti berjumlah RM1 million dari kerajaan semasa penubuhannya. *Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.
Apakah fungsi 1MDB?
Fungsi 1MDB adalah untuk menggerakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi mampan jangka panjang Malaysia. Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan yang mempunyai pihak pengurusan tersendiri (bebas), 1MDB menggabungkan bantuan praktikal kerajaan dan kemahiran sektor swasta serta modal bebas untuk mendapatkan lebih banyak peluang besar. Hasilnya, kita mempunyai keupayaan yang unik untuk membuka semula jalan buntu, memberi lebih peluang yang bernilai, dan menggerakkan projek-projek.
Sebagai contoh, TRX.
Pelaburan 1MDB, berserta pelabur-pelaburdalam dan luar negara yang dijanakan (samada secara langsung atau tidak) akan merubah kawasan ini kepada daerah yang lebih membangun dan memberi beribu peluang pekerjaan sepanjang proses perlaksanaannya.
Apakah sector yang sedang dijalankan/diceburi oleh 1MDB pada saat ini?
Buat masa ini, 1MDB fokus kepada 2 sektor; tenaga dan hartanah. Perniagaan tenaga kami terdiri daripada portfolio 15 kuasa dan penyahgaraman tumbuhan di lima buah negara, dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW, menjadikan kami pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia. Fokus kami pada sektor ini berpunca daripada matlamat strategik Kerajaan untuk memastikan keselamatan tenaga Malaysia, dengan memperuntukan mampan kuasa yang penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur disamping menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Untuk sektor hartanah, 1MDB bertanggungjawab untuk beberapa projek transformasi di Malaysia termasuk TRX - yang akan menjadi daerah kewangan berdedikasi di Kuala Lumpur yang pertama apabila selesai, dan Bandar Malaysia - 495 ekar kawasan bandar pembangunan bercampur di tapak lapangan terbang lama Sungai Besi.

Bagaimana 1MDB dijana?
Seperti syarikat besar yang lain, 1MDB mengumpul modal di pasaran hutang tempatan dan antarabangsa. Konsistensi selama beroperasi menunjukkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang dapat dicapai di dalam pasaran kewangan antarabangsa pada 1MDB. Tambahan pula, kejayaan membina beberapa perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat pelaburan terkemuka antarabangsa, diramalkan sebagai aliran pelaburan asing yang baik di Malaysia. 1MDB tidak dibiayai oleh Kerajaan. Malah, 1MDB hanya pernah menerima RM1 juta ekuiti daripada Kerajaan yang telah digunakan untuk kesan yang baik dalam membina perniagaan yang kukuh dimana ia akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi di negara ini dalam tempoh jangka panjang.
Adakah 1MDB melabur di luar negara?
Geseken biola Yang Berhormat Datuk Taufiq untuk para hadirin yang hadir mendendangkan tiga buah lagu ; Warisan , Putus sudah kasih sayang dan jangan tinggal daku.
Pada 13 Ogos 2016 @ 2.00 petang , Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau berada di Dewan SK.Wakuba , Kampung Wakuba bagi perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Wakuba yang diketuai oleh Tuan Haji Rackey bin Apna , dalam Program Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peringkat Daerah Mengundi Wakuba.
Ya.
Kebiasaannya syarikat besar akan melabur lebihan dana terutamanya dalam mata wang asing, dengan seliaan dari pengurus dana antarabangsa yang berlesen / pentadbir dan bank kustodian dalam bidang ini yang mematuhi amalan terbaik antarabangsa. Institusi-institusi ini mengamalkan strategi pulangan mutlak dengan matlamat utama untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dan / atau pendapatan yang mantap melalui pelaburan mereka.Tiada yang luar biasa tentang perkara ini dan kebanyakannya merupakan syarikat saham mewah, termasuklah lebih 200 syarikat Malaysia, telah dilaburkan dana dalam bidang kuasa yang sama. Khususnya, benarkah 1MDB melabur pada Kepulauan Cayman? Pada tahun 2009, 1MDB dan sebuah syarikat Arab Saudi memasuki satu usaha sama untuk memudahkan kerjasama ekonomi jangka panjang di antara Malaysia dan Arab Saudi . Sebahagian daripada usahasama ini, 1MDB membuat pelaburan ke dalam dana bersama dengan syarikat itu yang ditubuhkan untuk membuat pelaburan ke atas projek-projek yang akan menjana faedah kewangan yang strategik untuk kedua-dua negara. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pelbagai faktor, kedua-dua pihak akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan dengan rancangan ini. Oleh yang demikian, pelaburan dalam syarikat itu telah ditukar ke dalam instrumen pendapatan tetap dalam bentuk nota Murahaba, dimana pada dasarnya merupakan sebuah pinjaman, dengan kadar faedah tahunan sebanyak 8.75 %. Pinjaman ini telah dibayar balik sepenuhnya, untuk US$2.318 billion dengan keuntungan sebanyak US$488 million pada tahun 2013. Menghantar pulang dana ini ke Malaysia akan mendedahkan mereka kepada turun naik di pasaran pertukaran asing. Dalam usaha untuk memastikan bahawa kita mengekalkan kedudukan mudah tunai yang kukuh dengan portfolio global yang pelbagai, dana ini dilaburkan dalam syarikat subsidiari 1MDB yang telah didaftarkan di Kepulauan Cayman untuk tujuan cukai. Ini telah dilakukan dengan usaha yang dikira wajar dan diambil kira secara menyeluruh, dengan dana yang disimpan dengan pengurus dana berlesen antarabangsa. Sekali lagi, tiada apa-apa yang luar biasa tentang perkara ini dan banyak syarikat-syarikat mewah telah melabur dana mereka di Kepulauan Cayman, dimana ia merupakan salah satu satu bidang kuasa dana berdaftar yang terbesar di peringkat antarabangsa. Sebagaiman Suruhanjaya Syarikat telah menyatakan, lebih 200 syarikat Malaysia termasuk beberapa nama-nama isi rumah juga telah melabur dana mereka di rantau ini. Dari segi pelaburan, kami telah pun menebus 60 % daripada dana yang dilaburkan dan mengharapkan pulangan selebihnya pada bulan-bulan yang akan datang.

Perlukah rakyat berasa bimbang tentang tahap hutang 1MDB ?
Tidak sama sekali.
Seperti mana-mana syarikat utama, 1MDB telah menaikkan modal di pasaran hutang antarabangsa untuk membiayai projek-projek tertentu, sejajar dengan skala yang diperlukan untuk berbuat demikian. Semua hutang 1MDB disokong oleh aset yang kukuh dan jumlah nilai aset (RM51.4 bilion pada akhir tahun kewangan Mac 2014) dengan selesa melebihi nilai jumlah hutang (RM41.9 bilion bagi tempoh yang sama). Tambahan pula, kita tidak pernah terlepas jadual pembayaran, walaupun kami berhasrat untuk berbuat demikian. Keupayaan kami adalah konsisten iaitu untuk mengumpul dana di pasaran antarabangsa, dan merujuk kepada pelabur yang berkualiti, ia mencerminkan keyakinan mereka pada 1MDB, dan penyenaraian perniagaan tenaga kita adalah satu daripada siri latihan yang kami berhasrat untuk menjalankan untuk penyahumpilan kunci kira-kira 1MDB. Selain itu, kami terus mengembangkan perniagaan hartanah kami dengan projek-projek seperti TRX, yang akan menjadi daerah kewangan pertama Kuala Lumpur setelah selesai. Dan, sejak setahun lalu, 1MDB telah menandatangani beberapa perjanjian dengan syarikat-syarikat terkemuka dari seluruh dunia, termasuk hartanah dan infrastruktur kumpulan antarabangsa Lend Lease dan Export- Import Bank of China, yang membawa kepada pelaburan bernilai lebih $1,3 bilion ke Malaysia . Seiring dengan peningkatan nilai aset hartanah kami, 1MDB berhasrat untuk menggunakan dana untuk mendorong pertumbuhan masa depan dan juga mengurangkan tahap hutang.

Adakah hutang 1MDB akan memberi impak kepada kemakmuran negara Malaysia?
Hutang 1MDB tidak akan sama sekali memberi impak dan kesan kepada negara secara khususnya.
Seperti yang telah dinyatakan, kesemua hutang 1MDB disokong dengan asset yang kukuh dan aliran tunai yang stabil, dan jumlah asset 1MDB (RM51.4 bilion pada akhir tahun kewangan Mac 2013) adalah lebih tinggi nilainya berbanding jumlah hutang (RM41.9 bilion pada penggal yang sama). Daripada keseluruhan jumlah hutang, kerajaan hanya menyediakan jaminan untuk RM5.8 bilion, di mana 1MDB mempunyai liputan faedah ketara. Oleh kerana 1MDB adalah sebuah syarikat tanggungan terhad, risiko yang ditanggung dan pendedahan kepada pemegang saham kami ( Kerajaan ) adalah terhad. Berkenaan kecurigaan yang timbul pada aktiviti fund raising 1MDB berkenaan terbitan Bon / Hutang yang mempunyai kadar faedah terlampau tinggi dan pembayaran kepada “orang tengah”. Apakah maklum balas 1MDB mengenai isu ini? Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi. Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama. Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting. Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi. Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. Manakala bon yang dikeluarkan oleh 1MDB mempunyai tempoh tiga puluh tahun. Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi. Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu. Dengan keadaan ekonomi pada masa itu, hakikat bahawa 1MDB berjaya menjana jumlah dana sebesar ini mencerminkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang diletakkan terhadap syarikat. Kami juga memandang serius spekulasi tidak berasas bahawa sebahagian daripada kadar faedah ini telah dibayar kepada ‘orang tengah’ sebagai sejenis bayaran manfaat. Ini adalah tuduhan yang serius. Kami ingin menjelaskan secara tegas bahawa keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan tersebut adalah dibayar kepada para pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-institusi terulung di Malaysia, dua kali setahun mengikut jadual pembayaran. Untuk mengatakan sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar.

Kesimpulannya, apakah sumbangan 1MDB kepada ekonomi negara?
Misi 1MDB adalah untuk memacu pembangunan ekonomi yang mapan di Malaysia dengan menjalin perkongsian strategik global dan menggalakkan pelaburan asing secara langsung ke negara ini dan juga mengambil bahagian dalam sektor strategik yang membantu memacu pertumbuhan sosio - ekonomi. Sejak ditubuhkan pada tahun 2009, kami telah membina rekod prestasi yang berjaya menarik syarikat-syarikat besar daripada pasaran kewangan antarabangsa ke Malaysia, yang akan membawa kepada aliran dalam modal ke dalam negara ini. TRX sebagai satu contoh; syarikat-syarikat terkemuka dan institusi dari Australia, China dan Timur Tengah di kalangan kawasan-kawasan lain melabur dalam pembangunan, yang akan merangsang pertumbuhan dan mewujudkan beribu-ribu pekerjaan di Kuala Lumpur
Geseken biola Yang Berhormat Datuk Taufiq untuk para hadirin yang hadir mendendangkan tiga buah lagu ; Warisan , Putus sudah kasih sayang dan jangan tinggal daku.
Pada 13 Ogos 2016 @ 2.00 petang , Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau berada di Dewan SK.Wakuba , Kampung Wakuba bagi perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Wakuba yang diketuai oleh Tuan Haji Rackey bin Apna , dalam Program Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peringkat Daerah Mengundi Wakuba.
Kehadiran Yang Berhormat Datuk Tawfiq Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah bersama rombongan disambut dengan gembira oleh Pemimpin pemimpin Kampung di Zon Wakuba.
Dalam ucapan Yang Berhormat Datuk Tawfiq , beliau sering mengingatkan kepada pemimpin akar umbi dan juga masyarakat kampung kawasan PDM Wakuba bahawa mereka perlu berhati hati apabila menerima berbagai cerita melalui pelbagai saluran seperti Internet , Whatapps , facebook , dan lain lain saluran media massa. kerana pada hari ini terlalu banyak tomahan dan lapuran lapuran yang palsu yang tiada asas kebenaran nya. Rekaan cerita diolah se akan akan benar sehingga sekiranya tidak merujuk kepada yang lebih faham , ianya akan memudaratkan. Beberapa isu isu yang ditimbulkan , seperti 1MDB , Sabah for Sabahan , Isu Royalti Minyak dan berbagai lagi.Yang Berhormat menerangkan secara ringkas beberapa isu yang digember gemburkan oleh pihak tertentu untuk penerangan kepada Pemimpin akar Umbi dan juga Masyarakat Kampung di Zon Wakuba.
