Thursday, June 30, 2016

TAWAU HISTORICAL VALUE 5

TAWAU BANDAR MENINGKAT MAJU MELALUI PERUBAHAN DEMI PERUBAHAN SEHINGGA KE HARI INI
Tawau Terbakar Tahun 1953 – 7 March 1953

Bandar Tawau terbakar hampir keseluruhannya musnah dijilat api pada7 March 1953. Api dikata mula dikesan pada jam 3.30 petang di Jalan Dunlop . Bangunan rumah kedai yang diperbuat daripada bahan- bahan kayu manakala dan atapnya diperbuat daripada daun Nipah yang sememangnya mudah terbakar. Daripada laporan sebuah akbar di Singapura menyatakan ianya hanya mengambil masa 37 minit untuk memusnahkan 133 rumah kedai dan 6 pejabat kerajaan termasuklah Balai Polis dan Pejabat Pos. 






Kebetulan pada masa tersebut ada musim kemarau yang melanda Tawau yang biasanya berlaku dalam bulan March hingga bulan April. Api yang tidak dapat dikawal dengan keadaan kedudukan Tawau yang berhampiran dengan laut semestinya factor angin juga menambah api tidak dapat dikawal


Orang ramai bertungkus lumus membantu untuk memadam api ketika itu , tetapi api lebih cepat dan memusnahkan rumah kedai dalam masa yang begitu cepat sekali.


Faktor cuaca yang panas dan kering menjadikan atap yang diperbuat daripada daun Nipah itu sangat mudah terbakar.



Faktor angin dan keadaan air laut yang surut juga menyebabkan ramai yang tidak dapat membantu untuk memadam kebakaran tersebut.


Begini lah keadaan Bandar Tawau selepas kebakaran tersebut , habis segalanya musnah. Pihak Kerajaan British telah berusaha untuk mententeramkan keadaan dengan dibantu oleh Pemimpin – pemimpin yang ada diTawau ketika itu.


Kerajaan British dengan Pemimpin – pemimpin Masyarakat Tawau ketika itu telah bersetuju untuk membina rumah-rumah kedai sementara agar para peniaga dapat terus mengusahakan perniagaan mereka yang telah musnah dijilat api. Rumah-rumah kedai sementara ini telah dibina diJalan Kuhara.

Kesan daripada kebakaran yang berlaku pada 7 March 1953 itu telah mengubah pandangan dan pemikiran Pihak Kerajaan British dan Pemimpin-pemimpin Masyarakat ketika itu dengan menaiktaraf reka bentuk dan material bangunan agar lebih mampu digunakan dalam jangka yang lama. Sebahagian daripada bangunan-bangunan ini masih lagi terdapat di Bandar Tawau 



Beginilah keadaan dibandar Tawau dalam Tahun 1958 apabila bangunan-bangunan kedai berfingsi sepenuhnya.


Pandangan dari Udara Bandar Tawau tahun 1963 , kelihatan dihujung sana tersegam Indah Masjid Bandar Tawau yang baru dirasmikan pada 4 Mei 1963.


Masjid Bandar Tawau yang telah dirasmikan pembukaan nya pada 4 Mei 1963 , Masjid ini dibina atas permuafakatan Penduduk Tawau yang mana telah dapat mengumpulkan kewangan untuk membina Masjid ini. Penyumbang utama dalam pembinaan Masjid ini ialah Tuan Hj.Ahmad bin Daing Mapata.


Pandangan dari Udara Bandar Tawau dalam Tahun 1963 – 1965 dimana kelihatan tersegam Panggung wayang Kong Fah kini sudah diubahsuai menjadi Pasar Raya Survey Tawau

Dulu tempat ini dipanggil Sawmill , dimana persimpangan bulatan ke Jalan Kuhara dan ke Kampung Ice Box Dahulu sebelum ada Jalan Raya yang menghubungkan kawasan Batu Payung , Tinagat , Membalua dan Inderasabah mereka datang ke Tawau menggunakan Perahu Layar dan ditempat ini lah mereka berlabuh dan hasil kebun mereka akan dipunggahkan untuk dijual. Kebanyakan dari mereka sudah mempunyai peraih ( tauke ) sendiri yang akan datang untuk membeli barangan yang dibawa seperti Kopra , Pisang , Jagong ( kering didalam karung Guni ) , Rotan ( yang telah dibersihkan / diraut – untuk menjahit atap ) , atap nipah yang sudah berjahit , Belacan ( udang gergau / bubuk yang telah dikeringkan ) , Udang kering dan lain-lain lagi. Kedai yang Dua Pintu itu lah tempat mereka selalu singgah untuk berbelanja dan Minum Kopi ,kerana disitu terdapat kedai kopi dengan meyediakan roti paun berkepala dan banyak lagi jenis-jenis kueh bun.


