Monday, November 3, 2008

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAHUN 2008


Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau akan diadakan di Dewan SRJK Sin Hwa , Tawau. Pada tahun ini juga UMNO Bahagian Tawau akan mengadakan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian . 

Komponen yang mengandungi;

Pengerusi Tetap Persidangan,

Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan ,

Ketua Bahagian , 

Timbalan Ketua Bahagian , 

Naib Ketua Bahagian , 

20 orang Ahli Jawatankuasa Bahagian dan 

2 Pemeriksa Kira kira. 

Tarikh yang dipilih bagi pelaksanaan Persidangan ini pada 2 November 2008 .
Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian kekal tidak bertanding
Pengerusi Tetap Persidangan , Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan , Naib Ketua Bahagian dan 20 Ahli Jawatankuasa Bahagian akan dipertandingkan.


Bersama rakan rakan dari cawangan cawangan UMNO Bahagian Tawau yang hadir menjadi perwakilan cawangan masing masing.



2 November 2008 , Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau berlangsung di SJK Sin Hwa Tawau. 

Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO kali ini diadakan dengan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian untuk sesi 2008 - 2011. Persidangan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum Malaysia tahun 2008 yang merupakan pilihanraya yang ke-12 telah diadakan pada hari Sabtu 8 Mac 2008 setelah Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008 diikuti dengan penamaan calun pada 24 Februari 2008.


Bertemu rakan rakan seperjuangan dalam UMNO amat menggembirakan kerana ianya berlaku hanya setahun sekali.



Sebaik sahaja acara perasmian dilakukan , persidangan akan ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa yang dipertandingkan.


Ucapan Ketua Bahagian UMNO Tawau , Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan seterusnya merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau.





Beliau berharap agar proses pemilihan dapat berjalan dengan baik dan teratur seperti pemilihan pada masa lalu.



Perwakilan yang hadir mendengar ucapan Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau  dan seterusnya merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau.



Para perwakilan sedang beratur untuk mendapatkan kertas undi dan mengundi mengikut kehendak masing masing melalui saluran tempat mengundi yang telah ditetapkan.



Menunggu giliran untuk mengundi, sambil melihat senarai nama calun calun yang bertanding. 


Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Bahagian UMNO P.190 Tawau yang telah diadakan adalah seperti berikut;

Pengerusi Tetap  : Datuk Datu Hj.Ismail bin Datu Jook

Tim. Pengerusi Tetap : Datuk Hj.Abdul Manan Hj.Jakasa 

Ketua Bahagian : Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan

Tim. Ketua Bahagian : Datuk Hj.Syed Abas bin Syed Ali

Naib Ketua Bahagian : Hj.Nizam bin DSP AB Titingan

20 Ahli Jawatankuasa Bahagian

1. Hj.Mahamud bin Sakti
2. Hj.Rackey Apna
3. Sarman Amat Simito
4. Datu Indal bin Datuk Datu Ismail
5. Hj.Ahmad Benjamin 
6. Nurdin bin Nusu
7. Tony Malisi Tahah
8. Johnny Sulaiman
9. Sahran bin Mankati
10. Gafar bin Ahmad 
11. Hj.Yusof bin Hj.Gani
12. Syed Yunud bin Syed Mohammad
13. Hj.Alizaman bin Jijurahman
14. Hj.Kassim bin Ibong
15. Asis bin Ali
16. Karim bin Tumak
17. Mohd.John bin Lakim
18. Jefery Su
19. Datu Abdul Rahman bin Datuk Datu Ismail
20. Mohamad bin Oman