Saturday, January 26, 2013

KAMPUNG RANGGU VOL.2


SEJARAH AWAL PEMBUKAAN KAMPUNG RANGGU




Kampung Ranggu telah diteroki seawal tahun 1920an dimana Penduduk dari Kampung Kinabutan telah mula mengusaha perkebunan disini. Mereka hanya bercucuk tanam seperti Kelapa , Pisang , Ubi dan lain-lain tanaman kontan yang mudah ditanam pada masa itu . Oleh kerana kawasan perkebunan berhampiran dengan Hutan Belantara tentulah terdapat banyak binatang-binatang liar yang akan merosakkan tanaman mereka.Pada akhir tahun 1920 usaha perkebunan semakin giat dilakukan beberapa kumpulan penduduk dari kawasan persekitaran Pantai terutamanya kawasan kinabutan telah mula menerokai dan menetap disini.


OT Memangku dan keluarganya serta beberapa orang dari Kinabutan telah memulakan hidup baru disini dengan berkebun dan bercucuk tanam.Mereka adalah dari Kumpulan orang-orang Suluk yang mula-mula tinggal disini.


Oleh kerana tempat ini belum lagi terkenal mereka hanya menggelarkan kawasan ini dengan nama "Ranggu" kerana ditempat ini dahulu banyak terdapat pokok Ranggu.Sehinggalah kehari ini dikenali sebagai Kampung Ranggu.Pada masa itu membuka sebuah penempatan atau perkebunan bukan suatu perkara yang mudah kerana mereka terpaksa mengerah seluruh tenaga dengan tulang empat kerat itulah mereka gunakan untuk membuka sesuatu kawasan pertanian. Sebab itulah didapati kebun pertanian yang diperolehi tidaklah luas hanya antara 7ekar ke 8 ekar setiap orang penduduk.


Pada masa ini mereka membuka tanah pertanian dengan bekerjasama dan bergotong royong sesama mereka bergilir-gilir sehinggalah kesemua mereka mempunyai kebun masing-masing. Dahulu acara ini dikenali sebagai "menyeraya". Tuan yang kebunnya yang hendak dibersihkan akan terlebih dahulu membuat jemputan kerumah rumah keluarga dan jiran dengan memberitahu Tarikh dan masa yang diperlukan untuk menyeraya.Sewaktu acara berlangsung tuan Tanah akan menyediakan sedikit jamuan dan kadang kala keluarga dan jiran akan membantu untuk menyediakan makanan bagi orang-orang yang datang.Biasanya acara ini berlangsung sehingga 3 hari , maklumlah kawasan yang diterokai adalah kawasan yang berduri dan penuh semaksamun dan hutan belukar.Walaupun begitu mereka merasa gembira kerana dapat menyumbangkan tenaga mereka untuk membantu keluarga atau jiran yang memerlukan.


Pada awal Tahun 1930 lebih ramai lagi berpindah kesini ,yang mana mereka ini tinggal dikawasan bandar Tawau seperti Tuan Penglima Abdullah Salim iaitu Cucu kepada Penghulu Puado yang pada ketika itu dianggap sebagai Ketua Masyarakat Orang-orang Melayu diTawau oleh Pihak British kerana kewibawaan dan beliau sangat dihormati oleh Masyarakat tempatan. Beliau menjadi Pemimpin sehinggalah beliau meninggal dunia dalam Tahun 1902. Selepas itu menyusul pula Keluarga Kerahu seperti Ampung Kerahu , Sarai Kerahu , dan ramai lagi .


Selepas OT memangku meninggal dunia , Pentadbiran Kampung Ranggu telah dikawalselia oleh Penglima KK Abdullah bin Salim. Segala urusan Kampung adalah dibawa jagaan beliau dan menurut cerita orang orang kampung beliau adalah orang yang sangat disegani. Beliau akan sentiasa memantau dan memberikan perhatian segala aktiviti diKampung Ranggu.


Dalam Tahun 1940 iaitu semasa Tentera Jepun menakluk Tawau ramai orang-orang dari bandar datang ke Kampung Ranggu untuk perlindungan kerana kawasan Bandar Tawau sudah tidak lagi selamat dimana tentera Jepun sentiasa memantau pergerakan orang awam disana.

