Monday, August 17, 2009

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAWAU TAHUN 2009


Tanggal 16 Ogos 2009 , seperti kelaziman nya Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau tahun 2009 berjalan lancar. Para perwakilan datang awal untuk mendaftar kehadiran dan mengambil bag dan nota Persidangan. Mereka juga disediakan minum pagi untuk keselisaan mereka mengikuti Persidangan kelak.

Pada kali ini Perasmi yang dijemput oleh Urusetia Persidangan Perwakilan ialah Yang Berhormat Datuk Dr.Mohd.Puad Zarkasi , Ahli Parlimen Batu Pahat Johor , Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran II Malaysia.


Bersama rakan rakan dari Cawangan UMNO Kg.Rancangan Ranggu , Cawangan UMNO Kg.Jawa Kongsi 10 , Cawangan UMNO Kg.Batu Payung dan Cawangan UMNO Batu 4 Jalan Apas. Gambar diatas berdiri Amirbak bin Abdul Rahim Ketua Cawangan UMNO Kg.Rancangan Ranggu , Yusof bin Hj.Ahmad Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kg.Rancangan Ranggu , Duduk Nurdin bin Nusu Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau dari Cawangan Kg.Jawa Kongsi 10 , Ibrahim bin Taimoi Ketua Cawangan Batu Payung .


Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO yang diadakan pada setiap tahun dapat mempertemukan wakil wakil Cawangan disuatu tempat dan dapat berkenal mesra diantara satu dengan yang lain. Dalam kita berpolitik tidak juga diabaikan silaturrahim diantara ahli ahli UMNO di Bahagian Tawau dan dengan lebih mudah dapat berinteraksi sesama ahli yang hadir. Wadah Perjuangan UMNO sejak dahulu lagi sememang nya mengutamakan perpaduan serta kenal mengenali antara satu dengan yang lain.


Senerio yang dapat dilihat dari tempat berlangsung nya Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tawau di Grand ballroom Hotel Promenade yang kelihatan Pemandangan Bandar Tawau. 
 
Di bawah Badan Perhubungan terdapat Bahagian-bahagian yang ditubuhkan di tiap-tiap kawasan pilihan raya. Sekarang ini terdapat 191 Bahagian UMNO di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah. Perjalanan Bahagian terletak di bawah Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang diadakan setiap tahun. Antara tugas-tugas perwakilan Bahagian ini ialah membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung, mengkaji kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Bahagian dan mencadangkan apa-apa rancangan yang patut dibuat pada masa akan datang. Jawatankuasa Bahagian dipilih setiap tiga tahun sekali. Di waktu ketiadaan Mesyuarat Perwakilan, Jawatankuasa Bahagian adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas mentadbir parti di peringkat tersebut.

Cawangan adalah unit yang paling kecil dalam parti. Ia merupakan suara akar umbi yang memberi kekuatan kepada parti. Hari ini terdapat lebih daripada 21,000 Cawangan UMNO di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, kira-kira hampir 3.6 juta ahli. Jawatankuasa Cawangan dipilih setiap tiga tahun sekali untuk menguruskan hal-hal parti dan dan berhubung dengan rakyat. Jawatankuasa ini dikehendaki menjalankan perintah-perintah dan peringkat-peringkat yang lebih tinggi, melatih ahli-ahli supaya setia kepada parti dan dasar perjuangannya, menyemai perasaan persaudaraan dan menggalakkan bantuan sesama sendiri di kalangan ahli-ahli.


Bersama Nurdin bin Nusu Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau. Beliau adalah rakan lama yang sama berjuang dalam politik dimana dahulunya kami juga bersama sama berjuang dalam Parti USNO.


Bilik Persidangan yang telah siap sedia menerima pelanggan nya hari ini yang akan dipenuhi oleh Ahli ahli UMNO yang akan menjalankan amanah seperti yang termaktib dalam Perlembagaan Parti untuk mengadakan Persidangan Perwakilan Bahagian yang terdiri daripada Ahli ahli Cawangan UMNO di Bahagian Tawau.


Bersama Omar bin Abdullah Ketua Cawangan Batu 4 yang hadir awal di Persidangan Perwakilan Bahagian ini. Kesempatan beramah mesra dengan rakan rakan seperjuangan bukan selalu berlaku kecuali diperkumpulan seperti inilah ramai pejuang pejuang UMNO hadir.



Bersama Datuk Datu Ismail bin Datu Jook , Pengerusi Tetap Persidangan UMNO Bahagian Tawau mantan Ahli Yang Berhormat DUN Balung semasa Era Kerajaan USNO. Beliau adalah Pejuang tulen sejak Sabah Merdeka sehingga lah kehari ini beliau sentiasa memperjuangkan hak dan perpaduan orang orang Melayu Bumiputera Sabah. Semasa USNO dibubarkan beliau dan keluarga beliau menyertai UMNO dan meneruskan perjuangan bersama sama Ahli ahli UMNO sehingga kini.


Pada tahun 1990, USNO yang masih mempunyai kerusi didalam Dewan Undangan Negeri Sabah ketika itu berusaha untuk membawa Parti UMNO melebarkan sayap ke Sabah dengan menyatukan ahli ahli USNO , BERJAYA , AKAR dan yang dahulu nya tidak sehaluan dengan parti parti diatas. Untuk melaksanakan tujuan diatas Ahli ahli USNO telah mengorbankan Parti yang begitu sinonim dengan orang orang Melayu Bumiputera Sabah sejak Merdeka untuk membolehkan UMNO berada di Sabah. Tun Mustapha menjadi pengerusi pertama UMNO Sabah setelah USNO dibubarkan pada tahun 1991.


