Sunday, February 2, 2020

POLITICAL WILL PRIBUMI SABAH


SEJARAH PERIBADI KEUTUHAN PERJUANGAN POLITIK DI SABAH

Membesar dalam USNO ( United Sabah Nasionalis Organisation ). Political will penduduk Pribumi Sabah bermula selepas Era perang Dunia ke - dua dimana inspirasi semasa pendudukan tentera Jepun di Borneo Utara ramai yang menderita susah kehidupan dan tiada keamanan yang dikecapi. Ramai Pemimpin Melayu dan Pribumi yang lain telah memulakan gerakkan mencari penyokong diakar umbi. 

Ianya amat berbeza dengan perjuangan menentang Penjajah seperti yang diperjuangkan oleh Datu Paduka Mat Salleh , Antanom ( Pahlawan bangsa Murut yang menentang Penjajah ) , Datu Tating mengetuai kumpulan Suluk dan Iranun menyerang penempatan British di Pulau Balambangan dalam tahun 1775. Syariff Osman berketurunan syariff Darah Suluk Bajau dan Berunai dan seorang pemimpin di Teluk Marudu sebelum kedatangan British. Pada tahun 1845 bertempur dan mempertahankan Teluk Marudu daripada penjajah British. Banyak lagi pemimpin dan pejuang dahulu yang mahukan keamanan dan kedamaian hanya approach yang berbeza dan suasana yang amat berbeza yang memerlukan banyak strategi , teknik dan endurance .

Gerakan untuk menubuhkan Political Party amat terdorong dimana pada waktu itu ura ura kemerdekaan untuk menjadi sebuah Negara yang Bebas dan Merdeka telah diuar uarkan hanya cara dan syarat keperluan itu perlu lah diterjemahkan dalam suasana penyatuan berbagai kaum dan keturunan. Lebih lebih lagi di Sabah ketika itu kumpulan kaum dan Etnik berada ditahap pemimpin masing masing. Parti USNO telah ditubuhkan pada 23 Disember 1961 di Kudat yang dipimpin oleh Tun Datu Mustapha bin Datu Harun . Dalam tahun yang sama juga ia itu pada bulan Jun 1961 , Tun Hj.Mohd.Fuad Stephens telah menubuhkan Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu ( UNKO ). G.S.Sundangsalah seorang pemimpin masyarakat Kadazan dusun murut telah menubuhkan Parti Pasok Momugun dan Parti Demokratik yang dipimpin oleh Peter Chin.




Tun Datu Mustapha bin Datu Harun Pemimpin USNO yang amat berjaya dalam kerier politiknya bersama pemimpin pemimpin USNO yang lain membina satu pasukan yang mantap yang mewakili kumpulan Melayu / Pribumi Sabah yang beragama Islam. Beliau dilahirkan di Kudat pada 31 Julai 1918 dan meninggal pada 2 Januari 1998 di Kota Kinabalu.




Tun Mohd. Fuad Stephens telah mencipta sejarah untuk Negeri Sabah dimana beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang pertama. Beliau mewakili kumpulan etnik Kadazandusun dan beliau mendapat gelaran Huguan Siou dikalangan penyokong nya. Beliau juga telah memainkan peranan yang amat besar dalam penyatuan Sabah bersama gabungan lain untuk membentuk Negara Malaysia. Beliau telah dilahirkan di Kudat pada 14 September 1920 dan meninggal pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu. 



Dalam mencari kata sepakatan pemimpin pemimpin dari berbilang kaum mula mencari solusi bagi menyatukan penduduk Pribumi Borneo Utara yang dahagakan kemakmuran dan keamanan. Jawatankuasa Cobbold telah ditubuhkan untuk mengadakan pungutan suara kehendak penduduk Borneo Utara ( Sabah ) untuk Merdeka bebas dari Penjajahan dengan menyertai gabungan Tanah Melayu , Singapura dan Sarawak untuk penubuhan Negara Baru iaitu Malaysia.  



Suruhan Jaya Cobbold semasa membuat lawatan ke Jesselton terdiri daripada  The Commission Chaiman The Former Governer Of The Bank Of Englad Honourable Lord Cameron  Cobbold , Sir Anthony Abell Former Governer of Sarawak  , Sir David Waltherson former Chief Secretary of Malaya  , Tan Sri Wong Paw Nee  Chief Minister of Penang dan Tun Mohammad Ghazalie bin Shafie Permenant Secretary to the Minister of Foreign Affair



Suruhanjaya Cobbold pergi ke Sabah dan Sarawak bagi memenuhi syarat yang diperlukan oleh pihak British untuk pungutan suara bagi Kemerdekaan.


Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk mengenal pasti sama ada penduduk Sabah dan Sarawan bersetuju dan menyokong cadangan Pembentukan Persekutuan Malaysia , mereka juga dikehendaki menyediakan Draft Perlembagaan Malaysia.



