Tuesday, September 1, 2020

PRN NEGERI SABAH ( SNAP ELECTION )


Pada 29 Julai 2020 Tan Sri Musa Aman mantan Ketua Menteri Sabah mengetuai kumpulan ADUN yang dinyatakan telah memenuhi keperluan untuk menubuh kerajaan baru Negeri Sabah telah bersedia untuk menghadap TYT Negeri Sabah untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Sabah. Tan Sri Musa Aman menyatakan telah mendapat sokongan simple majoriti daripada ADUN Negeri Sabah.



Dalam waktu yang sama Ketua Menteri Sabah DSP Shafie Apdal telah memanggil semua ADUN yang masih bersama nya dan telah membuat keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah serta menghadap TYT Negeri Sabah untuk memaklumkan dan pengistiharan pembubaran Dewan Negeri Sabah oleh TYT Tun Hj.Juhar Mahiruddin.







September 12 2020 , Mengikut Perlembagaan Negeri Sabah 60 hari dari tarikh Dewan dibubarkan akan diadakan Pilihanraya Negeri Sabah seterusnya rakyat akan membuat pilihan atau Undian yang juga  dikenali hari Pembuangan Undi kepada calun calun yang bertanding.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 bermula pada jam 9 hingga 10 pagi ini di 73 pusat di seluruh negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat persiapan rapi di semua pusat penamaan calon itu, yang antara lain terdiri daripada dewan komuniti dan sekolah, bagi memastikan kelancaran proses berkenaan di sebalik prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha membendung penularan COVID-19.

PRN Sabah bakal menyaksikan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertanding dengan 13 kerusi baharu hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Kerusi itu ialah Bengkoka, Bandau, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Keramat, Limbahau, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan.

SPR menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 22 September ini.

Sebanyak 1.12 juta pengundi layak memilih pada pilihan raya mengejut itu.

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu, sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. - BERNAMA







Ybhg.Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan mantan ADUN N.56 Apas merangkap Ketua BERSATU Bahagian Tawau akan mempertahankan kerusi DUN N.56 Apas yang akan dikenali selepas ini DUN N.68 Apas selepas pertambahan kerusi sebanyak 13 kerusi. Dengan doa dan restu yang dipohon semoga perjalanan menuju ke Pusat Penamaan Calun di Dewan Sri Tanjung berjalan lancar dan teratur.







TUARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kemungkinan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor, dilantik sebagai Ketua Menteri jika gabungan Perikatan Nasional (PN) dan rakannya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Perdana Menteri memberi bayangan itu ketika berucap di Pejabat BERSATU Tuaran untuk memberi semangat kepada Hajiji sebelum mengemukakan pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di Dewan Seri Sulaman, hari ini.

"Kerja untuk bantu calon kita ini manalah tahu kalau rakan-rakan kita dalam PN, Barisan Nasional (BN) dan yang lain pun bersetuju, ...Hajiji adalah yang terbaik kita nak tawarkan sebagai calon memimpin negeri Sabah," katanya.

Atas sebab itu, katanya, Hajiji perlu diberikan sokongan untuk memenangi kerusi DUN Sulaman.

"Kita semua berdoa dengan izin Allah Hajiji nanti selesai pilihan raya ini akan terpilih menjadi wakil rakyat di sini," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Muhyiddin mengumumkan kerjasama PN, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah apabila memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kemungkinan beliau dilantik Ketua Menteri jika PN, BN dan PBS menang, Hajiji berkata, isu itu akan dibincangkan apabila tiba masanya.

"Saya tidak dimaklumkan secara khusus mengenai perkara ini tapi apapun kita dengan parti rakan BN dan PBS akan selesaikan isu ini bila tiba masanya," katanya sambil menambah apa yang lebih penting ketika ini adalah menang PRN ini.

Berkaitan Gabungan Rakyat Sabah yang diumumkan Perdana Menteri, Hajiji berkata, nama itu dipilih kerana ia dilihat sangat baik untuk ditawarkan kepada rakyat selepas WARISAN.

"Kita guna gabungan ini untuk memastikan masa depan Sabah dan rakyatnya terus dibela dan dibangunkan," katanya.








KOTA KINABALU, 12 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir pukul 10 pagi tadi.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu 404 calon adalah lelaki manakala 43 lagi calon wanita.

Beliau berkata daripada 447 calon itu, seramai 73 adalah daripada Parti Cinta Sabah (PCS), diikuti Parti Warisan Sabah (Warisan) (53), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) (47), Parti Liberal Demokratik (LDP) (46), Barisan Nasional (BN) (41), Perikatan Nasional (PN) (29), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) (28), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) (23) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) (22).

“Selain itu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebanyak 12 calon, PKR (tujuh), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) (lima), Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) (dua) dan masing-masing satu calon bagi Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Kebangsaan Sabah (PKS) serta Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Pertubuhan).

“Sepanjang tempoh penamaan calon, hanya terdapat satu kertas penamaan telah ditolak atas sebab calon tidak layak bertanding kerana telah diisytihar bankrap,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata seramai 56 calon Bebas turut disahkan bertanding pada PRN Sabah.

