Tuesday, September 9, 2014

MH370 PENERBANGAN MAS KL - BEIJING HILANG PADA 8 MAC 2014

KEHILANGAN KAPAL TERBANG MALAYSIA AIRLINE SYSTEM MH370 PENERBANGAN KUALA LUMPUR KE BEIJING , CHINA PADA 8 MAC 2014 @1.30 PAGI PUTUS HUBUNGAN DENGAN PUSAT KAWALAN JABATAN PENERBANGAN AWAM MALAYSIA ( DCA )




Pada 8 March 2014 Pesawat MAS MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.Namun pesawat MH370 tersebut dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).Kenyataan media oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu, Malaysia (38),China (153) , Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).



PENCARIAN MH370 SEBAIK SAJA DISAHKAN HILANG DARI RADAR PENERBANGAN AWAM ( DCA )

Gerakan mencari dan menyelamat besar-besaran telah dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan hampir 20,000 nelayan laut dalam seluruh negara turut digerakkan bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 Boeing 777-200 yang dilaporkan terputus komunikasi dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada jam 1.30 awal pagi Sabtu (8 Mac). Sehingga kini gerakan mengesan pesawat MH370, penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing itu belum berhasil dan nasib 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal MH370 masih belum diketahui. Tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 ini juga telah mendapat liputan meluas seluruh Media Tempatan dan Antarabangsa. Selain Malaysia, gerakan mencari besar-besaran ini turut dibantu oleh Negara Vietnam yang bersempadan perairan dengan Malaysia di lokasi terakhir MH370 dikesan dan Republik Rakyat China, di mana kebanyakkan penumpang berasal dari negara terbabit. Selain itu, beberapa negara lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat juga telah menawarkan untuk terlibat sama membantu dalam gerakan mencari dan menyelamat MH370, kepada kerajaan Malaysia. Dengan keizinan dari kerajaan Malaysia ini menjadikan skop gerakan mencari dan menyelamat MH370 bertambah besar dan luas.

Terdapat 227 penumpang termasuk 153 warganegara China dan 38 rakyat Malaysia. Menurut senarai penumpang, terdapat 2 penumpang kanak-kanak dan kesemua 12 anak kapal merupakan rakyat Malaysia. 

Daripada kesemua warganegara China yang menaiki pesawat itu, 19 daripadanya merupakan artis yang hadir ke sebuah pameran di Kuala Lumpur. Dipercayai terdapat 2 penumpang yang menggunakan pasport curi.Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 0041 pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 0630. Pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 0130.Pesawat ini menyeberangi Laut China Selatan dan di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia merupakan laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan juga Vietnam sebelum masuk ke ruang udara China. 

Tiada isyarat kecemasan atau isyarat lain dihantar. Akan tetapi, pesawat ini dipercayai cuba berpatah balik dari jalan yang dijadualkan berkemungkinan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tumpuan misi mencari MH370 adalah di perairan Timur Malaysia, di Laut China Selatan, diperluaskan ke Selat Melaka bahagian Pantai Barat Malaysia dan juga sekitar Laut Andaman. Faktor yang diberi perhatian ialah keadaan cuaca yang kurang baik, kesilapan juruterbang dan juga kelayakan terbang. 

Keadaan cuaca ketika penerbangan ini dilaporkan baik. Juruterbang pula mempunyai lebih daripada 18,000 jam penerbangan dan mula bertugas sejak 1981. Malaysia Airlines ialah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Pesawat Boeing 777-200 pula merupakan pesawat yang paling selamat serta dilengkapi dengan teknologi moden. Pesawat ini pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu bergerak di landasan pada tahun 2012 tetapi telah dibaiki dan mendapat kelulusan untuk beroperasi semula. Kali terakhir pemeriksaan dilakukan adalah pada 10 hari lalu. Pihak MAS tidak menolak sebarang teori. Namun, pegawai di Amerika Syarikat yang menghantar penyiasat FBI berkata tiada bukti berkaitan serangan pengganas buat masa ini. Kehadiran 2 penumpang dengan pasport curi adalah pelanggaran undang-undang tetapi ia lebih berkisar kepada isu Pemerdagangan manusia. Sebelum ini, penerbangan Air India yang terhempas di Mangalore pada 2010 sewaktu dalam perjalanan ke Dubai telah mengakibatkan kehilangan 158 nyawa dan 10 penumpang dengan pasport palsu telah dikenalpasti. Sementara itu menurut laporan berita terkini, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan bahawa dua penumpang lelaki yang menaiki MH370 menggunakan pasport curi tersebut, tidak memiliki wajah Asia. 

"Kami berulang kali melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai lelaki Asia," kata beliau pada sidang akhbar kepada pihak media. Pesawat Air France dalam penerbangan dari Brazil ke Perancis hilang di Lautan Pasifik pada 1 Jun 2009 yang mengakibatkan kesemua 228 orang turut hilang. Serpihan pesawat itu dikesan pada hari berikutnya tetapi mengambil masa hampir 2 tahun untuk mencari perakam penerbangan dan juga mayat fiuslaj yang tenggelam ke dasar laut. Perairan di Laut China Selatan dan Selat Melaka adalah lebih cetek berbanding Lautan Atlantik. Perakam penerbangan atau kotak hitam berkeupayaan untuk memancarkan isyarat ultrasonik yang boleh dikesan walaupun di dalam air. Pada keadaan yang baik, isyarat ini boleh dikesan beberapa ratus kilometer jauhnya. Tanpa mengetahui trajektori kapal terbang menjunam mahupun pemahaman mengenai kelajuan angin dan juga keadaan ombak, pasukan mencari dan menyelamat terpaksa melakukan carian pada kawasan yang lebih luas. Berdasarkan rakaman radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memang terdapat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik sebelum komunikasinya terputus,Namun, sehingga kini tidak diketahui permasalahan yang berlaku yang menyebabkan pesawat tersebut cuba berpatah balik.Operasi pencarian ini melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan dari pelbagai cabang udara, laut dan darat termasuk juga penglibatan agensi penguatkuasaan maritim dan polis dari negara-negara yang terlibat.



Pada 9 March 2014 usaha mencari dan menyelamat diteruskan menurut Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.. Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.


Pada 10 March 2014 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370. APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

Pada 11 March 2014 Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

Pada 12 March 2014 Datuk Seri Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat. Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan. Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.


Pada 13 March 2014 Datuk Seri Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu. Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.


Pada 14 March 2014 Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.


Pada 15 March 2014 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.
Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.


                          
Peta yang menunjukkan kemungkinan laluan pesawat penerbangan MH370 selepas ia berpatah balik dari laluan Igari di Laut China Selatan dan lokasi yang dikatakan berakhir di selatan Lautan Hindi.Rakaman semula daripada radar utama tentera mendedahkan bahawa pesawat kemungkinan MH370 berpatah balik ke arah barat dan menuju ke Semenanjung Malaysia. Perkara itu didedahkan kerajaan hari ini dalam laporan awal pasukan penyiasatan antarabangsa berhubung kehilangan pesawat penerbangan MH370 pada 8 Mac lalu.

Pada 16 March 2014 Datuk Seri Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.



Pada 17 March 2014 Datuk Seri Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.



