Monday, March 16, 2020

MESYUARAT CAWANGAN BERSATU TAWAU






14 March 2020 , Mesyuarat Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau telah terlaksana dengan jayanya di SK Kuala Apas pada bilangan 13 cawangan semuanya. Mesyuarat dijalankan serentak pada jam 9.00 pagi dengan menggunakan 13 buah bilik darjah SK Kuala Apas. Pada Mesyuarat kali ini diadakan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Cawangan dan ahli Jawatankuasa sayap sayap cawangan. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian juga diadakan serentak kesemua 13 cawangan bagi memilih Ahli Jawatankuasa Bahagian , Ahli Jawatankuasa Srikandi Bahagian dan Armada Bahagian. Bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Cawangan dan sayap sayap cawangan memadai dengan undian angkat tangan sahaja. Bagi Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bahagian , Jawatankuasa Srikandi dan Armada diadakan dengan undian sulit dengan penyediaan kertas undi yang bercetak. Semua kertas undi disediakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu Malaysia.








Mesyuarat cawangan cawangan berjalan lancar dengan meneruskan agenda perjuangan demi Agama , Bangsa dan Tanahair. Disetiap cawangan telah berjaya membentuk jawatankuasa cawangan masing masing untuk sesi 2019/2022 dengan berjayanya juga mesyuarat sayap sayap Srikandi dan Armada Cawangan .















Ahli ahli cawangan menunaikan kewajipan sebagai ahli memilih dengan membuang undi bagi jawatan yang dipertandingkan. Pemilihan kali ini berlangsung keatas Jawatankuasa Srikandi Bahagian setelah Pengerusi Tetap Srikandi , Timbalan Pengerusi Tetap , Ketua Srikandi , Naib Ketua Srikandi menang tanpa bertanding. Sementara itu Timbalan Ketua Bahagian dan  Jawatankuasa Bahagian juga dipertandingkan. Timbalan Ketua Bahagian terdapat 3 pencalunan manakala Ahli Jawatankuasa Bahagian terdapat 12 pencalunan dimana 10 sahaja yang layak dipilih. Pertandingan amat sengit tetapi dalam keadaan teratur dan mahabbah. Bagi Jawatan Pengerusi Tetap , Timbalan Pengerusi Tetap , Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian tidak dipertandingkan kerana mereka telah menang tanpa bertanding. Menang tanpa bertanding bermaksud opponent yang bertanding tidak memenuhi kreteria syarat pertandingan oleh yang demikian pencalunan ditolak dan tiada pertandingan.









Menunggu keputusan pengiraan undi di Dewan Serbaguna SK Kuala Apas. Kesemua Peti Undi dikumpulkan disini untuk  pengiraan dan penjumlahan undi calun calun yang bertanding. Dalam keadaan santai calun calun tenang menunggu keputusan pengiraan undi. Pengiraan undi dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu yang dilantik dari Ibu Pejabat di Kuala Lumpur. Pengiraan dijalankan mengikut cawangan cawangan dimana satu peti satu cawangan yang terdiri dari pada undi Ahli Jawatankuasa Srikandi , Timbalan Ketua Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Bahagian. Manakala ahli Jawatankuasa Armada Bahagian telah menang tanpa bertanding.









Wakil wakil calun bersedia dihadapan kaunter pengiraan undi yang dijalankan oleh kakitangan Jawatankuasa Pemilihan Parti. Pengiraan mengikut Peti Undi Cawangan yang telah bermesyuarat dan telah melakukan pembuangan undi. Setiap peti undi mengandungi undi Ahli Jawatankuasa Srikandi Bahagian , Timbalan Ketua Bahagia dan Ahli Jawatankuasa Bahagian.














Keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa telah di umumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti dengan keputusan berikut;


Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau


Pengerusi Tetap
Nozy@Sanusi bin Nurdin (MTT)

Timbalan Pengerusi Tetap
Hj.Kee Jamal bin Kee Sulaiman (MTT)

Ketua Bahagian
YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan (MTT)

Timbalan Ketua Bahagian ( Tanding)
1. Hj.Naim bin Hj.Ahmad  443 undi
2. Datuk Hjh. Rosdianah  bt. Md.Nor @ Nunong 141 undi
3. Rusgiman bin Rapi 12 undi

Keputusan : Hj.Naim bin Hj.Ahmad 

Naib Ketua Bahagian
Hj.Mahamud bin Sakti (MTT)


