Sunday, May 21, 2017

RAMADHAN AL-MUBARAK 2017


Masjid Bandar Tawau
Jalan Masjid , Tawau, Sabah 91000, MALAYSIA

Masjid Waqaff Daeng Mapata kini dikenali sebagai Masjid Bandar telah dibina pada tahun 1962 dan telah dirasmikan pada 10 Zulhijjah 1382 bersamaan pada 4 Mei 1963.
Diberitakan di surat khabar Berita Harian ( Singapore ) pada 13 Jun 1963 ( Rabu ) , " Tidak ada orang yang paling grmbira hari ini selain dari Tuan Ahmad Daing Mapata, seorang orang kaya di Bandar Tawau , Sabah. Kegembiraan tersebut terjalin bila cita cita selama enam tahun tercapai ".
( Sebagai mengenang Jasa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Daeng Ahmad Mapata yang mana beliau juga dikenali di Tawau sebagai Ahmad Linat  kita sedekah kan Surah Al-Fatihah untuk beliau semoga Roh nya dicucuri Rahmat ).


Dalam tahun 2012 , Masjid ini telah menerima proses pengubahsuaian mengikut keperluan semasa dimana beberapa proses kerja kerja menaiktaraf  Masjid telah dilakukan oleh Ahli Jawatankuasanya untuk mengindahkan suasana Masjid dan bagi menampung keperluan semasa ketika itu.


Tahun 2017 Masjid Bandar Tawau berubah wajah lagi dengan pengubahsuaian kubah masjid dalam bentuk krom.

Terdapat juga sebuah Masjid Lama yang terletak di Jalan Utara atau suatu ketika dahulu tempat itu dikenali sebagai "Willis". Oleh kerana Masjid itu terletak disitu Masjid itu juga dikenali sebagai Masjid Willis , yang mana kemudiannya setelah dibangun semula Masjid itu diberi nama Masjid Raya.


Masjid Willis Tawau
Jalan Utara , Tawau, Sabah 91000, MALAYSIA

Inilah Masjid Wilis suatu ketika dulu dalam tahun 1930an dimana Umat Islam disekitarnya mengerjakan Solat Berjemaah diMasjid ini.
Disini juga lah diadakan pelbagai aktiviti keagamaan dilaksanakan termasuklah Solat Sunat Tarawih pada bulan Ramadhan Al-Mubarak setiap tahun sehingga lah bangunan Masjid Baru didirikan ditempat yang sama.( Sebagai ingatan dan penghargaan kepada yang punya gambar asal ini iaitu Tuan Hj.Kee Hamid bin Kee Sulaiman kita hadiahkan Surah Al-Fatihah untuk beliau semoga Rohnya sentiasa dicucuri Rahmat ) 

Masjid Raya Tawau
Jalan Utara , Tawau, Sabah 91000, MALAYSIA

Masjid Raya yang dibangunkan selepas mencapai Kemerdekaan yang diterajuai oleh USIA atau United Sabah Islamic Association dalam tahun 1972. Sehingga kini Masjid ini masih berfungsi dengan baik dan sentiasa terjaga dengan elok.

Dalam siri jelajah Ihya Ramadhan Tahun ini saya akan cuba memasukkan gambar gambar Masjid yang dilawati dan mendapatkan sedikit sebanyak lapuran berkenaan masjid tersebut.

Waktu berlalu begitu pantas sekali bagaikan anak panah yang dilepaskan dari busurnya tidak terasa waktu berlalu dari hari demi hari , minggu ke minggu , bulan ke bulan dan tahun ke tahun.kini akan tiba masanya lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh keberkatan. Bagi orang yang mengetahui bulan Ramadhan ini adalah Bulan yang sangat bermakna kepada kaum Muslimin dan Muslimat. Diantara bulan , bulan Ramadhan lah bulan yang teristimewa dimana segala amal kebaikan akan mendapat pahala yang berlipat ganda , segala aktiviti yang positif akan dipandang lebih mulia dihadapan Allah Subhanahu wataallah dan kepada Muslimin dan Muslimat akan kembali kepada kesucian diri lahir dan batin.

Masjid Al Kauthar Tawau
Jalan Pantai, Tawau, Sabah 91000, MALAYSIA

Masjid Al-Kauthar di Tawau adalah diantara Masjid yang terbesar di Sabah.. Terletak berhadapan Laut Celebes dan Telok Cowie telah mula dibina pada 19 Jun 1997 dan siap pada bulan Oktober tahun 2002.Masjid ini direka bentuk empat segi berwarna putih yang mempuyai kubah setinggi 58 meter dan garis lilitan 20 meter.Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, telah merasmikan masjid ini yang menelan belanja RM31.5 juta pada 13 Ogos 2004. Masjid Al-Kauthar boleh menampung seramai 17,000 orang pada satu satu masa. Masjid ini juga menyediakan Perpustakaan , Bilik Seminar dan Pejabat Pentadbiran.


Pada tahun ini dijangkakan bulan Ramadhan akan disambut bermula pada 27 Mei 2017 . Biro Agama UMNO Bahagian Tawau sentiasa berusaha untuk membuat Program dan Aktiviti di kawasan kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh ADUN UMNO iaitu DUN N.55 Balung dan DUN N.56 Apas. Seperti biasa Biro Agama telah bermesyuarat dan telah menetapkan kawasan kampung yang akan dikunjungi untuk menyampaikan bantuan bantuan dan seterusnya mengerjakan Solat Sunat Tarawih bersama penduduk kampung.


JADUAL IHYA RAMADHAN 1438H
YANG BERHORMAT DATUK HJ.TAWFIQ BIN DSP HJ.AB.TITINGAN
ADUN N.56 APAS 
KETUA UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU 
  MERANGKAP MENTERI BELIA DAN SUKAN NEGERI SABAH
    

BIL
TARIKH
MASA
TEMPAT
KAMPUNG
PERKARA

CATATAN
1.



04/06/17
(AHAD)
9 RAMADHAN
4.00 PETANG


MASJID PENGKALAN 
KAMPUNG INDERASABAH




KG.INDERASABAH
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN  (PKBS ) KEPADA ANAK YATIM FAKIR  MISKIN DAN MUALAF BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB, SOLAT ISYAK DAN SEMBAHYANG TARAWIH
PENCERAMAH: MOHD.AMIN NASIR
IMAM: MOHD.FARHAN AZIMIE MOHD.AMIN

PUAN SARINA MOKHTAR
BIRO AGAMA UMNO TAWAU
JAKIM
2.
06.06.17
( SELASA )
11 RAMADHAN
4.00PETANG
MASJID KG.SUNGAI APAS
KG.SUNGAI APAS
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN  (YAYASAN SABAH ) KEPADA ANAK YATIM FAKIR  MISKIN DAN MUALAF BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB, SOLAT ISYAK DAN SEMBAHYANG TARAWIH
PENCERAMAH: ABDUL RAHMAN BIN IBRAHIM
IMAM: SYAHRUL NIZAM BIN MALAH

HJ.TONY TAHA
BIRO AGAMA UMNO TAWAU
JAKIM
3.
08/06/17
( KHAMIS )
13 Ramadhan
4.00 PETANG
MASJID KG.MEMBALUA BATU 11 APAS
KG.MEMBALUA
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN  (MAYBANK ) KEPADA ANAK YATIM FAKIR  MISKIN DAN MUALAF BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB, SOLAT ISYAK DAN SEMBAHYANG TARAWIH
PENCERAMAH:MOHD.FARHAN AZIMIE MOHD AMIN
IMAM: MOHD.JAMIL BIN BAHARUDIN

HJ.MOHDMAD BIN OMAN
HJ.JOHN BIN LAKIM
BIRO AGAMA UMNO TAWAU
WNC BASIR YAHYA
KK SABTURIA TAHASAN
JAKIM


JADUAL IHYA RAMADHAN 1438H
YANG BERHORMAT DATUK HJ.TAWFIQ BIN DSP HJ.AB.TITINGAN
ADUN N.56 APAS 
KETUA UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU 
  MERANGKAP MENTERI BELIA DAN SUKAN NEGERI SABAH


BIL
TARIKH
MASA
TEMPAT
KAMPUNG
PERKARA

CATATAN
4..



