Thursday, July 28, 2016

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437H 2016M

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437H 2016M PERINGKAT PERBANDARAN TAWAU PADA 9 JANUARI 2016

Pada hari ini penduduk Tawau berkumpul dihadapan Majlis Perbandaran Tawau untuk menyertai Perarakan Perbarisan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw 1437H. Bermula sejak jam 6.00 pagi lagi orang ramai sudah berkumpul dengan berpakaian warna warni serta datang berkumpulan dengan membawa sepanduk masing masing.


Turut sama sama menyertai perarakan Maulidur Rasul ialah YB.Datu Ariffin Arif , Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah. semantara itu kumpulan UMNO Bahagian Tawau juga turut sama diperarakan tersebut.


setiap tahun sambutan Maulidur Rasul SAW diadakan pastinya ramai yang menyertai perarakan dan juga menyertai pertandingan sepanduk.


YB.Datuk Ariffin Arif Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkesempatan bersama AJK Wanita UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor.



YB.Datuk Ariffin Arif juga berkesempatan bertemu dan bermesra dengan rombongan dari Biro Agama UMNO Sabah.


Turut hadir YB.Datuk Hjh.Hamisah binti Samad ADUN N.59 Tg.Batu merangkap Pembantu Menteri kepada Menteri Pembangunan Sunber dan Kemajuan Teknologi Maklumat , Ketua Polis Daerah Tawau ACP Tuan Fadil Marsus , Ketua Daerah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Tawau ) OKK Mohd.Ayub bin Kee Abu Bakar , Wakil Ketua Anak Negeri , Ketua - Ketua Kampung dan Pemimpin - pemimpin  Masyarakat di Tawau.



Ketua Polis Daerah Tawau ACP  Tuan Fadil Marsus beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin UMNO termasuk lah AJK Bahagian UMNO Tawau , Ketua - Ketua Cawangan UMNO Tawau dan pemimpin pemimpin kampung yang hadir di Sambutan Maulidur Rasul ketika itu.



 Ahli Jawatankuasa Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau bersama ketuanya Ybhg. Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor.



YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah , Datuk Ariffin bin Arif Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah , Datuk Ismail bin Mayakub Presiden Majlis Perbandaran Tawau , Tuan ACP Fadil Marsus Ketua Polis Daerah Tawau , Pemimpin-pemimpin Masyarakat , Pegawai pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan para peserta sambutan Maulidur Rasul 1437H



Begitu ramai penduduk Tawau yang datang bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul kali ini yang memenuhi kawasan lapang dihadapan Mahkamah Tawau , Majlis Perbandaran Tawau , Hongkong and Shanghai Bank dan Kawasan Public Bank. Masing - masing dengan kumpulan dengan membawa sepanduk , ada yang bertanding ada juga hanya penyertaan.



Mendahului perarakan adalah kumpulan Ahli - ahli yang berhormat ,  Pemimpin - pemimpin Masyarakat , Ketua - ketua Jabatan dan para peserta .



Mengingati Kelahiran dan Perjuangan Rasullullah 
DEMI sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)
Di seluruh dunia, umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul dengan mengadakan perarakan, ceramah, berselawat, bersyair dan sebagainya bagi mengingati detik kelahiran keputeraan Nabi Muhammad SAW iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah iaitu pada hari Isnin bersamaan dengan 23 April 571 Masihi



Pengorbanan Nabi Muhammad dan para sahabatnya mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan malah mereka turut berjihad demi menegakkan syiar Islam. Baginda berjaya membina kejayaan yang cemerlang dalam semua aspek. Pencapaian baginda dianggap luar biasa yang tidak mampu dicapai oleh manusia biasa.Seluruh ilmuwan dunia bersepakat menobatkan Nabi sebagai pemimpin terulung yang berjaya membentuk masyarakat dengan kesempurnaan Islam yang syumul,


Para Hadirin telah memenuhi ruang Dewan Masyarakat Tawau dengan pakai yang berwarna wanri sungguh cantik sekali diselitkan dengan Tema tahun ini "Perpaduan Nadi Tranformasi Negara".


Melalui program yang diadakan, ia dapat mengetahui kaedah dan cara pendekatan dakwah yang dijalankan oleh para sahabat Nabi dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiya': 107)


Sesungguhnya berselawat itu amat digalakkan kepada umat Islam sebagai mana firman Allah SWT yang beramaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56)

