Monday, April 30, 2018

KARNIVAL JUALAN SENTUHAN RAKYAT BATU 17 ANDRASSY




Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di Batu 17 Andrassy dalam Pusat Daerah Mengundi Andrassy , Jalan Bukit Quin Tawau mendapat sambutan dari penduduk setempat dengan sambutan kira-kira 500 pengunjung yang datang seawal jam 8.00 pagi. Pelbagai barangan keperluan asas seperti minyak masak, tepung, gula dan ikan segar dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Terdapat juga sayur sayuran yang dijual agak murah dari harga pasaran biasa.



Program itu juga mendapat sokongan daripada pelbagai agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Menurut Ketua PDM Andrassy Tuan Hj.Karim Tumak , jualan istimewa ini diadakan untuk membantu meringankan perbelanjaan rakyat serta pengundi pengundi dikawasan PDM Andrassy. Istimewa nya KJSR kali ini , memperkenalkan calun Barisan Nasional DUN N.55 Balung iaitu Datuk Hj.Osman Jamal yang mewakili UMNO Bahagian Tawau. 

Program Jualan Sentuhan Rakyat, yang kini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, dimana program berkenaan yang menawarkan harga barangan keperluan harian lebih rendah daripada harga pasaran, adalah manifestasi keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan bebanan rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup. Beliau berkata rakyat perlu diberi peluang menikmati harga barangan yang murah atau dijual pada harga munasabah. Program berkenaan menawarkan barang keperluan harian yang dijual lebih murah antara lima peratus hingga 50 peratus daripada harga pasaran.

Program ini akan dirasmikan oleh Ybhg.Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah .




Ketibaan YB. DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama Datuk Hj.Osman bin Jamal calun Barisan Nasional DUN N.55 Balung ketapak Program yang disambut oleh Pemimpin pemimpin akar umbi Kawasan PDM Andrassy. Ada diantara mereka ini telah mengenali Hj.Osman Jamal kerana pernah menjadi Pegawai mereka semasa beliau berkhidmat di LKTNS suatu ketika dulu.



Ucapan Perasmian oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menyeru kepada semua masyarakat dikawasan Batu 17 ini merebut peluang untuk bebelanja disini semasa program yang diadakan ini bagi mendapatkan harga barang yang berpatutan. Disamping itu beliau juga berkesempatan untuk menitipkan pesanan agar penduduk di kawasan Batu 17 dan sekitarnya meneruskan tradisi untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional dan mengundi calun Barisan Nasional semasa Pilihanraya nanti. Beliau juga menjelaskan beberapa isu isu semasa mengenai pilihanraya dan juga calun yang bertanding di kawasan DUN N.55 Balung.




Beliau mengingatkan bahawa pilihanraya ke 14 ini adalah pilihanraya yang terbesar yang pernah diadakan. Keadaan kempen pilihanraya juga telah banyak berubah lebih lebih lagi dengan penggunaan sebaran maklumat yang begitu canggih sehinggakan banyak berlaku perkara fitnah dan tomahan palsu terutama sekali di Media sosial yang kini berkembang luas. Sayugia beliau mengingatkan pilihan tepat dengan mengundi Barisan Nasional adalah pilihan yang bijak.



Ucapan Calun Barisan Nasional Kawasan DUN N.55 Balung Datuk Osman Jamal di Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di Batu 17 Andrassy.

Dalam Ucapan beliau memperkenalkan diri beliau yang mana telah terpilih sebagai calun Barisan Nasional dari Parti UMNO atas restu dari Presiden Parti dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.






Para peladang yang dibawah kawalselia FAMA telah memberikan kerjasama terhadap program KJSR ini dengan membawa jualan hasil pertanian mereka dengan harga yang terendah.



Lawatan ke gerai gerai jualan oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama Datuk Osman Jamal selaku calun Barisan Nasional kawasan DUN N.55 Balung.

setiap kali acara yang diadakan penduduk kampung lah yang memainkan peranan untuk meramaikan acara tersebut . Lebih lebih lagi Program ini melibatkan jualan barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.



Pada Program ini peluang untuk calun Barisan Nasional Datuk Osman Jamal untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat Kampung. Ramai penduduk kampung datang bersalaman dengan beliau dan mengucapkan tahniah semoga berjaya dalam pemilihan di PRU14 nanti.



