Wednesday, January 1, 2020

KENANGAN #HATI & PERASAAN 2020


PERISTIWA , NOSTALGIA DAN RAGAM LUMRAH DALAM KEHIDUPAN. BEGITULAH SETIAP TAHUN BERLAKU TANPA DISEDARI LUPUT DARI INGATAN. MELALUI BLOG INI KU RAKAMKAN SEDIKIT PERISTIWA , NOSTALGIA DAN RAGAM TAHUN 2020







Kenangan , Hati dan Perasaan , tahun Baharu 2020 menjelma dan akan meninggalkan kisah suka dan duka tahun 2019 yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Suka duka lumrah kehidupan telah sebati dengan kehidupan yang sentiasa bertawakkal kepada Allah.

Hidup tidak selalu indah , kita sentiasa berharap sesuatu yang terbaik dalam kehidupan , namun hakikatnya kehidupan tidak selalu mengikut apa yang diharapkan. Perjalanan hidup memang tidak sentiasa indah seperti yang diimpikan. Ia adalah fitrah , seperti siang yang terang bersilih ganti dengan malam yang gelap. Seperti roda yang berpusing , sekali di atas sekali di bawah. Kita akan diuji melalui kejayaan atau pun kesenangan dan juga masalah mahu pun musibah. Lazimnya setiap insan akan melalui pengalaman ini , sebab itu Agama Islam mengajar kita untuk membina kehidupan atas tapak keimanan. Apabila memperoleh kejayaan atau kesenangan , kita wajib bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa dan apabila kita ditimpa masalah atau musibah , kita wajib bersabar dan bertawakal kepada Nya.

Allah memperingatkan kita melalui firman-Nya: 
"Janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita , padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman." (Surah Ali Imran 3:139)

Kita harus sedar dan yakin bahawa saat menghadapi ujian, Allah SWT mengetahui keadaan kita. Oleh sebab itu, Dia tidak akan menguji hamba-Nya di luar batas kemampuannya. Hal ini secara tegas dinyatakan dalam al-Quran: 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya...” (Surah Al-Baqarah 2:286).


Selain itu, kita juga harus ingat bahawa setiap kesulitan pasti ada jalan keluar. Ini bukti cinta kasih Allah kepada kita, sebagaimana firman-Nya:
“Kerana sesungguhnya, sesudah kesulitan itu ada kemudahan. ” (Surah Al-Insyirah 94:5-6).

Allah SWT pasti akan menepati janji-Nya dan tidak ada keraguan dengan itu. Yakinlah bahawa kebahagiaan yang akan kita dapat selepas mengalami kesulitan. 

Dipejam mata tidur tak lena ,
Jantung berdenyut bagai ribut melanda ,
Walau pun hidup dimana mana ,
Menggarap ilmu sentiasa tidak dicanda.


"Jiwa akan sepi tanpa Teman, Hati akan mati tanpa Iman, Hari ini adalah Kenyataan, Semalam adalah Kenangan, Esok adalah Impian, Jadi , Sucikan lah Hati, Jernihkan lah Fikiran, Sambutlah Tahun Baharu dengan Azam Baru".


Berazam lah dengan sesuatu , semoga ia nya menjadi pendorong kearah kebangkitan dan kemajuan yang menjadi kepada asas maju kehadapan selaras dengan perkembangan zaman yang dihadapi.

" SELAMAT TAHUN BAHARU 2020 "





6 JANUARI 2020 ( malam ) , Perginya seorang teman seperjuangan menghadap Ilahi meninggalkan kesan kepada kami rakan rakan seperjuangan. Pagi 6 Januari 2020 , kami masih lagi bersamanya minum kopi di kedai kopi dibandar Tawau. Ajal dan Maut adalah ketentuan Allah Rabbuljalil , semoga Roh Arwah Datuk Hj.Rackey Apna sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang mendapat keampunan Nya, Aameen




