Wednesday, January 31, 2018

KARNIVAL JUALAN SENTUHAN RAKYAT KG.TITINGAN DUN 56 APAS






31 JANUARI 2018 @8.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG KARNIVAL JUALAN SENTUHAN RAKYAT UNTUK DUN N.56 APAS TELAH BERLANGSUNG DI KAMPUNG TITINGAN


Karnival Jualan Sentuhan Rakyat telah berlangsung di Kg.Titingan yang melibatkan beberapa Agensi Kerajaan dan Swasta terutama sekali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), FAMA , LKIM dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Ini adalah suatu usaha bagi membantu masyarakat didaerah ini untuk mendapatkan barang keperluan harian dengan harga yang murah dari harga pasaran biasa.

Sekarang ini kita banyak mendengar keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan. Jadi, ini salah satu cara kita untuk membantu rakyat. Menerusi jualan ini, orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, daging mentah, ikan segar dan sebagainya yang dijual dengan harga murah. Program ini merupakan inisiatif dan langkah yang tepat, dengan membawa semua agensi yang melibatkan penjualan langsung ketempat kawasan perumahan dengan jaminan harga yang rendah daripada pasaran,dengan tujuan membantu rakyat.



Ucapan alu aluan daripada Tuan Hj.Mahamud Sakti Ketua Zon Titingan selaku penyelaras Program ini yang diadakan di Kampung Titingan. Beliau mengucapkan terima kasih kerana Kampung Titingan telah terpilih sebagai tempat Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan hari ini. 



Ucapan Perasmian oleh Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan mengalu alukan penglibatan beberapa buah agensi kerajaan dan swasta bagi merealisasikan program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di Kampung Titingan ini.

Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat ini adalah hasil idea bernas YAB Perdana Menteri kerana memikirkan cara untuk membantu rakyat mengurangkan bebanan kos perbelanjaan sara hidup. Program yang dijalankan di Kampung Titingan ini adalah titik permulaan program dimana selepas ini kita akan mengadakan di Bahagian kawasan Balung. Harga barangan yang dijual disini adalah harga yang rendah daripada dikedai kedai biasa. Barangan seperti Minyak masak , Beras , gula dan lain lain keperluan hari dijual dengan harga yang murah.


Disamping membeli belah barang keperluan harian diprogram ini diselitkan juga acara penyampaian bag sekolah kepada kanak kanak sekolah. Ramai Ibubapa yang hadir membawa anak anak mereka untuk mendapatkan bag sekolah terutama nya kepada anak anak yang bersekolah rendah.sahaja.



Ybhg.Datuk Hj.Nizam menyampaikan bag sekolah kepada penerima yang disertai oleh Ibubapa murid tersebut.



Turut hadir diprogram tersebut Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau yang sentiasa mengikuti program program yang diadakan terutama sekali bersama sama Kepimpinan UMNO Bahagian Tawau.



Inilah sebahagian tempat tempat yang berniaga , banyak lagi yang ada seperti Jualan minyak masak , Jualan sayuran , Jualan Ikan segar , 



Lawatan Datuk Hj.Nizam ke gerai gerai jualan dan melihat sendiri barangan yang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Ini memperlihatkan komitmen yang tinggi yang dipamerkan oleh Datuk Hj.Nizam agar Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat ini dapat dicapai matlamatnya seperti yang diharapkan. Ia itu rakyat dikawasan tersebut mendapat barang keperluan harian dengan harga yang murah dan dapat menjimatkan perbelanjaan.



Orang ramai mengambil kesempatan untuk membeli barangan harian yang terdapat disini dengan harga yang berpatutan dan murah dari di kedia kedai biasa.





Karnival Jualan Sentuhan Rakyat berjalan dengan baik dan teratur dan membolihkan ramai penduduk kampung Titingan dapat membeli barang keperluan dengan harga yang murah dan mereka dapat menjimatkan perbelanjaan barangan keperluan hari mereka .

Objektif Karnival Jualan Sentuhan Rakyat ialah Pelaksanaan Jualan Barang keperluan Harian dan Dapur dengan harga yang rendah. Inilah Inisiatif Kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup dan beban rakyat. Program ini adalah hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 November 2017 dan diperluaskan keseluruh 222 kawasan Parlimen melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Januari 2018.






