Tuesday, July 3, 2018

PERSIDANGAN PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO P.190 TAWAU TAHUN 2018





TAWAU 23 Jun 2018 - Mesyuarat perwakilan dan pemilihan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula serentak di 191 bahagian pada 9 pagi ini.



Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan memilih kepimpinan peringkat bahagian dan pusat menerusi dua kertas undi berbeza dalam mesyuarat berasingan yang berlangsung pada sebelah pagi.



Kertas undi pertama adalah untuk pemilihan ketua, naib ketua dan 15 exco sayap peringkat bahagian manakala satu lagi kertas undi untuk memilih kepimpinan sayap pusat bagi jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ketua, naib ketua dan 25 exco sayap.


Bagi sayap Pergerakan Wanita UMNO, seramai tiga tokoh layak bertanding untuk jawatan Ketua Wanita, iaitu Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Azizah Mohd Dun sementara empat lagi dicalonkan bagi Naib Ketua Wanita.


Seramai 81 calon bertanding untuk jawatankuasa, dua calon bagi jawatan Pengerusi Tetap Wanita, manakala empat lagi bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap.


Bagi Pergerakan Pemuda UMNO, seramai 207 calon bertanding dengan pecahan dua Pengerusi Tetap, tiga Timbalan Pengerusi Tetap, sembilan bagi jawatan Ketua Pemuda dan sembilan lagi bagi jawatan Naib Ketua Pemuda manakala selebihnya adalah calon untuk jawatankuasanya.


Sembilan individu disenaraikan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda termasuk Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun, anggota Majlis Tertinggi Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki, Ketua Pemuda Pahang Mohd Shahar Abdullah serta Ketua Bahagian Sungai Besar yang kontroversi Datuk Seri Jamal Md Yunos.


Bagi jawatan Ketua Puteri pula menyaksikan persaingan antara Naib Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan dan exco Puteri Nor Hazreena Mohamad Hashim.


Seramai lima calon lain akan merebut jawatan Naib Ketua, 71 calon akan bertanding sebagai anggota jawatankuasa dan dua calon untuk jawatan Pengerusi Tetap. 


Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap pula dimenangi Salbiah Saari selepas muncul sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut. - BERNAMA 



Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Bahagian Wanita UMNO P.190 Tawau dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau.




Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Bahagian Wanita UMNO P.190 Tawau telah berlangsung pada 23 Jun 2018 seperti ketetapan serentak seluruh Negara. Mesyuarat kali ini akan mengadakan Pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Tawau antara nya;

1. Pengerusi Tetap
2. Timbalan Pengerusi Tetap
3. Ketua Pergerakan Wanita
4. Naib Ketua Pergerakan Wanita
5. 20 AJK Pergerakan Wanita

Turut hadir di Mesyuarat ini Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha UMNO Bahagian Tawau dan 3 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau yang mewakili UMNO Bahagian Tawau , Tuan Gapar bin Ahmad , Hj.Yusof bin Hj.Ahmad dan Hj.Halik bin Hj.Wahid










Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Tawau telah berlangsung di Dewan Sri Balung , Batu 8 Jalan Apas Tawau. Kehadiran ahli ahli Pergerakan itu amat memberangsangkan dan mereka hadir dengan semangat perjuangan yang tulin bagi meneruskan perjuangan membela Agama , Bangsa dan Negara.



Ucapan Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Tawau disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB.Titingan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau.

Antara ucapan beliau amat terharu dan berterima kasih diatas sokongan padu daripada Ahli ahli Pergerakan Wanita yang sentiasa menyokong beliau dalam memartabatkan parti UMNO di Tawau dan juga kawasan yang diwakili beliau N.56 Apas. Beliau seterusnya bertekad dan akan berusaha memperbaiki segala kelemahan yang lalu bagi membantu pergerakan itu ketahap yang lebih baik dan dapat diterima oleh rakyat. 


 







Seawal pagi pada 23 Jun 2018 para perwakilan Pemuda telah hadir dan melakukan pendaftaran diruang ligar Hotel D'choice Jalan Masjid Tawau  yang telah disediakan untuk pendaftaran ahli bagi mengambil tag nama dan perkakas yang disediakan oleh pihak bahagian.









Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Bahagian Pemuda UMNO P.190 Tawau dirasmikan oleh Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad Setiausaha UMNO Bahagian Tawau.






