Thursday, August 31, 2017

MALAYSIA MERDEKA KE-60 TAHUN


MERDEKA , MERDEKA , MERDEKA Laungan oleh Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj Perdana Menteri Malaysia yang Pertama pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka yang masih didengari sehingga kehari ini setiap tahun pada tanggal 31haribulan Ogos.

Kegembiraan yang tidak terkira yang ditujukan oleh rakyat pada ketika itu dimana mana orang keluar sambil melaungkan Merdeka,Merdeka, Merdeka.

Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj Perdana Menteri Malaysia yang Pertama dari 31 Ogos 1957 - 22 September 1970. 

Tuanku berkhidmat selama 3 Penggal;
( 31 Ogos 1957 - 19 Ogos 1959 ) ,
dibawah Persekutuan Tanah Melayu
( 19 Ogos 1959 - 24 April 1964 ), 
mulai 16 September 1963 dibawah Kerajaan Malaysia
( 24 April 1964 - 10 Mei 1969 ) ,
( 10 Mei 1969 - 22 September 1970 ).
Tidak cukup satu penggal meletakkan jawatan akibat krisis 13 Mei 1969 dengan digantikan oleh Allayarham Tun Abdul Razak Hussin Perdana Menteri yang kedua .

Pilihanraya Umum Malaysia 1964 merupakan pilihanraya umum yang pertama selepas Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, serta Pilihan raya umum yang kedua selepas Kemerdekaan PersekutuanTanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagaimanpun Sabah dan Sarawak tidak menyertai Pilihanraya Umum ini dan oleh itu bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat dikekalkanpada bilangan 104.


Menjuarai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah hadiah paling istimewa buat rakyat Malaysia yang meraikan ambang Merdeka.Sambutan kejayaan berganda itu diraikan rakyat dengan penuh semangat patriotik di seluruh negara tanpa mengira kaum, agama, latar belakang dan perbezaan politik.

Stadium Nasional Bukit Jalil, yang sejak 19 Ogos lalu menjadi venue KL2017, bertukar suasana pada malan 30 Ogos 2017 apabila menjadi medan patriotisme sambutan Ambang Merdeka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai ribuan rakyat Malaysia untuk meraikan kejayaan negara itu sambil menunggu detik 12 tengah malam bagi menyambut Hari Kebangsaan. Tayangan video mengenai Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman membuka tirai acara Ambang Merdeka diikuti ucapan Najib, yang turut mengumumkan cuti khas pada Isnin sempena kejayaan Malaysia menjuarai Sukan SEA 2017.
Tepat jam 12 tengah malam, laungan 'Merdeka' bergema di seluruh stadium dan hadirin kemudian menyanyikan lagu Negaraku.


LAKSANA JANJI UNTUK RAKYAT DALAM MENGISI KEMERDEKAAN
Tiada hadiah yang lebih istimewa kepada rakyat, sebagai pengisian sebenar sebuah kemerdekaan, melainkan menjadi kerajaan yang mampu menyampai serta melaksana janji-janji yang dibuat untuk kepentingan rakyat dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata pentadbirannya tidak mahu membuang masa untuk terjebak dan melayan tohmahan, sebaliknya komited dan bertekad menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan ekonomi demi maslahah rakyat terbanyak.

“Kisah kemerdekaan Malaysia terus diisi dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang disegani oleh kawan dan lawan,” katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2017.

Malaysia, katanya, kini dirujuk ramai sebagai negara yang sedang maju membangun, berteraskan pendirian yang amat jelas dalam hal-hal seperti menolak ideologi dan fahaman melampau, khususnya dalam membanteras ancaman Daesh.

“(Raja Arab Saudi) Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah berkenan untuk memilih Malaysia sebagai Pusat Keamanan Antarabangsa,” kata Najib.

Perdana menteri menyebut beberapa kejayaan terkini negara seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua tahun ini mencatat pertumbuhan memberangsangkan pada kadar 5.8 peratus, antara yang tertinggi di dunia.

Majalah Forbes pula, katanya, meletakkan Malaysia pada kedudukan paling atas antara semua negara Asia untuk pelaburan asing manakala agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings juga mengekalkan penarafan kredit Malaysia dengan unjuran stabil pada skor A-.

