Tuesday, January 1, 2019

CORETAN HATI 2019




PERISTIWA , NOSTALGIA DAN RAGAM LUMRAH DALAM KEHIDUPAN. BEGITULAH SETIAP TAHUN BERLAKU TANPA DISADARI LUPUT DARI INGATAN. MELALUI BLOG INI KU RAKAMKAN SEDIKIT PERISTIWA , NOSTALGIA DAN RAGAM TAHUN 2019

"Jiwa akan sepi tanpa Teman, Hati akan mati tanpa Iman, Hari ini adalah Kenyataan, Semalam adalah Kenangan, Esok adalah Impian, Jadi , Sucikan lah Hati, Jernihkan lah Fikiran, Sambutlah Tahun Baharu dengan Azam Baru".

Tamat tempoh Dua Belas bulan dalam setahun dari Januari hingga Disember menandakan akan terjadi peralihan tahun dan selalu dikatakan tahun baru. Kehidupan diteruskan walaupun seakan terasa masa begitu pantas berlalu. Usia bertambah , dari Remaja ke Dewasa , Dewasa ke Orang Tua. Peristiwa kehidupan silih berganti , tapi tidak semuanya yang kita ingati. 

Tahun demi tahun silih berganti , begitulah juga azam akan ditanam dan tersemat dijiwa nurani individu walhal tidak mempunyai kepastian. Hanya kepada Allah kita berserah ( Tawakal tu alallah ) semoga segala yang direncana akan membuahkan hasil seperti yang diingini. Biarkan yang lalu menjadi kenangan dan pengalaman, karena masa depan masih menanti perjuangan dan kemantapan diri kita.

Banyak kenangan yang kita buat ditahun 2019 , bersama saudara, keluarga, rakan, sahabat, dan yang lainnya yang akan kita tinggalkan sebagai Kenangan Terindah pada tahun 2019. Kini  datang lagi tahun Baharu tahun 2020 yang akan menggantikan kenangan kenangan lama dan membuat kenangan kenangan baru di tahun 2020.

Semoga tahun 2020 memberi seribu satu kemanisan buat semua, jadikanlah tahun 2019 sebagai kenangan yang indah serta berharga dan menyuntik cabaran agar ia memberi motivasi berharga untuk lebih baik pada tahun 2020.  


19 JANUARI 2019 @2.00 PETANG , PROGRAM LAWATAN BERSAMA YB.DATUK HJ NIZAM BIN DSP AB TITINGAN KE KG.WAKUBA PENGKALAN BERSAMA DATUK HJH.ROSDIANAH MD.NOR SERTA AJK WANITA BAGI MENYAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA RUMAH TERBAKAR.







Lawatan ke rumah Puan Rosmah Baiting di Kg.Wakuba Pengkalan yang terlibat kebakaran rumah penginapan dan seterusnya menyampaikan bantuan pakaian serta barang keperluan harian. Kejadian kebakaran rumah mangsa pada 6 Januari 2019 sewaktu mangsa dan keluarga tiada di rumah. Tiada harta benda yang dapat di selamatkan. Bantuan telah disampaikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam wakil rakyat N.56 Apas dan di saksikan oleh Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor dan AJK Wanita.



23 FEBRUARY @10.00 PAGI HINGGA PETANG , PROGRAM LAWATAN YB.DATUK HJ NIZAM BIN DSP AB TITINGAN KE RUMAH EN.NGABONG AK KELI DI KG.IBAN KUALA NANSANG BERSAMA ROMBONGAN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN TAKZIAH , MENGHADIRI MAJLIS TAHLIL ARWAH HJH.HALIMAH BINTI DSP AB TITINGAN DI BUKIT QUOIN DAN MAJLIS SANTAI BERSAMA RAKAN DI KG.BATU PAYONG






En.Ngabong telah kehilangan isteri yang tersayang yang telah meninggal dunia setelah beberapa lama mengidap penyakit Kanser. En.Ngabong adalah mantan Pengerusi JKKK Kg.Iban Kuala Nansang dan juga mantan Ketua Cawangan UMNO Kg.Kuala Nansang. 