Antara isu yang diterangkan tentang Royalti Minyak di Negeri Sabah. Pada masa ini Sabah mendapat 5% royalti minyak , 5% untuk PutraJaya ( Kerajaan Persekutuan ) selebihnya adalah diperolihi Syarikat yang melakukan carigali iaitu 90% . Dalam Urusan cari gali minyak ini pihak syarikat perlukan lebih kurang 70% hingga 80% untuk urusan pengendalian cari gali dan hanya lebih kurang 20% hingga 30% sahaja yang dikira keuntungan. Dengan kebijaksanaan Pemimpin kita Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah , telah mendapat sokongan dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bagi mengendalikan cari gali minyak melalui Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah. Dengan termeterinya perjanjian antara syarikat yang telah mendapat tender kontrak cari gali di 2 lokasi di Sabah dengan syarikat kerajaan negeri Sabah yang mana telah dipersetujui pihak Kerajaan Negeri Sabah melalui Syarikat nya mendapat 30% ekuiti keuntungan.
Bagi menyatakan keutuhan dan kesetiaan pemimpin akar umbi terhadap perjuangan parti UMNO telah menyatakan Ikrar taat setia tidak berbelah bagi yang sampaikan oleh Ketua Ketua cawangan UMNO di Zon Wakuba melalui bacaan Ikrar yang diketuai oleh Tuan Hj.Rackey Apna Ketua Zon Wakuba.
Pihak penganjur program telah menyediakan beberapa hadiah untuk dibawa pulang oleh Hadirin yang hadir pada hari itu dengan mengadakan cabutan bertuah.
Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau turut serta bersama rombongan Yang Berhormat Datuk Tawfiq
Yang Berhormat Datuk Tawfiq berkesempatan bersama pemimpin akar umbi yang sedang sakit Ketua Kampung Wakuba Encik Titing bin Ali.
Pada 13 Ogos 2016 @ 7.30 malam , Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau berada di Perkarangan rumah Hj.Halik Hj.Wahid , Batu 2 Jalan Apas bagi perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Tawau Lama yang diketuai oleh Tuan Hj.Halik Hj.Wahid , dalam Program Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peringkat Daerah Mengundi Tawau Lama.
Bagi memulakan acara majlis disemurnakan dahulu dengan doa agar Program Santai bersama Pemimpin mendapat keberkatan dan berjalan dengan teratur dan lancar. Demikian aturcara yang disediakan dimana mana program ini berlangsung.
Ucapan alu-aluan daripada Ketua Zon Tawau Lama Tuan Hj.Halik bin Hj.Wahid semasa Program Santai bersama Pemimpin di PDM Tawau Lama. Dalam ucapan beliau memberitahu keaktifan dan kecemerlangan PDM Tawau Lama semasa Pilihanraya yang lalu. Perbandingan pada pilihanraya tahun 2008 dengan 2013. Tahun 2008 PDM Tawau lama telah kalah di 2 buah saluran undi daripada 5 saluran yang disediakan , tetapi dalam tahun 2013 PDM Tawau lama telah memenangi kesemua saluran yang mana pada tahun tersebut bertambah 1 saluran lagi menjadi 6 saluran. Hasil usaha dan kerjasama dari semua pihak terutama JR yang telah berjaya memenangi hati rakyat dan berjaya mencerahkan beberapa isu isu yang diutarakan semasa kempen pilihanraya ketika itu.
Dalam ucapan Yang Berhormat Datuk Tawfiq amat berterima kasih diatas usaha dan pendekatan yang cmerlang telah dilakukan oleh PDM Tawau Lama dimana telah berjaya menawan kesemua Saluran diPusat Mengundi Tawau Lama.
Kembali kepada isu isu semasa dan perlukan penjelasan kepada rakyat diPeringkat Daerah Mengundi Tawau Lama , beliau telah mencerahkan beberapa isu seperti yang selalu diuwar-uwar dilaman laman Media Sosial terutama sekali pihak yang selalu membuat cerita cerita yang tiada asas dan fakta yang songsang.
Antara hadirin yang hadir pada masa itu
Antara hadirin yang hadir pada masa itu
Sudah dibuktikan sebelum ini bahawa pendekatan politik sempit tidak akan ke mana-mana dalam suasana politik yang semakin hari semakin berkembang.Hakikat sebenar perlu diterima di mana pendekatan politik sempit melalui pendekatan 'Sabah for Sabahan', sebenarnya telah ditolak sejak tahun 1999 lagi dan diganti melalui ruang politik yang lebih menyeluruh dan luas. Kini, ada pemimpin tertentu masih menggunakan pendekatan itu kononnya satu pembaharuan . Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air , sebenarnya telah diguna pakai sejak tahun 1985. BN yang ditunjangi oleh UMNO , parti yang senantiasa dinamik yang akan senantiasa mengikuti perkembangan semasa dan akan terus bertahan serta terus mendapat sokongan. Berpolitik mempergunakan cara lama, sebenarnya hanya tinggal cerita lama tiada lagi yang bakal dharapkan melalui cara berpolitik sedemikian.
Pihak penganjur program telah menyediakan beberapa hadiah untuk dibawa pulang oleh Hadirin yang hadir pada hari itu dengan mengadakan cabutan bertuah.
Pada 14 Ogos 2016 @ 7.30 malam , Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau berada di Dewan Serbaguna Kampung Batu Payung perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Tinagat yang diketuai oleh Tuan Hj.Mohamad Oman , dalam Program Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peringkat Daerah Mengundi Tinagat.
PEMIMPIN , AHLI UMNO PERLU ISTIQAMAH
PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mahu pemimpin dan ahli UMNO istiqamah dan konsisten dalam menegakkan perjuangan serta taat setia kepada parti. Katanya, mereka perlu menjaga parti untuk generasi akan datang kerana pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi prinsip perjuangan yang konsisten dan istiqamah tinggal kekal. Beliau berkata tiada masalah untuk menegur atau memberi pandangan kepada pemimpin tetapi ia tidak boleh dibuat di luar batas perlembagaan dan tatasusila parti. "Kita tidak boleh buat sesuatu yang di luar perlembagaan dan tatasusila parti sebab apa yang kita buat di luar (parti) akan merosakkan parti. "Perlu diingat, kalau parti masih kekal, perjuangan boleh diteruskan kerana pemimpin boleh datang dan pergi, tak jadi masalah, tetapi parti kita mesti dipertahankan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Sahabat Sezaman Pemuda.
Ketibaan Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Kampung Batu Payung , disambut oleh Ketua Ketua Cawangan UMNO Zon Tinagat.
Turut hadir diProgram Santai Bersama Pemimpin di PDM Tinagat Datuk Hj.Nizam DSP Hj.AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Ketua Setiausaha Kepada Ketua Menteri Sabah.
Bersemangat menyanyikan lagu Negaraku , Sabah Tanahair ku dan Lagu UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat
Program Santai bersama Pemimpin diatur untuk Pemimpin bertemu dengan Pemimpin akar Umbi dan juga Masyarakat Kampung yang memerlukan penjelasan tentang isu isu semasa yang mana kadang kala di putarbelit kan isu isu tersebut oleh pihak tertentu untuk mengelirukan penduduk kampung. Program Santai juga menemukan Pemimpin dengan Masyarakat dan dapat menyuarakan sesuatu kepada Pemimpin. Program Santai juga Pemimpin dapat bersama Masyarakat dan mengunjungi mereka yang terlantar sakit dan juga sedang musibah.
Dalam Ucapan beliau memberitahu ramai yang bertanyakan tentang UTC atau Urban Tranformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Katanya, Orang Orang Tawau amat beruntung kerana Bandar Tawau akan mempunyai UTC nya yang mula beroperasi pada 15 Ogos 2016. UTC ini adalah yang ke-2 di Negeri Sabah selepas Kota Kinabalu.
Apakah yang dimaksudkan UTC?
UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan. Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta. Secara umumnya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain. UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs.
Dalam ucapan Yang Berhormat Datuk Tawfiq , menyarankan agar pemimpin akar umbi serta Ahli ahli UMNO sentiasa taat dan setia kepada Parti dan Pemimpin.
"TAATILAH PARA PEMIMPIN"
(Menurut Al-Qur'an & Hadis)
Firman Allah Ta'ala:
يأيهاالذينءامنواأطيعواالله وذأطيعواالرسول وأولى الامرمنكم
Ya ayyuhal lazina 'aamanu 'ati'ullaha waati'ul rasullah wa 'awlil umri minkum
"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu".(An-Nisa:59)
Sabda Nabi s.a.w(maksud):
1)"Sesiapa taat kepada pemimpin maka dia telah taat kepadaku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin maka dia telah derhaka kepadaku".(HR Bukhari no.2957)
2)"Kamu wajib patuh dan setia,samada dalam keadaan susah atau senang,suka atau duka dan walaupun merugikan kepentinganmu".(HR.Muslim no.1836)
3)Seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Ya Nabi Allah,bagaimana menurutmu jika para penguasa yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami?Nabi menjawab:"Tunduk dan patuhlah kamu,sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya,manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya".(HR.Muslim no.1846)
4)"Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah,maka hendaklah dia membenci perbuatannya,namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya".(HR.Muslim no.1855)
5)"Sesungguhnya sepeninggalanku akan muncul para pemimpin yang bertindak sesuka hatinya dan membuat berbagai kebajikan yang kamu tidak menyukainya".Para Sahabat bertanya apa harus mereka lakukan ketika itu,Nabi menjawab:"Tunaikanlah kewajipan kamu dan mintalah hak kamu(berdoa) kepada Allah".(HR.Muslim,1843)
6)"Sesiapa yang tidak menyukai sesuatu daripada pemimpinnya maka hendaklah dia sabar.Kerana sesungguhnya tiada seseorang pun daripada manusia yang memisahkan diri daripada pemimpinnya sekalipun hanya sejengkal lalu dia mati melainkan matinya dalam keadaan Jahiliyah".(HR Muslim no.1849)
Ketua ketua cawangan di PDM Tinagat melafazkan ikrar taat setia tanpa berbelah-bahagi terhadap Pemimpin dan juga Parti .Kita melihat banyak komen-komen yang dilemparkan kepada Presiden UMNO , yang sudah melakukan banyak kebaikan kepada rakyat dan negara sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri. Kita menyokong penuh dan memberikan peluang kepada YAB Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri serta Pemimpin pemimpin UMNO Tawau untuk melaksanakan segala program transformasi yang telah direncanakan demi faedah rakyat dan negara. Keutamaan memperkasakan perjuangan UMNO dan mengekalkan sokongan orang Melayu terhadap parti bukannya terjebak dan terheret dengan isu-isu yang sengaja diputarbelitkan oleh pihak oportunis dan berkepentingan. Kita perlu mengekalkan kewibawaan UMNO sebagai satu-satunya parti yang mempunyai kekuatan memperjuangkan kepentingan rakyat semua kaum di negara ini. Justeru itu, kejayaan UMNO sebagai sebuah parti tunggal yang berjaya memperjuangkan kepentingan semua kaum mesti dipertahankan oleh semua pihak termasuk pendukung dan bekas-bekas pemimpin yang pernah menyandang jawatan dalam parti.
Pihak penganjur program telah menyediakan beberapa hadiah untuk dibawa pulang oleh Hadirin yang hadir pada hari itu dengan mengadakan cabutan bertuah.
Yang Berhormat Datuk Tawfiq dan Datuk Hj.Nizam berkesempatan melawat seorang Ahli UMNO yang sedang sakit dirumahnya di Kampung Batu Payung.Di Doakan semoga Saudara Mamat bin Kalim segera sembuh.