Menyentuh kedudukan rizab antarabangsa Bank Negara, Najib berkata ia kini bertambah kepada RM431 bilion, jumlah rizab yang semakin kukuh.
“Lalunya, bagaimana mungkin sesetengah pihak sesuka hati menuduh bahawa, Malaysia sekarang ini sebagai sebuah negara gagal, atau a failed state, sedangkan pada era 90-an, di mana kedudukan rizab yang jauh lebih rendah sebenarnya waktu itu, tidak pula dikatakan sebagai negara yang gagal,” katanya yang jelas merujuk kepada tohmahan pembangkang.
Najib berkata pentadbirannya percaya dalam ikhtiar mengkhidmati rakyat, ia harus bersifat melangkau politik dan berorientasikan kepentingan rakyat. Najib berkata pentadbirannya sejak lapan tahun lalu tidak pernah berlengah-lengah sejak awalnya, bahkan amat komited dengan pelbagai dasar serta inisiatif demi memakmur negara dan mensejahterakan rakyat.


Berpaksikan falsafah 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, perdana menteri berkata kerajaannya akan terus mengutamakan projek-projek Infra-Rakyat seperti MRT (Mass Rapid Transit) yang jelas bertaraf dunia dan memberi impak kepada 500,000 pengguna setiap hari. Menurut rekod, projek MRT itu dapat membantu mengurangkan kos sara hidup dengan menyediakan sistem pengangkutan yang selesa dan lebih murah di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan masalah tekanan dalam kalangan orang ramai, membantu alam sekitar di segi pengurangan pelepasan karbon dan mempergiat lagi kegiatan ekonomi di koridor berkenaan.

Begitu juga projek-projek East Coast Rail Link, Lebuhraya Pan-Borneo serta High Speed Rail yang sedang rancak dan bakal dibina, katanya.

Di samping itu, kata Najib, inisiatif dan bantuan kepada golongan rakyat yang memerlukan akan terus diperuntuk serta dipergiatkan demi kebaikan mereka. Antaranya BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, PRIMA, Klinik 1Malaysia, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada para petani, pekebun kecil, nelayan serta para peneroka Felda.

Najib berkata Malaysia turut tidak terkecuali dibelenggu kemelut ekonomi global sejak beberapa tahun kebelakangan, namun melalui perancangan yang strategik lagi berhemah serta pentadbiran dan pelaksanaan yang cekap dan sistematik telah menjadikan ekonomi negara terus kekal berdaya tahan. Beliau berkata perayaan kemerdekaan negara tahun demi tahun semakin mantap dan mendalam maksudnya.“Dalam erti kata lain, tiap kali menjelangnya sambutan, ia menjadi satu momentum yang menganjak kita jauh ke hadapan sebagai sebuah negara bangsa yang berjati diri.

“Nikmat kemerdekaan seiring dengan tema pada tahun ini, iaitu “Negaraku Sehati Sejiwa” seharusnya melimpah-limpah dari Semenanjung hinggalah ke Sabah dan Sarawak.

Lantaran itu, marilah sama-sama kita mensyukuri nikmat kemerdekaan, kita bersatu dan berganding bahu, membina matlamat, merencana hala tuju, demi mencapai impian 1Malaysia Negaraku.

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!

KUALA LUMPUR - Sambutan Gilang Gemilang , semarakkan semangat Patriotisme rakyat. Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini disambut penuh meriah dan gilang gemilangdengan ribuan rakyat membanjiri Dataran Merdeka bagi menunjukkan semabgat solidaritidan Cintakan Negara. Berlandaskan Tema Hari Kebangsaan "Negaraku Sehati Sejiwa"sekali gus meniup nafaz Patriotismeyang menebal dalam kalangan rakyat dan menambahlagi rasa cinta rakyat kepada Negara. 


Dua Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia yang ditugaskan menaikkan Bendera Jalur Gemilang buat Pertama kalinya selepas Malaysia mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan Bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor kini dikenali Dataran Merdeka. Lt.Komander (B) Mohd.Sharif Kalam dan Pegawai Waran 1 Komander (B) Oliver Culvelt Samuel.