Persimpangan Bulatan Jalan Kuhara dengan Jalan Ice Box / Tawau Lama pada Tahun 1972 . Pembahagi Jalan masih lagi menggunakan Drum , walaubagaimana pun tiada pernah pemandu yang merempuh drum tersebut. Yang Jauh kelihatan hujung sana ialah perkampungan Ice Box kini dikenali dengan nama Kampung Titingan. Bangunan kecil ditepi pantai yang kelihatan itu ialah tempat orang-orang cina memotong Babi ( Slaughter House ) dan sekarang tempat tersebut telah dimajukan dengan pusat perniagaan Ba Zhong.


Dari Tahun 1960an hingga pertengahan 1976 , system pengangkutan Bas pada masa itu dikuasai oleh satu Syarikat pengangkutan sahaja iaitu Syarikat Tawau Transport. Hanya selepas tahun 1977 semua permit bas dan Teksi dibuka kepada semua warganegara Malaysia. Sejak itu bermula lah era perubahan system Pengangkutan awam di Tawau.


Pandangan melalui Udara Bandar Tawau Pada tahun 1978 yang mana kelihatan bangunan Dewan Masyarakat Tawau


Pandangan melalui Udara Bandar Tawau Tahun 2012






















TAWAU HISTORICAL VALUE 9

TINAGAT LIGHT HOUSE ATAU RUMAH API TINAGAT


Tinagat Light House atau Rumah Api Tinagat  telah dibin a dalam tahun 1916 dan ia adalah merupakan bangunan yang paling tertua di Tawau.Rumah  Api ini terletak diatas bukit Tinagat yang menghala ke Lautan Celebes dan Teluk Cowie. Ia digunakan oleh kapal dagang yang ingin masuk ke Pelabuhan Tawau pada waktu malam. Dari atas bukit ini juga dapat melihat Lautan yang luas terbentang.Semasa berlaku Peperangan Dunia Kedua pihak tentera Jepun yang masuk keTawau pada mulanya telah mendarat di Bukit Tinagat. Dari dini mereka terus masuk ke Bandar Tawau dan sekitarnya. Begitu jugalah semasa tentera bersekutu menyerang kedudukan tentera Jepun diTawau , Bukit Tinagat akan sentiasa menjadi sasaran serangan. Kesan dari serangan tersebut masih dapat dilihat pada dinding Rumah Api ini yang berlubang akibat tembakan senjata berat dari Kapal Terbang British.


Dalam Tahun 1960an tempat ini sering menjadi tempat kunjungan murid – murid sekolah yang datang bersama Guru – Guru mereka untuk tujuan lawatan sambil belajar. Kepada pelaut dan juga ahli pelayaran , dengan adanya ‘light house’ ini pelayaran yang mereka tempohi akan bertambah mudah dan keselamatan kapal adalah terkawal. Cahaya lampu ini akan dapat dilihat berbatu nautika jauhnya.


Semasa zaman konfrantasi Ganyang Malaysia oleh Negara jiran Indonesia dalam tahun 1962 – 1966 Rumah Api Tinagat ini lah tempatnya markas tentera darat yang dapat meninjau persekitaran Lautan Tawau dan Celebes. Tentera Malaysia , Tentera British dan Australia juga berada disini serta menubuhkan Rascom atau sistem perhubungan ketenteraan sekiranya berlaku pencerobohan oleh Tentera Indonesia ke Bandar Tawau ketika itu. Tempat ini memang sangat stratejik kerana dari sini dengan mudah untuk melihat pergerakan tentera dibahagian Pulau Sebatik ( Indonesia ). 


