Saturday, June 24, 2017

SUASANA SAMBUTAN AIDIL FITRI TAHUN 2017

Setiap kali Hariraya akan disambut dengan gembira oleh Ummat Islam seluruh Dunia kerana telah berjaya menunaikan suatu Ibadah yang amat tinggi Nilainya disisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Kini Aidilfitri telahpun tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan telah berjaya.Ketika sedang gembira berhari raya, jangan dilupa pada golongan yang memerlukan. Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Selain daripada itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya , perlu dielakkan campuraduk antara amalan-amalan yang baik dengan perkara yang ditegah.
Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Saad bin Aus Al-Ansari daripada ayahnya Radiallahuanhu baginda bersabda maksudnya :-

"Apabila tiba Hari Raya Fitrah, berdirilah malaikat di pintu-pintu jalan lalu menyeru, pergilah wahai kaum muslimin menghadap tuhan yang pemurah yang memberikan kebajikan dan kemudian memberikan pahala yang banyak, demi sesungguhnya kamu telah diperintahkan untuk melakukan Qiamullail maka kamu membuatnya, dan kamu diperintahkan untuk berpuasa pada siangnya maka kamu berpuasa, kamu juga mentaati tuhan kamu maka kamu terimalah balasan kamu, maka apabila bersembahyang maka akan menyerulah orang yang menyeru : ketahuilah bahawasanya tuhan kamu telah mengampunkan kamu dan pulanglah menuju tunggangan kamu dan itu adalah hari menerima balasan dan dinamakan hari itu di langit sebagai hari Aljaizah (hari mendapat ganjaran)".



Di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, baginda dan para sahabat akan melakukan solat sunat hari raya, dan ia umpama satu perhimpunan besar. Semua orang mengumpulkan ahli keluarga pergi ke masjid bersolat sunat hari raya. Wanita yang datang haid pun diminta ke tempat perhimpunan besar tu. Kalau saiz masjid kecil maka akan dibuat kawasan lapang bagi keselesaan jemaah.

Hadis Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam keluar pada hari raya puasa dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan adalah solat. Kemudian Baginda berpaling mengadap orang ramai yang berada dalam saf-saf mereka. Lalu Baginda memberi nasihat dan mengeluarkan perintah kepada mereka. Sekiranya Baginda ingin memilih satu kumpulan daripada mereka untuk dicetuskan bagi tujuan berjihad, maka Baginda akan lakukannya. Dan jika Baginda ingin memerintah bagi melakukan sesuatu, maka Baginda akan perintah. Kemudian Baginda akan beredar.”
Imam al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah menceritakan:

“Kami diperintahkan supaya keluar pada hari raya, sehingga kami (disuruh) membawa bersama anak-anak dara dan perempuan-perempuan haid lalu mengambil tempat di belakang orang ramai (bukan tempat solat). Mereka bertakbir dan berdoa bersama-sama orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya (hari dosa-dosa diampunkan).”

Perbanyakkanlah takbir dimana-mana sahaja. Janganlah hanya bertakbir di masjid pada pagi Eid al-Fitri sahaja, kerana waktu takbir adalah apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehinggalah solat Aidil-Fitri dimulakan. Firman Allah Taala di akhir ayat 185, Surah al-Baqarah (pensyariatan puasa Ramadhan)

Pada Tahun ini Hari Raya Aidil Fitri disambut pada 25 Jun 2017 yang akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Raja Raja pada petang 24 Jun 2017.

26 Jun 2017 @ 7.00 malam - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Tuan Hj.Halik bin Hj.Wahid Setiausaha Kehormat Barisan Nasional Tawau dikediaman nya Batu 2 Jalan Apas,Tawau

YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan hadir bersama sama rakan rakan dari Parti Komponen Barisan Nasional di rumah terbuka Tuan Hj.Halik bin Hj.Wahid Setiausaha Kehormat Parti Barisan Nasional Tawau , turut bersama AJK UMNO Bahagian Tawau.