Pada 18 March 2014 Datuk Seri Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.



Pada 19 March 2014 Datuk Seri Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.


Pada 20 March 2014 Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang. Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Datuk Seri Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.



Sidang media Datuk Seri Najib ,Datuk Seri Hishamuddin , Datuk Azharuddin di PWTC , Kuala Lumpur

PENERBANGAN MH370 BERAKHIR DISELATAN LAUTAN HINDI

KUALA LUMPUR , 24 Mac 2014

Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan. 

Menggunakan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberi beberapa petunjuk lebih jelas mengenai laluan penerbangan MH370. Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

“Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,” kata Najib dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Perdana Menteri berkata Malaysia Airlines telahpun memaklumkan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan itu. 

“Bagi mereka, beberapa minggu lepas merupakan tempoh yang memilukan, saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan di saat-saat sukar seperti ini,” kata Najib.

Beliau berkata maklumat lanjut berhubung perkembangan ini akan diumumkan esok. Najib berkata sidang akhbar yang tidak dijadualkan malam ini diadakan bagi memaklumkan kepada dunia mengenai perkembangan baharu itu dengan secepat mungkin.

“Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada sikap terbuka dan menghormati anggota keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi amalan dalam siasatan ini,” katanya. Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya yang juga hadir pada siding akhbar berkenaan kelihatan menitiskan air mata ketika pengumuman itu dibuat. Ketika pengumuman itu dibuat, ramai wartawan yang mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut menitiskan air mata. Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Usaha mencari dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke sebelah utara Thailand, manakala koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. Operasi SAR MH370 disifatkan sebagai yang terbesar seumpamanya dalam sejarah membabitkan lebih 27 negara.

LAUTAN HINDI LOKASI TEPAT

KUALA LUMPUR , 4 Jun 2014 

Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di koridor selatan meliputi Lautan Hindi adalah lokasi yang tepat dan telah disahkan oleh pakar-pakar seluruh dunia.Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, "Tidak timbul keraguan terhadap operasi mencari pesawat tersebut yang penerbangannya disahkan berakhir di situ, cuma kesukaran dialami pasukan mencari disebabkan kawasan pencarian terlalu luas.Menurut beliau, kegagalan mencari kotak hitam pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu turut menyumbang kepada kesukaran tersebut, justeru pakar yang terlibat bergantung sepenuhnya kepada hasil pemetaan bentuk muka bumi dasar laut dan masih mencari pendekatan baharu untuk merungkai misteri kehilangan berkenaan". Tidak ada keraguan bahawa koridor selatan adalah tumpuan kita, cuma kawasannya luas, maka pakar dari China, Amerika Syarikat (AS), Malaysia, United Kingdom (UK) dan negara-negara Eropah masih mencari lokasi tepat penerbangan pesawat itu berakhir.Lokasi yang kita cari berdasarkan isyarat ping yang diperoleh kapal Australia, Ocean Shield tapi kalau kita tidak jumpa kotak hitam, maka kena guna kepakaran yang ada untuk kenal pasti lokasi baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Terdahulu, beliau mengetuai mesyuarat berhubung operasi pencarian MH370 melibatkan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Hotel Royale Chulan disini. Persoalan tentang lokasi terakhir MH370 timbul selepas Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang mengetuai pencarian seperti dilaporkan media baru-baru ini percaya bahawa Lautan Hindi bukanlah lokasi sebenar kapal terbang itu berakhir.Menurut JACC, perkara itu disahkan selepas operasi di lokasi pencarian menggunakan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV), Bluefin-21 yang telah ditamatkan, tidak menemukan apa-apa yang berkaitan dengan MH370. Hishammuddin berkata, "Pencarian memang masih gagal menemui petunjuk baharu, namun kesemua pakar terlibat percaya Lautan Hindi adalah lokasi tepat, malah tiada pihak yang tampil dengan fakta dan data untuk menafikan perkara tersebut". Sehubungan itu tegasnya, perkara paling penting adalah kerajaan berjanji kepada semua ahli keluarga 239 individu di dalam pesawat tersebut bahawa operasi pencarian akan diteruskan sehingga MH370 dapat ditemui.Serentak dengan itu,enam syarikat gergasi di negara ini yang mempunyai kepakaran antaranya Petronas, Sapura Kencana, Bousted Holdings Berhad dan DRB Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk membantu usaha pencarian pesawat berkenaan.

KEPUTUSAN MENGGUNAKAN BLUEFIN PERALATAN CANGGIH UNTUK MENGESAN KOTAK HITAM


Bluefin-21yang dibawa oleh kapal pelancar Ocean Shield 

PERTH AUSTRALIA , 14 April 2014 

Kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 akan digunakan lewat hari ini bagi meneruskan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston berkata, keputusan menggunakan kenderaan khas itu diambil berikutan tiada lagi isyarat dikesan alat pengesan pinger sejak Selasa lepas.Walaupun tiada lagi isyarat dikesan (seterusnya), apa yang ada sebelum ini adalah petunjuk paling meyakinkan yang kami ada. Kami perlu terus menjejaki petunjuk itu dengan sedapat mungkin," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan operasi mencari pesawat berkenaan di sini hari ini.

Analisis yang dibuat terhadap tempat isyarat sebelum ini memungkinkan satu definisi dibuat tentang kawasan mencari di dasar laut yang lebih kecil dan mudah diuruskan," katanya merujuk kepada data akaustik yang dikesan kapal Australia Ocean Shield minggu lepas.Houston berkata, sehubungan itu, para pakar memutuskan bahawa Ocean Shield akan berhenti daripada membuat pencarian menggunakan alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) lewat hari ini.Houston, yang menyelaraskan pasukan mencari dari pelbagai negara di selatan Lautan Hindi itu, berkata TPL dan AUV tidak boleh beroperasi secara serentak. Oleh itu, keputusan peranti mana yang akan digunakan, perlu dibuat.Menurut beliau, AUV yang mampu turun hingga sedalam 4,500 meter (m) akan digunakan dalam misi pertamanya bagi meliputi kawasan kira-kira 40 kilometer (km) persegi di tempat isyarat berkenaan telah dikesan.Sambil menjelaskan bahawa setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, beliau berkata:Selepas mengambil masa selama dua jam untuk sampai ke dasar laut, peranti itu akan bekerja selama 16 jam, dua jam untuk kembali ke permukaan air dan empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul."Katanya penggunaan AUV berpotensi membawa usaha mencari selangkah lagi ke hadapan dalam usaha mengenal pasti visual.Houston, bagaimanapun mengingatkan bahawa penggunaan AUV tidak memberi jaminan bangkai pesawat MH370 akan ditemui di dasar laut. Menurut beliau, Bluefin-21 mempunyai keupayaan untuk digunakan hanya setakat kedalaman 4,500m dan bagi kedalaman melebihi had itu, aset yang berkeupayaan lebih tinggi perlu digunakan. - BERNAMA


