Monday, March 13, 2017

PERSIDANGAN CAWANGAN CAWANGAN UMNO DI BAHAGIAN P.190 TAWAU TAHUN 2017

27 Januari , Kuala Lumpur – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengadakan sidang media sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Auditorium UMNO, Aras 4 Menara Dato’ Onn, PWTC.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa; 

Persidangan Peringkat Cawangan UMNO akan bermula pada 17 Mac hingga 30 April 2017

Persidangan Perwakilan Bahagian bermula pada 7 Julai hingga 26 Ogos 2017.


13 March 2017 , Ruby room Marco Polo Hotel - Majlis Perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok UMNO Bahagian Tawau yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.Semua ketua ketua sayap hadir di Majlis ini dimana mereka akan menyampaikan amanat serta menyuntik semangat perjuangan kepada Ahli ahli mereka yang juga turut hadir diMajlis tersebut. 

Majlis ini telah dihadiri oleh semua 183 cawangan yang diwakili oleh Ketua Cawangan masing masing , Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau , Pergerakan sayap Wanita , Pemuda dan Puteri. 


Ucapan daripada Naib Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan yang juga merangkap Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah.
Kerjasama yang lebih baik daripada semua pemimpin sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di semua peringkat bahagian dan cawangan dan akan sentiasa turun padang mendampingi masyarakat serta melawat kawasan masing-masing. Gerak kerja tersusun dan usaha yang berpaksikan jentera Jalinan Rakyat Wanita Umno adalah resepi kejayaan parti agar terus menerajui negara. 
Beliau mengharapkan agar momentum perjuangan berpaksikan rakyat ini dapat diteruskan melalui gerak kerja intensif yang telah dirancang untuk memperoleh kemenangan di Pilihanraya yang bakal menjelang tiba pada bila bila masa. Selain itu semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh parti komponen BN juga berkekalan demi meraih kejayaan lebih besar di PRU-14 akan datang.

Sebahagian daripada Ketua Ketua cawangan yang hadir mendengar ucapan dari Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau.

Ucapan daripada Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Tawau , Tuan Ariffin bin Hj.Kassim telah menyentuh mengenai aktiviti Pemuda yang sentiasa turun padang dan menjalinkan ukhuwah silaturrahim serta mengadakan aktiviti aktiviti yang berfaedah kepada generasi Y dan juga Ahli ahli Pemuda UMNO. Beliau juga menekankan bahawa Pemuda sentiasa berada dibelakang Pemimpin dan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pemimpin atasan.

Majlis berjalan lancar dengan tumpuan yang diberikan oleh Ahli ahli yang hadir dengan penuh tumpuan terhadap isu isu yang dibangkitkan oleh Ketua ketua sayap yang berucap.

Ketua Pergerakkan Puteri UMNO Bahagian Tawau Cik Nazliah binti Ali menyampaikan ucapan terima kasih kepada Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian kerana sentiasa membantu Pergerakkan Puteri dalam melaksanakan program program yang dirancangkan. 

Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakkan Wanita Bahagian UMNO Tawau amat berbesarhati serta menyanjung tinggi keupayaan Yang Berhormat Datuk Tawfiq selaku Ketua Bahagian UMNO Tawau dan juga ADUN N.56 Apas yang sentiasa turun padang menyelami hasrat dan kehendak rakyat dan penyokong akar umbi. Pergerakkan Wanita UMNO sentiasa bersama Yang Berhormat menyusuri pelusuk kampung dan mengenalpasti mereka mereka yang memerlukan bantuan.

Semangat juang yang tinggi Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau terserlah dan terus diterjemahkan dengan keaktifan mereka dalam merealisasikan Jalinan Rakyat yang terus mendapat sokongan dan dorongan daripada Yang Berhormat Ketua Bahagian.

Dalam ucapan Yang Berhormat Datuk Tawfiq mengarahkan agar semua cawangan cawangan UMNO bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah atau Pilihanraya Umum pada bila bila masa. Beliau mengharapkan agar semua jentera parti dicawangan cawangan diaktifkan bagi membolehkan pencapaian cemerlang di Pilihanraya nanti. Bermula 17 March 2017 ini hingga 30 April 2017 Cawangan cawangan UMNO akan bersidang.