Suruhanjaya Cobbold ialah Suruhanjaya yang dibentuk bersama oleh Kerajaan British dan Malaya pada tahun 1962 untuk memungut dan menentukan pandangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak sama ada menyokong cadangan untuk membentuk atau membuat Persekutuan Malaysia terdiri daripada Malaya , Singapura , Borneo Utara dan Sarawak . Suruhanjaya ini juga bertanggungjawab atas penyusunan semula Perlembagaan berikutnya untuk dijadikan Perlembagaan Malaysia pada 16 September 1963. 



PILIHANRAYA PERTAMA DISABAH DIBAWAH SELIAAN COLONIAL BRITISH

Pilihanraya Pertama di Sabah telah diadakan pada 16 Disember 1962 dibawah local Goverment Election Ordinance untu 118 ward dipihak berkuasa tempatan. Setiausaha Colonial bagi Kerajaan Tempatan selaku Penguasa Pilihanraya tersebut . Persempadanan ward telah ditetapkan dan Pegawai pegawai Daerah telah dilantik sebagai pendaftar pemilih bagi setiap Daerah berkenaan. Daftar pemilih telah disediakan dan dianggarkan sebanyak 60% dari mereka yang layak telah mendaftar. Kempen Pilihanraya melalui radio , media cetak dan penyibaran risalah telah dilakukan oleh kerajaan bagi tujuan pendidikan rakyat. Seramai 202 calun telah bertanding bagi 118 ward. calun calun di 53 ward telah menang tanpa bertanding. Parti perikatan Sabah yang terdiri daripada USNO , BUNAP , UNKO telah mencapai kemenangan  dengan 86.5 % undi. 



Dalam Pilihanraya tersebut USNO yang diketuai oleh Tun Datu Mustapha bin Datu Harun mendapat 8 kerusi , UNKO yang diketuai oleh Tun Mohd.Fuad Stephens mendapat 5 kerusi , Parti SANAP yang dipelopori oleh masyarakat Cina mendapat 4 kerusi dan Parti Pasok Momugun menang 1 kerusi. Parti perikatan ini bertahan sehingga tahun 1967 dimana krisis dalam komponen parti Perikatan antara Tun Datu Mustapha USNO dengan Tun Mohd.Fuad Stephens UNKO ( UNKO yang kemudian nya dibubarkan pada Mei 1964 dan digantikan dengan UPKO dimana gabungan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu dengan Pertubuhan Pasok Momugun Kadazandusun Murut bersatu). Oleh kerana USNO memenangi banyak kerusi dari yang lain maka Tun Datu Mustapha layak mendapat Jawatan nombor satu iaitu TYT Negeri Sabah. Tetapi setelah itu jawatan tersebut hanyalah seperti Govenor pada kerajaan British yang tiada kuasa terhadap perhubungan awam itu yang tidak disetujui oleh Tun Datu Mustapha ketika itu , dimana kuasa kuasa terletak dibawah jagaan Ketua Menteri pada ketika itu Tun Mohd. Fuad Stephens dan Tun Datu Mustapha merasa ianya tidak adil dan sebab itulah perselisihan dan pertelingkahan berlaku.





Kabinet Sabah yang Pertama selepas Pilihanraya pada 16 Disember 1962. Kabinet Negeri Sabah tahun 1963

Duduk dari Kiri: Datuk Haris bin Mohd.Salleh ( Menteri Kerajaan Tempatan ) , Datuk Khoo Siak Chiew ( Menteri Perhubungan dan Kerja Raya ) , Tun Mohd. Fuad Stephens ( Ketua Menteri Sabah ) , Datuk Pang Tet Tshung ( Menteri Kewangan ) dan Datuk G.S.Sundang ( Tim.Ketua Menteri )


Berdiri dari kiri : R.Bob Speedy (Setiausaha Kabinet merangkap Setiausaha Sulit kepada Yang DiPertua Negeri ) Tun Mohd.Said Keruak ( Menteri Pertanian ) , R.Jones ( Peguam Besar Negeri ) , R.M. Turner ( Ketua Setiausaha ) , A.Jones ( Akauntan Awam ) , Datuk Richard E.Yapp ( Menteri Sumber Alam).









USNO TAWAU 1963


Pada bulan Mei 1963 semasa Mesyuarat Agung USNO Tawau , peralihankuasa telah berlaku dimana Tuan OKK Hj.Zainal Kerahu Pengerusi USNO Tawau sejak tahun 1961 dengan DSP Abubakar Titingan dimana peralihan kuasa itu telah dipersetujui oleh para perwakilan seramai 200 orang. Peralihan berjalan dengan baik dan teratur dimana Tuan OKK Hj.Zainal Kerahu sendiri bersetuju demi perjuangan dalam memartabatkan parti USNO di Tawau.




DSP Hj.Abubakar Titingan 


Hubungan baik antara DSP Abubakar Titingan dengan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun Presiden USNO Sabah dijadikan landasan pada pemilihan beliau sebagai Pengerusi USNO Tawau.