Kapal yang membawa Bluefin-21


PENCARIAN PESAWAT MH370 DENGAN BANTUAN BLUEFIN 21

Misi mencari pesawat penerbangan Malaysia MH370 akan diteruskan hari ini dengan bantuan 8 peswat tentera dan 11 kapal air.Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang pencarian visual di kawasan berukuran 57,311 kilometer persegi. Pusat kawasan carian terletak kira-kira 1,584 kilometer ke barat laut Perth. Kenyataan yang dikeluarkan pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) turut berkata cuaca di lokasi pencarian dijangka hujan dengan lautan berombak setinggi 2.5 meter dan jarak penglihatan sejauh 1 kilometer dalam keadaan ribut petir dan 3 kilometer dalam keadaan hujan.“Dalam misi ke-13 semalam, Bluefin-21 diangkat kerana perisian perlu di-set semula (resetting). AUV mempunyai peralatan teknikal canggih dan set semula bukan sesuatu yang luar biasa. Semalam, juruteknik Phoenix dapat menyiapkannya dan misi ke-14 kini diteruskan.“Bluefin-21 telah siap kira-kira 95 peratus daripada kawasan carian di dasar laut.“Kawasan pencarian dasar laut diperkecilkan kepada 10km radius di sekitar isyarat kedua yang dikesan Towed Pinger Locator pada 8 April lalu.Jika tiada apa-apa ditemui, Bluefin-21 akan akan melakukan pencarian di kawasan bersebelahan radius berkenaan.Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac.Misi pencarian yang disertai pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat MH370 itu, mula-mula di Laut China Selatan selepas pesawat itu menyimpang daripada laluan asal, di selatan Lautan Hindi.Selepas satu analisis data satelit menunjukkan bahawa kedudukan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan lautan Hindi".

SEHINGGA KINI BELUM MENGESAN PESAWAT MH370

Bluefin-21, kenderaan dalam air (AUV), meneruskan misi ketujuh hari ini untuk pencarian dalam air bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines di selatan Lutan Hindi.Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengawasi operasi pencarian berkata kenderaan tanpa pemandu itu memeriksa kira-kira 133 kilometer persegi setakat ini."Semalaman Bluefin-21 AUV menyelesaikan enam misi di kawasan pencarian dalam air dan data yang dikumpul kini sedang dianalisis," kata agensi itu dalam satu kenyataan.Tiada sebarang penemuan berkaitan ditemui. Bluefin-21, yang dilengkapi sistem pengesan sonar dihantar untuk misi sulungnya pada Isnin, dengan harapan dapat mengesan sebarang serpihan pesawat Malaysia yang hilang dalam air memandangkan tiada lagi isyarat yang disahkan oleh alat pengesan pinger sejak 8 April lalu.Ia menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi dasar laut dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk menyiapkan satu-satu misi itu, yang termasuk empat jam untuk memuat turun data yang dikumpulkan.Untuk misi hari ini, agensi itu berkata Lembaga Keselamatan Maritim Australia merancang usaha pencarian secara visual di kawasan kira-kira 50,200 km persegi, merentas tiga kawasan.Sebelas pesawat tentera dan 12 kapal terbabit di kawasan pencarian itu, menurut kenyataan itu. Ramalan cuaca hari ini melaporkan hujan di sesetengahtempat dengan tiupan angin timuran selatan," kata agensi itu. Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac.Misi pencarian yang disertai pelbagai negara digerakkan bagi menjejaki pesawat MH370 itu, mula-mula di Laut China Selatan selepas pesawat itu menyimpang daripada laluan asal, di selatan Lautan Hindi. Selepas satu analisis data satelit menunjukkan bahawa kedudukan terakhir MH370 ialah di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan lautan Hindi". – Bernama, 19 April, 2014.


(Kenderaan dalam air (AUV) Bluefin-21 diturunkan di sebelah kapal Ocean Shield di Lautan Hindi semasa pencarian MH370 yang hilang. Pencarian diteruskan lagi hari ini menggunakan Bluefin-21 tanpa petanda baru. – Gambar Reuters, 19 April, 2014.)


Crew kapal Ocean Shell menurunkan Bluefin-21 kelaut untuk tugasan mengesan pesawat MH370 di Lautan Hindi


Bluefin-21digunakan bagi mengesan Kotak Hitam pesawat MH370 

NASIB PESAWAT MH370 HILANG MASIH KEKAL MENJADI MISTERI

Nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Laut China Selatan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada Sabtu kekal menjadi misteri. Tiada laporan cuaca buruk atau petunjuk kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu dari skrin radar pada 1.30 pagi selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada jam 12.41 pagi. Pakar aviasi merasa hairan bagaimana pesawat berkenaan boleh hilang tanpa dapat dikesan. Satu sumber industri aviasi berkata juruterbang dilatih membuat panggilan kecemasan semasa menghadapi suasana cemas dengan keutamaan perlu diberikan kepada pesawat agar ia dapat mendarat dengan selamat. "Sesuatu yang ekstrem dan tiba-tiba mungkin telah berlaku di atas pesawat MH370 yang menghalang juruterbangnya daripada membuat pnggilan kecemasan. Ini kerana pesawat Boeing 777-200ER dilengkapi alat 'controller-pilot data link communication' (CPDLC) untuk mengisytiharkan kecemasan," katanya kepada Bernama tanpa enggan dikenali. Namun beliau berkata kotak hitam pesawat mungkin boleh menjelaskan persoalan yang tidak terjawab. Walaupun tiada tanda kehilangan MH370, pesawat itu menyertai sebilangan pesawat misteri yang tidak diketahui sehingga kini. Antara kes terbaharu yang paling diingati ialah pesawat Air France yang membawa 228 penumpang dari Brazil ke Perancis yang hilang dalam ribut di Lautan Atlantik pada 2009. Pesawat Airbus A330 itu menghantar mesej secara automatik empat jam selepas ia berlepas dari Rio de Janeiro, melaporkan berlaku litar pintas. Ia kemudiannya hilang daripada radar. Ia ketika itu difikirkan telah terkena panahan petir. Bangkainya ditemui dua tahun kemudian beserta 104 mayat. Mayat 74 penumpang kekal tidak ditemui, demikian menurut Mirror Online, yang berpangkalan di United Kingdom. Pengembara Amerika, Amelia Earhart hilang pada Julai 1939 semasa percubaannya untuk mengelilingi dunia. Teori popular yang tersebar ialah kapal terbangnya terhempas ke dalam lautan dan tidak pernah ditemui, menurut harian Mirror online yang berpangkalan di United Kingdom. Pesawat British South American Airways (BSAA), Star Tiger hilang semasa terbang dari Santa Maria, Azores ke Bermuda pada 30 Jan 1948. Satu lagi pesawat BSAA, Star Ariel, hilang semasa penerbangan dari Bermuda ke Jamaica pada 17 Jan 1949. Kejadian 'terhempas' ini sekiranya disahkan, akan menandakan kejadian terburuk pesawat buatan Amerika sejak ia memulakan perkhidmatan 19 tahun lalu. Ia mungkin berupa kemalangan kedua melibatkan Boeing 777 dalam tempoh kurang daripada setahun. Pesawat Asiana Airlines Boeing 777-200ER terhempas semasa mendarat di San Francisco pada Julai 2013, membunuh tiga penumpang dan lebih 180 orang cedera. - BERNAMA

KENALI BLUEFIN -21 

Jentera Pengesan Kotak Hitam MH370 | Apa itu Bluefin-21? Seperti yang kita sedia maklum, Bluefin-21 ini telah digunakan dalam misi mencari kotak hitam pesawat MH370 yang masih belum diketahui nasibnya. Diantara beberapa produk Bluefin ini, mengapa mesti mereka menggunakan Bluefin-21? Jom kita baca spesifikasi dan keupayaan jentera istimewa ini.