Umat Islam harus memahami bahawa pada diri Rasulullah itu terdapat dua dimensi sosial yang berbeza tetapi saling melengkapi. Fakta inilah yang cuba dijelaskan oleh pengkaji sosiologi Islam. Apakah dua dimensi sosial yang berbeza itu? Pertama, Nabi Muhammad SAW dilihat dan difahami dalam perspektif teologi-religious. Perspektif ini melihat baginda sebagai sosok nabi dan rasul yang diutus oleh Pencipta manusia dan alam dalam kerangka konsep ketauhidan yang mengajak manusia menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Tugas ini meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Tuhan di dunia yang bertugas menyampaikan serta melaksanakan segala ajaran yang diwahyukan kepada baginda untuk disampaikan kepada seluruh umat umat manusia. Kedua, dimensi sosial-politik di mana baginda dilihat dan difahami sebagai pembangun masyarakat dan pembina tamadun manusia. Perspektif ini melihat baginda sebagai sosok politikus yang ideal yang memiliki sifat-sifat kepemimpinan yang adil, telus, demokratik, kesamarataan (egaliter), toleran, kesederhanaan (wasatiyyah), manusiawi (humanis), tidak pilih kasih, anti kekerasan (keganasan) dan sentiasa menegak keadilan sosial.



Ucapan YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan diMajlis tersebut., Ciri-ciri kepemimpinan baginda yang penuh keadilan di bawah bimbingan wahyu itu berjaya membawa masyarakat Arab yang sebelum itu berpecah belah menuju kepada satu bentuk masyarakat yang bersatu padu, sejahtera dan tenteram. Malah, bukan sahaja baginda dapat mempersatukan umat Islam tetapi juga dan membina perpaduan dalam masyarakat pluralistik dengan pelbagai kabilah (tribes) dan agama. Inilah yang berlaku di kota Madinah selepas baginda dan pengikutnya berhijrah ke sana.
Umat Islam tidak seharusnya hanya mengingat peristiwa kelahirannya tetapi mestilah memahami kisah perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menegakkan dan mendaulatkan Islam. Kisah hidupnya mesti dihayati dan diteladani kerana semua yang berlaku ke atas baginda dan sahabatnya juga dihadapi oleh umat Islam hari ini, terutamanya dalam berhadapan dengan permainan kaum kufar dan munafik yang tidak akan rela Islam tertegak di bumi Allah ini.



Ustaz Muhammad Nur Maulana  , lahir di Makasar Indonesia pada 20 September 1974. Beliau adalah seorang Pendakwah yang menampilkan dakwahnya dengan bahasa dan cara penyampaian yang sangat mudah diterima oleh Masyarakat. Beliau berkelulusan dari Pondok Pesantren An - Nahdah Makasar pada tahun 1994. Selain sebagai Pendakwah beliau juga Guru Agama Islam disebuah Sekolah Dasar Islam Athirah dan Pasentren An-Nahdah. Aktif menyampaikan dakwahnya disalah satu acara di Stesen TV swasta iaitu Trans TV Indonesia.


Kelihatan hadirin begitu memberikan tumpuan kepada ceramah yang disampaikan terutama sekali adakalanya dia berjenaka dan adakalanya bersedih. Itulah ciri ciri pendakwa ini memberikan dakwahnya dengan santai dimana setiap orang memberikan perhatian.

Hadirin yang memenuhi Dewan Masyarakat Tawau semasa Majlis ini amatlah membanggakan kerana mereka begitu sayang dan cintakan Nabi Muhammad SAW yang mana saban tahun diadakan tetap mendapat sambutan yang hangat dari Penduduk Tawau Khasnya.



Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk dan kumpulan



Bacaan Doa Penutup Acara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perbandaran Tawau



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437H 2016M PERINGKAT KAMPUNG RANGGU TAWAU PADA 17 JANUARI 2016

Setiap tahun Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu ini akan diadakan dan ianya seakan sudah menjadi amalan Penduduk Kampung mengadakan Program seperti ini setiap Tahun. Pada Tahun ini telah diputuskan dalam Mesyuarat AJK Pelaksana Sambutan ini , perarakan akan bermula dari Masjid Sri Ranggu atau pun Balairaya Kampung Ranggu ke Surau Ummu Bariah diKampung Rancangan Ranggu. 

Para peserta telah berada di perkarangan Masjid Sri Ranggu seawal jam 7.00 pagi dengan pakai kebangsaan yang beranika warna. Dengan semangat kasih sayang kepada Rasullulah saw mereka datang berkumpul sambil berselawat keatas Nabi Muhammad saw.



Disamping itu penduduk kampung dapat berkumpul dan berjumpa antara satu dengan yang lain kerana rutin hari dan juga tugas harian masing masing yang berbeza beza. Dengan adanya acara seperti ini akan mengeratkan lagi tali silaturrahim antara mereka.


Kaum wanita juga tidak ketinggalan , sama sama menghadiri Sambutan Maulidur Rasul ini.





Pada jam 7.30 pagi ramai sudah Penduduk Kampung yang hadir , sambil menunggu ketibaan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang mana Yang Berhormat akan sama sama berarak , berjalan ke Surau Ummu Bariah di Kampung Rancangan Ranggu yang jarak nya lebih kurang 2 kilometer dari Tapak permulaan ini.

