Friday, February 28, 2014

MAJLIS PERASMIAN MASJID NUR AL-TAQWA SLDB BATU 17 KG.TERASING OLEH YANG BERHORMAT DATUK SYED HJ.ABAS BIN HJ.SYED ALI PADA 14 FEBRUARI 2014 DUN N.55 BALUNG

Ini lah Masjid Nur Al Taqwa SLDB Batu 17 Kg.Terasing yang akan dirasmikan oleh YB.Datuk Syed Abas bin Syed Ali. Dewan ini dibina oleh Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (LKTNS) Yang mana kawasan Batu 17 Kg.Terasing ini adalah termasuk didalam kawasan LKTNS. Pembinaan Masjid ini adalah sebahagian daripada usaha LKTNS membantu Peneroka mempunyai tempat Beribadah dan berkumpul.
Masjid ini boleh menampung seramai 200 ke 250 Jemaah sesuai dengan keperluan para pekerja dan Majikan SLDB di Kg.Tersebut.
Yusof Ahmad dan Datu Indal Datuk Ismail AJK UMNO Bahagian P.190 Tawau
AJK UMNO Bahagian Tawau turut sama hadir iaitu Yusof Hj.Ahmad , Datu Indal Datuk Ismail , Karim Tumak , Sahran Mankati , Mahmud Sakti dan Hamid Demang.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau turut hadir meraikan Majlis Perasmian Masjid Nur Al Taqwa yang kelihatan bersama dengan Pengerusi JKKK Blok 31Encik Karim bin Tumak .


Pandangan bahagian dalam Masjid yang mengadabtasikan reka bentuk moden yang menggunakan dinding kaca dimana Masjid ini dilengkapi dengan peralatan penghawa dingin yang akan memberikan keselesaan kepada Jemaah yang melakukan Ibadah di Masjid ini.
Ketibaan Datuk Syed Abas Syed Ali disambut oleh Pengerusi SLDB Yang Berhormat Datuk Rahim Ismail yang juga ADUN Kimanis , Pengurus Besar SLDB Negeri Sabah , Pengurus Wilayah SLDB Pengerusi Penganjur , serta AJK UMNO Bahagian Tawau yang hadir bersama orang ramai.


Oleh kerana hari tersebut adalah hari Jumaat , acara perasmian diadakan selepas Sembahyang Jumaat .
Orang ramai yang terdiri daripada para peneroka berkumpul sebaik saja selesai Sembahyang Fardhu Jumaat dimana sebentar lagi acara dijalankan
Turut hadir para pegawai dan kakitangan SLDB Negeri dan Wilayah yang mana program ini telah dihadiri oleh Pengerusi SLDB Negeri Sabah yang bertaraf Menteri.
Majlis dimulakan dengan bacaa Doa yang disampaikan oleh Tuan Imam Masjid Nur Al Taqwa
Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Penganjur
Ucapan dari Pengerusi SLDB ( Bertaraf Menteri ) Yang Berhormat Datuk Hj.Rahim bin Ismail merangkap ADUN Kimanis
Orang ramai yang terdiri daripada para peneroka sedang mendengar ucapan daripada Pengerusi SLDB Yang Berhormat Datuk Hj.Rahim Ismail serta Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali.
Yang Berhormat Datuk Syed Abas mengucapkan Tahniah kepada pihak Pengurusan SLDB yang mana peka terhadap keperluan para Peneroka yang perlukan tempat bersembahyang Jemaah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Rahim Ismail selaku Pengerusi SLDB kerena sudi meluluskan projek tersebut dan sempat bersama-sama pada hari ini merasmikan Bangunan Masjid Nur Al-Taqwa SLDB Batu 17 Kg.Terasing , Tawau .
Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali menandatangani Plak yang disediakan dan disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Rahim Ismail Pengerusi SLDB yang juga bertaraf Menteri.
Jamuan untuk tetamu kehormat dan rombongan telah diadakan dirumah Pengerusi JKKK En.Karim bin Tumak yang mana Yang Berhormat Datuk Syed Abas Syed Ali dan Yang Berhormat Datuk Rahim Ismail hadir sambil beramah mesra dengan hadirin yang hadir.


Monday, February 17, 2014

KAMPUNG RANGGU VOL.7



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H PROGRAM WASSATIYAH TUNGGAK KESATUAN UMMAH ANJURAN BERSAMA JKKK KAMPUNG RANGGU , KRT KG.RANGGU , MASJID SRI RANGGU DAN MASJID JAMEK KG.RANGGU PADA 26 JANUARI 2014 DI KAMPUNG RANGGU, DUN N.55 BALUNG.






Kumpulan yang mengambil bahagian dalam Perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini berkumpul di Masjid Sri Ranggu Kampung Ranggu , seawal jam 7.00 pagi ramai penduduk Kampung Ranggu telah berkumpul.