Pada 20 Ogos 2016 @ 2.00 petang, Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau berada di Astaka terbuka Kampung Inderasabah bertujuan mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Wakuba yang diketuai oleh Tuan Hj.Rackey Apna, dalam Program Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Peringkat Daerah Mengundi Wakuba.
Program yang dianjurkan bersama Institut Pendidikan Guru ( IPG ) Tawau dimana beberapa acara telah diadakan dari sebelah pagi lagi telah berlangsung.Turut serta kumpulan musik IPG yang telah hadir memeriahkan acara tersebut. Turut terlibat sama JPNIN dengan 1SRN 1Komuniti 1Kasih Sayang yang telah menjalan aktiviti dengan penduduk kampung dengan sukan Rakyat seperti Boling Kelapa , Tarik Tali , acara mewarna untuk kanak-kanak , dan banyak lagi.
Ketibaan Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan bersama Tuan Hj.Naim Ahmad Setiausaha Bahagian UMNO Tawau dan rombongan disambut oleh Ketua PDM Wakuba Tuan Hj.Rackey Apna.
Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah tiba di tempat acara berlangsung disambut oleh Pengarah IPG Tawau
Dalam ucapan Yang Berhormat Datuk Tawfiq menyatakan , ada pihak pihak tertentu yang selalu memburuk burukkan kerajaan Sabah Kononnya tidak berdaya untuk mendapatkan lebih bayaran Royati Minyak di Sabah selain daripada 5% yang sedia ada. Sebenarnya mereka pun tahu dan sedia maklum kenapa 5% saja Royalti yang boleh diberikan kepada Negeri Sabah. Hanya mereka mahu jadikan ianya sebagai Isu memburuk burukkan kebertanggungjawapan Kerajaan Negeri Sabah terhadap perkara ini. Kerajaan Negeri Sabah sudah sedia maklum dan Pegawai Pegawai Profesional juga sedia maklum yang Kerajaan Negeri Sabah tidak akan boleh mendapat lebih dari 5% Royalti yang sedia ada. Ini kerana ; sebagai perkiraan yang mudah Kerajaan Negeri Sabah 5% + Putrajya 5% +Total Kos Pengurusan Carigali Minyak dilautan Dalam 60% - 70% = Keuntungan # 20% - 30%. Dari itu darimana punca yang Kerajaan Negeri Sabah Boleh menuntut 10% - 20% Royalti. Mana mana Syarikat yang beroperasi untuk cari gali ini pun perlukan keuntungan.
Dulu pembangkang pernah memainkan isu minta Royalti Minyak dinaikkan daripada 5% ke 20% di Sabah. Pemimpin pembangkang banyak bermain retorik . Namun, untuk tujuan manipulasi dan populis, mereka masih terus menjadikan ia sebagai umpan bagi meraih sokongan daripada rakyat Sabah yang berjaya mereka perdayakan. Meskipun kita sedar bahawa janji 20% itu hanyalah tipu helah pembangkang, namun semakin hari kelihatan semakin ramai yang berjaya mereka gula-gulakan dalam kalangan rakyat. Justeru, kerajaan negeri di bawah YAB DSP Musa Hj Aman, merasakan perlu untuk menyegerakan rundingan bersama kerajaan persekutuan.
Setelah berbincang dengan rakan-rakan pimpinan negeri Sabah, YAB Ketua Menteri membawa satu cadangan bersifat ‘DI LUAR KOTAK’ dan berjumpa dengan YAB Perdana Menteri. Bukan meminta 20% Royalti. Sebaliknya memohon kerajaan persekutuan meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk memiliki sendiri syarikat carigali minyak untuk beroperasi di Sabah. YAB Perdana Menteri melihat yang idea itu cukup menarik dan berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi negeri ini. Oleh kerana Kesungguhan YAB Ketua Menteri Sabah DSP Musa Hj.Aman Kerajaan Negeri Sabah telah mempunyai sebuah Syarikat Carigali Minyak sendiri dan yang paling penting hubungan baik kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan serta menjadi Aset kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya maka YAB Perdana Menteri tidak teragak-agak untuk meluluskan permohonan ini. Permohonan tersebut diluluskan melalui syarikat M3nergy Sdn Bhd, 100% milik kerajaan negeri Sabah. Kemudian kerajaan persekutuan memberi laluan kepada syarikat ini untuk mendapat konsesi carigali kawasan darat (onshore) Bagi blok-blok carigali seperti di Blok Sandakan-Kalabakan serta Blok Sandakan-Kudat, M3nergy diberikan pegangan ekuiti yang agak besar iaitu sebanyak 30%.
Kerajaan Negeri Sabah di bawah Kepimpinan YAB DSP Musa Hj Aman, telah berjaya mencipta peluang kepada syarikat Sabah untuk menjadi Pemain Utama dalam industri huluan petroleum di Malaysia. M3NERGY ialah sebuah syarikat milik penuh (100%) Kementerian Kewangan Negeri Sabah yang menjalankan aktiviti ‘Exploration & Production of Petroleum’ (E&P). Sekaligus menjadikan Sabah sebagai Negeri Pertama diMalaysia yang memiliki syarikat E&P-nya sendiri, serta mendapat ekuiti dalam PSC Telaga Minyak di Malaysia. Pada awal tahun 2016 ini, M3NERGY telah pun mempunyai aset-aset utama (yang cukup produktif) seperti ‘Floating Production Storage Offloading’ (FPSO). FPSO adalah pelantar produksi minyak mentah petroleum yang boleh bergerak atau berpindah dari satu telaga minyak di laut, ke satu telaga minyak di lokasi yang lain.
Turut hadir diperjumpaan tersebut , Pemimpin pemimpin dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( UPPM ) Apas yang diketuai oleh Tuan Pegawai Pembangunan Masyarakat Apas , AJK Bahagian UMNO Tawau dan Pengarah IPG Tawau.
AJK Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Tawau sentiasa berada dilokasi Program dimana juga diadakan. Wanita UMNO tetap komited kepada perjuangan UMNO untuk Agama, Bangsa dan Negara. Agenda Melayu yang berpayungkan Gagasan 1Malaysia akan menjadi perjuangan asas bagi menentukan UMNO terus menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional. Perjuangan UMNO inilah yang menjadi harapan, impian dan aspirasi seluruh bangsa Melayu. Pemimpin dan ahli UMNO mesti bersatu-padu, bertekad untuk menentukan bangsa Melayu tidak berpecah-belah yang akan membawa kepada kelemahan minda, kemunduran peradaban dan kehancuran bangsa Melayu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Wanita tidak boleh lagi berada di dalam apa yang dikatakan “comfort zone” atau zon selesa. Wanita lah berkerja keras membantu Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagian , Naib Ketua Bahagian dan kepimpinan yang lain untuk meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk membawa kemenangan yang besar dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ini hanya dapat dicapai dengan menjalankan tanggungjawab tradisi bergerak mesra di kalangan rakyat dan pengundi dengan cara yang lebih strategik, disiplin dan konsisten. Jangan kita kerja hanya separuh jalan ataupun lepas tangan kerana amanah dan harapan parti dan rakyat yang dipikul amat berat sekali. Sebenarnya, rakyat jelata yang menjadi “silent majority” menunggu, melihat, mendengar serta berharap bahawa kita akan menjalankan tugas dengan baik, bijak dan berhemah kerana mereka mahu terus menyokong kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Acara Pertandingan tarik tali yang diminati penduduk disini juga diadakan bagi memeriahkan lagi acara yang berlangsung.
" Tug of War " demikianlah acara kegemaran penduduk Kampung , bila kita merujuk kepada acara olahraga yang pernah diadakan, ternyata ada acara olah raga unik yang pernah di adakan peringkat Sukan Olyampik , salah satunya adalah Tug Of War atau yang sering kita sebut dengan tarik Tali. Tarik tali dilakukan oleh dua pasukan yang saling berhadapan dengan saling menarik tali , dengan arah yang berlawanan. Dalam hal ini berarti tarik tali termasuk dalam olah raga adu kekuatan. Biasanya, satu kelompok berjumlah 8 orang. Tug Of War atau tarik tali ini telah dikenali sejak dulu kala, kira-kira pada abad 5 SM atau 8 SM di negeri Cina dan Mesir Kuno. Bahkan pernah menjadi salah satu bahagian olahraga yang pernah diadakan di Olyampik pada tahun 1900 sampai 1920. Yang harus diperhatikan pada saat melakukan olahraga tarik tali adalah tali tersebut diberi tanda di tengah-tengah. Bila tanda tersebut telah mendekati pasukan yang satu dan pasukan lawannya telah melewati had atau batas , pasukan tersebut dianggap kalah. Pada saat menariknya pun harus di bawah lengan, orang yang menarik tidak boleh terjatuh, atau pun mengunci dengan cara menyimpan sikut di bawah lutut dianggap melakukan pelanggaran dan pasukan lawan yang menjadi pemenangnya. Di Negara Kita Malaysia tarik tali telah dikenali bahkan masih sering dilakukan dalam beberapa kegiatan seperti dalam acara yang diadakan pada hari ini atau pun pada hari sukan sukan rakyat diadakan.
Yang Berhormat Datuk Tawfiq juga berkesempatan bersama-sama dengan penduduk Kampung di PDM Wakuba Kampung Indrasabah bergotong royong membersihkan Masjid. AKTIVITI gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk di sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Penduduk Kg.Inderasabah mengambil inisiatif untuk menjadikan ianya sebagai satu daripada aktiviti yang diadakan pada hari tersebut. Selain masyarakat setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan Pegawai Pegawai dari Institut Perguruan Tawau serta beberapa agensi lain seperti UPPM Apas. Aktiviti bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan kawasan semak-samun tetapi juga Masjid Kg.Inderasabah , selain memastikan saluran perparitan persekitaran Masjid berjalan lancar. Program itu mendapat sambutan yang baik terutama daripada penduduk sekitar dan Penuntut IPG Tawau yang hadir bersama di Program 1SRN 1Komuniti 1 Kasih Sayang usaha sama dengan JPNIN. Program yang mendapat kerjasama dari ADUN Apas sendiri diharap menjadi pemangkin ukhwah antara IPG dan penduduk yang dapat diteruskan pada masa hadapan. Program ini memberi peluang kepada pelajar IPG Tawau mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di Kg.Inderasabah.
Penduduk Kampung turut dihiburkan oleh Penuntut IPG Tawau dengan permainan Angklung
MAJLIS MERDEKA RAYA
PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT
PERINGKAT DAERAH MENGUNDI
Pada 20 Ogos 2016 @ 7.30 malam, Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan , Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali dan Datuk Hj.Nizam AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau berada di Perumahan Rakyat Balung ( PPR ) bertujuan mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Balung yang diketuai oleh Ketua Kampung PPR Balung , dalam Program Merdeka Raya Pemimpin Bersama Rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Balung.Turut Hadir Ketua Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tawau diKawasan PDM Balung.
Pemimpin Pemimpin UMNO Bahagian Tawau telah berada dilokasi Program yang terdiri daripada Ketua Bahagian YB.Datuk Tawfiq bin DSP.AB.Titingan , Timbalan Ketua Bahagian YB.Datuk Syed Abas bun Syed Ali , Naib Ketua Bahagian Datuk Hj.Nizam bin DSP.AB Titingan , Ketua Pergerakan Wanita Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor , Ketua Pergerakan Pemuda Ariffin bin Hj.Kassim , Naib Ketua Pergerakan Wanita Puan Norsiah binti Bayai dan AJK Bahagian UMNO Tawau.
Ucapan alu-aluan daripada wakil PDM Balung Syed Ahmad bin Datuk Hj.Syed Abas , beliau juga mewakili beberapa cawangan UMNO seperti Kg.Balung Cocos , Taman Sri Balung , PPRT Balung , Kg.Mangga , Kg.Check Point , Tundung , Mas Mas Kalumpang dan Kg.Sri Harmoni.
Ucapan YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau. Beliau amat berterima kasih kerana ramai Pemimpin pemimpin akar Umbi PDM Balung yang hadir bersama sama Masyarakat sekitar di perjumpaan bersama Rakyat yang dianjurkan oleh PDM Balung di PPR Balung.
Dalam Ucapan beliau mengingatkan kepada semua pemimpin akar umbi dan juga masyarakat kampung yang hadir betapa perlunya kita sentiasa bersatupadu dalam kehidupan seharian , kerana dengan bersatu padu dan saling hormat menghormati kita akan mengharungi kehidupan yang aman dan damai.
Firman Allah;
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَ لا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Wa'tasimu bihablillah jami'au walatafarraku wazkuru ni'matallah 'alaikum izkumtum 'da'an fa'allafa baina kulubikum fa'asnahtum bi nik'matihi ihwannan wa kuntum 'alla safa hufratim minan nari fa'ann kazakum minnha kazalika yubaiyinullahu lakum'ayatihi la'allakum tahtaduun.
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (ali Imran: 103).
Beliau juga memohon agar apa juga permasalahan yang timbul di DUN Balung perlu diselesaikan bersama. Usaha sedang dilakukan bagi pembangunan talian air paip yang kini dibeberapa tempat di DUN Balung menghadapi masallah. Usaha untuk mengenal pasti keberupayaan saluran air ke Kampung kampung sedang berjalan. Kerjaan juga telah meluluskan peruntukan bagi membuat penampungan air dikawasan Gudang 4 yang mana air mentah dari Balung yang berlebihan akan dibersihkan dan disalurkan ke kawasan yang menghadapi masalah air. Beliau juga berharap perkara ini dapat diselesaikan seberapa segara agar kesulitan yang dihadapi penduduk dapat diatasi.
Disamping isu-isu semasa , YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan menyambung ucapan YB. Datuk Hj.Syed Abas Syed Ali mengenai masalah air dikawasan Balung dan juga Apas. Menurut beliau pada ketika ini kawasan yang begitu kritikal yang kurang mendapat bekalan air bersih ialah kawasan Ranggu , Kongsi 10 , Kongsi 8 , Tinagat dan Batu Payung. Menurut beliau sejak beliau menjadi ADUN masalah air ini memang sering menjadi masalah terutama sekali apabila musim kemarau.Punca yang sebenarnya ialah Daerah Tawau tiada mempunyai kawasan Empangan air seperti di Daerah daerah lain di Sabah. Daearah Tawau hanya bergantung sepenuhnya dengan air Sungai Tawau. Oleh kerana keadaan Sungai Tawau sekarang tidak lah seperti puluhan tahun yang lalu , yang telah mengalami proses yang begitu dasyat kerana telah dicemari oleh Pembangunan dan Perumahan setinggan yang sentiasa memilih kawasan sungai untuk tinggal.
Pembinaan Empangan air di Gudang Empat disifatkan satu-satunya kaedah penyelesaian terbaik untuk jangka masa panjang bagi mengatasi isu bekalan air di Tawau, malah perlu dipercepatkan kerana ke-perluannya amat mendesak. Sehubungan itu, kerajaan pusat menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dirayu supaya tidak melambat-lambatkan proses pembinaan projek bernilai lebih RM400 juta itu.
Projek Pembinaan Empangan Air perlu disegerakan jangan bertangguh lagi, jika kesemua keperluan (dokumentasi dan hal-hal berkaitan) sudah disediakan, kita minta ihsan kerajaan Persekutuan untuk menyegerakannya. Kita tidak mahu rakyat yang ketika ini bergantung sepenuhnya kepada hujan terus menderita akibat kemerosotan bekalan air di loji-loji rawatan air di daerah ini, Beliau seterusnya memberitahu empangan baharu itu berperanan penting untuk menstabilkan bekalan air ke loji-loji rawatan yang ada untuk disalur ke seluruh daerah ini pada masa hadapan. Empangan terbabit juga bukan sekadar memainkan peranan pada musim kemarau, tetapi turut mampu mengatasi masalah banjir apabila musim tengkujuh.
Seterusnya beliau memberitahu , kita juga perlu bersiap sedia kerana jika projek empangan ini dilaksanakan pada tahun ini bermakna kita terpaksa menunggu sehingga lima tahun untuk menikmati manfaatnya. Projek sebegini lazimnya mengambil masa lima tahun disiapkan, namun kita telah menyediakan alternatif penyelesaian masalah di Loji Rawatan Air Jalan Utara dan Cintamata juga boleh diatasi dengan memanfaatkan kelebihan bekalan di loji Apas-Balung. Alternatif itu antara pelan jangka pendek yang dirangka untuk meringankan beban pengguna yang terkesan akibat kekurangan air khususnya loji di Jalan Utara. Perkhidmatan Loji di Apas-Balung boleh membantu menampung keperluan loji di Jalan Utara yang mempunyai paras air terlalu rendah sehingga adakalanya kering. Permohonan peruntukan mengenai inisiatif berkenaan diserahkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Diharapkan KKLW dapat meluluskan peruntukan ini segera sebagai usaha untuk mengimbangi masalah kekurangan bekalan air di kawasan memerlukan.
YB.Datuk Tawfiq juga memberitahu bahawa Balung bakal menerima Hospital baru yang bernilai 40 juta ringgit tidak lama lagi. Dengan adanya hospital itu nanti ianya dapat memudahkan penduduk-penduduk yang ada di sekitar Balung untuk mendapatkan rawatan perubatan yang sempurna. Beliau juga mengharapkan agar penduduk-penduduk Balung sentiasa bersatu padu dalam menangkis propaganda , fitnah dan spekulasi yang di taburkan oleh pihak tertentu yang sentiasa cuba untuk mempengaruhi penduduk dengan pelbagai isu-isu yang di ada-adakan untuk mengelirukan orang ramai. Sebagai contoh isu Sabah for Sabahan di laungkan oleh sesetengah pihak dalam menagih simpati daripada pengundi sedangkan ianya hanyalah perjuangan yang sia-sia dan merugikan rakyat , yang demikian slogan sabah for Sabahan sangat tidah releven pada masa kini dan sudah semesti nya ianya pemikiran yang ketinggalan kebelakang. Oleh itu jangan lah melayan pemimpin yang menagih simpati yang kononnya mau memperjuangkan rakyat tapi sebenarnya ianya hanya kepentingan nafsu peribadi sahaja.
Bagi Infrastruktur Kemudahan Rakyat Tawau kerajaan juga telah mengujudkan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) di Pasar Tanjung , bertujuan untuk membantu rakyat yang bekerja di siang hari dan dapat berurusan pada malam hari di jabatan kerajaan.Ini menunjukkan dengan jelas kerajaan mengambil berat akan permasalahan yang rakyat. Beliau berharap agar penduduk yang ada di sekitar flet Sri Balung dan sekitarnya sentiasa bersatu padu dalam segala hal dan jika mempunyai permasalahan sila berjumapa dengan ketua Kampung dan mereka-mereka yang dilantik untuk menyampaikan permasalahan yang mereka hadapi ke peringkat tertinggi. Beliau juga telah mengumumkan "U-turn" di Jalanraya Balung yang menjadi permasalahan penduduk sekitar akan di bina dan sekarang tengah menunggu kelulusan dan peruntukan dari JKR pusat .
Disamping acara acara santai dengan penerangan beberapa isu-isu semasa Jawatankuasa Penganjur juga tidak lupa untuk menyediakan Sijil Penghargaan dan Hamper kepada beberapa orang bekas Pemimpin diPDM Balung sebagai tanda ingatan dan Penghargaan diatas perjuangan mereka dahulu.
Pihak penganjur program telah menyediakan beberapa hadiah untuk dibawa pulang oleh Hadirin yang hadir pada malam itu dengan mengadakan cabutan bertuah.
Pada 21 Ogos 2016 @ 7.30 malam, Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan , Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali dan Datuk Hj.Nizam AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau berada di Dewan Serbaguna Bukit Quoin bertujuan mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Bukit Quoin yang diketuai oleh Tuan Hj.Ansing Suttuo , dalam Program Majlis Merdeka Raya Pemimpin bersama Rakyat di Daerah Mengundi Bukit Quoin.Turut Hadir Ketua Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tawau diKawasan PDM Bukit Quoin.
Ketibaan YB.Datuk Tawfiq bin DSP Ab.Titingan dan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali disambut oleh penduduk Kampung Bukit Quoin.
Ketibaan Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB.Titingan disambut oleh AJK Bahagian yang hadir pada malam tersebut.
Dalam Ucapan Yang Berhormat Datuk Syed Abas bin Syed Ali mengucapkan syabas dan tahniah kepada PDM Bukit Quoin kerana berjaya mengadakan program Majlis Merdeka Raya dan Pemimpin Bersama Rakyat.
Pemimpin pemimpin UMNO Bahagian Tawau sentiasa bersiap-siaga bagi menghadapi ancaman politik pembangkang yang kebelakangan ini memutarbelitkan fakta bagi memesong pemikiran rakyat. Sikap sambil lewa atau mengambil mudah terhadap keluhan rakyat juga akan memberi kesan negatif kepada parti sekiranya tidak ditangani dengan betul dan teratur. Ketua Bahagian UMNO Tawau , Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian bersama sama AJK Bahagian serta sayap sayap Wanita , Pemuda dan Puteri sentiasa berusaha mendekati hati Ahli dan Rakyat Jelata.
Pembangkang menerusi media sosial semakin aggresif melancarkan pelbagai bentuk propaganda termasuk fitnah dan adu domba bagi memburukkan kepimpinan kerajaan dan UMNO.Pembangkang mensasarkan pemimpin UMNO dengan pelbagai tuduhan tidak berasas seperti memutarbelitkan beberapa isu yang bersangkutan dengan kepentingan Rakyat Pembangkang akan menggunakan apa sahaja untuk memesong perhatian rakyat supaya tercetus kebencian dan kegusaran terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) selaku parti pemerintah. Datuk Syed Abas bin Syed Ali yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau turut mengingatkan pemimpin pemimpin UMNO di setiap peringkat supaya tidak menganggap parti sentiasa kebal dan mereka boleh 'tidur lena'. Rakan-rakan komponen BN juga seharusnya mempunyai iltizam untuk menambah baik agenda perjuangan agar keyakinan rakyat tidak terhakis seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.Bukan setakat UMNO, rakan-rakan komponen BN juga hendaklah bekerja keras memastikan BN sentiasa mendapat sokongan rakyat selain semua pihak harus bertanggungjawab menjamin kemenangan yang mutlak di PRU akan datang. Semua ahli UMNO diminta tidak beranggapan parti khususnya BN sentiasa kebal sehingga ada yang berpeluk tubuh , sebaliknya kita perlu melihat kepada realiti semasa betapa asakan pembangkang semakin aggresif untuk menumbangkan BN pada PRU akan datang.Kita kena bekerja keras mempertahankan kekuatan UMNO dan dalam masa yang sama teguh di belakang kepimpinan kerajaan BN yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah.UMNO kini berdepan dengan ancaman politik bentuk baru yang banyak dipengaruhi oleh sentimen generasi muda. Pemikiran generasi muda yang semakin kreatif dan agresif dilihat satu bentuk aliran baru dalam senario politik masa kini. UMNO juga seharusnya mensasarkan pendekatan terhadap golongan muda supaya mereka lebih memahami dan menghayati makna sebenar perjuangan yang diperkasakan UMNO. Generasi muda perlu sentiasa disemaikan dengan benih-benih patriotik dan erti perjuangan UMNO mengangkat martabat serta maruah orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Sudah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin UMNO untuk menjelaskan kepada rakyat terutama di peringkat akar umbi berhubung beberapa isu yang menyentuh kehidupan rakyat. Akar umbi perlu diberikan penjelasan sejelas-jelasnya agar ruang kekeliruan itu tidak dipergunakan pembangkang untuk memburukkan UMNO dan BN. Ahli-ahli UMNO perlu kembali merapatkan saf perpaduan dan kekal teguh di belakang kepimpinan parti seperti yang termaktub dalam acuan perjuangan dan perlembangan parti. Pembangkang hanya memikirkan bagaimana untuk mengaut keuntungan politik dan meraih kuasa walaupun dengan memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Yang Berhormat Datuk Syed Abas Menyeru agar Perpaduan dan Sehati Sejiwa perlu dikekalkan di PDM ini agar kemenangan Cemerlang akan terukir diPRU akan datang.
YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan menyampaikan pesanan di Program Pemimpin Bersama Rakyat di PDM Bukit Quoin. Turut hadir AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Tawau dan AJK Pergerakkan Pemuda Bahagian UMNO Tawau. Beliau menyeru kepada penduduk dikawasan PDM Bukit Quoin akan terus mempertahankan dokongan dan sokongan kepada Parti Barisan Nasional khasnya dan Parti UMNO Amnya. Pada masa ini dimana media elektronik serta kemudahan yang berada ditelepon bimbit yang banyak disalah guna terutama sekali terhadap berita palsu dan fitnah. Berita yang kononnya sensasi , terutama berita yang disiarkan oleh pihak pihak tertentu yang sering menyerang kepimpinan Parti Barisan Nasional dan juga UMNO. Kita sentiasa perlu berwaspada tidak lalai dan leka , kerana perbuatan mereka itu mempunyai agenda dan matlamat yang lebih besar iaitu bertujuan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional ketika ini yang dipilih oleh Rakyat. Berbagai cara dan saluran mereka lakukan , sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah Negara dan Bangsa. Berbagai Tomahan dan Fitnah yang dilemparkan kepada Pucuk Pimpinan kita , namun usaha mereka gagal kerana usaha pembohongan dan fitnah adalah usaha yang terkutuk disisi Allahwajallah. Dari itu YB.Datuk Tawfiq yang juga ADUN N.56 Apas serta Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah menyeru agar Penduduk di PDM Bukit Quoin tidak terpengaruh dengan Dakyah Palsu dan Fitnah yang dilontarkan kepada Pemimpin pemimpin kita. Beliau juga menyentuh tentang Royalti Minyak , Kekurangan Air Bersih dan juga Pembangunan Infrastruktur dikawasan Balung dan juga Apas.
Pihak penganjur program telah menyediakan beberapa hadiah untuk dibawa pulang oleh Hadirin yang hadir pada malam itu dengan mengadakan cabutan bertuah. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Datuk Hj.Nizam DSP.AB Titingan. Kegagalan parti membina barisan pemimpin pelapis muda dan berwibawa adalah satu realiti yang menuntut komitmen semua pihak untuk diselesaikan.
Perkara ini penting untuk diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang memandangkan orang muda mewakili komposisi pengundi yang besar. Namun perlu saya tekankan kalau setakat muda sahaja tidak cukup, sebaliknya kita perlukan yang muda dan berwibawa. Jadi kepemimpinan semasa perlu memberi lebih ruang dan pada masa sama orang muda juga harus mempersiapkan diri menjadi seorang pemimpin yang matang. Parti UMNO perlu menonjolkan pemimpin muda yang berpotensi bermula sekarang supaya mereka dapat dibentuk menjadi pemimpin berwibawa menjelang pilihan raya umum akan datang. Ini penting agar mereka sudah bersedia menggalas tanggungjawab besar apabila tiba masanya. Kalau parti buat sekarang, insya-Allah kita mempunyai masa mencukupi bagi mematangkan pemimpin muda yang dikenal pasti.
Pergerakkan Wanita Bahagian UMNO Tawau sentiasa ada bersama-sama memeriahkan Program Pemimpin Bersama Rakyat diPDM Bukit Quoin.Wanita UMNO mesti menjadi Tulang Belakang yang mampu memberi kekuatan kepada perjuangan parti. Untuk terus relevan di hati rakyat, Wanita mesti sepakat, sepadu, sehati, sejiwa dan seperjuangan dalam melayari samudera keikhlasan demi memacu Wanita UMNO Tawau diperingkat Negeri Sabah Khasnya dan Kebangsaan Amnya. Wanita UMNO tidak penat lelah menjalankan kerja tradisi yang kini disulami dengan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan. Gerak kerja Jalinan Rakyat diperincikan ke setiap seorang pengundi. Pentadbiran dimantapkan. Skuad Sayang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan agar dapat bertindak pantas membantu dalam situasi yang memerlukan.
Laungan "TATAP" BN , "HIDUP" UMNO
Penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin UMNO tidak akan mengugat Sabah sebagai simpanan tetap UMNO dan Barisan Nasional (BN). UMNO Sabah telah menunjukkan prestasi yang baik untuk terus menjadi kubu kuat dan simpanan tetap UMNO dan BN. Biar hujan datang, biar gelombang melanda, biar badai kencang ... namun UMNO dan BN TATAP PERKASA DIBUMI SABAH , NEGERI DIBAWAH BAYU. “TATAP BN” SOLIDARITI dan KESEPADUAN di kalangan ahli UMNO dan BN di Sabah, akan terus menjadi simpanan tetap UMNO Malaysia dan Barisan Nasional. Sehubungan itu, betapa pentingnya soal kesatupaduan dan perpaduan dalam kalangan anggota dan pemimpin UMNO.
Kalau kita bersatu-padu, biarlah apa pun datang, tokoh apa pun datang (tidak akan tergugat), tidak perlu kutuk orang itu dan ini. Cabaran itu mampu dihadapi asalkan kita bersama-sama, bersatu hati, fikiran dan tindakan. Oleh itu adalah diingatkan semua anggota dan pemimpin UMNO untuk tidak mengambil mudah soal solidariti dalam menghadapi cabaran khususnya penubuhan parti baharu . Sejarah politik di Negeri ini menunjukkan ketika parti USNO memerintah, atas rasa kemarahan (pihak tertentu) maka sebuah parti baharu wujud dan mendapat kemenangan yang banyak pada Pilihan Raya Umum pada tahun 1976. Soal solidariti dalam kalangan kita penting disebabkan Sejarah Sabah telah membuktikan soal solidariti dan kesatupaduan mesti menjadi keutamaan. Pernah pemimpin atasan mengingatkan semua pemimpin UMNO supaya sentiasa prihatin terhadap kebajikan anggota akar umbi dan tidak hanya ketika bila ada Pilihan Raya Umum, Pemilihan Bahagian dan Majlis Tertinggi.
Pemimpin perlu rajin turun padang untuk mengambil perhatian nasib anggota akar umbi yang merupakan pihak yang memilih mereka menjadi pemimpin atasan. Jangan rasa diri hebat kerana bertahun menjadi pemimpin atasan. Jangan sombong untuk tidak memperdulikan nasib ahli akar umbi , yang penting semua pemimpin Umno meletakkan perjuangan parti melebihi kepentingan diri. Ini lah yang ditunjukkan oleh Pemimpin UMNO Tawau yang sentiasa turun padang dan bertemu pemimpin akar umbi dan rakyat di PDM terutama di DUN Balung dan DUN Apas.
Gesekan Biola YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan

Makan Malam sebelum bersurai
Program membabitkan penglibatan masyarakat merupakan peluang yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh wakil rakyat untuk mengetahui masalah atau mendapatkan pandangan mereka. Namun, tidak semua masyarakat setempat berpeluang menyertai majlis rasmi yang dihadiri pemimpin mereka kerana pelbagai kekangan. Justeru itu, Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan ADUN N.56 Apas yang juga Ketua Bahagian UMNO Tawau , Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau , Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau , AJK Bahagian UMNO Tawau serta Sayap Sayap Pergerakan Wanita , Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri memanafaatkan sepenuh penghujung minggu untuk turun padang dengan mengambil pendekatan untuk bertemu sendiri penduduk.di PDM dikawasan Apas dan Balung di Parlimen Tawau. Lawatan seperti ini yang sudah dibudayakan sejak dulu lagi ini memberi peluang kepada Pemimpin mendekati rakyat di peringkat akar umbi dan mengambil tahu setiap permasalahan yang mereka hadapi untuk diambil tindakan susulan lanjut. Jika kita hadir untuk majlis resmi sahaja tidak semua rakyat dapat menghadiri dan bersama di majlis yang diadakan .justeru itu Kepimpinan Bahagian UMNO Tawau menggunakan peluang penghujung minggu turun padang dalam program santai bersama rakyat. .
Pada 27 Ogos 2016 @ 2.00 petang, Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan , Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali dan Datuk Hj.Nizam AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau berada di Dewan Serbaguna Blok 31 bertujuan mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Andrassy yang diketuai oleh Tuan Hj.Karim bin Tumak , dalam Program Majlis Merdeka Raya Pemimpin Bersama Rakyat diDaerah Mengundi Zon Andrassy.Turut Hadir Ketua Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tawau diKawasan PDM Andrassy.
YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj.AB.Tititngan tiba dilokasi Program bersama sama YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali disambut oleh Ketua Ketua cawangan di PDM Andrassy.
YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali tiba dilokasi program
Bagi memulakan acara program dimulakan denga Nyanyian lagu Negaraku , Sabah Tanah Airku dan Bersatu Bersetia Berkhidmat.
Persembahan Tarian Zapin Tidung Budaya tempatan kawasan Apas
Bacaan Ikrar Taat Setia kepada Pemimpin yang disampaikan oleh Pemimpin pemimpin akar Umbi Zon Andrassy.
Ucapan YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Dalam ucapan YB.Datuk Hj.Syed Abas , beliau meminta agar pemimpin pemimpin UMNO akar Umbi selalu bersabar. Beliau menceritakan tentang diri beliau yang telah lama berkecimpung dalam arena Politik telah menerima pelbagai dugaan. Beliau pernah tersingkir dari politik selama beberapa tahun kemudian aktif kembali , apabila bertanding sebagai calun dalam pilihanraya , menang . Tapi hanya menjawat jawatan sebagai Pengerusi sahaja sehingga lah tahun 2016 ini telah diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan yang tinggi iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Mutiara kata yang selalu diungkapkan oleh beliau " Adakalanya sebuah keputusan tidak sesuai dengan apa yg kita harapkan, tapi dari situ kita belajar untuk ikhlas dan sabar"
Kesabaran adalah salah satu cara yang ampuh untuk membuat seseorang menjadi lebih hebat. Hebat di sini bukan dalam arti orang tersebut mampu berperang dengan cara berkelahi, tetapi hebat di sini lebih mengacu pada keadaan di mana orang mampu mengalahkah hawa nafsu. Dari pengertian tersebut sepertinya yang kita pernah belajar bahwa kata kata mutiara yang memang diperuntukkan kepada orang orang yang sabar adalah kata kata yang penuh makna mendalam.
Menjadi orang yang sabar memang bukanlah perkara yang mudah, sebab kesabaran adalah rasa yang membutuhkan ketahanan emosi. Sehingga, untuk menjadi orang yang sabar, seseorang harus mampu melawan emosi yang ada di jiwa. Bagi sesiapa yang ingin belajar menjadi orang sabar, entah sabar dalam hal apa saja. Bolehlah menggunakan beberapa kata kata mutiara orang sabar yang akan mengangkat jiwa dan perasaan penuh ketakwaan dan bersabar " LILLAHI TA'ALLAH" . Kata kata Mutiara adalah kata kata yang sudah terbukti mampu membuat banyak orang mejadi sabar dalam menghadapi setiap permasalahan yang diberikan oleh Tuhan. Kata kata mutiara kehidupan di atas bukan sekadar kata kata indah yang mempu membuat siapa saja yang melihatnya menjadi terpana. Namun kata kata tersebut menunjukkan kondisi di mana kesabaran menjadi sebuah kekuatan luar biasa yang diperlukan di dalam kehidupan ini. Untuk kita yang ingin sabar dalam menjalani hidup yang barangkali kita anggap payah, maka kata kata di atas adalah kata kata yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pedoman hidup.
Seperti ungkapan yang pernah dikatakan oleh pendakwa terkenal Dr.Zahir Naik " Kedamaian abadi bukanlah tentang harta, tahta, atau jabatan. Tapi tentang kedamaian hati, pikiran dan jiwa".
