Saturday, July 29, 2017

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAWAU TAHUN 2017


  



27 Januari 2017 ( Jumaat ) , Kuala Lumpur – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengadakan sidang media sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Auditorium UMNO, Aras 4 Menara Dato’ Onn, PWTC. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa;
Persidangan Perwakilan Bahagian bermula pada 7 Julai hingga 26 Ogos 2017.


 
31 Januari 2017 , Dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Jumaat lalu , kami telah menetapkan tarikh persidangan UMNO cawangan dan bahagian pada tahun ini dibuat lebih awal.

Tarikh persidangan UMNO cawangan ditetapkan di antara 17 Mac hingga 30 April, manakala persidangan bahagian di antara 7 Julai hingga 26 Ogos.

Saya jelaskan kita tidak harus membuat andaian dan spekulasi bahawa tarikh awal persidangan tahun ini merupakan petunjuk kepada Pilihan Raya Umum ke-14.

Tiada yang luar biasa bagi persidangan tahunan diadakan pada awal tahun mahupun akhir tahun. Kita awalkan tarikhnya kerana tahun ini terdapat banyak acara seperti temasya Sukan SEA dan sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada bulan Jun, Insya-Allah.

Walau bagaimanapun, saya mahu semua jentera UMNO dan Barisan Nasional agar tidak leka atau ambil mudah kerja kita.

Kita perlu sentiasa fokus kepada penyampaian, tunaikan janji kita, luangkan masa bertemu dan dengar denyut nadi rakyat, apa hasrat dan keperluan mereka.

Saya harap bahagian atau cawangan UMNO akan meningkatkan lagi gerak kerja, selesaikan perselisihan yang boleh memudaratkan parti. Gunakan persidangan sebagai landasan bagi bincang dan selesai masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Kita harus sentiasa bersedia dan berusaha memastikan jentera kita terus mantap untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.


Dalam pada itu, Setiausaha Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata anggota parti perlu lebih fokus untuk menjadikan UMNO sebagai parti terbaik di Negara ini.

Ini kerana, katanya, persidangan tersebut bukan sahaja bakal menentukan hala tuju Perhimpunan Agung UMNO 2017, tetapi juga bakal memberi kesan terhadap strategi dan persediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.
 



13 March 2017 , Perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok untuk UMNO Bahagian P.190 Tawau. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah. Turut hadir Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah , Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti MD.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau , Tuan Hj.Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau , Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau , Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau , Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Tawau , Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Tawau , Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Tawau dan Ketua Cawangan UMNO Bahagian P.190 Tawau.


Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau yang hadir di Majlis Perasmian Cawangan Berkelompok yang diadakan di Hotel Marco Polo , Tawau



Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau yang hadir di Majlis Perasmian Cawangan Berkelompok yang diadakan di Hotel Marco Polo , Tawau 




Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau yang hadir di Majlis Perasmian Cawangan Berkelompok yang diadakan di Hotel Marco Polo , Tawau



Ahli yang hadir begitu ambil perhatian dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau , Hj.Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau , Ybhg. Datuk Hjh. Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau dan Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau.



Ucapan Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau semasa Majlis Perasmian berkelompok Mesyuarat Cawangan UMNO Bahagian P.190 Tawau.



Ucapan Tuan Hj.Ariffin bin Hj.Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau semasa Majlis Perasmian berkelompok Mesyuarat Cawangan UMNO Bahagian P.190 Tawau.


Ucapan Ybhg.Datuk Hjh.Rosdiana Binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau semasa Majlis Perasmian berkelompok Mesyuarat Cawangan UMNO Bahagian P.190 Tawau.



Ucapan Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau semasa Majlis Perasmian berkelompok Mesyuarat Cawangan UMNO Bahagian P.190 Tawau.






06 Ogos 2017 , Dewan Persidangan Pejabat UMNO Bahagian Tawau - Mesyuarat Khas AJK UMNO Bahagian Tawau telah bermesyuarat bagi membincangkan tentang perlaksanaan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau. Mesyuarat telah diPengerusikan oleh Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau. YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau tidak dapat hadir kerana masih dalam rawatan di Kuala Lumpur manakala YB.DSP Hj.Syed Abas bin H.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau masih dalam bercuti.
  