"UMNO HARUS DI PERTAHANKAN DEMI BANGSA, AGAMA DAN NEGARA" demikian kata kata semangat daripada Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok UMNO Bahagian Tawau di Hotel Marco Polo.



#HIDUP RAKYAT  
#NEGARAKU MALAYSIA  
#TERUS BERJUANG


25 March 2017, Perkarangan Rumah WKAN Karim bin Tumak - Mesyuarat Cawangan Blok 31 dihalaman rumah WKAN Karim Tumak yang dihadiri oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB.Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau bersama turut hadir Syed Hassan bin Syed Idrus , Syed Ahmed bin DSP Hj.Syed Abas , Datu Indal bin Datuk Datu Ismail yang mewakili Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau. Juga hadir sama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagia sayap sayap Pergerakkan Wanita , Pergerakkan Pemuda dan Pergerakkan Puteri.


Ahli ahli cawangan yang bersidang dihalaman rumah WKAN Karim Tumak di Kampung Blok 31.

Dengan penuh semangat mereka menyanyikan lagu UMNO sebelum memulakan mesyuarat cawangan yang diadakan.


UMNO berteraskan wadah perjuangan bagi mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera supaya mendapat pembelaan yang wajar. Dengan teras ini jugalah kita perlu mendukung perjuangan parti kita.  Ini merupakan agenda amat penting yang perlu kita, sebagai ahli dan pejuang UMNO, sematkan dalam sanubari.  Kita yakin perjuangan kita ini akan terus mantap dan kukuh jika kita terus bersatu padu dan berkerjasama dalam mendukung cita-cita dan memantapkan perjuangan UMNO.

Peranan utama UMNO dalam membela nasib Bangsa Melayu adalah berlandaskan kesinambungan perjuangan mengembalikan maruah bangsa Melayu yang tergadai selama lebih 400 tahun disebabkan penjajahan kuasa luar seperti Portugis dan British. Justeru, UMNO hendaklah terus menjadi tonggak utama di persada kepimpinan dan pentadbiran negara. UMNO juga hendaklah terus hidup mekar dan berkembang melalui kekuatan, keutuhan dan keupayaan kita sendiri sebagai pemimpin dan ahli parti yang mampu terus bergerak menongkah arus meniti badai demi mencorakkan masa depan bangsa dan negara.


Dalam memastikan kekuatan akar umbi kita, pemimpin di semua peringkat mestilah sentiasa mendekati rakyat dan tidak kira apa jawatan dan kedudukan yang disandang. UMNO memerlukan barisan pemimpin dan gabungan tenaga yang mantap supaya asas perjuangan parti kita lebih bermakna dan natijahnya dapat dinikmati bersama.

26 March 2017 @10.00 pagi , Balairaya Kg.Kongsi 8 - Mesyuarat Cawangan UMNO Kg.Kongsi 8 


Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Bahagian yang menyelaraskan mesyuarat cawangan UMNO di Kg.Kongsi 8.


26 March 2017 @ 11.30 pagi Perkarangan rumah KK Abdul Syed Sahibni Kampung Hidayat - Mesyuarat Cawangan UMNO PDM Hidayat.


Kehadiran Yang Berhormat DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau ADUN N.55 Balung merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah bersama Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian P.190 Tawau merangkap Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah.Turut hadir Pegawai Pembangunan Masyarakat Balung Tuan Syed Hassan bin Syed Idrus , Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau , Naib Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Tawau. Turut hadir Pemimpin pemimpin Masyarakat KK Hj.Abdul Syeh bin Hj.Sahibni , KK Rizal Mohamad dan KAN Hj.Jelson Pg.Awang.


Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau , Datuk Nizam bin DSP AB. Titingan mengingatkan ahli-ahli UMNO agar tidak leka dengan matlamat perjuangan untuk terus memperkasa parti dan memastikan kekukuhan di kalangan ahli terpelihara. Beliau berkata demikian berikutan perkembangan semasa politik tempatan yang menyaksikan banyak pergolakan dalaman melanda parti-parti politik pembangkang dan ada yang ciba mempengaruhi ahli ahli parti.

Kita jangan terlalu asyik menyaksikan pergolakan yang berlaku dalam parti lawan hinggakan kita leka untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ahli UMNO, iaitu untuk terus berkhidmat menjalankan tugas seperti mana yang telah digariskan oleh Presiden dan pemimpin pemimpin atasan kita.