PERGESERAN BERTERUSAN SEHINGGA  PILIHANRAYA 1967


Pertelingkahan seterusnya berkisar disekitar dakwaan ketidak adilan pengagihan jawatan dalam kerajaan. Pertelingkahan kedua Pemimpin menjejaskan proses pembangunan Negeri Sabah serta hubungan kaum di Sabah. Keadaan yang tegang ini juga telah memberi ruang kepada Kerajaan Persekutuan campur tangan. Pertelingkahan diselesaikan sementara waktu apa bila Datuk Peter Lo telah dilantik sebagai Ketua Menteri manakala Tun Mohd. Fuad Stephens ditarik ke Kabinet sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah. Akibat dari tindakan kerajaan Pusat tersebut , telah menambah prasangka dan kebimbangan pemimpin dan masyarakat kadazan dusunterhadap kerajaan pusat dan Negeri. Disebabkan tertekan dan kecewa mereka menggunakan kesempatan peristiwa terkeluarnya Singapura dari Malaysia untuk mendesak kerajaan persekutuan mengkaji semula kedudukan Sabah dalam Malaysia. Tun Mohd.Fuad Stephens dan pemimpin pemimpin yang lain dalam UPKO mencabar Kerajaan Persekutuan mengadakan pungutan suara di Sabah bagi menentukan sama ada Kolonialisme masih ujud di Sabah. Untuk meredakan kaedaan Tun Mohd. Fuad Stephens telah melepaskan jawatan Presiden UPKO sementara akan kembali aktif semula memimpin UPKO dalam Pilihanraya tahun 1967.



Pada 24 April 1967 Pilihanraya Negeri telah diadakan iaitu setelah tamat penggal 5 tahun pilihanraya tahun 1963. Dalam pilihanraya kali ini akan mengukur untung nasib Presiden USNO Tun Datu Mustapha bin Datu Harun yang memerlukan kemenangan berpihak kepada parti nya iaitu USNO. Akhirnya setelah pengiraan undi dijalankan mendapati Parti USNO berjaya mendapat 14 kerusi , UPKO yang diterajui oleh Pemimpin nya Tun Mohd.Fuad Stephens mendapat 12 kerusi , SCA 5 Kerusi dan Bebas 1 kerusi. Tun Datu Mustapha bin Datu Harun telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dan kerajaan baru ini diterajui oleh Parti USNO dan SCA . Parti UPKO telah menjadi pembangkang tiada dalam kerajaan Negeri.




Lambang Parti UPKO


PARTI UPKO DALAM DELIMA

Selepas Pilihanraya tahun 1967 itu parti UPKO berada dalam keadaan terumbang ambing dan begitu sukar untuk menentukan hala tuju Parti tersebut. Semua nya ini berlaku kerana Parti UPKO telah tidak bersama kerajaan lagi dan mereka telah menjadi Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. Dengan perkembangan tersebut menyebabkan parti UPKO terus terdesak dan tertekan dan seterusnya telah menjadi lemah. Akhir nya demi kepentingan kedudukan orang kadazandusun dan perpaduan Bumiputra keseluruhan nya di samping masa depan politik nya Tun Mohd. Fuad Stephens membubarkan Parti UPKO dan menyeru ahli ahli nya menyertai Parti USNO. Ekoran dari peristiwa itu Tun Mohd.Fuad Stephens dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia.


POLITICAL WILL TUN DATU MUSTAPHA MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN KETARA DISABAH.

Dengan kestabilan politik di Sabah dari tahun 1967 hingga tahun 1976 dapat mewujudkan rancangan Pembangunan terlaksana dengan lancar.

1. Integrasi Nasional , Sabah Sarawak dan Semenanjung Malaysia
2. Penubuhan Yayasan Sabah
3. Naik Taraf Maktab Perguruan
4. YS-ITM
5. Saham Rakyat Sabah
6. Membina banyak Sekolah Rendah dan Menengah
7. Syiar Dakwa Islamiah dibawah MUIS


PRN 1971 LANDSLIDE VICTORY BUT IT IS A WARNING FOR DISTRUCTION TO PERIKATAN SABAH.

Pada pilihanraya tahun 1971 , Parti Perikatan Sabah yang terdiri daripada USNO dan SCA menang semua kerusi yang dipertandingkan 32 kerusi. Antara tahun 1971 hingga 1976 banyak perkara perkara yang berlaku tidak lagi membantu meningkatkan kekuatan Parti Perikatan.

Antara isu isu yang dihangat hangatkan :

1. Tun Datu Mustapha ingin membawa Sabah Keluar dari Malaysia
( hubungan yang dingin antara Sabah - Kuala Lumpur telah meningkatkan ketegangan antara Tun Datu Mustapha dengan Tun Hj.Abd.Razak Hussin Perdana Menteri Malaysia)

2. Tun Datu Mustapha sentiasa berada diluar Negara 

3. Pengislaman beramai ramai 

4. Anakmen dan Bil larangan berambut panjang bagi orang lelaki.

5. Ramai Pemimpin USNO mula membuat percaturan bertemu dengan kuasa Persekutuan untuk menumbangkan kerajaan Perikatan yang didominasi oleh USNO.