Tentatif Program yang dibincangkan dalam perlaksanaan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau;

Tarikh : 26 Ogos 2017
Masa   : 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Venue  : Hotel Promenade

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan membincangkan persediaan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau pada 26 Ogos 2017.

Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha Bahagian UMNO Tawau , menjelaskan aturcara dan perjalanan Persidangan yang akan diadakan pada hari tersebut seperti aturcara yang telah disediakan.
Perasmi bagi Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau pada tahun ini YB.Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia. Manakala Wakil dari Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk John Ambrose , Ketua Bahagian UMNO Penampang.



Acara Majlis bermula dengan pendaftaran perwakilan pada jam 11.00 pagi. Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau akan bermula selepas waktu solat Zohor dimana selepas Pendaftaran Peserta dijemput untuk makan tengahari. Persidangan Perwakilan Bahagian dijangka akan bermula pada jam 1.00 petang dimana Pengerusi Tetap Persidangan akan memulakan ucapan dan penerangannya. Oleh kerana Pengerusi Tetap Persidangan kadangkala uzur dan Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan telah meninggal dunia AJK Bahagian mencadangkan agar seorang Ahli dilantik bagi mengendalikan mesyuarat sebagai Pengerusi Tetap Persidangan bagi menjalankan mesyuarat tersebut. Persidangan Perwakilan Bahagian ini akan dirasmikan pada sekitar jam 3.30 petang sebaik sahaja Yang Berhormat Perasmi tiba di Dewan Persidangan.


Mesyuarat Khas ini juga telah melantik AJK Bahagian yang akan menghadiri Mesyuarat Perwakilan Sayap sayap yang akan diadakan.

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau
pada 13 Ogos 2017 di Hotel Promenade , Tawau yang akan dirasmikan oleh YB.Datuk Hj.Ahmad bin Hj.Maslan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.
 
1. Yusof bin Hj.Ahmad
2. Hj.Yusof bin Hj.Abdul Gani
3. Hj.Abdul Hamid bin Damang


Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Tawau  pada 20 Ogos 2017 di Hotel Promenade , Tawau yang akan dirasmikan oleh Ybhg.Datuk Rizal bin Mansur , Pegawai Tugas tugas Khas Jabatan Perdana Menteri.

1. Mohamad bin Oman
2. Datu Indal bin Datuk Datu Ismail 
3. Johnny bin Sulaiman

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau pada 20 Ogos 2017 di Hotel Promenade , Tawau yang akan dirasmikan oleh YB.Senator Dato' Hajjah Farahiyah binti Nordin, Ahli Dewan Negara.

1. Hj.Karim Tumak
2. Saran bin Mankati
3. Puan Mardawyah bin Hj.Yuddin

Sebahagian daripada persediaan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tawau kesemua AJK telah dibekalkan sepasang Baju Melayu dan kain samping yang akan dipakai semasa Persidangan Perwakilan tersebut.

13 Ogos 2017 , Dewan Persidangan Hotel Promenade Tawau - Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Ahmad bin Hj.Maslan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antara bangsa ( MITI ) di Dewan Persidangan Hotel Promenade Tawau.

Mesyuarat bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan kehadiran ahli Pergerakan Wanita UMNO Tawau telah mengambil tempat masing masing. Seperti biasa dimulakan dengan nyanyian lagu Patriotik dan Lagu UMNO iaitu Bersatu Bersetia Berkhidmat dan Wanita UMNO.


  
Para Perwakilan begitu bersemangat menyanyikan lagu lagu Patriotik dan lagu lagu Perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air yang tercinta. 

Ucapan daripada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor  menyampaikan kata penghargaan kepada YB.Datuk Hj.Ahmad Hj.Masran Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ( MITI ) kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Tawau serta begitu juga ucapan setinggi penghargaan kepada Ketua Bahagian UMNO Tawau Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan , Timbalan Ketua UMNO Bahagian DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali dan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan yang sentiasa memberikan bantuan kepada pergerakan wanita dimana tanpa adanya bantuan berkenaan wanita tidak akan dapat melaksanakan program program yang telah dirancang.

Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Ahmad bin Hj.Maslan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa ( MITI ). Beliau yang juga terlibat dalam Perindustrian Kecil dan Sedarhana menyarankan agar para wanita merebut peluang yang ada bagi memajukan diri dan keluarga untuk berniaga kecil kecilan dan Sederhana. Kerajaan telah menyediakan beberapa sumber bagi membantu usahawan usahawan Buniputera yang juga terdiri daripada kaum wanita.