Allahyarhamah Hjh. Halimah adalah kakak kepada YB.Datuk Hj.Nizam yang menetap di Kg.Bukit Quoin.









Santai bersama rakan rakan di Kg.Batu Payung di Tamu Petang Sabtu Kg.Batu Payung. Tamu Petang Sabtu Kg.Batu Payung menyajikan perbagai juadah dan juga barangan. Ada juga terdapat makanan seperti Soto , Gado gado , Mee hon Sop , Sop tulang , Mee rojak dan banyak lagi. Banyak Gerai yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman.




01 MARCH 2019 , YB. DATUK HJ.NIZAM MERASMIKAN KURSUS MENJANA EKONOMI WANITA TAMAN PERWIRA , TURUT SERTA ROMBONGAN AHLI AHLI PENAJA BERSATU (PPBM) BAHAGIAN TAWAU.


















Kursus membuat Kek Wanita Taman Perwira telah berlangsung dengan jaya nya dan telah sempat mereka mengadakan pertandingan membuat Kek . Mereka meminta YB.Datuk Hj.Nizam mengadili pemenang pertandingan serta penyampaian hadiah.




02 MARCH 2019 , MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA YB. DATUK HJ.NIZAM DAN AHLI JAWATANKUASA PENAJA BERSATU ( PPBM) BAHAGIAN TAWAU DI PDM WAKUBA











Majlis ini telah dianjurkan oleh Ketua PDM Wakuba Datuk Hj.Rackey Apna sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan PDM Wakuba membantu YB.Datuk Nizam dalam menghadapi PRU14 yang lalu.









Ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada YB.Datuk Hj.Nizam kepada yang hadir kerana masih setia bersama beliau dalam mengharungi arus politik Perdana pada ketika ini. Beliau akan selalu turun padang dan akan berkunjung kemana sahaja di kawasan DUN N.56 Apas selaku wakil rakyat dikawasan ini.



15 MARCH 2019 , MAJLIS TAHLIL DAN KENDURI ARWAH DATUK HJ.TAWFIQ BIN DSP AB TITINGAN MANTAN AHLI YANG BERHORMAT DUN APAS DI RUMAH KELUARGA TITINGAN JALAN BANYAN TAWAU SEMPENA SETAHUN PEMERGIAN BELIAU KERAHMATULLAH.











Setahun telah berlalu begitu pantas masa meninggalkan waktu , masih segar dalam ingatan terhadap arwah mantan YB di kawasan DUN N.56 Apas yang amat disenangi rakyat kawasan nya dan juga Bahagian Tawau. Beliau yang sinonim dengan Gesekan Biolanya pada masa perjumpaan bersama rakyat tetap menjadi kenangan. Semoga Roh Allahyarham Datuk Tawfiq ditempatkan bersama sama dengan orang orang yang beriman , Aameen .







21 - 23 MARCH 2019 , FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARABANGSA TAWAU (FKAT) , LAWATAN YB. DATUK HJ.NIZAM DAN AHLI JAWATANKUASA PENAJA BERSATU ( PPBM) BAHAGIAN TAWAU DI BOOTH ETNIK SUKU KAUM YANG MENGAMBIL BAHAGIAN 












Di Booth Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) , YB.Datuk Hj.Nizam sempat beramah mesra dengan Ahli Jawatankuasa Persatuan yang diketuai oleh Tuan Hj.Kee Ayub bin Kee Abubakar selaku Presiden. Persatuan ini adalah Persatuan yang tertua di Tawau yang masih aktif dengan aktiviti nya. Telah ditubuhkan dalam tahun 1938 oleh Allahyarham OKK Kee Abubakar bin Kee Abdullah bersama rakan rakan seperjuangan ketika itu. Tujuan penubuhan adalah untuk membantu orang orang Melayu Tawau ketika itu. Persatuan ini juga aktif dalam bidang Sukan , Kebudayaan dan Perhubungan awam.



Berbagai Etnik yang mengambil bahagian dalam Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau pada setiap tahun . Mereka akan menghias Booth both mereka mengikut ciri cir Kebudayaan masing masing.