Penduduk Kampung bersembang sesama mereka sementara menunggu ketibaan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali



Pada jam 7.45 pagi YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali tiba diperkarangan Masjid Sri Ranggu dengan disambut oleh Penduduk Kampung Ranggu yang telah berada disitu sejak jam 7.00 pagi lagi. Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat Balung Tuan Said Hassan bin Said Idrus , WKAN Hj.Amirbak bin Abd.Rahim , Hjh.Kee Salmah Kee Yusof Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Hj.Yusof Abd.Gani Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Kakitangan UPPM Balung dan AJK Pelaksana Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu.

Yang Berhormat Bersalaman dengan Penduduk Kampung 


Bacaan Doa sebelum memulakan perarakan ke Surau Ummu Bariah Kampung Rancangan Ranggu

Dengan sinaran cahaya matahari pagi bacaan Doa memohon keselamatan dan keharmonian Program akan terlaksana

Pada jam 8.00 pagi perarakan mula bergerak menuju ke Surau Ummu Bariah Kampung Rancangan Ranggu. Sambil berselawat para peserta berjalan kaki berarak bersama sama YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , Pemimpin pemimpin Masyarakat Kampung dan penduduk kampung Ranggu.

Dalam Perarakan sambil berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW , Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali bersama Pemimpin - pemimpin Kampung kelihatan begitu bertenaga dan ceria. Penduduk Kampung Ranggu semestinya gembira pada hari tersebut kerana dapat bersama sama pemimpin mereka.

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 45 minit itu telah mencapai objektif iaitu Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Kampung Ranggu dengan mempamerkan kesepakatan dan keharmonian penduduk kampung bersatu menjayakan program yang sedemikian.

Perjalanan yang telah menghampiri garis penamat iaitu Surau Ummu Bariah diKampung Rancangan Ranggu. Ahli Jawatankuasa Surau Ummu Bariah telah menyediakan beberapa Program disamping Program Sambutan Maulidur Rasul.  

Antara program yang disediakan oleh AJK Surau Ummu Bariah ialah Ceramah Agama yang akan disampaikan oleh AlFadhil Ustaz Nazri Dollah dan juga Majlis Marhaban oleh Kumpulan Selawat. 

YB. Datuk Syed Abas bin Syed Ali menyampaikan ucapan diMajlis tersebut dengan menekankan bahawa perpaduan anatara penduduk kampung memang sentiasa terjalin erat oleh yang demikian diharapkan akan berterusan dari semasa ke semasa.   Justeru, cara kita mengingati kelahiran baginda harus dipertingkatkan bukan sekadar laungan retorik tetapi mestilah disertai dengan penghayatan yang sungguh-sungguh sehingga mampu diaplikasikan dalam kehidupan harian kita selaku mukmin, bukan sahaja dalam melaksanakan ibadat-ibadat ritual tetapi hendaklah diaplikasikan dan melaksanakan pesanan-pesanan besar rasulullah SAW seperti memperkuat persaudaraan, melaksanakan jihad, menegakkan keadilan, budaya membaca, budaya ikram dan kasih sayang sesama insan, menghargai kebersihan, penjagaan alam sekitar dan lain-lain pesanan rasulullah.Bagi para pemimpin pula hendaklah menjadikan kepemimpinan baginda sebagai contoh teladan sehingga mampu merekonstruksi suatu citra kepemimpinan yang disegani oleh umat bukan Islam. Pemimpin umat Islam wajar memahami kehebatan kepemimpinan rasulullah dari berbagai perspektif seperti kepemimpinan demokratik, kebijaksanaan merangka strategi, kebijaksanaan berunding, kebijaksanaan menjaga maslahah (kepentingan) ummah, perhubungan antarabangsa dan keberanian dalam berhadapan dengan musuh.

Seperti biasa sempena sambutan Maulidur Rasul diadakan juga penyampaian bantuan kepada penduduk kampung.

Majlis pada hari diakhiri dengan Majlis Makan Tengahari bersama YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali bersama penduduk kampung.


END


Monday, July 25, 2016

LAWATAN MUHIBBAH UMNO BAHAGIAN TAWAU SABAH KE PARLIMEN LARUT , PERAK

15 JULAI 2016 ( JUMAAT )

Pada hari ini AJK Bahagian UMNO Tawau akan berangkat ke Parlimen Larut untuk menghadiri Majlis Hari Raya yang diHostkan oleh Ahli Parlimen Larut yang juga Menteri KPDNKK Malaysia YB. Dato' Seri Hamzah Zainuddin. Kumpulan AJK Bahagian UMNO Tawau berkumpul di Lapangan Terbang Tawau pada pukul 1.00 petang yang akan ke Kota Kinabalu pada jam 3.05 petang dengan penerbangan Air Asia AK 6263. Seramai 35 orang AJK Bahagian yang akan pergi ke Majlis tersebut yang mana beberapa lagi AJK Bahagian tidak dapat menyertai disebabkan perkara-perkara dan urusan yang tidak dapat dielakkan.





