Monday, June 11, 2018

PERSIDANGAN CAWANGAN CAWANGAN UMNO P.190 TAWAU TAHUN 2018




KUALA LUMPUR, 16 Mei – Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018 sementara di peringkat bahagian pada Sabtu, 30 Jun 2018.

Cawangan-cawangan boleh mengadakan persidangan tahunannya bila-bila masa antara tarikh berkenaan bersesuaian dengan Fasal 8.2 (Peraturan persidangan) iaitu cawangan-cawangan yang telah berdaftar pada atau sebelum 31 Disember 2017 serta telah memperolehi Sijil Pendaftaran Cawangannya sahaja yang layak mengadakan Persidangan Tahunan untuk 2018.

Persidangan ini dilaksanakan secara serentak dengan pemilihan parti sebagaimana makluman pekeliling yang diedarkan kepada semua 191 Bahagian UMNO termasuklah pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. – MediaUMNO

Perasmian Berkelompok Persidangan cawangan cawangan UMNO P.190 Tawau telah diadakan pada 20 Mei 2018 bertempat dirumah Keluarga Titingan Banyan Drive.





Perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan dan turut hadir Ahli ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau yang masih tetap setia kepada perjuangan Parti UMNO. UMNO memerlukan pemimpin yang ikhlas dan sanggup berjuang demi parti untuk bangkit semula selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Sehubungan itu, kita yakin tindakan segelintir pemimpin UMNO menyertai parti lawan akan membersihkan parti dari­pada pemimpin yang hanya mementingkan diri sekali gus memperkukuhkannya semula. Disifatkan juga wakil rakyat yang melompat parti itu sebagai ‘tikus’ yang hanya mahu menyelamatkan diri dan meninggalkan perjuangan apabila dalam kesusahan.

“Apabila kapal pecah, bertempiaranlah tikus lari menyelamatkan diri. Situasi seperti ini bagus juga kerana kita tak mahu tikus ini ada lagi dalam UMNO, kita mahu pejuang yang setia. “Kita mahu orang yang ma­suk UMNO bukan kerana mengejar peluang. Langkah pembersihan dalam UMNO perlu walaupun mungkin hilang ahli. Biar yang tinggal benar-benar atas perjuangan parti. UMNO boleh bangkit semula. Lima tahun bukan tempoh yang lama,” UMNO perlu berubah seiring dengan kehendak rakyat selepas perubahan kepemimpinan.“UMNO telah 72 tahun ditubuhkan dan telah banyak lalui cabaran. UMNO mesti berubah, rakyat sudah beri isyarat besar kepada UMNO. Kita pulangkan kepada parti untuk proses pemilihan. “Terpulang kepada ahli UMNO untuk buat keputusan siapa la­yak memegang jawatan sebagai presiden. Bagaimanapun orang UMNO kena berhati-hati apabila menjalankan mandat parti. Perlu ada tenaga baharu dan nafas baharu,”. Kita tewas dalam PRU-14 disebabkan beberapa faktor antaranya dasar yang tidak popular seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kenaikan kos sara hidup yang membuatkan rakyat menolak parti itu. Sementara itu, kita akan menjadi pembangkang yang berkredibiliti di Negara ini dan tidak akan mengamalkan fitnah serta membuat tohmahan tidak berasas terhadap kerajaan.













Sejak minggu lalu, kebanyakan cawangan UMNO diBahagian Tawau telah menanti bagi memulakan persidangan tahunan mereka walaupun dikatakan ada di antara ahli parti itu yang kecewa selepas kekalahan BN dalam PRU14 lalu.

Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini telah menetapkan tarikh persidangan tahunan bagi Cawangan, Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda serta Puteri Umno bermula 19 Mei hingga 10 Jun manakala di peringkat bahagian pula bermula pada 30 Jun akan datang.

Difahamkan, cawangan-cawangan boleh mengadakan persidangan tahunannya pada bila-bila masa antara tarikh yang diumumkan itu bersesuaian dengan Fasal 8.2 (Peraturan Persidangan).

Selain itu, persidangan kali ini dilaksanakan secara serentak dengan pemilihan parti sebagaimana yang dimaklumkan melalui pekeliling kepada semua 191 Bahagian Umno termasuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. 






Namun begitu, selepas kekalahan mengejut BN dalam PRU14 lalu, persidangan cawangan pada kali masih mendapat sambutan daripada kalangan ahli parti .

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Yang Berhormat DUN N.56 Apas , Datuk Hj Nizam bin DSP AB.Titingan berkata Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan yang dianjurkan , sambutannya agak memberangsangkan malah sama berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, walaupun diadakan pada bulan Ramadan dengan jumlah peruntukan yang terhad, jumlah kehadiran daripada ahli-ahli parti masih baik dan bersemangat. “Ahli-ahli Umno sentiasa kental dan masih setia bersama kepimpinan walaupun parti ini tewas dalam PRU14 lalu,” katanya. Beliau berkata, persidangan itu telah berjalan dalam suasana yang harmoni malah setiap ahli yang hadir juga turut kelihatan bersemangat. “Terima kasih kita ucapkan kepada semua ahli cawangan yang masih bersemangat dalam mengikuti mesyuarat kali ini,” katanya.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan daripada beberapa pemimpin Umno , ia juga boleh dilihat sebagai satu usaha yang dilakukan bagi meyakinkan semula ahli-ahli parti tersebut supaya dapat bangkit bersama-sama selepas kekalahan dalam PRU14 lalu.  Mengulas lanjut, Beliau berkata ahli-ahli yang mengikuti mesyuarat cawangan pada kali ini boleh dianggap sebagai pejuang sebenar parti berikutan mereka tidak terpengaruh dengan wang untuk bersama-sama Umno.  “Oleh sebab itulah Umno memerlukan nafas baharu dan transformasi secara total. Malah transformasi ini perlu bermula dari atas dan bukannya di peringkat akar umbi sahaja,” katanya. 
Selepas Perasmian Berkelompok Cawangan UMNO Bahagian P.190 Tawau , kesempatan ahli ahli UMNO dari PDM masing masing merakamkan kenangan bagi memulakan perjuangan sebagai parti Pembangkan yang berintegriti dan berwibawa demi anak bangsa , agama dan tanahair.



 
 PDM Wakuba


PDM Ranggu

PDM Titingan


PDM Tinagat


PDM Tawau Lama


PDM Kinabutan


PDM Balung


Perancangan masa depan UMNO P.190 Tawau bergantung harap kepada kesetiaan Ahli ahli di PDM masing masing bagi merealisasikan kesinambungan perjuangan dalam memartabkan kedudukan orang orang Melayu dan Bumiputra ditempat yang sewajarnya.