Sebahagian daripada peserta Perarakan yang hadir bagi memeriahkan Acara Perakan Maulidur Rasul Peringkat Kampung Ranggu Tahun 1435H bersamaan 26 Januari 2014 diPerkarangan Masjid Seri Ranggu sementara menunggu untuk berarak ke Masjid Jamek Kampung Ranggu Lama




Pengerusi KRT bersama-sama dengan peserta perarakan Maulidur Rasul bersedia untuk berarak bersama-sama peserta yang lain.



Program telah diadakan pada 26hb. Januari 2014 berkumpul di Masjid Sri Ranggu dan berarak ke - Masjid Jamek Kg.Ranggu Batu 9 , Jalan Ranggu Tawau , yang dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan , Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah .Sambutan Maulidur Rasul pada Tahun ini bertema “ Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”.





Perarakan ini didahului oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah , Para Pemimpin yang lain , termasuklah Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , Ketua Kampung , WKAN , Imam-imam dan Pengerusi-pengerusi Masjid Seri Ranggu dan Masjid Jamek dan juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kg.Ranggu.







Sambutan Maulidur Rasul dimulai dengan mengadakan Perarakan dari Masjid Sri Ranggu Kampung Rancangan Ranggu ke Masjid Jamek Kampung Ranggu sejauh 2 kilometer sambil membaca Selawat Nabi yang didahului oleh Ybhg. Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan dan En.Syed Hassan Syed Idrus , Pegawai Kemajuan Rakyat Balung , serta Pemimpin pemimpin Masyarakat yang hadir.





Program Sambutan Maulidur Rasul dilaksanakan bersama oleh Pengerusi JKKK Kampung Ranggu , Pengerusi KRT Kg.Ranggu , Pengerusi Masjid Seri Ranggu dan Pengerusi Masjid Jamek Kg.Ranggu .





Banner disediakan untuk perhatian dan pemberitahuan Masyarakat Kampung Ranggu agar lebih ramai Penduduk Kampung Yang akan melibatkan diri semasa Perarakan Maulidur Rasul yang dilaksanakan.




Ucapan Alu-aluan dari Pengerusi Bersama Pengerusi JKKK selaku wakil Pengerusi Penganjur yang mana Gabungan JKKK Kg.Ranggu , Rukun Tetanggan Kg.Ranggu , Masjid Sri Ranggu dan Masjid Jamek Kg.Ranggu.







Ucapan Perasmian dari Ybhg. Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah


Pengisian Program yang dijalankan ; 

1. Penyampaian Bantuan Khas Anak Yatim – seramai 5 orang penerima

2. Penyampaian Bantuan Khas Ibu Tunggal – seramai 5 orang penerima

3. Penyampaian Penghargaan Jiran Warga Emas – seramai 6 orang penerima







Penyampaian Bantuan kepada Masyarakat Kampung Ranggu Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2014




Tidak dilupakan juga bantuan disampaikan kepada balu dan juga Warga Emas serta Masyarakat setempat yang disampaikan oleh Ybhg.Tuan Hj.Nizam DSP AB.Titingan






Bantuan Khas juga disampaikan kepada Warga Emas yang Uzur dengan bantuan berupa makanan harian seperti Beras dan lain-lain lagi.







Penyampaian Sumbangan dan Bantuan kepada Ibu-Ibu Tunggal yang disampaikan oleh Tuan Hj.Nizam yang disaksikan oleh Pengerusi JKKK Kg.Ranggu dan PKR Balung.






Penyampaian Bantuan Saguhati kepada Pelajar Cemerlang PMR dan UPSR Tahun 2013 yang telah memperolehi pencapaian yang sangat baik.

Penyampaian Bantuan kepada Ibu Tunggal dan Pelajar Cemerlang disampaikan oleh Tuan Hj.Nizam DSP AB Titingan. Disaksikan oleh Pengerusi KRT dan Pengerusi Biro Kebajikan KRT Kg.Ranggu






Penyampaian Penghargaan serta sijil kepada Tuan Ustaz yang menyampaikan ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg.Ranggu Anjuran Bersama JKKK , KRT Kg.Ranggu , Masjid Sri Ranggu dan Masjid Jamek Kg.Ranggu.






Penyampaian Cenderakenangan oleh Pengerusi JKKK Kg.Ranggu selaku Pengerusi Penganjur Bersama kepada Ybhg.Tuan Hj.Nizam DSP AB.Titingan , Ketua Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Sabah sempena Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg.Ranggu yang mewakili YB.Datuk Syed Hj.Abas bin Hj.Syed Ali ADUN N.55 Balung. Turut sama menyaksikan Pegawai Kemajuan Rakyat , Ketua Kampung Ranggu dan Tim. Pengerusi JKKK Kg.Ranggu.





Jamuan disediakan selepas acara dengan duduk bersila sambil bercerita hal ehwal semasa.







Hadirin menjamu selera sambil bersembang mesra antara satu dengan yang lain.







Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi ……………………….