Boarding Flight pada pukul 2.30 petang dengan penerbangan Air Asia AK 6263 ke Kota Kinabalu


Berada dalam flight ke Kota Kinabalu dari Tawau duduk bersama Tuan Hj.Rackey Apna


Pada jam 4.00 petang sampai di Kota Kinabalu transit ke Kuala Lumpur pada jam 6.15 petang. Sementara menunggu flight ke Kuala Lumpur , kami berpeluang untuk  makan dan minum serta merihatkan diri kerana perjalanan masih jauh lagi.



Santai sambil makan menanti masa untuk penerbangan ke Kuala Lumpur



                   Santai sambil makan dan minum menanti masa untuk penerbangan ke Kuala Lumpur







Pada pukul 6.15 petang telah berada didalam terminal pelepasan untuk penerbangan ke Kuala Lumpur digate 8 Flight Air Asia AK5117.



Bersedia dibalai berlepas lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk penerbangan ke Kuala Lumpur



Pada jam 6.30 petang Ahli rombongan AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau telah boarding untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.



Berada dalam Flight ke Kuala Lumpur bersama Saudara Ariffin Hj.Kasim dan Abdul Razak Hj.Abas



Perjalanan jauh dengan menaiki Bas dari KLIA2 ke Taiping Perak.


Kami bertolak dari KLIA2 pada jam 10.20malam dan dijangkakan perjalanan memakan masa 4 jam 22 minit iaitu perjalanan biasa Bas Pengangkutan Awam KLIA2 / Taiping bergantung kepada keadaan semasa dimana adakalanya bas berhenti di R & R untuk membolehkan para penumpang merihatkan diri serta membeli makanan dan juga minuman. Rombongan kami sampai di Hotel SSL Traders , Taiping pada jam 3.00 pagi.



Rombongan diberikan bilik penginapan diSSL Trader Taipimg Perak dimana kami menginap disini sehingga program kami selesai. 



Rombongan diberikan taklimat ringkas dan juga jadual lawatan



Setelah mendapat bilik , masing masing merihatkan diri kerana akan meneruskan Program Jadual Lawatan pada pukul 9.30 pagi nanti.






Hotel SSL Traders  terletak dijalan Kamunting Lama ditempat pertemuan bandar Warisan Taiping dan Zon Industri Kamunting. Hotel ini dbuka dengan rasminya pada 12 Disember 2008 ( Jumaat ). Hotel ini dibina berhadapan dengan Kem Tentera dan hanya 3 tingkat sahaja . Kami menginap disini mulai dari 15 Julai hingga 17 Julai 2016.



16 JULAI  2016 ( SABTU )

Jam 7.00 pagi sebelum berangkat ke Majlis tersebut Rombongan dari UMNO Tawau dan UMNO Kalabakan bersarapan pagi di Hotel yang telah disediakan.



Sarapan pagi di Hotel SSL Traders , Taiping sebelum berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPDNKK yang dihoskan oleh Menteri nya Yang Berhormat Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Dewan Semai Bakti Felda Ijok , Perak Darul Redhwan.







AJK Bahagian UMNO Tawau telah sepakat menghadiri ke Majlis tersebut memakai pakaian Melayu bersamping dengan warna bebas tidak terikat dengan satu warna kumpulan. Nampaknya pakaian berwarna bebas ini warna santai dan beranika serta sesuai untuk Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPDNKK tersebut.



AJK Bahagian UMNO Kalabakan memakai baju Melayu warna merah sementara AJK Bahagian UMNO Tawau warna bebas.



9.30 pagi rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau bertolak dari Hotel ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPDNKK di Dewan Semai Bakti , FELDA Ijok  Negeri Perak Darul Redwan dengan menaiki 2 buah Bas yang telah disediakan.Perjalanan memakan masa lebih kurang satu jam dari Hotel SSL Traders , Taiping ke Dewan Semai Bakti FELDA Ijok.




sampai di FELDA Ijok bersama rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau dan UMNO Kalabakan.




Turut sama dalam rombongan Pemimpin Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Tawau Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor



DiMajlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPDNKK diDewan Semai Bakti Felda Ijok.




Lebih kurang jam sebelas pagi rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau telah berada didalam Dewan Semai Bakti.




Sementara menunggu ketibaan YB.Dato'Seri Hamzah Zainudin Menteri KPDNKK selaku tuan rumah , kami duduk santai sambil menikmati hidangan yang disediakan 





Turut hadir Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP Hj.AB.Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Ketua Setiausaha Kepada Ketua Menteri Sabah.






Suasana yang meriah dimana Ketua Bahagian UMNO Tawau Datuk Tawfiq bin DSP Hj.Ab.Titingan dan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan Datuk Abdul Gafur bin Hj.Salleh hadir sama memeriahkan Majlis Rumah terbuka Aidilfitri KPDNKK di Dewan Semai Bakti Felda Ijok.