Beberapa booth yang sempat dikunjungi oleh YB.Datuk Hj.Nizam bersama rombongan.





Etnik Manado














Etnik Bajau

Etnik Jawa

Etnik Suluk



Etnik Murut



Etnik Kadazan-Dusun





Etnik Penan

Etnik Buton






Etnik Bulungan








Etnik Bugis





12 APRIL 2019 , LAWATAN YB.DATUK HJ. NIZAM KE TAWAU LAMA MENZIARAHI MANGSA KEBAKARAN BERSAMA AJK PENAJA BERSATU DI MASJID AT TAQWA TAWAU LAMA SETERUSNYA MENYAMPAIKAN BANTUAN.



YB.Datuk Hj.Nizam mendengar luahan hati mangsa kebakaran yang telah kehilangan tempat tinggal dimana dalam kebakaran itu sebanyak 7 buah rumah telah terbakar 4 daripadanya terbakar 100 peratus 3 lagi musnah 90 peratus , 70 peratus dan 10 peratus. Mangsa kebakaran memohon untuk mendapatkan bantuan pihak kerajaan bagi membina semula rumah mereka.

Kebakaran belaku pada hari Isnin 8 April 2019 jam 9.30 pagi terletak di Tawau Lama Jalan Pantai , Lorong Masjid At Taqwa yang melibatkan 84 orang mangsa kini di tempatkan sementara di Masjid At Taqwa.



YB. Datuk Hj.Nizam mendengar taklimat daripada Puan Asnah binti Kassim Pegawai Kebajikan Tawau tentang bantuan yang disalurkan kepada mangsa kebakaran serta bantuan yang akan datang.


  


YB. Datuk Hj.Nizam menyampaikan bantuan gas memasak dan juga bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran. Turut hadir Ketua Serikandi Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor bersama AJK Serikandi Bersatu Bahagian Tawau.








YB.Datuk Hj.Nizam melawat tapak rumah yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Beliau menyarankan kepada penduduk terlibat agar membuat permohonan untuk mendapatkan rumah PPR sementara membina semula rumah mereka ditempat tersebut. 


13 APRIL 2019 , YB.DATUK HJ.NIZAM MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KERUSI DI MASJID NURUL HUDA BATU 22 APAS PROPER DAN MENZIARAHI MANTAN PEMIMPIN TAWAU SUATU KETIKA DULU TUAN HJ.ABDUL RAHMAN @ PANGLIMA OYONG DI RUMAH NYA BATU 7 TINAGAT.






Pemimpin datang dan pergi , namun pemimpin lama tidak akan dilupakan. Mereka juga telah menabur Jasa dalam pembangunan Insan di Tawau suatu ketika dulu. Hanya takdir yang menentukan , kerana ada diantara mereka yang lebih dikenali dan menerima anugerah berbagai gelaran. Semoga budi dan Jasa mereka akan menjadi amal Ibadah di kemudian hari.


5 Mei 2019 MAJLIS KENDURI KESYUKURAN DI KG.INDERASABAH YANG DIKENDALIKAN OLEH TUAN HJ.ABIT SULAIMAN AJK PENAJA BERSATU BAHAGIAN TAWAU.






Majlis kenduri kesyukuran berlangsung dirumah tuan Hj.Abit Sulaiman. Majlis ini adalah kesinambungan daripada misi dan hasrat beliau berjuangan bersama YB.Datuk Hj.Nizam untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Kini misi dan hasrat beliau telah terlaksana dimana BERSATU telah pun dilancarkan di Negeri Sabah. 






Ketibaan YB.Datuk Hj.Nizam disambut oleh AJK Bahagian BERSATU Tawau yang telah lebih awal berada dilokasi. Ramai sudah penduduk kampung telah hadir menanti ketibaan YB.Datuk Hj.Nizam. Disamping Majlis kesyukuran Tuan Hj.Abit juga telah mengatur acara kemasukan keahlian dan beberapa cawangan BERSATU. 