Orang ramai telah menunggu untuk membeli barang barang keperluan yang mana akan dimulakan dengan lawatan YB.DSP Hj.Abas bin Hj.Syed Ali dan Datuk Osman Jamal ketapak Pameran tersebut.




Pelbagai barang keperluan dijual kepada orang ramai pada hari Karnival ini bagi memenuhi permintaan dan keperluan penduduk kampung seperti minyak masak , gula , tepung , beras dan lain lain lagi.



YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung barangan makan harian.


Acara pada hari itu berakhir dan orang ramai telah membeli barang keperluan semasa pada harga yang berpatutan.







end



Sunday, April 15, 2018

KARNIVAL JUALAN SENTUHAN RAKYAT TAWAU LAMA




14 APRIL 2018 @8.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG KARNIVAL JUALAN SENTUHAN RAKYAT UNTUK DUN N.56 APAS TELAH BERLANGSUNG DI PUSAT DAERAH MENGUNDI TAWAU LAMA BATU 2 JALAN APAS , TAWAU



Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di Pusat Daerah Mengundi Tawau lama ( PDM TAWAU LAMA ), Jalan Apas Batu 2 Tawau mendapat sambutan dari penduduk setempat dengan sambutan kira-kira 500 pengunjung yang datang seawal jam 8.00 pagi. Pelbagai barangan keperluan asas seperti minyak masak, tepung, gula dan ikan segar dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Terdapat juga sayur sayuran yang dijual agak murah dari harga pasaran biasa.

Program itu juga mendapat sokongan daripada pelbagai agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Menurut Ketua PDM Tawau Lama Tuan Hj.Halik bin Hj.Wahid , jualan istimewa ini diadakan untuk membantu meringankan perbelanjaan rakyat serta pengundi pengundi dikawasan PDM Tawau Lama.
 
Program Jualan Sentuhan Rakyat, yang kini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri dimana program berkenaan yang menawarkan harga barangan keperluan harian lebih rendah daripada harga pasaran, adalah manifestasi keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan bebanan rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup. Beliau berkata rakyat perlu diberi peluang menikmati harga barangan yang murah atau dijual pada harga munasabah. Program berkenaan menawarkan barang keperluan harian yang dijual lebih murah antara lima peratus hingga 50 peratus daripada harga pasaran.
Program ini akan dirasmikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , Ketua Setiausaha  Politik kepada Ketua Menteri Sabah.



Pemimpin pemimpin tempatan serta orang ramai telah berkumpul seawal jam 7.30 pagi.Mereka begitu teruja dan berterima kasih kerana Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat ini diadakan dikawasan kejiranan mereka.


Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan tiba ditapak Program PDM Tawau Lama disambut oleh AJK Pelaksana Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat.


Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan disambut mesra oleh Pemimpin pemimpin Barisan Nasional yang hadir di Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diketuai oleh Tuan Hj.Halik bin Hj.Wahid Ketua PDM Tawau Lama.



Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau turut hadir di Progran ini bagi memberikan sokongan padu kepada program rakyat didahulukan.



Ucapan alu aluan daripada Pengerusi Penganjur Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Tuan Hj.Halik Hj.Wahid merangkap Ketua PDM Tawau Lama.Beliau berterima kasih diatas kepercayaan kepada beliau bagi pelaksanakan Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan ditempat beliau PDM Tawau lama.



Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau turut bersama memeriahkan Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di PDM Tawau Lama.



Datuk Dr.Mary Yap Kain Ching turut hadir ke Kanival Jualan Sentuhan Rakyat ini dan sempat menyampaikan ucapan.Beliau adalah mantan Ahli Parlimen P.190 Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.




Ucapan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan seterusnya merasmikan Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat. Bersempena dengan PRU14 ini beliau menyeru agar semua ahli UMNO akan terus bekerja kuat untuk memestikan kejayaan Barisan Nasional di DUN Balung , DUN Apas , DUN Seri Tanjung dan Parlimen Tawau.Menurut beliau ini lah masa nya yang kita tunggu untuk terus berjuang mempertahankan kedaulatan Agama , Bangsa dan Negara.

Tomahan tomahan dan dakyah palsu yang dilontarkan oleh pihak pembangkang hanyalah retorik yang cuba mengabui keadaan sebenar kepada rakyat.Rakyat perlu sedar kita kini sedang menuju kesuatu era pembangunan yang lebih pesat dan maju dengan perancangan yang telah diatur oleh Pemimpin Utama kita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri DSP Tan Sri Musa Aman.