Turut hadir Ybhg.Datuk Ahmad Baharom bin DSP Hj.AB.Titingan Ketua Penerangan Bahagian UMNO Tawau dan juga Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Mohd.Nor  Ketua Pergerakkan Wanita Bahagian UMNO Tawau.




Suasana meriah dengan pakaian beranika warna dari AJK Bahagian UMNO Tawau bersama Ybhg. Datuk Hj.Nizam DSP. Hj.AB.Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau.



Sebahagian daripada AJK Bahagian UMNO Tawau yang hadir telah mengambil tempat yang telah disediakan oleh pihak penganjur.




AJK Bahagian UMNO Tawau Osman Hj.Hassan , Jamaluddin  , Yusof Hj.Ahmad , Asis Hj.Ali , Hj.Halik Hj.Wahid , Hj.Mahamud Sakti , Datu Indal Datuk Ismail , Hamid Damang dan Razak Hj.Abas.


AJK Bahagian UMNO Tawau Mardawiyah Hj.Yudin , Mohd.John Lakim , Hj.Yusof Hj.Gani , Maimunah Mahmud bersama dengan peserta dari UMNO dari Parlimen Larut Perak.




AJK Bahagian UMNO Tawau Mohamad Oman  , Hj.Ricky Apna , Gafar Ahmad , Said Hassan , Nurdin Hj.Nusu bersama rakan rakan dari Parlimen Larut Perak.



AJK Bahagian UMNO Tawau Hj.Jefry Su , Syed Ahmad YB.Syed Abas , Sarman Amat Simito , Datu Hj.Abdul Rahman Datuk Ismail  bersama rakan rakan dari Parlimen Larut , Perak




AJK Bahagian UMNO Tawau Hj.Jelson Pg.Awang ,.Naim Hj.Ahmad , Hj.Jefry Su , Syed Ahmad YB.Syed Abas , Sarman Amat Simito dan rakan rakan dari Parlimen Larut , Perak




AJK Bahagian UMNO Tawau TonyTahah , Ariffin Hj.Kassim, Johnny Sulaiman , Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan , bersama rakan rakan dari Parlimen Perak.







Rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau bergambar bersama Dato' Seri Hamzah Zainuddin Menteri KPDNKK Malaysia diDewanSemai Bakti , Felda Ijok dalam Parlimen Larut Perak. Ini adalah kenangan yang tidak dilupakan. 




Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Mohd.Nor bersama Ketua Wanita dan AJK Wanita Bahagian UMNO Larut Perak




AJK Bahagian UMNO Tawau bersama Ketua Bahagian Datuk Tawfiq bin DSP Hj.AB.Titingan semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti Felda Ijok.




Mereka kelihatan segak dan bergaya berpakaian kebangsaan Melayu beranika warna sambil menunggu kenderaan Bas yang akan membawa balik ke Hotel SSL Traders , Taiping dari Kanan Syed Ahmad , Hj.Datu Abdul Rahman , Hj.Halik , Hamid , Hj.Jefry Su , Datu Indal , Gafar  dan Said Hassan Said Idrus.



Berpakaian serba indah dan cantik setelah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPDNKK diDewan Semai Bakti Felda Ijok





Pada jam 1 petang kami telah berada didalam kenderaan Bas untuk balik ke Hotel SSL Traders di Taiping perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit ke 60 minit. 





Semua sudah berada didalam kenderaan bas dan dijangkakan pada jam 2 petang akan sampai di Hotel SSL Traders Taiping.




Jam 2 petang sampai di Hotel SSL Traders dari Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KPDNKK di Semai Bakti Felda Ijok. Rehat dan sembang bersama kawan serombongan di coffee house Hotel SSL Traders .



  
Sambil minum kopi sembang bersama kawan di Coffee House Hotel SSL Traders , Taiping



Jam 8.00 malam AJK Bahagian UMNO Tawau dan juga UMNO Kalabakan bertolak ke Restauran Mai Sini Tomyam , Kamunting untuk makan malam.

Makan Malam



Makan Malam






Selepas makan malam akan bertolak ke Zoo Taiping untuk Program Night Sapari . Ramai yang tidak memilih untuk meneruskan ke Program melawat Zoo Taiping. dengan itu sebuah bas sahaja yang terus ke Zoo Taiping untuk Night Sapari dan sebauah lagi balik ke Hotel untuk rehat.



Pihak Penganjur Program AJK Bahagian UMNO Parlimen Larut Perak telah menyediakan buah Durian di Hotel. Sekembali dari makan malam bermula lah episod membuka buah Durian.





sedap nya makan Durian



Ada yang pantang makan Durian , tapi durian tetap sedap dan terpaksa lari dari pantang




Walaupun ada diantara mereka ini mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan buah Durian ini tapi semuanya itu mereka ketepikan kerana dipengaruhi oleh Raja Buah ini.
Seringkali rakan rakan mengingatan kepada mereka yang bermasalah untuk tidak memakan terlalu banyak buah ini. Syukur Alhamdullillah , pada malam itu semuanya makan buah Durian dan tiada yang mendapat masalah darinya.