 Menaikkan Bendera Malaysia Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku


Dataran Merdeka bergema dengan laungan Merdeka sebanyak tujuh kali - sama seperti perisytiharan Hari Kemerdekaan di lokasi serupa, 60 tahun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melaungkan ungkapan keramat itu, memilih gaya Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tanggal 31 Ogos 1957.

Yang diPertuan Agong Sultan Muhamad V berkenan menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan2017 di Dataran Merdeka. Turut hadir para Menteri Menteri Kabinet yang diketuai Oleh YAB Perdana Menteri DS Mohd.Najib bin Tun Abdul Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansur, YAB Timbalan Perdana Menteri DS Dr.Zahid Hamidi , DSP Dr.Salleh bin Said Keruak



Acara kemudian diteruskan dengan persembahan khas dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pentomen Ops Tapah F Team diikuti dengan persembahan kawad senyap oleh Tentera Darat Diraja Malaysia yang membabitkan 1,000 anggota.
Seterusnya, acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2017 yang disertai 18,0765 peserta mewakili lapan segmen iaitu kenegaraan, perpaduan, animasi, Sukan SEA dan Para ASEAN, TN50, Ketenteraman Awam dan Komponen Rakyat mengambil tempat.


Perbarisan membawa Bendera Jalur Gemilang Gergasi memulakan Perarakan Sanmbutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka.


Persembahan yang mengimbas kembali Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pulang dari London selepas berjaya mengetuairombongan Malaysia bagi mendapatkan Kemerdekaan daripada Penjajah British.

Perarakan Perbarisan menggambarkan kepelbagaian kaum dan Ethenik yang terdapat di Malaysia dengan pakaian tradisional kaum masing masing yang menjuru kepada kehidupan Harmoni , Aman dan Damai sentiasa hormat menghormati antara satu dengan yang lain. Tema Hari Kebangsaan iaitu Negaraku Sehati Sejiwa yang diterapkan kali ini sekali gus meniupkan nafas patriotisme yang menebal dalam kalangan rakyat dan menambahkan lagi rasa cinta rakyat kepada negara.
Manifestasi rasa cinta kepada negara yang terpancar sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka hari ini turut mewarnai suasana sambutan di seluruh negara dengan pelbagai acara penuh semangat patriotik, yang dihadiri kepimpinan negeri dan rakyat. Pelbagai program bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan tanggal 31 Ogos 1957 dan transformasi negara selama enam dekad diadakan di setiap negeri bagi meraikannya, yang menarik perhatian bukan saja rakyat tempatan malah juga warga asing.

Perarakan juga dimeriahkan dengan Maskot Ejen Ali yang berjaya menarik perhatian kanak kanak. Orang ramai, khususnya ibu bapa mengambil kesempatan cuti umum ini membawa anak mereka untuk melihat dan merasai sendiri acara yang bertema “Negaraku Sehati Sejiwa” itu, berada di lokasi sambutan sejak awal pagi.   

Para Atlate Malaysia yang menyertai Sukan Sea KL2017 turut bersama menyertai perarakan perbarisan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60. Menjuarai Sukan SEA ke-29 yang diadakan diKuala Lumpur dari 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017 dengan pungutan pingat ; Emas 145 , Perak 92 dan Gangsa 86 satu pencapaian yang paling cemerlang sejak penglibatan Atlate Malaysia di sukan SEA.



Transformasi Pakaian seragam Polis Diraja Malaysia sebelum Merdeka hingga selepas Merdeka.


Transformasi pakaian seragam Angakatan Tentera Malaysia sebelum Merdeka hingga selepas Merdeka. 

UCAPAN YANG MULIA TUNKU ABDUL RAHMAN SEBAGAI KETUA MENTERI SELEPAS MEMENANGI PILIHANRAYA PERSEKUTUAN ( MASIH DIBAWAH JAJAHAN BRITISH )

Pilihanraya pada 27 Julai 1955 , dengan gabungan UMNO , MCA dan MIC ( Parti Perikatan ) daripada 52 kerusi yang dipertandingkan Perikatan memenangi 51 kerusi dan 1kerusi dimenangi  oleh parti PAN.