Ahli Jawatankuasa Bahagian

1. Tahah@Tony bin Malisi   570 undi
2. Ramlie bin Baki    567 undi
3. Subtoria @ Zaiton binti Tahasan    565 undi
4. Mohd.Yusree bin Yahya   561 undi
5. Lika bin Marjuki    560 undi
6. Yusof @ Abdullah bin Ahmad   555 undi
7. Ronsen bin Blais    549 undi
8. Mohd.Jones @ Mohd John bin Lakim   543 undi
9. Zulkifli bin Abd.Hamid   512 undi
10. Abd.Karim bin Mohamad @ Kee Karim   405 undi
11. Risal @ Samsul Risal bin Japar    306 undi
12. Rapi bin Madong   88 undi

Keputusan: 1 hingga 10 sahaja yang terpilih


Ahli Jawatankuasa Srikandi Bahagian

1. Kasma binti Jalil   267 undi
2. Ratna binti Uloi  254 undi
3. Rusia binti Mahmud  245 undi
4. Ernawati binti Kulang   243 undi
5. Mazni binti Ahmad   239 undi
6. Norzaidah binti Japa  203 undi
7. Halijah binti Oning 193 undi
8. Saleha binti Hanapiah  163 undi
9. Fatimah binti Ibrahim  140 undi
10. Raihana binti Md.Nor  125 undi
11. Azlina binti Amit   125 undi
12. Dayang Saadiah binti Pg.Lassim   68 undi
13. Molinah binti Kerba   53 undi

Keputusan : 1 hingga 8 sahaja yang terpilih 


Ahli Jawatankuasa Armada Bahagian 
(Keputusan : Menang Tanpa Bertanding)


Selesai sudah mesyuarat cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau setelah dapat melaksanakan perjalanan mesyauarat dalam keadaan tenang , aman dan tenteram. Yang menang bertanding tugas dihadapan sedang menunggu manakala yang kalah akur dan redha semoga dipertandingan akan datang dapat diperbaiki.








KEPUTUSAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA CAWANGAN RANGGU DAN AHLI JAWATANKUASA SAYAP-SAYAP SRIKANDI DAN ARMADA 

Keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:-


SENARAI AJK CAWANGAN RANGGU SESI TAHUN 2019 – 2022

1. Pengerusi Tetap           Hjh. Kee Salmah binti Kee Mohd.Yusof
2. Tim.Pengerusi Tetap   Nurmah binti Amirbak
3. Ketua                         Yusof@Abdullah bin Hj.Ahmad
4. T/Ketua                    Hj.Amirbak bin Abdul Rahim
5. Ketua Srikandi            Kasma binti Jalil
6. Ketua Armada            Mohamad Azizul Arifin bin Ahmad
7. Setiausaha                  Hafizah binti Yusof*
8. Bendahari                   Faezah bin Yusof*
9. Ketua Penerangan       Mohd.Zain bin Ahmad*
10. AJK Anidah binti Abidin
11. Zuraidah binti Abidin
12. Mariana Olaybal
13. Norol Alam binti Hj.Kadir
14. Isnirul bin Tagayan
15. Kee Mohd.Salleh bin Kee Mohd.Yusof
16. Osman bin Majid
17. Mohd.Yunus bin Hj.Kadir
18. Sultan bin Latip*
19. Misde bin Sipin*
20.                                   Mohamad Zahrif Sufian bin Hj Amirbak*


* AJK yang dilantik



SENARAI AJK SRIKANDI CAWANGAN RANGGU 
SESI TAHUN 2019 – 2022

1. Pengerusi Tetap Hjh. Kee Salmah binti Kee Mohd.Yusof
2. Tim.Pengerusi Tetap Nurmah binti Amirbak
3. Ketua Srikandi           Kasma binti Jalil
4. Naib Ketua Faezah binti Yusof
5. Penolong Setiausaha Aznera binti Abdullah*
6. Penolong Bendahari Mariani binti Jalil*
7. Ketua Penerangan Zuraidah Abidin*
8. Ahli Jawatankuasa Anidah binti Abidin
9. Mariana binti Olaybal
10. Fatimah binti Mansur
11. Norol Alam binti Hj.Kadir
12. Hafizah binti Yusof
13. Sumar binti Sutong
14. Sahara binti Lahama*
15. Sosie binti Mansur*
16. Salwa binti Hj.Amirbak*

