Saturday, June 27, 2020

WATIKAH PEGAWAI KEHORMAT DAN PEGAWAI BERSEKUTU ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA



26 JUN 2020 , YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan bersama AJK Bahagian dan Pemimpin sayap sayap PPBM berada di Airport Tawau untuk menyambut ketibaan YB.Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd. Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) sempena lawatan kerja beliau ke Tawau.






Dari Lapangan Terbang terus ke  Shan Shui Golf Club untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang berlangsung di Dewan Shan Shui Golf Resort Bhd, Tawau. Dalam Majlis ini penyampaian watikah Perlantikan Pegawai Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kepada Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan sebagai Kolonel Kehormat Pertahanan Awam Malaysia. Penyampaian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd. Redzuan bin Mohd. Yusof , Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas khas ). Turut menerima Watikah Perlantikan Pegawai Pertahanan Awam iaitu Mejar Bersekutu Tuan Hj.Abdul Karim bin Hj.Wahid dan Mejar Bersekutu Tuan Hj.Abdul Hakim Gulam Hassan











Yang Berhormat Kolonel Kehormat (PA) Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dipasangkan Pangkat dan menerima watikah perlantikan daripada Yang Berhormat Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd.Yusof , Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang diadakan di Shan Shui Golf Club , Tawau





Menurut Yang Berhormat Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd.Yusof  , mereka yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan , Ahli Akademik , Warga Perubatan dan Juga Ahli Politik boleh mendaftar diri sebagai Pegawai Pertahanan Awam ( APM ). Dengan menyertai APM akan dapat memberikan khidmat sosial kepada masyarakat ketika diperlukan seperti kecemasan , kemalangan atau menghadapi  sesuatu Bencana. APM ini adalah satu kumpulan yang boleh memberikan kerjasama dan bantuan kepada masyarakat.


  

Beberapa kategori Jawatan dan Anugerah telah disampaikan dalam Majlis ini. Turut sama meraikan penghormatan diatas perlantikan YB.Datuk Hj.Nizam Ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu Tawau bersama pemimpin pemimpin sayap Srikandi dan Armada.






selepas acara penyampaian Anugerah Cemerlang dan Penyampaian Watikah Perlantikan kumpulan ini berada di Batu 2 Jalan Habib Abdul Rahman di Dewan Serbaguna  untuk lawatan YB.Datuk Seri Mohd.Radzuan bin Mohd.Yusof keatas mangsa kebakaran yang masih berada disitu. Pada 17 Jun 2020 @3.00 petang lebih 20 buah rumah telah musnah dalam kebakaran tersebut. Ada diantara mereka yang mempunya keluarga telah berpindah dari penempatan sementara di Dewan tersebut. 


















Ucapan Yang Berhormat Datuk Hj. Nizam DSP AB Titingan di Dewan Sebaguna semasa lawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) Datuk Seri Mohd. Redzuan bin Mohd. Yusof. Bantuan akan menyusul yang akan disalurkan melalui NADMA bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang terlibat dalam kebakaran tersebut demikian yang telah dinyatakan oleh Menteri kepada Yang Berhormat Datuk Nizam.


Pada sebelah malam diadakan Majlis Taklimat Pengurusan Bencana dan Perjumpaan YB.Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas Tugas Khas ) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan di Dewan Borneo Royale Hotel Tawau 








YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Tugas tugas Khas ) Datuk Seri Mohd.Redzuan bin Mohd.Yusof menyampaikan penutup muka kepada Ybhg. Mejar Bersekutu (PA) Hj.Abdul Hakim bin Gulam Hassan Ketua Bahagian Bersatu Silam , Ybhg. Mejar Bersekutu (PA) Hj.Abdul Karim bin Hj.Wahid Ketua Bahagian Bersatu Kalabakan , YB. Kolonel Kehormat (PA) Datuk  Hj.Nizam DSP AB Titingan Ketua Bahagian Tawau dan Ybhg. Hj.Nixon bin Hj.Habi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Semporna.

Santai dan makan malam YB.Menteri bersama para jemputan yang hadir dengan SOP arrangment kerusi dan meja makan.















Majlis berjalan lancar dan teratur sehingga selesai