Pada 9 Ogos 1955, Tunku membuat siaran pertamanya ke seluruh Negeri dari struktur kayu lama di Young Road, Kuala Lumpur. Semasa siaran, beliau berkata:


"Saya amat bertekad untuk berusaha untuk mandiri dan Kemerdekaan secepat mungkin dengan cara perlembagaan. Orang lain telah berkuasa untuk melawan kuasa penjajahan sebelum mencapai kebebasan mereka dan ini tidak perlu di Malaya".

"Perikatan telah membuktikan bahawa mereka mempunyai sokongan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa, dan tiga komuniti utama bekerja rapat di semua peringkat untuk memenangi pemilihan. Saya akan mengambil kesempatan untuk meminta Setiausaha Negara yang baru untuk Koloni untuk mengatur perbincangan perlembagaan di London secepat mungkin kerana Perlembagaan Persekutuan sekarang boleh dilaksanakan semasa lawatannya ke Kuala Lumpur".

"Darurat Tanah Melayu terus menghalang kemajuan dan menelan dana yang harus digunakan untuk pembangunan dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengakhiri Kecemasan melalui inisiatif baru. Akhirnya, saya memberi jaminan kepada pegawai kerajaan yang dimiliki oleh parti politik lain bahawa mereka tidak mempunyai alasan untuk takut tidak setuju secara rasmi".
Yang diPertuan Agong Sultan Muhamad V berkenan memberikan tabik hormat ketika menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan2017 di Dataran Merdeka. Kehadiran KeBawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Muhamad V menceriakan lagi sambutan Hari Kemerdekaan Negara Ku Malaysia. Turut kelihatan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datun Seri Rosmah Mansur, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Dr.Salleh Said Keruak. 


RINGKASAN SEJARAH KEMERDEKAAN
Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada 8 Februari 1956 yang disaksikan oleh Alan Lennox-Boyd Setiausaha Negara Jajahan British. Sekembalinya Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke Malaya pada 20 Februari 1956 beliau terus ke Padang Pahlawan , Bandar Hilir Melaka untuk mengumumkan Peristiwa Bersejarah yang sehingga kehari ini sesiapa saja yang mengalami dan bersifat Patriotik akan teruja dan menangis iaitu " KEMERDEKAAN". Yang Mulia Tunku mengumumkan bahawa beliau telah berjaya menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu bebas daripada Penjajahan British. Beliau juga mengumumkan bahawa 31 Ogos 1957 adalah tarikh Keramat bagi sebuah Negara Bangsa iaitu tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu.


KENAPA TARIKH KEMERDEKAAN PADA 31 OGOS 1957
Sebelum Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertolak ke London untuk mengetuai rombongan Tanah Melayu bagi perundingan Tuntutan Kemerdekaan Tanah Melayu dengan Kerajaan British pada 1 Januari 1956 , Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim , Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang Tokoh dalam bidang Ilmu Falak.
Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj beranggapan beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim ( Datuk kepada YAB Datuk Seri Abdullah bin Hj.Ahmad Badawi , Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 ) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf  agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi Kemerdekaan Tanah Melayu.

Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab " Am Khir Atana " ( tahun baik datang kepada kita ) hari Sabtu , 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh Pengistiharan Kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957 , maka pada tahun tahun berikutnya sebelum 1962 adalah tidak baik bagi orang orang Melayu mengistiharkan Kemerdekaan. Beliau juga melarang Pemuda-Pemuda UMNO daripada melakukan pemberontakan dan merampas kuasa sekiranya Kerajaan British tidak bersetuju pada tarikh 31 Ogos 1957 itu. Jika tarikh Kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu , Syeikh Abdullah Fahim meminta untuk menunggu sehingga 5 tahun lagi iaitu 31 Ogos 1962.

Bagaimana pun sebagaimana yang telah dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t dan pada 20 Februari 1956 di Padang Pahlawan Bandar Hilir,Melaka  Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengumumkan bahawa Pengistiharan Kemerdekaan telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957.