* AJK yang dilantik



SENARAI AJK ARMADA CAWANGAN RANGGU 
SESI TAHUN 2019 – 2022

1. Ketua Armada           Mohamad Azizul Arifin bin Ahmad
2.. Naib Ketua Muhamad Zamri bin Yusuf
3. Penolong Setiausaha Rahmat bin Sarif*
4. Penolong Bendahari Mohd.Saharil bin Mostyn*
5. Ketua Penerangan Mohd.Fadzil bin Omar*
6. Ahli Jawatankuasa     Engku Muhammad Sharif  Buntar                                                      bin Rozalay
7. Joehari bin Yusuf
8. Mohd.Zahrif Sufian bin Amirbak
9. Mohd.Salim bin Mostyn
10. Mohd.Shaiful bin Mostyn
11. Suriansah bin Encharang
12 Mohd.Hafiz bin Yusof*
13. Mohd.Azrul Moktar*
14. Mohd.Shah Rezz bin Encharang*

* AJK yang dilantik


2 ORANG PEMERIKSA KIRA KIRA CAWANGAN
1. Muhammad Zamri bin Yusuf
2. Nursia binti Kadir




WAKIL CAWANGAN DIPILIH KE PERSIDANGAN BAHAGIAN

1. Osman bin Majid

2, Yunus bin Hj.Kadir

3. Isnirul bin Tagayan

4. Hjh.Kee Salmah binti Kee Mohd.Yusof

5. Misde bin Sipin

6. Kee Mohd.Salleh bin Kee Mohd.Yusof



WAKIL CAWANGAN DIPILIH SECARA AUTOMATIK KE PERSIDANGAN BAHAGIAN


1. Ketua                        Yusof@Abdullah bin Hj.Ahmad

2. T/Ketua                   Hj.Amirbak bin Abdul Rahim

3. Ketua Srikandi           Kasma binti Jalil

4. Ketua Armada          Mohamad Azizul Arifin bin Ahmad

5. Setiausaha                Hafizah binti Yusof

6. Bendahari                 Faezah bin Yusof

7. Ketua Penerangan     Mohd.Zain bin Ahmad











Kepada yang terpilih untuk menghadiri Persidangan Bahagian diucapkan syabas dan tahniah.






" BERSATU , BERAMANAH , BERMARUAH" 










Thursday, March 5, 2020

DILEMMA PMM8




Memang tiada yang menduga suratan Takdir hanya Allah yang menentukan , manusia hanya merancang ketentuan nya hanya Allah yang Maha berkuasa atas segala segala nya.

Berdasar pada keyakinan Ahlu Sunnah wal Jama’ah, seseorang tidak dapat mengenal takdir dengan baik jika ia tidak berpedoman kepada petunjuk yang bersumber dari Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Jika seseorang mendasarkan pengertiannya tentang takdir tanpa sandaran dari Al-Qur’an dan Al-Sunnah, maka pemahamannya itu akan menyimpangkan dirinya menuju pemahaman kaum Mu’tazilah maupun kaum Jabbariyyah. Oleh karena itu, dalam kesempatan yang sangat penting ini kami berusaha sekuat tenaga untuk mengambil kesimpulan tentang makna takdir berdasarkan firman-firman Allah Swt. dan hadis-hadis yang shahîh, seperti yang dituangkan oleh Allah dalam firman-Nya berikut ini, "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi, dan tidak pula pada diri kalian sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh al- Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah," (QS Al-Hadîd [57]: 22).

Maksudnya, apa saja yang telah terjadi di permukaan bumi ini telah ditulis oleh Allah dalam kitab-Nya yang tersimpan rapi di Lauh al-Mahfuzh, bahkan sebelum terjadi ataupun sebelum diciptakannya. Jadi, semua itu telah digariskan oleh Allah Swt. dalam ketetapan-Nya. Pemahaman kelompok yang mengakui bahwa setiap kejadian merupakan takdir yang disandarkan hanya kepada Allah Swt. adalah kelompok yang keimanan mereka sangat sempurna. Adapun kelompok lain yang tidak beranggapan seperti itu, maka mereka adalah kelompok yang menyimpang dan tersesat dari jalan-Nya.






Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan berkuat kuasa pada Isnin 24 February 2020.



Berikut adalah kenyataan penuh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM):



Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.  Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.