END 







Sunday, January 21, 2018

MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG





20 JANUARI 2018 @7.00 MALAM , MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG ANJURAN BIRO EKONOMI WANITA UMNO TAWAU. MAJLIS BERLANGSUNG DI PROMENADE HOTEL TAWAU.

Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan Mantan Ketua Wanita UMNO Cawangan yang telah memberikan khidmat bakti kepada Pergerakan Wanita UMNO Tawau sejak sekian lama. Antara mereka ada yang telah meninggal dunia , Uzur dan Lanjut Usia. Diharapkan semoga ianya akan menyuntik semangat kepada keluarga dan sanak saudara mereka kerana Pergerakan Wanita UMNO Tawau sentiasa mengingati Jasa dan Budi mereka sampai bila bila.


Majlis ini telah disempurnakan perasmian nya oleh Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah. Turut hadir di Majlis ini Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Tawau. 




Mantan mantan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan yang diraikan sempena Malam Jasamu Dikenang , bersama Ybhg.Datuk Hj.Nizam DSP AB. Titingan ( Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau ) , Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor ( Ketua Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Tawau ) dan Puan Hjh.Rosnani binti Ahmad ( Pengerusi Penganjur Biro Ekonomi Wanita UMNO Tawau ).
Pergerakan Wanita UMNO mempunyai peranan penting dalam memastikan parti keramat orang Melayu itu terus teguh dan berpengaruh. Wanita UMNO sentiasa ke hadapan dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara selain melakukan gerak kerja berterusan bagi menghadapi pelbagai cabaran untuk membela nasib orang Melayu.
“Soal dugaan sama ada besar atau kecil, itu pastinya kita akan hadapi, tidak boleh lari. UMNO wujud sudah berdekad lamanya, keteguhan UMNO untuk memayungi agama, bangsa dan negara menjadikan Wanita UMNO terus bertekad menjadi tulang belakang mempertahankan parti,” kata Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia


Selain itu, Wanita UMNO juga menjangkau umur 70 tahun sejak ditubuhkan pada 1947. Alhamdulillah, Wanita UMNO juga semakin utuh bersama kepemimpin­an parti memastikan tugas sebagai tulang belakang UMNO dilaksana dengan penuh tanggungjawab dan istiqamah.
Pengiktirafan sebagai tulang belakang parti yang diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 serta standing ovation kepada seluruh ahli Pergerakan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan terus menjadi pembakar semangat 1.3 juta ahli Wanita UMNO untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan, insya-Allah.




Para Jemputan khas yang hadir di Majlis ini yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian , Para Suami Mantan Ketua Wanita Cawangan dan Para Suami Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.




Majlis dimulakan dengan ucapan alu aluan daripada Pengerusi Biro Ekonomi Pergerakan Wanita UMNO Tawau Puan Hjh.Rosnani binti Hj.Ahmad. Dalam ucapan beliau amat berterima kasih diatas kepercayaan yang diberikan bagi mengendalikan Majlis tersebut dengan bantuan dan sokongan semua Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Tawau. Beliau juga berterima kasih kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tawau Datuk Hjh.Rosdianah Md.Nor kerana memberikan peluang kepada beliau dan Jawatankuasa Biro Ekonomi melaksanakan Majlis Jasamu Dikenang. Ucapan terima kasih juga kepada Ketua Bahagian , Timbalan Ketua bahagian dan Naib Ketua Bahagian serta Ketua Pemuda UMNO Tawau yang telah menyumbang untuk menjayakan Majlis yang diadakan. Kepada NGO's yang telah sudi membantu menjayakan Majlis ini juga amat dihargai.

Majlis seperti ini buat pertama kalinya diadakan oleh Biro Ekonomi Pergerakan Wanita UMNO Tawau , bertujuan untuk mengingati dan mengenang Jasa dan Pengorbanan mereka yang pernah menerajui Kepimpinan utama pergerakan wanita dicawangan cawangan UMNO suatu ketika dulu. Mereka telah menunjukan prestasi yang begitu cemerlang sejak dulu lagi iaitu sewaktu bersama Parti USNO sehinggalah kepada Parti UMNO sejak tahun 1990. Dahulu mereka berjuang kepada parti tanpa peralatan yang canggih seperti hari ini. Sistem perhubungan pada masa dulu bukan lah seperti sekarang , pokok nya pada ketika itu masih serba kekurangan. Tetapi semangat perjuangan untuk membela anak Bangsa itu semua mereka ketepikan sehingga lah ketika ini hasil nya dinikmati oleh Generasi hari ini.