Beliau adalah seorang pejuang tulen Agama , Bangsa dan Tanahair. Beliau telah melibatkan diri dalam pergerakan Politik sejak Sabah Merdeka , dengan menganggotai parti USNO. Beliau adalah ahli yang lantang bersuara dengan menyuarakan kehendak kehendak rakyat bawahan. Semasa Kemasukkan UMNO ke Sabah beliau bersama sama ahli ahli USNO yang lain berhijrah Ke Parti UMNO dan sejak itu lah beliau semakin bersinar dalam berpolitik dengan terpilih menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Semporna pada pemilihan yang pertama kali diadakan itu. Berterusan apabila UMNO Balung pinda ke Bahagian Tawau dibawah kepimpinan Almarhum Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan. Keriar Politik kian berubah  apabila Parti UMNO kalah dalam PRU14 dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama sama rakan rakan lain yang turut serta dengan YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dan dilantik sebagai AJK Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU ) Bahagian Tawau. Innalillahi wainna ilaihi rajioun, Allahhumagfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu semoga Roh Almarhum dicucuri Rahmat dan Keampunan , Aameen.


26 JANUARI 2020 , Hantar borang pencalunan masuk bertanding Ahli Jawatankuasa Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Pejabat PPBM Tawau. Masa dan waktu penerimaan borang pencalunan dari jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Maklumat yang diterima yang layak bertanding ialah i. Telah menjadi ahli PPBM sekurang kurang nya 12 bulan pada atau sebelum 15 Februari 2020 ii. atau pernah memegang jawatan diperingkat Jawatan Bahagian iii. atau Jawatankuasa sayap sayap Bahagian dan telah menjelaskan Yuran Tahunan.







Dalam siri meneruskan Perjuangan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia semua Ahli Jawatankuasa yang lalu yang layak untuk bertanding menghantar borang pencalunan mereka ini termasuk lah sayap sayap Srikandi dan juga Armada. Walau bagaimana pun keputusan sama ada layak bertanding akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Nasional.


02 FEBRUARY 2020 , Lawatan kerja YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama AJK Bahagian Bersatu serta AJK Srikandi dan Armada ke Kampung Titingan di Blok 10 dan 11 yang sentiasa diiringi oleh Tuan Hj Mahmud Sakti Ketua Cawangan Titingan merangkap Naib Ketua Bahagian bersama Jawatankuasa nya.







Rangka lawatan kesini ialah untuk melawat warga kampung Titingan yang sedang uzur dan sakit , warga yang memerlukan bantuan tempat tinggal yang kondusif dan selesa serta melihat keadaan Prasarana yang perlu diperbaiki dan dibaikpulih seperti Titian , Jambatan dan lain lain yang berkaitan.










Hati siapa yang tidak akan runtuh apa bila bertemu dan melihat sendiri dan menilai kesusahan serta bebanan yang terpaksa mereka tanggung dalam mengharungi kehidupan. Di Kampung Titingan ini mereka sudah begitu sinonim dengan keadaan kehidupan seperti ini tinggal dalam rumah yang dibina terlalu hampir diantara satu dengan yang lain. 








Pusing pusing dalam kampung Titingan untuk meninjau keperluan dalam kepelbagaian disitu ; diharapkan yang sakit akan sembuh , yang susah / miskin akan mendapat bantuan , infrastruktur yang rosak akan dibaik pulih semoga semuanya akan berjalan lancar.


01 MARCH 2020 , Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik, Malaysia pada Ahad bakal menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan. 












Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.


14 MARCH 2020 , Mesyuarat Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau yang diadakan di SK. Kuala Apas dengan 13 cawangan yang bermesyuarat serentak.








Semua cawangan telah membuat pemilihan Jawatankuasa Cawangan , Srikandi dan Armada yang baru dan memilih Ahli Jawatankuasa Bahagian , Srikandi dan Armada yang baru.


18 MARCH 2020 , Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung merebak lebih pantas COVID-19. Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan mulai 18 March 2020 keseluruh Negara.






tempoh hayat Covid-19 ini hanyalah 14 hari sahaja , tetapi jika ia berpindah ke badan lain ia akan memanjangkan tempuh hayat Covid-19 tersebut. Sebab itulah sekiranya kita dapat mengasingkan diri kita selama 14 hari Covid-19 ini akan pupus dengan sendiri nya. Semoga semua nya akan berakhir dengan segera tanpa ada kebimbangan Covid-19.