24 Februari 2020 , Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, surat berkenaan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengah hari tadi. Dr Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini. Perkembangan ini susulan keputusan beberapa parti politik yang mengadakan mesyuarat masing-masing sejak awal pagi dan semalam.



Terkini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti berkenaan keluar Pakatan Harapan (PH). Dr Mahathir adalah antara pengasas dan Pengerusi BERSATU yang juga Pengerusi PH.



Terdahulu, PKR memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin sebagai ahli parti atas 'pengkhianatan terbuka' yang dilakukan mereka. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, dengan pemecatan itu, secara automatik jawatan Timbalan Presiden yang disandang Mohamed Azmin dan Zuraida sebagai Naib Presiden turut terlucut. Menurutnya, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira peranan dua menteri itu sebagai 'watak utama' mencetuskan ketidakstabilan politik negara.



Sementara itu, 11 Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti itu dan PH bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.



Mereka adalah;
Mohamed Azmin Ali iaitu Ahli Parlimen Gombak,
Zuraida (Ampang),
Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota),
Baru Bian (Selangau),
Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak),
Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal),
Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat),
Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat),
Ali Biju (Saratok) ,
Willie Mongin (Puncak Borneo)
Jonathan Yasin (Ranau).



Pintu Gerbang Istana Negara dimana Tun Dr.Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah


Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim itu dilakukan mengikut Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai Perdana Menteri interim, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu dilantik.

Difahamkan, Dr Mahathir menghantar surat peletakan jawatannya ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini di Istana Negara. Dr Mahathir juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.



Bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Presint 1 -Foto Bernama


Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan mengesahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran yang merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik adalah terhenti pada 24 Februari 2020.





Tun Dr.Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan senarai kabinet yang telah beliau kenalpasti. Namun Yang diPertuan Agong perlukan sedikit masa untuk bertemu dengan semua Ahli Parlimen dan sesi temu bual secara peribadi.


Pada Selasa, semua Ahli Parlimen dititah untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menamakan seorang calon untuk jawatan Perdana Menteri dalam sesi temu bual secara peribadi.


Mengulas lanjut, Salehuddin menambah,sekiranya Perdana Menteri Interim gagal membentuk majoriti gabungan untuk membentuk kerajaan, Perkara 55 untuk membubarkan Parlimen boleh terpakai bagi melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15.


"Situasi ini tidak pernah berlaku tapi kalau lihat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak menyatakan baginda tidak boleh dilakukan cuma yang dinyatakan ialah Yang di-Pertuan Agong may prorogue or dissolve the Parliament. "Kalau dirujuk balik jadual 8 dalam Perlembagaan juga menyatakan hal yang sama," ujarnya.

Agong berhak dalam urusan pemilihan dan pelantikan Perdana Menteri baharu Selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen, yang Baginda berpendapat mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan rakyat.


Menurut Presiden Majlis Peguam Negara, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor biarpun pemilihan seseorang individu untuk menggalas jawatan Perdana Menteri tertakluk kepada sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri, ia masih memerlukan budi bicara Yang diPertuan Agong.

Pada 25/02/2020 hingga 26/02/2020 masa untuk semua ahli ahli Dewan Rakyat mengadap Yang diPertuan Agong di Istana Negara. Ahli Dewan Rakyat akan bertemu bual seketika bersama Yang diPertuan Agong mengenai pilihan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

25/02/2020 , Ahli ahli Dewan Rakyat dari UMNO dan PAS mengadap Yang diPertuan Agong.

26/02/2020 , Ahli ahli Dewan Rakyat dari Pakatan Harapan mengadap Yang dipertuan Agong .




Barisan Nasional (BN) dan PAS memutuskan untuk menarik balik akuan bersumpah (SD) menyokong Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu terpaksa dibuat berikutan wujud cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan daripada Tun Dr. Mahathir. “Kita membuat ketetapan bahawa sokongan kepada Perdana Menteri untuk membentuk gabungan tanpa DAP, terpaksa kita tarik balik. “SD yang kita sampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong, memberikan sokongan kepada Perdana Menteri dengan hanya terhad kepada pembentukan gabungan baharu tanpa DAP.

“Apa-apa selain daripada itu, sokongan tidak sah. Justeru sokongan pada Ahad lalu, kita tarik balik,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.  Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata gabungan mereka juga menolak sekeras-kerasnya dakwaan cubaan untuk merampas kuasa daripada Pakatan Harapan (PH).