TANGGAL 31 OGOS 1957 ,
Tarikh keramat bagi seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu 20,000 orang anak bangsa berkumpul menyaksikan detik detik bersejarah Kemerdekaan Negara didepan mata. Tatkala Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan "Merdeka" , bermula dengan upacara Penurunan Bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor ( Kini Dataran Merdeka ) di ikuti Pengistiharaan Kemerdekaan diStadium Merdeka , semua yang hadir tidak mampu menahan air mata.

Air mata tertumpah amat berharga bagi saksi saksi Merdeka ini, setelah ratusan tahun merasai kepahitan hidup sebagai rakyat Jajahan , Kemerdekaan merupakan ganjaran yang paling besar. Tidak hairan lah jika rata rata mereka sanggup membawa kaum keluarga masing masing berkampung berhari hari di Stadium Merdeka semata mata tidak mahu terlepas peluang berharga dalam detik Sejarah Negara. 








Negeri Sabah yang sentiasa mendapat kemakmuran sejak 16 September 1963 iaitu bebas daripada Penjajahan British apabila bersama-sama Tanah Melayu , Sarawak dan Singapura membentuk sebuah Negara Baru iaitu Negara Malaysia.Walaubagaimana pun Singapura telah keluar daripada gabungan ini pada 9 Ogos 1965. Sabah yang suatu ketika dahulu hanyalah sebuah Negeri yang masih banyak kekurangan , dari segi Infrastruktur , Pelajaran dan kehidupan harian. Namun atas semangat Kemerdekaan Negeri Sabah telah bangkit dari satu tahap ke satu tahap menuju kejayaan.Rakyat Negeri Sabah telah menerima perubahaan demi perubahan untuk kejayaan. Infrastruktur bertambah baik , Pelajaran meningkat maju , kehidupan harian bertambah maju dengan Mandiri dan dapat menunjolkan taraf kehidupan yang lebih sempurna.

KOTA KINABALU: Lebih 15,000 orang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sabah yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens, seawal jam 6 pagi, di sini hari ini.
Acara itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni. Sambutan itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin serta barisan Kabinet negeri Sabah.


Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin memeriksa barisan kawalan kehormat sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 di Kota Kinabalu.

Sementara itu, sebanyak 203 kontinjen membabitkan pelbagai kategori seperti sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan serta sektor swasta, badan bukan kerajaan dan persatuan etnik Sabah menyertai perbarisan yang bermula kira-kira jam 7.30 pagi.
Sambutan Hari Kebangsaan itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan termasuk koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan aksi kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di KD Sri Tawau.
Sambutan ditutup dengan pertunjukan penerbangan lintas khas daripada pasukan gerakan udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kanak-kanak sekolah memakai pakaian tradisional Kadazan Dusun sempena sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephen , Kota Kinabalu.

Kumpulan Etnik diSabah yang turut meraikan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan di Jalan Tun Fuad Stephen , Kota Kinabalu

Rampaian rumpun bangsa yang turut sama menghiasi acara perarakan perbarisan sempena Hari Kebangsaan yang disambut meriah di Kota Kinabalu.

Dengan pakaian Tradisional suku kaum diSabah memeriahkan lagi sambutan hari Kebangsaan yang berlangsung di Jalan Tuan Fuad Stephen Kota Kinabalu.

KG.RANGGU TAWAU - 10 September 2017 , Sambutan Hari Kebangsaan ke - 60 tahun telah diadakan di Balairaya Kg.Ranggu Tawau dengan menyediakan beberapa Program Semarak Kemerdekaan. Pada sebelah pagi acara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah. Semua penduduk yang hadir berkumpul digelanggan sepak Takraw dimana acara menaikkan bendera yang di iringi dengan nyanyian lagu Negeraku dan Sabah Tanah Airku.Selepas itu bacaan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Azhar bin Hj.Mokhtar.

Semangat Patriotisme yang ditunjukkan oleh Penduduk Kampung Ranggu amat disanjung tinggi , dimana saban tahun acara serupa ini diadakan Sambutan Hari Kebangsaan pasti nya akan mendapat sokongan mereka. Semangat cintakan negara adalah semangat patriotik kepada negara. Dengan mempunyai semangat patriotik yang sejati barulah lahir jati diri dan semangat cinta negara yang tulen yang akan mendahului kepentingan individu, kaum, politik dan ekonomi.