Hakikat hadis berniaga adalah 9/10 dari sumber rezeki , hadis yang masyhur dalam kalangan Muslimin: Berniaga itu adalah 9/10 dari rezeki. seperti berikut:
 

Hadis tersebut datang dengan lafaz:

حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ثنا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ عَبْدِ الرحمن قال بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ. وقال نُعَيْمٌ: كسب الْعُشْرِ الْبَاقِي فِي السَّائِمَةِ يَعْنِي الْغَنَمَ


Maksudnya: Kata Nuaim bin Abd Rahman: telah sampai kepadaku bahawa Nabi saw bersabda: 9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan. Kata Nuaim: 1/10 yang berbaki (dari rezeki) datang dari pengembalaan yakni gembala kambing.




Simbolik Perasmian dengan memotong Kek Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke- 59. YB.Datuk Hj.Ahmad bin Hj.Maslan memotong kek disaksikan oleh Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Wanita , Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau , 3 Wakil AJK Bahagian UMNO Tawau kepersidangan , Wakil dari Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah , wakil dari Komponen Barisan Nasional dan AJK Pergerakan Wanita UMNO Bagaian Tawau dihadapan para perwakilan yang hadir.

Terdahulu daripada itu dalam ucapan YB.Datuk Hj.Ahmad bin Hj Maslan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan bahawa Kementerian nya mahukan golongan wanita yang menceburi dan memiliki Perusahaan Sedarhana (PKS) dinegara ini dipertingkatkan 30peratus berbanding 20peratus pada masa ini dalam tempoh terdekat. 905 ribu intiti PKS yang ada pada ketika ini 20 peratus diusahakan oleh wanita yang menjalankan perbagai jenis perusahaan. Dengan pembabitan wanita dalam PKS akan memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk membina empayar sendiri mencipta keuntungan termasuk menaiktaraf kehidupan keluarga mereka.

Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Wanita UMNO Bahagian Tawau berjalan lancar dengan meluluskan Usul iaitu:
"Berdiri teguh dibelakang kepimpinan YAB DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional"
"Menyokong Penuh kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah"
20 Ogos 2017 , Dewan Persidangan Hotel Promenade Tawau - Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tawau telah berlangsung dengan jayanya. Mesyuarat masing masing telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Senator Dato' Hajjah Farahiyah binti Nordin, Penolong Setiausaha Pergerakkan Puteri UMNO Malaysia yang juga Ahli Dewan Negara untuk Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Tawau di Dewan Persidangan Hotel Promenade Tawau. Manakala Ybhg.Datuk Rizal bin Mansur , Pegawai Tugas tugas Khas Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tawau.

Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Puteri UMNO Tawau dengan Gimik perasmian acara pemotongan kek yang dilakukan bersama Yang Berhormat Senator Dato' Hajjah Farahiyah binti Nordin, Penolong Setiausaha Pergerakkan Puteri UMNO Malaysia yang juga Ahli Dewan Negara , Cik Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri UMNO Tawau yang disaksikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tawau Hj.Naim bin Hj.Ahmad , 3 wakil daripada UMNO Bahagian Tawau iaitu  Mardawyah binti Hj.Yudin , Sahram bin Mankati dan Hj.Karim bin Tumak.

Perwakilan Bahagian yang hadir di Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Puteri UMNO Tawau. Sahran bin Mankati , Hj.Karim bin Tumak dan Mardawyah binti Hj.Yudin.


Ucapan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau Ariffin bin Hj.Kassim diMesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tawau. Menurut nya ini adalah kali terakhir beliau berdiri berucap dihadapan perwakilan Pemuda UMNO Tawau kerana pada pemilihan akan datang beliau dan beberapa orang rakan nya tidak akan bertanding lagi disebabkan had umur bagi keahlian sebagai Pemuda UMNO telah sampai had nya. Beliau menyeru kepada ahli ahli Pemuda agar bersatu padu , bersatu hati dan berjuang mempertahankan wadah perjuangan UMNO parti keramat orang orang Melayu di Tanahair ini. Patah tumbuh hilang berganti , beliau harap Pemuda akan terus berjuang dengan kepimpinan yang lain dimasa akan datang.


