Sunday, August 16, 2015

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAWAU TAHUN 2015




Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengumumkan tempoh untuk anggota parti itu melaksanakan Persidangan Cawangan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO di bahagian masing-masing. Persidangan Cawangan cawangan akan bermula pada 13 March 2015 hingga 2 Mei 2015 manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian akan bermula pada 27 Julai 2015 hingga 31 Ogos 2015.

Bagaimanapun bagi UMNO Bahagian Tawau sentiasa melaksanakan Mesyuarat Perwakilan seperti yang telah diJadualkan. UMNO Bahagian Tawau sentiasa bersiap sedia untuk menempuhi pilihanraya yang semakin dekat maka anggota parti seharusnya menggunakan medium berkenaan untuk menghentikan persengketaan atau kekeliruan dan mula memberi fokus untuk memperkukuhkan ukhwah.

Ini adalah peluang kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli peringkat akar umbi untuk memberi fokus dan penekanan bagi mengutarakan usul-usul berkualiti dan lebih banyak menyentuh kepentingan, keperluan dan kesejahteraan rakyat.



14 March 2015 ( Sabtu ) Majlis Perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok yang telah dirasmikan oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau. 



Majlis Perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok yang telah dirasmikan oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB.Titingan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau. Majlis telah diadakan di Dewan Xocolat Hotel Emas Tawau yang telah dihadiri Ketua Ketua Cawangan , Setiausaha Cawangan, Ketua Wanita Cawangan , Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan. 

Semua cawangan cawangan yang hadir diberikan Format Mesyuarat Cawangan untuk dipenuhi semasa mesyuarat cawangan berlangsung. Semua Mesyuarat Cawangan akan dipantau oleh AJK Bahagian UMNO Tawau seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan UMNO.





AJK Bahagian , Wanita UMNO Bahagian , Pemuda UMNO Bahagian , Puteri UMNO Bahagian , Ketua Cawangan , Ketua Wanita Cawangan ,  Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan.



Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO P.190 Tawau


Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO P.190 Tawau





Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau telah diadakan pada 15 Ogos 2015 di Grand Ballroom , Hotel Promenade Tawau. Para Perwakilan telah berada dilokasi Persidangan pada jam 8.00 pagi untuk sesi Pendaftaran Kehadiran Persidangan. Persidangan akan bermula pada jam 9.00 pagi sebaik saja ketibaan Ybhg. Dato' Mohamad Fatmi Hj.Che Salleh Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu , Kelantan.

 
 
 
 
 
 

Selfi bersama rakan seperjuangan semenatara menunggu ketibaan Yang Berhormat Ketua Bahagian bersama Pegawai Perasmia Persidangan. Tahun ini kami semua AJK Bahagian memakai baju Melayu berwarna merah Jambu ( Pink ). Sebagai tanda kesatuan dan seperjuangan yang intim dan bersatu hati. Seia Sekata , Sehati Sejiwa , Senada Seirama , Seiring sejalan.


Persidangan akan bermula , AJK UMNO Bahagian mengambil tempat masing masing seperti yang telah disusunatur oleh Pihak Urus setia.

Ucapan Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan , Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Kepada Ahli ahli UMNO dan penyokong penyokong UMNO orang Melayu dan bumiputera khususnya, kita amat berterima kasih kerana dengan sokongan padu mereka kepada UMNO, parti kita telah berjaya menjadi Parti yang terunggul dan sentiasa dihormati pihak kawan dan lawan. Alhamdulillah, berkat sokongan padu orang Melayu dan bumiputera kepada UMNO, parti kita kekal menjadi tonggak kekuatan BN.

Tidak kita nafikan bahawa PRU-14 merupakan suatu pentas jihad untuk memastikan kelangsungan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara kita. Alhamdulillah, kita telah berjaya menjulang panji kemenangan di medan jihad ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan oleh pembangkang, termasuk oleh konco-konco mereka dari dalam dan luar negara, UMNO dan BN terus berdiri megah sebagai parti yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah. 