Selepas acara menaikkan Bendera dan menyayikan lagu Patriotik dan Bacaan Ikrar , semua penduduk kampung bersama sama pemimpin kampung berkumpul semula didalam Balairaya untuk meneruskan acara acara yang telah disediakan.Pemimpin pemimpin kampung yang hadir WKAN Hj.Amirbak bin Abdul Rahim , WKAN/Pengerusi KRT Kg.Ranggu Yusof bin Hj.Ahmad , PJKKK Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof , KK Bahauddin bin Ahmad , Pemaju Mukim Hj.Mohd.Zain bin Ahmad, Setiausaha JKKK Zaini bin Abidin  turut hadir Tuan Julaidy bin Simon Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Tawau dan Ketua Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau dan rombongan.


Persembahan bacaan Sajak Kemerdekaan oleh anak anak Sekolah Kebangsaan Kg.Ranggu.

Ucapan alu-aluan Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof  , Pengerusi JKKK Kg.Ranggu merangkap Pengerusi Pelaksana Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 serta Majlis meraikan Kemenangan Kg.Ranggu dalam Pertandingan Anugerah Desa Perdana Peringkat Daerah Tawau.
Dalam ucapan nya beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada program program yang dijalankan yang perlukan penglibatan penduduk kampung. Dalam Program kali ini pengisian nya adalah merupakan semangat perjuangan dan Patriotisme serta memberikan penghargaan kepada mereka yang terdahulu yang telah memberikan sumbangan bagi memajukan kampung dan pemimpin kampung. Beberapa Penghargaan yang disampaikan sempena Program kali ini seperti ; 
1. Jasa Mu dikenang
3 orang pemimpin lama di Kampung diberikan Sijil Penghargaan yang akan diserahkan kepada waris masing masing. 

 2. Penyampaian Sijil Penghargaan
AJK Pelaksana Hari Kebangsaan tahun ini diberikan Sijil Penghargaan

3. Penyampaian Sijil Penghargaan
AJK Pelaksana Anugerah Desa Perdana yang telah berusaha sehingga Kg.Ranggu mencapai kejayaan Johan Anugerah Desa Perdana Daerah Tawau.

4. Penyampaian Trophi dan Sijil Penghargaan
Pemenang Keluarga " Sikap Berjiwa Patriotisme 2017"

5. Penyampaian Hadiah
Pemenang Mewarna dan Melukis untuk kanak kanak sekolah.


Kumpulan Pemuzik kanak kanak sekolah SK.Ranggu mempersembahkan beberap buah lagu Patriotik termasuklah lagu sehati sejiwa yang dinyanyikan bersama kanak kanak Tadika KEMAS sambil mengibarkan Bendera Malaysia. Kita cuba terapkan nilai nilai Murni dan Cintakan Negara kepada anak anak.

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya hormat-menghormati, tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain lagi. Namun, pada era dunia tanpa sempadan ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan zaman. Persoalan yang menjadi percaturan minda adalah apakah prakarsa istiqamah yang boleh dijana untuk menjamin amalan suci in terus diamalkan?
Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap pemimpin dan haruslah dijulang sampai ke langit. Pemimpin pemimpin kampung harus juga menerapkan amalan ini pada kanak kanak dibanku sekolah , bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain putih dan Pemimpin dan masyarakat serta ibu bapa merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak ini. Misalnya, harus menerapkan ajaran agama yang mantap dalam diri dan jiwa anak-anak dengan membawa mereka untuk mendekati Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu, haruslah mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua dan menyayangi kehidupan.  Apabila selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan antara intan dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak dengan bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bapa borek anak rintik. Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni yang disanjungi.