Turut hadir di Mesyuarat ini 3 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau yang mewakili UMNO Bahagian Tawau , Tuan Azriansyah bin Ali , Tuan Hj.Tony Tahah Malisi dan Tuan Sahran bin Mankati.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Bahagian Pemuda UMNO P.190 Tawau telah berlangsung pada 23 Jun 2018 seperti ketetapan serentak seluruh Negara. Mesyuarat kali ini akan mengadakan Pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Tawau antara nya;

1. Pengerusi Tetap
2. Timbalan Pengerusi Tetap
3. Ketua Pergerakan Pemuda
4. Naib Ketua Pergerakan Pemuda
5. 20 AJK Pergerakan Pemuda





Pertandingan bagi merebuat Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau diantara En.Shamry bin Abd.Sani dengan En.Ghazali bin Hj.Ansing. Kedua dua nya sama hebat dan masing masing mempunyai penyokongan dan yang lebih baik lagi ialah pertandingan ini adalah pertandingan dalam Ukhuwah Persahabatan dalam satu ikatan perpaduan dalam UMNO Bahagian Tawau. 





Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad mengucapkan Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Tawau kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Bahagian Pemuda UMNO P.190 Tawau yang berlangsung pada hari ini di Dewan Persidangan Hotel D'choice Jalan Masjid Tawau. Beliau amat mengharapkan agar Pemuda dapat menyatukan orang orang muda dan kembali menyokong perjuangan Parti UMNO. Syabas dan Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa kerana masih banyak ruang kepada orang orang muda didalam mengisi perjuangan Parti UMNO yang sentiasa dahagakan tenaga muda yang mempunyai Visi dan Misi perjuangan parti UMNO.





Setelah pengiraan Undi selesai , En.Ghazali bin Hj.Ansing telah diistiharkan menang dengan majoriti tipis bagi memenangi Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.190 Tawau. Sementara itu Jawatan Naib Ketua Pemida UMNO Bahagian P.190 Tawau dimenangi oleh En.Khazaruddin bin Hj.Kahar.

Adalah diharapkan En.Ghazali bin Hj.Ansing dan rakan rakan nya akan dapat menumpukan kearah pejuangan UMNO dengan memimpin Pemuda UMNO ketahap yang tinggi dengan membantu memenangi hati rakyat bagi parti UMNO mencapai kejayaan di PRU ke-15 akan datang.

 

Pasangan baru bagi gandingan yang Mantap dalam menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau bagi sesi 2018 - 2021 dengan semangat Pemuda yang cukup tinggi bagi membantu UMNO Bahagian Tawau ke tahap yang tinggibagi memenangi hati rakyat dan membantu Parti UMNO memenangi PRU ke-14 nanti.







Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Bahagian Puteri UMNO P.190 Tawau telah berlangsung pada 23 Jun 2018 seperti ketetapan serentak seluruh Negara. Mesyuarat kali ini akan mengadakan Pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Tawau antara nya;

1. Pengerusi Tetap
2. Timbalan Pengerusi Tetap
3. Ketua Pergerakan Puteri
4. Naib Ketua PergerakanPuteri
5. 15 AJK Pergerakan Puteri

Turut hadir di Mesyuarat ini Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau dan 3 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau yang mewakili UMNO Bahagian Tawau , Tuan Hj.John bin Lakim, Dato' Hj.Rackey bin Apna dan Tuan Johnny bin Sulaiman. Mesyuarat ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Hotel Marco Polo Tawau.










Pergerakan Puteri UMNO telah berjaya menjalankan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Puteri UMNO Tawau yang telah dilaksanakan di Dewan Persidangan Hotel Marco Polo dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan. 

Para perwakilan yang hadir telah menunjukan respon yang sangat positif dalam perjuangan parti UMNO. Rata rata mereka menyatakan komitmen mereka akan terus berjuang bersama UMNO dalam usaha untuk memartabatkan Agama , Bangsa dan Negara.

Para Perwakilan yang hadir juga merasakan bahawa dengan kehadiran mereka bersama sama Pergerakan Wanita dan Pemuda akan lebih memberikan impak yang tinggi kepada perjuangan parti untuk merampas kembali tampuk pemerintahan Negara. Sayugia diingatkan bahawa pergerakan Puteri UMNO sentiasa bersama sama dengan pemimpin untuk memenangi hati rakyat dan sentiasa berusaha kearah pencapaian yang cemerlang.












Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan beliau amat beruntung dan berterima kasih kepada Pergerakan Puteri UMNO Tawau yang sentiasa membantu beliau semasa kempen Pilihanraya yang lalu. Beliau berharap dengan Jawatankuasa yang baru dipilih , akan lebih menyerlah lagi penglibatan Pergerakan Puteri bersama Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda di Bahagian Tawau. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa yang baru dan berharap Pergerakan Puteri UMNO Tawau akan lebih Cemerlang dimasa akan datang.





Pergerakan Puteri UMNO Bahagian P.190 Tawau sesi 2018 - 2021 telah berwajah baru  dengan diterajui oleh muka baru dan lama.

Keputusan Pemilihan Sayap Puteri UMNO Tawau

Pengerusi Tetap - Suriani Ahmad
Timbalan Pengerusi - Noratikah Bt Awang
Ketua Puteri - Nurjanna Bt Ali
Naib Ketua Puteri - Julisah Mohd. Isa

Ahli Jawatankuasa
1. Azizah Oley
2. Dayana Mohd Aminullah
3. Haziera Arbain
4. Kartijah Talib
5. Kee Hapidah Kasim
6. Lora Ahmat
7. Marlini Juhan
8. Noor Shela Bakri
9. Norazlineta Sammy
10. Norharnie Harun
11. Saliza Baki
12. Shazierah Nalini Abd Manan
13. Suhada Yenggah
14. Syarirah Rozieaton Syed Azhar
15. Zunainah Zakaria 




30 Jun 2018 sekali lagi UMNO Parti orang Melayu membuka tirai Persidangan Perwakilan Bahagian seluruh Negara dimana persidangan kali ini adalah yang sangat signifikan setelah tewas pada Pilihanraya Umum ke 14 baru baru ini. Persidangan kali ini adalah untuk memilih ; 

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian
Pengerusi Tetap Persidangan,
Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan
Ketua Bahagian , 
Timbalan Ketua Bahagian ,
Naib Ketua Bahagian,
20 Ahli Jawatankuasa Bahagian

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
Pengerusi Tetap Persidangan
Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan
Presiden
Timbalan Presiden
3 Naib Presiden
25 Ahli Majlis Tertinggi

 










 


Seawal jam 7.00 pagi para perwakilan Bahagian telah hadir untuk pendaftaran. Kaunter juga dibuka awal bagi membolehkan para peserta persidangan dapat mengambil tag nama dan perkakas persidangan yang disediakan.

Sementara itu diruang ligar Dewan Persidangan Hotel Promenade ini telah disediakan minuman pagi untuk para peserta sebelum masuk ke Dewan Persidangan. Pemilihan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian ini adalah untuk sesi 2018 - 2021.

Antara Jawatan yang ditanding ;

Pengerusi Tetap Persidangan
Terdapat 2 orang calun yang bertanding 
1. En.Nozy@Sanusi bin Nordin
2. En.Rahim bin Berahim

Timbalan Pengerusi Tetap
1. En.Astani Hj.Patola

Ketua Bahagian
1. YB.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan

Timbalan Ketua Bahagian
1. Hj.Naim bin Hj.Ahmad
2. Tuan Hamid bin Damang

Naib Ketua Bahagian
1. Hj.Mahamud bin Sakti
2. Tuan Johnny bin Sulaiman

20 AJK Bahagian
45 orang yang bertanding










Semuanya telah bersedia untuk memulakan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian P.190 Tawau dengan semangat Perpaduan dan Ukhuwah Islamiah dengan tidak meninggalkan ciri ciri nilai nilai Murni orang Melayu.




 


Datuk Hj.Ahmad Bahrom bin Datuk Seri Panglima Hj.Abubakar Titingan telah dilantik selaku Pengerusi Sementara Persidangan disebabkan Pengerusi Tetap Datuk Datu Hj.Ismail bin Datu Jook tidak hadir kerana uzur dan Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan Datuk Hj.Abdul Manan bin Hj.Jakasa telah pulang ke Rahmatullah. Dengan kuasa Peraturan Persidangan klausa 3.3(b) sekiranya kedua dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir maka Setiausaha berkuasa menjalankan Persidangan bagi memilih Pengerusi Sementara dan seorang Pembantu yang menjalankan tugas tugas Pengerusi Persidangan bagi Persidangan itu sahaja.




 



Ucapan Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP Abubakar Titingan selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau dan memangku Ketua Bahagian UMNO Tawau. Dalam ucapan beliau amat berterima kasih dan terhutang budi diatas komitmen dan sokongan padu dari Ahli ahli UMNO Bahagian Tawau yang mana telah membantu beliau memenangi DUN N.56 Apas dan juga DUN N.55 Balung yang dimenangi calun UMNO tetapi telah pergi meninggalkan UMNO dengan menyertai parti lawan.


Komitmen dan gerak kerja ahli jawatankuasa diperingkat akar umbi telah memainkan peranan yang amat besar kepada kemenangan calun UMNO di P.190 Tawau. Beliau amat bersyukur kerana telah diberikan kepercayaan oleh pucuk pimpinan dan juga ahli UMNO Bahagian Tawau kerana mencalunkan beliau sebagai calun UMNO di DUN N.56 Apas pada PRU ke-14 yang lalu.