Antara isu isu diatas tidak lagi membayangkan kecemerlangan pemerintahan Parti Perikatan. Cerita cerita mengenai Ketua Menteri Sabah Boros menggunakan wang rakyat dengan membeli Jet Peribadi ( Gurmmen Jet ) Juga dijadikan Isu isu semasa. Walau pun ketika itu Kerajaan Sabah telah melaksanakan pembahagian Saham Yayasan Sabah kepada Rakyat namun ianya di manipulasi konon nya sepatutnya lebih banyak lagi. Antara isu isu diatas yang sangat tidak disukai rakyat ialah Anekmen dan Bil anti rambut panjang bagi lelaki , dimana ketika itu trend orang orang muda berambut panjang. Ianya trend seluruh Dunia ketika itu. Ramai anak muda yang ditahan dan dipotong rambut dibalai Polis . Anak anak muda yang berambut panjang berjalan di Bandar atau Pekan sentiasa berwaspada takut ditangkap polis.


PENUBUHAN PARTI BERSATU RAKYAT JELATA SABAH (BERJAYA) 

Dalam tahun 1973 , Datuk Harris Salleh telah meletakkan Jawatannya sebagai Menteri di Kabinet Negeri Sabah kerana tidak sehaluan dengan pemimpin USNO pada ketika itu ( Tun Datu Mustapha bin Datu Harun ). Pada 15 Julai 1975 beliau telah menubuhkan sebuah parti baru " Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah " atau singkatan nya "BERJAYA" . Turut bersama sama beliau ialah Tun Mohd.Fuad Stephens yang ketika itu menjawat jawatan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah selanjut nya beliau meletakkan Jawatan.

 

Datuk Harris Salleh telah berkecimpung dalam arena politik sejak tahun 1963 dimana beliau meletakkan jawatan sebagai kerani di Pejabat Peguam untuk bertanding dalam pilihan raya di Tanjung Aru, Sabah. Beliau menyertai parti USNO yang baru dibentuk dan dilantik sebagai setiausaha parti. Dalam kabinet pertama Tun Fuad, beliau dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan. 



PRN SABAH 1976 , PARTI RAKYAT JELATA SABAH (BERJAYA) TELAH MENEWASKAN PARTI PERIKATAN SABAH YANG TERDIRI DARIPADA USNO DAN SCA

Dalam pilihan raya negeri 1976 parti BERJAYA telah menewaskan parti Perikatan USNO-SCA sekali gus membolehkannya menubuhkan Kerajaan Negeri , Tun Mohd.Fuad Stephens telah dilantik menjadi Ketua Menteri yang baharu dan Datuk Harris Salleh sebagai timbalan nya. Daripada 48 kerusi yang dipertandingkan, BERJAYA mendapat 28 kerusi dan USNO 20 kerusi. Kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh BERJAYA datang dari kalangan pengundi Kadazandusun dan Cina manakala USNO mendapat kerusi di kawasan majoriti bumiputera Islam, SCA gagal mendapat sebarang kerusi


Kejayaan BERJAYA dan pelantikan Tun Mohd.Fuad Stephens memberi harapan baharu kepada masyarakat KadazanDusun dan Murut yang merasakan mereka terpinggir pada zaman pemerintahan USNO-SCA. Harapan masyarakat Kadazandusun dan Murut tidak kesampaian sepenuhnya apabila Tun Mohd.Fuad Stephens terbunuh dalam nahas kapal terbang pada 6 Jun 1976 bersama-sama pemimpin-pemimpin BERJAYA yang lain.



Kejadian malang itu berlaku selepas 44 hari Parti Berjaya memerintah  semasa penerbangan balik dari Labuan sewaktu hendak mendarat di Lapangan Terbang Kota kinabalu dan terhempas di Laut Sembulan kesemua penumpang dan Juru terbang terbunuh. Berikut adalah senarai yang terbunuh Tun Mohd.Fuad Stephens ( Ketua Menteri Sabah ) , Datuk Peter Mojuntin ( Menteri Kerajaan Tempatan ) , Datuk Chung Thien Vun ( Menteri Perhubungan dan Kerjaraya) , Datuk Salleh Sulong ( Menteri Kewangan ) , Darius Banion ( Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri ) , Wahid Andu ( Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan ) , Syed Husien Wafa ( Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri ) , Ishak Atan ( Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaliegh Hamzah ) , Kopral Mohd.Said ( Pengawal Peribadai kepada Tun Mohd.Fuad Stephens ) , Ghandi J.Nathan ( Juru terbang ) dan Johari Tun Mohd.Fuad ( Anak Tun Mohd.Fuad Stephens ). Ianya telah menjadi sejarah Hitam dalam episod politik Negeri Sabah khasnya dan Malaysia am nya.








DATUK HARRIS SALLEH DAN PARTI BERJAYA



Datuk Harris Salleh, Timbalan Presiden BERJAYA dilantik menggantikan tempat Tun Mohd. Fuad Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah. Pemimpin-pemimpin KadazanDusun yang lain seperti Datuk James Ongkili dan Datuk Joseph Pairin Kitingan terus memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan hak masyarakat bumiputera bukan Islam khususnya dan masyarakat Sabah amnya. Di pihak Ketua Menteri, Harris Salleh menjalankan tugasnya mengikut lunas parti yang berasaskan pelbagai kaum dan cuba memenuhi janji-janji seperti dalam manifesto pilihan raya BERJAYA. Dengan sokongan padu daripada majoriti penduduk Sabah dalam penggal pertama pentadbirannya Datuk Harris Salleh telah berjaya melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan negeri Sabah. Dasar pembangunan negeri adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dalam hal ini Harris mendapat sokongan kuat daripada Kerajaan Pusat terutama sekali dari segi bantuan kewangan. Kejayaan BERJAYA dalam melaksanakan rancangan pembangunan negeri telah menyebabkan BERJAYA beroleh mandat besar dalam pilihan raya negeri 1981. 