Semua aktiviti harian ditunda dan dikehendaki berada dirumah masing masing semasa kuatkuasa PKP ini. 

APA ITU COVID-19


Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan coronavirus menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.


Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1 meter (3 kaki) dari orang yang sakit. KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.


Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini. Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ianya lebih sesuai digunapakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan.



Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk angkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk Mengurangkan gejala yang dialami pesakit. ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.Walau bagaimanapun ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa. 


Pengembara ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dan Selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut:


• Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;

• Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;


• Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan manamana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;

• Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan


• Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.


KKM telah memantau situasi wabak jangkitan COVID-19 ini secara harian melalui sumbersumber yang sahih sejak 10 Januari 2020, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

i. Membuka Bilik Gerakan COVID-19.

ii. Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini wabak ini.

iii. Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk antarabangsa Malaysia.

iv. Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan, membuat rujukan dan isolasi kes di hospital-hospital terpilih.

v. Menjalankan pemantauan kontak di rumah atau tempat-tempat pengasingan yang termaktub dalam Perintah Pemantauan dan Pengasingan.

vi. Meningkatkan kapasiti isolasi di hospital.

vii. Memantapkan kemampuan dan keupayaan makmal dalam menjalankan ujian pengesanan virus ini.

viii. Menjalankan latihan kepada kakitangan kesihatan khususnya penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang betul.

ix. Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala dan komplikasi mencukupi.

x. Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus COVID-19 ini melalui media sosial dan media cetak.





21 MEI 2020 , Penyampaian agihan Bubur Lambuk di Perkarangan Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau yang disempurnakan oleh YB. Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan yang telah diusahakan oleh AJK Srikandi Bersatu Bahagian Tawau , bersempena bulan Ramadhan Al'Mubaraq







Pada sebelah pagi mereka menyediakan bubur lambuk yang akan diagih kan kepada orang awam yang lalu dihadapan Jalan Pejabat Bersatu Tawau pada sebelah petang nanti.













Agihan bubur lambuk sempena bulan Ramadhan ini adalah aktiviti saban tahun yang dijalankan dihadapan Pejabat Bersatu Bahagian Tawau . Sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat terdapat sedikit kelonggaran dan dapat melaksanakan pengagihan bubur lambuk diperkarangan pejabat dimana mereka yang melalui kawasan ini akan diberikan bubur lambuk dan kueh mueh untuk berbuka puasa.



18 March 2020 hingga 20 Jun 2020 - Tiada aktiviti berkumpulan diadakan bagi mematuhi PKP/PKPD/PKPB/PKPP untuk mengawal COVID -19 daripada merebak ( flattening the curve atau melandaikan keluk jangkitan )




21 JUN 2020 , Penyampaian Bantuan kepada mangsa kebakaran oleh YB.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan ADUN.56 Apas merangkap Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau   di Lorong Hj.Sundu  , Jalan Habib Abdul Rahman off  Batu 2 Jalan Apas Tawau.










Pada 17 Jun 2020 @3pm , berlaku kebakaran di Lorong Hj.Sundu Batu 2 Jalan Apas Tawau mengakibatkan sebanyak 10 buah rumah musnah dijilat api. 









YB.Datuk Hj.Nizam berkesempatan untuk melawat ketapak kebakaran bagi melihat kawasan kebakaran dimana 20 buah rumah kediaman musnah terbakar.

Semoga mereka bersabar dengan dugaan dan cubaan Allah diatas musibah kebakaran rumah tempat tinggal mereka.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 - 157 ;


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ   

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ 

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ


Walanabluan nakum bi saiin minal haufi walju e wanaksim minal amwali wal anfusi wassamarati wabas siris sabirin (155)

Al lazina iza asabathum musibathum kaallu innalillahi wa inna ilaihi rajioun (156 )

Ulaika alaihim salawatum mir rabbihim warahma wa ulaika humul muhtadun (157)

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” 



26 JUN 2020 , YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama AJK Bahagian dan Pemimpin sayap sayap PPBM berada di Airport Tawau untuk menyambut ketibaan YB.Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd. Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) sempena lawatan kerja beliau ke Tawau.