Suasana ceria diHari Raya setelah sebulan berpuasa , bersama meraikan sambil beramah mesra dengan rakan rakan begitulah suasana dalam sambutan Aidil Fitri ini. 


27 Jun 2017 @ 10.00pagi hingga 2.00 petang - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri YB. DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dikediaman nya Taman Hill Top , Tawau

Ramai pemimpin pemimpin tempatan yang hadir termasuklah pemimpin pemimpin akar umbi di kampung kampung yang datang memeriahkan Majlis Rumah terbuka YB.DSP Hj.Syed Abas bin Syed Ali dikediamannya Taman Hill Top Tawau. Diantara Pemimpin yang hadir Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Bersama dengan masyarakat berbilang kaum terus disemarakkan dengan aktiviti kunjung mengunjung yang disifatkan sebagai kemesraan dalam Perpaduan kepelbagaian kaum dan keturunan masyarakat majmuk di Negara Malaysia yang tercita ini.Konsep rumah terbuka sempena perayaan Aidilfitri memberikan pengertian betapa Islam itu indah dan tidak mengehadkan kepada penganutnya sahaja untuk meraikannya. Meraikan Aidilfitri dengan mengadakan rumah terbuka bukanlah konsep baru dalam usaha menjalin persefahaman antara agama. Masyarakat Malaysia sudah menerimanya sebagai satu kaedah mengeratkan hubungan sosial yang lebih luas sehingga melampaui sempadan kaum, agama dan budaya.

Rumah terbuka suburkan silaturrahim, lambang keindahan agama Islam , Konsep rumah terbuka di Aidilfitri sebenarnya melambangkan keindahan agama Islam itu sendiri, di samping dapat menarik rahmat dan keberkatan yang datang bersama dengan kunjungan tetamu, jiran tetangga .Kemuliaan dan kesuciannya tidak boleh dicemari dengan motif dan tujuan lain yang boleh menggugatkan keamanan dan kedamaian. Dikesempatan ini jugalah YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali dapat beramah mesra dengan rakan rakan seperjuangan dalam mempereratkan lagi talian silaturrahim yang telah terjalin.

Tetamu semangkin ramai tiba diperkarangan rumah YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali dari pelbagai kaum dan keturunan. 
Budaya kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi masih berterusan. Biskut raya, kuih-muih dan kerepek masih lagi terhidang di atas meja untuk santapan tetamu yang hadir. Budaya ziarah-menziarahi perlu diperhebatkan walaupun bukan di rumah terbuka dan bukan di bulan Syawal. Menghubungkan silaturrahim tetap menjadi kewajipan kita bersama dan keperluan bagi menyatukan masyarakat Islam sejagat. Ini sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal... (al-Hujurat: 13)

Rakan taulan turut hadir mengunjungi rumah terbuka YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , dapat bertemu mesra dengan rakan rakan yang kadang kala jarang bertemu. Sempena Hari Raya Aidil Fitri ini dapat bertemu disini dan bermaaf maafan sesama rakan.
Suasana gembira diMajlis Rumah Terbuka YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali amat terserlah dari pelbagai kaum yang datang meraikan suasana Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. 

27 Jun 2017 @ 10.00 pagi hingga 3.00 petang - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Keluarga YB. DSP Hj.Abdul Gafur bin Hj.Salleh Ahli Parlimen Kalabakan dirumahnya 

YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB.Titingan hadir ke rumah terbuka YB.DSP Hj.Abdul Gafur Hj.Salleh Ahli Parlimen Kalabakan disambut mesra oleh Para Pemimpin Parlimen Kalabakan.


Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.

Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”
– (Surah An-Nisa': 1)



28 Jun 2017 @ 10.00 pagi hingga 3.00 petang - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Keluarga YB. Datuk Hjh. Jainab binti DSP Hj.Ahmad Ayid Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah di Kediaman Keluarganya di Jalan Belunu , Tawau.