PRN SABAH 1981 LANDSLIDE VICTORY FOR BERJAYA

BERJAYA mendapat 44 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan iaitu 91.67 peratus manakala USNO hanya mampu memperoleh 4 kerusi atau 8.33 peratus (Suruhanjaya Pilihan raya 1981). 

Pada masa penggal pertama pemerintahannya Datuk Harris Salleh memberi kebebasan bergerak kepada semua agama dan budaya di samping memberi perhatian kepada kepentingan bumiputera Islam. Beliau telah meneruskan dasar penyebaran  agama Islam dan menggalakkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUlS) menjalankan kegiatan dakwah Islamiah secara sistematik akan tetapi, penyebaran dakwah Islam dan usaha-usahanya menjaga kepentingan bumiputera Islam itu dianggap tidak dapat menandingi usaha yang telah dilakukan oleh Datu Mustapha dan USNO. Malah, bumiputera Islam menganggap Datuk Harris Salleh lebih mementingkan keperluan dan kepentingan bumiputera bukan Islam terutamanya orang Kadazandusun untuk bergerak aktif dalam gerakan agama Kristian dan budaya mereka. Datuk Harris Salleh menjalankan dasar demikian untuk mendapatkan sokongan daripada kedua-dua pihak bumiputera Islam dan bukan Islam tetapi tindakannya itu mengelirukan kedua-dua pihak yang akhimya menyebabkan beliau tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada bumiputera Islam dan bukan Islam. Situasi ini terserlah dalam penggal kedua pemerintahannya, 1982 hingga 1985, Dalam penggal kedua pemerintahannya Datuk Harris Sal\eh bukan saja menghadapi tentangan dari luar partinya terutama sekali USNO, malah beliau mendapat tentangan dari kalangan pemimpin BERJAYA sendiri khususnya pemimpin KadazanDusun. Pergeseran ini telah membawa keretakan hubungan dalam parti sekali gus melemahkan kepemimpinan parti BERJAYA dan ketokohan Datuk Harris Salleh sendiri. Antara tindakan Datuk Harris Salleh yang menjejaskan hubungan dan sokongan
terhadapnya ialah ;

1. Memecat Kumpulan 17 dan pemimpinnya Datu Abd. Hamid Datu Mustapha dari jawatannya sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyinggung perasaan bumiputera Islam.

2. Menekankan pembangunan di bandar, sekali gus bumiputera di pedalaman berasa terpinggir.

3. Kesan tindakan Joseph Pairin Kitingan yang keluar dari BERJAYA dan kemenangannya dalam pilihan raya kecil Tambunan atas tiket Bebas pada 29 Disember 1984. 

4. Tindakan memecat Joseph Pairin Kitingan dari BERJAYA dan melucutkan jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Peru mahan menyinggung perasaan masyarakat Kadazandusun yang amat menghormati Pairin sebagai pemimpin agung mereka. 

5. Tindakan Harris Salleh 'menghukum' orang Tambunan dengan menurunkan taraf Tambunan sebagai sebuah daerah selepas calon BERJAYA kalah dalam pilihan raya kecil Tambunan. 

6. Mengelompokkan semua etnik bumiputera tennasuk keturunan Filipina dan Indonesia dalam kategori Peribumi dalam Banci Pen dud uk 1980 dianggap cuba menghapuskan identiti etnik tertentu dan menyinggung perasaan bumi Putera Sabah terutamanya orang KadazanDusun dan Murut. 





PARTI BERSATU SABAH (PBS) BERSAMA DATUK PAIRIN KITINGAN HUGUAN SIOW KADAZANDUSUN 



Pada 5 March 1985 sebuah parti politik baru telah didaftar dengan nama Parti Bersatu Sabah yang dipimpin oleh Datuk Pairin Kitingan. Di samping Pairin Kitingan, PBS didukung oleh pemimpin-pemimpin muda KadazanDusun seperti Mark Koding, Bernard Dompok, Joseph Kurup, Andrew Vitalis dan Mathius Majihi. PBS adalah parti pelbagai kaum tetapi pucuk pimpinannya didominasi oleh kaum Kadazandusun.




Pada Mac 1985, Pairin menubuhkan Parti Bersatu Sabah (PBS). Parti ini berjaya didaftarkan dan diiktirafkan sebagai sebuah parti politik. Ini membolehkan nya memimpin parti ini menentang parti pemerintah negeri ketika itu dalam Pilihan Raya negeri Sabah, 1985 pada bulan April. Walaupun baru 47 hari ditubuhkan, PBS menang dalam pilihanraya tersebut, menumpaskan BERJAYA. Datuk Pairin Kitingan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-tujuh. Dia memegang jawatan ini selama sembilan tahun sehingga 1994. Pairin juga menerajui PBS dalam memenangi tiga lagi pilihanraya negeri.