Ucapan YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Ketua Bahagian UMNO Tawau juga Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Dalam ucapan beliau di PDM Andrassy , seperti biasa menerangkan isu isu semasa yang sentiasa diputar belitkan oleh pihak pihak tertentu yang ingin melihat kekalahan parti UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 14 akan datang. Beberapa isu seperti Royalti Minyak Negeri Sabah , Isu Kekurangan Air di Kawasan Balung dan juga Apas , Isu tempatan Sabah for Sabahan , Isu Popular yang diputar belit ialah 1MDB.
IMDB adalah model perniagaan yang telah menimbulkan sakit hati kelompok kroni-kapitalis yang selama ini merajai hampir 22 tahun tembolok kekayaan Negara secara halus dan senyap. Isu IMDB (sebelum plan pemulihan dilaksanakan Februari 2015) telah dikesani menerusi siasatan PAC. Pengurusan yang lemah, struktur modal yang tidak sepadan dengan operasi perniagaan dan hutang luar jangka antara isu dikenalpasti. Melalui plan rasionalisasi 3 isu ini sedang diatasi dan berjaya diatasi, namun lebih ramai yang berminat untuk membincangkan perihal IMDB dari sudut ‘politik’ berbanding perspektif perniagaan. Wang IMDB sejumlah RM42 bilion tidak pernah hilang. Komitmen perniagaan yang dibuat antara IMDB dan IPIC, PetroSaudi serta ABRAR dipenuhi dan diperundangkan dengan jelas. Setelah selesai urusan pembayaran kepada dua entiti berkenaan dengan IMDB memperoleh aset, bon jaminan yang matang sehingga 2026, terpulangnya kepada dua organisasi tersebut untuk membelanjakan wang pelaburan mengikut keperluan mereka.
IPIC yang merupakan rakan niaga utama IMDB dimiliki oleh anak Raja Abdullah, penguasa Arab Saudi, syarikat yang dijamin dan memperoleh penarafan antarabangsa. Kesemua urusniaga IMDB adalah antara IPIC, subsidarinya PetroSaudi dan ABRAR, tidak ada kena mengena dengan individu seperti Riza Aziz dan Jo Lhow. Menerusi plan rasionalisasi IMDB, bermula Febuari 2015, hutang jangka pendek IMDB kepada institusi perbankan berada dalam keadaan sifar. Tunai ditangan dalam bentuk simpanan di bank, berjumlah RM2bilion. Aset mencecah 52 bilion dan menerusi komitmen pelaburan serta pembangunan strategik jangka panjang, usahasama di TRX dan Bandar I Malaysia serta Bandar Air Hitam Pulau Pinang dijangka memberi pulangan RM50 bilion.Peliknya, kejayaan ini tidak digembar-gemburkan, sebaliknya berita sensasi yang mendapat tempat.
Kenapa IMDB dicemburi oleh pakatan kroni-kapitaslime yang bernaung dibawah sang penguasa yang memerintah Negara selama 22 tahun?.
Ia dicemburui dan disakiti kerana konsep pembangunan yang diamanahkan kepada IMDB berbeza dengan konglomerat lain seperti Berjaya Group atau YTL. Selain membangunkan projek sedia ada, pembangunan sekitar juga menerima manfaatnya. Contoh, pembangunan bercampur di Bandar 1Malaysia(Sungai Besi). Sebagai pampasannya, IMDB dimestikan membina 8 buah kem tentera dan Pusat Latihan Polis bernilai RM2.4 bilion di seluruh Negara. Bermakna keuntungan 1MDB diagihkan dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat selain meringankan bebanan perbelanjaan pembangunan pihak kerajaan.
Isu IMDB digembar-gemburkan sebenarnya menerusi sensasi hasil kebocoran maklumat dari dalam PAC sendiri disebabkan 5 anggotanya adalah pemimpin kanan parti pembangkang. Mereka hanya berminat mencari salah urustadbir kerajaan berbanding usaha membaiki serta mencadangkan input berguna kepada pengurusan IMDB. Apabila dihebahkan, banyak fakta diselewengkan bagi menimbulkan kebencian masyarakat, walhal urusan perniagaan perlu ditangani secara urusan perniagaan bukan melibatkan elemen politiking.
Dari mana timbulnya kontroversi wang RM2.6 bilion yang sering dikaitkan dengan IMDB?. Wang tersebut adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi, disahkan oleh Menteri Luar Kerajaan Arab Saudi, dimanfaatkan oleh PM untuk belanja PRU ke-13, dan bakinya dikembalikan. Diperakui berdasarkan dokumen surat menyurat oleh Bank Negara, disiasat oleh Jabatan Peguam Negara, SPRM, dan juga PDRM. Tidak ada bukti rekod transaksi pemindahan wang dari IMDB, kepihak ketiga dan PM sendiri.
RUMUSAN NYA TIADA KES
Yang seringkali menjadikan ianya satu kes adalah parti pembangkang, walhal derma PRU untuk DAP berjumlah RM1.5 bilion sehingga kini tidak dijelaskan sumbernya dari mana dan kemana ia dibelanjakan.
Tuduhan liar yang menyatakan IMDB menggunakan wang rakyat dalam operasi perniagaanya?.
Benarkah kenyataan ini?.
Hakikatnya, modal asas IMDB RM1Juta datangnya dari geran kerajaan. Modal tambahan perniagaan IMDB, diperoleh melalui pinjaman bank (jangka pendek, sederhana atau jangka panjang) yang dijamin dengan bon terbitan kerajaan. Tidak timbul istilah penggunaan wang rakyat digunakan sebagai modal perniagaan IMDB.
Demikian juga bayaran balik pinjaman perniagaan, semuanya dibayar hasil keuntungan operasi niaga dan juga penjualan aset yang dimiliki IMDB setelah mendapat tawaran pembelian yang menguntungkan.
Kenapa IMDB berterusan disakiti ?,
Dibenci ? ,
Dikontroversikan?
Satu darinya kesan proses pengambilalihan IPP diseluruh Negara oleh IMDB yang diletakkan di bawah EDRA Energy. Pengambilalihan ini menyebabkan IMDB berjaya meyakinkan TNB untuk menurunkan tariff tenaga elektrik sebanyak 1 sen. Penyerapan IPP dengan dimiliknegarakan telah menguntungkan pengguna berbanding amalan sebelum ini yang bukan sahaja membebankan pengguna, malah satu urusniaga yang tidak adil kepada TNB.
Bagaimana pula pertuduhan yang dikenakan oleh Jabatan Keadilan Amerika ke atas Riza Aziz dan Jo Lhow yang dikaitkan mencuri dana IMDB?.
Pertuduhan ke atas Riza Aziz dan Jo Lhow dengan dakwaan mengubah wang haram dan mencuri duit adalah tuduhan jenayah. Persoalan yang mengundang kehairanan ialah kenapa Jabatan Keadilan Amerika membuat tuntutan sivil ke atas mereka. Dan jika IMDB terlibat kenapa pihak IMDB tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes ini?. Pelik bukan?.
Kemana sebenarnya wang IMDB dilaburkan?.
Wang IMDB dilabur dalam IPIC, PETRO SAUDI DAN ABRAR menerusi mekanisme dan syarat perjanjian yang sah.
Secara analogi mudah,
Si A membeli sebuah kereta dari si B. Si B membuat arahan pembayaran agar si A membayar tunai kepada si B, sejumlah RM70 ribu dan bakinya RM30 ribu dibayar dalam akaun kepada rakan si B.
Kemana wang dibelanjakan oleh rakan si B, bukan lagi dalam pengetahuan pembeli si A.
Prinsip penting, kereta beserta geran kereta yang ditukar nama kini sudah menjadi milik pembeli si A. Demikianlah transaksi antara IMDB, IPIC, ABRAR dan PETROSAUDI. Jika Jabatan Keadilan Amerika ingin memulangkan wang yang dikatakan dicuri dari IMDB, padahal tidak, maka IMDB pasti beroleh untung dua kali ganda.
Inilah faktanya, dan inilah realiti sebenar operasi IMDB.
Namun kejayaanya ditolak, sebaliknya kerana iri hati kelompok kroni-kapitalis, IMDB terus dimusuhi.
Motifnya, tentulah anda sendiri yang punyai jawapannya…
Beliau juga menerangkan kecemerlangan kerajaan Negeri Sabah dibawah kepimpinan YAB.DSP Hj.Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah seperti Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya mempunyai Syarikat Carigali Minyak sendiri M3Nergy dan berjaya mendapat Ekuiti 20% hingga 30% , Kelulusan membuat Empangan Air untuk Daerah Tawau diGudang 4 , Kelulusan saluran air mentah dari Balung ke Loji penapisan air Hill Top Jalan Utara untuk kegunaan kawasan ( Ranggu , Batu Payung , Kongsi 10 , Kongsi 8 ) sementara Empangan di Gudang 4 siap dibina , Jalanraya PAN BORNEO yang tiada bayaran Tol , UTC diPerbandaran Tawau telah beroperasi yang akan memudahkan masyarakat Tawau untuk berurusan dengan Jabatan Kerajaan yang akan beroperasi hingga jam 9.00 malam.
Para Pemimpin sedang mendengar ucapan YB.Datuk Tawfiq mengenai beberapa isu yang pernah dibangkitkan oleh pihak pihak tertentu.

YB.Datuk Tawfiq mendendangkan tiga buah lagu melalu gesekan biolanya yang diiringi oleh Band The Legand yang diketuai oleh Tuan Hj.Naim Ahmad Setiausaha Bahagian UMNO Tawau merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah. Antara musik yang didendangkan Warisan , Putus sudah kasih sayang , Jangan Tinggal daku dan Satu lagu Keroncong dengarkan lah Bisikan hati
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Mantan Pemimpin Akar Umbi KK Ungkuk dari suku kaum Iban di Kuala Nansang yang diterima Sijil nya oleh Encik Ngabong a/k Keli keluarga kepada mendiang.
Hayati pengorbanan tokoh terdahulu , Golongan muda hari ini diingatkan agar tidak melupakan jasa Pemimpin terdahulu yang bertungkus-lumus membangunkan kawasan sehingga mengalami banyak transformasi kemajuan yang membanggakan. Banyak usaha telah diambil oleh pemimpin terdahulu bagi membangunkan kawasan itu yang pada hari ini telah menjadi satu kawasan yang pesat membangun biarpun terletak di pinggir bandar. Menurutnya, barisan kepimpinan lama dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah banyak berjasa membangunkan kawasan tersebut dan pengorbanan itu wajar dihargai dan dijadikan panduan bagi generasi baru di kawasan itu. Ini terbukti tiada parti politik di dunia selain UMNO dan BN yang mementingkan keperluan dan kesejahteraan rakyat. Setelah mencapai kemerdekaan, pelbagai kemudahan dan kesempurnaan dinikmati dan ianya dihasilkan melalui perjuangan dan usaha pemimpin pemimpin dulu. Genarasi muda harus memahami konsep perjuangan dan mengenang pengorbanan pemimpin terdahulu kerana tanpa mereka, kawasan mereka tentunya tidak mengalami pembangunan yang dinikmati pada hari ini.
Anda semua amat beruntung kerana dapat menikmati kemajuan pembangunan yang terdapat dikawasan masing masing pada masa ini namun perlu diingatkan, kenikmatan yang ada pada hari ini tidak diperoleh dengan cara yang mudah.Ia memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen, inilah yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu di kawasan ini. kesungguhan rakyat dalam menentukan ketahanan UMNO dan BN amat diperlukan bagi membolehkan generasi masa depan dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna. Masyarakat perlu mengingati jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu dalam menempuh segala cubaan dan rintangan sehingga dapat menghasilkan parti UMNO yang sehingga kini memperjuangkan nasib masyarakat di kawasan itu. Keselesaan yang kita rasai ini adalah hasil titik peluh para pemimpin terdahulu, dan kita sebagai generasi muda perlu mengiktiraf jasa mereka. Bekas Pemimpin dan Pejuang inilah yang seharusnya menjadi contoh serta diberi penghormatan tertinggi kerana usaha mereka ini membawa kepada perpaduan serta keharmonian hidup yang dirasai sekarang. Penduduk Di PDM Andrassy harus berbangga kerana ramai tokoh mereka didaerah ini yang boleh dijadikan tatapan dan teladan generasi masa kini dan akan datang. Diingatkan bahawa mengenang pengorbanan dan jasa Pemimpin lama di kawasan itu pastinya tidak berbaloi sekadar menyebut nama atau melihat gambar semata- mata, sebaliknya sumbangan mereka itu perlu dihayati, difahami, dipelajari seterusnya diteladani. Adalah satu kerugian sekiranya kewibawaan dan kepimpinan mereka itu dibiarkan terpendam dalam lipatan sejarah.