Selepas Konfrantasi Indonesia – Malaysia berakhir serta peningkatan prasarana serta sistem kawalan laluan lautan , Jabatan Laut telah mengambil alih pentadbiran Rumah Api Tinagat dengan menempatkan beberapa orang pekerja disini. Para petugas yang bertugas disini adalah terdiri daripada penduduk tempatan.Antaranya ialah Haji Atak , Haji Ajak ,Haji Sani bin Hamid , Omar bin Hamid , Abdullah bin Gangau. Oleh kerana tempat ini berada diparas yang tinggi dibina juga kuarters untuk kakitangan agar mereka boleh berada disini pada setiap masa. Mereka berada disini bersama-sama dengan keluarga mereka dengan itu mereka dapat menjalankan tugas pada setiap masa yang telah ditetapkan.
Mereka hanya akan memulakan tugas sekita jam 6.00 petang dimana lampu akan dipasang dan dipancarkan kebahagian Lautan sehingga pukul 6.00 pagi. Begitu lah rutin yang dilakukan sehingga lah pada tahun 2010  Rumah Api yang baru telah dibina dengan reka bentuk modern serta sistem radar yang canggih ditempatkan untuk mengawal perairan Tawau. Dengan itu Rumah Api yang lama telah dijadikan tanda ingatan yang akan dijadikan bahan arkib untuk tatapan generasi akan datang.



TAWAU HISTORICAL VALUE 7

SEBARIS KEDAI PAPAN DIBANDAR TAWAU JALAN DUNLOP TERBAKAR

Pada 29 November 2014 sekitar jam 11.45 malam sederet 10 pintu kedai papan daripada 20 pintu terbakar di Jalan Dunlop Tawau.Pihak Bomba dan penyelamat sempat menyelamatkan 10 pintu kedai daripada turut musnah terbakar. Disitu terdapat sebanyak 4 buah kedai emas dan Pajak Gadai , kedai kain ,kedai jam dan kedai barang-barang keperluan dapur. Pihak Bomba dengan kekuatan 36 anggota telah berada disitu lebih kurang jam 11.54 malam bersama-sama dengan bantuan pihak Polis seramai 25 anggota , 8 orang Jabatan Pertahanan Awam , 2 orang anggota Sabah Electricity Sdn.Bhd. , 3 orang anggota Rela dan 2 orang pegawai dari Hospital Tawau.



Di Jalan Dunlop Tawau dalam tahun 1953 kebakaran kedai juga pernah berlaku , dikatakan bermulanya kelihatan api dan rumah kedai terbakar. Faktor cuaca yang panas dan kering menjadikan atap yang diperbuat daripada daun Nipah itu sangat mudah terbakar. Api sudah tidak dapat terkawal lagi menyebabkan ianya begitu cepat merebak dari satu kedai ke kedai yang lain. Akibatnya beberapa baris kedai telah musnah dalam kebakaran tersebut.

Kali ini pada 29 September 2014 , kebakaran berlaku pada waktu tengah malam dikatakan bermula pada jam 11.45 malam. Semasa pihak Bomba sampai ditempat kebakaran sebanyak tujuk buah pintu kedai telah musnah dijilat api.Pihak Bomba berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan api daripada terus merebak ke bangunan bangunan lain yang berhampiran. Risiko merebak kebakaran berlaku apabila dihadapan bangunan kedai terbakar ini ialah stesen Minyak dan bangunan Pasar Tanjung. Kebakaran berjaya dikawal dari merebak pada jam 1.00 pagi. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti jumlah kerugian serta punca kebakaran tersebut berlaku.


