Sunday, October 20, 2013

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAWAU TAHUN 2013







Mesyuarat cawangan Umno yang berlangsung di seluruh negara sejak 15 Julai lepas berjalan dengan baik mengikut perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang dibentangkan pada mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi, mesyuarat 20,000 cawangan parti itu diadakan mengikut jadual walaupun semasa bulan Ramadan.

"Ada cawangan yang bermesyuarat selepas solat Tarawih dan pada hari minggu. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan tiada masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa peringkat Parlimen Titiwangsa di Masjid Ar-Rahimah di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata beliau yakin semua cawangan Umno akan selesai bermesyuarat sebelum 31 Ogos ini.


Mesyuarat Cawangan cawangan:


24 Ogos 2013@9.00 pagi , Mesyuarat Cawangan UMNO Kg.Rancangan Ranggu yang diadakan di Balairaya Kg.Ranggu. Mesyuarat diselaraskan oleh Tuan Gafar Ahmad dan Tuan Nurdin Nusu dari UMNO Bahagian Tawau.




Ahli ahli cawangan yang hadir bermesyuarat bagi menunaikan kehendak Perlembagaan parti UMNO yang diadakan setahun sekali.



24 Ogos 2013@11.00 pagi , Mesyuarat Cawangan UMNO Kg. Ranggu yang diadakan di Balairaya Kg.Ranggu. Mesyuarat diselaraskan oleh Tuan Gafar Ahmad dan Tuan Nurdin Nusu dari UMNO Bahagian Tawau.




Ahli ahli cawangan yang hadir bermesyuarat bagi menunaikan kehendak Perlembagaan parti UMNO yang diadakan setahun sekali.





Pemilihan parti kali ini adalah satu tranformasi terbesar dalam sejarah dimana hampir 150,000 orang akan terlibat dalam memilih barisan pimpinan dari cawangan hingga ke pimpinan utama di pusat.

Ini jauh berbeza dengan waktu lampau dimana hanya lebih 2,500 orang sahaja yakni wakil dari 191 bahagian UMNO yang terlibat.

Bercakap dalam satu interbiu dengan Agendadaily,Tengku Adnan mengakui asalnya beliau sendiri agak kecut perut untuk menghadapi pembaharuan ini.

Ini disuarakan beliau sendiri kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mereka berbual mengenai sistem pemilihan terbuka yang hendak dilaksanakan.

"Saya sendiri tanya bila PM nak buat pemilihan parti cara terbuka. Saya kata, Sir, it will be dangerous for your position. You know what PM replied? “Ku Nan, we need to change. We need to be inclusive.”

"Saya kata sebagai setiausaha agong, saya takut apa yang akan berlaku.

"(Datuk Seri Najib kata) tak apalah. Kita cuba dulu. Kalau sistem ini masih lagi tak boleh sekat politik wang, kita akan buat penambahbaikan.

"Presiden parti kita membuat perubahan dalaman untuk kebaikan masa depan,"katanya.

Apapun dalam mengendalikan pemilihan yang membuka ruang siapa saja yang penuhi syarat bertanding apa jua jawatan,Tengku Adnan mengambarkan beliau akan pastikan ia tidak jadi 'cacamarba'.

Walaupun asasnya sistem kali ini adalah terbuka dan tanpa apa-apa sekatan,Setiausaha Agung UMNO itu mengingatkan ia ada aturan dan syarat yang yang perlu dipatuhi semua mereka yang berminat hendak bertanding.

Katanya UMNO adalah sebuah parti yang ada struktur.

Kini siapa saja yang nak bertanding cuma perlu daftar diri.

Namun ada syaratnya.Misalnya mereka yang nak bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO mesti dari kalangan Ahli Majlis Tertinggi atau mereka yang setahun sudah jadi Ahli Jawatankuasa UMNO mana-mana bahagian.

Cuma kebimbangan beliau ialah pada kemungkinan ada pihak-pihak tertentu ambil peluang keterbukaan ini untuk bikin malu pada parti.