Beliau berkata DUN Bengkoka, menyaksikan calon terbanyak bertanding iaitu 11 penjuru diikuti Inanam dengan pertandingan 10 penjuru.

“Sebanyak 26 DUN akan menyaksikan pertandingan enam penjuru, 15 DUN (lima penjuru) dan 13 DUN (tujuh penjuru).

“Selain itu, enam DUN (lapan penjuru), lima DUN (empat penjuru) dan tiga DUN (tiga penjuru),” katanya.

Beliau berkata calon termuda pada PRN Sabah kali ini berusia 22 tahun yang bertanding di Tandek, manakala calon tertua berumur 75 tahun bertanding di DUN Bugaya.

“Kita menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRN Sabah kali ini boleh mencecah kira-kira 75 peratus dan keputusan pengiraan undi dijangka boleh diselesaikan sebelum pukul 12 malam 26 September ini,” tambahnya. – BERNAMA








Kempen bagi meraih undi di PDM Apas , sesi berkenal mesra dengan Ahli ahli Cawangan Bersatu Apas yang diadakan di PDM Apas. Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tawau dengan jentera pilihanraya Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau bergerak dari satu tempat kesatu tempat untuk meraih undi dan menerangkan hasrat dan tujuan Perikatan Nasional untuk memenangi kawasan DUN N.68 Apas. Pertandingan 4 penjuru di DUN N.68 Apas yang terdiri daripada Perikatan Nasional - Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan  , Parti Cinta Sabah - Datu Indal bin Datuk Datu Hj.Ismail  , Warisan - Amrullah @ Ambrullah bin Kamal dan USNO - Mohd.Sayadi bin Bakal. Masa untuk berkempen telah dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bermula selepas penamaan calun sehingga tengah malam pada 25 September 2020. Dalam keadaan COVID-19 beberapa peraturan dan SOP yang harus dipatuhi semasa berkempen.














Berkempen dari satu tempat kesatu tempat sama ada secara berkumpulan , berkelompok , rumah kerumah dan Individu Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan sentiasa mesra dengan mereka dengan menyampaikan hasrat dan tujuan untuk mengajak mereka membantu dan memenangi kawasan DUN N.68 Apas. Disamping itu beberapa pemimpin atasan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga turut sama membantu berkempen dikawasan kawasan DUN N.68 Apas.

 









Kempen meraih undi dengan mengatur perjumpaan bersama penduduk kampung diserata tempat dikawasan DUN N.68 Apas pada waktu siang atau pun malam dimana tempuh berkempen ini hanya 10 hari sahaja sebelum hari pembuangan undi dijalankan. Jentera Pilihanraya Parti bergerak dari satu tempat kesatu tempat dengan menyampaikan ceramah politik dan menerangkan isu isu semasa. Disamping itu Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dapat berkenal mesra dengan masyarakat kampung yang beliau memang mengenalinya.

Keberkesanan kempen Pilihanraya bergantung kepada isu yang dibicarakan. Terdapat beberapa isu yang relevan dan dapat menyentuh hati nurani rakyat boleh menjadikan ia sebagai bahan meraih undi. Tempuh yang pendek untuk berkempen menyebabkan jadual berkempen ke kawasan kawasan amat padat dan perlu disusun rapi agar ianya berjalan dengan lancar dan berkesan. Terjalin ikatan mesra antara calun dan pengundi juga menyebabkan kempen tersebut lebih berkesan dan beroleh kejayaan. Oleh sebab itu calun perlulah sentiasa peka dan bukan sahaja pada masa pilihanraya tetapi ianya seharusnya berterusan dimana kepercayaan dan bergantung harap akan memberikan impak yang jitu dengan memperolehi kemenangan dengan majoriti yang tinggi.













Momentum kempen semakin dekat pilihanraya semangkin rancak dan nampak respon keberkesanan kepada isu isu yang diutarakan oleh penceramah dan juga gerakkerja peraih undi yang telah mengatur strategi yang berkesan dan padu. Dengan Motto perjuangan Prihati Rakyat serta sentiasa memberikan respon yang positif terhadap permasaalahan rakyat memberikan kelebihan kepada calun untuk memenangi Pilihanraya. Selain daripada itu Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan memanglah orang yang senang didekati rakyat tidak kira Agama ,bangsa dan keturunan beliau sentiasa memberikan keutamaan kepada mereka. Semoga usaha dan perjuangan beliau dalam kempen Pilihanraya ini akan memperolehi kejayaan yang cemerlang.





Calun Perikatan Nasional sebanyak 29 orang yang akan bertanding dikawasan kawasan yang telah ditentukan dan telah dipersetujui dalam perbincangan bersama Parti parti dalam GRS ( Gabungan Rakyat Sabah ). Daripada 29 calun tersebut , Parti Bersatu 20 kerusi dan Parti Star 9 Kerusi . UMNO mendapat 30 kerusi selebihnya diagih agih kan kepada Parti PBS , SAPP dan PBRS.