Gerak Gempur Pemuda telah dilancarkan bagi persediaan Pemuda menghadapi Pilihanraya Umum yang ke-14 yang akan berlaku pada bila bila masa sahaja. Disamping itu juga sebagai menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh Ketua Ketua Pemuda Cawangan Encik Ariffin bin Hj.Kassim mengumukan akan membawa semua ketua ketua Pemuda Cawangan Ke Kuala Lumpur pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.


Perwakilan Pergerakkan Pemuda UMNO Tawau telah memberikan ikrar taat setia kepada perjuangan Parti UMNO

Perwakilan Bahagian yang hadir di Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Pemuda UMNO Tawau ; Johnny bin Sulaiman , Mohamad bin Oman dan Datu Indal bin Datuk Datu Ismail.

Turut hadir para jemputan yang terdiri daripada ketua ketua cawangan UMNO DUN Balung dan DUN Apas bagi memeriahkan lagi Mesyuarat Pemuda dan Puteri.


Ketua ketua Pemuda dari Bahagian bahagian lain dari seluruh Negara juga turut hadir bersama memeriahkan mesyuarat kali ini. Mesyuarat kali ada signifikasi nya tersendiri iaitu pada Mesyuarat akan datang ramai ahli ahli Pemuda termasuk juga Ketua Pemuda tidak lagi akan bersama Pergerakkan Pemuda ini kerana Had Umur telah melebihi untuk menyertai pergerakan ini. Begitulah juga dengan Pergerakkan Puteri UMNO dimana ramai ahli ahli puteri tidak lagi bersama pergerakkan itu dan akan diserap masuk ke Pergerakkan Wanita secara otomatik. Had umur bagi Pergerakkan Pemuda ialah 40 tahun manakan Pergerakkan Puteri had umur 35 tahun.
 


Ada diantara mereka mereka ini masih lagi kekal didalam Pergerakkan Pemuda dan akan terus berjuang melaksanakan tugas tugas Pemuda dalam parti UMNO.

AJK UMNO Bahagian dan juga pemerhati serta kakitangan dari Unit Pegawai Pembangunan Masyarakat hadir di Perasmian  Mesyuarat Pemuda dan Puteri tersebut.

26 Ogos 2017 , Dewan Persidangan Hotel Promenade Tawau - Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau bersidang yang dihadiri oleh Wakil wakil Cawangan yang terdiri daripada Ketua Cawangan , Setiausaha Cawangan , Ketua Pemuda Cawangan , Ketua Wanita Cawangan , Ketua Puteri Cawangan dan Ahli ahli yang dipilih dari cawangan mengikut kouta yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan UMNO. 10 orang Wakil wakil dari sayap sayap UMNO , Pergerakan Wanita UMNO , Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO. 41 orang Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau dan Pemerhati.

Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau bagi sesi tahun 2013 hingga 2017 bersama Perasmi Persidangan iaitu Yang Berhormat Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia.

Posisi Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau sesi 2013 - 2017 adalah seperti berikut;

Pengerusi Tetap Persidangan: Datuk Datu Hj.Ismail bin Datu Jook
Tim.Pengerusi Tetap Persidangan: Datuk Hj.Abdul Manan bin Jakasa ( Arwah )
Ketua Bahagian : Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP Hj. AB. Titingan
Tim. Ketua Bahagian : Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali
Naib Ketua Bahagian : Datuk Hj.Nizam bin DSP Hj.AB Titingan
Ketua Wanita: Datuk Hjh.Rosdianah binti Mohd.Nor
Ketua Pemuda : Ariffin bin Hj.Kassim
Ketua Puteri : Nazliah binti Ali
Setiausaha Kehormat : Hj.Naim bin Hj.Ahmad
Bendahari : Hamil bin Hj.Awang
Ketua Penerangan : Datuk Hj.Ahmad Baharom bin DSP Hj.AB. Titingan