Barisan kedai di Jalan Dunlop dalam tahun 1958 yang telah dibina selepas Kedai  daripada Atap Nipah dan Kajang terbakar dalam tahun 1953.Barisan kedai inilah yang terbakar pada 29 November 2014 jam 11.45 malam

Kelihatan dalam gambar barisan kedai bandar Tawau dalam tahun 1955- 1957 selepas terbakar dalam tahun 1953


Kelihatan dalam gambar barisan kedai bandar Tawau dalam tahun 1965 dan bertanda bulat itulah yang terbakar pada 29 September 2014


Kelihatan dalam gambar barisan kedai bandar Tawau dalam tahun  2010 yang terbakar pada 29 September 2014 jam 11.45 malam

Kebakaran sederet kedai itu bermula dari kedai dibahagian hujung disebelah Timor bangunan tersebut. Api yang telah menyala telah cuba dipadamkan oleh 3 Jentera Bomba yang telah tiba pada jam 11.54 malam iaitu lebih kurang 10 minit selepas kejadian kebakaran bermula.Ketua Bomba dan Penyelamat Rudy Fredzek bersama dengan 36 anggota telah berusaha untuk menghalang api tersebut daripada merebak terutama sekali bangunan bangunan yang berdekatan.

Keadaan api yang telah marak dan terus memusnahkan satu persatu kedai sebaris ini dalam kaedaan api yang sangat panas dan tidak dapat dipadam lagi oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat

Dalam tempoh yang begitu singkat sahaja api telah merebak keseluruh bangunan dari satu pintu kesatu pintu dalam keadaan bahang api yang sangat panas dan tidak mudah untuk dipadamkan lagi.


Akhirnya seluruh kedai sepuluh pintu itu terbakar keseluruhannya, namun demikian pihak Bomba dan Penyelamat telah dapat mengawal ianya tidak merebak kelain Bangunan yang berdekatan.


Beginilah keadaan bangunan kedai selepas kebakaran tersebut dan ianya telah menjadi sejarah bagi bandar Tawau dimana sebaris kedai yang dibina dalam tahun 1950an telah musnah dan hanya tinggalkan kenangan bagi para Peniaga Emas , Peniaga Jam, Peniaga Kain dan Peniaga Peralatan dan barang-barang keperluan dapur.



Selepas ini pihak Majlis Perbandaran Tawau akan pula memikirkan untuk membangun semula kedai-kedai yang telah musnah dalam kebakaran tersebut. Tentu sekali bangunan yang akan dibina akan lebih baik dan teratur mengikut spesifikasi keperluan semasa diBandar Tawau yang kian giat membangun. Seperti juga yang telah berlaku dimana kedai terbakar akan dibina semula dengan prasarana yang baru iaitu konkrit.


Kedai tekstil juga turut terlibat dalam kebakaran tersebut , kain-kain yang terdapat didalam kedai tersebut tidak dapat diselamatkan oleh kerana kejadian kebakaran tersebut berlaku pada waktu malam dimana kesemua pekerja telah pulang.



Masih terdapat 10 buah pintu kedai yang terselamat dalam kebakaran tersebut. Kebakaran tersebut dapat dikawal sehingga kepintu kedai ini.





Wednesday, June 29, 2016

TAWAU HISTORICAL VALUE 8

BELFRY CIRCA ATAU MENARA LOCENG TAWAU

Belfry Circa atau Menara Loceng terletak ditepi Padang Bandaran Tawau telah dibina dalam tahun 1898 oleh orang-orang Jepun di Tawau. Loceng ini berfungsi pelbagai kegunaan. Setiap pagi pada jam 8.00 pagi loceng ini akan dibunyikan sebagai menandakan bermulanya operasi pejabat kerajaan. Ia juga digunakan semasa kecemasan seperti kebakaran dan lain-lain lagi. 



Belfry Circa atau Menara Loceng yang terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Tawau dan ditepi Padang Bandaran Tawau pada Tahun 1924.
Menurut yang telah diceritakan bahawa loceng ini mempunyai bunyi beranika , dia adalah lain daripada loceng – loceng biasa. Loceng ini dibunyikan oleh pihak Polis setiap interval loceng ini akan dibunyikan mengikut waktu setiap jam.
Belfry Circa atau Menara Loceng ini dibina oleh Ahli – ahli perniagaan  orang - orang Jepun yang telah berada di Tawau ini selepas Peperangan Dunia Pertama lagi. Dalam Peperangan Dunia Pertama tahun 1818 Negara Jepun telah menyokong Kerajaan British dan dengan itu perniagaan bersama di Tawau telah diujudkan bagi keuntungan bersama.