Datuk Seri Najib akan muncul sebagai Perdana Menteri terbaik negara ini. Berdasarkan latar belakangnya, dasar dan komitmennya, dan dengan kesediaanya menerima kritikan dan teguran dengan penuh sabar, maka saya yakin beliau akan menjadi perdana menteri yang lebih baik. Beliau juga adalah Perdana Menteri yang paling banyak mengunjungi Negeri Sabah serta mendengar permohonan dan permasalaan yang diutarakan oleh Pemimpin Negeri Sabah kepada beliau untuk dipertimbangkan.

Sebab itu ingin saya tegaskan bahawa tugas ahli parti bukan hanya untuk menjawab isu-isu serangan, ahli-ahli parti juga perlu menceritakan rekod dan kejayaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib hari ini.

Ahli-ahli UMNO mesti juga mendendangkan kejayaan kita dalam mengurus tadbir ekonomi negara dengan baik di kala ekonomi global yang sedang merudum. Begitu juga dengan hubungan diplomatik yang baik disertakan dengan pelaburan yang berbilion-bilion di bawah pentadbiran beliau. Jadi kita jangan malu-malu untuk menceritakan kejayaan ini kepada ahli-ahli akar umbi dan rakyat secara amnya, bukannya hanya menjawab serangan yang dilemparkan pembangkang dimana mereka ini cuba memanjangkan isu-isu GST, isu 1MDB dan lain-lain lagi sehinggalah tiba waktu pilihan raya nanti.

Justeru, saf kepimpinan dan ahli-ahli UMNO di Tawau mesti memastikan hasrat pembangkang tidak berjaya. Rakyat tidak boleh dimomokkan untuk selama-lamanya hanya dengan dua isu ini bagi menentukan masa depan negara dan masa depan mereka sendiri.


Jadi saya harap mesyuarat cawangan UMNO di Bahagian Tawau akan menumpukan kepada penghayatan memperkasakan perjuangan dan kita mesti menyampaikan mesej-mesej positif parti dan kepimpinan serta merapatkan saf, supaya kesiapsiagaan kita menjelang pilihan raya akan menjadi lebih padu dan lebih bersedia.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung mengingatkan semua pemimpin dan ahli cawangan perlulah bersatu hati dan sentiasa patuh dan taat kepada pemimpin.

Masyarakat hari ini bijak untuk menilai mana yang benar dan mana yang palsu lantas tentunya tahu membezakan antara parti mana yang benar-benar mahukan kemajuan, kesejahteraan dan perpaduan di kalangan masyarakat berterusan.

Lantaran itu, ahli-ahli UMNO perlu terus menggembling usaha bagi meningkatkan prestasi semasa dan melaksanakan amanah rakyat tanpa mempedulikan pertelingkahan dan pertentangan idealogi antara pakatan pembangkang.

Dalam Ucapan beliau  mengingatkan kepada semua pemimpin akar umbi dan juga Ahli ahli yang hadir  betapa perlunya kita sentiasa bersatupadu dalam kehidupan seharian , kerana dengan bersatu padu dan saling hormat menghormati kita akan mengharungi kehidupan yang aman dan damai. 

 Firman Allah Ta'ala:

                              يأيهاالذينءامنواأطيعواالله وذأطيعواالرسول وأولى الامرمنكم 
Ya ayyuhal lazina 'aamanu 'ati'ullaha waati'ul rasullah wa 'awlil umri minkum 

"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu".(An-Nisa:59) 

Sabda Nabi s.a.w(maksud): 

1)"Sesiapa taat kepada pemimpin maka dia telah taat kepadaku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin maka dia telah derhaka kepadaku".(HR Bukhari no.2957) 

2)"Kamu wajib patuh dan setia,samada dalam keadaan susah atau senang,suka atau duka dan walaupun merugikan kepentinganmu".(HR.Muslim no.1836) 

3)Seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Ya Nabi Allah,bagaimana menurutmu jika para penguasa yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami?Nabi menjawab:"Tunduk dan patuhlah kamu,sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya,manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya".(HR.Muslim no.1846) 

4)"Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah,maka hendaklah dia membenci perbuatannya,namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya".(HR.Muslim no.1855) 