Dalam ucapan Tuan Hj.Abit Sulaiman amat berterima kasih diatas kesudian YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan meluangkan masa bersama sama dengan penduduk kampung yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Pada hari ini juga beberapa orang yang telah mengumpul ahli telah datang hadir bersama sama untuk bertemu sendiri dengan YB.Datuk Hj.Nizam selaku Ketua Bahagian BERSATU Tawau untuk menyampaikan hasrat mereka menyertai Parti BERSATU Bahagian Tawau. 



YB.Datuk Hj.Nizam amat berbesar hati dengan usaha murni Tuan Hj.Abit Sulaiman yang juga selaku AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau mengadakan acara seperti ini yang mana Beliau dapat menerangkan kepada mereka yang ingin menyertai Parti BERSATU serta dapat bersua dan mendengar sendiri keperluan mereka. Beliau yang juga ADUN Kawasan N.56 Apas amat bersyukur dapat bertemu dengan pengundi pengundi dikawasan N.56 Apas dan seterusnya mengajak mereka turut bersama sama beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) agar beliau mudah memberikan bantuan yang diperlukan.





Menyantuni ahli yang berminat menyertai BERSATU dengan menghadiahkan baju BERSATU sebagai simbolik penyertaan mereka kedalam Parti BERSATU. Ramai yang berminat untuk menyertai , terutama sekali mereka teruja dengan keramahan keperibadian YB.Datuk Hj.Nizam yang sentiasa mendampingi rakyat. Mereka memerlukan seorang pemimpin yang senang dihubungi dan mudah untuk menyampaikan hasrat keperluan yang mereka hadapi.





Perjuangan tetap diteruskan untuk membela untung nasip bangsa yang memerlukan perjuangan dan komitmen yang jitu agar mereka tidak ketinggalan dalam mengharungi arus perubahan yang kini melanda. 

15 Mei 2019 MELAWAT PUAN RUSIAH MAHMUD YANG MENERIMA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH TEMPAT TINGGAL NYA YANG TELAH MUSNAH KESELURUHAN NYA. YB.DATUK HJ.NIZAM DSP AB. TITINGAN ADUN N.56 APAS MERANGKAP KETUA PENAJA BERSATU BAHAGIAN TAWAU BERSAMA ROMBONGAN MELAWAT PUAN RUSIAH DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN.






Turut sama menyampaikan sumbangan AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau yang disampaikan oleh Dato' Hj.Rackey Apna. Puan Rusiah Mahmud adalah salah seorang AJK Penaja Srikandi BERSATU Bahagian Tawau.



19 MEI 2019 YB.DATUK HJ.NIZAM BERSAMA AJK PENAJA BERSATU BAHAGIAN TAWAU TELAH BERKESEMPATAN MELAWAT MANTAN KETUA KAMPUNG BATU PAYUNG HJ.ANTUNG AMIT ANTUNG AHMAD DIKEDIAMAN NYA.




Lawatan YB.Datuk Hj.Nizam bersama rombongan yang terdiri daripada AJK Penaja BERSATU Bahagian Tawau dan AJK Penaja Srikandi BERSATU Bahagian Tawau yang diketuai oleh Ketua Penaja Srikandi BERSATU Bahagian Tawau Datuk Hjh. Rosdianah Md.Nor.


16 JUN 2019 YB.DATUK HJ.NIZAM BERSAMA AJK PENAJA BERSATU BAHAGIAN TAWAU TELAH BERKESEMPATAN BERKUNJUNG KERUMAH KAMI DIKASOFIZA RESIDENCE KG.RANCANGAN RANGGU SEMPENA HARI RAYA AIDUL FITRI









Kami sekeluarga menghargai kunjungan YB.Datuk Hj.Nizam dan Isteri ke rumah kami sempena Hariraya Aidul Fitri semoga hubungan silaturrahim sesama kita akan lebih erat lagi dimasa akan datang. 



30 JUN 2019 MAJLIS JALINAN MESRA RUKUN TETANGGA DAERAH TAWAU YANG DIRASMIKAN OLEH YB.DATUK HJ.NIZAM DSP AB TITINGAN DIDEWAN SERBAGUNA SK BAHAGIA TAWAU





Jalinan Mesra Rukun Tetangga Daerah Tawau telah  berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna SK Bahagia yang tela disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan. Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Tawau Puan Rosmah Wading.








Penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua Pengerusi KRT Daerah Tawau atas sumbangan mereka yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program dan aktiviti dikawasan masing masing.







Kesempatan beramah mesra dengan Ahli ahli KRT Daerah Tawau yang hadir pada malam itu. Dalam ucapan beliau terdahulu , beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan bagi merasmikan acara Jalinan Mesra Rukun Tetangga Daerah Tawau yang mana beliau dapat bertemu dengan Ahli ahli KRT dari merata tempat di Tawau.



02 JULAI 2019 MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDIL FITRI KRT KG.MEMBALUA BERSAMA YB. DATUK HJ. NIZAM BIN DSP AB TITINGAN ADUN N.56 APAS DI HALAMAN RUMAH KEDIAMAN HJH.ZAITON HJ.TAHASAN PENGERUSI KRT MEMBALUA.









Aktiviti KRT Kg.Membalua bersama Ahli ahli nya dalam meraikan suasana Hari Raya dengan menjemput Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan ADUN N.56 Apas yang hadir bersama rombongan.










Turut hadir Pengerusi KRT Kg.Batu Payung Tuan Amat bin Salleh , Pengerusi KRT Kg.Ranggu Tuan Yusof bin Hj.Ahmad , Penolong Pegawai Perpaduan Tuan Julaidy Simon serta rombongan YB.Datuk Hj.Nizam dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau.



03 OGOS 2019 MAJLIS KENDURI DOA SELAMAT KEBERANGKATAN YB.DATUK HJ.NIZAM DSP AB TITINGAN DAN KELUARGA KE TANAH SUCI MENUNAIKAN IBADAH HAJI







Majlis berlangsung di rumah Keluarga Titingan Banyan Drive , dimana ramai rakan dan keluarga datang mendoakan keselamatan dalam menjalani Ibadah Haji di Tanah Suci Makkah dan Madinah serta dapat mengerjakan Haji yang Mabrur.







Ramai rakan taulan yang datang sambil mendoakan keselamatan YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dan keluarga dalam menunaikan Ibadah Haji.





30 SEPTEMBER 2019 MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA WAN SAIFUL WAN JAN AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA MERANGKAP PENGERUSI PTPTN DI RESTAURAN DAN KATERING CITARASAKU SABINDO TAWAU.







Lawatan kerja selaku Pengerusi PTPTN berkesempatan bersama AJK Bahagian Bersatu Tawau , Kalabakan dan Semporna. YB.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Ketua Bahagian Bersatu Tawau merangkap ADUN N.56 Apas mengalu alukan ketibaan Wan Saiful Wan Jan dan rombongan.






Rombongan Wan Saiful Wan Jan bersama AJK Bahagian Tawau , Kalabakan dan Semporna di Majlis Makan Malam di Restauran dan Katering Citarasaku Sabindo , Tawau.







YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan dan Wan Saiful Wan Jan bersama AJK Bersatu Bahagian Tawau. 




19 OKTOBER 2019 MESYUARAT JAWATANKUASA BAHAGIAN BERSATU TAWAU YANG DIPENGERUSIKAN YB.DATUK HJ.NIZAM DSP AB TITINGAN










Mesyuarat AJK Bahagian Bersatu Tawau yang dipengerusikan oleh YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan . Kesempatan bersama untuk meraikan hari jadi SUK Puan Hjh.Normah binti Hj.Ambo yang disediakan secara kejutan dimana dia sendiri tidak mengetahui akan sambutan yang diadakan. Happy Birthday , semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.




07 NOVEMBER 2019 SAMBUT HARI JADI UNTUK YB.DATUK HJ.NIZAM BIN DSP AB TITINGAN KETUA BAHAGIAN BERSATU TAWAU DI PEJABATNYA, KAWAN KAWAN SEPERJUANGAN BUAT KEJUTAN.








Selamat Hari Jadi , Happ Birthday , semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan nya.

AJK Bersatu Bahagian Tawau telah membuat kejutan dengan menyediakan kek hari jadi tanpa pengetahuan beliau. Walau pun beliau begitu sibuk pada hari itu kerana harus balik ke Kota Kinabalu dan terus ke Kuala Lumpur tapi disempatkan juga dengan memotong Kek Hari Jadi yang telah disediakan.


23 NOVEMBER 2019 FORUM PERDANA SEMPENA MAULIDURRASUL 1441H DIMASJID AL ANSAR TAMAN SAWIT BALUNG TAWAU.

Forum Perdana Anjuran bersama Biro Agama Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tawau dengan Masjid Al Ansar Taman Sawit Balung , Tawau. Pada mulanya Biro Agama bercadang mengadakan sambutan Maulidurrasul dengan mengadakan Perarakan dan Pertandingan Sepanduk tetapi oleh kerana masa yang begitu suntuk tidak dapat dilaksanakan 





Jemaah yang hadir begitu ramai memenuhi kawasan lapang yang disediakan oleh pihak Jawatankuasa Masjid Al Ansar. 
Tajuk Forum Perdana , Rasullullah Idola Sepanjang Zaman yang disempurnakan oleh Ustaz Mukmin Amin Japar dan Ustaz Azrul Nizamsyah serta Ustaz Adam Kalef Ilyas selaku moderator.




Ucapan Perasmian Forum Perdana oleh YB. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan , beliau amat gembira kerana sambutan yang telah diberikan oleh para Jemaah sangat memberangsangkan. Dalam pada menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw , kita hendaklah sentiasa ingat dan berselawat keatas kebesaran Nabi Muhammad saw.  Pada siapa yang berselawat keatas Nabi akan mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat). Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.


لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. Surah Al Ahzab ayat 21






Forum Perdana berjalan lancar dengan ulasan ulasan yang jelas dari kedua dua Ahli Penal Ustaz Mukmin Amin Japar dan Ustaz Azrul Nizamsyah . Ustaz Adam Kalef Ilyas selaku moderator telah mengendalikan Forum ini dengan baik dan teratur.



30 NOVEMBER 2019 YB.DATUK HJ.NIZAM DSP AB TITINGAN KETUA BAHAGIAN BERSATU MERANGKAP ADUN N.56 APAS , DI MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL KG.TITINGAN DIMASJID BABUL KHAIR





Awal pagi mereka berkumpul untuk berarak ke Masjid Babul Khair Kg.Titingan. Bersama sama Yang Berhormat Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan mereka berselawat beramai ramai dan seterusnya berjalan menuju ke Masjid.









Selesai daripada perarakan Maulidurrasul mereka kembali ke Masjid Babul Khair untuk acara seterusnya iaitu bacaan Barzanji , Selawat dan Potong rambut untuk bayi yang baru lahir. 



YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan sentiasa mengingatkan agar sentiasa mengingati Nabi Muhammad SAW dan menjadikan amalan kerana banyak hadis yang menyatakan demikian.



Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud :-



" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""



Fadhilat (Kelebihan) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad saw



Jika selawat dari Allah swt ertinya rahmat dan jika ia daripada Malaikat dan selainnya,ia bererti doa. 



Allah Ta’ala berfirman : 

Ertinya : “Wahai mereka yang beriman,berselawatlah kamu ke atasnya dan berilah salam sepenuhnya ke atasnya”. 

[QS Al-Ahzab : 56] 



Nabi saw bersabda : 

“Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali, nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”. 



Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw: 

“Adakah yang demikian itu dengan kehadiran hati?” Baginda saw menjawab dengan sabdanya : “Tidak. Tetapi orang yang berselawat dengan hati yang lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dengan kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt sahaja yang mengetahuinya” . 



Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dengan disertai dengan kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yang mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati. 



Nabi saw bersabda : 

“Barangsiapa yang berselawat ke atasku seribu (1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga untuknya”. 



Sabda Nabi saw : 

“Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”. 



Nabi saw bersabda : 

“Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.