17 JULAI 2016 ( AHAD )

Pada hari ini Rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau dan juga UMNO Kalabakan  akan ke Pulau Pinang untuk lawatan ke Bukit Bendera , Persiaran Gurney dan Kilang Jeruk Pak Ali. Rombongan dijangkakan akan bertolak dengan bas pada jam 9.30 pagi. Seperti biasa minuman pagi di Hotel SSL Traders telah disediakan.


Singgah sebentar di R&R  Sungai Bakap Utara , Pulau Pinang untuk rehat dan membeli makanan dan minuman untuk perjalanan seterusnya ke Bukit Bendera Pulau Pinang.


Minum minuman ringan , kerana rehat sebentar sahaja danakan meneruskan perjalanan


Rombongan dari AJK Bahagian UMNO Tawau dan Kalabakan , mengenderai 2 buah Bas bagi tujuan lawatan ke Pulau Pinang 


Setelah Rehat dan Minum di R&R Sungai Bakap Utara ,rombongan meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang melalui Jambatan Ke-2 .





Jambatan Pulau Pinang laluan ke-2 


Masuk ke Bandaraya Pulau Pinang


Rombongan AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau , Sabah

Rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau di Penang Hill pada 17 Julai 2016 . Kami bertolak dari Hotel SSL Traders , Taiping Perak pada jam 8.30 pagi dan tiba disini lebih kurang jam 11.30 pagi. Rombongan ini seramai 30 orang yang terdiri daripada ; Azriansyah , Sahran Mankati , Gafar Ahmad , Hj.Jefry Su , Hj.Naim Ahmat , Sarman Amat Simito , Hj.Halik Hj.Wahid , Datu Indal Datuk Datu Ismail , Mardawiyah Hj.Yudin , Hj.Rackey Apna , Yusof Hj.Ahmad , Jamaluddin , Asis Ali , Abd.Razak Hj.Abas , Hj.Datu.Abdul Rahman Datuk Datu Ismail , Hj.Mahamud Sakti , KK Osman Hassan , Said Hassan Said Idrus , Hj.Yusof Hj.Abd.Gani , Hj.Jelson Pg.Awang , Normah Ambo , Johnny Sulaiman , Hamid Damang , Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor , Maimunah Mahamud , Nurdin Nusu , Muhammad Oman , Tony Taha , Mohd.John Lakim  dan Syed Ahmad Syed Abas.

Ini semuanya AJK Bahagian UMNO Tawau Dari kiri Azriansyah , Hj.Mahamud , Datu Indal , Naim ( SUB ) , Mohd.John , Abd.Razak dan Said Hassan. Stesen Penang Hill ini telah dibuka sejak tahun 1923 lagi iaitu zaman British India Timor lagi ia diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa.

AJK Bahagian UMNO Tawau Duduk dari kiri: Syed Ahmad , Normah ( SUK ) , Mohd.John , Mohammad , Said Hassan. Berdiri : AJK Kalabakan , Azriansyah , Jamaluddin , Abd.Razak , Sahran , Datu Indal , Hj.Mahamud , Gapar , Naim ( SUB ) dan Hj.Jefri Su 


AJK Bahagian dan Sayap UMNO Kalabakan

AJK Bahagian UMNO Tawau bersedia untuk naik ke Puncak Bukit Bendera Hj.Halik , Tony , Yusof , Datu Indal , Asis  dan Abd.Razak


Yusof bersama Nurdin berada dikawasan bangunan stesen Cable Car atau Funicular Train. Stesen Penang Hill ini telah dibuka sejak zaman British lagi , menurut rekod ianya telah dibina dalam tahun 1920an dan dibuka secara rasminya dalam tahun 1923. 

Azriansyah & Yusof semasa berada didalam bangunan stesen untuk ke Puncak Bukit Bendera dengan Cable Car atau Funicular Train.


Yusof , Azriansyah , Mardawiyah dan Nurdin berada distesen Funicular Train untuk naik keatas Bukit Bendera.

Datuk Hjh.Rosdianah & Maimunah Ahli rombongan AJK Bahagian UMNO Tawau sedang bersiapsedia untuk masuk kedalam Funicular Train yang akan tiba.