5)"Sesungguhnya sepeninggalanku akan muncul para pemimpin yang bertindak sesuka hatinya dan membuat berbagai kebajikan yang kamu tidak menyukainya".Para Sahabat bertanya apa harus mereka lakukan ketika itu,Nabi menjawab:"Tunaikanlah kewajipan kamu dan mintalah hak kamu(berdoa) kepada Allah".(HR.Muslim,1843) 

6)"Sesiapa yang tidak menyukai sesuatu daripada pemimpinnya maka hendaklah dia sabar.Kerana sesungguhnya tiada seseorang pun daripada manusia yang memisahkan diri daripada pemimpinnya sekalipun hanya sejengkal lalu dia mati melainkan matinya dalam keadaan Jahiliyah".(HR Muslim no.1849)


Turut hadir AJK Bahagian UMNO P.190 Tawau bagi menyelaras mesyuarat cawangan cawangan yang diadakan pada hari tersebut , Hj.Karim Tumak , Hj.Razak bin Hj.Abas , Hj.Datu Indal bin Datuk Datu Ismail.


Ketua ketua cawangan yang hadir bagi menjalankan mesyuarat cawangan mereka sedang mendengar ucapan dan amanat daripada pemimpin pemimpin UMNO P.190 Tawau.

Firman Allah;

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَ لا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Wa'tasimu bihablillah jami'au walatafarraku wazkuru ni'matallah 'alaikum izkumtum 'da'an fa'allafa baina kulubikum fa'asnahtum bi nik'matihi ihwannan wa kuntum 'alla safa hufratim minan nari fa'ann kazakum minnha kazalika yubaiyinullahu lakum'ayatihi la'allakum tahtaduun.

 Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara” (ali Imran: 103).

Ikrar janji Setia #Negaraku Malaysia , #Hidup Rakyat  , #Terus Berjuang demikian laungan keramat diMesyuarat Cawangan cawanga PDM Hidayat.


02 April 2017 @2.00 petang , Cawangan UMNO Kg.Mangga - Mesyuarat cawangan UMNO Kg.Mangga yang dihadiri oleh AJK UMNO Bahagian sebagai penyelaras mesyuarat terdiri daripada Tuan Sarman Amatsimito , Syed Hassan bin Syed Idrus , Syed Ahmed bin DSP Hj.Syed Abas dan Puan Mardawyah binti Hj.Yudin. Penyelaras Wanita Bahagian diwakili oleh AJK Wanita UMNO Bahagian Puan Norpiah binti Rasna dan Jaliha binti Angking.


Ucapan alu aluan Ketua Cawangan UMNO Kg.Mangga Tuan M.Y. Ahmad , dengan rasa gembira kerana dapat menjalankan tugas bagi mengadakan mesyuarat cawangan yang diperlukan setiap tahun.


Mesyuarat berjalan lancar dengan kehadiran ramai Ahli bagi menunaikan kewajipan mereka kepada Parti UMNO. UMNO adalah parti tunjang kekuatan Parti Barisan Nasional di Malaysia.Ahli UMNO sentiasa mengikuti perkembangan parti dan sentiasa mengikut arahan seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. 


02 April 2017 @ 2.00 petang , Cawangan UMNO Kg.Jawa Kongsi 10 - Mesyuarat cawangan UMNO Kg.Jawa Kongsi 10 yang dihadiri oleh AJK UMNO Bahagian sebagai penyelaras mesyuarat terdiri daripada Tuan Yusof bin Hj.Ahmad , Penyelaras Wanita Bahagian diwakili oleh AJK Wanita UMNO Bahagian Puan Kasma binti Jalil dan Penyelaras Pemuda UMNO Bahagian Tuan Azhar bin Mokhtar.

Kehadiran Ahli ahli Cawangan lebih ramai kehadiran wanita disebabkan kaum lelaki pergi kekebun atau bertugas diluar kawasan. 

09 April 2017 @8.00pagi , Balairaya Kg.Ranggu Tawau - Mesyuarat cawangan cawangan UMNO Kg.Ranggu , Kg.Rancangan Ranggu dan Kinabutan Peringkat II telah berlansung dibalairaya kg.Ranggu yang diselaraskan oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian yang diketuai oleh Tuan Hamil Hj.Awang Bendahari UMNO Bahagian Tawau , Nordin bin Nusu Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau dan Puan Mardawiyah binti Hj.Yudin Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau.