Ahli Jawatankuasa: 
Sarman bin Amat Simito
Mardawiyah binti Hj.Yudin
Mohd.Jones@Mohd.John bin Lakim
Abdul Razak bin Hj.Abas
Hj.Karim bin Tumak
Yusof @ Abdullah bin Hj.Ahmad
Sahran bin Mankati
Mohammad bin Oman
Datu Indal bin Datuk Datu Hj.Ismail
Johnny bin Sulaiman
Datu Hj.Abdul Rahman bin Datuk Datu Hj.Ismail
Tahah @ Tony bin Malisi
Hj.Mahamud bin Sakti
Hj.Yusof bin Hj.Abd.Gani
Hj.Rackey bin Apna
Abdul Hamid bin Demang
Nordin bin Nusu
Hj.Suroto bin Karto Marmo @Jeffery Su
Mohammad Asis bin Ali
Gafar bin Ahmad

Ahli Jawatankuasa  dilantik:
Said Hassan bin Said Idrus
Syed Ahmad bin DSP Hj.Syed Abas
NC Jelson bin Pg.Awang
Hj.Halik bin Hj.Wahid
Arbine bin Abu
M.Azriansyah bin Ali
Abdul Haris bin Imam Mohamad @ Mohd.Isah
Hj.Hazlee bin Datuk Mohd.Hanafiah

Pemeriksa Kira-kira:
Abdul Nasip @ Jamaluddin bin Martin
Hj.Osman bin Hassan

Ahli Jawatankuasa diatas akan tamat tempoh pada Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO akan datang iaitu selepas Pilihanraya Umum ke-14 akan datang. Pemilihan akan diadakan bagi memilih Ahli Jawatankuasa baru untuk sesi seterusnya.

Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau pada tahun ini seperti biasa diadakan di Dewan Persidangan Hotel Promenade yang mana waktu pendaftaran kehadiran Ahli bermula pada jam 11.00 pagi dan Persidangan akan dimulakan pada jam 1.00 petang selepas makan tengahari dan Solat Zohor. Perasmi Yang Berhormat Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob akan tiba diDewan Persidangan pada jam 3.00 petang yang beliau pada sebelah paginya merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Silam di  Dewan Perdana Lahad Datu.





Semua Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau hadir bagi menunaikan tugas bagi melaksanakan Persidangan Tahunan seperti jadual yang telah ditentukan. 

Persidangan dimulakan dengan bacaan Doa oleh Tuan Ustaz Amin bin Nasir Penyelia KAFA Daerah Tawau. Doa dipohon kehadrat Allah Subhanahu wataala memohon agar Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau berjalan dengan baik dan teratur serta memohon doa agar diberikan kesembuhan segera kepada Ketua Bahagian UMNO Tawau Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB.Titingan yang sedang menerima rawatan diHospital di Kuala Lumpur. Selepas bacaan doa Bacaan ayat suci Al-Quran oleh Adik Muhd.Zarif Haqimi bin Bahril , Pelajar tahun 4 KafaBabul Khair, Tawau. Selepas bacaan ayat ayat suci Al-Quran acara diteruskan dengan Nyanyian 4 buah lagu ; Negaraku , Sabah Tanah Airku , Bersatu , Bersetia , Berkhidmat dan Barisan Nasional.


Pengerusi Tetap Persidangan Ybhg.Datuk Datu Ismail bin Jook mengambil tempat dengan ucapan salam kepada semua ahli yang hadir. Beliau memberitahu perwakilan bahawa korum mencukupi untuk bersidang dimana bilangan ahli yang sepatutnya hadir seramai 788 orang dan yang hadir seramai 648 orang melebihi bilangan yang diperlukan oleh Perlembagaan UMNO bagi melaksanakan Persidangan ini. Surat akuan tidak muflis dibacakan dihadapan semua ahli yang hadir.
Beliau seterusnya memberitahu sidang agar seorang Timbalan Pengerusi Tetap sementara dipilih bagi membantu beliau meneruskan persidangan tersebut bagi menggantikan tempat Timbalan Pengerusi Tetap Arwah Datuk Hj.Abdul Manan bin Hj.Jakasa yang telah meninggal dunia.
Cadangan oleh: En.Rahim bin Berahim mencadangkan Ybhg.Datuk Hj.Ahmad Baharom bin DSP AB.Titingan 
Penyokong oleh: En.Samsudin bin Hamido menyokong cadangan tersebut
Dipersetujui oleh semua yang hadir.


Ybhg.Datuk Hj.Ahmad Baharom bin DSP AB.Titingan Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan mengambil tempat bagi meneruskan acara Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau dimulakan dengan ucapan salam serta bacaan dan tandatangan surat akuan tidak Muflis dihadapan ahli persidangan yang hadir.