Pihak penganjur program telah menyediakan beberapa hadiah untuk dibawa pulang oleh Hadirin yang hadir pada hari itu dengan mengadakan cabutan bertuah. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Datuk Hj.Nizam DSP.AB Titingan.
Datuk Hj.Nizam adalah Pemimpin muda yang diharapkan akan menjadi seorang pemimpin masa depan di Parlimen Tawau.
Berdasarkan Ciri ciri Kreateria Kepimpinan yang Ideal dimana:-
Manusia adalah makhluk sosial yang menjadi pemimpin bagi dirinya sendiri dan menjadi pemimpin bagi orang lain. Menjadi pemimpin berarti menjadi seseorang yang memiliki tanggung jawab lebih dalam hidup.
Beberapa Kreateria Utama Pemimpin Ideal adalah bayangan yang menjelaskan tentang perkara perkara yang harus dimiliki seorang pemimpin. Baik secara sempit maupun luas, seorang pemimpin tentunya perlu mengetahui dan memiliki sifat dari 7 Kreateria utama pemimpin ideal.
Seorang pemimpin adalah individu dengan jiwa yang terlatih dan mampu melatih individu-individu lain untuk mewujudkan visi yang bersifat seragam. Seorang pemimpin diharuskan mampu melibatkan diri dalam unsur keberagaman sifat anggota yang menjadi tanggung jawabnya. Pemimpin yang ideal adalah pemimpin yang mampu membawa misi kumpulannya ke arah yang baik dan tetap teguh merangkumi semua anggota kumpulan.
Pemimpin Ideal adalah Pemimpin yang Cergas
Kecergasan adalah titik tentu yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin. Kecergasan merupakan point utama yang menentukan seberapa baik langkah yang diambil oleh seorang pemimpin jika dihadapkan oleh suatu masalah . Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang cergas dalam membawa diri yang didukung dengan keunggulan berfikir dan peka terhadap hal-hal sekitar. Dalam menjalankan tugasnya, seorang pemimpin akan mampu berfikir luas dan memiliki buah fikiran yang segar untuk keberlangsungan kepentingan Kumpulan.
Pemimpin Ideal adalah Pemimpin yang Berinisiatif
Tidak hanya cergas, pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berani berinisiatif jika dihadapkan dengan suatu masalah. Inisiatifme diri jelas diperlukan oleh seorang pemimpin demi terciptanya solusi yang bersifat nyata dan menjanjikan. Pemimpin yang berinisiatif adalah pemimpin yang mampu menggerakkan dirinya sendiri terlebih dahulu untuk memulai segala sesuatunya tanpa adanya paksaan. Dengan sifat inisiatif yang ada dalam diri pemimpin, kekuatan diri dari tiap anggota untuk menjalankan misi kumpulan pun akan terjamin dengan baik.
Pemimpin Ideal adalah Pemimpin yang Bertanggung jawab
Bertanggung jawab bererti berani untuk menanggung kesan dari segala keputusan yang timbul akibat tindakan yang telah dilaksanakan. Selain cergas dan berinisatif, seorang pemimpin yang ideal tentunya perlu memiliki sifat bertanggung jawab. Pengambilan keputusan terhadap cara kerja dan pelaksanaan misi suatu kumpulan tentunya diputuskan dengan tidak tergesa-gesa. Pemimpin yang bertanggung jawab adalah pemimpin yang tetap teguh dan mampu berfikir taktikal untuk menerima segala risiko yang timbul dari keputusan yang diambil.
Pemimpin Ideal adalah Pemimpin yang Dapat Dipercaya
Kreateria yang satu ini tentunya timbul dari seberapa berhasilnya seorang pemimpin dalam menggerakkan anggotanya dan bijak dalam mengambil keputusan. Pemimpin ideal adalah pemimpin yang tanpa perlu berfikir ulang, anggotanya akan dengan kesungguhan hati mampu mempercayai pemimpin tersebut untuk mengambil keputusan. Pemimpin yang dapat dipercaya adalah pemimpin yang mampu mendamaikan hati semua anggota. Dengan pemimpin yang dapat dipercaya, setiap anggota akan merasa lebih terpacu untuk menyatukan hati dan menciptakan keseragaman kumpulan demi terciptanya keutuhan.
Pemimpin Ideal adalah Pemimpin yang Jujur
Kejujuran dalam diri seseorang tentunya menjadi point khas yang harus dimiliki oleh seorang manusia, terutama oleh seorang pemimpin. Pemimpin yang jujur menjanjikan keterbukaan dan kelusan dalam memberikan segala informasi yang mencakup kepentingan kumpulan. Kejujuran yang ada dalam diri seorang pemimpin akan menjadi ciri khas tersendiri yang mampu diandalkan oleh anggota. Pemimpin ideal dengan tingkat kejujuran tinggi akan mendapatkan kepercayaan yang luas dari kumpulan nya.
Pemimpin Ideal adalah Pemimpin yang Rela Berkorban
Rela berkorban berarti rela menerjunkan diri dalam kepentingan kumpulan nya dibandingkan dengan kepentingan peribadi. Pemimpin yang rela berkorban akan mampu memfokuskan diri untuk mencapai visi kumpulan secara detail. Sifat rela berkorban ini pun tentunya harus didasari dengan kecergasan dan kebijaksanaan dari seorang pemimpin. Pemimpin ideal yang rela berkorban akan mampu mengambil keputusan secara tepat tanpa merugikan banyak pihak.
Pemimpin Ideal adalah Pemimpin yang Dicintai dan Mencintai Kumpulan nya
Cinta hadir dalam diri seorang pemimpin yang ideal dan juga kumpulan yang dipimpinnya. Segala bentuk tingkah laku yang hadir dari seorang pemimpin yang ideal akan selalu diiringi dengan unsur cinta yang akan meminimalisir bentuk kecurangan juga hal-hal buruk lainnya. Kelompok yang dipimpinnya pun akan mampu mencintai pemimpin tersebut tanpa adanya unsur paksaan yang berlebih. Pemimpin yang ideal jelas akan mampu menciptakan tindakan dengan cinta yang terkoordinasi rapi untuk kemajuan.
Tentu sekali kita boleh mengetahui 7 karakter utama pemimpin ideal dari seorang pemimpin. Seorang pemimpin bukanlah manusia sempurna namun, seorang pemimpin yang ideal dituntut untuk mengusahakan kesempurnaan untuk kemajuan Visi dan Misi kumpulan nya. Jadilah pemimpin ideal.
Amanat Perdana Menteri Dato'Seri Najib bin Tun Abdul Razak semasa Perasmian Mesyuarat Perwakilan Bahagian Beaufort pada 28 Ogos 2016
Ahli UMNO perlu memiliki semangat kesetiaan kepada parti sebagai nilai murni yang harus dipertahankan sepanjang hayat sama ada ketika senang atau susah. DS Najib Razak menyifatkan ketinggian jawatan atau kelulusan seseorang termasuk bergelar menteri sekalipun sebagai tidak bermakna jika tiada kesetiaan kepada pemimpin dan parti.
Tanpa kesetiaan, individu yang memiliki sikap negatif itu mungkin berjaya seketika tetapi sejarah akan mengutuk mereka kembali atas perbuatan yang dilakukan.
"Kita boleh ada orang yang pandai dan memiliki kelulusan berjela tapi kalau kita tiada kesetiaan kepada pemimpin dan parti ia tidak bererti sama sekali, ...kita mungkin ada jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk menteri tapi jika kita tiada kesetiaan, jawatan tertinggi pun tiada makna sama sekali. Kalau kita ada kesetiaan kita berjaya dalam perjuangan,
"kalau nak ambil jalan pintas kita mungkin berjaya seketika tapi sejarah akan mengutuk kita". oranga akan kata kita ini politik oportunis atau matlamat menghalalkan cara aqtau setidaknya mereka akan kata kita ini tidak konsisten, dulu cakap lain hari ini cakap lain dulu buat lain hari ini buat lain , sikap bekas pemimpin UMNO yang sekarang berubah pendirian dan sanggup bersama pembangkang adalah bukti perbuatan tidak konsisten pemimpin terbabit dalam perjuangan.Kalau dulu kita dah kata misalnya parti DAP itu musuh kita , totok cauvinis , anti Melayu dan anti Islam , kenapa hari ini duduk semeja, dulu kita kata jangan ubah kerajaan melalui demonstrasi jalanan kenapa hari ini dia turun bersama.Dulu kurangkan kuasa raja hari ini minta maaf pula,dulu tangkap orang dalam Ops Lalang , hari ini kata Timbalan yang buat.
Kalau kita buat keputusan, kita mesti pertahankan keputusan itu.
Pada 4 September 2016 @ 2.00 petang, Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan , Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali dan Datuk Hj.Nizam AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian , AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau dan AJK Pergerakan Puteri Tawau berada di Dewan serbaguna Kg.Hidayat bertujuan mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Kinabutan dalam Program Majlis Merdeka Raya Pemimpin Bersama Rakyat di PDM Kinabutan.Turut Hadir Ketua Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tawau diKawasan PDM Kinabutan.

Ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,Datuk Hj.Nizam bin DSP.Hj.AB.Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah.
Nyanyian Lagu Negaraku , Sabah Tanah Airku dan Bersatu-Bersetia-Berkhidmat
YB.Datuk Syed Abas Syed Ali ADUN N.55 Balung menyampaikan ucapan dimajlis Pemimpin Bersama Rakyat di PDM Hidayat
Ucapan YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Ketua Bahagian UMNO Tawau juga Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Penyampaian Sijil Penghargaan Jasa Mu Dikenang kepada bekas Pemimpin Pemimpin yang suatu ketika dulu telah menyumbangkan Jasa membantu Kerajaan dan Negara dalam Membina Negara Bangsa
Pihak penganjur program telah menyediakan beberapa hadiah untuk dibawa pulang oleh Hadirin yang hadir pada hari itu dengan mengadakan cabutan bertuah. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Datuk Hj.Nizam DSP.AB Titingan. Datuk Hj.Nizam adalah Pemimpin muda yang diharapkan akan menjadi seorang pemimpin masa depan di Parlimen Tawau.
Pada 4 September 2016 @ 8.00 malam, Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali dan Datuk Hj.Nizam AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian , AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau dan AJK Pergerakan Puteri Tawau berada di Balairaya Kg.Kongsi 8 bertujuan mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Kinabutan dalam Program Majlis Merdeka Raya Pemimpin Bersama Rakyat di PDM Kinabutan.Turut Hadir Ketua Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tawau diKawasan PDM Kinabutan.
Ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,Datuk Hj.Nizam bin DSP.Hj.AB.Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah disambut oleh Tuan Gafar Ahmad Pengerusi Penyelaras Program Majlis Merdeka Raya Pemimpin Bersama Rakyat PDM Kinabutan.
Ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali dan Datuk Hj.Nizam bin DSP.Hj.AB.Titingan disambut oleh Kumpulan Seni Silat Gayung Kampung Kongsi 10 yang diketuai oleh
Datuk Hj.Nizam DSP AB.Titingan menyampaikan Ucapan diMajlis tersebut
Dalam Ucapan tersebut beliau nenyentuh beberapa perkara termasuklah isu-isu semasa yang berlaku dimana isu-isu yang tidak benar yang sentiasa diputarbelitkan oleh pihak tertentu terutama sekali pihak Pembangkang yang bertujuan untuk menjatuhkan kepimpinan sedia ada terutama sekali Perdana Menteri.