Pakatan Harapan hari ini mengisytiharkan semua komponennya mencalonkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-8.

Anwar pada sidang media hari ini berkata majlis presiden gabungan itu membuat keputusan tersebut dalam mesyuarat khas semalam.

“Kami tidak akan mengkhianati amanah ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.


Perkembangan ini selepas ahli-ahli Parlimen gabungan itu berjumpa Agong di Istana Negara hari ini, berhubung penubuhan kerajaan baru susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada Isnin.





Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mencalonkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan bagi diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Parlimen parti itu yang dihadiri 36 Ahli Parlimen parti itu, hari ini.

“Mesyuarat Ahli Dewan Rakyat BERSATU pada hari ini telah memutuskan untuk mencalonkan Presiden dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Mesyuarat hari ini dihadiri oleh seramai 36 Ahli Dewan Rakyat BERSATU,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Kesemua 36 ahli Parlimen itu termasuk 10 ahli Dewan Rakyat daripada kumpulan bekas Ahli Parlimen PKR yang diketuai Ahli Parlimen Gombak yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

10 bekas Ahli Parlimen PKR itu kini sah menjadi ahli BERSATU.

Mereka adalah Mohamed Azmin, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju dan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin. Seorang lagi, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar menjadi ahli bersekutu parti itu.





Dalam kenyataan berasingan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata seramai 42 Ahli Parlimen parti komponen BN iaitu UMNO (39 orang), MCA (dua orang) dan MIC (seorang) menyokong Muhyiddin untuk menjadi calon perdana menteri kelapan.


Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, dalam kenyataan bersama hari ini, turut memaklumkan parti itu selaku gabungan Muafakat Nasional, masing-masing dengan 39 dan 18 Ahli Parlimen sepakat memberi sokongan penuh terhadap Presiden Bersatu itu





Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


"Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 (Ahad) jam 10.30 pagi di Istana Negara," memetik kenyataan itu.

Ahmad Fadil menambah, Agong bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

"Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan Baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir," katanya.


Baginda pada masa sama turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat khususnya agensi-agensi kerajaan, keselamatan dan pihak media.











01 March 2020 , Terlerai lah sudah segala kekusutan dan kemelut kepimpinan Utama Negara Malaysia tercinta , semoga dengan terpilih nya Tan Sri Muhyiddin Mohd.Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8 Negara Malaysia akan bertambah Maju dan Makmur dan sejahtera selama nya. Kami rakyat Malaysia sentiasa bersyukur kepada Allah kerana berada dibumi bertuah ini dengan sentiasa mendoakan semoga Pemimpin kami diberikan Taufiq dan hidayah agar dapat memakmurkan pemerintahan Negara Malaysia ketahap yang terbaik dan cemerlang.





9 March 2020 , Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pembentukan 26 kementerian termasuk 4 menteri kanan yang akan membantunya menyelaras hal ehwal Kabinet, menggantikan peranan timbalan perdana menteri.

Empat menteri kanan berkenaan – ahli PPBM dan bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob; Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Fadillah Yusof; dan Ketua Penerangan PPBM, Mohd Radzi Md Jidin – akan menyelaras bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan prasarana, serta pendidikan dan sosial “dengan lebih cekap dan berkesan”.

“Menteri-menteri kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai perdana menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.

“Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang timbalan perdana menteri dilantik,” katanya ketika pengumuman Kabinet hari ini.

Turut diumumkan 5 menteri di Jabatan Perdana Menteri, termasuk menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Dua orang bukan ahli politik iaitu Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad masing-masing diberi portfolio kewangan dan hal ehwal agama.

MCA, PAS kembali

Barisan menteri kali ini menyaksikan seramai 9 ahli Umno, MCA dan MIC 1, PPBM 7, PAS 3, Gabungan Parti Sarawak 4, Parti Bersatu Sabah 1, dan 3 bekas pemimpin PKR yang menyertai PPBM baru-baru ini.

Dari Umno adalah Ismail Sabri Yaakob, Annuar Musa, Noraini Ahmad, Shamsul Anuar Nasarah, Adham Baba, Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Halimah Mohamed Sadique, dan Reezal Merican Naina Merican.


Dari MCA dan MIC adalah Wee Ka Siong dan Saravanan Murugan.