10/06/17
(SABTU)
15 RAMADHAN
4.00 PETANG


MASJID CAHAYA ARRAUDAH PPR BATU 8



PPR BATU 8 APAS
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN  (PKBS ) KEPADA ANAK YATIM FAKIR  MISKIN DAN MUALAF BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB, SOLAT ISYAK DAN SEMBAHYANG TARAWIH
PENCERAMAH: ABDUL RAHMAN SALLEH
IMAM: ALWIN BIN ANDI PANDI

BIRO AGAMA UMNO TAWAU
JAKIM
PKBS
5.
11/06/17
( AHAD )
16 RAMADHAN
4.00 PETANG
MASJID HABIB ABDUL RAHMAN BATU 2 APAS
LORONG HABIB ABDUL RAHMAN BATU 2 JALAN APAS
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN  (PZS ) KEPADA FAKIR  MISKIN DAN MUALAF BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB, SOLAT ISYAK DAN SEMBAHYANG TARAWIH
PENCERAMAH: HJ.AHMAD MALIK
IMAM: MOHD.SOPIAN BIN MUHAMADONG

BIRO AGAMA UMNO TAWAU
JAKIM
PUSAT ZAKAT SABAH
7.
14/06/17
( RABU )
19 RAMADHAN
4.00 PETANG
MASJID BABUR KHAIR KG.TITINGAN
KG.TITINGAN
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN  (PZS ) KEPADA FAKIR  MISKIN DAN MUALAF BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB, SOLAT ISYAK DAN SEMBAHYANG TARAWIH
PENCERAMAH: MOHD.FAISAL LONG
IMAM: MUKARANSHAH BIN LADAI

WKAN HJ.MAHAMUD  SAKTI
BIRO AGAMA UMNO TAWAU
JAKIM


JADUAL IHYA RAMADHAN 1438H
YANG BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA HJ. SYED ABAS BIN HJ.SYED ALI
ADUN N.55 BALUNG 
TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU 
  MERANGKAP SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH


BIL
TARIKH
MASA
TEMPAT

KAMPUNG

PERKARA

CATATAN
1.
02 JUN 2017
( JUMAAT )
07 RAMADHAN



5.30 PETANG





MASJID NURUL IMAN BATU 2 JALAN APAS



BATU 2 JALAN APAS





BANTUAN ANAK ANAK YATIM




EN.KHANIZAMAN @ ABD.GHANI HJ.PAKIR PENGERUSI MASJID




2.

03 JUN 2017
(SABTU )
8 RAMADHAN


1.30 PETANG
 









MASJID AL-MUTTAQIN








1.KG.JAWA KONGSI 10 ( 14 ORANG )
2.KG.KONGSI 8 ( 4 ORANG )
3. KG.KONGSI 8 KABOTA ( 26 ORANG )

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR MISKIN DAN MUALAF OLEH PUSAT ZAKAT SABAH




BIRO AGAMA UMNO TAWAU
UPPM BALUNG
1. TN.HJ.MOMIN GINO
2. NASIP SELAMAT PJKKK
3. AMAT WAGIMAN KK
4. SILAUN SIWON PJKKK

3.00 PETANG

MASJID AL FIRDAUS
KG.BALUNG KOKOS

KG.BALUNG KOKOS

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR  MISKIN DAN MUALAF
( 43orang )

AJK MASJID AL FIRDAUS
BIRO AGAMA UMNO TAWAU
UPPM BALUNG
KK MENDIS BENNIE
PJKKK HJ.EISO SUDU
P/MUKIM ROSEN BLAIS
4.30 PETANG
MASJID BABUS SALAM TAMAN SRI BALUNG
TAMAN SRI BALUNG
PPRT BALUNG ( 25 0rg )
KG.MANGGA ( 29 org )
TUNDUNG ( 16 org )
KG.CHECK POINT ( 6 org )
MAS MAS KALUMPANG
( 10 org )
PPRT KILANG BT.24 
(13 Org )

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR  MISKIN DAN MUALAF BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB DAN   TARAWIH, BERSAMA YB.DATUK HJ.SYED ABAS BIN SYED ALI (99ORG.PENERIMA)
AJK MASJID BABUS SALAM
BIRO AGAMA UMNO TAWAU
UPPM BALUNG
KK ABD.RAHMAN ABDULLAH
PJKKK HASHIM MAT ZIN
PJKKK MAULANAN RASARAN
KK AMIRULLAH BASARULLAH
HJ.TAMBRING/MOHD.IRFAN
/GUNTUR


JADUAL IHYA RAMADHAN 1438H
YANG BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA HJ. SYED ABAS BIN HJ.SYED ALI
ADUN N.55 BALUNG 
TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU 
MERANGKAP SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH


BIL
TARIKH
MASA
TEMPAT

KAMPUNG

PERKARA

CATATAN
3.
04 JUN 2017
( AHAD)
09 RAMADHAN
3.30 PETANG
MASJID ROUDATHUL JANNAH KINABUTAN BESAR
1. KG.KINABUTAN BESAR
( 20 ORANG )
2. KINABUTAN BUKIT ( 35 ORANG )
3. BATU 5 JLN.APAS ( 8 ORANG )
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR  MISKIN DAN MUALAF   BERSAMA YB.DATUK HJ.SYED ABAS BIN SYED ALI
AJK MASJID ROUDAHTUL JANNAH
BIRO AGAMA UMNO TAWAU
UPPM BALUNG
HJ.KASSIM IBONG
KK ISMAIL MAT NASIR
PJKKK NORAIDAH BILSANI
4.30 PETANG
MASJID AL-HIDAYAT BATU 4. JALAN APAS
KG.HIDAYAT
KG.HIDAYAT
KG.AIR 15 ORANG
BATU 3½ JALAN APAS 43 ORANG
BATU 4½ JALAN APAS 14 ORANG
KINABUTAN KECIL 34 ORANG
KINABUTAN LAUT 21 ORANG
KINABUTAN TENGAH BATU 4 10 ORANG
KURNIA JAYA 103 ORANG
RAWA RAWA BATU 4 6 ORANG
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR  MISKIN DAN MUALAF   BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB  DAN SOLAT TARAWIH BERSAMA YB.DATUK HJ.SYED ABAS BIN SYED ALI
BIRO AGAMA UMNO TAWAU
UPPM BALUNG
HJ.SULLE BALI P MUKIM
AJAK AKAG
PJKKK RAHIM BARAHIM
KK AZHAR AMARON
WNC ROSLAN AMAN
4.
10 JUN 2017
(SABTU )
15 RAMADHAN




1.30 PETANG






MASJID JAMEK KG.RANGGU




1. KG.RANGGU
( 38 ORG )
2. BATU 12 JLN.RANGGU
( 1 ORG )
3. TASS ANDRASSY
 ( 12 ORG )



MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR MISKIN DAN MUALAF OLEH PUSAT ZAKAT SABAH
AJK MASJID SRI RANGGU
BIRO AGAMA UMNO TAWAU
UPPM BALUNG
WNC AMIRBAK ABD.RAHIM
PJKKK HJH.KEE SALMAH KEE YUSOF
P/MUKIM MOHD.ZAIN AHMAD
2.30 PETANG
MASJID NURUL HUDA KG.APAS PROPER BATU 22
1. RANC.APAS BT.22 ( 33 ORG)
2..RANC.APAS PROPER BT.22 ( 5 ORG)
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR  MISKIN DAN  PENERIMA 38 ORANG
KK PN.ALUYAH IDRUS
PJKK PN.JURIAH SALALI
PMASY WAHID LAGID
3.30 PETANG
MASJID BABUL UKUWAH KG.BUKIT QUOIN

1.KG.BUKIT QUOIN (56 ORG)
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR  MISKIN DAN MUALAF
HJ.ANSING SATUO
PEMAJU MASYARAKAT
PN.ASSANG  HASSAN PJKKK
KASSIRAN SUANDI KC
4.30 PETANG
MASJID NUR HIDAYAH KG.BLOK 31

1. KG.BLOK 31
 ( 43 ORG )
2. KG.IBAN KUALA   NANSANG
( 8 ORGg )
3. KG.SERUDUNG BARU
( 51 ORG )
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR  MISKIN DAN MUALAF 
BIRO AGAMA UMNO TAWAU
UPPM BALUNG
WNC KARIM TUMAK
WNC MAIMUNAH NGALIT
PJKKK HJ.BAYOH BALLAK
PJKKK NGABONG A/K KELI
PJKKK GAONG IMPETAY
06.00 PETANG



BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB DIRUMAH WNC KARIM TUMAK



SOLAT ISYAK DAN SOLAT SUNAT TARAWIH DI MASJID NUR AT-TAQWA KG.TERASING

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah Subhanahuwatallah kerana kini kita semakin menghampiri bulan Nya yang terlalu istimewa, iaitu Bulan Ramadhan AlMubarak. Dalam beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan ‘berpesta’ menyambut kedatangan bulan mulia yang dinanti2kan saban tahun. maka rugilah sesiapa yang belum bersedia menerimanya.

firman Allah swt ,

(يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Al Baqarah :183)


Bersyukurlah, dan mohonlah pada Allah semoga dipanjang umur kita agar bertemu dengan Ramadhan Karim, kerana Ramadhan adalah Madrasah Tarbiyah yang mendidik kita ke arah Taqwa.

……. شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

(Al Baqarah : 185)

Lailatul Qadr merupakan hadiah Allah yang khusus hanya dapat diperolehi dalam bulan Ramadhan. Dengan segala keistimewaanya Lailatul Qadr itu;

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤)
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ ( ٥

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)
(Al Qadr : 1-5)
"SEMOGA RAMADHAN KALI INI ADALAH RAMADHAN YANG TERBAIK SEHINGGA KINI, UNTUK KU DAN KELUARGA KU" INSYAALLAH

Masjid Nurul Iman Batu 2 Jalan Apas telah dibina dalam tahun 1970an oleh Penduduk Kampung Batu 2 diatas tanah milik Individu yang telah mewakafkan untuk pembinaan Masjid tersebut.


2 Mei 2017 , Masjid Nurul Iman Batu Jalan Apas - Ihya Ramadhan Biro Agama UMNO Bahagian Tawau bersama sama YB. DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Tawau. Program Ihya Ramadhan Tahun ini akan menjelajahi beberapa buah Masjid di Sekitar kawasan DUN Balung dan DUN Apas.


 Sempena Program Ihya Ramadhan ini pihak Jawatankuasa Masjid Nurul Iman telah menyediakan beberapa Program iaitu memberikan bantuan kewangan yang berupa Duit Raya kepada anak anak Yatim , Majlis berbuka Puasa bersama Yang Berhormat , Solat berjemaah Maghrib , Isyak dan Solat Sunat Tarawih. Diadakan juga santapan Rohani dengan Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Tahang Abdul Rahman .

Program Penghayatan (Ihya’) Ramadhan adalah satu program Pembangunan sahsiah yang dianjurkan oleh Biro Agama UMNO Bahagian Tawau pada setiap tahun dengan aktiviti utamanya adalah ceramah agama , Iftar Jamaie dan lainlain amalan sunat. Pada tahun ini seperti biasa Biro Agama UMNO Bahagian Tawau bekerjasama dengan JAKIM , JHEANS , Pusat Zakat Negeri Sabah , Badan badan Korporat serta Persatuan Islam lain akan meneruskan tradisi pelaksanaan Program Penghayatan (Ihya’) Ramadhan dengan mengadakan aktiviti kerohanian yang melibatkan masyarakat Kampung.


Antara pengisian Program Ihya’ Ramadhan tahun 2017 adalah menjadualkan kunjungan ke Masjid Masjid di DUN Balung dan DUN Apas dengan bertemu mesra dengan kariah masjid masjid yang dikunjungi yang mana akan disertai oleh Ahli Yang Berhormat yang mewakili DUN DUN tersebut. Selain itu, Program ini juga menggalakkan kita bersedekah / berinfaq bagi mendapat ganjaran berlipat ganda sempena Ramadhan Al-Mubarak ini , terutama kepada golongan fakir miskin, orang tua dan anak-anak yatim. Majlis Iftar Jamaie melibatkan semua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan AJK Masjid berbuka puasa bersama-sama dengan golongan orang-orang tua atau anak-anak yatim terpilih dan seterusnya menyampaikan sumbangan melalui sedekah atau infaq yang telah diperolehi daripada Tabung Ihya’ Ramadhan. 


Pantai Batu Payung yang sentiasa sudi menerima pengunjung setianya pada saban hari terutama sekali pada musim cuaca yang tenang. Pada peminat pancing pantai tentu sekali tidak akan mensia-siakan peluang untuk memancing Ikan Gelama , Sembilang dan juga Ikan Pari yang sentiasa melayan Joran mereka. Pada suatu masa dahulu dalam tahun 1950an kawasan ini masih banyak ikan yang besar besar seperti ikan Kurau , ikan Jarang gigi ( Jews Fish ), Ikan Senangin dan ikan Talang. Manakala Ikan Belanak yang besar ( Mendapung / Kambura ) dan juga Ikan Belanak putih juga ada disini tetapi menangkapnya bukan menggunakan pancing tetapi menggunakan rambat / jala / pukat. Sehingga kehari ini pun seringkali juga ada orang merambat ikan tersebut , hanya mereka yang mahir dalam teknik merambat ikan tersebut saja yang biasanya dapat.



Masjid Al Muttaqim Kg.Jawa Kongsi 10 telah dibina dalam tahun 1982 diatas tapak tanah yang diwakafkan oleh individu penduduk kampung kongsi 10 Arwah Gino bin Juwadi ayah kepada Ketua Kampung Hj.Momin bin Gino.(Al-Fatihah untuk arwah Gino bin Juwadi semoga Roh nya dicucuri rahmat )

Tujuh Amal Jariah Yang Pahalanya Berterusan Walaupun Pelakunya Sudah Meninggal Dunia
( Amal Jariah adalah sebutan bagi amalan yang terus mengalir pahalanya, walau pun orang yang melakukan amalan tersebut sudah meninggal dunia. Amalan tersebut terus menghasilkan pahala yang terus mengalir kepadanya ).

1. Ilmu yang di sebarluaskan
2. Anak soleh yang ditinggalkan
3. Mushaf (kitab-kitab agama) yang diwariskannya
4. Masjid yang dibina
5. Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam    perjalanan
6. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai,
7. Harta yang disedekahkannya

Masjid yang dibina :
Membangun / Mewakafkan Tanah untuk pembinaan Masjid. Perkara ini selaras dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang mengerjakan amal ibadah di masjid tersebut. Termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid.

03 Jun 2017 @1.30 petang Masjid Al Muttaqim Kg.Jawa Kongsi 10 - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Al Muttaqim Kg.Jawa Kongsi 10 bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan yang memerlukan yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.

YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama Pemimpin pemimpin Kampong Jawa Kongsi 10 yang terdiri daripada Ketua Kampung  , Pengerusi JKKK dan Ketua UMNO Cawangan Kg.Jawa Kongsi 10. Turut hadir Tuan Pegawai Pembangunan Masyarakat bahagian Balung dan AJK Biro Agama UMNO Bahagian Tawau.


Penyampaian bantuan kewangan dari Pusat Zakat Sabah kepada golongan yang memerlukan yang berdaftar dengan Pusat Zakat Sabah disampaikan oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali di Masjid Al Muttaqim Kg.Jawa Kongsi 10.

Kesempatan untuk YB.DSP Hj.Syed Abas selaku ADUN Kawasan Balung bertanyakan keperluan dan masaalah kampung serta bertukar tukar pendapat dan pandangan tentang isu isu semasa yang melibatkan penduduk kampung kepada Pengerusi JKKK Kg.Kongsi 10 , Ketua Kampung dan Ketua UMNO Cawangan Kongsi 10.

Penerima Bantuan kewangan dari Pusat Zakat Negeri Sabah yang terdiri dari Penduduk Kg.Jawa Kongsi 10 , Kg.Kongsi 8 dan Kg.Padang 6 yang berdaftar dengan Pusat Zakat Sabah.

Skop agihan Pusat Zakat Sabah (MUIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syarak. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:

{إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ () }

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mengurusnya,dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hambanya yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan(ktetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah . Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"  [QS al-Taubah (9) : 60]


Pantai Batu Payung dalam tahun 1980an yang sentiasa menguji kesabaran para pengemar Joran Pantai. Suatu ketika dulu disini kalau air kecil banyak ikan Gelama Panjang dan juga Ikan Puput. Ianya boleh diperolihi dengan menggunakan pukat ( fishing net ) yang dibentang ditepian laut pantai ini.

03 Jun 2017 @3.30 petang Masjid Al Firdaus Kg.Balung Cocos - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Al Firdaus Kg.Balung Cocos bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan yang memerlukan yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.
 
YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP Hj.AB Titingan menyampaikan bantuan kewangan dari Pusat Zakat Sabah dan juga orang perseorangan kepada penduduk Kampung Balung Cocos di Masjid Al Firdaus. Seramai 43 orang penerima yang hadir bagi menerima bantuan yang disampaikan.