PRN SABAH 1985 SELEPAS BEBERAPA HARI PARTI PBS DIDAFTARKAN. 

Dalam PRN Sabah pada 20-21 April 1985 , parti PBS yang di pimpin oleh Datuk Pairin Kitingan Huguansiow masyarakat Kadazandusun yang baru didaftarkan telah berjaya menewaskan Parti Berjaya. PBS mendapat 25 Kerusi , USNO mendapat 16 Kerusi dan Berjaya hanya mendapat 6 kerusi dimana selepas itu 2 ahli Parti Berjaya yang menang melompat menyertai parti PBS. Mereka ialah Datuk Hiew Ming Kong ( Seri Tanjung ) dan Hj.Abdul Malek Chua ( Kuamut ) , manakala beliau sendiri ditewaskan oleh Kadoh Agundong di DUN Tenom. Melihat kepada keputusan tersebut menunjukkan majoriti orang kadazandusun dan cina mengundi PBS iaitu 98,843 manakala Bumiputera Islam kembali mengundi USNO 74,087 manakala berjaya hanya mendapat 13% undi sahaja. 

Dengan tewasnya Parti Berjaya , Parti PBS mengambil alih kepimpinan Negeri Sabah. Punca tertubuhnya PBS adalah disebabkan ketidak serasian antara Datuk Pairin Kitingandengan Datuk Harris Salleh dimana akhirnyadalam tahun 1984 Datuk Pairin dan ramai pemimpin kadazandusunlain keluar dari parti Berjaya dan membentuk PBS.Datuk Pairin disokong kuat oleh pemimpin muda  seperti Datuk Mark Koding , Datuk Bernard Dompok , Datuk Joseph Kurup , Datuk Andrew Vitalis dan DatukMathius Majihi. Parti PBS adalah parti pelbagai kaum akan tetapi pucuk pimpinan nya didominasi oleh Kaum Kadazandusun.

Kemenangan PBS dalam pilihanraya tersebut tidak dapat diterima oleh sebahagian dari pemimpin USNO yang mana mereka anggap "PBS mungkir janji" untuk bekerjasama dengan USNO jika kedua dua parti tersebut berjaya menumbangkan Parti Berjaya. Penyokong USNO dan juga BERJAYA telah mengadakan demonstrasi di Bandar Kota Kinabalu. USNO juga mengajukan writ di Mahkamah membantah penubuhan kerajaan PBSyang mendkwa perlantikan Tun Datu Mustapha pada malam 23 April itu sah. Untuk meredakan ketegangan , para pemimpin persekutuanmencadangkan satu formula perkongsian kuasa yang dinamakan Formula Sabah diterap dalam kerajaan Negeri. Formula menggariskan USNO dan PBS diterima dalam BN dan Datuk Pairin terus kekal jadi Ketua Menteri dan Pengerusi BN Negeri Sabah. Tun Datu Mustapha menarik balik  writ yang dikemukakan ke Mahkamah. Bagaimana pun Formula Sabah itu ditolak oleh Datuk Pairin Kitingan.

FORMULA SABAH YANG GAGAL 

lantaran penolakan Formula Sabah itu Pilihanraya Negeri Sabah tahun 1986 diadakan. Dalam Pilihanraya tersebut PBS mendapat kemenangan yang besar apa bila parti itu mendapat 34 kerusi manakala USNO 12 kerusi sahaja. Penyokong USNO berpecah belah manakala penyokong PBS yang terdiri daripada Kadazandusun dan Cina solid menyokong PBS. Setelah itu PBS diterima masuk dalam gabungan BN. Walaubagaimana pun hubungan antara Datuk Pairin dengan Tun Mahathir ketika itu teramat dingin. Hubungan semakin tegang apabila PBS lantang membuat tuntutan demi tuntutan untuk memperjuangkan "Hak Sabah Untuk Orang Sabah ". 

Antara tuntutan yang dimaksudkan; 

1. Menuntut dikaji semula Perkara 20

2. Menuntut tambahan royalti minyak daripada 5% kepada 20%

3. Menuntut pelaksanaan dasar Borneosasi untuk semua Jawatan Persekutuan di Sabah

4. Menuntut agar dikembalikan pentadbiran Labuan daripada persekutuan kepada Negeri Sabah

5. Meminta Kerajaan Persekutuan bertindak tegas terhadap pendatang tanpa izin PTI Filipina dan Indonesia dan menghantar mereka pulang ke Negara asal.

6. Menuntut agar Sabah mempunyai rangkaian stesen radio dan televvisyen sendiri

7. Meminta kerajaanPersekutuan mengkaji semula akta Keselamatan Dalam Negeri ISA


Tuntutan PBS itu menimbulkan keresahan dan ketidak senangan dipihak pemimpin pemimpin Kerajaan Persekutuan sekali gus menambah ketegangan hubungan kedua dua nya.