Penerima Sijil Penghargaan " Jasa Mu Dikenang " Pemimpin pemimpin yang terdahulu yang banyak menyumbang kepada pembangunan dalam Kampung Ranggu. Waris waris mereka telah hadir dan menerima sijil tersebut sebagai tanda bahawa Jasa dan Budi mereka terdahulu tetap dikenang dan diabadikan dalam ingatan kepada Generasi masa kini dan akan datang.

i. Imam Ahmad bin Aliho
Imam Pertama di Kampung Ranggu dalam tahun 1950an hingga 1970an. Beliau adalah Imam bertauliah dimana segala urusan keagamaan Imam Masjid Ranggu , nikah kahwin , kenduri kendara dan banyak lagi. Seorang daripada anak beliau telah dilantik menjadi Ketua Kampung Ranggu. Dulu terdapat sebuah Masjid di Kampung Ranggu ianya diperbuat daripada kayu dan struktur bertiang. Masjid tersebut telah dibina dalam tahun 1930an dan telah beberapa kali diubahsuai. Disamping Masjid terdapat sebuah Beduk yang digunakan oleh kaum muslimin memberitahu kepada penduduk kampung tentang masuknya waktu untuk Solat Fardu, ianya juga digunakan untuk memberitahu waktu berbuka puasa pada bulan Ramadhan. Disitu juga ada terdapat sebuah perigi yang digunakan untuk mengambil air untuk berwuduk. Masjid tersebut telah dirobohkan dalam tahun 1990an dimana sebuah Masjid baru yang lebih besar dan diperbuat daripada konkrit dibina , atas Peruntukan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan Tempatan melalui Majlis Perbandaran Tawau.  

ii. WKAN Abdullah bin Salim @ Panglima Abdullah Salim 
Ketua Kampung Ranggu yang pertama dalam tahun 1930an. Beliau adalah cucu kepada Penghulu Puado salah seorang pemimpin yang disegani semasa Pemerintahan Kolonial British di North Borneo terutama sekali di Daerah Tawau. Selepas Perang Dunia kedua beliau telah diberikan amanah untuk menjaga beberapa kawasan kampung disekitar bahagian Apas seperti Kg.Tinagat , Kg.Batu Payung , Kg. Membalua dan Kg.Ranggu. Beliau menjalankan tugasnya dengan begitu Dinamik dan sentiasa melawat kampung kampung yang dibawah jagaan nya dan berhubung dengan ketua ketua kampung / OT Kampung . Didalam Kampung Beliau sangat disegani dan dihormati sehingga lah beliau meninggal dalam tahun 1986.

iii. KK Mohamad Nor Jamaluddin
Beliau adalah seorang pesara perkhidmatan kerajaan yang telah bertugas sebagai seorang Pembantu Perubatan Kanan di Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau. Setelah beliau bersara beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung Ranggu iaitu dalam tahun 1986. Perkhidmatan beliau dalam kerajaan sejak zaman kolonial lagi. Beliau adalah salah seorang pemain bola sepak Malay Team Tawau sekitar tahun 1950an. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang kesihatan dimana beliau telah berkhidmat lebih kurang 40 tahun bersama Kementerian Kesihatan Malaysia. Disamping itu beliau juga berminat dalam politik dimana beliau telah dipilih dan dilantik sebagai Ketua Cawangan UMNO Kg.Ranggu sejak permulaan UMNO masuk ke Sabah dalam tahun 1990. Pada tahun 1990, USNO bergabung dengan BERJAYA untuk membawa UMNO melebarkan sayap ke Sabah. Tun Mustapha menjadi pengerusi pertama UMNO Sabah setelah USNO dibubarkan untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1991.



Penyampaian Sijil Penghargaan kepada penerima penerima diatas usaha dan kerjasama yang telah diberikan untuk membantu melaksanakan Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 dan juga semasa Program Penilaian Anugerah Desa Perdana yang telah dilaksanakan. Dengan kerjasama yang berterusan  , segala masalah dan keperluan untuk melaksana dan mentadbir Program program dapat diusahakan dengan jayanya.