Untuk Pengetahuan bersama Funicular Train sekarang ini adalah dalam Generasi yang ke 4 yang baru dilancarkan pada 24 April 2011. Generasi Pertama telah dilancarkan dalam tahun 1906 dan dihentikan dalam tahun yang sama 1906 atas sebab sebab tertentu. Kemudian dalam tahun 1923 Funicular Train Generasi Kedua telah dilancarkan sehingga tahun 1977. Dalam tahun 1972 saya dan rombongan dari SMK Padang Midin , Kuala Terengganu telah pernah datang kesini dan bermakna Funicular Train yang kami gunakan pada masa itu termasuk dalam kategori Generasi yang ke-Dua dan perkhidmatan nya ditamatkan pada tahun 1977. Dalam Tahun 1977 penambahbaikkan telah dilakukan dengan mengoperasikan semula Funicular Train tersebut sehingga tahun 2010 dimana beberapa kerosakan telah berlaku. Selepas baikpulih keatas sistem dan Prasarana serta Funicular Train yang baru , pada 24 April 2011 Perkhidmatan Funicular Train ini diaktifkan semula.  


Rombongan kami sudah berada dihadapan untuk masuk kedalan Funicular Train. 

Penang Hill adalah salah sebuah British Hill Station yang tertua di Asia Tenggara yang bertarikh akhir tahun 1700 Masehi. Ketinggian Bukit ini ialah 833 meter atau 2,732 kaki dari paras laut. Untuk naik keatas seseorang perlulah dahulu memberi tiket untuk menaiki Funicular Train.
Tambang bagi Orang Dewasa  RM 10.00
Tambang bagi Warga Emas ( Umur 60 tahun ke-atas )  RM 5.00
Tambang bagi kanak - kanak ( Umur 4 - 6 Tahun ) RM3.00
Tambang bagi Pelajar ( Sekolah / College / Universiti ) RM 6.00
Tambang untuk satu perjalanan RM 5.00


Funicular Train

Kelihatan adalah Track yang dilalui oleh Funicular Train yang mendaki Penang Hill dengan ketinggian 2,732 kaki dari paras laut. Semasa kita berada didalam train ini kita akan merasai kenderaan ini mendaki bukit dan akan merasai keraguan.

Funicular Train ini perkhidmatan nya sangat efesyen dan sentiasa on time. diharapkan perkhidmatan ini berterusan dengan tidak mengganggu keharmonian pengunjung yang sentiasa setia menunggu untuk naik ke Bukit Bendera atau Penang Hill ini.

Setiap kali Funicular Train sampai di stesen orang ramai telah sedia menunggu , kemudian akan dikawal selia oleh petugas distesen ini dimana gate akan dibuka dan ditutup sekiranya train ini sampai.


Azriansyah , Yusof , Osman , Hj.Mahamud , Hj.Datu Rahman dan Hj.Jefrey selfie diBukit Bandera dengan berlatar belakangkan Panorama Bandaraya Pulau Pinang.

Pemandangan yang sungguh cantik melihat keindahan panorama bukit , Bangunan dan Lautan.

Scenery Indah di Bukit Bendera Datu Hj.Abdul Rahman dan Hj.Naim 



Kalau mau pusing pusing diatas Penang Hill ni boleh lah sewa Buggy Car yang boleh muat 5 - 6 orang. Buggy car disini envonriment friendly ianya menggunakan batteri. Untuk satu perjalanan akan dikenakan sewa RM30.00 sahaja. Dia orang ni sudah naik lah Datuk Hjh.Rosdianah , Maimunah , Nurdin , Jamaluddin , Sarman dan Hj.Yusof

Kami berkesempatan untuk pusing keliling dengan menaiki Buggy Car dan dapat melihat beberapa bangunan tempat tinggal dan Bungalow yang telah dibina begitu lama disini termasuk lah beberapa buah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri. Terdapat 52 Bungalow disini dimana 42 daripadanya adalah kepunyaan Individu dan 10 buah dimiliki oleh Kerajaan Negeri. kebanyakkan nya yang telah dibina lebih 100 tahun yang lalu seperti Bel Retiro ( Bungalow Govener ) yang dibina dalam tahun 1789 dan ianya yang tertua disitu.

Beberapa buah Bungalow yang kami lihat ada disini , dan menurut pemandu Buggy bahawa mereka tinggal disini memang sudah lama. Hanya mereka yang tinggal disini sahaja yang dibenarkan untuk membawa kereta naik keatas bukit Bendera ini. Terdapat juga lori atau kenderaan lain yang ada disini kerana sedang membuat kerja-kerja baik pulih bangunan atau pun landscaping

Suatu ketika dulu , untuk pusing keliling pengunjung terpaksa berjalan kaki dengan kaedaan yang amat berbeza dimana pengunjung terpaksa mengerah tenaga dan amat berbeza pada masa ini ianya amat mudah dengan bayaran yang minima untuk suatu perjalanan.








Solat Zohor dan Jamak Asar disini , Alhamdullilah suatu ketika dulu dalam tahun 1972 aku pernah kemari bersama rombongan dari Sekolah SMK Padang Midin , Kuala Terangganu. yang bermakna 44 tahun yang lalu ketika itu umur ku dalam 18 tahun dan sekarang sudah 62 tahun . Masjid Bukit Bendera ini telah dibina dalam tahun 1966 dan telah dirasmikan oleh TYT Pulau Pinang Raja Tun Uda bin Raja Mohammed Al Haj pada 22 April 1966.




