Tuesday, November 27, 2012

SEJARAH TAWAU VOL.1

TAWAU 



Sejarah Tawau 
Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas permulaannya terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimana pun Tawau telah pun mempunyai penduduk dengan sebuah perkampungan kecil dihuni lebih kurang 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada Masyarakat Melayu berketurunan Tidung dan Suluk . Mengikut sejarah silamnya semasa kewujudan Tawau sebagai sebuah perkampungan nelayan seratus tahun dahulu, terdapat juga sebuah penempatan Melayu Islam tertua di Kalabakan yang pada ketika itu di bawah naungan Kesultanan Bulungan-Tarakan. Pemimpin mereka pada masa itu ialah Bujong Seripa yang kemudian digantikan oleh adiknya Imam Salleh (1923-1958). Tidak jauh dari Kalabakan, terdapat sebuah lagi penempatan lama di Serudong yang diasaskan oleh Datu Alun bersama pengikut-pengikutnya, seorang kerabat diraja Kesultanan Bulungan yang membawa diri dari tanahairnya. Namun kini yang tinggal hanyalah tapak perkuburan bersejarah. Selain dari kerajaan Kesultanan Sulu yang menguasai tanah jajahan di kawasan utara Borneo , terdapat juga beberapa kawasan jajahan yang dikuasai oleh Kesultanan Bulungan ( yang berpusat di Tanjung Palas ) dan Kerajaan Tidung Tengara ( yang berpusat di Tarakan ). Mengikut sejarahnya sebelum kedatangan British lagi, telah wujud pemimpin-pemimpin Melayu yang berwibawa dan sangat dihormati. Antaranya Imam Sabah (Apas) , Bujong Seripa (Kalabakan) dan Datu Alun (Serudung). Namun kewujudan pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu ini ketika itu tidak diiktiraf secara rasmi oleh pihak British dan hanya menjadi sejarah dalam ingatan dan hati orang-orang Melayu Tawau. Tawau pada masa itu hanyalah sebuah kampung yang belum dimajukan, didiami seramai 200 penduduk kampung yang mendirikan rumah-rumah kampung di tepi-tepi sungai dan di kawasan kuala sungai Tawau. Sebahagian besar muka buminya masih lagi hutan tebal dan belum lagi terdapat sebarang bentuk pembangunan sama ada pejabat kakitangan Kerajaan Inggeris atau sebarang penerokaan hutan untuk pertanian. Pada ketika itu Tawau berada dibawah naungan kuasa Kesultanan Sulu. 
Pada 22 Januari 1878 Suatu Perjanjian termeteri diantara Kesultanan Sulu dan Pihak Inggeris dimana Kesultanan Sulu menyerahkan Kawasan persekitaran Tawau kepada pihak Inggeris. Semenjak daripada itu Tawau telah menjadi sebahagian daripada Kawasan Jajahan orang-orang Inggeris melalui Syarikat ( Berpiagam ) Bornoe Utara. Menurut catatan The North Borneo Volume ( 1955 – 1965 ) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898 dimana menyatakan , pihak Syarikat ( berpiagam ) Borneo Utara telah membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan disitu. 

Pensempadanan 
Bagi mengelakkan perselisihan faham dengan pihak Belanda ketika itu yang memerintah Indonesia , dimana Tawau adalah berkongsi sempadan dengan Indonesia , pihak pemerintah Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan tersebut . Sempadan asal bagi kawasan yang diserahkan oleh Kesultanan Sulu dan Kesultanan Berunai ialah dibawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan ( Indonesia ) yang mana kawasan tersebut termasuk dibawah Pemerintahan Belanda ketika itu yang mana telah sedia ada penduduk disitu. Berikutan itu satu Suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai – pegawai dari United Kingdom dan Belanda. Satu Laporan Bersama telah disediakan berserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing – masing di Tawau pada 17 Februari 1913 . Kemudian mengikut Protokol diantara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915 dimana kedua – dua Kerajaan mengesahkan laporan bersama dan Peta tersebut. 