PRN SABAH 1990

" Sabah For Sabahan" terus berkumandang dalam menifesto dengan laungan " Sabah for Sabahan", laungan yang lantangini telah membakar semangat anti-federal dan anti semenanjung Malaysia malah anti Islam semasa kempen pilihanraya tersebut. Dengan itu PBS memperolehi kemenangan yang besar terutama sekali dikawasan penduduk nya majoriti Kadazandusun , Murut dan Cina. Situasi ini mendatangkan kesan yang buruk dan tidak sihat bukan sahaja hubungan dengan Persekutuan malah dari segi Perpaduan Negara Umumnya dan Sabah Khususnya.

Keputusan Pilihanraya 1990 itu menunjukkan PBS berjaya mendapat 36 kerusi dan USNO mendapat 12 kerusi dikawasan Majoriti Islam terutama nya dibahagian Pantai Timor Sabah.

Keputusan itu mempunyai implikasi penting dari segi penimbangan politik antara Bumi putera Islam dengan bukan Islam dan Impaknya keatas hubungan kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kemenangan besar yang diperolehi oleh PBS telah memberi keyakinan penuh kepada pucuk Pimpinan PBS untuk terus berjuang mengikut tempo kenegerian yang dianggap membelakangkan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan dan membawa Sabah jauh dari memupuk pembinaan Negara Bangsa dan Perpaduan Malaysia.


FAKTOR KEMEROSOTAN PBS

Faktor kemenangan besar yang diperolehi ditambah pula rasa kecewa dengan layanan Kerajaan Persekutuan yang dianggap tidak adil kepada Negeri Sabah menyebabkan Pemimpin PBS berpaling kepada Tengku Razaliegh Hamzah pemimpin gabungan parti pembangkang Semangat 46 , DAP dan Parti Rakyat Malaya dan bekerjasama dengan mereka pada saat akhir menjelang PRU tahun 1990.

Akhirnya PBS telah keluar dari BN 5 hari sebelum pilihanraya berlangsung. Sesungguhnya tindakan itu menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menganggap nya menikam dari belakang tambahan pula ketika itu agihan kerusi telah dibuat. Tindakan itu meningkatkan ketegangan hubungan Persekutuan dan Negeri. Tekanan demi tekanan dirasakan oleh PBS terutama sekali bantuan pembangunan dan pentadbiran yang melibatkan kerajaan Persekutuan. Akibatnya melemahkan kedudukan pentadbiran Negeri Sabah tapi tidak menggugut keutuhan kepimpinan PBS. PBS terus memperjuangan tuntutan Sabah untuk orang Sabah walaupun pada waktu yang sama PBS dianggap meminggirkan Bumiputra Islam. Untuk memecahkan kebuntuan krisis politik yang melanda Sabah. Kepimpinan Pusat berpendapat ada baiknya permintaan sebahagian warga Sabah yang menginginkan UMNO bertapak di Sabah di penuhi saat itu. 







KEMASUKKAN UMNO KE SABAH DAN PRN SABAH 1994 

Parti UMNO masuk ke Sabah pada bulan Februari 1991 . Kesemua Kerusi yang dimenangi oleh Parti USNO turut menyokong UMNO serta jentera pentadbiran dan perhubungan telah diambil alih oleh UMNO. Kemasukkan beramai ramai ahli USNO ke parti UMNO membayangkan akan ada pertembungan yang hebat di PRN 1994 nanti.


SABAH BARU SLOGAN UMNO-BN PADA PRN SABAH 1994

Menjelang PRN Sabah 1994 UMNO-BN telah mengatur strategi berkempen dengan slogan " Sabah Baru " iaitu menjanjikan pelaksanaan beberap program ;

1. Program Luar Bandar dan Pedalaman 

2. Meningkatkan Prasarana sekolah sekolah di Sabah

3. Menubuhkan sebuah Universiti

4. Projek perindustrian melalui pembentukan zon perdagangan bebas.

Pada waktu yang sama Datuk Mark Koding dan Datuk Yong Teck Lee keluar dari PBS dan menubuhkan parti sendiri.




Datuk Mark Koding pengasas Parti Angkatan Keadilan Rakyat ( Akar ) yang kemudian bergabung dengan Barisan Nasional. Beliau adalah Ahli Parlimen Kinabalu sejak 1978 hingga 1986.

    
Datuk Yong Teck Lee pengasas Sabah Progressive Party (SAPP) atau Parti Maju Sabah. Pernah menjawat Jawatan Ketua Menteri pada 1996 hingga 1998



PRN SABAH 1994 PBS MENANG TIPIS DAN AKUR  KEPADA KEKURANGAN MAJORITI AKIBAT WAKIL RAKYAT LOMPAT PARTI.


Pilihanraya tahun 1994 PBS masih memenangi kemenangan tipis ia itu 25 kerusi manakala UMNO-BN mendapat 23 kerusi. 3 minggu setelah mentadbir 5 ahli Dewan PBS keluar parti dan menyertai parti Gabungan. Keadaan ini menggoncangkan kedudukan PBS dan Datuk Pairin sebagai Ketua Menteri. Akhirnya pada 17 Mac 1994 Datuk Pairin Kitingan dan PBS terpaksa berundur diri memberikan laluan kepada BN menubuhkan kerajaan Negeri yang Baru. Tun Sakaran Dandai dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.




Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai  adalah seorang ahli politik Barisan Nasional - UMNO . Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 selama setahun mulai 26 Disember 1994. Beliau menggantikan Joseph Pairin Kitingan apabila PBS tewas pada Mac 1994. Beliau juga pernah menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (1995-2002).


Perkembangan politik seterusnya telah membawa kepada pemimpin utama PBS telah meninggalkan parti dan membentuk parti sendiri seperti Datuk Bernard Dompok menubuhkan parti United Pasokmamugun kadazandusun dan murut organisation (UPKO) dan datuk Joseph Kurup Parti Bersatu Rakyat Sabah ( PBRS)  dimana kemudian nya kedua dua parti tersebut diterima masuk gabungan Barisan Nasional.



PENGGILIRAN KETUA MENTERI SABAH

Perlantikan pertama dimulakan oleh;




1. Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai  adalah seorang ahli politik Barisan Nasional - UMNO di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 selama setahun mulai 26 Disember 1994. Beliau menggantikan Joseph Pairin Kitingan apabila PBS tewas pada Mac 1994. Beliau juga pernah menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (1995-2002).






2. Datuk Seri Panglima Dr Mohamed Salleh bin Tun Haji Mohamed Said (lahir 9 Julai 1957) adalah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, menggantikan Juhar Mahiruddin. Beliau adalah Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996. Beliau juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sejak 2015 sehingga 2018



3. Yong Teck Lee merupakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP). Beliau juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah di bawah sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah Mei 1996 hingga Mei 1998 . Beliau pernah menjadi ADUN Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002. Beliau berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London, United Kingdom.



4. Datuk Bernard Dompok dari PDS/UPKO . Beliau hanya berpeluang berkhidmat satu tahun sahaja kerana telah tewas dalam pilihanraya Negeri Sabah tahun 1999. Beliau telah dilahirkan di Penampang, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. Micheal, Penampang, dan Sekolah Menengah La Salle, Tanjung Aru. Beliau kemudian mendapat ijazah Bsc FISM daripada West Ham Technical Institute (kini University of East London), United Kingdom pada tahun 1978.




5. Osu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Kawang, dan menyambung pengajian peringkat menengah di Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Pada tahun 1971, beliau meneruskan pengajiannya ke Institute of Statistician di United Kingdom dan menyambung pengajiannya empat tahun lagi di University of Buckingham, England, dalam jurusan statistik. Ketua Menteri Sabah 1999 - 2001 .





6. Tan Sri Chong Kah Kiat lahir pada 2 Jun 1948  merupakan Ketua Menteri Sabah ke-13 . Beliau juga adalah bekas presiden Parti Liberal Demokratik (LDP). Beliau memegang jawatan dalam Kabinet negeri Sabah selama lapan tahun termasuk dua tahun sebagai Ketua Menteri Sabah. Datuk Chung Kah Kiat dari parti LDP 2 tahun 2001 - 2003



7. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (lahir 30 Mac 1951), merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 (kini mantan Ketua Menteri Sabah).Beliau berketurunan Peranakan Pakistan Dusun.Beliau menggantikan Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003 hingga Jun 2018. Beliau juga merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Sabah.




PRU 14 merubah segalanya ; Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) diadakan pada 9 Mei 2018 setelah parlimen dibubarkan pada 7 April 2018. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 24 Jun 2018. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal atas nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 6 Jun 2018. 







Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.





222 orang ahli Dewan Rakyat dipilih dari kawasan pemilihan ahli tunggal menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Malaysia tidak mengamalkan pengundian wajib dan pendaftaran pengundi automatik. Umur pengundian adalah 21 tahun ke atas walaupun usia majoriti di negara ini adalah 18 tahun. Pengubahsuaian sempadan pilihan raya untuk seluruh negara telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat, dan kemudiannya diwartakan pada 29 Mac 2018 setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong menjelang pilihan raya umum ke-14. Pilihanraya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.





Pada 6 April 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh pembubaran parlimen iaitu berkuatkuasa pada 7 April 2018 menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dari Perdana Putra kira-kira pukul 12 tengah hari selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet terakhir untuk penggal kali ini.







Pilihan raya ini dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini merupakan pembangkang utama di Parlimen Malaysia. Pakatan ini mendapat majoriti mudah 113 kerusi di Dewan Rakyat. Ditambah dengan 8 kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah, mereka mempunyai 121 kerusi keseluruhannya di Parlimen, cukup bagi membentuk kerajaan baharu.








Ini merupakan satu kekalahan bersejarah bagi gabungan Barisan Nasional yang belum pernah kalah sebelum ini, sejak kemerdekaan Malaysia pada 1957, iaitu 61 tahun yang lalu. Ia juga menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke - 7 buat kali kedua kali pertama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke - 4, dan pada umur 92 tahun, beliau masih berupaya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna. Tahniah Tun Dr.Mahathir  insan yang dikenali ramai serta mempunyai pandangan yang begitu jauh kehadapan akan membawa Negara Malaysia kemercu kejayaan. 








END