Dalam Ucapan Tuan Hamil Hj.Awang , beliau berharap semua Ahli memahami tentang keperluan mengadakan mesyuarat cawangan cawangan UMNO setiap tahun iaitu bagi menyempurnakan keperluan oleh akta Pertubuhan dan Registry of Societies ( ROS ) Malaysia  atau pun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.. Dari itu sebagai Ahli kita perlu mengadakan mesyuarat cawangan cawangan.

Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada ketiga tiga Ketua cawangan UMNO yang berjiran ini dapat mengadakan mesyuarat seperti ini.

Ketua ketua cawangan sentiasa akur dan sentiasa patuh kepada peraturan dan perlembagaan parti dimana mereka sentiasa memanggil mesyuarat cawangan sebaik sahaja tarikh tarikh diperolihi mengikut tempuh waktu yang telah ditetapkan.


Ahli ahli cawangan hadir seperti yang dijadualkan dalam surat jemputan mesyuarat. Mereka arif dan faham akan keperluan menghadiri mesyuarat cawangan yang diadakan pada setiap tahun. telah dinyatakan dan di ingatkan bahawa adalah tanggungjawab sebagai ahli cawangan UMNO untuk menghadiri mesyuarat yang mana telah termaktub dalam perlembagaan Parti dan juga akta pertubuhan.


Ahli ahli yang hadir dapat bertemu rakan rakan seperjuangan yang mana suatu ketika sama sama berjuang dalam parti USNO sehingga 5 September 1991 USNO dibubarkan dan semua ahli ahlinya menjadi Ahli UMNO Sabah.

Mesyuarat Cawangan berjalan dengan baik dan teratur semoga Parti UMNO akan memperolih lebih banyak kejayaan. Sebagai sebuah parti yang memerintah negara bersama parti komponen yang dikenali sebagai Barisan Nasional.


9 April 2017 @2.00petang , Balairaya Rancangan Batu 22 Apas Balung - Mesyuarat Cawangan Apas Proper Ahli dan ahli Jawatankuasa cawangan Apas Proper Peringkat 1 , Apas Proper Peringkat II , Ladang Sg.Kawa dan Kg.Sg.Balung. 


Ahli dan ahli Jawatankuasa cawangan Apas Proper Peringkat 1 , Apas Proper Peringkat II , Ladang Sg.Kawa dan Kg.Sg.Balung. 


Ucapan ketua cawangan Tuan Abu Seman bin Saad yang mewakili ketua cawangan Abd.Wahid Lagid , Kasiran bin Suandi , dan Hj.Masse bin Hamid. Dalam ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli ahli cawangan cawangan yang sudi meluangkan masa hadir dimesyuarat pada hari itu. Tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk memenuhi kehendak Perlembagaan Parti UMNO dimana mengkehendakan setiap tahun semua cawangan cawangan UMNO perlu lah mengadakan Mesyuarat Agong.Disamping itu juga semua ahli ahli dapatlah bertemu dengan rakan rakan dan taulan dan dapat menyuarakan kehendak dan keperluan ahli masing masing.


Ucapan wakil UMNO Bahagian Tawau Tuan Hj.Jeffery Su diMesyuarat Cawangan cawangan Apas Proper dengan menekan kepada perpaduan ahli ahli cawangan dengan terus menyokong kepimpinan UMNO Peringkat Bahagian , Peringkat Negeri Sabah dan Peringkat Nasional.


15 April 2017 @9.00 pagi , dirumah Ahli UMNO Hj.Abu Hajar Sumansi - Mesyuarat Cawangan UMNO Batu 10 Hap Seng berlangsung dihadiri oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan.


Turut Hadir Tuan Hj.Mohamad Oman , AJK UMNO Bahagian dan juga Pengerusi UMNO Zon Tinagat bagi menyelaras Mesyuarat yang dijalankan.


16 April 2017 @8.00pagi , diBalairaya Kg.Titingan - Mesyuarat cawangan cawangan UMNO Zon Titingan bermesyuarat di Balairaya kg.Titingan. Mereka begitu bersemangat juang yang tinggi yang sentiasa bersatu dibawah kepimpinan Cawangan dan Bahagian UMNO Tawau yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah


Tuan Hj.Mahamud Sakti Pengerusi Zon Titingan bersama Tuan Zainal Talib Ketua cawangan UMNO.


