Wednesday, June 29, 2016

TAWAU HISTORICAL VALUE 8

BELFRY CIRCA ATAU MENARA LOCENG TAWAU

Belfry Circa atau Menara Loceng terletak ditepi Padang Bandaran Tawau telah dibina dalam tahun 1898 oleh orang-orang Jepun di Tawau. Loceng ini berfungsi pelbagai kegunaan. Setiap pagi pada jam 8.00 pagi loceng ini akan dibunyikan sebagai menandakan bermulanya operasi pejabat kerajaan. Ia juga digunakan semasa kecemasan seperti kebakaran dan lain-lain lagi. 



Belfry Circa atau Menara Loceng yang terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah Tawau dan ditepi Padang Bandaran Tawau pada Tahun 1924.
Menurut yang telah diceritakan bahawa loceng ini mempunyai bunyi beranika , dia adalah lain daripada loceng – loceng biasa. Loceng ini dibunyikan oleh pihak Polis setiap interval loceng ini akan dibunyikan mengikut waktu setiap jam.
Belfry Circa atau Menara Loceng ini dibina oleh Ahli – ahli perniagaan  orang - orang Jepun yang telah berada di Tawau ini selepas Peperangan Dunia Pertama lagi. Dalam Peperangan Dunia Pertama tahun 1818 Negara Jepun telah menyokong Kerajaan British dan dengan itu perniagaan bersama di Tawau telah diujudkan bagi keuntungan bersama.

Orang - orang Jepun telah berada di Tawau se-awal tahun 1920an. Terdapat lebih kurang 300 orang Jepun yang bekerja di Ladang-ladang. Mereka mempunyai ladang-ladang yang luas seperti Ladang Getah di Kuhara.Mereka juga mempunyai Padang Golf. Terdapat juga Hospital di Ladang  mereka. Mereka juga menubuhkan Pejabat wakil Japanese Bank untuk kegunaan orang-orang Jepun sahaja.Terdapat lebih kurang 100 orang Jepun di Pulau Si-Amil untuk menangkap ikan. Mereka menangkap ikan tuna. Syarikat mereka Borneo Fishing Company dimana pejabat dan kilang nya terletak di Pulau Si-Amil. Semua pekerjanya terdiri daripada orang-orang Jepun. Kaum lelaki Jepun akan kelaut untuk menangkap ikan manakala Kaum Perempuannya bekerja di Kilang. Pekerja dan juga bekalan akan tiba di Pelabuhan Tawau kemudian akan dihantar ke Pulau Si-Amil.


Pada tahun 1945 , iaitu selepas Peperangan Dunia ke-2 dimana Bandar Tawau telah dikuasai semula oleh Kerajaan British , Belfry Circa masih berdiri teguh dan menyaksikan pelbagai kisah suka duka disekitarnya. Disinilah tempat tentera Jepun dan orang awam dikumpulkan untuk dihantar ke Jesselton (Kota Kinabalu) selepas tamat perang dimana tentera Jepun telah menyerah diri. Belfry Circa telah menjadi saksi akan peristewa itu.
 Istimewa nya Belfry Circa atau Menara Loceng ini ialah lokasinya yang berhampiran dengan Padang Bandaran Tawau. Dipadang Bandaran Tawau ini lah Perlawan Bola sepak selalu diadakan terutama sekali Tawau memang mempunyai ramai peminat dan pemain bola yang bertaraf Antarabangsa. Suatu ketika dahulu ramai pemain – pemain bola di Tawau ini telah mencipta nama , yang terkenal diseluruh Borneo Utara dan sentiasa mewakili Tawau ke Kejohanan Bola Sepak peringkat Borneo Utara.

                                         Belfry Circa atau Menara Loceng pada tahun 1949


 Pada 7 Mac 1953 , Belfry Circa atau Menara Loceng telah menyaksikan satu tragedi kebakaran yang amat besar dimana hampir keseluruhan Kedai dan Pejabat Kerajaan dibandar Tawau telah musnah dalam kebakaran yang amat trajik dalam lipatan sejarah Tawau. Belfry Circa telah terselamat daripada kebakaran tersebut.


Belfry Circa atau menara Loceng pada tahun 2006 

STRUKTUR BINAAN

Struktur binaan Belfry Circa atau Menara Loceng ini diperbuat dari pada kayu Keras. Terdiri daripada 6 tiang teras daripada kayu Billian dan atap Sirap ( dibuat daripada kayu billian ).Kerja kerja baikpulih sentiasa dilakukan oleh badan badan kerajaan dan swasta. 



Tentera POW Jepun dan orang - orang awam Jepun dikumpulkan di Padang Bandaran Tawau untuk pemeriksaan oleh Tentera Bersekutu .Belfry sentiasa berada berdiri megah menyaksikan peristewa yang amat bersejarah dimana kekejaman tentera Jepun berakhir disini untuk dihantar pulang ke Negara mereka.

Pada 17 Oktober 1945, 4 buah Kapal Perang Royal Navy bersama-sama dengan tentera North East Borneo telah meninggalkan pelabuhan Pulau Labuan menuju ke Tawau yang diketuai oleh Leftenan Colonel J.A.England , selaku Pegawai Pemerintah Pasukan Tentera North East Borneo. Semua Kapal Perang dan Kapal pendarat telah tiba di Tawau pada 20 Oktober 1945. Tugas mereka ialah untuk mengambil semua Tentera Jepun dan Orang awam Jepun untuk dihantar dan dikumpulkan di Jesselton. Mereka juga ditugaskan untuk mengutip semua senjata  dan peralatan peperangan  tentera Jepun untuk dilupuskan dilautan atau pun dihantar ke Pulau Labuan. Pada ketika itu Major Sugasaki adalah Pegawai Pemerintah Tentera Jepun diTawau.


No comments:

Post a Comment