Bluefin-21 adalah kenderaan bawah air yang tinggi modular autonomi yang mampu membawa pelbagai sensor dan muatan pada satu-satu masa. Ia memberikan kapasiti tenaga yang lebih tinggi dalam membantu operasi yang panjang walaupun dalam kedalaman lautan yang luas. Bluefin-21 mempunyai kebolehan yang sangat besar namun begitu, ia juga cukup fleksibel untuk beroperasi daripada pelbagai jenis kapal seluruh dunia. Berikut merupakan spesifikasi Bluefin-21 yang utama:-

Modular Bebas Bocor

Rekacipta kenderaan ini termasuklah seksyen muatan yang boleh ditukar dan modul bateri yang boleh dikonfigurasikan untuk misi yang dijalankan. Subsistem juga boleh diakses dengan cepat untuk bertukar haluan dengan pantas ketika dalam misi. Selain itu, kenderaan ini juga membolehkan penyelenggaraan dilakukan ketika sedang bertugas, seterusnya mempercepatkan rentak operasi.

Kuasa Kuda Yang Efisyen

Bluefin-21 adalah jentera yang efisyen, mempunyai kadar autonomous underwater vehicle (AUV) yang mendalam yang berkebolehan melakukan pemerhatian mengikut kehendak yang lazimnya dihasilkan oleh platform yang jauh lebih besar dan rumit. Saiznya yang kecil dan keupayaannya yang boleh dilancarkan dan disimpan semula melalui A-frame yang mudah atau kepala dek kapal telah membuatkan ia mudah digunakan.

Navigasi Tepat

Bluefin-21 ini mempraktikkan Indian Naval Ship (INS) bagi menyediakan ketepatan navigasi yang sebaik mungkin. Kiraan ketika enjinnya dimatikan lazimnya adalah kurang daripada 0.1% daripada kejauhan perjalanan, seterusnya, menghasilkan kualiti data yang lebih tinggi. Ultra Short BaseLine (USBL) pula membantu untuk memperbaiki ketepatan navigasi

Boleh Diterbangkan

Jentera ini, baterinya dan alatan sokongan yang lain boleh dibuka dan diasing-asingkan dalam pakej-pakej yang berasingan supaya dapat dibawa dengan mudah sama ada menggunakan laluan darat mahupun udara, menjadikan sistemnya ideal untuk masa-masa kritikal dan untuk operasi yang jauh.

Diharapkan, jentera seberat 750kg ini mampu mengesan kotak hitam pesawat MH370 yang dikhabarkan telah berhenti mengeluarkan bunyi ‘ping‘. Sememangnya kuasa manusia langsung tidak dapat menandingi kuasa Yang Maha Esa, namun kita perlu terus berusaha tanpa berputus asa.

MH370: 58 OBJEK KERAS DIKESAN DILAUTAN HINDI

KUALA LUMPUR , 14 Sept.2014

Sebanyak 58 objek keras dikesan di selatan Lautan Hindi dan usaha akan dibuat untuk mengenal pasti sama ada objek-objek berkenaan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hilang daripada radar ketika terbang merentasi Laut China Selatan, pada 8 Mac lepas. – BERNAMA

Perkembangan operasi mencari pesawat MH370, sebanyak 58 objek keras dikesan di selatan Lautan Hindi. Usaha dibuat bagi mengenal pasti sama ada objek-objek berkenaan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines itu yang hilang sejak 8 Mac lalu .

Sehingga kini pada 8.9.2014 ( 6 bulan berlalu ) masih belum ada tanda-tanda kes ini ada penyelesaian nya. 

MH370: 22 Serpihan Ditemui Setakat Ini

Sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan yang disahkan sebuah flaperon yang ditemukan di Pulau Reunion Julai tahun lepas dan kepingan sayap di Pulau Pemba, di perairan Tanzania pada Jun tahun ini, adalah penting untuk memastikan bagaimana insiden ke atas pesawat Malaysia Airlines itu berlaku.

“Pengesahan ini amat bermakna kepada kami kerana kami boleh memastikan tindakan selanjutnya untuk mengkaji keadaan serpihan dan bagaimana insiden sebenar ke atas MH370 berlaku,” katanya. 


Beliau berkata empat serpihan yang ditemukan adalah berkemungkinan tinggi daripada MH370 tetapi selebihnya adalah sukar dikenal pasti kerana tiada nombor siri atau butiran lain di atasnya. “Pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata corak hanyutan menunjukkan carian yang kami lakukan dalam kawasan yang betul, kerana itulah kami menemukan serpihan di sepanjang kawasan itu,” katanya.  Beliau menekankan bahawa pencarian MH370 dalam baki kawasan pencarian seluas 10,000 km persegi dijangka selesai pada penghujung tahun ini.Setakat ini, pencarian pesawat itu telah meliputi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia.Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.Pesawat itu masih lagi belum ditemukan walaupun pencarian secara besar-besaran di selatan Lautan Hindi dilaksanakan di tempat dipercayai penerbangannya berakhir.


Bahagian bahagian pesawat yang dikenal pasti kepunyaan MH370 yang hilang telah dijumpai di perairan Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang.  



Diharapkan lebih banyak lagi serpihan ini dapat ditemui bagi memudahkan pakar penerbangan menemukan corak penerbangan yang menyebabkan MH370 hilang.
Pasukan penyiasat Australia mengesahkan pesawat Malaysia Airline MH370 terhempas secara menjunam berdasarkan keputusan analisis terhadap serpihan sayap yang ditemukan di Tanzania.

Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley berkata, berdasarkan analisis pada bulan lalu, pihaknya percaya serpihan sayap itu tidak berada pada kedudukannya ketika pesawat berkenaan terhempas.
Malah katanya, keputusan analisis tersebut mengenepikan teori yang mendakwa pesawat Boeing 777 berkenaan mendarat secara terkawal yang sepatutnya menyebabkan sayap kapal terbang itu berada dalam keadaan baik. “Teori pesawat itu menjunam dengan laju juga menyokong maklumat satelit yang menunjukkan ketinggian MH370 turun secara mendadak. “Dengan dua keputusan analisis tersebut, teori pesawat itu mendarat secara terkawal atau mengelongsor di atas permukaan laut wajar ditolak,” katanya kepada agensi berita Australian Associated Press (AAP).

Pada 15 September 2016, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan serpihan yang ditemukan di Kepulauan Pemba dekat kawasan perairan Tanzania pada Jun lalu merupakan milik pesawat MH370. Beliau turut mengesahkan sebanyak 22 objek yang mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 telah ditemukan setakat ini.  Pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China sebelum disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi.