Bersama Datu Indal bin Datuk Datu Ismail Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau. Beliau adalah pejuang muda yang begitu lama berada dalam arena politik Sabah.  Semasa kawasan DUN Balung berada di Parlimen Semporna , beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Semporna.



Bersama OKK Hj.Kee Mohd.Ayub bin Kee Abubakar Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau. Beliau adalah mantan ADO Luar Bandar bertugas di Majlis Perbandaran Tawau. Beliau mempunyai sejarah awal Tawau dimana Atok dan Bapa beliau adalah orang yang dihormati serta disegani oleh Masyarakat Tawau. Pergerakan Melayu Tawau dibawa Persatuan Kebangsan Melayu Tawau adalah di gerakkan oleh Kee Abubakar bin Kee Abdullah dan beliau adalah OKK yang pertama di Tawau sewaktu itu di bawah Pemerintahan Kolonial British.

 
Sebelum tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, beberapa perkara pokok telah diperbincangkan antara pemimpin-pemimpin kaum dalam UMNO, MCA dan MIC yang mentakrifkan kedudukan dan hak setiap kaum dalam perlembagaan negara. Keutamaan yang diberi kepada orang-orang Melayu dalam beberapa hal adalah juga memperakui hak-hak bangsa lain yang telah menetap dan lahir di sini. Kaum-kaum bukan Melayu dibolehkan bergerak dengan lebih luas kerana taraf kewarganegaraan yang diberi kepada mereka. Manakala orang-orang Melayu diberi hak-hak istimewa untuk membolehkan penyertaan ekonomi dan pelajaran secara lebih berkesan. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dan asas kepada dasar pelajaran kebangsaan dan Islam dijadikan agama rasmi negara.

Dengan persetujuan atas perkara-perkara ini maka dapatlah semua bersatupadu bagi mencapai kemerdekaan dan seterusnya berusaha membina negara. Permuafakatan ini berjalan terus sehingga menjelang pilihan raya tahun 1969 apabila asas-asas yang telah dipersetujui itu digugat oleh kalangan-kalangan tertentu membawa kepada pergaduhan kaum. Selepas tarikh ini, kerjasama antara kaum dipereratkan semula dengan hak-hak setiap kaum itu tidak boleh dipersoalkan lagi di bawah perlembagaan negara yag baru dipinda. Langkah-langkah lain juga diambil bagi menyatukan rakyat dari semua kaum dalam satu pemerintahan bersama.








Ketibaan Yang Berhormat Datuk Dr.Mohd.Puad bin Zarkasi , Ahli Parlimen Batu PahatJohor , Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat merangkap Timbalan Menteri Pelajaran II Malaysia. Beliau disambut dan diiringi oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau. Beliau diperkenalkan kepada Pemimpin pemimpin Barisan Nasional Daerah Tawau yang hadir Mr.Goh Chit Chuan ( MCA ) , Victor Raja ( MIC ) dan wakil wakil UMNO Bahagian yang berdekatan seperti Kalabakan , Semporna dan Silam.



Sejak tertubuhnya UMNO sampai ke masa sekarang, tujuan dan matlamatnya masih sama walaupun terdapat pindaan-pindaan kecil dalam perlembagaannya bagi membetulkan ayat atau menerangkan makna secara lebih jelas. Tujuan-tujuan ini terkandung dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO, adalah seperti berikut:-

UMNO adalah sebuah parti yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

1.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

1.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan.

1.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

1.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

1.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

1.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.






Persidangan Perwakilan Bahagian berjalan dengan lancar dan teratur dimana dalam ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd.Puad Zarkasi menyatakan beliau bahawa UMNO Bahagian Tawau dibawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan sungguh harmonis dan begitu ramai perwakilan yang hadir.




Para perwakilan yang hadir di Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau tahun 2009. 








Sebagai tandakenangan Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau menyampaikan replika Keris Panjang kepada Yang Berhormat Datuk Dr.Mohd.Puad bin Zarkasi . 


Persidangan perwakilan UMNO bahagian adalah medan terbaik kepada para pemimpin dan ahli parti terutama di peringkat akar umbi berkumpul untuk mengukuh dan memperkasakan perjuangan terutamanya dalam tempoh yang begitu mencabar ketika ini. Persidangan itu sangat penting bagi membolehkan mereka menilai semula apa yang telah dilakukan sejak persidangan yang lalu sebelum merangka pelan tindakan ke arah memantapkan perjuangan UMNO. Peranan tersebut adalah lebih terkehadapan berbanding tanggapan bahawa persidangan yang tidak ada pemilihan adalah hambar.

Persidangan perwakilan bahagian adalah simbol yang menyemarakkan perjuangan UMNO dan sepatutnya menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh semua pemimpin parti. Kita tidak sepatutnya terikat dengan tanggapan sesetengah orang yang mengambil sikap tidak perlu hadir ke persidangan yang tidak ada pemilihan. 



"UMNO TERUS MAJU KEHADAPAN , PENTADBIR NEGARA BERWAWASAN "

BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT




end