Kita sedar dalam pilihan raya lalu, UMNO bukan sahaja berhadapan dengan serangan parti pembangkang, malah belasahan gerombolan kuasa jahat yang mahu melihat parti keramat orang Melayu dan umat Islam ini berkubur di tanah air sendiri. Namun, berpantang maut sebelum ajal, dengan rahmat dan inayah Allah SWT kita berjaya mempertahankan kelangsungan UMNO.

Di sebalik kejayaan memenangi PRU-13, jangan kita lalai dan leka. Kemenangan UMNO dan BN adalah kemenangan bersyarat. UMNO berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen, tetapi BN mengalami kekurangan sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bandar. Kita berjaya memenangi semula Kedah dan mengekalkan pentadbiran negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Perlis dan Sabah, tetapi kita gagal memenangi Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Bilangan kerusi kita di negeri-negeri kubu kuat UMNO seperti Johor dan Melaka juga berkurangan.

UMNO perlu memahami mesej jelas yang cuba dihantar oleh para pengundi. Kita perlu bermuhasabah secara jujur dan ikhlas untuk mengetahui sebab-musabab mengapa sokongan pengundi bandar dan golongan muda terhadap parti kita tidak seperti yang diharapkan. Apakah selama ini sentuhan UMNO tidak begitu dirasai oleh mereka?

Mungkinkah terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki? Apakah bentuk penambahbaikan yang perlu kita laksanakan? Setidak-tidaknya, para pengundi telah menghantar mesej jelas kepada UMNO bahawa transformasi UMNO sebagai parti yang benar-benar merasai denyut nadi rakyat dan berupaya menggalas harapan rakyat mesti diteruskan.


UMNO Sabah, walaupun dianggap paling bongsu, namun kini selain sebagai komponen negeri terbesar dalam UMNO, ia juga telah menjadi elemen penting dalam batang tubuh UMNO sekaligus menjadi faktor signifikan dalam pembentukan kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan. 





Mengimbas semula sejarah kemasukan UMNO ke Sabah dan mengapa rakyat Sabah menerima kemasukan parti itu meskipun usaha membawa parti itu ke ‘Negeri Di Bawah Bayu’ sudah bermula sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, UMNO dilihat sebagai bahtera besar dan berkeupayaan menjadi wadah penyatu rakyat Sabah.

Selepas Sabah bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia, gerakan politik kepartian di negeri ini adalah berasaskan kaum masing-masing dan meskipun sudah beberapa dekad berlalu sejak pembentukan Malaysia, keadaan politik di Sabah masih tidak stabil dengan kerajaan negeri silih berganti.

Sebahagian besar rakyat Sabah ketika itu, seperti bumiputera Islam, bumiputera bukan-Islam dan kaum Cina bukan sahaja berpecah sehingga mewujudkan ketidakstabilan politik malah keadaan itu merencatkan pembangunan Sabah, sehingga negeri ini jauh ketinggalan berbanding negeri lain termasuk jirannya, Sarawak.

Kerajaan negeri yang dibentuk dan silih berganti ketika itu tidak berupaya membuat perancangan jangka panjang disebabkan fokus lebih terarah kepada kepentingan kaum-kaum yang diwakili di samping suasana ‘politiking’ yang keterlaluan, ditambah lagi dengan hubungan renggang dengan Kerajaan Persekutuan.

Dalam situasi sedemikian, rakyat Sabah akhirnya menyedari bahawa mereka bukan sahaja memerlukan model politik baharu tetapi juga wadah baharu yang boleh menjadi penyatu dan UMNO dilihat sebagai harapan baharu berdasarkan ‘track record’ UMNO di Semenanjung Malaysia.

Pada masa itu, perubahan ini bukan lagi satu pilihan tetapi adalah satu tuntutan, kerana kita insaf betapa ketidakstabilan dan perpecahan tidak menguntungkan sesiapapun. Kesedaran inilah yang membawa kita melihat UMNO sebagai harapan baharu.

Harapan untuk UMNO menjadi wahana penyatuan rakyat Sabah, sebagaimana ia berupaya menyatukan sebahagian besar masyarakat Melayu dan diterima oleh kaum-kaum lain melalui perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional dan harapan agar melalui kesatuan rakyat itu, akan wujud kestabilan politik di Sabah dan membuka jalan untuk pembangunan pesat negeri dari semua aspek.
 
Ucapan Perasmian Ybhg.Dato' Mohammad Fatmi Hj.Che Salleh Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu , Kelantan . 

Setelah mendengar ucapan YB.Ketua Bahagian UMNO Tawau Ybhg,Dato' Mohammad Fatmi Hj. Che Salleh merasa begitu kagum dengan sambutan dan komitmen yang diberikan oleh Pemimpin UMNO dan juga Pemimpin pemimpin akar Umbi serta Ahli ahli UMNO yang begitu gigih dan sentiasa berusaha berada ditahap yang tinggi sebagai mendukung wadah perjuangan membela nasib anak bangsa daripada tercalar dan musnah akibat perpecahan yang disebabkan perbezaan suku kaum dan pendapat.
 

Turut Hadir di Persidangan Perwakilan Bahagian Tawau , wakil dari Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Tan Sri Ampung Puyung Ketua Bahagian UMNO Sandakan.



Penyampaian Cenderakenangan kepada Tan Sri Hj.Ampung Puyung Ketua Bahagian UMNO Sandakan yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah oleh Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau yang di saksikan oleh Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau , Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau dan Hj.Naim bin Hj.Ahamd Setiausaha Bahagian UMNO Tawau.


Penyampaian Cenderakenangan kepada Ybhg.Dato Mohd.Fatmi Hj.Che Salleh yang telah merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau. Cenderakenangan disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan.

Selepas Ucapan Perasmian dan Penyampaian Cenderakenangan Persidangan Bahagian diteruskan dengan pernyataan kehadiran oleh Pengerusi Tetap Persidangan Datuk Datu Hj.Ismail bin Datu Jook ; 
Jumlah yang layak untuk hadir 806 orang

Jumlah kehadiran perwakilan cawangan      646 orang
Jumlah AJK Bahagian                                    38 orang 
Wakil 10 Pergerakan Wanita                          10 orang 
Wakil 10 Pergerakan Pemuda                        10 orang
Wakil 10 Pergerakan Puteri                            10 orang

Jumlah yang Hadir                                        714 orang

Dengan ini disahkan bahawa Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau tahun 2015 sah untuk bersidang.

Membentangkan Peringatan Persidangan dan Penyata Tahunan oleh Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha Bahagian

Membentangkan Penyata Kewangan oleh Tuan Hj.Hamild bin Hj.Awang Bendahari Bahagian 

Membentangkan dan Membahas Usul;
Usul dibentangkan oleh En.Asis bin Ali , AJK Bahagian UMNO Tawau


Saudara Asis membentangkan isu isu Politik dan Sosio Ekonomi di Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau tahun 2015. 
Asas asas Politik yang perlu ada serta sosio ekonomi semasa tidak akan menjadi benteng penghalang kepada kemajuan anak bangsa. Keperluan melahirkan lebih ramai akan bangsa yang berkelibar dan berdaya saing amat diperlukan dalam konteks memajukan Negara yang menuju ke Wawasan 2020.

Menyokong kepada Usul yang dibentangkan saudara Syed Ahmad bin Datuk Hj.Syed Abas .

Pemilihan Wakil 7 ke Perhimpunan Agung UMNO pada 8 -12 Disember 2015

Perwakilan 7 yang telah dipilih untuk mewakili UMNO Bahagian Tawau ialah;


1. Abdul Hamid bin Damang - AJK Bahagian
2. Hj.Karim bin Tumak - AJK Bahagian
3. Yusof bin Hj.Ahmad - AJK Bahagian
4. Nurdin bin Hj.Nusu - AJK Bahagian
5. Mohd.Zain bin Ahmad - Ketua Cawangan Kg.Ranggu
6. Sanusi bin Hj.Abdul Rahman - Cawangan Tiku
7. Abd.Hatta bin Lagid - Cawangan Kg.Hidayat 


Ucapan Penangguhan Persidangan oleh Pengerusi Tetap Persidangan 

                        
                                                  Selesai