MH370 MUNGKIN TIDAK BERADA DIKAWASAN PENCARIAN - ATSB

20 Disember 2016: 
KUALA LUMPUR: Terdapat kemungkinan besar pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu tidak berada di kawasan pencarian yang telah dikenalpasti sebelum ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) hari ini, misi pencarian meliputi kawasan seluas 120,000 persegi setakat ini, namun tiada sebarang petunjuk baharu diperolehi berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

"Para pakar merumuskan bahawa sekiranya pencarian terus dilakukan di kawasan ini, lokasi prospektif terletaknya bangkai pesawat berkenaan berasaskan semua analisis yang dibuat setakat ini, ia tidak akan memberi hasil," kata agensi itu dalam laporannya melalui  ATSB, agensi utama dalam usaha mencari MH370, berkata analisis bebas terkini tentang data satelit dan pola hanyutan, secara konsisten mengenal pasti lokasi impak paling berkemungkinan berkaitan MH370 ialah berhampiran gerbang ke-7[1] (di kawasan ~25 NM) dalam jajaran kira-kira 33'S hingga 36'S.

ATSB dalam laporan semakan semula utama pertamanya mengenai MH370 berkata pasukan penyiasat juga mengenal pasti satu kawasan yang paling berkemungkinan terletaknya bangkai pesawat itu. Ia terletak kira-kira 25,000 kilometer persegi di utara kawasan pencarian sekarang. Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia menyambut baik laporan yang dikeluarkan itu. Beliau dalam satu kenyataan turut memberi jaminan usaha pencarian pesawat berkenaan tidak pernah diabaikan.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa hasrat untuk menemukan lokasi terletaknya MH370 tidak pernah diabaikan dan setiap keputusan yang diambil sentiasa berpandukan semangat kerjasama dalam kalangan ketiga-tiga negara itu."

"Harapan dan doa kami sentiasa mengiringi keluarga dan orang tersayang yang ditinggalkan penumpang serta anak kapal MH370."
Pesawat MH370 yang membawa bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Misi pencarian yang dijalankan di Selatan Lautan Hindi ketika ini dijangka berakhir Januari depan.

19 Januari 2017 - Misi pencarian MH370 diketuai Australia meliputi 120,000 kilometer persegi membabitkan kos kira-kira RM650 juta yang ditanggung tiga negara iaitu Malaysia, Australia dan China ditangguhkan sementara dan bukan dihentikan sepenuhnya. Menteri Pengangkutan Malaysia , Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan pencarian pesawat berkenaan akan diteruskan jika ada penemuan baharu berkaitan pesawat MAS MH370 itu.




MISI pencarian pesawat MH370 disambung semula tengah bulan ini susulan pemeteraian perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity Limited, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Lai berkata, syarikat berkenaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat akan melakukan operasi pencarian membabitkan 25,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi dengan 65 kru termasuk dua daripadanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Katanya, operasi berkenaan mengambil masa 90 hari dan ia berdasarkan terma 'tiada penemuan, tiada bayaran'.




Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman manakala, syarikat Ocean Infinity diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Oliver Plunkett






Monday, September 8, 2014

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAWAU TAHUN 2014




Perasmian Persidangan Cawangan Berkelompok bagi UMNO Bahagian Tawau yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.


27 Mac 2014 , Majlis Perasmian telah berlangsung di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau , Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita Bahagian , Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Bahagian , Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri Bahagian  dan Ketua Ketua Cawangan. 



Disamping Perasmian Persidangan Berkelompok ini diadakan juga Taklimat GST oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. untuk memberi gambaran penglibatan keseluruhan tentang GST yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysian dalam masa terdekat. Taklimat ini diadakan khas untuk penggiat industri yang terdiri daripada pekebun kecil dan IKS serta kesan kepada orang awam bagi menggantikan bentuk Cukai yang sedia ada iaitu SST . Majlis ini dikendalikan oleh Biro Tugas Tugas Khas UMNO Bahagian Tawau.

Objektif diadakan majlis taklimat tersebut adalah untuk menerangkan kepada Umum mengenai tujuan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan Malaysia berkuatkuasa 1 April 2015. Selain itu, ianya juga bertujuan memberikan nasihat mengenai langkah-langkah persediaan awal yang perlu diambil oleh Masyarakat Malaysia dalam usaha mematuhi pelaksanaan GST sebelum tarikh 1 April 2015. Malah, majlis taklimat tersebut juga diadakan bagi membincangkan kesan dari pelaksanaan GST terhadap ekonomi Malaysia untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Taklimat GST telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam daripada Unit Khas GST, Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia



Penerangan GST dan Perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok berjalan lancar. 


12 April 2014 , Taklimat Key Performance Indicator ( KPI ) Bahagian dan Cawangan UMNO yang disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Sistem Maklumat dan Keahlian UMNO Malaysia Kuala Lumpur  Tuan Norazman Aziz.


Diantara yang hadir ditaklimat ini adalah Ketua Ketua Cawangan di DUN N.55 Balung dan DUN N.56 Apas.

AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau juga hadir di Taklimat ini yang mana mereka juga terlibat dalam menguruskan Mesyuarat Wanita di Cawangan cawangan.

AJK UMNO Bahagian yang hadir di taklimat ini.



Taklimat yang disampaikan amat berguna dimana beberapa perkara yang kebiasaan dalam mesyuarat telah tidak diambil berat yang mengakibatkan mesyuarat tidak berjalan lancar dan teratur.




Ucapan terima kasih kepada Tuan Norazman Aziz yang memberikan Taklimat  Key Performance Indicator Bahagian dan Cawangan serta mengenai tatacara persidangan Cawangan. Dalam kita berusaha untuk mengukuhkan parti beberapa aturcara yang perlu dipatuhi agar perjalanan mesyuarat dapat diurus tadbir dengan baik dan teratur.


 




23 April 2014 , Mesyuarat Cawangan UMNO Ranggu Batu 9 , yang diadakan di Dewan serbaguna Masjid Baitul Farihin Kg.Kongsi 8.


Turut hadir yang mewakili UMNO Bahagian Tawau , En.Hamil Hj.Awang Bendahari UMNO Bahagian Tawau , En.Sarman Amat Simito dan En.Yusof bin Hj.Ahmad.
 


27 April 2014 , Mesyuarat Cawangan UMNO Kg.Rancangan Ranggu yang diadakan di Balairaya kg.Ranggu telah dihadiri oleh Penyelaras dari AJK UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh En.Hamil bin Hj.Awang , turut hadir En.Sarman Amatsimito dan En.John Lakim .



Ahli UMNO Cawangan Kg.Rancangan Ranggu menunaikan kewajipan sebagai ahli dengan menghadiri Mesyuarat Cawangan yang diadakan pada setiap tahun.







1 Mei 2014 , Mesyuarat Cawangan Kg.Baru Kongsi 8 yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Baitul Farihin Kg.Kongsi 8 yang diKetuai oleh Tuan Hj.Kadir Kursin. Mesyuarat ini diselaraskan oleh AJK UMNO Bahagian Tawau En.Yusof bin Hj.Ahmad.



4 Mei 2014 , Mesyuarat UMNO Cawangan Serudung Baru 1 dirumah Ketua Cawangan En.Yusof Hassan di Kg.Serudung Baru Tawau. Mesyuarat diselaraskan oleh AJK Bahagian UMNO Tawau En.Yusof bin Hj.Ahmad.