Al-Quran telah menetapkan zakat sebagai salah satu kefardhuan ke atas setiap orang Islam. Dari sudut sosio-ekonomi, pembayaran zakat merupakan satu tanggunggjawab sosial seorang mukmin dalam membantu golongan kurang bernasib baik. Enam daripada lapan asnaf zakat boleh dikategorikan sebagai golongan kurang bernasib baik iaitu fakir, miskin, muallaf, riqab, gharimin dan ibnu sabil. Dalam melaksanakan amanah sebagai pemungut zakat di Negeri Sabah, Pusat Zakat Sabah akan mengagih agihkan bantuan kewangan kepada mereka yang telah dikenalpasti tergolong dalam kumpulan yang layak menerima. 

03 Jun 2017 @4.30 petang Masjid Babus Salam Taman Sri Balung - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Babus Salam Taman Sri Balung bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan yang memerlukan yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.


Penyampaian Bantuan kewangan Pusat Zakat Negeri Sabah diteruskan pada hari ini di Masjid Babus Salam Taman Sri Balung. Penerima adalah terdiri dari beberapa penduduk kampung berhampiran seperti ; Taman Sri Balung , PPRT Balung , Kg.Mangga , Tundung , Kg.Check Point , Mas Mas Kalumpang , PPRT Kilang Batu 24 yang mana keseluruhan nya berjumlah 100 orang.


Pemberian bantuan kewangan kepada Asnaf asnaf yang telah dikenalpasti akan memberikan bantuan sedikit sebanyak dalam menjalani kehidupan harian terutama sekali didalam bulan Ramadhan yang mulia ini.


Selesai Solat Fardhu Maghrib setelah acara berbuka Puasa bersama sama AJK Masjid Babus Salam dan Penghuni Taman Sri Balung.
Selepas Solat Maghrib berkesempatan bermesra bersama kanak kanak yang hadir di Masjid Babus Salam Taman Sri Balung.


Masjid Roudatul Jannah Kg.Kinabutan Besar telah didirikan dalam tahun 2007 diatas tapak Pasar Ikan dan Pasar Sayur serta daging yang mana telah dipindahkan kebangunan Pasar Baru yang lebih besar dan teratur. Masjid yang lama yang berhampiran dengan Sungai Kinabutan telah menerima hakisan dan dirobohkan kerana tidak selamat. Kedudukan Masjid lama tidak jauh dari Masjid yang ada sekarang iaitu Masjid Roudatul Jannah.


04 Jun 2017 @3.00 petang Masjid Roudatul Jannah Kg.Kinabutan Besar - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Roudatul Jannah bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan Asnaf yang memerlukan yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.


Penerima adalah terdiri daripada penduduk Kampung Kinabutan Besar , Kg.Kinabutan Bukit dan Kg.Batu 5 Jalan Apas. Penyampaian Bantuan telah disampaikan oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung.


Penerima bantuan dari Pusat Zakat dikawasan ini berjumlah 63 orang. Turut bersama menyampaikan bantuan ini Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan dan juga AJK Masjid Roudatul Jannah yang diketuai oleh Tuan Hj.Kassim bin Ibong dan Ketua Kampung Kinabutan Hj.Sangut bin Ibung.


Masjid Al Hidayah Kg.Hidayat telah dibina dalam tahun 1990an dengan usaha penduduk tempatan serta tapak yang diwakafkan oleh pemilik tanah tersebut.

04 Jun 2017 @4.00 petang Masjid Al Hidayah Kg.Hidayat - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Al Hidayah bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan Asnaf yang memerlukan yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.

Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah menyampaikan ucapan dengan penjelasan isu isu terkini dipesada Politik Tanah Air khas nya di Negeri Sabah.Beliau adalah pemimpin muda yang berpotensi untuk menerajui arus perdana politik tanah air dimasa akan datang.


YB.DSP Hj.Syed Abas Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung menyampaikan ucapan dengan menyeru kepada semua penduduk kampung agar sentiasa bersatu padu menjaga keharmonian kampung dengan mengukuhkan Ukhuah Islamiah dalam diri masing masing , beliau selalu mengingatkan agar selalu bermuhasabah dan wasatiyyah dalam kehidupan harian masing masing agar kehidupan akan menjadi senang dan berkeperibadian yang mulia.


YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama pemimpin pemimpin Kampung Hidayat Pengerusi Masjid Hj.Sulle , NC Hj.Jelson Pg.Awang dan KK Hj.Azhar Amaron


Penyampaian bantuan kewangan kepada golongan asnaf oleh Pusat Zakat Sabah yang disampaikan oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali bersama Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan


Seramai 246 orang penerima bantuan dari Pusat Zakat Sabah yang terdiri daripada beberapa buah kampung seperti Kampung Hidayat , Kg.Air , Kg.Batu 3 Jalan Apas , Kg.Batu 4 Jalan Apas , Kg.Kinabutan Kecil , Kg.Kinabutan Laut , Kg.Kinabutan Tengah , Kg.Batu 4 , Kg.Kurnia Jaya , Kg.Rawa Rawa. 


Majlis berbuka puasa YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung bersama sama AJK Biro Agama UMNO Bahagian Tawau dan juga AJK Masjid Al Hidayah Kg.Hidayat.


Selesai Solat Maghrib YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali beramah mesra dengan AJK Masjid , Pemimpin pemimpin tempatan dan AJK Biro Agama UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Tuan Hj.Ansing Suttuo dan kemudian bergerak ke Lapangan Terbang Tawau untuk balik ke Kota Kinabalu.


Sceneri Pantai Batu Payung dalam tahun 2017 yang sentiasa mengamit jiwa kepada yang mencintai keindahan Alam Ciptaan Tuhan.

04 Jun 2017 @5.00 petang Madrasah Ad-Diniyyah Al-Furqaniyyah - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Madrasah Ad-Diniyyah Al-Furqaniyyah bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada pembangunan Madrasah yang baru sedang dalam pembinaan.


Bangunan Madrasah Ad-Diniyyah Al-Furqaniyyah yang sedang dalam pembinaan dan memerlukan dana untuk meneruskan pembinaan nya agar Bangunan ini siap pembinaan nya. Pembinaan bangunan ini bermula pada bulan Mei tahun 2016 yang lalu.


Lawatan ke bangunan Madrasah dilakukan oleh Ybg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan bersama sama rombongan dari Ahli Jawatankuasa Biro Agama UMNO Bahagian Tawau.


Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan bersama Al-Ustaz Tahang dengan para pelajar dan AJK Biro Agama UMNO Bahagian Tawau di tingkat atas bangunan Madrasah tersebut.


Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan menyampaikan bantuan kewangan bagi membantu pembinaan Madrasah yang sedang dalam pembinaan dan diterima oleh Al Ustaz Tahang Abdul Rahman.

Penyampaian bantuan kewangan kepada murid murid Tahfiz yang disampaikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan.

Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan. Di antaranya seperti berikut:

Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

Sedekah itu ada 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

Lima Di akhirat :
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga

5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan



Penyampaian bantuan kewangan kepada Guru guru Tahfiz oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP Ab Titingan.


Majlis berbuka puasa di Madrasah Ad-Diniyyah Al-Furqaniyyah
bersama Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan.

04 Jun 2017 @4.30 petang Masjid Al-Muhadjirin Pengkalan Inderasabah - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Al Muhadjirin Pengkalan Inderasabah bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan Asnaf yang memerlukan yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.


Selepas Majlis berbuka puasa dan Solat Maghrib di Madrasah Ad-Diniyyah Al-Furqaniyyah Kg.Ranggu rombongan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan terus ke Masjid Al-Muhadjirin Pengkalan Kg.Inderasabah untuk Solat Isyak dan Solat sunat Tarawih dimana sebelum itu kesempatan juga untuk menyampaikan bantuan kepada Kariah Masjid Al-Muhadjirin Pengkalan Kg.Inderasabah.


Sebelum daripada itu rombongan Biro Agama UMNO Bahagian Tawau telah berada di Masjid Al-Muhadjirin Pengkalan Kg.Inderasabah seawal jam 4.30 petang kerana menyampaikan bantuan kewangan kepada anak anak yatim , fakir miskin dan kepada mereka memerlukan. Rombongan yang diketuai oleh Tuan Hj.Naim Ahmad Setiausaha UMNO Bahagian Tawau dan juga Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah. Turut sama Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Tawau Tuan Hj.Mahamud Sakti dan AJK Biro Agama.


