Monday, August 19, 2019

JASA MU DIKENANG




Majlis Jasa mu dikenang untuk Mantan Presiden Majlis bandaran Tawau Tuan Ajilus Sipil telah diadakan pada 17 Ogos 2019 di Restaurant & Katering Citarasaku anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ).

Jasa mu dikenang Bakti dijunjung Budi disanjung demikian prakata yang menjadi tajuk Program bersama Mantan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Tuan Ajilus Sipil yang telah bersara wajib. Seperti kebiasaan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau sentiasa mengenang Jasa para pemimpin di Daerah Tawau lebih lebih lagi Presiden Majlis Perbandaran Tawau yang seringkali membantu dan berkerjasama dengan PKMT dalam mengendalikan Program program yang melibatkan orang awam. 



Presiden PKMT Tuan Hj.Mohd.Kee Ayub bin Kee Abubakar bersama dengan Ahli Majlis Tertinggi PKMT mengabadikan kenangan bersama Tuan Ajilus Sipil.Turut hadir diMajlis ini Presiden MPT yang baru Datuk Ir.Haji Amarullah Haji Kamal dan mantan Presiden MPT lama Datuk Ismail Mayakub. Kami mendoakan semoga Tuan Ajilus Sipil sentiasa berada dalam sihat wal'afiat suksess dalam kehidupan seharian beliau.





Dalam ucapan Presiden PKMT beliau amat berterima kasih kepada Tuan Ajilus Sipil yang mana sentiasa memberikan kerjasama dan membantu pihak Persatuan dalam menjalankan program program yang berkaitan dengan kawasan Majlis Perbandaran Tawau. Tanpa sokongan dan kerjasama beliau pihak Persatuan akan mengalami masalah terutama sekali dalam kuasa kuasa Majlis Perbandaran itu sendiri.






Dalam ucapan balas Tuan Ajilus Sipil mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden PKMT dan AMT PKMT yang telah banyak membantu beliau dalam melaksanakan program yang membabitkan orang awam terutama sekali dalam beberapa acara seperti FKAT ( Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau ) , Karnival Sambutan Hari Malaysia dan banyak lagi. Beliau telah sedaya upaya membantu pihak PKMT dalam menjayakan acara yang dilaksanakan walaupun demikian mungkin ada beberapa perkara yang tidak dapat dilaksanakan atas sebab sebab perancangan telah dibuat awal oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau.






Presiden MPT yang baru Datuk Ir. Hj.Amarullah Hj.Kamal diberikan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata diMajlis tersebut sebagai tanda sokongan beliau kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau. Beliau menjelaskan bahawa beliau adalah juga salah seorang ahli PKMT suatu ketika yang lalu , tetapi telah terputus hubungan dengan Persatuan kerana kekangan tugas dan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam yang bertugas dimerata tempat di Negeri Sabah. Kini setelah kembali ke Daerah Tawau beliau berhasrat untuk meneruskan ke Ahlian beliau sebagai Ahli PKMT. Dalam sejarah PKMT memang telah menjadi sinonim kepada keluarga beliau dimana Arwah Ayahanda beliau adalah penyokong kuat dan Ahli PKMT sehingga akhir hayat nya.







Majlis berjalan lancar ramai Ahli PKMT yang hadir untuk memeriahkan Majlis tersebut. Majlis kali ini telah mencatat sejarahnya tersendiri dimana dua mantan Presiden MPT hadir dan Presiden yang kini mengambil alih juga turut hadir. Majlis yang berlangsung ini adalah untuk mengucapkan selamat bersara kepada Mantan Presiden MPT dan sekali gus mengucapkan selamat datang kepada Presiden baru yang mengambil alih tugas Presiden MPT.







Sebagai tanda ingatan dan kemesraan Ahli PKMT dapat meluangkan masa santai bersama rakan yang jarang bertemu hanya di Majlis seperti ini dapat bersama sambil beramah mesra sesama mereka.



Serentak pada Majlis itu juga dilancarkan Tawau Night Run yang dianjurkan oleh PKMT pada 13 September 2019 iaitu diambang sambutan Hari Malaysia.




Sebagai penghargaan Setiausaha PKMT Tuan Hj.Ramleen Ahmad menyampaikan baju Tawau Night Run kepada Tuan Ajilus Sipil mantan Presiden PKMT yang mana program ini akan berlangsung pada 13 September 2019 menjelang diambang Hari Malaysia pada 16 September 2019.





Turut disampaikan sebuah cenderakenangan kepada beliau oleh Tuan Hj. Kee Ayub bin Kee Abubakar Presiden PKMT sebagai tanda ingatan semasa berkhidmat sebagai Presiden Majlis Perbandaran Tawau suatu ketika nanti.

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga


telah menjadi lumrah alam perkhidmatan kerajaan dan telah termaktub dalam Arahan Perkhidmatan sampai tiba masa nya umur genap tempuh bersara seorang kakitangan akan akur dan menurut perintah mengundurkan diri dari perkhidmatan awam yang begitu lama diceburi.




Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Ir. Hj.Amrullah Hj.Kamal turut menerima baju Night Run yang akan dilaksanakan pada malam 13 September 2019. Program ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP Abubakar Titingan ADUN N.56 Apas.




Di majlis ini juga berkesempatan menyampaikan kad ke Ahlian PKMT kepada Datuk Ir.Hj.Amrullah Hj.Kamal Presiden Majlis Perbandaran Tawau yang mana beliau telah menjadi ahli telah lama tetapi tidak aktif dan kini telah kembali ke kampung halaman setelah bertahun tahun berkhidmat dengan kerajaan dimerata tempat di Sabah. Kad keahlian telah disampaikan oleh Presiden PKMT Tuan Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar.






Turut menerima baju Night Run dari Setiausaha PKMT Tuan Hj.Ramleen Ahmad ; 
Tuan Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar Presiden PKMT,
Tuan Ismail bin Hj.Awang Timbalan Presiden PKMT,
Puan Hjh.Rohaya binti Hj.Yunus Naib Presiden PKMT

Acara berjalan lancar sehingga selesai .............. acara makan malam 






end