Membentangkan Peringatan Persidangan dan Penyata Tahunan oleh Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha Bahagian 

Membentangkan Penyata Kewangan oleh Tuan Hamil bin Hj.Awang Bendahari bahagian

Membentang dan membahas Usul oleh Tuan Hj.Rackey bin Hj.Apna Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau.
1. Menolak campurtangan kuasa asing dalam Urusan Pentadbiran Negara
2. Mengutuk sekeras-kerasnya peranan individu yang menjadi talibarut dan agen asing untuk mensabotaj Ekonomi Negara Malaysia.
3.  Berdiri teguh dibelakang kepimpinanYAB DS Mohd.Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO serta Pengerusi Barisan Nasional.
4. Menyokong penuh kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah serta Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah.

Menyokong Usul wakil dari Pergerakan Wanita UMNO: 
Rozalinah binti Said

Membahas Usul dari Pergerakan Pemuda UMNO : 
Ghazali bin Hj.Ansing  

Membahas Usul dari Pergerakan Puteri UMNO:
Nazlia binti Ali

Memilih Perwakilan 7 ke- Perhimpunan Agung UMNO
Pengumuman Perwakilan 7

1. Said Hassan bin Said Idrus - AJK Bahagian UMNO Tawau
2 .Hj.Halik bin Hj.Wahid - AJK Bahagian UMNO Tawau
3. Norsiah binti Bayai - AJK Pergerakan Wanita Bahagian
4. Amran bin Hj.Karim - AJK Pergerakan Pemuda Bahagian
5. Hayati binti Sarman - AJK Pergerakan Puteri Bahagian
6. Hapsiya binti Sulaiman - Wanita Cawangan Apas Parit
7. Seri binti Ngalit - Wanita Cawangan Kampung Serudung

Yang Berhormat Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Dewan Persidangan Hotel Promenade bersama rombongan.Sebelum beliau diperkenalkan kepada para perwakilan dan juga Dhif dhif kehormat serta para jemputan khas yang terdiri daripada Parti Komponen Barisan Nasional Sabah terlebih dahulu acara bergambar bersama sama Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau sesi 2013-2017.

Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO P.190 Tawau bersama Yang Berhormat Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia. Beliau disebelah pagi telah merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Silam yang telah diadakan di Dewan Seri Perdana, Lahad Datu. UMNO Bahagian Tawau amat berterima kasih diatas kunjungan beliau dan seterusnya merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian Tawau bagi tahun 2017. Persidangan kali ini ada signifikasi nya tersendiri , dimana tempuh bagi penyandang jawatankuasa dalam parti UMNO akan tamat. Di Persidangan akan datang semua Jawatan akan dipertandingkan bermula dari Jawatankuasa Cawangan , sayap sayap Cawangan UMNO iaitu Pergerakan Wanita , Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri. Kemudian Pemilihan keatas Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Pergerkan Pemuda UMNO Bahagian dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian. Kemuncak Pemilihan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.

Yang Berhormat Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob di iringi oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali masuk ke Dewan Persidangan seterusnya diperkenalkan kepada Perwakilan yang hadir dan juga Ahli ahli Parti Komponen yang hadir.


Acara Perasmian Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Bersatu,Bersetia,Berkhidmat dan Barisan Nasional.

Ucapan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali , Timbalan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau. Terlebih dahulu beliau mengingatkan para perwakilan bahawa sayugia mengajak hadirin untuk menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada rakan rakan seperjuangan yang telah mendahului bertemu Allah aza wajallah. Mereka terdiri daripada Datuk Abdul Manan bin Jakasa Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan , Ketua Ketua Cawangan , Ketua Ketua Wanita Cawangan.

Dr.Edward de Bono berkata " You give me 500 academician and 1 thinker , I'll take a thinker", juga kata de Bono seorang pemimpin biasa akan mengorek lubang yang satu saja dan dia akan mengorek lubang tersebut sehingga dalam untuk mendapatkan air, namun seorang pemimpin dan seorang ahli fikir dia akan mengorek banyak lubang untuk mendapatkan banyak sumur dan mata air ini lah ciri ciri yang ada pada Perdana Menteri dan Ketua Menteri dan juga YB Dato' Seri yang ada dihadapan ini. 