Banyak Negara dan Institusi penarafan antarabangsa memuji tentang keberkesanan corak pengurusan kerajaan Malaysia khasnya dan Sabah Am nya seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan banyak badan global terkemuka lain memuji pengurusan berhemat kerajaan dalam mengendalikan ekonomi.

Berbekalkan pedoman dan mafhum pengertian beberapa petikan ayat suci Al-Quran, dalam surah Al-Baqarah ayat 126, Al-Ankabut ayat 67 dan An-Nisa‟ ayat 59, yang antaranya menerangkan tentang keperluan kepada membina sebuah negara yang tenteram dan makmur, sejahtera lagi diberkati Ilahi serta turut menyentuh tentang hal kewajiban mentaati pemimpin. Secara sedar atau tidak, sejak negara mencapai kemerdekaan, pimpinan Kerajaan selama ini , yang dibantu oleh para penjawat awam, telah berusaha gigih dalam membangun dan memajukan pertiwi ini,sehingga bangkit menjadi "Bintang Timur" yang kini semakin bergemerlapan cahayanya,... disegani kawan dan lawan serta mampu diperbangga di serata dunia.

Dengan adanya program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia , rakyat akan dapat membeli barang keperluan harian dengan harga yang rendah dan berpatutan. Program ini akan diteruskan dari satu tempat kesatu tempat yang lain.




Ramai Penduduk yang datang untuk mendapatkan barangan dari Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di PDM Tawau Lama ini.



Gimik Perasmian Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang dilancarkan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan dengan paluan Gong sebanyak 3 kali.



Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan melawat gerai jualan di Karnival Jualan Sentuhan Rakyat PDM Tawau Lama. Salah satu Gerai disini daripada kumpulan IKS iaitu Jualan Mee Kering.


Pelbagai jenis Sayuran juga terdapat disini dengan harga yang sangat murah dan tetap segar dari ladang. Sayur Patola , Terung , Timun , Labu , Kubis , Kacang Panjang , Tomato dan banyak lagi.







Barang barang keperluan dapur harian juga dijual dengan harga yang murah dan berpatutan seperti Kicap , Sos Cili , Sos Tomato dan pelbagai lagi terdapat disini dan membantu penduduk sekitar untuk mendapatkan barang keperluan dengan harga yang murah.





Barang barang keperluan harian seperti beras , kopi , gula , tepung , minyak masak dan sebagainya dijual dengan harga yang begitu rendah dan berpatutan.


Karnival tersebut menawarkan harga serendah 40 sen bagi barang keperluan harian serta 50 peratus lebih murah daripada harga di pasaran.

Program hari ini memberi peluang kepada masyarakat PDM Tawau Lama untuk mendapat barangan keperluan harian dengan harga yang murah. Yang penting kepada kita adalah kita bukan sekadar bersuara lantang kepada masalah keperluan kos hidup, tetapi kita kena mencari jalan bagaimana kita boleh membantu mengatasinya. Ini adalah salah satu usaha Barisan Nasional (BN) PDM Tawau Lama untuk berbuat demikian dan yang penting adalah masyarakat daerah ini harus terus menyokong usaha-usaha kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat.

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, program seumpamanya akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa di lokasi yang akan ditetapkan , akan diteruskan karnival ini sekerap di lokasi yang berbeza untuk memberi peluang kepada penduduk di kawasan mendapat serta menikmati kemudahan seperti ini. 
Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat akan berterusan dimana pada penghujung bulan April ini Program ini akan diadakan diPadang Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) , Batu 17 Blok 31 Tawau didalam DUN N.55 Balung.









end









Tuesday, April 10, 2018

MAJLIS PERASMIAN UTC TAWAU







TAWAU 15 Ogos 2016 , Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau mula beroperasi , kata Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Alijus Sipil.


Beliau berkata kunci premis di UTC berkenaan diserahkan secara berperingkat bermula 15 Ogos 2016 kepada agensi yang beroperasi di situ, antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Air, Perbadanan Pinjaman Sabah dan Jabatan Imigresen. Manakala kunci untuk perniagaan lain seperti kedai makan diserahkan pada 16 Ogos 2016 dan mereka telah beroperasi dua hari kemudian.