Dari Lapangan Terbang terus ke  Shan Shui Golf Club untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang berlangsung di Dewan Shan Shui Golf Resort Bhd, Tawau. Dalam Majlis ini penyampaian watikah Perlantikan Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kepada Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan sebagai Kolonel Kehormat Pertahanan Awam Malaysia. Penyampaian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd. Redzuan bin Mohd. Yusof , Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas khas ). Turut menerima Watikah Perlantikan Pegawai Pertahanan Awam iaitu Mejar Bersekutu Tuan Hj.Abdul Karim bin Hj.Wahid dan Mejar Bersekutu Tuan Hj.Abdul Hakim Gulam Hassan











  

Beberapa kategori Jawatan dan Anugerah telah disampaikan dalam Majlis ini. Turut sama meraikan penghormatan diatas perlantikan YB.Datuk Hj.Nizam Ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu Tawau bersama pemimpin pemimpin sayap Srikandi dan Armada.






selepas acara penyampaian Anugerah Cemerlang dan Penyampaian Watikah Perlantikan kumpulan ini berada di Batu 2 Jalan Habib Abdul Rahman di Dewan Serbaguna  untuk lawatan YB.Datuk Seri Mohd.Radzuan bin Mohd.Yusof keatas mangsa kebakaran yang masih berada disitu. Pada 17 Jun 2020 @12.20 petang lebih 10 buah rumah telah musnah dalam kebakaran tersebut. Ada diantara mereka yang mempunya keluarga telah berpindah dari penempatan sementara di Dewan tersebut. 


















Ucapan Yang Berhormat Datuk Hj. Nizam DSP AB Titingan di Dewan Sebaguna semasa lawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) Datuk Seri Mohd. Redzuan bin Mohd. Yusof. Bantuan akan menyusul yang akan disalurkan melalui YB.Datuk Hj.Nizam bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang terlibat dalam kebakaran tersebut demikian yang telah dinyatakan oleh Menteri kepada Yang Berhormat Datuk Nizam.


Pada sebelah malam diadakan Majlis Taklimat Pengurusan Bencana dan Perjumpaan YB.Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas Tugas Khas ) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Borneo Royale Hotel Tawau 








YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd.Yusof menyampaikan penutup muka kepada Ybhg. Mejar Bersekutu (PA) Hj.Abdul Hakim bin Gulam Hassan Ketua Bahagian Bersatu Silam , Ybhg. Mejar Bersekutu (PA) Hj.Abdul Karim bin Hj.Wahid Ketua Bahagian Bersatu Kalabakan , YB. Kolonel Kehormat (PA) Datuk  Hj.Nizam DSP AB Titingan Ketua Bahagian Tawau dan Ybhg. Hj.Nixon bin Hj.Habi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Semporna.

Santai dan makan malam YB.Menteri bersama para jemputan yang hadir dengan SOP arrangment kerusi dan meja makan.















Majlis berjalan lancar dan teratur sehingga selesai


30 JUN 2020 , Penyampaian Bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran Lorong Hj.Sundu yang telah dijanjikan oleh YB.Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas khas) Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd.Yusof semasa lawatan beliau ke Tawau pada 26 Jun 2020. Bantuan tersebut telah disempurnakan penyampaiannya oleh YB.Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan ADUN N56 Apas merangkap Ketua Bahagian Parti BERSATU Tawau di ruang ligar Masjid Habib Abdul Rahman , Batu 2 Jalan Apas Tawau.



Beliau kembali lagi bertemu dengan mangsa kebakaran seperti yang telah dijanjikan semasa lawatan nya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( tugas tugas khas ) pada 26 Jun 2020 yang lalu. Beliau menasihatkan agar mereka yang terlibat sentiasa bersabar dan berdoa semoga kesusahan ini akan segera berlalu dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.






Beliau menyatakan bahawa beliau amat mengambil berat dan berusaha membantu mangsa kebakaran yang mana setakat ini beliau telah 3 kali datang melawat dan membawa bersama bantuan yang diperlukan. Adalah diharapka dengan adanya bantuan tersebut akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran.