Selesai Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih Rombongan Biro Agama UMNO Bahagian Tawau berjamu selera dalam acara Morie yang diadakan diBalairaya Kg.Pengkalan Inderasabah yang berhampiran juga dengan Masjid. Rombongan dihidangkan dengan makanan laut seperti Ketam Rebus dan Sotong Goreng.


Hj.Masse bin Hamid adalah seorang Ahli UMNO yang mengetuai Cawangan Kg.Sungai Balung. Beliau amat disenangi dan sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan parti dan telah menjadi ahli sejak UMNO menggantikan USNO dalam tahun 1990an.


Selesai Morie bersama rombongan , Ybhg.Datuk Nizam bertolak balik ke Bandar Tawau dan berkesempatan untuk menziarahi seorang yang dikenali iaitu Ketua Cawangan UMNO yang tinggal di Kampung Apas Proper Batu 22 beliau ialah Tuan Hj.Masse bin Hamid. Beliau dikunjungi oleh Datuk Hj.Nizam untuk menyampaikan bantuan kewangan dan memberikan tongkat bagi membantu beliau untuk berjalan.


Masjid Nurul Awal Kg.Sungai Apas Tawau telah dibina dalam tahun 1980an yang diperbuat daripada kayu.

06 Jun 2017 @4.30 petang Masjid Nurul Awal Kg.Kuala Apas - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Nurul Awal Kg.Kuala Apas bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan Asnaf yang memerlukan yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.


Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau melalui Biro Agama berada di Masjid Nurul Awal Kg.Sungai Apas. Turut sama Setiausaha UMNO Bahagian Tawau Tuan Hj.Naim Hj.Ahmad , Pengerusi Biro Agama Tuan Hj.Mahamud bin Sakti dan Ahli Jawatankuasa.


Berbuka Puasa bersama sama penduduk kampung Sg.Apas di Masjid Nurul Awal secara sedarhana.


Selepas Solat Maghrib diadakan Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Cawangan Tawau.


Penyampaian bantuan kepada penduduk kampung Sg.Apas yang disampaikan oleh Tuan Hj.Naim Bin Hj.Ahmad Setiausaha UMNO Bahagian Tawau merangkap Setiausaha Politik Kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan Tuan Hj.Mahamud bin Sakti Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Tawau.


Perasaan gembira dan bersyukur dalam suasana Ramadhan Al-Mubarak Biro Agama UMNO Bahagian Tawau setiap tahun akan datang ke Masjid Masjid dikawasan DUN N.55 Balung dan DUN N.56 Apas dan akan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.




BERSEDEKAH KEBERKATAN YANG BERPANJANGAN

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

Fadilat Bersedekah

1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang berharta dan kaya.

2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.

3. Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.

4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan. Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.


Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari). Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.

Selepas Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Nurul Awal Kg.Sg.Apas rombongan Biro Agama UMNO Bahagian Tawau singgah Moreh di Restoran Indian Muslim di Bandar Seri Indah selepas program Ihya Ramadhan UMNO Bahagian Tawau.


Masjid Nurul Falah Kg.Membalua terletak ditepi Jalan Kg.Membalua off Batu 10 Jalan Apas. Masjid ini telah dibina dalam tahun 1972 oleh penduduk kampung diatas tapak tanah Individu yang telah mewakafkan nya.

08 Jun 2017 @4.30 petang Masjid Nurul Falah Kg.Membalua - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Nurul Falah Kg.Membalua bagi menyampaikan Bantuan Kewangan dan barang keperluan kepada Golongan Asnaf yang memerlukan yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.


Ahli Jawatankuasa Biro Agama UMNO Bahagian Tawau dan Pegawai dan kakitangan Maybank Tawau berada di Masjid Nurul Falah Kg.Membalua bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk Asnaf di Kampung Membalua. Bantuan Kewangan dari Pusat Zakat Sabah dan Bantuan Barang keperluan harian dari Maybank Tawau.

Penyampaian bantuan barangan keperluan harian oleh Maybank Tawau yang diterima oleh Pemimpin pemimpin Kampung Membalua WKAN Basir bin Yahya , KK Hjh.Zaiton Tahasan , PJKKK Husin Ismail , Pengerusi Masjid Nurul Falah Amis Timbang dan PJKKK Mohamad Oman. 


Penyampaian bantuan kepada golongan Asnaf di Kampung Membalua yang disampaikan oleh Tuan Hj.Ansing Sutuo Timbalan Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Tawau. 


Ahli Jawatankuasa Biro Agama yang diketuai oleh Tuan Hj.Mahamud Sakti dan Timbalan nya Tuan Hj.Ansing Sutuo telah menjelajahi beberapa buah Masjid dengan menyampaikan bantuan kepada asnaf asnaf dikawasan tersebut.


Sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa , bersembang dengan rakan rakan mengenai program seterusnya untuk beberapa hari akan datang dibeberapa tempat yang telah disenaraikan.


Selepas solat Maghrib diadakan Tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Ustaz Mohd.Amin bin Nasir dari JAKIM Tawau.


Para Jemaah memberikan perhatian diatas Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd.Amin bin Nasir. Ibadah puasa yang saat ini kita jalani sebagaimana diperitahkan  oleh Allah SWT didalam firman-Nya QS al-Baqarah ayat 183, yang artinya, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

Firman Allah tersebut terkandung makna bahwa ibadah puasa itu esensinya adalah membentuk segepap peribadi muslim yg beriman dan bertaqwa. Betapa pentingnya nilai taqwa, dan taqwa  merupakan bekal yang terbaik dalam menjalani kehidupan di dunia dan betapa tingginya darjat taqwa. Manusia yang paling mulia darjatnya di sisi Allah SWT adalah orang yang paling taqwa di antara mereka.  

Ciri-ciri orang bertakwa itu  dapat secara jelas kita lihat dalam QS Ali Imran: 133-135 yang artinya : “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (yaitu) orang-orang yang menginfakkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang, Allah SWT menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. 


Jelaslah bahwa dengan taqwa kepada Allah SWT akan dapat kita raih kemulian hidup serta kebaikan di dunia. Melalui Ibadah Puasa yang selama sebulan penuh kita tunaikan semoga dapat membentuk sebuah pribadi yang baik dan yang lebih penting adalah dapat meningkatkan kualiti keimanan serta ketaqwaan kepada-Nya.

Nilai takwa ini akan sangat diperlukan bahkan menjadi modal sosial di dalam membangun sebuah peradaban masyarakat , hanya orang-orang yng memiliki kualiti taqwa inilah yang dapat memberi kontribusi positif bagi kehidupan sosial yang lebih luas.


Paling tidak ada lima ciri-ciri secara umum kategori orang-orang bertakwa diantaranya; 

1. Hidupnya gemar menginfakkan harta bendanya di jalan Allah, baik dalam keadaan sempit maupun lapang.

2.Mampu mengendalikan serta menahan diri dari sifat amarah.

3.Selalu bersifat pemaaf dan tidak pendendam kepada orang lain yang berbuat salah. 

4.Tatkala terjerumus pada perbuatan keji dan dosa atau menzalimi diri sendiri, ia segera ingat kepada Allah, dan kemudian bertobat, beristighfar, memohon ampunan kepada-Nya atas segala perbuatan dosa yang telah dilakukannya.

5.Sedar tidak mengulang perbuatan keji dan mungkar yang pernah dilakukan.


Selesai Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Nurul Falah Kg.Membalua Ahli Jawatankuasa Biro Agama UMNO Bahagian Tawau berkumpul di Restauran Indian Muslim di Jalan Masjid Tawau untuk makan malam atau moreh.


Pesanan makanan sampai , boleh lah makan


Moreh kebiasaan nya dilaksanakan dimasjid atau surau berbeza pula dengan Biro Agama UMNO Bahagian Tawau moreh di Kedai Makan atau Restoran selepas daripada Program Ihya Ramadhan dimana Ahli Jawatankuasa dapat berbincang tentang program seterusnya bagi memenuhi kehendak program yang telah dirancang.

Masjid Jamek Kg.Ranggu telah dibina dalam tahun 1990an dibina diatas tapak tanah persendirian yang telah diwakafkan untuk membina Masjid ini. Al-Fatihah untuk arwah Mohd.Noor bin Jamaluddin yang empuya tanah dan mewakafkan untuk pembinaan masjid ini , semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat Nya.

10 Jun 2017 @1.30 petang Masjid Jamek Kg.Ranggu - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Jamek Kg.Ranggu bagi menyampaikan Bantuan Kewangan dan barang keperluan kepada Golongan Asnaf yang memerlukan yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.


