Tuesday, February 27, 2018

MAJLIS PERASMIAN MASJID NURUL FALAH KG.MEMBALUA




Perasmian Masjid Nurul Falah Kg. Membalua yang telah disiapkan pembangunan nya pada bulan lepas dimana Masjid Nurul Falah yang lama daripada kayu telah uzur dan terpaksa dirobohkan demi keselamatan orang ramai dan digantikan dengan bangunan yang baru Konkrit dengan harga RM150,000.00 daripada kerajaan Negeri dan beberapa kos tambahan yang diusahakan oleh ADUN N.55 Apas  Datuk Hj.Tawfiq bin DSP AB Titingan.

Masjid Nurul Falah Kg.Membalua ini boleh memuatkan 200 orang jemaah sekali gus dan memerlukan tambahan diruang sebelah luar bagi memudahkan Jemaah melakukan aktiviti pada acara tertentu.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah , Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa bin Hj.Aman akan merasmikan Masjid Nurul Falah Kg.Membalu ini. 


Yang Berhormat Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan selaku tuan rumah hadir lebih awal dan sempat bertemu dengan pemimpin pemimpin akar umbi yang hadir di Majlis Perasmian tersebut. Lebih kurang 8 bulan beliau tidak bersama dengan masyarakat Tawau terutama Kg.Membalua kerana berada di Kuala Lumpur menerima rawatan terhadap penyakit yang beliau idapi. Terasa begitu teruja kepada penduduk Kg.Membalua kerana dapat bertemu dengan pemimpin mereka yang disayangi.



YAB.Tan Sri DSP Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah tiba dilokasi Majlis dengan diiringi oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.
Beliau datang bersama rombongan yang terdiri daripada YB. DSP Hj.Abdul Ghafur bin Hj.Salleh Ahli Parlimen Kalabakan , YB. DSP Hj.Syed Abas bin Hj.Syed Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah , YB. Datuk Hj.Muis bin Hj.Picho ADUN N.60 Sebatik , YB. Datuk Hjh.Hamisah binti Samad Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat  ADUN N.59 Tg.Batu , YB. Datuk Hj.Gulam Khaidar Khan Bahadar Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan juga ADUN N.21 kawang  dan Tuan Ajilus Hj.Sipil Presiden Majlis Perbandaran Tawau.


Dengan kehadiran YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah ke Majlis Perasmian ini Majlis akan bermula dengan Nyanyian Lagu Negeraku dan Sabah Tanah Airku.




Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku



Bacaan Doa oleh Yang Mulia Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Rahman bin Hj.Ibrahim Imam Daerah Tawau. Memohon Doa diberikan rahmat keatas Majlis yang berjalan dengan penuh kesyukuran.




Orang ramai serta penduduk Kg.Membalua telah hadir lebih awal bagi memenuhi kawasan tempat duduk yang disediakan. Mereka amat teruja kerana acara ini mengundang ramai pemimpin pemimpin besar Negeri yang hadir terutama sekali Pemimpin Nombor Satu Ketua Menteri Sabah Tan Sri DSP Musa Hj.Aman yang akan merasmikan Masjid mereka.

  
Ucapan alu aluan YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah selaku Tuan rumah di Majlis Perasmian Masjid Nurul Falah ini.

Beliau bersyukur kerana dapat hadir ke Majlis ini walaupun beliau masih belum sihat sepenuhnya. Beliau mengucapkan terimah kasih kepada penduduk Kg.Membalua kerana dapat meluangkan masa hadir di Majlis ini bersama sama Pemimpin pemimpin Negeri terutama sekali YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman.

Beliau memberitahu bahawa beliau telah lama tidak bersama dengan penduduk Kg.Membalua bukan lah disengajakan , ini kerana beliau berada di Kuala Lumpur sedang mendapatkan rawatan disana. Selama 8 bulan beliau memendam rasa untuk bersama sama dengan Rakyat dan 8 bulan itu beliau rasakan seperti 8 tahun lama nya. Beliau memohon agar rakyat mendoakan agar beliau segera sembuh dan dapat berkhidmat semula kepada mereka seperti sedikala.

Beliau seterusnya menyampaikan hasrat penduduk Tawau dan juga penduduk Kg.Membalua kepada YAB Ketua Menteri Sabah dimana ;

1. Kawasan Tanah Perkuburan di Tawau ini semuanya telah penuh dan tiada lagi ruang untuk digunakan. Seperti di Tanah Perkuburan Willis  telah penuh dan agak sukar bagi yang memerlukan. Beliau memohon agar permohonan Tanah Perkuburan yang diajukan dari ADUN N.56 Apas akan mendapat kelulusan dari YAB Ketua Menteri. Menurut YB.Datuk Tawfiq kawasan yang diperlukan seluas 10 ekar ( 4 hektar ).