Kita kena fahami isu yang sebenar, sebab dewasa ini ramai yang sudah mempunyai telepon bimbit yang canggih , banyak isu yang dibangkitkan sama ada sahih atau pun tipu muslihat dan juga Fitnah. Ianya semangkin berleluasa dari itu jangan Ikut Perasaan Geram Kerana Khabar Angin
“Kalau daripada sudut ekonomi negara kita sebuah negara yang kukuh. Kalau sentuh akaun semasa ada lebihan. Yang mereka cakap pemimpin tidak pandai tadbir negara sebab bajet kita defisit tidak betul. Sebagai contoh "Jambatan Bengkok" mereka mahukan Perdana Menteri membuat Jambatan Bengkok ke Singapura sedangkan kita sudah punyai Perjanjian dengan Kerajaan Singapura tentang Tambak Johor yang menyeberangi Selat Tebarau. Apa yang ada termaksud diisu itu ? pastinya ada . Datuk Hj.Nizam Menjelaskan kedudukan sebenar isu tersebut yang mana ada perkara perkara tersembunyi yang sangat diinginkan oleh pihak tertentu dan menjadikan Perdana Menteri sebagai sasaran Fitnah mereka kerana hasrat mereka tidak tertunai.
Malah jika pihak-pihak tertentu itu tidak punya idea untuk menyanggah fakta benar yang dikemukakan, maka mereka akan sengaja mereka-reka cerita dan ia akan diputar-putar hingga dapat mempengaruhi segelintir rakyat yang lemah mindanya.
Bila institusi kewangan menjelaskan justifikasi menutup cawangan-cawangan bank ekoran peralihan operasi dan teknologi kepada perbankan elektronik atas talian, mereka pusing cerita kononnya kedudukan kewangan negara kritikal. Peliknya, bila kita beritahu mereka tentang propaganda, strategi jijik dan memalukan puak-puak berkenaan, mereka enggan pula sedar diri dari terus tertipu. Malah diherdiknya kita kononnya kita ‘makan dedak’ dan sebagainya.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-'A'raf , ayat 179,
Walakad zara'na lijahanma kasiram minal jinni wal innsi . lahumkulubul la yapkahuna biha walahum 'ayunul laayubb siruna biha walahum 'azanul laa yasma una biha. Ulaika kal 'an aami balhum addal. Ulaika humul ghaafilun
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari Jin dan Manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah ),dan mempunyai mata (tetapi)tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)dan yang mempunyai telinga (tetapi)tidak mahu mendengarnya (ajaran dan nasihat);mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai".
Ayat diatas yang diturunkan tentang mereka-mereka yang mempunyai hati tapi tidak faqih, diberikan mereka mata namun mereka tidak dapat ‘melihat, diberi telinga namun mereka tidak mendengar.Malah mereka-mereka itu Allah SWT menyamakan sifat mereka seperti haiwan-haiwan ternakan, bahkan mereka lebih sesat dari haiwan-haiwan berkenaan.
Apakah mereka sedar tentang asbabun nuzul dan hikmah di sebalik firman Allah tersebut?
Mereka juga mengaku tentang amaran yang pernah disabdakan Rasulullah SAW tentang suasana akhir zaman di mana fitnah begitu berleluasa. Namun mereka pula mengambil bahagian mencipta fitnah, menyebarkan fitnah dan berkongsi-kongsi fitnah itu?
YB.Datuk Syed Abas Syed Ali ADUN N.55 Balung menyampaikan ucapan dimajlis Pemimpin Bersama Rakyat di Balairaya Kongsi 8 , PDM Kinabutan
Dalam Ucapan YB.Datuk Syed Hj.Abas menekankan bahawa betapa pentingnya perpaduan dikalangan penduduk kampung di PDM Kinabutan ini.Beliau yankin dan percaya bahawa penduduk Kampung di PDM Kinabutan ini adalah terdiri daripada orang orang yang sentiasa patuh kepada ajaran Islam.
Firman Allah;
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَ لا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Wa'tasimu bihablillah jami'au walatafarraku wazkuru ni'matallah 'alaikum izkumtum 'da'an fa'allafa baina kulubikum fa'asnahtum bi nik'matihi ihwannan wa kuntum 'alla safa hufratim minan nari fa'ann kazakum minnha kazalika yubaiyinullahu lakum'ayatihi la'allakum tahtaduun.
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (ali Imran: 103).
Dalam peribahasa Melayu ada mengatakan :
Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Maksud:
1. Sekiranya kita bersatu dan berkerjasama maka kita dapat berjaya atau menang. Tetapi sekiranya kita berselisih dan bergaduh antara satu sama lain, maka kita akan kalah.
2. Kata sepakat tercapai dengan rundingan/perbincangan/mesyuarat.
Ungkapan terdekat:
United we stand, divided we fall.
Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.
Muafakat membawa berkat
Beliau selaku ADUN N.55 Balung sentiasa memantau perkembangan kehidupan rakyat dikawasan ini, beliau faham mengenai kekurangan bekalan air bersih pada ketika ini melanda dikawasan Tawau terutama sekali dikawasan Ranggu , Kongsi 8 , Kongsi 10 dan Padang 6. Pihak kerajaan telah berusaha untuk membetulkan keadaan agar semua penduduk kampung mendapat bekalan air bersih. Loji bekalan air di Tawau , selamanya ini bergantung sepenuhnya kepada air sungai Tawau. Kita tidak mempunyai Empangan Takungan Air seperti ditempat tempat lain , dari itu kita telah memohon untuk membina Empangan dan telah diluluskan.Namun untuk membina Empangan ini perlulah memakan masa yang agak lama diantara 3 ke 4 tahun. Dari itu alternatif lain juga telah diambil kira iaitu membina saluran air paip dari Apas Balung yang berlebihan dan disalurkan ke Loji Penapisan air Hill Top Jalan Utara dan dengan itu masalah kekurangan air dikawasan Ranggu, Kongsi 8, Kongsi 10 dan Padang 6 dapat diatasi.
Penyampaian Sijil Jasa Mu dikenang kepada waris penama yang telah menaburkan jasa bakti kepada Nusa dan Bangsa. Mereka ini adalah terdiri daripada Pemimpin akar Umbi seperti Ketua Kampung , Pengerusi JKKK dan Ketua Cawangan UMNO.
Pihak penganjur program telah menyediakan beberapa hadiah untuk dibawa pulang oleh Hadirin yang hadir pada malam itu dengan mengadakan cabutan bertuah. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Datuk Hjh.Rosdianah binti Mod.Nor adalah Pemimpin Wanita UMNO Tawau iaitu Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tawau .
Pada 10 September 2016 @ 7.30 pagi, Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan , Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali dan Datuk Hj.Nizam AB.Titingan bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau , AJK Pergerakan Wanita Bahagian , AJK Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Tawau dan AJK Pergerakan Puteri Tawau berada di Balairaya Kg.Ranggu bertujuan mengadakan perjumpaan bersama Pemimpin akar Umbi dan rakyat di Peringkat Daerah Mengundi Zon Ranggu dalam Program Majlis Merdeka Raya Pemimpin Bersama Rakyat di PDM Kinabutan.Turut Hadir Ketua Ketua Cawangan UMNO Bahagian Tawau diKawasan Zon Ranggu.
Para Permimpin Kampung Ranggu di PDM Zon Ranggu sedang bersedia menunggu ketibaan YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj. AB.Titingan , YB.Datuk Hj.Syed Abas Hj.Syed Ali dan Datuk Hj.Nizam bin DSP Hj.AB.Titingan.
Ketibaan Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau bersama Yang Berhormat Datuk Hj. Syed Abas bin Hj. Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau disambut oleh Pemimpin Pemimpin akar umbi Kampung Ranggu.
Sebaik saja ketibaan Pemimpin , terus acara menaikkan Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Sabah dengan iringan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah air ku.
Acara menaikkan Bendera dan nyanyian lagu Patriotik
Selepas selesai menyanyian lagu dan menaikkan Bendera barulah acara didalam balairaya dimulakan.
Ucapan dari Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali
Ucapan dari Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan
Dalam ucapan beliau , beliau memberitahu tentang perkara perkara atau pun isu isu semasa yang mana banyak diputar belitkan oleh pihak pihak tertentu yang menyebabkan kekeliruan orang ramai. walaubagaimana pun beliau tidak dapat mengulas lebih panjang lebar kerana kekangan tugas dimana beliau akan ke Lapangan terbang Tawau untuk menyambut ketibaan DS Hishamuddin bin Tun Hussien Onn yang datang ke Tawau untuk merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian Kalabakan dan Tawau.
Beliau sempat membicarakan perihal kekurangan bekalan air bersih dikawasan Ranggu dan telah mengambil beberapa langkah untuk membolehkan bekalan air bersih dibekalkan ke kawasan Ranggu dan sekitarnya dalam masa yang terdekat. Opsyen yang terkini yang diambil ialah membuat tangki simpanan air bersih di kawasan Andrassy yang mendapat bekalan air bersih dari simpanan air bersih diApas Balung yang berlebihan ketika ini. Kerja-kerja pemasangan paip dari Apas Balung ke Andrassy telah diluluskan dan segera akan dilaksanakan.Untuk mengatasi kekurangan air di Tawau dalam Jangka Panjang Pihak Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan dari Kerajaan Persekutuan untuk membina Empangan di Gudang 4 yang mana menelan belanja kos pembinaan yang diluluskan RM400juta dan dikangkakan siap dalam tempoh 4 -5 tahun. Beliau juga memberitahu bahawa air yang digunakan pada ketika ini adalah mengharapkan air Sungai Tawau yang selalu mengalami kekurangan air dan pencemaran teruk keatasnya juga telah berlaku , terutama sekali kawasan setinggan yang membina tapak perumahan berhampiran dengan sungai.
Pemimpin bersama rakyat , Pemimpin akar Umbi bertemu Pemimpin atasan , semoga hubungan silaturrahim bertambah erat serta mewujudkan situasi institusi kekeluargaan yang intim dan padu. Dalam mengujudkan situasi yang demikian pemimpin perlu lah sentiasa bertemu dan bermesra didalam suatu perjumpaan yang diatur dan dilaksana oleh pihak Jawatankuasa Pelaksanan Program Santai bersama Pemimpin di Balairaya Kg.Ranggu.
Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau sentiasa berada bersama sama Yang Berhormat dalam Program Santai Bersma pemimpin bermula dari 7 Ogos 2016 sehingga kini 10 September 2016 iaitu penutup Program Santai Bersama Pemimpin ke PDM diseluruh Kawasan Apas dan Balung.
Para hadirin memenuhi ruang Balairaya Kg.Ranggu dimana beberapa acara diadakan pada hari itu termasuklah cabutan nombor bertuah dimana seperti biasa ada ole oleh yang akan dibawa pulang oleh hadirin yang berjaya.
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 59 tahun bersama sama menyanyikan lagu Sehati sejiwa iaitu Tema Hari Kebangsaan Tahun 2016.
Penduduk kampung bersedia mendengar ucapan Yang Berhormat dalam huraian menangani isu isu semasa yang digembar gemburkan oleh pihak tertentu.
Hadirin begitu khusuk mendengar ucapan Yang Berhormat Datuk Tawfiq yang menyentuh keperluan harian iaitu masalah kekurangan bekalan air bersih ke Kampung Ranggu.
Yang Berhormat Datuk Tawfiq berangkat balik setelah memberitahu hadirin yang mereka terpaksa meninggalkan majlis terlebih awal disebabkan tugas yang mereka harus berada di Lapangan Terbang Tawau untuk menyambut ketibaan Yang Berhormat DS Hishamuddin Tun Hussien yang tiba untuk melaksanakan Persamian Persidangan Bahagian UMNO Kalabakan dan Tawau.
Turut berangkat balik Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali
Acara terakhir diMajlis tersebut ialah cabutan nombor bertuah dimana Pihak penganjur program telah menyediakan beberapa hadiah untuk dibawa pulang oleh Hadirin yang hadir. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Puan Norsiah Bayai adalah Pemimpin Wanita UMNO Tawau iaitu Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tawau .
- END -
No comments:
Post a Comment