AJK Wanita UMNO Bahagian yang turut hadir untuk menyelaraskan mesyuarat wanita cawangan yang bermesyuarat pada hari tersebut.


Seperti biasa bagi memulakan mesyuarat cawangan cawangan perlulah menyanyikan 3 buah lagu Negaraku , Sabah Tanah Airku dan Lagu UMNO. Ketua ketua cawangan yang bermesyuarat yang sentiasa arif dan patuh kepada arahan dan perlembagaan parti begitu bersemangat dalam menjalankan mesyuarat yang diperlukan diadakan pada setiap tahun.


Ucapan AJK UMNO Bahagian Tawau , Tuan Hj.Abdul Razak Hj.Abas yang sedang memantau perjalan mesyuarat yang diadakan di Balairaya Kg.Titingan. Beliau mengajak semua ahli UMNO sentiasa bersatu hati dan bekerjasama dengan rakan rakan seperjuangan untuk membina dan mengukuhkan parti UMNO yang disayangi.


16 April 2017 @2petang , dirumah kediaman Ahli UMNO Tuan Sulle Bali Batu 2 Jalan Apas Tawau - Mesyuarat cawangan cawangan berlangsung dengan baik dan teratur. Ucapan dari AJK Bahagian UMNO Tawau Tuan Syed Ahmad bin DSP Hj.Syed Abas.


AJK Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau yang menyelaras mesyuarat Pergerakkan Wanita cawangan cawangan yang bersidang.


AJK Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau yang menyelaras mesyuarat Pergerakkan Wanita cawangan cawangan yang bersidang.


Pergerakkan wanita UMNO Cawangan cawangan yang bermesyuarat pada hari tersebut dengan penuh setia dan bersatu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ahli UMNO dicawangan masing masing.


21 April 2017 @8.00 malam , Dirumah Ahli UMNO Cawangan Batu 2 - Mesyuarat Cawangan cawangan UMNO DUN Apas PDM Tawau Lama telah berlangsung dirumah Puan Sharifah Salmah binti Habib Hassan.
Cawangan cawangan yang bermesyuarat ; UMNO Lorong Habib Sheh , Jalan Mat Salleh , Batu 2 Jalan Apas , Lorong Bunga Raya Batu 2 Jalan Apas dan Jalan Pantai Natu 3 


Mesyuarat Cawangan cawangan UMNO dimulakan dengan menyanyikan 3 buah lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu UMNO.


Tidak dinafikan sememangnya ahli ahli UMNO dimana jua mengadakan mesyuarat cawangan pastinya dalam keadaan bersemangat juang yang tinggi tidak kira mesyuarat itu diadakan pada bila bila juga.


Ucapan Ketua Cawangan semasa mesyuarat tersebut yang disampaikan oleh Tuan Hj.Abdul Razak Hj.Abas .


Ahli ahli cawangan yang sentiasa patuh dan setia kepada parti dan kepimpinan nya.Mereka dengan sukarela datang menghadiri mesyuarat yang telah ditetapkan mengikut peraturan peraturan mesyuarat yang diperlukan.


Ahli ahli yang hadir mendengar ucapan Wakil Ketua Ketua Cawangan yang bersidang pada malam itu.


Ucapan dari AJK UMNO Bahagian Tawau selaku Penyelaras mesyuarat pada malam itu Tuan Hj.Mohd.Asis bin Ali.


 
Disamping itu sebagai pengisian kepada Mesyuarat yang diadakan , pihak Jawatankuasa Cawangan cawangan telah menyediakan Kek Ulang Tahun ke-71 UMNO Malaysia. Pemotongan Kek tersebut telah disempurnakan disaksikan semua Ahli yang hadir pada malam tersebut. Tuan Syed Hassan bin Syed Idrus AJK UMNO Bahagian Tawau merangkap Pegawai Pembangunan Masyarakat Kawasan DUN 55 Balung memulakan pemotongan Kek dengan dibantu oleh Hj.Mohd.Asis bin Ali AJK Bahagian UMNO Tawau , Hj.Abd.Razak bin Abas AJK Bahagian UMNO Tawau , Johnny bin Sulaiman AJK Bahagian UMNO Tawau , Yusof bin Hj.Ahmad AJK Bahagian UMNO Tawau , Sahran bin Mankati AJK Bahagian UMNO Tawau, Puan Norsiah binti Bayai Naib Ketua Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Tawau, Sharifah Salmah binti Habib Hassan AJK Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Tawau dan Tuan Hj.Habib Ismail bin Hj.Habib Abdul Rahman.