"Saya takut ada orang-orang tertentu akan guna kaedah untuk memalukan UMNO.

"Sebagai Setiausaha Agung, saya nak tegaskan, saya akan teliti sesiapa yang nak bertanding…Adakah dia berkemampuan? Adakah dia betul nak bertanding atau ditaja oleh orang tertentu untuk memalukan parti?",katanya.

Beliau jelas merujuk kepada kes-kes tertentu yang mencurigakan sahaja.

Ini juga bukan sesuatu yang menyeluruh atau kenyataan untuk menyekat sesiapa bertanding seperti yang dibolehkan oleh perlembagaan parti.



Suasana semasa pendaftaran , para perwakilan masing masing mengatur tempat pendaftaran masing masing seperti yang di sediakan oleh Urusetia Persidangan


19 Oktober 2013 , Persidangan Perwakilan Bahagian UMNO P.190 Tawau telah diadakan di Dewan Masyarakat Tawau. Pada Persidangan kali ini akan mengadakan Pemilihan Ahli Jawatan kuasa Bahagian iaitu Pengerusi Tetap , Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Bahagian , Timbalan Ketua Bahagian , Naib Ketua Bahagian, 20 Ahli Jawatankuasa Bahagian , 2 orang Pemeriksa Kira kira.

Jawatan Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian masing masing dengan penyandang nya menang tanpa bertanding. Jawatan Naib Ketua Bahagian bertanding antara Tuan Hj.Nizam bin DSP AB Titingan dengan Hj.Taufik Hj.Moin. Manakala Ahli Jawatankuasa Bahagian seramai 51 orang bertanding.



Bertemu dengan Tuan Zainal Hj.Talip di Persidangan Perwakilan Bahagian Tahun 2013 di Dewan Masyarakat Tawau semasa Pendaftaran Persidangan.





Didalam Dewan Persidangan mengambil tempat menanti acara Perasmian Persidangan yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian UMNO Tawau.



KUALA LUMPUR: Mesyuarat UMNO Bahagian seluruh negara bermula pagi ini membabitkan 146,500 perwakilan bagi memilih kepemimpinan parti termasuk tiga Naib Presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi (MT).

Mesyuarat bermula serentak di 191 bahagian jam 8 pagi dan mesyuarat akan ditangguh kemudian bagi memberi laluan kepada proses pemilihan itu.

Ketika proses pengundian, setiap perwakilan akan diberi dua set kertas undi untuk memilih pemimpin mereka di peringkat bahagian dan MT.

Ini kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah menjadikan parti itu lebih telus, demokratik dan membasmi gejala politik wang.

Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung parti di ibu negara.

Selepas selesai proses pengundian, perwakilan akan menyambung semula mesyuarat mereka sementara proses pengiraan undi dijalankan.

Bagi memenuhi carta MT, sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).

Tumpuan hari ini pastinya kepada enam calon naib presiden iaitu tiga penyandang - Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal - yang akan berdepan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Jawatan presiden dan timbalan presiden sebelum ini diisytihar menang tanpa bertanding apabila Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing tidak dicabar pada pemilihan kali ini.

Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin juga telah diumum menang tanpa bertanding. 





Persidangan Perwakilan Bahagian akan dimulakan sebentar lagi , semua para perwakilan telah sedia mengambil tempat masing masing.





Persidangan Perwakilan Bahagian dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu Negaraku , Sabah Tanah Airku dan Bersatu-Bersetia-Berkhidmat.





Selepas Nyanyian 3 buah Lagu , Ucapan Perasmian Persidangan Perwakilan Bahagian Tawau oleh Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP Ab Titingan.



Dalam Ucapan Beliau menyeru agar proses Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian Tawau dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan agar proses tersebut berjalan seperti yang telah diarahkan mengikut lunas lunas Perlembagaan Parti.

Katanya terdapat 51 orang ahli yang layak bertanding untuk Jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau dan semoga perjalanan Pemilihan berjalan lancar.