Dalam penerima bantuan ini , 9 orang adalah tuan rumah manakala selebihnya adalah penyewa dan juga keluarga yang tinggal sebumbung dengan nya seperti anak/adik/abang/kakak yang telah berkeluarga. Bantuan ini juga disampaikan kepada mereka yang mempunyai rumah yang terbakar separuh bahagian rumah. Bantuan yang disampaikan sekurang kurang nya dapat membantu mereka yang memerlukan.







Pemimpin Srikandi turut hadir bagi membantu menyusun atur senarai bantuan untuk penerima bagi memudahkan bantuan tersebut disampaikan kepada yang sebenarnya terlibat.


01 JULAI 2020 , Perjumpaan Ketua ketua dari parti yang mendokong Perikatan Nasional telah membuat perjumpaan bersama Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.












Ketua-ketua parti yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan satu pertemuaan petang tadi di Putrajaya. Semua pimpinan parti menzahirkan sokongan kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin dan bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Pimpinan yang hadir adalah Presiden-Presiden parti iaitu 
YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin (BERSATU), 
YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), 
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (PAS), 
YB Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA), 
YBhg Tan Sri Dato’ Vigneswaran Sanasee (MIC), 
YAB Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg (PBB), 
YB Prof Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian (SUPP), 
YB Dato’ Sri Tiong King Sing (PDP), 
YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (PRS), 
YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS), 
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS) dan 
YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR).
Mesyuarat selama dua jam itu turut dihadiri oleh 
YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali sebagai Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional dan 
YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Setiausaha Agung BERSATU.


18 JULAI 2020 , Zon 6 Makan tengahari bersama Menteri Kanan Pendidikan Malaysia YB.Senator Dr.Mohd.Radzi bin Md.Jidin. Zon 6 yang terdiri daripada Lahad Datu , Semporna , Tawau dan Kalabakan. 












Turut bersama rombongan YB. Senator Dr.Radzi Mohd.Jidin ialah YB.Datuk Wira Hjh.Mas Ermieyati binti Samsudin Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia merangkap Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah , Melaka. Turut sama hadir Hjh.Azlinda binti Abdul Latip Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri .


29 Julai 2020 , Tan Sri Musa Aman mantan Ketua Menteri Sabah mengetuai kumpulan ADUN yang dinyatakan telah memenuhi keperluan untuk menubuh kerajaan baru Negeri Sabah telah bersedia untuk menghadap TYT Negeri Sabah untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Sabah. Tan Sri Musa Aman menyatakan telah mendapat sokongan simple majoriti daripada ADUN Negeri Sabah.



Dalam waktu yang sama Ketua Menteri Sabah DSP Shafie Apdal telah memanggil semua ADUN yang masih bersama nya dan telah membuat keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah serta menghadap TYT Negeri Sabah untuk memaklumkan dan pengistiharan pembubaran Dewan Negeri Sabah oleh TYT Tun Hj.Juhar Mahiruddin.







September 12 2020 , Mengikut Perlembagaan Negeri Sabah 60 hari dari tarikh Dewan dibubarkan akan diadakan Pilihanraya Negeri Sabah seterusnya rakyat akan membuat pilihan atau Undian yang juga  dikenali hari Pembuangan Undi kepada calun calun yang bertanding.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 bermula pada jam 9 hingga 10 pagi ini di 73 pusat di seluruh negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat persiapan rapi di semua pusat penamaan calon itu, yang antara lain terdiri daripada dewan komuniti dan sekolah, bagi memastikan kelancaran proses berkenaan di sebalik prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membendung penularan COVID-19.

PRN Sabah bakal menyaksikan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertanding dengan 13 kerusi baharu hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Kerusi itu ialah Bengkoka, Bandau, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Keramat, Limbahau, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

SPR menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 22 September ini.

Sebanyak 1.12 juta pengundi layak memilih pada pilihan raya mengejut itu.

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu, sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. - BERNAMA


31 Julai 2020 , Hariraya Aidil Adha Hariraya Qurban bagi yang mampu untuk meraikan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang telah mentaati perintah Allah Subhana hu wataala. Bersempena Hariraya Qurban tahun ini YB.Kolonel(K) Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan telah menderma 12 ekor Lembu untuk disembelih dibeberapa tempat yang telah dikenalpasti dikawasan DUN N.56 Apas.