11 Mei 2014 , Mesyuarat UMNO Cawangan Kinabutan Besar Peringkat II yang diadakan di Masjid Al Raudah Kg.Kinabutan yang diketuai oleh Imam Hj.Ibrahim bin Pasu.



11 Mei 2014 , Mesyuarat Cawangan UMNO Kg.Serudung Murut Satu di Dewan Serbaguna Kg.Serudung yang diketuai oleh En.Karim Garuda.





11 Mei 2014 , Mesyuarat Cawangan UMNO Kg.Serudung Baru Batu 18 di Rumah Ketua Cawangan En.Gaong Empati




10 Ogos 2014 , Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO P.190 Tawau telah di adakan di Grandball Room Hotel Promenade , Tawau. Perwakilan bahagian yang hadir di Persidangan ini seramai 3 orang iaitu ; Yusof bin Hj.Ahmad , Ahmad Arbine dan Syed Ahmad bin Datuk Hj.Syed Abas.

Para perwakilan telah berada ditempat masing masing , juga diraikan dengan kehadiran AJK Bahagian UMNO Tawau yang turut menterjemahkan bahawa Perhimpunan Pergerakan Puteri amat penting dan sinonim dengan perjuangan kearah masa depan parti UMNO.


Persidangan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan. Turut hadir Setiausaha Bahagian UMNO Tawau Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad.


Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan di Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau.


Turut hadir Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching Ahli Parlimen Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan 1 , Kementerian Pendidikan Malaysia , Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau , Pn.Norsiah binti Bayai Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau bersama AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian , AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau yang diketuai oleh En.Amran bin Karim.



17 Ogos 2014 Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian P.190 Tawau berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau. Ramai Perwakilan Pergerakan Wanita yang hadir dipersidangan tersebut. 
Mesyuarat Perwakilan ini dirasmikan oleh YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan , Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap ADUN N.56 Apas dan juga Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah. Turut Hadir Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha UMNO Bahagian Tawau. Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau yang hadir di Mesyuarat Perwakilan ini terdiri daripada En.Mohd.John bin Lakim , En.Asis bin Ali dan Hj.Rackey bin Apna.




Ucapan Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau oleh YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan. Wanita UMNO yang memang terkenal komited dan rajin dalam gerak kerja mereka perlu sentiasa mencari peluang menambah ahli baharu parti itu, kata Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Tawfiq yang juga Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah berkata, usaha itu perlu dipertingkatkan untuk memastikan UMNO terus kukuh.

"Saya juga mahu kita bergerak sebagai satu pasukan dan saling membantu supaya usaha kita untuk memastikan UMNO terus maju ke hadapan dapat direalisasikan. Kita mesti mesti bersatu. Jangan beri peluang kepada musuh untuk menyerang kita," katanya.

Beliau berkata usaha dan gerak kerja Wanita UMNO sangat penting kerana mereka adalah tulang belakang parti yang mempunyai kekuatan yang cukup mantap dalam menentukan kejayaan parti.

"Saya tahu Wanita UMNO sangat rajin dan penuh komited dalam melakukan gerak kerja. Mereka bukan saja komited semasa kempen pilihan raya, tetapi juga selepas dan sebelum pilihan raya.

"Banyak sumbangan yang diberikan oleh Wanita UMNO sejak UMNO diwujudkan. Oleh itu kita sangat mengharapkan mereka sentiasa berdiri teguh sebagai tulang belakang Umno demi kejayaan parti itu," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Tawau, di sini, hari ini. - BERNAMA







Sebagai tulang belakang UMNO, pergerakan Wanita memainkan peranannya dengan bekerja kuat penuh komitmen, membela nasib rakyat dan membawa transformasi dalam UMNO. Walaupun UMNO menghadapi pelbagai cabaran, Wanita UMNO sentiasa berada di belakang kepimpinan Presiden dan Parti .
Walaupun acap kali kita menghadapi cabaran dan dugaan, wanita masih bersatu menghadapinya ibarat setempuh lalu, sebondong surut dan berkat kesatuan ini wanita dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi.
 
UMNO matang dengan jiwa yang besar penuh dengan pengalaman yang mendewasakan sehingga mampu keluar daripada kemelut dan krisis dengan mencapai kejayaan yang membanggakan.
 
Wanita mesti memberikan kekuatan kepada Presiden supaya pembangkang di luar dan dalam parti dapat dilemahkan, Wanita UMNO sentiasa mendahului sayap parti memberi kekuatan kepada Presiden mengemudi parti.

Biarlah wanita menjadi benteng pertahanan kerana wanita adalah srikandi yang mewarisi pusaka turun temurun sebagai penyatuan ummah. Wanita ampuh diduga untuk terus setia, diduga untuk terus istiqamah dan mencari yang sohih. Kala disakiti, menangislah dalam hati. Kuatlah wanita, jika bukan Wanita siapa lagi. Jika bukan sekarang bila Wanita akan terus mempertahankan parti, pemimpin dan membela rakyat.




17 Ogos 2014 , Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau telah diadakan bertempat di Dewan Xocolat , Hotel Emas Tawau. Pergerakan Pemuda UMNO Tawau yang diketuai oleh Ariffin bin Hj.Kassim.


Jamawi Jaafar Ketua Pemuda Tenom merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Tawau. Dalam ucapan beliau menyatakan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO untuk membantu merealisasikan wawasan Negara untuk jangka masa akan datang. Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Tawau kerana telah berjaya mengadakan Persidangan Tahunan dalam keadaan harmoni dan bersatu hati. Pemuda haruslah menjadi sumber keagungan parti UMNO yang telah membawa kepada Kemerdekaan Negara ini dimana Pemuda Bertindak UMNO pada masa itu sangat aktif menjelajahi pelusuk kampung dan desa mengajak orang orang Melayu bangkit dan meresapkan Aspirasi kemerdekaan dikalangan mereka. Pemuda UMNO harus lah sentiasa patuh kepada Pemimpin dan membantu untuk memajukan Parti dan Negara.





Sebagai tanda ingatan penyampaian cenderakenangan telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Ariffin bin Hj.Kassim kepada Jamawi bin Jaafar Ketua Pemuda UMNO Tenom merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.




7 September 2014 , Ketibaan YB. Datuk Hj.Samsudin Yahya Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi merangkap ADUN N.43 Sekong di iringi oleh YB. Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah ke Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau di Grandball Room Hotel Promenade  Tawau.



YB.Datuk Hj.Samsudin Yahya menandatangani Memo Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau tahun 2014 disaksikan oleh YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan.


YB.Datuk Hj.Samsudin Yahya diiring masuk ke Dewan Persidangan oleh YB.Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan bagi memulakan acara persidangan tahun 2014.