Diatas Bukit Bendera selepas waktu Zohor dimana rombongan berkesempatan bersembahyang disana Yusof , Hj.Mahamud , Mohammad , Hj.Naim , Gapar & Datu Hj.Abd.Rahman

Setelah puas ronda-ronda diBukit Bandera / Penang Hill rombongan kami pun turun ke stesyen untuk program seterusnya iaitu mencari tempat makan Nasi Kandar Pulau Pinang.






Bukan senang nak dapatkan nasi kandar ni , kami kena berbaris . Semua pun memang terasa lapar kerana telah berjalan diatas Bukit Bendera. Walau bagaimana pun semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Selepas makan kami akan pergi cari Jeruk Madu Pak Ali.

Disini mereka membeli Jeruk tersebut untuk dibawa balik sebagai Ole-ole pulang ke Tawau.
Tempat ini terletak di Penang Road , dan memang banyak jenis jeruk yang disediakan untuk dibeli disini. Jeruk Madu Pak Ali 423 & 425 , Jalan Penang 1000 Georgetown Penang.


Cuaca sangat panas kami rehat dan membeli minuman ringan sementara menunggu rakan-rakan lain yang sedang membeli belah di Penang Road.

keadaan memang sangat panas terpaksa mencari tempat teduh untuk berlindung di kawasan Penang Road

Mau makan cendul pun kena berbaris , dan dikatakan cendul disini memang laris dan special in Penang terutama cuaca yang panas ketika ini.

memang seronok sekali , makan cendul yang sedap ditepian jalan Penang Road ini. orang kata kalau kesini mesti kena cendul dulu baru berbaloi perjalanan kesini.

TEoChew Chendul 

Panas terik diJalan Penang ni tidak menghalang kami untuk ronda-ronda sambil membeli barang untuk dibawa balik.


Pada jam 6.45 petang kami bertolak dari Jalan Penang balik ke Hotel SSL Traders di Taiping , Perak.


Sebelum sampai di Hotel penginapan kami singgah sebentar di R & R untuk rehat dan minum

Kami sampai di Hotel SSL Traders , Taiping lebih kurang jam 8.00 malam dan kami makan malam diHotel yang telah disediakan. Rombongan kami akan bertolak balik ke Tawau Sabah pada esok hari seawal jam 8.00 pagi.

18 Julai 2016

Pada hari ini semua peserta rombongan telah bersedia seawal pagi untuk persiapan dan mengemas barangan untuk perjalanan balik ke Tawau , Sabah. Jam 6.00 pagi kami sudah turun dengan barang-barang /baggage masing masing kerana selepas sarapan pagi rombongan akan bertolak ke Kuala Lumpur.


Rombongan dari AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau bersama-sama dengan AJK Bahagian UMNO Parlimen Larut Perak sebelum berangkat balik ke KLIA2 Kuala Lumpur. Pihak kami dari Bahagian UMNO Tawau amat terhutang budi dan berterima kasih kerana telah melayan kami dengan baik sekali. Semoga usaha YB.Dato'Seri Hamzah Zainuddin dan seluruh AJK Bahagian UMNO Larut diberkati.

Kami bertolak dari Hotel SSL Traders Taiping , Perak pada jam 7.25 pagi setelah semua barang-barang disimpan dalam tempat simpanan barang didalam Bas tersebut.

Kami mula bergerak pada jam 7.15 pagi dari Hotel SSL Traders Taiping menuju KLIA2 melalu jalan Lebuhraya Utara-Selatan. Pada jam 7.33 ini kami telah sampai di kawasan Matang. 


Pada pukul 8.00 pagi kami sampai di Changkat Jering singgah di stesen minyak Lebuhraya Utara - Selatan.


Pada jam 9.30 pagi kami sampai di R & R Behrang Ulu  Lebuhraya Urata- Selatan . Singgah membeli makanan dan membersihkan diri.

Pada jam 10.40 kami sampai di Petaling Jaya Lebuhraya Baru Lembah Kelang sedang menuju ke KLIA2.

Pada jam 11.25 pagi kami sampai di KLIA2 , punggah barangan / laugge untuk masuk ke terminal untuk pemeriksaan dan pengesahan penerbangan ke Tawau pada jam 3.00 petang.

Pada jam 2.00 petang kami pun masuk  dimana Penerbangan dijadualkan boarding pada jam 3.00 petang di Gate J16. sengaja mau masuk awal kerana mau ke Surau dibahagian pelepasan Gate J16 tu ada surau.


Rakan-rakan serombongan sudah semuanya berada dibahagian pelepasan , sedang menunggu pesawat untuk terbang balik ke Tawau




Kapal Terbang AK 5740 lambat tiba diterminal hanya pada jam 4.16 petang baru sampai.


Pada jam 5.15 petang barulah kami semua boarding balik ke Tawau




END