  

PENEROKAAN HUTAN UNTUK TANAH RANCANGAN DIBAWAH LEMBAGA KEMAJUAN TANAH NEGERI SABAH ( LKTNS )

Dalam Tahun 1960an Kawasan Hutan dipinggir Kampung Ranggu telah mula diterokai untuk Program Penempatan Baru bagi Penduduk yang tidak mempunyai Tanah Pertanian. Pejabat Daerah Tawau telah mengalakkan dan mengurus 0rang ramai untuk memasuki Skim Penempatan Pertanian dikawasan ini.Tawaran dibuka kepada penduduk tempatan yang tidak mempunyai tanah untuk menyertai program ini. Dalam Tahun 1964 , kawasan yang dikenali Rancangan Ranggu telah mula diterokai dengan Penempatan Penduduk sebagai Peneroka SLDB. Mereka yang telah terpilih akan diberikan Tanah Perkebunan yang mana akan dipantau oleh pihak SLDB. Mereka yang Berjaya perlu berada didalam kawasan Rancangan dan akan dibayar wang serta ration bulanan akan diberikan mengikut sais atau bilangan keluarga. Tetapi selepas Tahun 1966 , tanah perkebunan tersebut telah diserah milik kepada peneroka masing-masing. Bermula dari masa itu kawasan ini telah digezettekan sebagai kawasan Perkampungan dan digelar Kampung Rancangan Ranggu.


PERANCANGAN DAN USAHA UNTUK MENDAPATKAN PERUNTUKAN BAGI PROJEK BEKALAN AIR GRAVITI KAMPUNG RANGGU.


Dari sekitar tahun 1960 – 1980 kawasan ini selalu mengalami kekurangan Air Bersih terutama sekali untuk makan dan minum. Walaupun ada sungai yang mengalir tetapi ianya selalu tercemar kerana ianya digunakan oleh orang ramai untuk mandi dan mencucui pakaian , ditambah lagi dengan kotoran-kotoran dari rumah-rumah penduduk yang berhampiran dengan sungai. Musim Kemarau yang amat panjang juga salah satu sebab keperluan air disini amat mendesak. Dalam Tahun 1970 – 1980 memang ada usaha yang dijalankan oleh Pemimpin-pemimpin Kampung ketika itu untuk cuba menyediakan air bersih bagi kegunaan penduduk kampung namun tiada kejayaan. Dalam Musim Kemarau yang Panjang penduduk Kampung terpaksa mengambil air dari Bandar Tawau untuk memasak dan minuman. Kadangkala pihak kerajaan akan menghantar Air Bersih dengan menggunakan lori tangki untuk membahagi-bahagikan air kerumah-rumah disekitar kampong Rancangan Ranggu dan juga kampong-kampung yang lain.


Dalam Tahun 1991 sewaktu Permesyuaratan AJK UMNO Cawangan Rancangan Ranggu iaitu yang menggantikan AJK USNO Cawangan Rancangan Ranggu yang telah dibubarkan telah mendapat kata sepakat untuk mengurus permohonan bagi mendapatkan peruntukan bagi membina Bekalan Air Graviti di Kampung Rancangan Ranggu. Sebenarnya perkara ini telah dirancangkan semasa AJK USNO lagi dan telah dipanjangkan kepada Pengetahuan YB.Tan Sri Sakaran bin Dandai ketika itu Menteri Tanah dan Wilayah semasa lawatan beliau ke Kampung Ranggu dalam Tahun 1991. Dengan sokongan padu YB. Datuk Ismail bin Dato Jook ( ADUN BALUNG- USNO) ketika itu dan kemudiannya disokong kuat oleh YB.Datuk Abd.Manan bin Jakasa ( ADUN BALUNG – UMNO ) pihak AJK UMNO Cawangan Rancangan Ranggu meneruskan usaha sehingga lah semasa Lawatan Tun Ghafar Baba (sewaktu itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia ) ke Tawau telah mengumumkan kelulusan peruntukan bagi Projek yang dicadangkan dihadapan umum semasa perhimpunan Semarak diDewan Masyarakat Tawau.


USAHA UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBINAAN PROJEK BEKALAN AIR GRAVITI DILIPAT GANDAKAN DENGAN MEMBABITKAN BEBERAPA AGENSI KERAJAAN BAGI MEMBANTU PROSES TERUS BERJALAN LANCAR.


AJK UMNO Cawangan Rancangan Ranggu telah membuat kunjungan ke Pejabat Pegawai Kesihatan Tawau dengan tujuan untuk memohon bantuan bagi mempercepatkan usaha untuk mendapatkan Bekalan Air Graviti Kg.Ranggu. Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Rancangan Ranggu telah memberikan sedikit taklimat dan menjelaskan bahawa peruntukan telah diluluskan dan akan disalurkan melalui JPPS , Tawau. Pegawai Kesihatan pada ketika itu ialah Dr.Ismail telah bersetuju untuk membantu dengan mengarahkan Inspector Kesihatan En.Agusti Mohd.Aras untuk membantu membuat greding tempat yang sesuai bagi Tapak Dam dan mengukur ketinggian Tapak dam dari paras Perkampungan yang perlukan air gravity tersebut. Hampir Sebulan setengah Pasukan Jabatan Kesihatan Yang diketuai Oleh En.Agusti membuat kerja-kerja penggredan yang mana akhirnya berpuashati dengan Projek tersebut dan menyokong penuh untuk diluluskan. Perjumpaan telah diadakan bersama dengan Pegawai Kesihatan , Inspector Kesihatan dan kakitangan nya yang terlibat dengan AJK Jawatankuasa Air Graviti Kg.Ranggu bagi membincangkan dan mengenalpasti bentuk dan cara penjagaan Takungan Air dan juga Paip yang akan digunakan .


PROJEK BEKALAN AIR GRAVITI KG.RANGGU FASA 1


Pada 16 Julai 1993 kerja-kerja pembersihan untuk laluan paip telah dimulakan dimana Perintah Kerja Am telah diterima oleh Syarikat yang akan melakukan kerja-kerja Projek Bekalan Air Graviti Fasa I . Mulai 1 Ogos 1993 kerja-kerja membuat Dam telah dimulakan.




Beginilah punca Air Graviti yang terdapat diatas bukit Andrassy /Ranggu dikawasan Tadahan Hujan Hutan Simpan Andrassy-Ranggu





Begini lah keadaan diatas Bukit Andrassy / Ranggu pada ketika itu dimana masih terdapat hutan dan Embun , memang terasa nyaman dan segar.




Konkrit Dam telah siap dibina dan perlu dikeringkan selama 1 bulan bagi membolehkan Dam betul-betul kukuh untuk menampung air kelak.




Konkrit Dam ini perlu dibersihkan agar segala sisa-sisa bancuan simen tidak berada didalam Dam tersebut semasa pelepasan air untuk kegunaan penduduk Kampung


            Beginilah keadaan Dam Konkrit yang telah siap boleh digunakan ( Gambar samping )





( Gambar dari atas )




Kerja-kerja penyambungan paip HDPE 3” dari Dam ke Kawasan Kampung Rancangan Ranggu. Kerja-kerja penyambungan menggunakan alat penyambung / Pemanas yang menggunakan kuasa letrik bervoltan tinggi. Oleh yang demikian dengan usaha yang gigih pihak kontraktor telah membawa Genset yang besar kedalam Hutan dengan diangkat oleh 4 orang untuk digunakan .





Kerja-kerja penyambungan paip HDPE 3” dilakukan dengan sekali penyediaan parit untuk menimbus paip agar tidak terdedah kepada kerosakan atau bocor.





Ini adalah alat Penyambung dimana hujung paip yang telah dipotong rata dipanaskan dibahagian yang putih.




Setelah bahagian paip tersebut panas dan lembut dan akan dicantumkan sehingga rapat dan kuat selepas kira-kira 5 minit dilepaskan paip tersebut telah bersambung dan tidak perlukan alat penyambung paip lagi.


Sebanyak 283 batang paip HDPE PN.6 3” telah digunakan , setiap batang sepanjang 20’ 


Sebanyak 1,570 meter paip HDPE PN.6 2” telah digunakan


Sebanyak 6 gulung paip HDPE PN.6 ½” telah digunakan. Setiap gulung panjang nya 100meter.


Kerja-kerja membina dan meyiapkan Projek Bekalan Air Graviti Fasa 1 Kg.Rancangan Ranggu telah siap sepenuhnya pada 30 September 1993 dengan Kos tawaran RM 49,900.00 yang dikendalikan oleh Syarikat Usaha Niaga Enterprise.



PROJEK BEKALAN AIR GRAVITI KG.RANGGU FASA 2

Projek Bekalan Air Fasa 2 telah diluluskan pada 12 Februari 1994 dimana Surat Perintah Kerja Am telah diterima. Kerja-Kerja kali ini melibatkan :


1. Membina dan menyiapkan sebuah ( 1 ) R.C.”Intake Structure”


2. Membekal , memasang dan menanam paip HDPE P.N. 6 , 2”g.p termasuk segala “fitting” dan “valve”yang diperlukan dari “Intake”ke Tangki


3. Membekal , memasang dan menanam paip HDPE P.N. 6 , 2”g.p termasuk segala “fitting” dan “valve”yang diperlukan dari B-C sepanjang 200meter dan dari tangki ke D sepanjang 1,370 meter


4. Membekal , memasang dan menanam paip HDPE P.N. 6 , ½”g.p termasuk segala “fitting” yang diperlukan dari paip utama ke rumah-rumah termasuk memasang “stand pipe”dirumah-rumah.


5. Membekal , memasang , membina dan menyiapkan sebuah ( 1 ) “ G.I. Panel Tank” 1600gls. Lengkap dengan “fittings” dan “support”.


6. Membina dan memasang papantanda


Kerja-kerja kontrak telah dapat disiapkan dalam tempoh 5 minggu seperti yang ditetapkan oleh JPPS.

Syarikat yang Berjaya mendapat kerja kali ini ialah Syarikat Zaksa Kontraktor.



PROJEK BEKALAN AIR GRAVITI KG.RANGGU FASA 3


Projek Bekalan Air Fasa 3 telah diluluskan pada 09 November 1994 dimana Surat Perintah Kerja Am telah diterima. Kerja-Kerja kali ini melibatkan :


1. Membekal,memasang dan menanam paip HDPE P.N.6 2”g.p.termasuk segala “fittings” dan “Valve”yang diperlukan diantara titik A,B dan H , I sepanjang 800meter seperti dalam skop kerja.


2. Membekal,memasang dan menanam paip agihan HDPE P.N.6 1”g.p. sepanjang 1800 meter termasuk segala “fittings” dan “Valve”yang diperlukan diantara titik B,E titik I,K dan titik M,N seperti dalam skop kerja.


3. Membekal,memasang dan menanam paip agihan HDPE P.N.6 1”g.p. sepanjang 1100 meter termasuk segala “fittings” dan “Valve”yang diperlukan diantara titik D,F titik C,G dan titik J,L seperti dalam skop kerja.


4. Membekal,memasang dan menanam paip agihan HDPE P.N.6 ½”g.p. sepanjang 2500 meter termasuk segala “fittings” dan “Valve”yang diperlukan dan dismbung terus kedalam 54 buah rumah ( Bukan setakat dikawasan luar halaman rumah ) seperti dalam skop kerja.


5. Membina Pagar Chainlink berukuran 16”x16"disekeliling Tangki Air sedia ada.


Kerja-kerja kontrak telah dapat disiapkan dalam tempoh 8 minggu seperti yang ditetapkan oleh JPPS.

Syarikat yang Berjaya mendapat kerja kali ini ialah Syarikat Noorli Enterprise. Siap pada 12 Disember 1994

Sebaik sahaja kerja-kerja binaan selesai pihak AJK UMNO Cawangan Rancangan Ranggu telah mempersiapkan untuk acara Perasmian Air Graviti Kg. Ranggu. Usaha sedang dibuat agar Ketua Menteri pada ketika itu Tan Sri Datuk Sakaran bin Dandai merangkap Ketua Bahagian UMNO Semporna yang akan merasmikan Air Graviti kg.Ranggu ini.


Dengan kerjasama AJK UMNO Bahagian Semporna ( Balung ),usaha untuk acara Perasmian semakin ceria dimana pada 16 Disember 1994 upacara Perasmian Air Graviti Kampung Ranggu telah menjadi kenyataan . Usaha gigih yang dilakukan selama ini telah terlaksana dan ianya suatu kenyataan , walaupun pada awalnya ramai yang tidak mengharapkan ianya boleh berlaku , tetapi kini air paip sudah sampai kerumah masing-masing di Kampung Rancangan Ranggu. Sememangnya tergambar rasa kegembiraan diwajah mereka kerana selama ini terpaksa mandi keperigi atau kesungai yang belum tentu jaminan kebersihannya.