Mesyuarat yang melibatkan agensi-agensi yang terlibat telah diadakan dan kesemua agensi berkenaan berpuas hati tetang kemudahan yang ada di kawasan UTC itu.

Mengenai peniaga sedia ada di bahagian bawah bangunan UTC itu, tidak terjejas. Peniaga di tingkat bawah UTC yang sebelum ini yang dikenali sebagai Pasar Tanjung berjalan seperti biasa, bagaimanapun peniaga berkenaan perlu meningkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing.

Bangunan UTC Tawau yang dahulunya dikenali sebagai Pasar Tanjung terletak di tengah bandar raya itu yang kini berwajah baharu dan ia akan memudahkan orang ramai di sekitar daerah itu untuk melakukan pelbagai urusan selepas ia beroperasi kelak. — BERNAMA





TAWAU, 9 April 2018, YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Tawau yang berlangsung di Bangunan UTC Tawau, Sabah. Beliau yang ditemani isteri, YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor turut meluangkan masa bersama warga Tawau yang menjalankan perniagaan di Pasar Tanjung Tawau, di sini. Turut hadir ialah YAB Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman.








Ketibaan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib bin Tun Abdul Razak di Perkarangan Bangunan Pasar Besar Tawau yang menempatkan UTC disambut dengan begitu meriah oleh penduduk Tawau.








Mereka datang dalam pelbagai ragam pakaian tradisional suku kaum yang terdapat di Daerah Tawau. Mereka juga terdiri daripada penduduk Tawau dari masyarakat kampung yang telah datang awal untuk bertemu dengan pemimpin Utama di Negara ini.Begini lah sambutan yang sentiasa diberikan oleh penduduk Tawau kepada pemimpin yang mereka hormati.







Sambutan yang begitu meriah kepada YAB Perdana Menteri yang mana Pemimpin pemimpin Masyarakat Tempatan turut sama berada disana sebagai menandakan sokongan padu daripada rakyat Tawau keseluruhannya.




Ucapan alu aluan oleh DSP Tan Sri Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah semasa Perasmian UTC Tawau pada 9 April 2018. Beliau mengucapan setinggi penghargaan dan terima kasih diatas kesudian YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak menerima undangan untuk merasmikan UTC Tawau yang akan terlaksana sebentar lagi.


Sabah beruntung dalam era kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak peruntukan pembangunan disalurkan ke negeri ini semenjak beliau menerajui pentadbiran negara. Keprihatinan Najib terserlah tidak hanya kepada Sabah tetapi juga Sarawak apabila perdana menteri sentiasa peka untuk menyalurkan peruntukan jutaan ringgit setiap tahun kerana menyedari kedua-duanya adalah negeri besar dan memerlukan peruntukan banyak bagi pembangunan.







Turut hadir ialah isteri Dato Seri Mohd. Najib , Datin Seri Rosmah Mansor, dan dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali.





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan Ucapan Perasmian Pusat Transfomasi Bandar (UTC) Tawau hari ini. UTC Tawau mulai beroperasi pada 15 Ogos 2016. UTC Tawau menempatkan sebanyak sembilan agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Klinik 1Malaysia. Pengunjung UTC disitu tidak terhad kepada penduduk Tawau tetapi turut memberi manfaat kepada penduduk di daerah sekitar iaitu Kunak, Semporna dan Lahad Datu.





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan semua dasar yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya adalah untuk membawa perubahan masa depan lebih baik kepada rakyat.

Katanya dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan juga merupakan sesuatu yang realistik dan mampu dilaksanakan dan bukannya sesuatu yang berada di alam fantasi.

Barisan Nasional (BN) tidak boleh berjanji atas kata-kata yang tak mungkin dapat dipenuhi ataupun dapat menjadi kenyataan. Bererti bahawa itu satu dunia fantasi. Orang Indonesia kata ‘omong-omong kosong’ sahaja.

Kita nak sesuatu yang boleh menjadi suatu kenyataan. (Sebagai contoh) Pusat Transformasi Bandar ( UTC) merupakan satu konsep penyampaian perkhidmatan yang belum mampu dilakukan oleh mana-mana negara di dunia.

Diiktiraf oleh Bank Dunia. Diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa bahawa inilah satu konsep perkhidmatan yang unik, yang terbaik kerana hampir samua jabatan kerajaan pusat dan negeri yang penting diletakkan di bawah satu bumbung dan boleh (beroperasi) tujuh hari seminggu, dari pukul 8 pagi sampai 9 malam.