2. Beliau juga menyampaikan hasrat dan keperluan penduduk Kg.Membalua untuk menambah baik Masjid Nurul Falah , memohon agar diluluskan peruntukan sebanyak RM 150,000.00 untuk memasang pagar , atap kawasan luaran Masjid dan pemasangan Jubin.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah kerana sudi hadir dan merasmikan Masjid Nurul Falah Kg.Membalua.





Ramai juga pemimpin pemimpin tempatan yang hadir di Majlis tersebut yang juga telah disediakan tempat duduk mereka.






Ucapan Perasmian Masjid Nurul Falah Kg.Membalua oleh YAB Tan Sri DSP Musa bin Hj.Aman Ketua Menteri Sabah. 

YAB DSP Ketua Menteri merasa gembira kerana dapat bertemu dengan Penduduk Kg.Membalua dan juga Pemimpin akar Umbi di Tawau. Beliau mengingatkan bahawa pilihanraya ke 14 akan tiba dimana beliau menyeru kepada Ahli ahli UMNO untuk terus memberikan sokongan padu kepada calun calun Barisan Nasional.

Menyentuh Permohonan yang diajukan oleh YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan mengenai 2 perkara yang dipohon;

Pertama - Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman meluluskan permohonan daripada pemimpin Islam di Tawau untuk pemberian tanah seluas empat hektar bagi tapak perkuburan Islam baharu di Tawau.

Namun katanya, kerajaan ketika ini tidak memiliki tanah negeri dan yang ada hanya tanah hutan simpan yang tidak boleh diambil sesuka hati tetapi perkara itu akan diusahakan demi rakyat.

"Perkara ini perlu dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk digubal dan menukarkan kelas tanah ini kepada tanah negeri dan saya berjanji akan bawa permohonan ini ke DUN dan boleh diluluskan," katanya ketika berucap merasmikan Masjid Nurul Falah di Kampung Membelua di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata rakyat jangan terpengaruh dengan pihak tertentu yang hanya datang menjelma bila tiba pilihan raya umum (PRU).

"Habis PRU pihak tertentu ini hilang, tetapi yang kekal dengan tuan, puan adalah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional," katanya sambil disahut dengan sorakan serta lontaran kata-kata semangat daripada penduduk kampung Membelua. Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan peruntukan besar kepada Sabah untuk menyediakan keperluan rakyat serta melihat pembangunan Sabah. -- BERNAMA


Kedua -  Perihatin terhadap keselesaan penduduk untuk beribadat , Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan bagi menambahbaik infrastruktur Masjid Nurul Falah Kg.Membalua sebanyak RM150,000.00.
YAB Ketua Menteri Sabah Tan Sri DSP Musa Hj.Aman berkata sumbangan diberikan selepas mempertimbangkan permohonan ADUN N.56 Apas Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan dan suara Rakyat bagi keselesaan menunaikan solat.
Beliau sedar bahawa Masjid tersebut belum lengkap lagi , yang mana YB.Datuk Tawfiq telah berjumpa awal awal lagi untuk berunding dengan beliau bagi peruntukan yang diperlukan Masjid Nurul Falah. YAB Ketua Menteri meluluskan RM150,000.00 untuk menyiapkan penambahan struktur  bangunan seperti yang diperlukan.
 

 Penyampaian Cenderakenangan yang disampaikan oleh YB. Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan kepada Ketua Menteri Sabah YAB Tan Sri DSP Musa bin Hj.Aman.






Perasmian Bangunan Masjid Nurul Falah oleh YAB Tan Sri DSP Musa Hj.Aman Ketua Menteri Sabah.


Acara Majlis Perasmian Masjid Nurul Falah Kg.Membalua telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Dengan usaha dan kerjasama semua pihak Majlis Perasmian dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Tahniah , kepada penduduk Kg.Membalua 





END



Sunday, February 25, 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN OLEH YB.DATUK TAWFIQ BIN DSP AB TITINGAN





24 FEBRUARI 2018 @9.00 PAGI MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN BLOK 8 DAN BANTUAN ASAS BAGI KAMPUNG TITINGAN DIPERKARANGAN MASJID BABUL KHAIR , KG.TITINGAN TAWAU

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg.Titingan Blok 8 yang telah berlaku pada tahun lalu 5 September 2017 jam 12.30 malam. Kebakaran ini melibatkan 67 buah rumah penduduk Kg.Titingan Blok 8. Banyak harta benda yang tidak dapat diselamatkan kerana api merebak terlalu pantas , membakar kawasan perumahan yang dibina terlalu rapat antara satu dengan yang lain.