Sesuai dengan Jawatan dan Kementerian yang DS terajui , bantulah kami diBahagian ini , bantu lah Ketua Bahagian  juga Ahli ahli Jawatankuasa dan juga yang dibawa ini kerana kami banyak yang kekurangan. Jika Dato' Seri bantu , kami juga akan bantu
Kata orang Arab "Yaa dun baya din"
Kata orang Inggeris " You scratch my back , I'll scratch yours " 
"UMNO Tawau menegaskan, TATAP berdiri teguh dibelakang YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga TATAP mempertahankan kepimpinan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan juga Ketua Menteri Sabah YAB DSP Hj.Musa bin Hj.Aman". 
Beberapa usul dan cadangan seperti:

1.Institut Perguruan Balung perlu dikekalkan.

2.Membina Sekolah Menegah Kebangsaan Agama , 


3.Pembinaan MRSM berteraskan konsep Uhlul Albab berorientasikan Akedemik , Agama , Tahfiz dan juga bahasa Arab. 


Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dalam ucapan beliau menjelaskan beberapa Dasar Baru Luar Bandar telah diperkenalkan kepada rakyat terutama yang tinggal dikampung kampung seperti; 

Rumah Bina Negara yang hanya berharga RM45,000.00 yang mana bayaran bulanan nya amat rendah dan kos keseluruhan nya adalah mencapai ratusan ribu yang mana ditanggung oleh kerajaan. 

Bantuan untuk anak anak muda yang berminat untuk berusaha sebagai Mekanik , Plumber, Tukang kayu bergerak KKLW telah meluluskan bantuan Motorsikal dan Peralatan yang diberikan percuma untuk menggalakan individual berdikari. Sebagai permulaan kawasan Tawau diluluskan sebanyak 10 buah motorsikal dan peralatan. 

Bekalan air luar Bandar KKLW telah meluluskan RM33 juta dan kini dalam proses Tender. 

Bekalan Elektrik dikawasan Kg.Kalumpang A juga telah diluluskan RM7.55juta kini dalam proses pemaju tender. 

Lampu lampu jalan dikampung kampung bagi kawasan DUN Apas dan DUN Balung telah juga diluluskan. 

Bagi Usul dan Cadangan yang berkaitan Pendidikan seperti Institut Perguruan Balung perlu dikekalkan dan Sekolah Menegah Kebangsaan Agama pihak nya akan menyampaikan hasrat tersebut kepada Kementeri yang berkaitan , Pembinaan MRSM berteraskan konsep Uhlul Albab pihak nya akan membuat pertimbangan yang mana MRSM yang sedia ada iaitu MRSM Tun Mustapha boleh dijadikan MRSM berkosepkan Uhlul Albab berorientasikan Akedemik , Agama , Tahfiz dan juga bahasa Arab  dan pihak pemimpin tempatan perlulah memikirkan perkara ini kerana hanya satu MRSM saja dibina disuatu tempat tertentu.


Yang Berhormat DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tawau menyampaikan Cendera kenangan kepada YB.Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah Malaysia sempena Perasmian Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau.   

PENYAMPAIAN CENDERA KENANGAN:

Setiap orang Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau menerima cendera kenangan yang disediakan oleh Urusetia Persidangan. Semua Ahli Jawatankuasa akan menamatkan tempoh yang ditetapkan dan akan diadakan pemilihan pada Persidangan Perwakilan Bahagian Tahun hadapan selepas PRU14.

TANGGUH PERSIDANGAN DAN UCAPAN PENANGGUHAN

Ybhg.Datuk Hj.Ahmad Baharom bin DSP Hj.AB.Titingan selaku Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan  mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua perwakilan yang sentiasa mengikuti persidangan ini dari jam 11.00 pagi sehingga kemasa ini pukul 4.30 petang. Dengan itu Ybhg.Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan menangguhkan Persidangan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

CABUTAN PEMERHATI KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DIKUALA LUMPUR SERAMAI 30 ORANG YANG AKAN DITAJA SEPENUHNYA OLEH UMNO BAHAGIAN TAWAU.

SALAM DAN JUMPA DI PAU17 DI PWTC KUALA LUMPUR PADA 5 - 9 DISEMBER 2017



BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT



-------  BERSURAI -------