Pemenang-pemenang yang berjaya dalam pertandingan kibar Jalur Gemilang Peringkat Kampung Ranggu yang diberi nama Keluarga   " Sikap Berjiwa Patriotisme 2017". Setiap tahun Jawatankuasa Pelaksana menyediakan hadiah hadiah Istimewa berupa Sijil Penyertaan dan Tropi bertujuan untuk menyemarakkan lagi penglibatan penduduk kampung Ranggu melibatkan diri dalam pertandingan ini. Keistimewaan Pertandingan ini ialah pemenang tidak perlu mengisi borang penyertaan hanya menghiaskan rumah dan kawasan rumah masing masing dengan Bendera Jalur Gemilang bermula dari 1 Ogos setiap tahun. Jawatankuasa Penilai yang telah dipilih oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana akan meronda kawasan kampung dan membuat penilaian bagi menentukan pemenang.


Pemenang pemenang bagi pertandingan mewarna dan melukis untuk kanak kanak sekolah menerima hadiah yang telah disampaikan oleh Tuan Julaidy bin Simon Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Tawau dengan dibantu oleh Yusof bin Hj.Ahmad Pengerusi KRT Kg.Ranggu. Pemenang Menerima Sijil Penyertaan dan Tropi.

Sebagai mengenang jasa dan budi serta usaha berterusan yang telah ditabur bakti oleh Pengerusi JKKK Kg.Ranggu , Hjh.Kee Salmah binti Kee Yusof telah dikejutkan dengan hadiah sejambak bunga berserta Plate yang disediakan oleh AJK JKKK Kg.Ranggu dan Penduduk Kampung sebagai menghargai usaha yang berterusan beliau memajukan kampung serta membantu penduduk kampung tanpa mengenal penat lelah. Hadiah disampaikan oleh Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.

Sementara menunggu ketibaan Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan yang akan merasmikan Program ini , AJK JKKK mencuba bermain musik dengan menyampaikan beberapa buah lagu. Walau pun sudah lama tidak bermain alat alat musik namun kelihatan mereka masih boleh memainkan beberapa buah lagu dan pasti nya ramai yang terhibur.

Ketibaan Ybhg.Datuk Hj.Nizam disambut oleh Ketua Ketua Masyarakat Penduduk Kampung Ranggu dengan begitu mesra dan ria. Sudah menjadi adat dan tradisi penduduk kampung akan menghormati kedatangan orang orang kenamaan atau Pemimpin yang datang.Beliau seterusnya di iring masuk kedalam Balairaya dimana orang ramai telah sedia menunggu untuk acara perasmian program.



Penduduk Kampung telah berkumpul sejak jam 7.30 pagi lagi bagi memenuhi acara yang dijalankan.Manakala pihak AJK Pelaksana telah bersedia menyediakan minum pagi dan makan tengahari agar penduduk kampung selesa mengikuti acara yang dipersembahkan.



Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , mengingatkan kembali kepada titik perjuangan untuk kemerdekaan Tanah Air Tercinta. Perjuangan untuk mendapat Kemerdekaan bukan lah begitu mudah ianya memerlukan Perpaduan Bangsa dan Keutuhan Perjuangan. Oleh yang demikian Generasi pada hari haruslah sentiasa bersyukur kerana tanpa perjuangan orang orang yang dulu tiada yang ada pada hari ini. Dari itu sayangi lah Kemerdekaan ini , Kukuhkan Perpaduan dan sentiasa mengingati bahawa kejayaan sesuatu kaum itu bukan nya datang begitu sahaja tetapi mesti lah diusahakan dan sentiasa patuh kepada kepimpinan yang ada. 

Penyampaian cenderakenangan oleh Pengerusi JKKK Kg.Ranggu kepada Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan kerana sudi datang dan seterusnya merasmikan Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 peringkat Kg.Ranggu yang diadakan di Balairaya Kg.Ranggu.


Penyampaian Cenderakenangan kepada Pegawai KEMAS Daerah Tawau oleh Tuan Hj.Yusof bin Hj.Abd.Gani Timbalan Pengerusi JKKK Kg.Ranggu.


Program Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 tahun Peringkat Kg.Ranggu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Semoga usaha murni ini harus diteruskan agar lebih banyak lagi penduduk kampung yang datang dan mengambil bahagian dalam memperpadukan perpaduan di Kg.Ranggu.

 


SEKALI MERDEKA , SELAMA NYA MERDEKA

MERDEKA , MERDEKA , MERDEKA



 
     ............................ end ................................