Mesyuarat Persidangan Perwakilan Bahagian ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada Proses Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau dimana lebib kurang 600 ahli perwakilan yang layak memilih.




Bersama Hj.Nizam bin DSP AB Titingan semasa proses Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau sedang berjalan.




KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli, hari ini mengumumkan jumlah muktamad keseluruhan perwakilan yang bertanding di semua peringkat termasuk bahagian adalah berjumlah 33,012 orang.

Daripada jumlah tersebut, 495 telah menarik diri, 334 pula dikenalpasti sebagai muflis dan mereka yang dikenakan tindakan disiplin berjumlah 39 orang.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis sidang media Pemilihan UMNO 2013 di PWTC di sini hari ini.

Dalam majlis yang sama, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh turut menerangkan bahawa mereka yang muflis akan dimaklumkan melalui saluran bahagian masing-masing.

“Ibu pejabat akan mengeluarkan tauliah kepada perwakilan yang disahkan untuk menghadiri persidangan di peringkat bahagian. Sekiranya mereka didapati muflis, maka nama mereka akan diberi tanda untuk dirujuk ke jawatankuasa pemilihan.

“Salinan daripada jabatan insolvensi akan disertakan bagi memastikan bahawa semua rujukan telah dibuat dan mendapati perwakilan ini tidak boleh menghadiri mesyuarat,” jelasnya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu mengenai kritikan yang disuarakan oleh kebanyakan perwakilan mengenai syarat yang terlalu ketat sehingga menyusahkan untuk berkempen, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli berkata Jawatankuasa pemilihan hanya melaksanakan apa yang termaktub di dalam buku perlembagaan dan semua syarat tersebut diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi.

“Hanya Majlis Tertinggi yang boleh membuat perubahan dan Jawatankuasa pemilihan yang melaksanakan malah jawatankuasa pemilihan juga tidak ada kena mengena dengan sebarang tindakan disiplin yang dikenakan. Hanya lembaga disiplin yang boleh mengambil tindakan berlandaskan tata etika parti.

“Saya harap mereka yang hendak mengeluarkan pendapat sila rujuk buku perlembagaan,” jelasnya lagi.

Berikut adalah keputusan muktamad jumlah perwakilan Pemilihan UMNO 2013.


Jumlah Calon Peringkat Pusat
Pengerusi Tetap 1 calon (menang tanpa bertanding)
Majlis Tertinggi – 62 orang calon
Timbalan Pengerusi Tetap – 3 orang calon
Presiden – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden – 1 calon (Menang tanpa bertanding)
Naib Presiden – 6 calon

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 3 calon
Timbalan Pengerusi Tetap – 5 calon
Ketua Pergerakan Pemuda – 5 calon
Naib Ketua Pemuda – 4 calon
Ahli Jawatankuasa Pemuda – 77 calon 

 
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi Tetap – 2 calon
Ketua Pergerakan Puteri – 2 calon
Naib Ketua – 3 calon
Ahli Jawatankuasa – 30 calon

Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap – 1 calon (menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi Tetap – 2 calon
Ketua Wanita UMNO – 3 calon
Naib Ketua – 3 calon (Seorang telah menarik diri iaitu Datuk Hamidah Osman)
Ahli Jawatankuasa – 44 calon


Jumlah Keseluruhan Calon 260 orang

Peringkat Bahagian
Pengerusi Tetap Bahagian – 302 calon 
(muflis – 6, tarik diri – 9)

Pengerusi Tetap Pemuda 309 calon 
(tarik diri – 11)

Pengerusi Puteri – 222 calon 
(tarik diri – 1, disiplin – 1)

Pengerusi Tetap Wanita – 238 calon 
(tarik diri – 3)

Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian – 330 calon 
(muflis – 2 tarik, diri – 1)

Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda – 305 calon 
(muflis – 5, tarik diri – 13)

Timbalan Pengerusi Tetap Puteri – 209 calon 
(muflis – 2, tarik diri – 3)

Timbalan Pengerusi Tetap Wanita – 227 calon 
(muflis – 1)

Ketua Bahagian – 438 calon 
(muflis -1, tarik diri – 16, disiplin – 4)

Ketua Pemuda Bahagian – 435 calon 
(muflis – 6, tarik diri – 17, disiplin – 1)
 
Ketua Puteri Bahagian – 296 calon 
(tarik diri – 1)

Ketua Wanita Bahagian – 358 calon 
(tarik diri – 6, disiplin – 1)

Timbalan Ketua Bahagian – 421 
(muflis – 8, tarik diri – 29, disiplin 2)

Naib Ketua Pemuda – 435 calon 
(muflis – 3, tarik diri – 32)

Naib Puteri – 282 calon 
(muflis – 1, tarik diri – 8)

Naib Ketua Wanita – 380 calon 
(muflis, 2, tarik diri – 14)

Naib Ketua Bahagian – 530 calon 
(tarik diri – 32 displin – 2)

Ahli Jawatankuasa Bahagian – 8466 calon 
(muflis – 140, tarik diri, – 78, displin – 12)

Ahli Jawatankuasa Pemuda – 5131 calon 
(muflis – 50 tarik diri – 53, disiplin – 3)

Ahli Jawatankuasa Puteri – 3465 
(muflis – 10, tarik diri – 34)

Ahli Jawatankuasa Wanita – 4843 calon 
(muflis – 32, tarik diri – 27, displin – 9)

Perwakilan G7 Bahagian – 2775 calon 
(muflis – 33, tarik diri – 56, displin – 2)

Perwakilan G2 Pemuda Bahagian – 740 calon 
(muflis – 10, tarik diri – 26)

Perwakilan G2 Puteri Bahagian – 543 calon 
(tarik diri – 1)

Perwakilan G2 Wanita – 827 calon 
(muflis – 6, tarik diri – 16)

Pemeriksa Kira-kira Bahagian – 504 calon 
(muflis – 12, tarik diri – 8, displin – 1)




Proses Pemilihan berjalan seperti biasa jam 8.00 pagi sehingga pada pukul 8.30 malam barulah Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan Datuk Hj.Manan bin Hj.Jakasa mengumumkan keputusan pemilihan.


TIMBALAN PENGERUSI TETAP PERSIDANGAN 
UMNO MALAYSIA
1. Mohammad bin Haji Aziz                    597 undi


NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA
1. Mohd. Shafie bin Hj.Apdal                  538 undi
2. Hishamuddin bin Tun Hussein Onn     521 undi
3. Ahmad Zahid bin Hamidi                    505 undi


AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA

1. Rosnah binti Hj.Abdul Rashid Shirlen         591 undi

2. Jamil Khir bin Baharom                               578 undi

3. Tawfiq bin DSP AB Titingan                       576 undi

4. Mokhtar bin Radin                                       566 undi

5. Ismail Sabri bin Yacob                                 565 undi

6. Mohammad bin Hj.Hassan                           539 undi

7. Mustapha bin Mohammad                            536 undi

8. Abd.Rahman bin Dahlan                               536 undi

9. Abdul Azeez bin Abdul Rahim                     512 undi

10. Idris bin Haron                                            506 undi

11. Hassan bin Malik                                         490 undi

12. Reezal Merican bin Naina Merican             483 undi

13. Abd.Latiff bin Ahmad                                 469 undi

14. Sapin @ Sairin bin Karno                           468 undi

15. Ahmad Shabery bin Cheek                         454 undi

16. Saifuddin bin Abdullah                               442 undi

17. Mohd.Fuad bin Zarkasi                               423 undi

18. Raja Ropiah binti Raja Abdullah                410 undi

19. Jamaludin bin Dato Ahmad Jarjis               397 undi

20. Abdul Aziz bin Kaprawi                             394 undi

21. Mohd.Satim bin Diman                               383 undi

22. Noraesah binti Mohammad                         377 undi

23. Musa bin Sheikh Fadzir                              326 undi

24. Idris bin Hj.Jusoh                                        318 undi

25. Mahdzir bin Khalid                                     311 undi





PENGERUSI TETAP PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN TAWAU
 1. Datuk Datu Ismail bin Datu Jook   438 undi