Infrastruktur dan Sosio pentadbiran
Dengan wujudnya pemerintahan British diTawau , pelbagai kemudahan telah disediakan seperti Hospital , Sekolah – sekolah , Balai Polis , rumah – rumah kedai , pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan – jalan kampong yang dibina oleh PWD , sebuah Jabatan Kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.
Hak dan keistimewahaan masyarakat Melayu tempatan telah diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Penghulu atau OKK sebagai mewakili penduduk tempatan di Tawau ini untuk menyatakan keperluan dan pemasalahan rakyat kepada pihak British. Penghulu Pertama yang dilantik dalam Tahun 1900-an ialah OKK Kee Abdullah , kemudian dalam Tahun 1950an diganti oleh Penghulu OKK Abu Bakar anak kepada bekas Penghulu OKK Kee Abdullah. Penghulu atau OKK telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan British untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan disekitar Daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi di Daerah Tawau.
Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau           ( PKMT ) dalam Tahun 1945 yang diasaskan oleh Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain iaitu Datuk Kassim bin Kamidin , Datuk Haji Ahmad Ayid dan Penghulu OKK Zainal bin Kerahu untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu , telah menyatukan Masyarakat Melayu tempatan Tawau. Ahli – ahli Perstuan ini lah yang bersama – sama Tun Datu Nustapa bin Datu Harun melalui USNO menuntut Kemerdekaan bagi Negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala penubuhan Persatuan Islam Tawau ( PIT ) yang dipengerusikan oleh Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Rahman di bantu oleh Datuk Kassim bin Kamidin pada tahun 1956 telah mendorong penubuhan USIA yang menjamin keutuhan syiar Islam diTawau khasnya dan diSeluruh Sabah amnya.
Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya penduduk Tawau adalah terdiri daripada Orang – orang Melayu , dimana kewujudan Orang Melayu diTawau sebagai Penduduk Peribumi telah diiktiraf sejak dahulu semasa Kerajaan British. Dalam Tahun 1920an Mahkamah Anak Negeri Telah bermula yang dianggotai oleh 3 orang pemimpin ketika itu ; Imam Mustapa , Habib Sheikh dan OKK Abdullah . OKK Abdullah telah berjasa kepada penduduk Tawau sejak Tahun 1900 , Habib Sheikh telah berjasa kepada penduduk Tawau sejak Tahun 1912 , Imam Mustapa sejak tahun 1925 , Habib Hussein sejak Tahun 1932 , Penghulu OKK Abu Bakar sejak tahun 1940 , Haji Abdul Karim Haji Drahman sejak tahun 1959 dan Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan sejak tahun 1962.
Jawatan Penghulu ini telah pernah dijawat oleh anak-anak Peribumi Tawau bermula OKK Kee Abdullah , OKK Kee Abu Bakar bin Kee Abdullah , OKK Zainal bin Kerahu , OKK Salleh bin Ajak , OKK Hj.Salleh bin Sailabi dan OKK Kee Ayub bin OKK Kee Abu Bakar.
Orang-orang Melayu di Tawau sebenarnya adalah gabungan Masyarakat Melayu dari pelbagai suku dan keturunan Melayu yang terangkum melalui hasil perkahwinan dan asimilasi berteraskan ikatan amalan Agama Islam dan pertuturan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu Loght Tawau selama ratusan tahun lalu. Mereka telah lama hidup bersama dengan pertuturan bahasa Melayu yang senang difahami.
Penempatan Awal orang-orang Suluk dan Tidung terletak di Tawau Lama diMuara Sungai Tawau. Kebanyak dari mereka adalah Nelayan , Pekebun kecil menanam padi bukit dan menjual hasil-hasil daripada hutan seperti rotan , damar dan berbagai lagi. Disamping itu penempatan awal di Daerah Tawau adalah di Kampung Kalabakan . Ketua Kampung nya pada masa itu adalah seorang Menteri dari Kesultanan Bulungan ( Indonesia ). 
Terdapat juga penempatan awal orang-orang Bugis Wajo di Tawau diketuai oleh Penghulu Puado dengan 25 orang-orang nya se-awal tahun 1885. 
Ketika awal pembukaan Pekan Tawau sebagai Pusat Pentadbiran British , Kee Abdullah adalah salah seorang Pegawai Kerajaan British di Tawau yang masih muda. Kee Abdullah turut bekerjasama dengan Penghulu Puado , nama sebenarnya La Toampong bin Andi Buku berketurunan Bugis Wajo, Sengkang Sulawesi yang telah berkahwin dengan Sahara berbangsa Suluk yang berasal dari Sulu .Pihak British menganggapnya sebagai pemimpin Masyarakat Melayu Tawau dan diberikan gelaran Penghulu Puado , untuk mentadbir Tawau terutama segala urusan yang melibatkan orang-orang Melayu. Dimasa yang sama Kerajaan British telah menghantar wakil mereka iaitu Alexander R. Dunlop sebagai Resident Tawau pada 1 March 1899. Turut dating bersama beliau ialah beberapa Pegawai berbangsa Inggeris dan ramai anggota Polis berbangsa Sikh. Tawau pada ketika itu juga telah didiami oleh masyarakat cina yang melibatkan diri dalam perniagaan kedai dan aktiviti perlombongan arang batu di Silimpopon dan mereka juga mempunyai pemimpin mereka sendiri.
Penghulu Puado ketika itu dianggap sebagai Ketua Masyarakat orang-orang Melayu diTawau oleh Pihak British kerana kewibawaan dan beliau sangat dihormati oleh Masyarakat tempatan. Beliau menjadi pemimpin sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1902.
Kekosongan jawatan pemimpin Masyarakat ini berterusan sehinggalah Sarip Ali diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Masyarakat yang seterusnya dan diberi gelaran “ Suluk Chief “ pada tahun 1905. Beliau menjadi pemimpin selama 7 tahun sebelum tempat beliau digantikan oleh Habib Sheikh pada tahun 1912. Gelaran jawatan Ketua Anak Negeri yang mendapat gelaran OKK atau Orang Kaya-Kaya ini hanya diperkenalkan oleh British diseluruh Jajahan Borneo Utara pada tahun 1920an. Ketua Anak Negeri yang Pertama di Tawau ialah Kee Abdullah dan dengan itu beliau diberikan Gelaran OKK Kee Abdullah . Beliau secara rasminya menjadi pemimpin Masyarakat Melayu di Tawau untuk menggantikan Imam Mustapa – Native Chief pada tahun 1925. Perlantikan ini adalah sangat tepat dan beliau adalah calon yang paling layak ketika itu , kerana jasa-jasa beliau semasa muda iaitu semasa beliau menjadi Pegawai Kerajaan British dan menjadi orang kepercayaan Residen Inggeris , Alexander Rankin Dunlop. Beliau juga sudah berusia 60 tahun dan telah lama hidup sebagai orang Melayu yang sanggup susah dan senang bersama-sama orang-orang Melayu yang lain , beliau sangat dihormati 
Panggilan asal Bandar Tawau lebih dikenali sebagai Tanjung manakala panggilan Tawau pula tidak diketahui punca sebenarnya. Ada yang mengatakan ianya berasal dari panggilan orang-orang Pedagang Suluk yang datang dimana mengingati Davao di Selatan Kepulauan Filipina dengan memanggil Tawao. Tetapi ada juga yang mengatakan ianya berasal dari bahasa Tidung yang memanggil Tanah Tidung yang mana Tanah dalam bahasa tidung ialah Tawau ada juga pihak menyatakan nama Tawau sendiri sebenarnya adalah berasal dari perkataan Tidung yang bermaksud 'Tawai' iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan di sepanjang sungai Tawau. Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan 'Tawao' mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu. Walaubagaimana pun tiada apa apa bukti sahih untuk menyokong perkara tersebut.
Bekas Ketua Kampung Ranggu Panglima KK Abdullah Salim Puado ( Melayu Bugis Wajo ) cucu kepada Penghulu Puado , Ketua Anak Negeri yang pertama yang dilantik oleh pihak British. Penghulu Puado seorang bugis Wajo dari Sengkang adalah seorang Pedagang yang berniaga disekitar Pantai Timur Borneo dari Banjarmasin hingga ke Sandakan. Bugis Wajo adalah suku bugis yang pertama berhijrah ke Tawau. Dengan itu Tawau telah dibangunkan oleh 3 Pemimpin Utama iaitu Penghulu Puado , Penghulu Kee Abdullah dan Resident Tawau Alexander Rankin Dunlop yang membentuk satu Daerah yang membangun se awal tahun 1890-an.