Di Masjid Kampung Ranggu , Ihya Ramadhan Biro Agama UMNO Tawau meneruskan program ke Kampung Ranggu untuk menyampaikan bantuan kewangan melalui Pusat Zakat Negeri Sabah. YB.DSP Syed Abas bin Syed Ali ADUN N.55 Balung Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau merngkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , menyampaikan bantuan kewangan tersebut dengan diiringi Pemimpin Pemimpin Kampung.


Turut hadir dimajlis penyampaian bantuan kewangan dari Pusat Zakat Sabah Pegawai Pembangunan Masyarakat Tuan Syed Hassan bin Syed Idrus, Wakil Ketua Anak Negeri Hj.Amirbak bin Abdul Rahim , Pengerusi JKKK Hjh.Kee Salmah Kee Yusof , Wakil Ketua Anak Negeri Yusof bin Ahmad , Ketua Kampung Bahauddin bin Ahmad , Pemaju Mukim Mohd.Zain bin Ahmad, Pemaju Masyarakat Tuan Hj.Ansing dan Tuan Sulle Bali dari Unit PPM Balung dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau En.John Lakim. Disini seramai 42 orang Asnaf yang akan menerima bantuan kewangan tersebut.


Para penerima bantuan kewangan dari Pusat Zakat Sabah berkesempatan untuk beramah mesra dengan YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali  selepas acara penyampaian.

Rakyat Malaysia memerlukan pemimpin yang sentiasa membela rakyat. Kekayaan negara diagih-agihkan dengan adil untuk rakyat. Yang kaya membantu yang miskin. Yang miskin pula bertanggungjawab untuk sentiasa mempertingkatkan taraf ekonomi mereka. Pemimpin yang baik sentiasa memikirkan dan melaksanakan janji-janji untuk membela nasib rakyat. Tanggungjawab pemimpin amat besar sama sekali dan akan ditanya di akhirat nanti sejauh manakah beliau melaksanakan amanah dengan baik. Apabila disebut pembelaan, rakyat mahukan kehidupan yang selesa, makmur dan bahagia. 

Masjid Nurul Huda Kampung Apas Proper Batu 22 , telah dibina dalam tahun 2009 bagi mengatasi keperluan Jemmah diKampung tersebut.

10 Jun 2017 @2.30 petang Masjid Nurul Huda - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Nurul Huda Kg.Apas Proper Batu 22 bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan Asnaf yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.


Penyampaian bantuan kewangan di Kampung Apas Proper Batu 22 telah diadakan di Masjid Nurul Huda turut dihadiri oleh Pengerusi Masjid Hj.Ahmad Sehan , Imam Rawatib Masjid Nurul Huda , Pemaju Mukim Wahid Lagid .


Golongan Asnaf yang layak menerima bantuan kewangan ini amat bersyukur kerana pihak kerajaan sentiasa memberikan bantuan pada setiap kali menjelang Ramadhan dimana ianya akan memberikan bantuan meringankan perbelanjaan harian mereka. Justeru, para pemimpin perlu mencontohi Rasullullah SAW yang mengajar umatnya mengenai keadilan dan keseimbangan yang merupakan jalan terbaik dalam mengurus ekonomi Rakyat dan Negara. Dengan cara ini sahaja, para pemimpin akan dihormati dan disayangi oleh rakyat, manakala rakyat pula akan berasa nasib mereka terbela pada setiap masa.

Pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan bernegara. Jika pemimpin negara itu jujur, baik, cerdas dan amanah, niscaya rakyatnya akan makmur. Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta menzalimi rakyatnya, niscaya rakyatnya akan sengsara. Oleh karena itulah Islam memberikan pedoman dalam memilih pemimpin yang baik. Dalam Al Qur’an, Allah SWT memerintahkan ummat Islam untuk memilih pemimpin yang baik dan beriman.


Rumah Pengerusi JKKK Kampung Bukit Quoin 


Para penerima bantuan telah berada dilokasi sesuai dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak penganjur. Seramai 56 orang penerima dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di daerah ini berpeluang membuat persiapan awal untuk menyambut kedatangan Syawal yang mana didalam nya Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dari Lembaga Zakat Sabah.

Bantuan tersebut disampaikan oleh YB.DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , di Majlis Penyampaian Bantuan Ramadan dan Hari Raya kepada Asnaf Fakir dan Miskin di sini hari ini.

10 Jun 2017 @3.30 petang Dirumah Pengerusi JKKK Kampung Bukit Quoin - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Rumah Pengerusi JKKK Puan Mak Mok Kg.Bukit Quoin bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan Asnaf yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.


Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan menyampaikan ucapan di majlis penyampaian bantuan kewangan Pusat Zakat Sabah yang dilaksanakan dirumah Pengerusi JKKK Kg.Bukit Quoin.Datuk Hj.Nizam sentiasa mengingatkan agar mensyukuri nikmat Allah berarti kita memanfaatkan segala anugerah Allah tersebut untuk melakukan ibadah dan kebaikan. Pepatah mengatakan bahwa orang yang paling bahagia ialah orang yang pandai bersyukur. Kebahagiaan yang dirasakannya tidaklah semasa hidup di dunia saja, melainkan Allah telah menjanjikan pula… kebahagiaan di akhirat bagi hamba-hambanya yang bersyukur.
Allah Ta’ala berfirman yang artinya, “Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu kufur terhadap (nikmat)-Ku.” (QS. 2: 152)


Imam Ibnul Qoyyim rohimahullah berkata, “Syukur itu menurut asalnya adalah adanya pengakuan akan nikmat yang telah Allah berikan dengan cara tunduk kepada-Nya, merasa hina di hadapan-Nya dan mencintai-Nya. Maka barangsiapa yang tidak merasakan bahwa itu adalah suatu kenikmatan maka dia tidak akan mensyukurinya. Barangsiapa yang mengetahui itu adalah nikmat namun dia tidak mengetahui dari mana nikmat itu berasal, dia juga tidak akan mensyukurinya. Barangsiapa yang mengetahui itu adalah suatu nikmat dan mengetahui pula dari mana nikmat itu berasal, namun dia mengingkarinya sebagaimana orang yang mengingkari Allah yang memberi nikmat, maka dia telah kafir. Barangsiapa yang mengetahui itu adalah suatu nikmat dan dari mana nikmat itu berasal, mengakuinya dan tidak mengingkarinya, akan tetapi ia tidak tunduk kepada-Nya dan tidak mencintai-Nya atau ridha kepada-Nya, maka ia tidak mensyukurinya. Barangsiapa yang mengetahui itu adalah nikmat dan dari mana nikmat itu berasal, mengakuinya, tunduk kepada yang memberi nikmat, mencintai-Nya dan meridhai-Nya, dan menggunakan dalam kecintaan dan ketaatan kepada-Nya, maka inilah baru disebut sebagai orang yang bersyukur.”


Allah berfirman yang artinya, “Dan (ingatlah juga) ketika Robb kalian mengatakan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka ketahuilah sesungguhnya adab Ku sangat pedih’.” (QS. 14: 7). Dalam ayat yang mulia ini, Allah Azza wa Jalla memberikan janji kepada para hamba-Nya yang mau bersyukur, sekaligus memberikan ancaman yang keras bagi mereka yang berani untuk kufur kepada-Nya.


Masjid Nur Hidayah Kg.Blok 31 telah dibina dalam tahun 1963 yang telah menerima beberapakali pengubahsuaian daripada bangunan kayu bertiang kepada bangunan berletak konkrit. Pada mulanya bangunan ini dibina sewaktu masih dibawah Pentadbiran Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Ianya dibina diatas tapak seluas 2 ekar , namun kini telah menjadi permasalahan dimana tempat ini telah diserahkan oleh LKTNS kepada individu peneroka yang berdaftar dan tidak diwartakan sebagai kawasan Masjid. Adalah menjadi satu keperluan dimana Masjid ini tidak dapat dinaiktaraf kerana Tapak Masjid ini dimiliki oleh orang perseorangan.

10 Jun 2017 @4.30 petang Di Masjid Nur Hidayah Kampung Blok 31 - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Nur Hidayah Kg.Blok 31 bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan Asnaf yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.


Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan menyampaikan ucapan diMajlis Penyampaian Bantuan Kewangan Pusat Zakan Sabah kepada golongan Asnaf yang telah berdaftar.


Para penerima bantuan telah berada di Masjid Nur Hidayah Blok 31 untuk menandatangani senarai nama penerima yang disediakan dan dikendalikan oleh Pegawai Pusat Zakat Sabah.


YB.DSP Hj.Syed Abas bin Syed Ali menyampaikan bantuan kepada penerima bantuan dari Pusat Zakat Sabah yang turut dihadiri oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan bersama sama AJK Biro Agama UMNO Bahagian Tawau. 

Dari Ibnu ‘Umar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan dari orang lain, membayarkan utangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid ini -masjid Nabawi- selama sebulan penuh.” (HR. Thabrani di dalam Al Mu’jam Al Kabir no. 13280, 12: 453. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sebagaimana disebutkan dalam Shahih Al Jaami’ no. 176).



"Sesungguhnya Allah menyukai yang mudah dan ringan dalam perkataan dan perbuatan (manis muka dan ramah tamah)"

"Sesungguhnya orang-orang yang paling Aku cintai di antara kamu dan dekat kedudukannya kepada Ku pada hari kiamat ialah orang-orang yang paling baik akhlaknya dan rumahnya sering dikunjungi, yang ramah tamah dan disukai orang. Dan orang yang paling Aku benci dan jauh kedudukannya dari Ku pada hari kiamat ialah orang yang cakap besar (yang suka bercakap dan di dalam percakapannya banyak mengumpat dan mencerca orang lain), yang besar kepala dan sombong" 


Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha Bahagian UMNO Tawau merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah  mengetuai rombongan Ahli Jawatankuasa Biro Agama UMNO Bahagian Tawau ke Majlis Penyampaian Bantuan di PPR Taman Seri Apas dalam DUN N.56 Apas. Turut sama Tuan Hj.Mahamud Sakti Pengerusi Biro Agama , En.Tony Taha  dan Mohamad Oman selaku AJK UMNO Bahagian Tawau dan saudara Affendy Hj.Manaf serta Saudara Ibrahim.


Selepas solat Isyak dan Tarawih mereka terus ke Restauran untuk Moreh.

10 Jun 2017 @5.30 petang Di Rumah WKAN Hj.Karim Tumak Kampung Blok 31 - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Rumah WKAN Hj.Karim Tumak Kg.Blok 31 bagi Majlis Berbuka Puasa.


Sementara itu rombongan Biro Agama UMNO Bahagian Tawau yang berada di Masjid Nur Hidayah setelah selesai menyampaikan bantuan kepada penerima beredar kerumah Wakil Ketua Anak Negeri Hj.Karim Tumak juga di Kampung Blok 31 untuk acara seterusnya majlis berbuka puasa dan solat Maghrib.


Air Kelapa dihidangkan untuk juadah berbuka puasa memang digemari oleh kebanyakan orang.


Sementara menunggu waktu berbuka puasa santapan rohani yang disampaikan oleh Al-Ustaz Hj.Ahmad Malik dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah cawangan Tawau menyampaikan Tazkirah Ramadhan.


Apabila Allah swt membawa kita memasuki bulan Ramadhan ini, ketahuilah bahawa Dia mahu membawa kita ke arah kemuliaan dan kebaikan kerana Ramadhan adalah bulan yang mulia. Sudahkah kita melafazkan syukur atas kesempatan yang Allah swt berikan ini? Kesempatan yang bakal berakhir. Namun, seramai mana umat Islam yang merasai kehadiran dan keistimewaan Ramadhan ini? Adakah kita termasuk dalam kalangan umat Nabi Muhammad saw yang menghargai Ramadhan? Bertuahnya bagi mereka yang berhasrat mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik dan mendapatkan kemuliaan di bulan Ramadhan ini. 


Tinggalkanlah sementara kecintaan dunia demi mengejar ‘malam berharga’. Malam yang penuh keajaiban dan kehebatan yang tiada tandingan serta menjanjikan ganjaran yang berganda-ganda. Juga malam dimana malaikat mengurumi bumi. Sekiranya kita beribadah sepenuh hati dan mengharapkan keredhaan Allah swt pada malam tersebut, Allah swt akan mengampunkan semua dosa lalu kita. Tidak mahukah kita ganjaran sedemikian? Mudah-mudahan Allah swt memilih kita untuk bertemu dan beribadah pada malam lailatul qadr. Aameen.

11 Jun 2017 @4.30 petang Di Masjid Habib Abdul Rahman - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Habib Abdul Rahman Batu 2 Jalan Apas bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan Asnaf yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.

Penyampaian bantuan kepada Asnaf yang telah disenaraikan sebagai penerima bantuan dari Pusat Zakat Sabah dan Biro Agama UMNO bahagian Tawau. Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N.55 Balung Tuan Sted Hassan bin Syed Idrus , Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Tawau Hj.Mahamud bin Sakti , Ahli Jawatankuasa Biro Agama UMNO Bahagian Tawau.

Allah swt. mengajarkan agar kita memiliki sifat rendah hati. Sifat rendah hati ini harus diwujudkan dalam setiap perilaku kita, baik terhadap diri kita sendiri, terhadap Allah, maupun terhadap orang-orang lain. Seorang muslim yang memiliki sifat rendah hati akan mendapatkan keridhaan dari Allah Swt. baik di dunia maupun di akhirat. Rendah hati disebut juga dengan tawadu’. Pengertian tawadu’ adalah sikap diri yang tidak merasa lebih dari orang lain. Orang yang tawadu’ memiliki keyakinan bahwa semua kelebihan yang ada dalam dirinya semata- mata merupakan karunia dari Allah Swt. Dengan keyakinan yang demikian dia merasa bahwa tidak sepantasnya kalau kelebihan yang dimiliki itu dibangga-banggakan. Sebaliknya segala kelebihan yang ia miliki itu diterima sebagai sebuah nikmat yang harus disyukuri.


Ada tiga golongan yang dicintai oleh Allah tetapi ada tiga golongan lagi yang lebih dicintai Allah Ta'ala.

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman dalam hadits qudsi, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

أحب ثلاثاً وحبي لثلاث أشد:أحب الغني السحي .. وحبي للفقير السحي أشد.وأحب الفقير المتواضع .. وحبي للغني المتواضع أشد,وأحب الشيخ الطائع .. وحبي للشاب الطائع أشد.
Aku cinta kata Allah pada tiga macam golongan manusia tapi aku lebih cinta kepada tiga macam lagi. Jadi ada 3 yang dicintai Allah, tapi ada 3 hal lain yang lebih dicintai oleh Allah.

Yang pertama:
حب الغني السحي .. وحبي للفقير السحي أشد   
"Aku cinta pada orang-orang kaya yang pemurah tapi aku lebih cinta orang fakir yang pemurah."Orang kaya pemurah Allah cinta, orang miskin pemurah, Allah lebih cinta, orang kaya yang memiliki kepekaan sosial yang tinggi, gemar memberikan pertolongan akan dicintai oleh Allah".
Golongan kedua:
وأحب الفقير المتواضع .. وحبي للغني المتواضع أشد
"Aku cinta orang fakir yang rendah hati dan cintaku lebih besar pada orang kaya yang rendah hati."
Golongan ketiga:
وأحب الشيخ الطائع .. وحبي للشاب الطائع أشد
"Aku cinta orang tua yang bertobat dan cintaku lebih besar pada pemuda yang bertobat."
Majlis Berbuka Puasa di Masjid Habib Abdul Rahman bersama sama dengan penduduk Kampung Batu 2 Jalan Apas di Lorong Habib Abdul Rahman.


Berbuka puasa bersama penduduk kampung dapat menjalinkan Ukhuah Islamiah dan mengeratkan talisilaturrahim.


Masjid Babul Khair Kg.Titingan telah dibina dalam tahun 1981 didirikan diatas tapak Tanah Wakaf Masjid. Masjid ini sentiasa diperindah dengan membaikpulih dengan kerjasama Penduduk Tempatan yang sentiasa memberikan kerjasama menjaga kesucian Masjid ini.


12 Jun 2017 @4.30 petang Di Masjid Babul Khair - IHYA RAMADHAN BIRO AGAMA UMNO TAWAU berada di Masjid Babul Khair Kg.Titingan bagi menyampaikan Bantuan Kewangan kepada Golongan Asnaf yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah.


Rombongan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau berada di Masjid Babur Khair Kampung Titinganuntuk menyampaikan bantuan kewangan dari Pusat Zakat Sabah dan juga penyampaian barang barang keperluan harian untuk meringankan perbelanjaan harian mereka. Rombongan diketuai oleh Tuan Hj.Mahamud Sakti Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Tawau bersama rakan rakan seperjuangan AJK UMNO Bahagian Tawau serta kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah.