Kepada rakan rakan kita yang telah berhijrah ke lain parti setelah parti kita UMNO mengalami kekalahan pada PRU-14 yang lalu kita doakan semoga mereka berjaya. Kepada Ahli ahli UMNO yang tetap setia kepada Perjuangan Parti UMNO , berjuanglah demi Agama , Bangsa dan Negara kerana perjuangan ini tidak akan ada titik penghujungnya selagi hayat masih ada serta kesihatan tetap bersama.













Seterusnya Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan berharap agar pertandingan bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau dapat berjalan dengan lancar dan teratur dan anggaplah bahawa pertandingan ini adalah pertandingan dalam satu keluarga iaitu Keluarga UMNO. Kepada calun calun yang menang beliau mengucapkan Tahniah dan kepada yang tidak berjaya diharap jangan putus asa dan anggaplah kegagalan itu sebagai satu lonjakan untuk lebih bersaing dimasa akan datang.






Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan seterusnya berharap agar semua Ahli UMNO di Bahagian Tawau akan terus sama sama berjuang dan mempertahankan Parti UMNO dan berusaha kearah Kemenangan pada PRU ke-15 nanti. 



Selepas Perasmian Persidangan Perwakilan Bahagian Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam sempat bersama sama para perwakilan sebelum memulakan pembuangan undi untuk Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau sesi 2018 -2021 dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sesi 2018 -2021. 








Acara pembuangan undi dimulakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam dan diikuti oleh para perwakilan yang hadir. Mesyuarat kali ini akan memperketengahkan beberapa tokoh pejuang UMNO yang baru bagi menerajui UMNO Bahagian Tawau pada tempoh 3 tahun ( 2018 - 2021 ). Proses Demokrasi akan terus hidup dan subur bersama parti UMNO semoga ianya berterusan sampai bila bila dengan melahirkan Pemimpin yang sentiasa berpandangan jauh dan dapat merealisasikan Visi dan Misi parti UMNO seterunya menuju kejayaan dengan membimbing Ummah kearah kesejahteraan global.











Proses pembuangan undi berjalan lancar dan teratur dimana para perwakilan akur dengan peraturan yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan. Sebaik saja pembuangan undi selesai , proses pengiraan undi akan dilaksanakan dan dijangkakan keputusan akan diketahui tidak lama selepas itu. 







Proses pengiraan undi dan masa bantahan telah selesai dari itu Pengumuman nama yang berjaya dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian P.190 Tawau dilaksanakan.

Pengerusi Tetap Persidangan
Tuan Nozy@Sanusi bin Nordin

Timbalan Pengerusi Tetap Persidangan
Tuan Astani bin Hj.Patola

Ketua Bahagian 
Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan

Timbalan Ketua Bahagian
Tuan Hj.Naim bin Hj.Ahmad

Naib Ketua Bahagian
Tuan Hj.Mahamud bin Hj.Sakti

20 Ahli Jawatankuasa Bahagian


1. Hj.Mohd.John bin Lakim
2. Tony Malisi
3. Muis Hj.Sangkui
4. Sahran bin Mankati
5. Hj.Tamring bin Maddo
6. Gapar bin Ahmad
7. Lika bin Marzuki
8. Hj.Rackey bin Apna
9. Zulkifli bin Hamid
10. Hj.Ronsen bin Blais
11. Yusof @ Abdullah bin Ahmad
12. Risal @ Samsul Risal bin Jafar
13. Arbine bin Abu
14. Ramlie bin Baki
15. Hjh.Sabtoriah @ Zaiton binti Tahasan
16. Yusree bin Yahya
17. Hj.Ansing bin Satuo
18. Kee Karim bin Kee Mohamad
19. Sulle bin Bali
20. Hj.Abdul Malik bin Hj.Abdullah
 

 

Ketua Bahagian Yang berhormat Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan bersama Timbalan Ketua Bahagian Hj.Naim bin Hj.Ahmad dan Naib Ketua Bahagian Hj.Mahamud bin Hj.Sakti.




Tuan Hj.Mahamud bin Sakti dan Tuan Johnny bin Sulaiman berjabat tangan kerana dalam pertandingan pasti ada yang kalah dan ada yang menang.




Gembira terpancar diwajah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian P.190 Tawau yang baru terpilih. " Terus Berjuang " nekad dan tekad laungan semangat perjuangan. 


 
Tuan Nozy@Sanusi bin Nordin dan Tuan Rahim bin Berahim bertembung satu lawan satu dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian bagi Jawatan Pengerusi Tetap Persidangan. Kedua nya sama tampan dan sasa "Terus Berjuang" , perjuangan UMNO perlu diteruskan demi Agama , Bangsa dan Negara.






end