Sementara menunggu ketibaan YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan kesempantan bertemu dengan pemimpin pemimpin akar umbi yang terdiri dari pada JKKK dan WKAN; Rahim bin Brahim , Saat bin Kamsa , Yusof bin Hj.Ahmad dan Basir bin Hj.Yahya.



Ramai rakan seperjuangan yang ada disini hari ini , kerana mereka begitu rindukan pemimpin yang disayangi YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan akan hadir dan menyampaikan sumbangan kepada penerima. Sejak 8 bulan yang lalu Datuk Tawfiq tidak sihat dan sedang menerima rawatan di Kuala Lumpur. Mereka ini adalah pemimpin akar Umbi ; Rahim bin Brahim , Astani Hj.Patola , Hj.Mohd.John Lakim , Mohamad bin Oman , En.Wong dan En.Putera dari UPPM Apas.




Saat bin Kamsa , Basir bin Hj.Yahya , Sarman bin Amat Simito , Yusof bin Hj.Ahmad , Dato' Hj.Rackey bin Apna , Mohamad bin Oman , Tony Malisi bin Taha , Hj.Mohd.John bin Lakim dan Rahim bin Brahim . Mereka ini adalah pemimpin akar Umbi dan pemimpin Masyarakat. Meraka adalah pemimpin yang setia kepada Ketua mereka YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan. Dalam keadaan apa sekali pun mereka akan berada dibelakang pemimpin mereka Demi Agama ,Bangsa dan Negara.




Muis bin Sangkui , Azman bin Datuk Hj.Abdul Manan , Amin bin Hatu , Azman bin Hj.Hakim , Mohamad bin Oman dan Samsudin bin Lamide. Mereka ini adalah kakitangan dan pemimpin di UPPM Apas dimana YB.Datuk Tawfiq ada ketua mereka. Mereka begitu bersyukur dengan kehadiran YB.Datuk Tawfiq ke Program ini dan berharap semoga YB.Datuk Tawfiq diberikan kesembuhan semenuhnya seperti sediakala.



Mohamad bin Oman, Azman bin Hj.Hakim , Hamil bin Hj.Awang dan Yusof bin Hj.Ahmad. 


Hamil bin Hj.Awang adalah pemimpin akar umbi yang begitu lama dan mahir . Beliau pernah menjawat jawatan Pegawai Kemajuan Rakyat DUN N.55 Balung selama hampir 26 tahun sejak UMNO di Sabah. Beliau juga adalah Pemimpin yang lama dalam arena Politik Negeri Sabah khas nya dikawasan Dun Balung bermula dengan pergerakan Pemuda Parti USNO sehingga ke UMNO dan pernah menjawat Naib Ketua Bahagian UMNO P.190 Tawau. Sehingga kini beliau masih lagi aktif dan beliau telah dilantik sebagai Bendahari Bahagian UMNO P.190 Tawau. Apa yang diutarakan disini adalah beliau bukan saja lama dalam Parti UMNO tetapi beliau adalah Setia kepada Parti dan Pemimpin atasan. Pemimpin pemimpin UMNO di DUN Balung dan juga P.190 Tawau amat menghormati beliau kerana kesetiaan beliau kepada Parti dan Pemimpin.





Saat bin Kamsa , Yusof bin Hj.Ahmad , Ismail bin Hj.Awang , Hj.Mahamud bin Sakti  dan Hanief Ismail. Hj.Mahamud bin Sakti adalah Pemimpin yang menjaga Kg.Titingan . Beliau adalah Penduduk asli Kg.Titingan yang mana dahulu dikenali dengan nama Icebox.





Penduduk Kampung serta anak Jati Icebox membuat banner yang menyatakan rasa hati dan perasaan mereka dengan mendoakan kesihatan YB.Datuk Tawfiq untuk segera sembuh dari penyakit yang diidapinya.







Ketibaan YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan memang telah dinantikan sekian lama oleh para penyokong beliau di Kg.Titingan. Sebaik sahaja beliau keluar dari kenderaan , ramai yang telah menunggu beliau untuk bersalaman dan keadaan ini terpaksa diselanggarakan oleh pengawal keselamatan yang terdiri daripada RELA dan juga ketua ketua Blok Kg.Titingan.





YB.Datuk Tawfiq kelihatan begitu gembira kerana dapat bertemu dengan penduduk Kampung Titingan. Kawalan terpaksa dilakukan bagi memberi ruang kepada beliau untuk berjalan menuju kepentas yang telah disediakan.