YB.Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan sendir menyaksikan acara penyembelihan yang berlangsung dibeberapa tempat dan sempat bertemu dengan penduduk disitu. Selam 2 hari beliau menyertai acara qurban bersama penduduk setempat.







 
 

3 September 2020 , Lawatan Kerja YB. Datuk Seri Rina Harun Ketua Srikandi Bersatu Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Dalam pertemuan bersama ahli ahli Bersatu Bahagian Tawau beliau telah diberikan penghormatan dengan penyerahan borang pendaftaran ahli ahli baru seramai 2,000 orang dari 13 Cawangan.














5 September 2020 , Jelajah Sentuhan Kasih Srikandi Bersatu Bahagian Tawau ke PDM Balung dan Apas , menemui dan bertemu dengan Ahli yang memerlukan bantuan serta mereka yang uzur dan susah untuk meringankan bebanan yang sedang mereka alami.Sambil mendoakan kesihatan mereka dititipkan juga barang keperluan harian sebagai tanda perihatin Srikandi Bersatu Bahagian Tawau terhadap keadaan yang mereka hadapi. Semoga dengan bantuan yang ada dapat lah mereka merasa lega dan bersyukur sebagai tanda rahmat Ilahi terhadap hamba Nya.















Program Jelajah Sentuhan Kasih yang telah dimulakan oleh YB.Datuk Seri Rina binti Harun Ketua Srikandi Bersatu Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat  Malaysia semasa lawatan beliau ke Daerah Tawau pada 3 September 2020. Beliau telah di iringi oleh Yang Berhormat Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan Ketua Bersatu Bahagian Tawau merangkap ADUN N.56 Apas.









Program Jelajah Sentuhan Kasih Srikandi Tawau berterusan dengan di Pimpin oleh Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Tawau Puan Maimunah binti Mahmud beserta AJK Srikandi Bahagian Tawau meneruskan program ini dengan menyantuni mereka yang memerlukan.











5 September 2020 , Program Perasmian Sub Cawangan Bersatu untuk Cawangan Inderasabah dan Cawangan Apas. Cawngan Inderasabah yang diketuai oleh Tuan Hj.Abit bin Sulaiman dan Cawangan Apas diketuai oleh Tuan Tony Malisi. Di Inderasabah seramai 210 orang telah mendaftar sebagi ahli Bersatu di 6 Sub Cawangan Bersatu manakala seramai 40 orang mendaftar sebagai ahli Armada. Di Cawangan Apas Sub Cawangan baru Batu 14 seramai 80 orang telah memohon menjadi Ahli Bersatu dengan berjanji akan setia bersama YB.Datuk Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dalan arus perjuangan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU).












Perjumpaan bersama Ahli ahli Bersatu dan ahli yang baru dalam Sub Cawangan Inderasabah bersama Ketua Bahagian Bersatu Tawau YB. Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan merangkap ADUN N.56 Apas.      













Perjumpaan bersama Ahli ahli Bersatu dan ahli yang baru dalam Sub Cawangan Baru Batu 14 Jalan Apas , bersama Ketua Bahagian Bersatu Tawau YB. Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan merangkap ADUN N.56 Apas. Turut Hadir Ahli Jawatankuasa Bahagian , Ahli Jawatankuasa Srikandi Bahagian dan Armada.

5 September 2020 - Sepetang bersama YB.Datuk Seri Mustapha Mohamad , Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Ekonomi ) semasa lawatan kerja beliau ke Felda Lahad Datu dalam perjalan balik ke Kuala Lumpur. YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan mengalu alukan ketibaan beliau yang berlangsung di Yassin Curry House , Bandar Sri Indah Tawau. Turut mengalu alukan ketibaan beliau Ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu Tawau , Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu Tawau dan Ahli Jawatankuasa Armada Bersatu Tawau. 








Yang Berhormat Kolonel (K) Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Mustapha Muhamad bersama rombongan yang juga di iringi oleh Ketua Bahagian Bersatu Lahad Datu Tuan Hj.Abdul Hakim bin Gulam Hasan  juga bersama rombongan. YB. Datuk Seri Mustapha Muhamad telah mendapat sokongan daripada perwakilan Bahagian Tawau semasa pemilihan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada pemilihan yang baru berlalu dan beliau telah berjaya mendapat antara undian yang terbanyak. Dalam ucapan balas YB.Datuk Seri Mustapha Muhamad mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih diatas sokongan yang telah diberikan oleh perwakilan Bahagian Tawau.
 