DSP Hj.Abdul Gafur Hj.Salleh Ahli Parlimen Kalabakan , Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan dan Pengerusi MIC Tawau Datuk Victor Rajah disambut mesra oleh YB.Datuk Hjh.Jainab dan keluarga.

Suasana meriah dirumah terbuka tersebut dengan kehadiran YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB.Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Rakan rakan dari pelbagai kaum hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri dimana mana sahaja melambangkan keharmonian hidup di Malaysia.

Suasana sebegini hanya ujud setahun sekali iaitu semasa meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Ramai saudara dan sahabat handai serta orang orang kenamaan akan bersama berkumpul menyerikan suasana Hari Raya , itu lah Rahmat yang Allah turunkan kepada kaum Muslimin yang telah patuh kepada perintahnya.
Allah ta’ala berfirman “ setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, dan setiap kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh kali lipat kecuali puasa, karena puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat, makanan, dan minumnya hanya karena untuk-Ku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagiaan : bahagia ketika ia berbuka, dan bahagia ketika ia bertemu dengan Rabb-nya, dan sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau misk “ ( diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim )

DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah turut hadir dirumah terbuka Datuk Hjh.Jainab. Setelah menjalani Ibadah Puasa selama sebulan sambutan Aidil Fitri diraikan dengan kunjung mengunjung sesama insan. Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:

"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika bertemu Tuhanmu ".

Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i). Jelas di sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau budaya. Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadan.


28 Jun 2017 @ 7.00 malam hingga 11.00 malam - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Keluarga YB. Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah  di Dewan Datuk Lau Gek Poh , Tawau.

Seawal jam 6.00 petang orang ramai telah berduyun duyun datang ke Majlis Rumah Terbuka Keluarga YB.Datuk Hj.Tawfiq yang diadakan di Dewan Datuk Lau , Tawau. Setibanya kami ke Dewan tersebut pada jam 7.00 malam tempat duduk telah dipenuhi , oleh kerana itu kami berdiri saja menantikan tempat duduk dikosongkan. Selepas satu jam lebih berdiri akhirnya dapat juga tempat duduk. Setelah dapat tempat duduk masa untuk mengambil makanan di booth yang disediakan juga orang masih terlalu ramai, kami ambil keputusan untuk ambil air minuman dan Soto Banjar yang berhampiran saja selepas itu bertemu dengan YB.Datuk Tawfiq dan pulang. Sememang nya pada tahun ini tetamu rumah terbuka Keluarga YB.Datuk Tawfiq sangat ramai.

Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan melayan tetamu yang datang. Kemesraan dihari rumah terbuka bersama sama tetamu kelihatan terserlah. Itulah yang sesungguhnya dituntut dalam Agama Islam iaitu saling mesra antara sesama insan dan terjalin hubungan talian Silaturrahim yang menjadikan kita merasakan kebahagiaan.

YB.Datuk Hj.Tawfiq DSP AB Titingan merasa amat gembira dengan kehadiran rakan dan taulan di Hari Rumah Terbuka keluarga pada malam itu.


Datuk Hj.Ahmad Baharom DSP AB Titingan adalah abang kepada Keluarga ini. Beliau dalam karier politik nya amat berjaya suatu ketika dulu. Beliau mantan ADUN Balung yang menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah dan juga menteri menteri sebelumnya. Kini beliau memberikan peluang tersebut kepada adik adik beliau iaitu Datuk Hj.Tawfiq kini Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan Datuk Hj.Nizam kini sebagai KSU kepada Ketua Menteri Sabah yang juga bakal menurut jejak beliau. Dalam suasana Rumah Terbuka keluarganya ini beliau menjadi tumpuan kepada rakan rakan Tionghua kerana karisma beliau semasa menjawat Menteri suatu ketika dulu tetap dikenang olih rakan rakan Tionghu yang sama seperjuangan dengannya. 

YB.Datuk Hj.Tawfiq turut menerima kedatangan YB.Datuk Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen Tawau Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bersama suaminya serta rakan rakan lain.