Penyampaian Bantuan kepada anak anak Yatim di Masjid Babur Khair Kampung Titingan Tawau

Islam telah mensyari’atkan agar antara sesama muslim sebagai orang-orang yang saling bersaudara mempunyai kewajiban untuk saling menolong satu dengan yang lainnya terutama dalam hal-hal melakukan kebajikan dan taqwa yang tentunya termasuk di dalam hal tolong menolong ini adalah membantu saudara-saudara sesama muslim dalam mengatasi sesuatu yang terjadi pada diri saudara muslim lainnya.Sehingga menjadi ringanlah beban yang mungkin dipikul oleh saudara muslim tersebut. Dengan adanya pertolongan yang diberikan tersebut maka dapatlah persoalam apa yang dihadapi oleh saudara muslim tersebut dapat diatasi.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Maa-idah ayat 2 yang bermaksud:  
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab Seksa-Nya bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya". 
Salah satu cara untuk melaksanakan konsep tolong-menolong atau bantu-membantu ialah dengan bersedakah. Sesungguhnya sedekah sangat digalakkan oleh agama Islam. Ia merupakan salah satu 
cara kita menzahirkan kesyukuran dengan nikmat rezeki kurniaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh AJK Masjid Babul Khair Kg.Titingan.


Tazkirah yang disampaikan oleh Al-Ustaz Muslimin Hj.Sahad Pendakwa dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Tawau

Demi Dzat yang diriku ada ditangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Dia tidak makan, tidak minum, dan tidak berhubungan dengan istrinya karena-Ku. Tiap-tiap amal bani Adam baginya, kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan memberinya pahala. (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah, Al-Lu’lu wal Marjan, hal.706)
Jika dipahami, dan ini menurut salah satu keterangan dari ahli agama, bahawa boleh dikatakan semua amal ibadah umat muslim sering kali disebut jumlah ganjarannya, misalnya saja sedekah, ia ibarat menanam benih yang menumbuhkan tujuh cabang dan masing-masing cabangnya menghasilkan cabang 100 dan seterusnya. Demikianlah jumlah pahala orang yang bersedekah. Ibadah lainnya juga demikian, selalu disebut jumlah pahalanya. Namun, bagaimana dengan ganjaran atau hikmah puasa? Dari hadits di atas sama sekali tidak disebut jumlah ganjarannya, bahkan ia diberi nilai yang sangat tinggi, yakni Allah swt. sendiri yang akan langsung membalasnya di Akhirat nanti. 

Tazkirah disambung selepas Solat Isyak , Ustaz Muslimin bin Hj.Sahad Pendakwa dari JHEAINS turut hadir Ustaz Sufian Mohd.Don Imam Masjid Babul Khair , Ustaz Darwis Dahlan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Tawau serta Hj.Mahamud Sakti Pengerusi Biro Agama dan AJK Biro Agama UMNO Bahagian Tawau.

MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTAR) ZON 6 BERSAMA YAB DSP MUSA HJ.AMAN KETUA MENTERI SABAH BAGI ZON 6 DI MASJID AR-RAUDDAH LAHAD DATU PADA 19 JUN 2017 BERSAMAAN 24 RAMADHAN 1438H

Masjid Ar Raudah , Masjid Bandar Lahad Datu yang terletak di Jalan ke Pelabuhan / Kastam Lahad Datu.  
Majlis Iftar Ramadhan tahun 2017 ini dihostkan oleh UMNO Bahagian Silam yang diKetuai oleh YB.Datuk Hj.Yusof bin Hj.Apdal. Seperti lazimnya bahagian yang mengendalikan Majlis ini telah diatur secara bergilir gilir dan tahun ini adalah giliran Bahagian UMNO Silam. Berbagai acara disediakan termasuk penyampaian bantuan kepada golongan Asnaf yang telah didaftarkan.
 
UMNO Bahagian Tawau datang ke Lahad Datu dengan menggunakan sebuah Bas yang disewa khas untuk menghadiri Majlis Iftar Ramadhan 2017 di Masjid Ar Raudah Bandar Lahad Datu.

Suasana meriah diperkarangan Masjid Ar Raudah Bandar Lahad Datu dengan kehadiran para jemputan dari Bahagian Kalabakan , Bahagian Tawau , Bahagian Semporna dan Bahagian Silam serta para jemputan tempatan yang telah diatur oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur Majlis Iftar Ramadhan Zon 6 ini.

YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan menghadiri Majlis Iftar Ramadhan UMNO Zon 6 di Masjid Ar Raudah Bandar Lahad Datu yang dijayakan oleh UMNO Bahagian Silam selaku Tuan rumah pada Majlis Iftar Ramadhan Zon 6 Tahun ini yang diketuai oleh YB.Datuk Hj.Yusof bin Hj.Apdal Ketua UMNO Bahagian Silam.

Majlis Penyampaian bantuan kepada penerima penerima yang disampaikan oleh YB.DSP Hj.Abdul Ghafur bin Hj.Salleh Ketua UMNO Bahagian Kalabakan merangkap Ahli Parlimen Kalabakan yang mewakili YAB DSP Hj.Musa bin Hj.Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah. Penyampaian disaksikan oleh YB.DSP Hj.Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , YB.Datuk Hj.Yawfiq bin DSP AB Titingan Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan YB.Datuk Hj.Yusof bin Hj.Apdal Ketua UMNO Bahagian Silam selaku Tuan rumah Majlis Iftar Ramadhan 2017.

Turut hadir di Majlis Iftar Ramadhan Zon 6 di Masjid Ar Raudah Bandar Lahad Datu ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau.


Turut hadir di Majlis Iftar Ramadhan Zon 6 di Masjid Ar Raudah Bandar Lahad Datu ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau.

Turut hadir di Majlis Iftar Ramadhan Zon 6 di Masjid Ar Raudah Bandar Lahad Datu ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau.

Turut hadir di Majlis Iftar Ramadhan Zon 6 di Masjid Ar Raudah Bandar Lahad Datu ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau.

Turut hadir di Majlis Iftar Ramadhan Zon 6 di Masjid Ar Raudah Bandar Lahad Datu ialah Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.

Turut hadir di Majlis Iftar Ramadhan Zon 6 di Masjid Ar Raudah Bandar Lahad Datu ialah Naib Ketua Wanita dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau , Ketua Pergerakan Puteri dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau serta Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Kalabakan dan Semporna serta Silam sebagai tuan rumah.

Majlis Iftar Ramadhan UMNO Zon 6 memberikan peluang kepada pemimpin pemimpian Zon 6 yang terdiri daripada ; UMNO Bahagian Kalabakan , UMNO Bahagian Tawau , UMNO Bahagian Semporna dan UMNO Bahagian Silam beramah mesra dan saling kenal mengenali diantara Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang hadir. Semoga Ramadhan tahun ini akan membawa kepada kesatuan dan perpaduan dalam kalangan ahli ahli UMNO di Negeri Sabah khasnya dan di Malaysia amnya.

MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTAR) DIRUMAH HJ.MAHAMUD BIN SAKTI AJK BAHAGIAN UMNO TAWAU MERANGKAP PENGERUSI BIRO AGAMA UMNO BAHAGIAN TAWAU DIKAMPUNG TITINGAN PADA 21 JUN 2017

Majlis Berbuka Puasa ( Iftar ) dikediaman Tuan Hj.Mahamud bin Sakti Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Tawau. Majlis ini memperketengahkan masakan dari suku bangsa Sulok , semua jenis masakan nya adalah Tradisi Kaum Sulok seperti makan daripada ubi kayu iaitu Putu , Sianglaq dan Tompek. Manakala lauk pauk nya Tiyula Ista' (Ikan Rebus masak serai) , Tiyula Itum (Ikan Pari Masak Hitam) , Ikan Goreng , Ikan Bakar , Kinilau (Ikan Lawar) dan Air asam limau berlada.Kueh mueh juga disediakan seperti kueh Panyaram , kueh Pasung , kueh Panganan dan beberapa jenis kueh tradisional Sulok.

Majlis berbuka Puasa seperti ini dapat merapatkan talian persahabatan dan talisilaturahim diantara sesama rakan seperjuangan dalam UMNO Bahagian Tawau. Dapat merasai masakan suku tradisional Sulok amat menyeronokkan dimana makan yang jarang jarang terdapat dimenu harian dapat dinikmati bersama.



"Berakhir sudah Ramadhan pada 24 Jun 2017 semoga Ibadah yang ditunaikan semasa bulan tersebut diberkati dan dirahmati Nya". Aameen Ya Rabbal Alamin