YB. Datuk Seri Mustapha Muhamad sempat berkenal mesra dengan Ahli Jawatankuasa Bahagian , Srikandi dan Armada Bersatu Tawau. Beliau begitu gembira dan bertemu dengan para pemimpin Bersatu di Bahagian Tawau serta dan bergambar  bersama mereka. Semoga dengan adanya jalinan dan ikatan mesra ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan lebih mantap serta teguh dalam mengharungi arus politik Negara.


12 September 2020, Ybhg.Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan mantan ADUN N.56 Apas merangkap Ketua BERSATU Bahagian Tawau akan mempertahankan kerusi DUN N.56 Apas yang akan dikenali selepas ini DUN N.68 Apas selepas pertambahan kerusi sebanyak 13 kerusi. Dengan doa dan restu yang dipohon semoga perjalanan menuju ke Pusat Penamaan Calun di Dewan Sri Tanjung berjalan lancar dan teratur.






26 September 2020 , jam 8.00 hingga jam 5.00 petang Pilihanraya Negeri Sabah yang ke-16 berlangsung dan menurut Suruhanjaya Pilihanraya keputusan akan diketahui pada jam 8.00 malam atau selewat lewatnya pada jam 10.00 malam.










Setelah selesai perlantikan Ketua Menteri , Timbalan Ketua Menteri serta Menteri Kanan penentuan seterusnya adalah perlantikan Menteri menteri dan Pembantu Menteri mengikut portfolio masing masing akan terbentuk lah Kabinet Kerajaan Negeri Sabah yang akan menerajui pemerintahan Negeri Sabah bagi tempuh 5 tahun. Setelah tamat Pilihanraya Negeri Sabah yang ke-16 (PRN16) Parti Perikatan Nasional , Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah ( Gabungan Rakyat Sabah ) telah berjaya memenangi dengan simple majoriti iaitu 38 kerusi manakala parti Warisan Plus 32 kerusi dan Parti Bebas 3 kerusi. Dengan itu Gabungan Rakyat Sabah menubuhkan Kerajaan Baharu di Negeri Sabah.



31 Disember 2020 @12.00 malam , berakhir sudah Tahun 2020 yang penuh dengan suka dan duka yang senantiasa disulami dengan Pendemik Covid 19 yang sentiasa membayangi kehidupan harian kita bersama.  

Ummat manuasia seluruh dunia terutama di negara ini berdepan satu ujian berikutan penularan wabak Covid-19 dan kebanyakan kerajaan di dunia sudah pun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kuarantin mahupun perintah berkurung sepenuhnya.

Sepanjang tempoh ini juga, ada dalam kalangan mereka yang hilang mata pencarian kerana mungkin tidak boleh keluar untuk berniaga atau ada segelintir yang menerima ujian dalam bentuk penyakit apabila disahkan positif virus berkenaan.

Setiap kepayahan pasti diiringkan dengan kemudahan seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5-6 yang bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Allah mengajarkan hamba-Nya tatacara menangani musibah seperti mana dinyatakan dalam al-Quran bermaksud: “(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah: ayat 156)

Dalam ayat al-Quran itu, Allah SWT menggunakan perkataan ‘musibah’ bagi menggambarkan ia boleh jadi ditimpakan kepada orang beriman, namun perkara yang lebih penting ialah untuk mereka kembali mengingati Allah.

Semoga tahun mendatang Tahun 2021 akan terlerai lah segala kesulitan ini dengan ada nya penemuan Ubat Penawar Virus Covid 19 iaitu Vaksin yang telah diluluskan untuk kegunaan sebagai benteng pertahanan manusia daripada dijangkiti Virus ini.

Selamat Tahun Baru 2021 , Salam Maju Jaya dan terus berada didalam kandungan sihat walafiat

Terimah Kasih Tahun 2020 , Selamat Tinggal jumpa ditahun 2021.





END