Thursday, June 30, 2016

TAWAU HISTORICAL VALUE 7

SEBARIS KEDAI PAPAN DIBANDAR TAWAU JALAN DUNLOP TERBAKAR

Pada 29 November 2014 sekitar jam 11.45 malam sederet 10 pintu kedai papan daripada 20 pintu terbakar di Jalan Dunlop Tawau.Pihak Bomba dan penyelamat sempat menyelamatkan 10 pintu kedai daripada turut musnah terbakar. Disitu terdapat sebanyak 4 buah kedai emas dan Pajak Gadai , kedai kain ,kedai jam dan kedai barang-barang keperluan dapur. Pihak Bomba dengan kekuatan 36 anggota telah berada disitu lebih kurang jam 11.54 malam bersama-sama dengan bantuan pihak Polis seramai 25 anggota , 8 orang Jabatan Pertahanan Awam , 2 orang anggota Sabah Electricity Sdn.Bhd. , 3 orang anggota Rela dan 2 orang pegawai dari Hospital Tawau.



Di Jalan Dunlop Tawau dalam tahun 1953 kebakaran kedai juga pernah berlaku , dikatakan bermulanya kelihatan api dan rumah kedai terbakar. Faktor cuaca yang panas dan kering menjadikan atap yang diperbuat daripada daun Nipah itu sangat mudah terbakar. Api sudah tidak dapat terkawal lagi menyebabkan ianya begitu cepat merebak dari satu kedai ke kedai yang lain. Akibatnya beberapa baris kedai telah musnah dalam kebakaran tersebut.

Kali ini pada 29 September 2014 , kebakaran berlaku pada waktu tengah malam dikatakan bermula pada jam 11.45 malam. Semasa pihak Bomba sampai ditempat kebakaran sebanyak tujuk buah pintu kedai telah musnah dijilat api.Pihak Bomba berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan api daripada terus merebak ke bangunan bangunan lain yang berhampiran. Risiko merebak kebakaran berlaku apabila dihadapan bangunan kedai terbakar ini ialah stesen Minyak dan bangunan Pasar Tanjung. Kebakaran berjaya dikawal dari merebak pada jam 1.00 pagi. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti jumlah kerugian serta punca kebakaran tersebut berlaku.


Barisan kedai di Jalan Dunlop dalam tahun 1958 yang telah dibina selepas Kedai  daripada Atap Nipah dan Kajang terbakar dalam tahun 1953.Barisan kedai inilah yang terbakar pada 29 November 2014 jam 11.45 malam

Kelihatan dalam gambar barisan kedai bandar Tawau dalam tahun 1955- 1957 selepas terbakar dalam tahun 1953


Kelihatan dalam gambar barisan kedai bandar Tawau dalam tahun 1965 dan bertanda bulat itulah yang terbakar pada 29 September 2014


Kelihatan dalam gambar barisan kedai bandar Tawau dalam tahun  2010 yang terbakar pada 29 September 2014 jam 11.45 malam

Kebakaran sederet kedai itu bermula dari kedai dibahagian hujung disebelah Timor bangunan tersebut. Api yang telah menyala telah cuba dipadamkan oleh 3 Jentera Bomba yang telah tiba pada jam 11.54 malam iaitu lebih kurang 10 minit selepas kejadian kebakaran bermula.Ketua Bomba dan Penyelamat Rudy Fredzek bersama dengan 36 anggota telah berusaha untuk menghalang api tersebut daripada merebak terutama sekali bangunan bangunan yang berdekatan.

Keadaan api yang telah marak dan terus memusnahkan satu persatu kedai sebaris ini dalam kaedaan api yang sangat panas dan tidak dapat dipadam lagi oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat

Dalam tempoh yang begitu singkat sahaja api telah merebak keseluruh bangunan dari satu pintu kesatu pintu dalam keadaan bahang api yang sangat panas dan tidak mudah untuk dipadamkan lagi.


Akhirnya seluruh kedai sepuluh pintu itu terbakar keseluruhannya, namun demikian pihak Bomba dan Penyelamat telah dapat mengawal ianya tidak merebak kelain Bangunan yang berdekatan.


Beginilah keadaan bangunan kedai selepas kebakaran tersebut dan ianya telah menjadi sejarah bagi bandar Tawau dimana sebaris kedai yang dibina dalam tahun 1950an telah musnah dan hanya tinggalkan kenangan bagi para Peniaga Emas , Peniaga Jam, Peniaga Kain dan Peniaga Peralatan dan barang-barang keperluan dapur.



Selepas ini pihak Majlis Perbandaran Tawau akan pula memikirkan untuk membangun semula kedai-kedai yang telah musnah dalam kebakaran tersebut. Tentu sekali bangunan yang akan dibina akan lebih baik dan teratur mengikut spesifikasi keperluan semasa diBandar Tawau yang kian giat membangun. Seperti juga yang telah berlaku dimana kedai terbakar akan dibina semula dengan prasarana yang baru iaitu konkrit.


Kedai tekstil juga turut terlibat dalam kebakaran tersebut , kain-kain yang terdapat didalam kedai tersebut tidak dapat diselamatkan oleh kerana kejadian kebakaran tersebut berlaku pada waktu malam dimana kesemua pekerja telah pulang.



Masih terdapat 10 buah pintu kedai yang terselamat dalam kebakaran tersebut. Kebakaran tersebut dapat dikawal sehingga kepintu kedai ini.





No comments:

Post a Comment