Dari PPBM adalah Mohd Radzi Md Jidin, Mustapa Mohamed, Mohd Redzuan Md Yusof, Rina Mohd Harun, Hamzah Zainuddin, Ronald Kiandee, dan Abd Latiff Ahmad.

Dari PAS Takiyuddin Hassan, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Mohd Khairuddin Aman Razali.

Dari Gabungan Parti Sarawak adalah, Fadillah Yusof, Alexander Nanta Linggi, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Nancy Shukri.

Tiga bekas ahli PKR adalah Mohamed Azmin Ali, Saifuddin Abdullah, Zuraida Kamaruddin. Manakala seorang dari Parti Bersatu Sabah, Maximus Johnity Ongkili.

Sementara itu, 11 ahli PPBM ditampilkan sebagai timbalan menteri, Umno 6, Gabungan Parti Sarawak 5, PAS 5, MCA 3, PBS dan Star Sabah 1, dan 5 bekas pemimpin PKR.

Dari PPBM adalah Ikhmal Hisham Abdul Aziz, Abd. Rahim Bakeri, Shahruddin Md Salleh, Muslimin Yahaya, Eddin Syazlee Shith, Noor Azmi Ghazali, Ahmad Hamzah, Abdul Rahman Mohamad, Rosol Wahid, Mas Ermieyati Samsudin, dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dari Umno adalah Mohd Shahar Abdullah, Mastura Yazid, Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Ismail Mohamed Said, Zahidi Zainul Abidin, dan Ismail Abd Mutalib.

Dari MCA adalah Lim Ban Hong, Mah Hang Soon, dan Wee Jeck Seng.

Dari PAS adalah Ahmad Marzuk Shaary, Awang Hashim, Siti Zailah Mohd Yusoff, Che Abdullah Mat Nawi, dan Ahmad Amzad Hashim.

Dari GPS adalah Hanifah Hajar Taib, Hasbi Habibollah, Aaron Ago Dagang, Henry Sum Agong, dan Tiong King Sing.

Dari PBS adalah Joseph Kurup dan dari Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah) adalah Jeffrey G Kitingan.

Lima bekas pemimpin PKR adalah Santhara Kumar, Dr Mansor Othman, Ali Biju, Jonathan Yassin, dan Kamaruddin Jaffar.








10 March 2020 , Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri kabinet baharu berlangsung dihadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Melawati.

Berikut senarai menteri kanan:

Mohamed Azmin Ali (Perdagangan Antarabangsa & Industri)
Ismail Sabri Yaakob (Pertahanan)
Fadillah Yusof (Kerja Raya)
Mohd Radzi Md Jidin (Pendidikan)
Berikut senarai menteri:

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Kewangan)
Wee Ka Siong (Pengangkutan)
Tuan Ibrahim Tuan Man (Alam Sekitar)
Saravanan Murugan (Sumber Manusia)
Annuar Musa (Wilayah Persekutuan)
Rina Mohd Harun (Wanita & Keluarga)
Noraini Ahmad (Pengajian Tinggi)
Shamsul Anuar Nasarah (Tenaga & Sumber Asli)
Hamzah Zainuddin (Dalam Negeri)
Dr Adham Baba (Kesihatan)
Ronald Kiandee (Pertanian & Industri Makanan)
Abd Latiff Ahmad (Pembangunan Luar Bandar)
Hishammuddin Hussein (Luar Negeri)
Alexander Nanta Linggi (Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna)
Saifuddin Abdullah (Komunikasi & Multimedia)
Zuraida Kamaruddin (Perumahan & Kerajaan Tempatan)
Khairy Jamaluddin (Sains, Teknologi & Inovasi)
Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Pembangunan Usahawan & Koperasi)
Mohd Khairuddin Aman Razali (Perusahaan Perladangan & Komoditi)
Nancy Shukri (Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan)
Halimah Mohamed Sadique (Perpaduan Negara)
Reezal Merican Naina Merican (Belia & Sukan)

Berikut senarai menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Mustapa Mohamed (Ekonomi)
Mohd Redzuan Md Yusof (Tugas-tugas Khas)
Takiyuddin Hassan (Parlimen & Undang-undang)
Zulkifli Mohamad (Hal Ehwal Agama)
Maximus Johnity Ongkili (Hal Ehwal Sabah & Sarawak)


Semoga kerajaan yang terbentuk dapat mentadbir Negara Malaysia dengan lebih baik dan berjaya , kerajaan ini dinamakan Perikatan Nasional.





END