Dihari hari penghujung kempen ramai sudah yang tertarik dengan perjuangan Parti Perikatan Nasional dan juga gaya kepimpinan Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan. Mereka menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan menyerahkan borang keahlian kepada Kolonel Kehormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan Ketua Bersatu Bahagian Tawau. Kesempatan juga mengunjungi warga emas dan rakan rakan lama sebagai simbol hubungan silaturrahim terus terjalin.


26 September 2020 , jam 8.00 hingga jam 5.00 petang Pilihanraya Negeri Sabah yang ke-16 berlangsung dan menurut Suruhanjaya Pilihanraya keputusan akan diketahui pada jam 8.00 malam atau selewat lewatnya pada jam 10.00 malam.






28 September 2020 , Keputusan memilih Ketua Menteri Sabah yang telah diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin dengan persetujuan pemimpin pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah ( GRS ) telah menamakan Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji bin Hj.Mohd.Nor sebagai Ketua Menteri yang baru. Dengan keputusan tersebut terungkailah sudah teka teki siapa yang dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru menggantikan Datuk Seri Shafiee Apdal Pemimpin parti Warisan.








Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor menerima sokongan sebulat suara untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu, esok.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Sabah, pada sidang media selepas perjumpaan tertutup Gabungan Rakyat Sabah (GRS), hari ini.

Beliau berkata, pencalonannya sebagai Ketua Menteri disokong semua wakil rakyat PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bekerjasama di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Kami setuju sebulat suara mereka menamakan saya sebagai Ketua Menteri," katanya ketika ditanya siapa dinamakan sebagai Ketua Menteri.

Manakala Timbalan Ketua Menteri yang terdiri daripada Pemimpin Parti Gabungan GRS

1. Timbalan Ketua Menteri  , Datuk Seri Bung Mokhtar (BN) Menteri Kerjaraya Sabah

2. Timbalan Ketua Menteri  , Datuk Dr. Jeffery Kitingan (STAR) Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah

3. Timbalan Ketua Menteri , Datuk Dr. Joachim Gunsalam (PBS)Menteri Pembanguan Perindustrian Sabah

4. Menteri Kanan , 
1. Datuk Seri Panglima Masidi Manjun - Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah 
2. Datuk Jahid Jahim @ Nordin bin Jahim - Menteri Pembangunan luar Bandar  Sabah

Kabinet Negeri akan diumumkan selepas peristiharan perlantikan Ketua Menteri Sabah yang baru di Istana Negeri Sabah.




Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini bersetuju melantik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Saya ucap tahniah kepada Datuk Hajiji dan saya persetujui sebagai Ketua Menteri yang baharu untuk mengangkat sumpah pada esok hari,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan surat jemputan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-16 kepada Hajiji, di Istana Negeri di sini.

Sejurus selesai penyampaian surat jemputan itu, Hajiji turut menghadiri raptai Istiadat Angkat Sumpah yang dijadual berlangsung di Dewan Istiadat Istana Negeri, pada jam 10 pagi esok , 29 September 2020

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Hajiji, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

GRS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

Sementara itu ketika ditemui pemberita selepas penerimaan surat itu, Hajiji berkata, beliau akan menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin, bagi memenuhi mandat yang diterima daripada rakyat Sabah.

“Terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun (Juhar) kerana beliau telah menjemput saya untuk menerima surat pelantikan sebagai Ketua Menteri Negeri Sabah...esok saya telah dimaklumkan saya (angkat sumpah) dan timbalan-timbalan ketua menteri dahulu,” katanya.- Bernama


29 September 2020 , Hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat Parti Perikatan Nasional kerana dengan izin Nya seorang Pemimpin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam Gabungan Parti Perikatan Nasional telah dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah beliau ialah Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji bin Hj.Mohd.Nor ADUN N.10 Sulaman merangkap Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia , Sabah .  Perikatan Nasional walau pun baru dalam arena politik tetapi telah menunjukkan kematangan dan kesedarhanaan , menyantuni masyarakat serta menambat hati dan perasaan mereka untuk membantu kemenangan calun calun yang terpilih seterusnya berjaya membentuk Kerajaan Baru di Negeri Sabah bersama Parti Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah. Hasil usaha yang tidak pernah luntur dalam kerjaya politik nya , seorang lagi pemimpin  Parti Perikatan Nasional juga berhasil menjawat Jawatan Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Panglima Jeffery Kitingan Presiden Parti STAR (Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah ). 



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Istiadat penyampaian watikah pelantikan jawatan dan mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri berlangsung di Istana Negeri di sini kira-kira jam 10.30 pagi.



Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU ) Sabah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dan turut memegang
portfolio Menteri Kewangan



Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan turut memegang portfolio Menteri Kerjaraya.



Timbalan Ketua Menteri II pula dipegang oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffry Kitingan yang turut memegang portfolio Menteri Pertanian dan Perikanan.



Timbalan Ketua Menteri III dipegang oleh Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam yang turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Perindustrian.



Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Merangkap Menteri Kewangan II



Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim pula memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kedua-dua mereka berstatus Menteri Kanan Kabinet Sabah.

Selesai majlis Istiadat angkat sumpah, Hajiji dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

  






................continue to Kabinet Negeri Sabah 2020-2025