"Di negara maju tuan-tuan, jangan mimpi. Mereka ada ayat ‘never on Sunday’. Maknanya hari cuti tak boleh bekerja. Tetapi di Malaysia hari cuti hujung minggu pun kita buka perkhidmatan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan UTC Tawau di sini, hari ini. Turut hadir ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan dua timbalannya Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali.

Malah yang lebih membanggakan, kata Najib penyiapan UTC Tawau cuma mengambil masa 10 minggu dengan perbelanjaan kira-kira RM30 juta dan mampu menjadikan pusat bandar Tawau sebagai satu pertumbuhan penting yang didorong oleh sistem penyampaian perkhidmatan awamnya yang cekap.

Sebagai contoh, katanya, UTC menyediakan perkhidmatan pembuatan pasport antarabangsa yang boleh disiapkan dalam masa sejam sahaja sedangkan di negara lain memakan masa sehingga dua minggu.

Bagi membuat kad pengenalan MyKad pula, Najib berkata ia cuma mengambil masa selewatnya-lewatnya beberapa jam atau paling lama satu hari.

Malah, perdana menteri berkata, rakyat yang berurusan di UTC boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan lain di pusat itu sementara menunggu sesuatu urusan mereka selesai kerana banyak agensi diletak di bawah bumbung yang sama.

“Masuk ke UTC, sementara menunggu pasport siap, pelanggan boleh cabut gigi di klinik pergigian di UTC dengan bayaran RM1 berbanding swasta yang mungkin beratus ringgit. Inilah yang kita katakan mendahulukan rakyat,” katanya.

Najib berkata UTC cuma satu daripada aspek yang membuktikan dasar kerajaan BN sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan banyak lagi akan dilakukan kerajaan jika BN diberi mandat sekali lagi membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang. 








Upacara Perasmian tersebut turut dihadiri oleh para pemimpin UMNO terdiri daripada AJK UMNO Bahagian , Pergerakan Wanita , Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri.





Upacara Perasmian UTC berjalan lancar dengan Gimik Perasmian memasukan anak kunci sebagai tanda Perasmian UTC Tawau dengan jayanya.

Penduduk Tawau amat beruntung kerana mempunyai UTC yang mana memberikan perkhidmatan kepada orang ramai sehingga waktu malam. Begitu juga UTC sentiasa memberikan perkhidmatan setiap hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.


Dari segi mutu perkhidmatan, rata-rata yang datang maklumkan mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, sama ada urusan memperbaharui lesen memandu, pasport antarabangsa ataupun menggantikan MyKad dan sijil kelahiran.

Perkhidmatan adalah amat baik serta memenuhi piawaian kerajaan. Pasport antarabangsa siap dalam masa kurang daripada 1 jam. 

Waktu perkhidmatan di UTC dipanjangkan sehingga 10 malam pada hari kerja dan juga pada hari Sabtu dan Ahad. Waktu operasi ini membolehkan orang ramai mendapat khidmat awam di bawah satu bumbung luar dari waktu kerja mereka. Sesungguhnya, bilangan pengunjung lebih ramai pada hujung minggu berbanding pada hari-hari biasa.






YAB sempat bersalaman dengan para peniaga di Pasar Tanjung yang terkenal dengan perniagaan Ikan Masin , Udang Kering , Bilis Kering ( Bilis yang terbaik dari laut Inderasabah ) , Sotong kering dan banyak lagi. Perniagaan sayur sayuran dari tanah rendah dan tanah tinggi, buah buahan tempatan dan banyak lagi.






YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd.Najib Tun Hj.Abdul Razak melawat Jabatan Pendaftaran Negara dan menyaksikan proses Kad Pengenalan Mykad dan menyerahkan kepada penama kad Mykad yang sudah siap diproses di UTC Tawau.





YAB Dato Seri Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia , menandatangani Plug di Jabatan Imigresen sebagai tanda perasmian Jabatan tersebut di UTC Tawau yang turut disaksikan oleh YAB DSP Tan Sri Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah dan Pegawai pegawai lain yang hadir.




Sempena Perasmian Jabatan Imigresen Pegawai dan kakitangan berkesempatan untuk bergambar kenangan dengan YAB Perdana Menteri Malaysia dan YAB Ketua Menteri Sabah.