TIMBALAN PENGERUSI TETAP PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN TAWAU
 1. Datuk Hj.Abdul Manan bin Hj.Jakasa   482 undi


KETUA BAHAGIAN 
1. Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan   ( Tanpa bertanding ) 


TIMBALAN KETUA BAHAGIAN 
1. Datuk Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali   ( Tanpa bertanding )


NAIB KETUA BAHAGIAN 
1. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan    539 undi


20 AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN UMNO TAWAU

1. Sarman Amat Simito 503 undi

2. Mardawyah binti Hj.Yudin 472 undi

3. Mohd. Jones @ John bin Lakim 451 undi

4. Abdul Razak bin Hj.Abas 447 undi

5. Karim bin Tumak 443 undi

6. Yusof @ Abdullah bin Hj.Ahmad 432 undi

7. Sahran bin Mankati 405 undi

8. Mohamad bin Oman 399 undi

9. Datu Indal bin Datuk Datu Ismail 392 undi

10. Johnny bin Sulaiman 383 undi

11. Datu Abdul Rahman bin Datuk Datu Ismail 377 undi

12. Tahah bin Malisi 371 undi

13. Hj.Mahamud bin Sakti 368 undi

14. Hj.Yusof bin Abd.Gani 346 undi

15. Hj.Rackey Apna 338 undi

16. Abdul Hamid bin Demang 336 undi

17. Nordin bin Nusu 333 undi

18. Suroto Karto Marmo @ Jaffery su 328 undi

19. Mohamad Asis bin Ali 309 undi

20. Gafar bin Ahmad 307 undi




2 ORANG PEMERIKSA KIRA KIRA


1. Jamaluddin Martin 437 undi

2. Osman bin Hassan 436 undi




MEMORI INDAH BERKEMPEN SEMASA BERTANDING AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN UMNO TAWAU DAN AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN PERGERAKAN WANITA UMNO TAWAU.




Semasa dirumah Abu Seman Ketua Cawangan di Kampung Batu 22 , Apas Proper Balung



Semasa dirumah Mak Mok Assang binti Hassan di Kampung Bukit Quoin beramah mesra dengan ahli ahli Cawangan UMNO Bukit Quoin.




Dirumah Puan Mornie Jaya Kg.Tass bersama calun calun Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.



Di rumah Puan Kasmah binti Jalil Kg.Rancangan Ranggu bersama Pergerakan wanita UMNO Tawau.



Di rumah Puan Maimunah Ngalit di kampung Serudung Baru bersama Pergerakan Wanita UMNO Tawau.



 
Dirumah Ahli UMNO Kampung Kongsi 8 , Ketua Cawangan Kampung Baru Kongsi 8  Hj.Kadir Kursin bersama Pergerakan Wanita UMNO Tawau.





Dirumah Tuan Karim Tumak Kg. Blok 31 , Bersama YB.Datuk Hj.Syed Abas dan Ybhg. Hj.Nizam DSP AB Titingan bertemu mesra bersama Ketua ketua Cawangan di Zon Andrassy.





Di rumah Puan Rahmah , Cawangan Kampung Apas bersama sama Pergerakan Wanita UMNO melakukan ziarah kasih sempena kempen Pemilihan Ahli Jawatan kuasa Bahagian UMNO.





Dirumah Tuan Abu Bakar bin Ahmad Ketua Cawangan kampung Tinagat bersama sama Pergerakan Wanita UMNO Tawau.


Ucapan Penghargaan dan terima kasih , kepada Ahli ahli UMNO yang sempat kami kunjungi dan kepada yang sentiasa menyokong perjuangan UMNO Tawau semoga sokongan dan dokongan tidak berbelah bagi dipanjangkan kepada pucuk pimpinan UMNO Bahagian Tawau.


Salam Perjuangan


BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT





end