Orang - orang Jepun telah berada di Tawau se-awal tahun 1920an. Terdapat lebih kurang 300 orang Jepun yang bekerja di Ladang-ladang. Mereka mempunyai ladang-ladang yang luas seperti Ladang Getah di Kuhara.Mereka juga mempunyai Padang Golf. Terdapat juga Hospital di Ladang  mereka. Mereka juga menubuhkan Pejabat wakil Japanese Bank untuk kegunaan orang-orang Jepun sahaja.Terdapat lebih kurang 100 orang Jepun di Pulau Si-Amil untuk menangkap ikan. Mereka menangkap ikan tuna. Syarikat mereka Borneo Fishing Company dimana pejabat dan kilang nya terletak di Pulau Si-Amil. Semua pekerjanya terdiri daripada orang-orang Jepun. Kaum lelaki Jepun akan kelaut untuk menangkap ikan manakala Kaum Perempuannya bekerja di Kilang. Pekerja dan juga bekalan akan tiba di Pelabuhan Tawau kemudian akan dihantar ke Pulau Si-Amil.


Pada tahun 1945 , iaitu selepas Peperangan Dunia ke-2 dimana Bandar Tawau telah dikuasai semula oleh Kerajaan British , Belfry Circa masih berdiri teguh dan menyaksikan pelbagai kisah suka duka disekitarnya. Disinilah tempat tentera Jepun dan orang awam dikumpulkan untuk dihantar ke Jesselton (Kota Kinabalu) selepas tamat perang dimana tentera Jepun telah menyerah diri. Belfry Circa telah menjadi saksi akan peristewa itu.
 Istimewa nya Belfry Circa atau Menara Loceng ini ialah lokasinya yang berhampiran dengan Padang Bandaran Tawau. Dipadang Bandaran Tawau ini lah Perlawan Bola sepak selalu diadakan terutama sekali Tawau memang mempunyai ramai peminat dan pemain bola yang bertaraf Antarabangsa. Suatu ketika dahulu ramai pemain – pemain bola di Tawau ini telah mencipta nama , yang terkenal diseluruh Borneo Utara dan sentiasa mewakili Tawau ke Kejohanan Bola Sepak peringkat Borneo Utara.

                                         Belfry Circa atau Menara Loceng pada tahun 1949


 Pada 7 Mac 1953 , Belfry Circa atau Menara Loceng telah menyaksikan satu tragedi kebakaran yang amat besar dimana hampir keseluruhan Kedai dan Pejabat Kerajaan dibandar Tawau telah musnah dalam kebakaran yang amat trajik dalam lipatan sejarah Tawau. Belfry Circa telah terselamat daripada kebakaran tersebut.


Belfry Circa atau menara Loceng pada tahun 2006 

STRUKTUR BINAAN

Struktur binaan Belfry Circa atau Menara Loceng ini diperbuat dari pada kayu Keras. Terdiri daripada 6 tiang teras daripada kayu Billian dan atap Sirap ( dibuat daripada kayu billian ).Kerja kerja baikpulih sentiasa dilakukan oleh badan badan kerajaan dan swasta. 



Tentera POW Jepun dan orang - orang awam Jepun dikumpulkan di Padang Bandaran Tawau untuk pemeriksaan oleh Tentera Bersekutu .Belfry sentiasa berada berdiri megah menyaksikan peristewa yang amat bersejarah dimana kekejaman tentera Jepun berakhir disini untuk dihantar pulang ke Negara mereka.

Pada 17 Oktober 1945, 4 buah Kapal Perang Royal Navy bersama-sama dengan tentera North East Borneo telah meninggalkan pelabuhan Pulau Labuan menuju ke Tawau yang diketuai oleh Leftenan Colonel J.A.England , selaku Pegawai Pemerintah Pasukan Tentera North East Borneo. Semua Kapal Perang dan Kapal pendarat telah tiba di Tawau pada 20 Oktober 1945. Tugas mereka ialah untuk mengambil semua Tentera Jepun dan Orang awam Jepun untuk dihantar dan dikumpulkan di Jesselton. Mereka juga ditugaskan untuk mengutip semua senjata  dan peralatan peperangan  tentera Jepun untuk dilupuskan dilautan atau pun dihantar ke Pulau Labuan. Pada ketika itu Major Sugasaki adalah Pegawai Pemerintah Tentera Jepun diTawau.