Sedikit maklumat mengenai Penghulu Kee Abdullah yang diambil dari Wikipedia ;
Nama asal beliau ialah Kee Kim Swee . Dalam Tahun 1894 , beliau telah dilantik oleh  British North Borneo (Chartered) Company sebagai Pegawai Kastam  “custom examiner and revenue collector” di Tawau. Beliau berbangsa Sino-Dusun dimana Bapanya berbangsa Cina Hainam bernama Kee Vun Sai dan Ibunya berbangsa Dusun Tutung ( Native Brunei ) nama panggilannya Kipas. Kee Kim Swee dilahirkan diLabuan pada tahun 1863 dan bersekolah ditempat yang sama. Beliau menjadi orang Melayu apabila berkahwin dengan gadis Melayu bernama Jumatiah  binte Ami Dalun Maiden, seorang gadis Suku bangsa campuran Suluk-Arab berasal dari Tapol / Parang Sulu,  pada 26 November 1895 dirumah Penghulu Puado. Sebelum itu beliau telah memeluk Agama Islam dengan nama Kee Abdullah. Kemudiannya tinggal bersama-sama penduduk Melayu di Tawau  Beliau mempunyai 18 orang anak dengan isterinya Jumatiah, tiga orang lagi anak dengan isterinya yang lain di daerah Kudat.  Selepas bersara dari Kerajaan beliau dilantik sebagai Penghulu atau Ketua Anak Negeri yang membawa gelaran Orang Kaya Kaya ( OKK ) . Sehingga kini beliau telah dikenang sebagai Ketua Orang Melayu yang berkalibar di Tawau . Beliau meninggal dinia dalam tahun 1953. Manakala ketika ini  generasi beliau seperti Datuk Tawfik  DSP Abu Bakar Titingan (DUN Apas) dan  OKK  Kee Ayub Kee Abu Bakar   terus memainkan peranan memajukan Daerah Tawau mengikut peredaran masa kini.

Sunday, November 11, 2012

SAMBUTAN MERDEKA RAYA KAMPUNG RANGGU

SAMBUTAN MERDEKA RAYA KAMPUNG RANGGU PADA 8 SEPTEMBER 2012 DENGAN TEMA " JANJI DITEPATI"

Seawal jam 7.00 pagi Penduduk Kampung Ranggu telah sedia berkumpul di perkarangan Balai Raya Kampung Ranggu


Murid-murid sekolah turut sedia meraikan sambutan Merdeka Raya yang diadakan. 













Penduduk kampung juga siap sedia untuk sama-sama meraikan majlis tersebut.















Dari Jauh dan dekat sama-sama datang meraikan sambutan Merdeka Raya yang diadakan













YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N55 Balung , turut sama hadir diprogram ini yang mana akan  menyaksikan menaikkan Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Sabah serta menyanyikan kedua-dua lagu tersebut.
Upacara menikkan Bendera telah selesai dilaksanakan














YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali ADUN N55 Balung , menyampaikan ucapan serta merasmikan program Merdeka Raya Kg.Ranggu.












YBhg.Datuk Rosdianah Md.Nor Ketua Wanita UMNO Bahagian
Tawau berserta rombongan turut sama hadir diprogram ini.













Penduduk kampung disajikan dengan hidangan yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur dengan sumbangan 'pot luck' dari penduduk kampung menyerikan lagi  program tersebut.










Majlis bersurai pada Jam 1.00 petang