Monday, October 28, 2019

JELAJAH PEMIMPIN BERSATU SABAH KE TAWAU



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah melakar sejarah nya sendiri dalam arena politik Sabah apabila parti berkenaan secara rasmi bertapak sekali gus melebarkan sayap ke Negeri Sabah ( Negeri  bawah bayu ).

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri di hadapan kira-kira 30,000 penyokong Bersatu Sabah yang hadir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah itu di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC) Penampang..

Turut hadir Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Pelancaran Bersatu Sabah Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji Mohd Noor dan Timbalannya Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Dr Mahathir kemudian menyerahkan kad keanggotaan Bersatu kepada tujuh Ahli Yang Berhormat dari Sabah iaitu Adun Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Adun Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Adun Usukan, Datuk Japlin Akin. Turut menerima kad keanggotaan Bersatu ialah Adun Klias Datuk Isnin Aliasnih, Adun Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Adun Nabawan, Datuk Bobbey Suan dan Adun Lumadan Matbali Musah.

Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Mohd Noor dilantik sebagai Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah.
Pelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu, pada majlis pelancaran Bersatu Sabah di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa Penampang. Berucap pada majlis itu, Hajiji berkata penubuhan Bersatu di Sabah membuka lembaran baharu dalam konteks sejarah politik Sabah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat, khususnya Bumiputera dan pribumi di Negeri Di Bawah Bayu ini.

“Saya yakin dengan tertubuhnya Bersatu di Sabah, rakyat Bumiputera atau pribumi di negeri ini mempunyai alternatif sebagai satu daripada parti pilihan yang boleh memperjuang dan melindungi kepentingan mereka berikutan perubahan landskap politik negara selepas pilihan raya umum lepas.

“Kehadiran Bersatu di Sabah bererti pimpinan juga membuka ruang atau platform baharu kepada golongan muda untuk turut menceburi politik menerusi parti ini dan Bersatu Sabah bersedia memberi ruang kepada mereka,” katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis pelancaran Bersatu Sabah berkata Bersatu dipilih bertapak di Sabah kerana keyakinan terhadap kepimpinan Dr Mahathir yang disifatkan sebagai seorang pemimpin bertaraf dunia selain rekod cemerlang semasa menjadi perdana menteri sebelum ini yang tidak boleh dinafikan. Beliau juga yakin Dr Mahathir mampu memulihkan imej Malaysia yang telah tercemar di mata dunia seterusnya membawa Malaysia kembali menjadi sebuah negara unggul dan dihormati.





Kini pada tanggal 26 Oktober  2019 iaitu selepas Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia  pada tanggal 6 haribulan April 2019 oleh YAB Tun Dr.Mahathir Mohamad di Dewan ITCC Penampang mula bergerak kehadapan bertemu dengan pemimpin dan Ahli Jawatankuasa Cawangan Bersatu di Bahagian Tawau , Kalabakan dan Semporna. Program ini dinamakan Jelajah Pemimpin Bersatu Sabah yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji Mohd.Noor selaku Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah bersama Timbalan nya Datuk Seri Panglima Marsidi Manjun dan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah. 













Ahli Jawatankuasa Cawangan , Ahli Jawatankuasa Bahagian , Ahli Jawatankuasa Srikandi Bahagian , Ahli Jawatankuasa Armada Bahagian dan Para Jemputan Khas telah mengambil tempat duduk yang telah disediakan oleh pihak Penganjur.

Buat pertama kali perjumpaan bersama Pemimpin dari peringkat cawangan , Peringkat Bahagian , Srikandi dan Armada telah berkumpul di Hotel D'Choice bagi menyatakan sokongan yang padu kepada Pemimpin atasan untuk terus menggalas perjuangan selaku Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sabah.



Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor selaku Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah bersama rombongan tiba di Dewan Persidangan Hotel D'Choice disambut oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan menuju ke pentas khas yang telah disediakan. Beliau sempat beramah mesra dengan Ahli ahli Bersatu yang hadir mewakili cawangan masing masing.




  





Dalam ucapan alu alu Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan selaku Ketua Bersatu Bahagian Tawau mengucapkan ribuan terima kasih diatas pemilihan Bersatu Bahagian Tawau yang dikunjungi oleh Kepimpinan Negeri Sabah yang di Ketuai oleh Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah bersama Yang Berhormat DSP Masidi Manjun dan rombongan nya.

Beliau amat berterima kasih diatas kehadiran Ketua Ketua Cawangan , AJK Bahagian , AJK Srikandi Bahagian , AJK Armada Bahagian , Ahli Jawatankuasa Cawangan dan pada jemputan khas dari Bahagian Kalabakan dan Sempurna.







Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Bersatu Bahagian Tawau yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan atas usaha dan kerjasama antara mereka telah berjaya menjayakan Program Jelajah Pimpinan Bersatu Sabah di Bahagian Tawau. 

Beliau juga begitu gembira kerana ramai pemimpin akar umbi yang hadir pada hari itu yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan Politik Tanah Air terutama sekali di Negeri Sabah.






Gimik Pelancaran Perasmian Program Jelajah Pimpinan Bersatu Sabah dengan pukulan Gong Oleh Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor sebanyak 13 kali sebagai menandakan 13 cawangan Bersatu Bahagian Tawau. Gong yang digunakan ini ialah gong dari suku kaum Murut Kg.Serudung Baru.

Acara seterusnya penyampaian bendera Parti kepada semua Ketua cawangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor.

Terdahulu daripada itu penyampaian borang permohonan keahlian Parti Bersatu yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan kepada DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor .




Borang yang diserahkan ini adalah permohonan keahlian yang baru yang telah disemak dan tiada pertindihan permohonan. 