UPACARA PERASMIAN AIR GRAVITI KG.RANGGU OLEH YAB.TAN SRI SAKARAN BIN DANDAI, KETUA MENTERI SABAH MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN ,SEMPORNA PADA 16 DISEMBER 1994, DIBALAIRAYA KAMPUNG RANGGU




Ketibaan YAB Tan Sri Datuk Sakaran bin Dandai , Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Semporna yang diiringi oleh YB.Datuk Manan bin Jakasa ADUN N.55 Balung bersama-sama Datuk Ismail bin Dato Jook ( bekas ADUN N.55 Balung – USNO ), En.Kassim bin Rahman Ketua Cawangan UMNO Kg.Rancangan Ranggu.




Ketibaan YAB Tan Sri Datuk Sakaran bin Dandai , Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Semporna yang diiringi oleh YB.Datuk Manan bin Jakasa ADUN N.55 Balung bersama-sama Datuk Ismail bin Dato Jook ( bekas ADUN N.55 Balung – USNO ), En.Kassim bin Rahman Ketua Cawangan UMNO Kg.Rancangan Ranggu menuju ke Balairaya Kampung Ranggu tempat acara berlangsung.





Pemasangan bunga semat untuk YAB Tan Sri Sakaran , sebagai Penghargaan dan penghormatan diatas kesudian YAB kerana sudi merasmikan Air Graviti Kampung Ranggu.




Ketua Menteri disambut dengan gembira oleh Para hadirin yang Hadir pada masa itu , yang mana majoritinya adalah Ketua-Ketua Cawangan UMNO diBahagian Balung.( ADUN Balung pada waktu itu dibawah Parlimen Semporna )






Ucapan Perasmian oleh YAB. Tan Sri Datuk Sakaran Bin Dandai , Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Semporna.

Dalam Ucapan perasmian Ketua Menteri , pihaknya amat gembira dan berterima kasih kerana dengan usaha gigih dan berterusan oleh AJK UMNO Cawangan Rancangan Ranggu akhirnya telah menjadi kenyataan. Dengan adanya paip air penduduk Kampung Rancangan Ranggu akan merasa lega dan gembira diatas bantuan Oleh Kerajaan Barisan Nasional
.





Acara perasmian dengan pemotongan riben yang disaksikan oleh YB.Datuk Manan bin Jakasa, Datuk Ismail bin Dato Jook , En.Kassim bin Rahman Ketua Cawangan UMNO Kg.Rancangan Ranggu , serta Pegawai JPPS dan orang ramai yang hadir pada masa itu.



Ini lah saat yang dinanti-nantikan oleh orang ramai tentang kualiti air yang sangat bersih, memang bersih dan segar , kerana air dari atas Bukit Andrassy/Ranggu.


PENUBUHAN JAWATANKUASA AIR GRAVITI KG.RANGGU BAGI MENTADBIR DAN MENYELARAS SERTA MENJAGA DAN MEMANTAU KESELAMATAN PAIP AIR AGAR SENTIASA DAPAT DIGUNAKAN


Dalam Mesyuarat Agong UMNO yang diadakan di SK Ranggu pada tahun 1993 telah diperbincangkan mengenai pungutan wang setiap bulan keatas rumah yang menggunakan air gravity digunakan sebagai Tabung untuk aktiviti membaiki , menjaga serta menyelaras apabila ada keperluan seperti kerosakan paip , paip pechah , sambungan paip yang terputus atau mana-mana yang melibatkan urusan paip gravity termasuklah upah kepada pekerja yang menjaga paip dan mencuci Dam.


Mesyuarat tersebut telah memutuskan sebulat suara bersetuju untuk bayaran RM 5.00 sebulan untuk setiap rumah.AJK Air Graviti akan melantik individu untuk membuat kutiapan disetiap rumah pada setiap bulan atau Tuan rumah boleh lah datang sendiri membayar kepada individu yang dilantik dan resit bayaran akan dikeluarkan .


Jawatankuasa tersebut masih lagi berfungsi sehingga hari ini dimana walaupun pengguna Air Graviti telah berkurangan kerana dibahagian Kampung Ranggu ( Lama ) aliran air paip tidak lagi sampai kerana penggunaan yang bertambah dibahagian yang lain , ini kerana tekanan air graviti telah berkurangan apabila sampai ke kampong Ranggu yang terletak dihujung aliran paip gravity ini.




end