Pihak Jawatankuasa Cawangan cawangan juga menyediakan beberapa hadiah untuk dibawa pulang iaitu pelbagai barangan untuk cabutan Nombor bertuah.


Hadiah hadiah cabutan nombor bertuah disampaikan oleh Tuan Syed Hassan bin Syed Idrus AJK Bahagian UMNO Tawau merangkap Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN N.55 Balung.


Ahli ahli Pergerakan Puteri UMNO cawangan cawangan juga hadir melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Parti UMNO dengan melaksanakan mesyuarat Pergerakkan Puteri UMNO dicawangan cawangan.


Selesai Mesyuarat Cawangan pihak Penyelaras yang mewakili UMNO Bahagian Tawau akan menandatangani borang akuan yang disediakan.

22 April 2017 @2.00 petang , Dirumah Ahli Cawangan UMNO Kg.Iban Kuala Nansang - Mesyuarat diselaraskan oleh AJK UMNO Bahagian Tawau En.Johnny bin Sulaiman dan En.Sahran bin Mankati serta Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Puan Norsiah binti Bayai.


Antara ahli ahli UMNO yang berdaftar di situ yang hadir mesyuarat tersebut. Majoriti nya mereka ini adalah terdiri daripada Suku Iban
dan terdapat juga sebilangan kecil orang Melayu.


En.Johnny Sulaiman Penyelaras UMNO Bahagian Tawau menerangkan kepada ahli ahli yang hadir tentang mesyuarat yang diadakan. 


Namun begitu mereka adalah penyokong setia kepada Parti UMNO yang sentiasa memberikan komitmen mereka untuk memenangkan calun calun UMNO yang bertanding di DUN Balung yang juga Barisan Nasional peringkat Negeri dan Persekutuan. Disini Ketua Cawangan nya ialah En.John a/k Sulutan dan beliau juga adalah Ketua Kampung ini Kg.Iban Kuala Nansang.


               

23 April 2017 @9.30 pagi , Mesyuarat Cawangan UMNO Tanjung Parapat dirumah ahli Cawangan - Mesyuarat diselaraskan oleh Hj.Tony Tahah AJK UMNO Bahagian Tawau.


Penyelaras Pergerakan Wanita bahagian yang hadir menyelaras Kamariah binti Abdul Razak dan Dayang Aminah binti Amin


23 April 2017 @11.30 pagi , Di Bilik Gerakkan UPPM Balung - Mesyuarat Cawangan Rancangan Inderasabah telah diadakan yang diselaraskan oleh Tuan Syed Hassan bin Syed Idrus AJK UMNO Bahagian Tawau.

Mesyuarat Pergerakan wanita cawangan telah diselaraskan oleh AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian.


25 April 2017 @ 8.00 malam , Taman Sri Titingan Tawau - Mesyuarat Cawangan UMNO Kg.Kurnia Jaya dan Cawangan Jalan Kurnia Jaya yang diselaraskan oleh Tony Tahah AJK UMNO Bahagian Tawau. Ketua Cawangan Mohd. Thomas Attang dan Leon Ittok.



Persidangan cawangan cawangan UMNO telah selesai pada 30 April 2017 , dimana semua cawangan cawangan UMNO di DUN N55 Balung dan DUN N.56 Apas telah selesai menjalankan mesyuarat masing masing.

Tahniah kepada semua Cawangan - cawangan UMNO Bahagian P.190 Tawau  yang telah bersidang bermula 17 March hingga 30 April 2017.


" Sejarah Perjuangan UMNO tidak boleh dibiarkan luput begitu sahaja" - Tan Sri Mohd.Yusoff Latiff penerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2017


#NEGARAKU MALAYSIA
#HIDUP RAKYAT
#TERUS BERJUANG



BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT