Monday, July 12, 2010

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAWAU TAHUN 2010





30 April 2010 KUALA LUMPUR: Cawangan Umno di seluruh negara akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing mulai esok 1 Mei 2010 sehingga 15 Jun 2010.  Mengikut data, bilangan anggota Umno di 19,235 cawangan sehingga Oktober lepas ialah 3,478,393 orang. Mesyuarat peringkat cawangan akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum Perhimpunan Agung dari 19 hingga 23 Oktober nanti.

Persidangan perwakilan bahagian dijadual diadakan mulai 16 Jun hingga 16 Julai sebelum Perhimpunan Agung dari 19 hingga 23 Oktober nanti. - BERNAMA




MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TAWAU 2010 BERLANGSUNG DI DEWAN XOCOLATTE HOTEL EMAS , TAWAU PADA 24 JUN 2010.



Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau berlangsung di Dewan Xocolatte Hotel Emas bermula pada jam 8.00 pagi. Mesyuarat Perwakilan Pergerakan ini disempurnakan perasmian nya oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 


Memulakan Acara Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau dengan menyanyikan 4 buah lagu Negaraku , Sabah Tanahairku , Bersatu Bersetia Berkhidmat dan lagu Pemuda.

  
TAWAU 24 Jun 2010 , Pergerakan Pemuda UMNO hari ini secara rasmi membantah cadangan supaya kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bola sepak di negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini. 






"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda UMNO membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.

"Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, di sini. 





Khairy berkata, judi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri.

"Saya tanya rakan-rakan dalam MCA dan MIC, mereka pun kata judi ini bukanlah perkara yang disokong oleh masyarakat mereka. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka.

"Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi lesen. Jadi, daripada sudut pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam," katanya. 





Walaupun ada pandangan yang menyatakan bahawa lesen judi berkenaan hanya untuk masyarakat bukan Islam, namun, kata Khairy, pandangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang sangat menentang judi perlu diambil kira dalam isu itu.

Selain itu, Khairy berkata, alasan bahawa jika lesen judi pertaruhan bola berkenaan tidak dikeluarkan akan menyebabkan judi haram berleluasa dan tidak dapat dikawal tidak dapat diterima kerana PDRM membuktikan mereka berjaya membanteras beberapa kegiatan pertaruhan bola sejak bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia.

"Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda UMNO," katanya. - BERNAMA






Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Tawau telah berlangsung dengan baik dan teratur seperti aturcara yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan UMNO mengenai tatacara Mesyuarat Pergerakan tersebut.



MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN TAWAU 2010 BERLANGSUNG DI DEWAN XOCOLATTE HOTEL EMAS , TAWAU PADA 23 JUN 2010.





Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Tawau Tahun 2010 berlansung di Hotel Emas yang di sempurnakan Perasmian nya oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah. Turut hadir Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Silam Mizma Appehdullah sebagai wakil dari Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.



Tiga Wakil Bahagian yang hadir diMesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri , Tuan Hj.Rackey Apna , Tuan Tony Tahah dan Tuan Johnny Sulaiman. Turut hadir Ybhg.Setiausaha Bahagian UMNO Tawau Tuan Hj.Naim bin Ahmad.




Memulakan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri dengan menyanyikan 4 buah lagu Negaraku , Sabah Tanah Airku , Bersatu Bersetia Berkhidmat dan Lagu Puteri.




Ucapan alu aluan daripada Ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau Nazliah binti Ali , mengucapkan syukur kerana dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab melaksanakan Mesyuarat Perwakilan Puteri Tahun 2010 seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Parti UMNO.




Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan , Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah. Yang Berhormat Datuk Tawfiq telah menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau.

Dalam ucapan nya beliau menyeru kepada semua ahli pergerakan tersebut agar sentiasa belajar dan merapatkan diri dengan rakyat. Walaupun Ahli ahli Puteri terdiri daripada wanita muda , mereka hendaklah sentiasa peka dan bersama sama pergerakan sayap yang lain untuk membantu pucuk pimpinan dalam menjalankan amanah dan merealisasikan perancangan perancangan yang telah disusun atur.



Penyampaian Cenderakenangan kepada Yang Berhormat Datuk Tawfiq oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau Nazliah binti Ali.



PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO TAWAU TAHUN 2010 BERTEMPAT DI GRAND BALL ROOM HOTEL PROMENADE TAWAU PADA 11 JULAI 2010




Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau berlangsung pada 11 Julai 2010 bertempat di Grand Ball Room , Hotel Promenade Tawau. Persidangan Perwakilan Bahagian kali ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Haji Ahmad Husni Hanadzlah , Bendahari UMNO Malaysia merangkap Menteri Kewangan ke-II . Turu hadir Yang Berhormat Datu Nasrun bin Datu Mansur , ADUN N.50 Lahad Datu sebagai wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

 
Para Perwakilan Persidangan Bahagian UMNO Tawau telah mula memenuhi tempat duduk yang disediakan mengikut Cawangan masing masing. Setiap cawangan mempunyai perwakilan seramai 4 orang atau lebih bergantung kepada ramai Ahli disesuatu cawangan tersebut. 
Menurut Perlembagaan UMNO Fasal 14.4.4 Wakil wakil yang dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak seorang wakil bagi tiap tiap lima puluh ( 50 ) orang ahli tetapi Jumlah Ahli Perwakilan itu tidak lebih daripada lima ( 5 ) orang dari satu cawangan.