Kehadiran Pemimpin pemimpin Utama dirumah terbuka Keluarga YB.Datuk Tawfiq menggambarkan kesatuan dalam perjuangan dan mengatasi permasalahan dalam satu arah tujuan. Ahli Parlimen Kalabakan YB.DSP Hj.Abd.Gafur Hj.Salleh , Ahli Parlimen Tawau YB.Datuk Mary Yap Kain Ching, ADUN N.55 Balung YB.DSP Hj.Sye4d Abas bin Hj.Syed Ali , ADUN Apas YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan, Datuk Hj.Ahmad Baharom DSP AB Titingan.

Kehadiran Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau kerumah terbuka YB.Datuk Hj.Tawfiq sebagai melambangkan kesatuan yang amat kukuh didalam merealisasikan perjuangan memertabatkan UMNO diTawau khasnya dan diNegeri Sabah amnya. 

29 Jun 2017 @ 10.00 pagi hingga 3.00 petang - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Keluarga Ybhg. Datuk Hjh. Rosdianah Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau dikediaman nya di Taman Tulip Kg.Jawa Tawau.

Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor dikunjungi oleh rakan rakan seperjuangan dalam UMNO yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.

Kunjungan YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali dan Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan kerumah terbuka Datuk Hjh.Rosdianah amat dialu alukan serta bertambah meriah lah lagi sambutan rumah terbuka tersebut. Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan agama yang paling meriah dalam Islam. Ia dirayakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan sosial atau kaum. Dalam konteks negara ini Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang memperlihatkan budaya Melayu sebagai terasnya selain tuntutan agama.

Bagaimanapun cara menyambut Hari Raya Aidilfitri telah berubah mengikut zaman. Ini berlaku apabila orang Melayu yang dulunya banyak di kampung kini telah menghuni bandar bandar. budaya ini perlu dikekalkan supaya keunikan budaya kunjung mengunjung ini dapat dipertahankan. Ini sekali gus dapat mempertahankan perhubungan sosial dalam perayaan “Inilah masa terbaik untuk mengeratkan silaturrahim selain membentuk sikap untuk mempertahankan budaya Melayu yang telah diamalkan sejak sekian lama. Kestabilan politik dan rakyat pelbagai kaum hidup bersama-sama secara harmoni membolehkan setiap perayaan di negara ini disambut dalam suasana sejahtera.

 
 
 


05 Julai 2017 @ 10.00 pagi hingga 3.00 petang - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Pejabat Unit Pembangunan Masyarakat DUN N.56 Apas ( UPPM ) yang diketuai oleh Tuan Hj. Sarman bin Amat Simito , Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N56 Apas , Tawau yang diaturkan dilokasi berhampiran Pejabat UPPM Apas.

Pegawai dan kakitangan Pejabat UPPM DUN N.56 Apas yang sentiasa ceria telah bersedia menyambut tetamu yang hadir dirumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun 2017.

Jamuan pada rumah terbuka Hari Raya yang diadakan berseri dengan kehadiran rakan taulan serta rakan rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan inspirasi kearah peningkatan hubungan talian silaturrahim.

Tentunya rakan rakan Tionghua dan juga pemimpin pemimpin Masyarakat Tionghua datang sempena rumah terbuka Aidil Fitri ini.  







08 Julai 2017 @ 10.00 pagi hingga 3.00 petang - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Tawau (PHEANS) yang diketuai oleh Tuan OKK Hj. Kee Ayub bin Hj.Kee Abubakar Ketua Daerah Tawau yang diaturkan dilokasi Restauran Citarasaku , Bandar Sabindo Tawau.

Dirumah terbuka PHEANS Tawau di Restauran Citarasaku Bandar Sabindo Tawau yang dihostkan oleh Tuan OKK Hj.Kee Ayub bin Hj.Kee Abubakar Ketua Daerah Tawau. Turut hadir sama Tuan Hj.Majid bin Jamal ( Ketua Anak Negeri ), Basir bin Hj.Yahya ( Wakil Ketua Anak Negeri ) , Hasbullah bin Hj.Yahya , Yusof bin Hj.Ahmad ( Wakil Ketua Anak Negeri ) , Puan Norsiah binti Bayai ( Naib Ketua Wanita UMNO Tawau ) , Kasma binti Jalil ( AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau dan Kamariah binti Abd.Razak ( AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.