Dipersada politik tanahair UMNO telah menjadi parti Dominan didalam Barisan Nasional , yang menjadi tunjang kepada perjuangan orang Melayu sejak sebelum Merdeka lagi. Tuntutan Kemerdekaan Negara ini telah menjadikan UMNO lebih bersemangat dan menanamkan hasrat untuk mempertahankan UMNO sebagai parti orang Melayu selamanya. Berpunca daripada keadaan politik di Sabah yang tidak stabil dimana parti orang Melayu Bumiputra tidak lagi memberikan keupayaan untuk berdayasaing disebabkan perpecahan sesama sendiri. Tahun 1990 membawa erti yang besar dalam sejarah orang Melayu serta Bumiputra di Sabah , kerana UMNO memanjangkan sayapnya ke Sabah dengan restu Pemimpin pemimpin Melayu Bumiputra seperti Tun Datu Hj.Mustapha bin Datu Harun , Tun Sakaran bin Dandai dan ramai lagi yang mana ketika itu mendominasi kepimpinan dalam parti USNO. Parti UMNO dengan kepimpinan Tun Ghafar Baba ketika itu mengajak semua orang Melayu Bumiputra tanpa mengira parti di Sabah untuk menyertai UMNO dengan menubuhkan Jawatankuasa Protem untuk Cawangan dan Bahagian di seluruh Negeri Sabah. Sehingga lah kehari ini UMNO Bahagian Tawau telah bersidang dan sentiasa memberikan keutamaan kepada Anjakan Paradigma dan memfokuskan kepada menaiktarafkan kehidupan orang Melayu Bumiputra di Tawau.



UMNO Bahagian Tawau punya sejarah nya sendiri , suatu ketika dipermulaan UMNO melebarkan sayapnya ke Negeri Sabah iaitu dalam tahun 1990 dimana Pilihanraya Negeri telah berlaku pada tahun 1994 dan 1999 , pada tahun tahun tersebut Kawasan DUN Balung dikenali dengan N.45 Balung dan DUN Apas belum Ujud lagi . Pada ketika itu kawasan DUN ini berada didalam kawasan Parlimen P.164 Semporna sehingga lah pensempadanan semula kawasan pilihan raya dalam tahun 2003. Parlimen Tawau P.190 mengandungi 3 DUN iaitu DUN N.55 Balung , DUN N.56 Apas dan DUN N.57 Sri Tanjung dengan itu ujudlah UMNO Bahagian P.190 Tawau. Selepas Pilihanraya tahun 2004 telah diadakan Pemilihan AJK Cawangan dan AJK Bahagian serta AJK Sayap sayap Pergerakan Wanita , Pemuda dan Puteri.



Memulakan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO Tawau dengan bacaan doa yang telah dipimpin oleh Ybhg. Tuan Hj.Abdul Rahman Hj.Ibrahim Imam Daerah Tawau.





Nyanyian lagu Negaraku , Sabah Tanah Airku , Bersatu bersetia Berkhidmat , Barisan Nasional dengan menaikan bendera Jalur Gemilang , Bendera Sabah , Bendera Sang Saka bangsa dan Bendera Barisan Nasional. Bendera dinaikkan oleh Setiausaha Bahagian bersama Ketua ketua sayap Wanita Pemuda dan Puteri.



Ucapan Yang Berhormat Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau. 
Beliau bersyukur kehadrat Allah Subhana hu wata'ala kerana memberikan Kudrat dan Iradat dapat memimpin UMNO Bahagian Tawau untuk mengadakan Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO tahun 2014.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB.Datuk Hj.Samsudin Yahya kerana sudi datang bersama rombongan seramai 40 orang .

Merah menyala si biji Saga
Simpan sekati didalam peti
Sanggup berkorban Jiwa dan Raga
Inilah bukti Pejuang yang sejati. 

YB.Datuk Tawfiq mengucapkan syukur kerana para Perwakilan UMNO Bahagian Tawau sentiasa memenuhi tuntutan parti dan terus bersemangat agar terus berjuang dan memartabatkan perjuang Parti UMNO. Fokus seterusnya nanti adalah kepada menyatupadukan semua ahli dalam persediaan PRU14 nanti.






Dalam ucapan beliau menyentuh beberapa perkara , dimana keperluan untuk semua Ahli UMNO yang setia kepada Parti hendaklah berdiri teguh dibelakang kepimpinan Negara dan juga Negeri. Sebagai Pendukung wadah Perjuangan Parti UMNO kita perlulah bersatu dan menyokong penuh kepimpinan YAB DS Mohd.Najib bin Tun Hj.Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO Malaysia . Begitu juga Kepimpinan DSP Musa Hj.Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

  


Yang Berhormat Datuk Hj.Samsudin Yahya , Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi merangkap ADUN Sekong merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tawau tahun 2014. YB.Datuk Hj.Samsudin mengingatkan harus melaksanakan amanat dan tanggungjawab kita kepada Negara kerana keamanan pada hari ini tidak menjamin masa depan sekiranya kita tidak mengekalkan perpaduan yang selama ini menjadi tunjang dan pegangan kepada Kerajaan Barisan Nasional.


Buah Durian buah Mangga
Letak dimeja biar berlapik
UMNO Tawau Hebat dan Gah
Dibawa pimpinan Datuk Tawfiq


Dari Tawau ke Batu Sapi
Singgah sebentar diLahad Datu
Berjuang dengan seikhlas hati
UMNO kuat Ahli bersatu


Luka UMNO cedera Melayu
Hancur UMNO berderai Melayu
Pecah UMNO berkecai Melayu
Mati UMNO berkubur Melayu



Penyampaian Cenderakenangan kepada mantan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau sesi 2008 - 2013 oleh Yang Berhormat Datuk Samsudin Yahya. Mereka ialah Ybhg.Datuk Hanafiah Kreah , Tuan Hj.Ahmad Benjamin , Tuan OKK Kee Ayub bin Kee Abubakar , Tuan Hj.Kassim bin Ibong , Tuan Hj.TaufikMoin , Tuan Syed Yunud Syed Mohamad dan Tuan Syed Ali Syed Abas.



Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau bersama YB.Datuk Samsudin Yahya Perasmi Persidangan Perwakilan Bahagian 2014. Turut hadir YB.Datuk Tawfiq bin DSP Ab Titingan Ketua Bahagian , YB.Datuk Hj.Syed Abas bin Syed Ali Timbalan Ketua Bahagian , Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua UMNO Bahagian , Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian , Ariffin bin Kassim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian , Nazliah binti Ali Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian, Datuk Hj.Abdul Manan Jakasa Tim.Pengerusi Tetap Persidangan UMNO Bahagian , Datuk Hj.Ahmad Bahrom Titingan Ketua Penerangan UMNO Bahagian , Hamil hj.Awang Bendahari UMNO Bahagian , Hj.Naim Ahmad Setiausaha Bahagian.



Turut sama hadir Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi , Sandakan yang turut sama dalam rombongan YB.Datuk Samsudin bin Yahya.



Sebaik saja selesai acara perasmian Persidangan Perwakilan Bahagian diteruskan dengan aturcara Persidangan.




Penyampaian Usul oleh Yusof@Abdullah bin Ahmad dipersidang Perwakilan Bahagian 2014



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Penguasa Semesta Alam, kerana dengan Rahmat dan izin-Nya, UMNO Bahagian Tawau sekali lagi dapat berkumpul di pagi yang penuh keberkatan ini bagi menunaikan kewajipan kita sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Parti.

Yang Berbahagia Datuk Pengerusi Tetap

izinkan saya membuat pembentangan

Cadangan Usul MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN

YAB DS NAJIB TUN ABD.RAZAK SEBAGAI PRESIDEN UMNO MALAYSIA DAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

DAN

YAB DSP MUSA AMAN SEBAGAI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SABAH DAN KETUA MENTERI SABAH

diPersidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tawau kali ini.


…. Izin….

Terima Kasih Datuk Pengerusi Tetap ,

Saya YUSOF@ABDULLAH BIN HJ.AHMAD ,

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian P.190 Tawau

membentangkan Cadangan Usul MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN

DS NAJIB BIN TUN ABD.RAZAK DAN DSP MUSA BIN AMAN

DS NAJIB BIN TUN ABD.RAZAK

PENCAPAIAN CEMERLANG YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI NAJIB BIN TUN ABD.RAZAK , PRESIDEN UMNO MALAYSIA MERANGKAP PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN “ SLOGAN JANJI DITEPATI , 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ”

BELIAU TELAH MEMBUAT BEBERAPA PEMBAHARUAN DALAM ERA PENTADBIRAN BELIAU

BERMULA BELIAU berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 , sejak dilantik pada 3 April 2009:

1. KESEJAHTERAAN RAKYAT / PRODUK 1MALAYSIA

· Beliau memberikan keutamaan Kesejahteraan Rakyat dan juga penggalakkan Produk 1 Malaysia.

· Beliau telah melancarkan beberapa konsep dan Ciri kehidupan bagi memajukan Negara.

· Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

· Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1

· Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan .

· Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia .

· Dalam pembentangan Belanjawan YANG LALU , Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM650 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. Manakala orang bujang RM300

· Beliau juga mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

· Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) .

· Beliau juga berjanji untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan kepada mereka yang layak dengan kenaikan setiap tahun sehingga mencapai RM1,000

2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

Beliau begitu perihatin dengan hak Asasi dan Keselamatan Negara. Beberapa akta telah dibentuk dan dipindah bagi tujuan mengharmonikan lagi Masyarakat Majmuk didalam Negera Malaysia.Beberapa Rang Undang-undang bagi pengiktirafan Veteren Pejuang-Pejuang Tanah Air terutama sekali tentera telah dirangka dan diluluskan.

3. PENTADBIRAN

· Beliau memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- Menteri dan Timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

· Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

· Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.

4. EKONOMI DAN KEWANGAN

· Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya. Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan

· Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara. Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam Mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

· Beliau juga telah melancarkan Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.

· Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

· Tahun 2015 GST akan digunakan pakai bagi menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan sedia ada

5. LUAR NEGARA

· Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand.

· Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

· Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

· 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika yarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".Wassatiyah tunggak kesatuan Ummah

· 15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

· Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza pada 22 Jan 2013.

6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

· Menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

· 29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

· Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

· Melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

7. POLITIK

· Diisytihar sebagai Presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

· Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan

· Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.



8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN DS NAJIB

· Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.

· Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh Dunia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

· Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

· Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

· World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

· Laporan Globle Competitiveness Ranking 2014/2015 mendapati Malaysia negara ke-20 paling berdaya saing.


DSP MUSA BIN AMAN

PENCAPAIAN CEMERLANG YANG AMAT BERHORMAT DSP MUSA BIN AMAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SABAH MERANGKAP KETUA MENTERI SABAH DENGAN SLOGAN “KATA DIKOTA, JANJI DITEPATI”.

Anggota UMNO Sabah berikrar untuk terus berdiri teguh dan memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada tampuk kepimpinan Negeri dibawah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman. Perhubungan UMNO Negeri Sabah telah menyatakan bahawa Datuk Seri Panglima Musa Aman telah berjaya meletakkan Sabah pada landasan terbaik dari segi kestabilan Politik , Pertumbuhan Ekonomi dan Sosial.

Sejak Datuk Seri Musa Aman menjawat Jawatan Ketua Menteri pada tahun 2003 beliau telah membuktikan kepada rakyat dan Negeri ini bahawa beliau adalah seorang Pemimpin dan Ketua Eksekutif Negeri yang berprestasi Tinggi. Beliau adalah Bapa kepada Pembangunan Moden dan Tranformasi Sabah.

EKONOMI NEGERI SABAH

Negeri Sabah akan menyambut perayaan 51 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September tahun ini. Selaku Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, bahawa ekonomi negeri Sabah telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam tempoh lima dekad ini. Pada tahun 1967, jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar ( KDNK ) negeri Sabah hanyalah RM602 juta dan pada masa kini KDNK negeri telah berkembang kepada RM44.4 bilion iaitu telah meningkat sebanyak 74 kali ganda.

PRESTASI KEWANGAN NEGERI SABAH DAN JANJI DITEPATI

Kepimpinan DSP Musa Aman adalah komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya pada setiap masa. Justeru, dalam aspek pengurusan kewangan, kita berbangga kerana dalam laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2012, Negeri Sabah telah sekali lagi diberi pengiktirafan “Sijil Tanpa Teguran” ( Clean Bill ) daripada Ketua Audit Negara, menjadikan Sabah sebagai penerima sijil tersebut selama 13 tahun berturut-turut.

Pada masa yang sama, Negeri Sabah telah berjaya mengekalkan penarafan “AAA” ( Triple A) untuk 5 tahun berturut-turut daripada RAM Rating Services Berhad.

Di samping itu, untuk pengurusan bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2013 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 kepada Kementerian Kewangan yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 5 tahun berturut-turut.

Dibawah kepimpinan Beliau juga , Kementerian Kewangan juga telah memperolehi penarafan 5 bintang dalam penilaian ‘Star Rating’ daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau MAMPU.

Alhamdullilah, berkat kekuatan dan kesungguhan kepimpinan Negeri dibawah DSP Musa Aman berupaya mempamerkan prestasi yang cemerlang dan berkemampuan tinggi untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada rakyat.

TEMA BAJET 2014

Bertepatan dengan semua janji dan usaha kerajaan negeri untuk menyediakan masa depan rakyat yang lebih baik, kehidupan rakyat yang lebih sejahtera Tema Bajet 2014, “MENJAMIN KESINAMBUNGAN KESEJAHTERAAN RAKYAT” ini mencerminkan komitmen beliau berterusan dan tulus ikhlas kepada Rakyat Negeri Sabah.

DENGAN ITU SAYA,YUSOF@ABDULLAH BIN HJ.AHMAD WAKIL AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU

MENCADANGKAN ,

KEDUA PEMIMPIN INI PERLU LAH KITA BERIKAN PENGHORMATAN DAN SOKONGAN PADU DIATAS KECEMERLANGAN KEPIMPINAN MEREKA BERDUA DALAM MENTADBIR URUS NEGARA MALAYSIA DAN JUGA NEGERI SABAH DENGAN “ SLOGAN JANJI DITEPATI , 1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ” DAN SLOGAN “ KATA DIKOTA , JANJI DITEPATI ‘.

DATUK PENGERUSI TETAP,

SAYA YUSOF@ABDULLAH BIN HJ.AHMAD

WAKIL DARI AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN P.190 TAWAU ,

MOHON MENCADANG

Sekian, Terima Kasih

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah , Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


    


  

Persidangan Perwakilan Bahagian diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Ybhg.Datuk Hj.Abdul Manan bin Jakasa pada pukul 1.30 tengahari.




END