Ini tidak termasuk Ketua Cawangan , Ketua Wanita Cawangan , Ketua Pemuda Cawangan dan Ketua Puteri Cawangan yang layak secara otomatik setelah mengadakan Mesyuarat cawangan masing masing.





Menurut Perlembagaan UMNO Fasal 14.4.5 Tidak lebih daripada  sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita , sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda  dan sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perwakilan Bahagian masing masing ,

yang akan hadir ke Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO. Disamping Ketua ketua wanita cawangan dan Ahli ahli cawangan yang dipilih.


Ketibaan Yang Berhormat Dato Seri Hj.Ahmad Husni Hanadzlah , Bendahri UMNO Malaysia merangkap Menteri Kewangan II yang di iringi oleh Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan bersama Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali serta Yang Berhormat Datu Nasrun bin Datu Mansur Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah yang juga ADUN N.50 Lahad Datu.

 


Perasmi Persidangan Perwakilan Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Yang Berhormat Datu Nasrun bin Datu Mansur telah berada dalam Persidangan .







Memulakan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau dengan nyanyian 4 buah lagu Negaraku , Sabah Tanah Airku , Bersatu Bersetia Berkhidmat dan Barisan Nasional.  



Ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan dengan mengalu alukan kehadiran Yang Berhormat Dato Seri Hj.Ahmad Husni Hanadzlah , Bendahri UMNO Malaysia merangkap Menteri Kewangan II , beliau juga mengucapkan terima kasih diatas kehadiran Yang Berhormat Datu Nasrun bin Datu Mansur ADUN N.50 Lahad Datu selaku Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah. dan diucapkan selamat datang kepada ahli ahli rombongan dari UMNO Bahagian Silam.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perwakilan Bahagian yang telah hadir memenuhi kehendak Peraturan Perlembagaan UMNO untuk melaksanakan Persidangan Perwakilan Bahagian pada setiap tahun. Syabas dan tahniah juga kepada Urusetia Persidangan yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

Perlembagaan UMNO Fasal 14.3 " Perwakilan Bahagian hendaklan diadakan sekali setahun tidak kurang daripada enam puluh (60) hari sebelum tarikh diadakan Perhimpunan Agung. Kelonggaran boleh diberikan oleh Majlis Tertinggi tertakluk kepada Fasal 10.14". 





Beliau juga menyeru kepada Perwakilan agar sentiasa bersatu hati dan sentiasa menjaga perpaduan didalam UMNO. Walaupun Pilihanraya masih jauh tetapi sebagai sebuah Parti yang besar kita perlu sentiasa membuat penambahbaik. Cawangan cawangan adalah digalakan untuk menambah keahlian mereka dari masa ke semasa. UMNO Bahagian Tawau akan membuat program program turun padang bagi mendekati para ahli dan masyarakat.


Ucapan Perasmian Persidangan Perwakilan bahagian UMNO P.190 Tawau oleh Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Husni Hanadzla , Bendahari UMNO Malaysia merangkap Menteri Kewangan II Malaysia.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang Berhormat Datuk Tawfiq kerana menjemputnya untuk merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau.


Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau berjalan dengan baik dan teratur dengan kehadiran yang ramai . 


Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan selaku Ketua Bahagian UMNO Tawau menyampaikan Cenderakenangan kepada Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah sempena perasmian Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau. Beliau menyampaikan Frame gambar Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau sesi 2009 hingga 2011. Beliau juga menyampaikan bakul berisi barangan IKS Daerah Tawau.


Yang Berhormat Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali pula menyampaikan cenderakenangan kepada Datu Nasrun bin Datu Mansur Bakul yang berisi barangan IKS daerah Tawau.


Selesai sudah acara Perasmian Persidangan Perwakilan Bahagian dimana Pengerusi Tetap Persidangan mengambil tempat untuk meneruskan acara dengan perbahasan dan Usul yang disampaikan oleh Ahli ahli yang mengambil bahagian. Usul Ekonomi , Usul Pendidikan dan Usul Agama.

Seterusnya Pemilihan wakil 7 ke Perhimpunan Agung UMNO tahun 2010 yang akan diadakan pada 19 oktober hingga 23 Oktober  2010. 


Bagi memulakan pembuangan undi kepada perwakilan 7 dimulakan oleh Ketua Bahagian Yang Berhormat datk Tawfiq bin DSP AB Titingan  dan Timbalan Ketua bahagian UMNO P.190 Tawau Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali.


Proses pemilihan berjalan lancar yang dijalankan oleh Urusetia dan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Silam yang hadir bersama sama Yang Berhormat Datu Nasru bin Datu Mansur Ketua Bahagian UMNO P.188 Silam . 

Pengumuman pemenang wakil 7 ke Perhimpunan Agung UMNO tahun 2010 di Kuala Lumpur.

Persidangan ditangguhkan sehingga kesuatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian

Cabutan Nombor bertuah kepada yang hadir untuk tawaran sebagai Pemerhati Perhimpunan Agung UMNO tahun 2010 di Kuala Lumpur seramai 30 orang.

Tahniah Kepada Yang Berjaya


Salam Perjuangan
BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT




end