  

Cawangan Tawau Lama yang di Ketuai oleh Tuan Hj.Halik bin Hj.Wahid , dalam DUN N.56 Apas telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah.


Cawangan Wakuba yang di Ketuai oleh Datuk Hj.Rackey Apna , dalam DUN N.56 Apas telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah. 


Cawangan Tinagat yang di Ketuai oleh Tuan Basir bin Hj.Yahya , dalam DUN N.56 Apas telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah.


Cawangan Inderasabah yang di Ketuai oleh Tuan Hj.Abit Sulaiman , dalam DUN N.56 Apas telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah.


Cawangan Apas yang di Ketuai oleh Tuan Hj.Tony Malisi , dalam DUN N.56 Apas telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah.



Cawangan Batu 4  yang di Ketuai oleh Tuan Hj.Mohd.John bin Lakim , dalam DUN N.56 Apas telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah. 



Cawangan Balung yang di Ketuai oleh Tuan Hj.Ronsen Blais , dalam DUN N.55 Balung telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah.


Cawangan Bukit Quin  yang di Ketuai oleh Tuan Hj.Kadir Parintah , dalam DUN N.55 Balung telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah.


Cawangan Andrassy  yang di Ketuai oleh Tuan Sahran bin Mankati , beliau telah diwakili oleh Timbalan nya Tuan Gaong Empaty dalam DUN N.55 Balung telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah.


Cawangan Ranggu  yang di Ketuai oleh Tuan Yusof bin Hj.Ahmad , dalam DUN N.55 Balung telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah.


Cawangan Kinabutan Kecil  yang di Ketuai oleh Tuan Risal bin Japar , dalam DUN N.55 Balung telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah.


Cawangan Kinabutan yang di Ketuai oleh Tuan Gapar bin Ahmad , dalam DUN N.55 Balung telah menerima bendera dari pada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah. 




Penyampaian cenderakenangan kepada Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor daripada Bersatu Bahagian Tawau yang disampaikan oleh Ketua Bersatu Bahagian Tawau Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan.





Ahli Jawatankuasa Armada dan Ahli Jawatankuasa Srikandi Bahagian Bersatu Tawau mengabadikan potrit kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah sempena Jelajah Pimpinan Bersatu Sabah ke Tawau. 






Ahli Jawatankuasa Bahagian , Ahli Jawatankuasa Armada dan Ahli Jawatankuasa Srikandi Bahagian Bersatu Kalabakan dan Semporna turut mengabadikan potrit kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah sempena Jelajah Pimpinan Bersatu Sabah ke Tawau. 









Laungan Perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah bersama sama yang diketuai oleh Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah. Sebagai sebuah organisasi , perlu untuk suntikan semangat juang yang tinggi dan jitu bagi menghadapi arus perubahan politik Tanah air terutama sekali di Negeri Sabah. 







Yang Berhormat DSP Hj.Hajiji Mohd.Noor menyatakan bahawa matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah jelas iaitu menyatukan rakyat Malaysia terutama Negeri Sabah . Beliau juga menyatakan akan memberikan kerjasama kepada kerajaan Negeri dan juga Parti dari Pakatan Harapan. Sebagai sebuah Negara Demokrasi tidak timbul sebarang masalah dengan parti lain diNegeri ini. Mereka yang mahu mendaftar dan menyokong amat dialau alukan. Jelajah yang dilaksanakan bertujuan berjumpa dengan kepimpinan setempat dan penyokong akar umbi.







Bertemu rakan lama , rakan seperjuangan sejak sekian lama sentiasa ingat mengingati sesama rakan dalam mencetuskan asas dan dasar perjuangan berterusan demi memartabatkan keupayaan bagi mencapai tujuan dan matlamat demi keharmonian Insan sejagat terutama Negera ku Malaysia. 




Ada cerita lama dizaman persekolahan menjadi tajuk perbualan sewaktu sama sama tinggal di Asrama Maktab Sabah suatu ketika dulu. Memang tidak dapat dinafikan kegembiraan apabila bertemu rakan lama , bergaul zaman muda remaja , tinggal di Asrama yang penuh dengan peraturan dan disciplen.



Untuk menjayakan Program yang semeriah begini , perlukan satu Jawatankuasa yang mempunyai komitment yang tinggi serta daya kreativiti yang padu agar Majlis yang dilangsungkan akan berjalan dengan lancar dan teratur. Mereka inilah yang memainkan peranan yang diketuai oleh Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor , Ketua Srikandi Bahagian Tawau dengan dibantu Tuan Azriansyah Ali Setiausaha Bahagian Bersatu Tawau dan Hjh.Normah Ambo Setiausaha Kerja dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu Tawau Datuk Hj.Rackey Apna , Tuan Tony Malisi , Tuan Basir Hj.Yahya , Tuan Hj.Abit Sulaiman  serta kakitangan pejabat.


  
Bagi meraikan tetamu yang datang Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Tawau telah mengadakan Makan Malam bersama Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah dan rombongan nya di Steam boat Jalan Sin Onn.








Special menu untuk special person , maksud nya menu cipta sendiri dengan mengambil pelbagai jenis makanan terutama makan laut seperti Udang , Ketam , Shell , Ikan  , ada juga daging kambing , lembu  dan ayam. Terpulang lah kepada selera anda dengan cara memasak nya Rebus kah , Goreng kah atau dibakar. Ada juga disediakan Nasi Goreng dan Mee Goreng dengan minuman pelbagai termasuk Air Kelapa Muda , makan lah sepuas nya hanya RM30.00 seorang.




"BERSATU , BERMARUAH ,BERAMANAH "






end