Acara dimulakan dengan nyanyian Tiga buah lagu Negaraku , Sabah Tanah Airku dan Bersatu Bersetia Berkhidmat.  




Ucapan YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan di Program Majlis Penyampaian Sumbangan kepada mangsa kebakaran Blok 8 dan bantuan asas bagi Kg.Titingan.


Ucapan YB.Datuk Tawfiq amat menyentuh hati dan perasaan para hadirin yang terdiri daripada Penduduk Kg.Titingan dan juga penerima sumbangan dan bantuan asas. 

" Setiap malam , saya tidak boleh tidur kerana ingat janji kepada penduduk Kampung Titingan untuk memberikan sumbangan RM1,000.00 kepada setiap ketua keluarga yang terbabit kebakaran pada 5 September tahun lalu. Saya bimbang jika terus pejamkan mata tanpa menunaikan janji . Sebab itu , hari ini saya datang walaupun dalam keadaan sakit ".
Ucapan beliau menyentuh perasaan sebahagian besar hadirin dengan ada diantaranya tidak dapat menahan sebak hingga menitiskan air mata. 




Beliau sedih kerana tidak dapat bertemu rakyat dalam tempoh lama namun menguatkan semangat untuk turun padang buat kali pertama  pada hari ini.

" Lapan bulan tidak bersama warga Tawau terutama penduduk Kampung Titingan tetapi merasa macam lapan tahun tak bertemu. Terlalu lama saya memendam rasa untuk turun bertemu rakyat tetapi tidak dibenarkan oleh Doktor. Saya gagahi juga untuk datang berjumpa penduduk kampung yang pernah saya janji untuk beri bantuan. Saya datang bukan atas Tawfiq tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional saya gagahi juga".

Pada Majlis itu YB.Datuk Tawfiq menyampaikan sumbangan kepada 85 ketua keluarga mangsa kebakaran , selain 370 keluarga menerima sumbangan zink untuk memperbaiki rumah , seorang penduduk menerima kerusi roda dan 330 lagi menerima bantuan asas.




Dalam Majlis itu juga beliau memohon maaf kepada penduduk kampung Titingankerana tidak dapat menunaikan tugas  sebagai pemimpindikawasan itu selama lapan bulan.


" Saya rasa amat bersalah dan memohon semua penduduk memaafkan saya , bukan tidak mahu berkhidmat tetapi keadaan tak mengizinkan. Saya mungkin akan berada di Hospital dua hingga tiga bulan lagi . Siapa pun calun pilihan Raya berikan sokongan. Individu tidak penting , yang penting BN perlu kita pastikan meneruskan kesinambungan pentadbiran di Malaysia. Saya mohon semua mendoakan kesihatan saya supaya cepat sembuh"
 


Dengan penuh semangat YB.Datuk Tawfiq mengakhir ucapan beliau dengan melaungkan Negaraku Malaysia , Sabah Tanah Airku , Hidup Rakyat , Terus Berjuang dan Tatap BN yang diikuti semua yang hadir.



 


Orang ramai yang hadir yang terdiri daripada penduduk kampung Titingan dan juga penerima bantuan kebakaran dan bantuan asas sentiasa memberikan sokongan padu kepada YB.datuk Tawfiq. Mereka begitu terharu dan bersimpati terhadap YB.Datuk Tawfiq dan mereka sentiasa mendoakan agar YB.Datuk Tawfiq segera sembuh seperti sedikala dan dapat memberikan khidmat kepada mereka yang sentiasa memerlukan.





Seorang penduduk kampung menerima bantuan kerusi roda daripada YB.Datuk Tawfiq yang akan digunakan oleh Ibu penerima.







Seramai 85 orang ketua keluarga yang menerima sumbangan RM1,000.00 dari YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa serta membantu untuk membina rumah semula.








Penyampaian watika Ketua Blok bagi Kg.Titingan seramai 10 orang yang telah dilantik bagi menjaga kesejahteraan penduduk kampung mengikut Blok yang telah ditetapkan. Penyampaian telah disempurnakan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.




Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan menyampaikan bantuan zink kepada ketua ketua Blok yang akan mengagih agihkan kepada penerima seramai 370 keluarga untuk membaikpulih atap rumah mereka yang rosak dan bocor.










Seramai 330 keluarga yang menerima bantuan asas yang disampaikan oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan.




Lambaian Pemimpin yang berjiwa rakyat itulah yang sepatutnya yang harus dimiliki oleh setiap Pemimpin. Kita Doakan semoga YB.Datuk Tawfiq bin DSP AB Titingan diberikan kesembuhan segera dan dapat berkhidmat semula kepada rakyat di Daerah Tawau.  







end