Hidangan Hari Raya Aidil Fitri dengan berbagai juadah , laukpauk beranika jenis bersama menikmati sambil beramah mesra.

Tuan Hj.OKK Kee Ayub bin Hj.Kee Abubakar melayan tetamu yang datang sebagai tanda hormat dan kemesraan sesama insan.


Acara rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri memang meriah setiap tahun dimana kunjung mengunjung adalah amalan kebiasaan sudah berlaku , telah menjadi tradisi dan kini dinaiktarafkan kepada rumah terbuka di Restaurat , Hotel dan tempat perkumpulan awam seperti Dewan yang dapat menampung ramai tetamu.

Pemimpin pemimpin Masyarakat Tionghua juga hadir sama yang terdiri daripada Kapitan kapitan dan Ketua ketua Masyarakat Cina.

08 Julai 2017 @ 10.00 pagi hingga 3.00 petang - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Tuan Hj.Ahmad Benjamin, bertempat dirumah nya di Kampung Muhibbah Raya , Tawau 

Santunan kasih junjungan budi , sempena Hari Raya Aidil Fitri salam maaf kemaafan kepada Tuan Hj.Ahmad Benjamin mantan AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau dan juga mantan Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau. Beliau adalah seorang pejuang politik UMNO yang telah berjasa kepada Bangsa dan Negara dimana beliau pernah menjadi Ketua Cawangan UMNO Kg.Tinagat dan juga Ketua Zon Tinagat , dan beliau juga menjawat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau dari mula UMNO bertapak diSabah 1990 sehingga Tahun 2013. Masa mudanya beliau adalah seorang ahli Olahraga dalam disiplin Lempar Cakera dan Rejam Lembing dan pernah mewakili Daerah Tawau dalam sukan Negeri Sabah.

12 Julai 2017 @ 10.00 pagi hingga 3.00 petang - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Puan Sharipah Salmah binti Habib Hassan , bertempat dirumah nya di Batu 2 Jalan Apas , Tawau.

Tautan kasih salam perjuangan sempena Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri 2017 Puan Sharipah Salmah binti Habib Hassan dan Keluarga menerima ramai tetamu di rumahnya di Batu 2 Jalan Apas , Tawau. Turut memeriahkan rakan rakan seperjuangan AJK Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau dan AJK UMNO Bahagian Tawau serta ketua ketua cawangan kawasan DUN Apas dan DUN Balung.

Rakan rakan seperjuangan dalam UMNO turut memeriahkan Majlis rumah terbuka Aidil Fitri dirumah Puan Sharipah Salmah.

Pulut Ketupat dan Rendang sinonim dengan hidangan dirumah terbuka dihari raya dimana juga kita berada di daerah Tawau ini. Tetapi yang paling disukai ialah kemunculan Tapai Ubi Mentega , Tapai Beras Pulut dan Tapai Beras.

 
Burasak dan Lemang yang sentiasa digandingkan dengan ayam masak lengkuas pastinya akan membuka selera serta mendapat tempat dihati peminat masakan tempatan ini. Hari Raya Aidil Fitri saban tahun akan memperketengahkan beranika jenis masakan dan hidangan. Tidak ketinggalan kueh mueh yang beranika rasa dan nama.

15 Julai 2017 @ 10.00 pagi hingga 3.00 petang - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Persatuan Kemasyarakatan Melayu Tawau ( PKMT ) yang diketuai oleh Presiden PKMT Tuan Hj.Kee Mohd.Ayub bin Kee Abubakar , bertempat di Restauran Citarasaku Bandar Sabindo , Tawau.

Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2017 ini , Presiden Persatuan Kemasyarakatan Melayu Tawau ( PKMT ) melayan tetamu dirumah terbuka tersebut bagi mengeratkan lagi talian silaturrahim diantara ahli ahli persatuan ini.

Seperti kebiasaan apa bila mengadakan rumah terbuka di hariraya pastinya akan bertemu rakan rakan lama. 

Kemeriahan Hari Raya dapat dirasai dengan semangat kunjung mengunjungi dimana sekarang ini dipermudahkan lagi dengan adanya rumah terbuka.

16 Julai 2017 @ 11.00 pagi hingga 3.00 petang - Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 yang diadakan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sambutan orang ramai menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 adalah luar biasa melebihi jangkaan asal. Najib yang juga Presiden UMNO berkata, majlis yang kali pertama diadakan secara besar-besaran itu mendapat kerjasama Badan Perhubungan UMNO setiap negeri sekali gus me­nunjukkan semangat tinggi serta membuktikan UMNO merupakan sebuah parti yang terus mendapat sokongan padu menyeluruh daripada rakyat negara ini.

YAB Perdanan Menteri DS Najib bin Tun Hj.Abdul Razak sedang mengambil menu masakan dari Sabah yang diwakili oleh UMNO Bahagian Tawau iaitu masakan Soto Banjar.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata, saya sempat melawat gerai dan bersalaman dengan tetamu, nampaknya mereka cukup senang hati dengan majlis ini dan menunjukkan semangat tinggi yang bererti UMNO sebuah parti yang terus mendapat sokongan padu rakyat menyeluruh di negara kita, majlis yang kali pertama diadakan secara besar-besaran itu mendapat kerjasama Badan Perhubungan UMNO setiap negeri sekali gus me­nunjukkan semangat tinggi serta membuktikan UMNO merupakan sebuah parti yang terus mendapat sokongan padu menyeluruh daripada rakyat negara ini. Beliau menjelaskan, majlis seumpama ini juga merupakan satu platform kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk mencapai matlamat demi mendekati satu sama lain sama ada dalam kalangan ahli-ahli dan rakyat agar tiada tembok pemisah antara mereka.,” katanya pada majlis ber­kenaan yang diadakan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

YAB Perdana Menteri amat gembira dapat bersama sama merayakan Hari Raya Aidil Fitri dengan para pengunjung yang datang ke Rumah Terbuka UMNO 2017 yang diadakan di PWTC kuala Lumpur.

Kegembiraan bersama rakyat sempena Perayaan Hari Raya Aidil Fitri dapat dirasakan dengan beramah mesra dengan pengunjung yang datang.

Majlis yang kali pertama diadakan secara besar-besaran itu mendapat kerjasama Badan Perhubungan UMNO setiap negeri sekali gus me­nunjukkan semangat tinggi serta membuktikan UMNO merupakan sebuah parti yang terus mendapat sokongan padu menyeluruh daripada rakyat negara ini.

19 Julai 2017 @ 10.00 pagi hingga 3.00 petang - Rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau ( LPPK ) yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengara Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau Tuan Hj.Hamil bin Hj.Awang , bertempat di Perkarangan Pejabat Peladang Kawasan Tawau , Megah Jaya 10 , Jalan Apas Tawau.
 
Ahli ahli Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau bersama Pengerusi LPPK Tawau Tuan Hj.Hamil bin Hj.Awang di rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri LPPK Tawau di Pejabat LPPK Tawau.

 LPPK Tawau bersama Peladangnita dirumah terbuka LPPK Tawau sempena Hari Raya Aidil Fitri yang diadakan diPerkarangan Pejabat LPPK.

Ramai rakan dan taulan datang berkunjung ke rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri LPPK Tawau. 

24 Julai 2017 - Berakhir lah sudah kisah rumah terbuka sempena sambutan Aidil Fitri tahun ini. Berbagai kisah suka dan duka ada didalam nya , namun itu telah menjadi resam dunia.Semoga kita bertemu lagi ditahun hadapan dengan banyak lagi rumah terbuka yang dianjurkan.


Sekian, 

Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh