Sunday, March 23, 2014

MAJLIS PERASMIAN DEWAN SERBAGUNA KK UNGKUK KG.IBAN KUALA NANSANG YANG DIRASMIKAN OLEH YB.DATUK SYED ABAS BIN SYED ALI ADUN N.55 BALUNG PADA 15 MARCH 2014


Ini lah Dewan Serbaguna KK Ungkuk Kg.Iban Kuala Nansang yang akan dirasmikan oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali. Dewan ini dibina oleh Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (LKTNS) . Yang mana kawasan Kg.Iban Kuala Nansang ini adalah termasuk didalam kawasan LKTNS. Pembinaan Dewan Serbaguna ini adalah sebahagian daripada usaha LKTNS membantu Peneroka mempunyai tempat berkumpul dan beriadah.

Bahagian Dalam Dewan Serbaguna luas sesuai untuk tempat beriadah dan mengadakan Perjumpaan sesama Warga atau untuk tempat acara acara keramaian seperti Perkahwinan Sambutan Hari hari kebesaran dan lain lain acara.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau turut hadir meraikan Majlis Perasmian Dewan Serbaguna KK Ungkuk yang kelihatan bersama dengan Pengerusi JKKK merangkap Pengerusi Penganjur Perasmian Encik Ngabong a/k Keli.

Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita Bahagian Tawau juga turut hadir meraikan Majlis Perasmian Dewan Serbaguna KK Ungkuk yang diketuai oleh Naib Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Pn.Nursiah Bayai.

Pandangan bahagian hadapan Dewan Serbaguna yang mengadabtasikan reka bentuk rumah Kaum Iban. Dewan KK Ungkuk di Kg.Iban Kuala Nansang ini mengambil nama sempena Nama Ketua Kaum Iban di sini suatu ketika dahulu yang telah banyak berjasa kepada kaum Iban dan juga kepada Kerajaan.

Ramai yang telah hadir untuk acara Perasmian ini dengan menanti ketibaan YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali berkumpul dihadapan Dewan tersebut

Anak-anak muda masyarakat Iban juga telah bersedia dengan alat alat musik Tradisional bagi acara Sambutan Perasmian tersebut

Kaum wanita yang berpakaian Tradisi pakaian orang Iban , dimana bersedia untuk menyambut tetamu yang datang serta menyambut tetamu kehormat YB.Datuk Syed Abas Syed Ali.

Ketibaan YB.Datuk Syed Abas Syed Ali disambut oleh Pengerusi Penganjur Perasmian dan juga Pengurus Besar LKTNS yang mewakili Pengerusi LKTNS turut sama Ketua Kampung Kg.Iban Kuala Nansang En.John.

Sambutan dengan pemasangan Bunga Semat kepada Yang Berhormat oleh AJK Penganjur


Yang Berhormat mengambil kesempatan bertemu mesra dengan penduduk Kampung Iban Kuala Nansang yang mana mereka ini lah yang memainkan peranan bagi membantu Kerajaan memajukan Kg.Iban Kuala Nansang ini yang mana terletak jauh ke Pendalaman Tawau .


Yang Berhormat dan juga Para Jemputan Khas serta Pegawai Pegawai SLDB yang hadir memulakan acara dengan lagu Negara Ku dan Sabah Tanah Air Ku

Sebahagian daripada Penduduk Kg.Iban Kuala Nansang yang hadir di Majlis tersebut

Sebahagian daripada AJK UMNO Bahagian Tawau yang hadir


Sebahagian daripada AJK UMNO Bahagian Tawau yang hadir

Ucapan alu-aluan daripada En.Ngabong a/k Keli Pengerusi JKKK Kg.Iban Kuala Nansang merangkap Pengerusi Penganjur Perasmian

Ucapan alu-alu oleh Pengerusi LKTNS yang disampaikan oleh Pengurus Besar Wilayah

Ucapan Khas keselamatan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau


Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung

Paluan Gong sebagai acara Simbolik bagi Perasmian Bangunan Dewan Serbaguna KK Ungkuk Kg.Iban Kuala Nansang

Yang Berhormat Datuk Syed Abas bin Syed Ali menandatangani Plak bagi Perasmian bangunan Dewan Serbaguna KK Ungkuk Kg.Iban Kuala Nansang

Acara berakhir pada jam 12.00 tengah hari