Sabda Nabi saw : 
“Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

Sabda Nabi saw : 
“Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa -dosa kamu seperti air menghapuskan api". 

Sabda Nabi saw : 
“Tiada satu doa seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sebagai pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku. Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari,maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”.

Nabi Muhammad saw bersabda : 
“Jibril telah datang kepadaku dengan berkata : 
Wahai Rasulullah, tiada siapa yang berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat berselawat ke atasnya”. 

Sabda Baginda saw : 
“Malaikat yang berjalan di muka bumi menyampaikan salam daripada umatku”.




YB. Datuk Hj. Nizam DSP AB Titingan menerima cenderakenangan dan Hiasan Rampaian Bunga Telor yang disampaikan oleh Pengerusi Masjid Babul Khair atas Penganjuran bersama Masjid Babul Khair dan Kawasan Rukun Tetangga Kg.Titingan.

Sambutan Maulidurrasul bagi memperingati Nabi Junjungan Muhammad SAW perlu disemarak dan di sambut sehingga ke peringkat kampung, ini kerana mencintai Rasullullah tidak hanya dalam masa tertentu sahaja , malah setiap masa termasuk dalam konteks kemasyarakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan keturunan.




YB.Datuk Hj.Nizam DSP AB Titingan menyampaikan sumbangan peralatan gendang Ketipung untuk kumpulan Qasidah Masjid Babul Khair , Kg.Titingan yang diterima sendiri oleh Ketua Kumpulan Qasidah Masjid Babul Khair.

Dalam mengembangkan syiar Islam serta nilai nilai murni, kebersamaan masyarakat perlu untuk dipupuk selain tidak hanya membabitkan umat Islam tetapi turut menyeluruh kepada masyarakat bukan Islam disemua peringkat. Program Maulidurrasul bukan sahaja dapat menyatakan rasa cinta terhadap Junjungan Nabi Muhammad SAW malah ianya turut memberi manafaat kepada umat Islam yang mengambil kesempatan mengadakan acara cukur jambul atau akikah anak anak mereka secara beramai ramai. Pengisian seumpama ini dituntut dalam Islam ia secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturrahim dan mampu mengurangkan beban ibubapa dari segi perbelanjaan sekiranya dibuat bersendirian.


14 DISEMBER 2019 MAJLIS PERHIMPUNAN KELUARGA KEE DAN RANGKAIAN BERTEMPAT DI DEWAN MASYARAKAT TAWAU




Keluarga Besar ini terhasil daripada seorang yang bernama Kee Kim Swee. Setelah memeluk agama Islam , beliau memilih Abdullah sebagai nama Islam beliau dan seterusnya dikenali sebagai Kee Abdullah atau pun OKK Kee Abdullah.

Oleh kerana latar pendidikan beliau yang baik dan mempunyai kemahiran kerja yang tinggi, beliau diberi kepercayaan oleh Pegawai Daerah Inggeris di Lahad Datu, Alexander Rankin Dunlop untuk ditugaskan di Tawau pada 16 Oktober 1894 sebagai wakil beliau merangkap jawatan Pemeriksa Kastam dan Pemungut Hasil. Antara tugas utama beliau sebagai wakil kerajaan Inggeris ialah membuat pungutan Cukai Diri ( Poll Tax) bernilai $1 untuk setiap penduduk yang menjadi rakyat di bawah naungan Kerajaan British. Tidak lama selepas itu, Alexander Dunlop juga berpindah ke Tawau dan menjawat jawatan sebagai Residen Tawau yang pertama dan bertugas bersama sama Kee Abdullah di Pejabat Residen.

Selama beliau bertugas di Tawau, beliau menjalankan tanggungjawab dengan mesra dan ini menjadikan hubungan beliau dengan masyarakat setempat khususnya masyarakat Melayu sangat erat. Akhirnya beliau mendirikan rumahtangga dengan gadis tempatan berketurunan Melayu Suluk bernama Jumatiah binti Ami Maiden dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata yang antaranya merupakan pemimpin yang berjasa dan disegani di Tawau seperti OKK Abu Bakar atau Penghulu Abu Bakar.