 

Ucapan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Tawau Ybhg.Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor . Beliau amat gembira dan bersyukur kerana Majlis Jasamu Dikenang telah dapat dilaksanakan dan dapat mengumpulkan Mantan Mantan Ketua Wanita Cawangan yang pernah bersama sama dalam arus perjuangan Wanita UMNO bahagian Tawau suatu ketika dulu.




 

Ucapan Perasmian oleh Ybhg. Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan di Majlis Makan Malam Jasamu dikenang Anjuran Biro Ekonomi Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau.

Beliau sangat bersetuju Majlis seumpama itu dilaksanakan terutama sekali yang melibatkan Pejuang Bangsa Serikandi Negara. Semua orang akan faham bahawa perjuangan membela Agama , Bangsa dan Negara bukan lah suatu perkara yang remeh ianya berlaku dengan tekad dan hasrat yang murni serta ditunjangi dengan cita cita dan semangat kebangsaan demi anak Bangsa. 

Beliau amat gembira dan terharu dapat bertemu dengan pejuang pejuang wanita UMNO yang suatu ketika telah mengharumkan cawangan cawangan mereka dengan berjuang bersama pemimpin pemimpin utama untuk Agama , Bangsa dan Negara. Beliau dan juga kepimpinan UMNO Bahagian Tawau akan sentiasa memberikan sokongan kepada aktiviti seperti yang diadakan ini.



 


Penyampaian Sijil Penghargaan kepada mantan Ketua Pergerakan Wanita Cawangan UMNO Tawau sebagai penghargaan kepada usaha dan pengorbanan mereka bagi membantu memperkuatkan perjuangan UMNO dicawangan cawangan dan di kampung kampung. Mereka adalah pemimpin akar umbi yang sentiasa disanjung tinggi perjuangan mereka sehingga kini yang akan diingati oleh Pejuang Generasi masa kini dan akan datang. Mereka telah memberi contoh dan tauladan yang sangat berguna kepada perjuangan memperkukuhkan kekuatan parti UMNO di Tawau.





Penyampaian cenderakenangan daripada Pengerusi Biro Ekonomi dan keusahawanan Puan Hjh.Rosnani binti Hj.Ahmad kepada Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor disaksikan oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Tawau Puan Hjh.Norsiah binti Bayai.





Penyampaian cenderakenangan daripada Pengerusi Biro Ekonomi dan keusahawanan Puan Hjh.Rosnani binti Hj.Ahmad kepada Naib Ketua Bahagian UMNO Tawau Ybhg.Datuk Hj.Nizam bin DSP AB Titingan disaksikan oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau Datuk Hjh.Rosdianah binti Md.Nor dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Tawau Puan Hjh.Norsiah binti Bayai. 





 




Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau yang menjayakan Majlis Makan Malam Jasamu dikenang yang diadakan di Hotel Promenade yang telah berjaya mendapat sambutan hangat dan kegembiraan kepada yang diraikan. Semoga Program seperti ini akan diteruskan dimasa akan datang sebagai menyuntik semangat perjuangan dikalangan ahli UMNO Bahagian Tawau.




Acara selingan yang disediakan untuk hiburan seperti Persembahan Tarian Tradisional , Nyanyian karaoke dan cabutan nombor bertuah. 











Majlis makan Malam Jasamu dikenang berjalan lancar dengan para tetamu serta hadirin menjamu selera dengan disajikan dengan lagu lagu karaoke dan persembahan tarian.

Adalah diharapkan acara seperti ini akan diadakan setiap tahun sebagai menyuntik semangat perjuangan dan menghargai usaha murni serta penat lelah pejuang pejuang akar umbi disanjung tinggi.

Kepada semua pemimpin dan ahli UMNO, marilah kita kuatkan barisan hadapan parti, bersama-sama Pre­siden UMNO dan barisan kepim­pinan tertinggi UMNO, tetapkan sasaran untuk kemenang­an dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU-14. Sempena ulang tahun kelahiran UMNO ke-71 ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas keberkatan yang dicurahkan kepada UMNO dan saya berdoa UMNO terus diberi barakah, kekuatan dan kesempatan untuk terus memperjuangkan agama, bangsa dan negara dulu, kini dan se­lamanya, insya-Allah.






END